Asal Usul Teori Sosiologi.ppt
-
Upload
scha-wan-md-sukri -
Category
Documents
-
view
75 -
download
28
Transcript of Asal Usul Teori Sosiologi.ppt
Asal Usul Teori Sosiologi
Terdapat 6 Orang PengasasAuguste ComteHarriet MartineauHerbert Spencer Emile DurkheimMax Weber Karl Marx
Auguste Comte(1798-1857)
• Ahli pemikir sosial berketurunan Perancis • Memperkenalkan bidang sosiologi dan
menggunakan istilah sociology (1838)• Sosiologi melihat masyarakat daripada
pendekatan saintifik yang mementingkan kaedah pemerhatian yang sistematik, pengujian kajian dan analisis perbandingan sejarah.
• Banyak mempengaruhi ahli sosiologi lain seperti Herbert Spencer, Harriet Martineau dan Emile Durkheim
Auguste Comte(1798-1857)
• Membahagikan sosiologi kepada 2 iaitu :
- Dinamik Sosial - Statik Sosial
Auguste Comte(1798-1857)
• Dinamik Sosial- melibatkan proses kehidupan sosial yang mencorakkan perkembangan institusi yang berkaitan dengan perubahan sosial.
• Statik Sosial- melibatkan aspek-aspek kehidupan sosial yang berkaitan dengan peraturan, kestabilan dan organisasi sosial yang membuat kumpulan dan masyarakat hidup bersama dan berkekalan.
Harriet Martineau(1802 - 1876)
• Menterjemahkan penulisan Comte daripada bahasa Perancis kepada Bahasa Inggeris.
• Banyak mengutarakan tentang gejala perhambaan dan menekankan perlunya undang-undang untuk menjaga pekerja-pekerja kilang dan kedudukankaum wanita.
• Menekankan bahawa kajian ke atas masyarakat merupakan satu bidang saintifik.
• How to Observe Manners and Morals (1838)
Harriet Martineau(1802 - 1876)
• Memperjuangkan kemajuan kaum wanita. • Mengkaji bagaimana asas nilai moral
negara yang muda seperti Amerika mencorak penyusunan institusinya.
• Menekankan persamaan di antara kedudukan wanita dalam masyarakat Barat dan hamba di Amerika di mana memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk mereka.
• Sumbangan beliau kepada sosiologi diketepikan oleh kaum lelaki
Herbert Spencer(1820 – 1903)
• Ahli sosiologi Inggeris, bersependapat dengan Comte tentang statik sosial dan dinamik sosial.
• Melihat masyarakat sebagai satu sistem biologi yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubungan.
• Berpendapat bahawa masyarakat terdiri daripada pelbagai institusi (keluarga, agama, pendidikan, kerajaan dan ekonomi). Ibarat organ kepada badan manusia
• Memfokus kepada struktur dan sumbangan fungsi struktur ini kepada kewujudan sesebuah masyarakat.
Herbert Spencer(1820 – 1903)
• Menerangkan bahawa kerajaan tidak seharusnya campur tangan dalam perkembangan dalam masyarakat.
• Manusia dan corak masyarakat yang kukuh akan hidup manakala mereka yang tidak kukuh akan mati.
• Manusia dan institusi sosial akan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan berkembang ke tahap yang lebih tinggi.
• Kesimpulan, persepsi kita terhadap diri kita dan juga persekitaran kita dicorak oleh zaman sosial yang kita lalui.
Emile Durkheim (1858-1917)
• Menumpukan perhatian beliau kepada cara masyarakat hidup bersama dan mengekalkan keharmonian.
• Sosiologi adalah konsep penyatuan sosial yang melibatkan perhubungan sosial yang wujud di kalangan sekumpulan manusia.
• Hubungan yang rapat di antara ahli kumpulan akan menghasilkan perasaan yang lebih kukuh serta bermakna.
• Beliau berpendapat penyatuan sosial penting untuk menyokong keharmonian dan kesejahteraan individu.
• Untuk mengekalkan kesejahteraan hidupnya, seseorang itu perlu mencari sesuatu yang bermakna di luar dirinya.
• Menyatakan bahawa keruntuhan hubungan sosial (misalnya perceraian) akan mengakibatkan kesan negatif.
Emile Durkheim (1858-1917)
• Percaya bahawa kita perlu memfokus kepada kumpulan dan bukannya individu.
• Menekankan fakta sosial (social factor) yang merujuk kepada aspek-aspek kehidupan sosial yang tidak boleh dijelaskan secara biologikal atau ciri-ciri mental individu tersebut.
• Manusia mengalami fakta sosial sebagai pengalaman luaran di mana ia menjadi sebahagian daripada pengamatan manusia terhadap alam sekelilingnya.
• Fakta sosial berperanan mengawal tingkahlaku yang melibatkan peraturan, nilai moral, undang-undang serta corak tingkahlaku di sekeliling yang akan mempengaruhi kehidupan manusia seharian.
• Menekankan aspek peraturan sosial yang melibatkan kepercayaan individu.
Emile Durkheim (1858-1917)
• Individu itu tidak boleh lepas daripada dipandang serong oleh masyarakat sekiranya ia melanggar peraturan sosial ini.
• Menyentuh tentang bahan-bahan fakta sosial yang merangkumi masyarakat dan institusi utama (misalnya kerajaan, agama, keluarga dan pendidikan) dan masyarakat (misalnya corak rumah, tahap jenayah, taburan populasi dan sebagainya).
• Aspek-aspek yang bukannya bahan fakta sosial adalah seperti peraturan sosial, prinsip moraliti, pengertian kepada simbol-simbol dan kesedaran yang wujud daripada pengamatan kepada fakta-fakta sosial ini.
Max Weber (1864 - 1920)
• Ahli sosiologi yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas bidang sosiologi selain Karl Marx.
• Pengaruh beliau boleh dilihat dalam kehidupan sosial yang merangkumi topik-topik seperti politik, organisasi, stratifikasi sosial, perundangan, agama,kapitalisme, muzik, bandar dan perbandingan budaya.
• Mengkaji tentang tingkahlaku manusia daripada aspek-aspek seperti niat, nilai, kepercayaan dan sikap.
• Menggunakan pendekatan memahami atau melihat dalam menggambarkan hubungan manusia dengan tingkahlakunya.
• Sosiologi akan cuba meletakkan dirinya dalam keadaan orang lain dan mengenalpasti apakah yang difikir olehnya dan apakah perasaan mereka.
Max Weber (1864 - 1920)
• Berpandangan bahawa ahli sosiologi perlu menyiasat lebih daripada apa yang terdapat dalam tingkahlaku manusia.
• Ahli sosiologi perlu mengkaji definisi yang digunakan oleh manusia dalam membentuk tingkahlaku mereka.
• Sumbangan Weber dalam sosiologi ialah konsep kesempurnaan (ideal type). - Misalnya, jabatan polis dan bomba mempunyai perbezaan dalam banyak aspek seperti matlamat, prosedur, dan bagaimana setiap jabatan memberi khidmat kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, kedua-dua jabatan mempunyai persamaan dalam aspek birokrasi.
• Konsep kesempurnaan ini mempunyai piawaian yang menjadi pengukur dalam menilai kes-kes sebenar.
• Ahli sosiologi yang menetapkan situasi dan peristiwa bersejarah sebagai bukti bahawa kesempurnaan birokrasi mempunyai ciri-ciri spesifik, maka mereka boleh membuat perbandingan di antara kesempurnaan ini dengan birokrasi yang wujud dan seterusnya memberikan penjelasan mengapa terdapat perbezaan di antara kedua-dua birokrasi.
• Dengan ini, membolehkan seseorang mempelajari apakah perbezaan yang wujud di antara caraorganisasi-organisasi tersebut berfungsi
Karl Marx (1818 - 1883)
• Merupakan ahli falsafah, sejarah, ekonomi dan politik.
• Melihat setiap bidang tersebut melalui cara saintifik di mana menggunakan sains untuk memahami dan membentuk masyarakat masyarakat.
• Ingin mengubah struktur institusi kapitalis dengan menubuhkan institusi baru untuk memberi kebaikan masyarakat.
• Mencari prinsip asas dalam sejarah.
Karl Marx (1818 - 1883)
• Menumpukan pencariannya ke atas persekitaran ekonomi masyarakat yang sedang membangun, terutamanya daripada aspek teknologi dan cara mereka merancang pengeluaran mereka (memburu, mengumpul hasil pertanian, industri).
• Berpendapat sesebuah masyarakat dibahagikan kepada merekayang mempunyai keupayaan untuk menjana kemewahan dan mereka yang tidak mampu berbuat demikian.
• Percaya bahawa sejarah dibentuk oleh konflik di antara kelas-kelas dalam masyarakat.- Misalnya, konflik di antara masyarakat patricians dan plebeians dan di antara hamba dan tuan pada zaman Rom.
• Berpandangan bahawa perkembangan masyarakat bergantung atas pertembungan pendapat yang berlainan dan ini mengakibatkan wujudnya struktur yang lebih hebat.
• Berpandangan dunia ini bukannya mengandungi struktur yang statik tetapi melalui proses penstrukturan yang dinamik.