Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

download Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

of 28

Transcript of Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    1/31

    Konsep Perkembangan Kanak-kanak

    Karl E. Garrison menyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada

    tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.

    Semua perkembangan sama ada dalam bentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah

    laku ataupun keseluruhan sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan

    sifat-sifat sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai

    pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif

    yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.

    D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan

    yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma

    dalam keadaan yang saling berkait rapat serta berhubung dengan pertambahan

    umur.

    Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak

    dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana

    sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula,

    perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan

    hingga ke akhir hayat organisma. Hal ini bermakna perkembangan bukan sahaja

    membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan adalah

    serupa.

    Gesell (1949) pula menyatakan bahawa walaupun tidak ada dua individu yang

    benar-benar serupa, namun secara global semua kanak-kanak yang normal adalah

    cenderung mengikut susunan pertumbuhan dan perkembangan yang biasa dilalui

    oleh kanak-kanak. Perubahan kualitatif ataupun proses perkembangan bagi sesuatu

    organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada

    keturunannya yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis benda hidup, sifat umum jenis ituiaitu phylogenetic adalah serupa.

    1

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    2/31

    Mengikut Santrock (2008) pula, beliau mentafsirkan bahawa perkembangan

    adalah sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif, dan sosioemosi individu

    yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

    Kesimpulannya, perkembangan dapatlah ditakrifkan sebagai satu perubahan

    kualitatif yang sistematik yang meliputi aspek biologi, kognitif, dan sosioemosi.

    Perubahan tersebut adalah berterusan dalam memantangkan dan mendewasakan

    suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya. Perkembangan juga adalah perubahan

    kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat

    baru yang berlainan daripada sifat awal.

    2

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    3/31

    Prinsip Perkembangan Kanak-kanak

    Prinsip asas kepada perkembangan kanak-kanak yang pertama mengikut

    Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel ialah proses perkembangan berlaku mengikut

    urutan. Sebagai contoh, kita boleh lihat pada peringkat awal, seseorang bayi boleh

    duduk secara bantuan. Kemudian, bayi itu akan boleh merangkak, diikuti dengan

    kebolehan dan keupayaan untuk berdiri dan akhirnya, bayi itu boleh berjalan dengan

    sendiri. Perkembangan ini juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Hal ini

    dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

    Prinsip yang kedua dalam perkembangan kanak-kanak ini ialah perubahan

    dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada

    yang lebih spesifik. Kita boleh memahami prinsip ini dengan melihat contoh yang

    berikut. Seseorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar

    menggunakan jari tangan. Contohnya, seseorang itu akan belajar dahulu cara-cara

    memegang pensel sebelum dia belajar menulis. Hal ini kerana perkembangan

    berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot yang

    halus.

    3

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    4/31

    Prinsip perkembangan kanak-kanak yang seterusnya ialah pertumbuhan dan

    perkembangan adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses

    perkembangan ini, seseorang kanak-kanak akan menambah kemahiran yang sedia

    ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai

    kemahiran-kemahiran baru kelak. Sebagai contoh, semasa kecil, kanak-kanak cuma

    tahu kemahiran menyepak dalam sukan bola sepak. Semakin umur mereka

    berkembang, mereka akan menambah kemahiran mereka dalam sukan bola sepak

    itu. Contohnya seperti kemahiran menghantar, kemahiran menggelecek, dan

    kemahiran menjaringkan gol.

    Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar

    perkembangan manusia adalah berbeza untuk setiap individu juga merupakan

    antara prinsip perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, sesetengah kanak-

    kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan

    pada umur 18 bulan. Hal ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada

    perbezaan di antara manusia yang dapat kita lihat di dalam sesebuah bilik darjah.

    Prinsip yang seterusnya ialah perkembangan adalah hasil interaksi di antara

    kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia

    ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan, dan kemudian

    berlari. Hal ini dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil

    daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.

    Proses pembelajaran akan membantu seseorang individu

    memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam diri individu tersebut.

    Contohnya, perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna

    memungkinkan seseorang itu berenang. Namun, individu tersebut hanya boleh

    berenang jika dia berlatih untuk berenang.

    4

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    5/31

    Mengikut Dr. Ragbir Kaur (2008) pula, prinsip-prinsip perkembangan ialah

    perkembangan fizikal, kognitif, dan sosial manusia berlaku pada kadar yang

    berlainan. Perkembangan seorang manusia pula adalah disebabkan oleh

    pertumbuhan dan kematangan. Kematangan adalah perubahan dalam tingkah laku

    manusia yang berlaku secara semula jadi dan pertumbuhan ialah perubahan fizikal

    yang boleh dilihat seperti ketinggian.

    Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat sebelum lahir, bayi,

    kanak-kanak, remaja, dewasa, dan tua. Proses ini berlaku dalam keadaan yang

    saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku.

    Perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental, dan sosial dari

    segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses tersebut adalah proses penyuburan.

    Proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Ibu bapa

    memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan dalam diri anak-

    anak. Antara cara-cara untuk mendidik anak secara holistik adalah dengan

    memberikan mereka makanan berkhasiat yang berkualiti. Ibu bapa boleh

    mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal anak. Mereka boleh

    memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif .

    5

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    6/31

    6

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    7/31

    Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan

    Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau

    keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri

    perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna

    kulit, saiz fizikal, warna mata, dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu

    bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental.

    Baka juga menetapkan had keupayaan dan kemampuan mental kita sama ada

    pandai atau tidak pandai.

    Setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam

    peringkat-peringkat pertumbuhan tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap

    individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi

    fizikal, kognitif, emosi, dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan

    bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.

    Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor yang menyebabkan kadar

    perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.

    Berpandukan huraian tadi, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan

    ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh

    genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas perbezaan

    individu dari segi fizikal, mental, dan emosi.

    Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak kembar, mempunyai ciri-ciri

    fizikal yang tersendiri seperti saiz badan, ketinggian, berat badan, bentuk dan warna

    organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-

    ciri fizikal luaran, iaitu warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-

    gen ibu bapa.

    7

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    8/31

    Kajian yang dibuat melalui ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890),

    Newman (1937), dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu

    mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan

    sebayanya. Perbezaan ini dapat dilihat serta diperhatikan daripada prestasi pelajar

    dalam sesuatu kelas.

    Kajian ahli-ahli psikologi juga sering mengaitkan perbezaan kecerdasan

    individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas dan

    pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas dan pintar. Emosi seseorang individu

    juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai emosi

    yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan

    autokratik.

    Selain itu, kecacatan mental dan kerencatan mental adalah disebabkan oleh

    pewarisan gen daripada kedua ibu bapa. Contohnya penyakit fenilketonuria atau

    PKU adalah disebabkan faktor baka. Penyakit ini adalaha disebabkan kekurangan

    enzim asid amino yang perlu untuk menyingkirkan fenilalaninadapat merosakkan

    mentalnya. yang beracun yang terdapat dalam makanan. Disebabkan itu, bayi yang

    mengalami PKU ini akan memiliki asid beracun yang dapat merencatkan

    perkembangan mentalnya.

    Institusi keluarga merupakan pengaruh utama dalam perkembangan manusia

    melalui faktor persekitaran. Unsur-unsur institusi keluarga yang mempengaruhi

    perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan, dan status sosio-

    ekonomi keluarga. Contohnya, kanak-kanak yang dilahirkan dalam sebuah rumah

    yang mesra dan penuh kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang

    sihat.

    Antara faktor persekitaran yang memberi pengaruh kepada perkembanganseseorang bayi adalah faktor pemakanan. Pemakanan yang sihat adalah perlu bagi

    8

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    9/31

    menjamin perkembangan bayi yang sihat. Pemakanan yang baik juga adalah perlu

    untuk kesihatan bayi. Selain itu, kesihatan ibu juga penting kerana kesihatan ibu

    akan mempengaruhi kandungannya. Ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat

    manakala ibu yang sakit akan melahirkan bayi yang mungkin mengalami kecacatan

    seperti kecacatan mental, fizikal dan sebagainya. Emosi ibu juga mampu

    memberikan kesan kepada bayi yang bakal lahir. Ibu yang mengalami emosi yang

    tidak stabil akan melahirkan bayi yang tidak sihat dan ini akan mengganggu

    perkembangannya.

    Faktor pemakanan juga menjadi faktor yang mempengaruhi perkembangan

    bayi selepas kelahirannya. Pelbagai kajian dan usaha telah dilakukan untuk

    mengahsilkan bahan pemakanan yang baik untuk bayi. Antaranya susu yangmengandungi asid dokosahexaenoik (DHA) yang mampu untuk merangsang otak

    bayi untuk berkembang. Selain itu, pemakanan yang sihat akan membentuk

    perkembangan fizikal bayi yang baik. Fizikal yang sihat mempengaruhi

    perkembangan minda bayi. Ini dapat diperkuatkan lagi buktinya sepertimana dalam

    pepatah arab yang bermaksud, akal yang sihat pada badan yang sihat.

    Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang penting dalam

    perkembangan kanak-kanak. Hal ini khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah,

    emosi, dan sosial. Sebagai contoh, kanak-kanak yang bergaul dengan rakan yang

    rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap yang

    optimum. Kanak-kanak yang bersosial dengan rakan sebaya yang bersopan santun

    akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada kawan-kawan mereka.

    9

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    10/31

    Perkembangan Kognitif

    Menurut Halizah Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), kemahiran kognitif

    merupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat, memahami, dan

    mengingati perkara-perkara yang telah berlaku di sekeliling. Hal ini melibatkan aktiviti

    mental seperti ingatan, mengelaskan, merancang, menaakul, menyelesaikan

    masalah, mencipta, berimaginasi, dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk

    kelangsungan hidup seseorang individu.

    Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap

    pembinaan pemikiran kanak-kanak. Hal ini berpusatkan kepada perubahan

    pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada

    peringkat yang seterusnya.

    Mok Soon Sang (2008) menyatakan, kognitif adalah berkait rapat dengan

    kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran

    10

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    11/31

    melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkaitan dengan

    perkembangan otaknya serta interaksi sosial. Dengan erti kata lain, perkembangan

    kognitif kanak-kanak bergantung kepada perkembangan otak atau sensorimotor

    serta interaksi denga orang yang lebih berpengalaman (perkembangan sosial).

    Melalui kajian dan pemerhatian yang telah dijalankan, Piaget mendapati

    bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui

    empat peringkat mengikut perubahan tahap umur mereka. Piaget membahagikan

    perkembangan kognitif yang berlaku kepada empat peringkat iaitu peringkat

    Sensorimotor, Pra Operasi, Operasi Konkritdan Operasi Formal.

    Peringkat pertama yang dilalui oleh manusia ialah peringkat Sensorimotor

    iaitu bagi bayi semenjak dilahirkan sehingga berusia 2 bulan. Peringkat ini

    merupakan peringkat untuk bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehhan

    motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang membolehkan mereka meneroka

    dan mengenali persekitaran mereka. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula

    menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan

    persekitarannya dan hasilnya akan membentuk skema. Sebagai contoh, kanak-kanak menggunakan mulut untuk merasa objek. Selain itu, kanak-kanak turut

    menunjukkan permulaan pemikiran logik, seperti berupaya mengatur langkah untuk

    mengambil objek yang jauh. Aktiviti ini disifatkan oleh Piaget sebagai permulaan

    proses menyelesai masalah dalam kehidupan.

    Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak berkeupayaaan melakukan

    imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan seperti meniru perlakuan

    melambai tangan dan tindakan perlakuan ini menjadi semakin cepat menjelang

    proses pembesarannya. Selain itu, kanak-kanak turut mencapai tahap pengekalan

    objek iaitu kebolehan menggambarkan objek di dalam memori. Kanak-kanak cuba

    belajar koordinasi diantara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaiktkan

    perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat di persekitarannya.

    Peringkat yang kedua ialah peringkat Pra Operasi. Peringkat ini dijalani oleh

    kanak-kanak berusia 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak beralih ke

    peringkat mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Mereka

    11

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    12/31

    mampu menggambarkan dan merancang pergerakan atau aktiviti dengan

    menggunakan minda mereka untuk membentuk skema. Perkembangan pada

    peringkat pra operasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan

    simbol mental, antaranya seperti simbol bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya.

    Simbol tersebut digunakan untuk menyatakan objek, orang atau peristiwa yang

    dialami oleh kanak-kanak. Misalnya, kanak-kanak mewakilkan imej sebenar buku

    dengan gambar yang dinamakan sebagai fungsi semiotik. Perkembangan bahasa

    berlaku dengan pesat dalam proses ini.

    Pemikiran kanak-kanak pada ketika ini bersifat intuitif iaitu pemahaman

    mereka menganai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata tetapi

    belum mampu berfikir secara logik dan rasional. Kanak-kanak pada peringkat inimasih tidak dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul.

    Mereka juga bersikap egosentrik iaitu melihat persekitaran mereka melalui perspektif

    sendiri dan menyangka orang lain mempunyai pandangan seperti mereka juga.

    Peringkat ketiga yang akan dialami ialah pringkat Operasi Konkrit iaitu bagi

    kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula

    memperoleh konsep transformasi, keterbalikan seterusnya mengamati proses

    songsangan. Kanak-kanak turut mampu mempelajari lebih daripada satu perkara

    pada satu masa. Mereka berupaya memikir secara induktif atau deduktif serta dapat

    menguasai konsep masa dan kelajuan. Namun, keupayaan berfirkir secara logik

    masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tdak mempunyai kebolehan

    berfikir secara abstrak. Mereka tidak mampu menyelesaikan masalah yang

    kompleks. Kebanyakan aktiviti pembelajaran pada peringkat ini masih lagi

    bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

    Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak sudah mampu menguasai

    konsep pengekalan dan perlu menguasai tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti,

    prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Mereka juga menguasai proses

    pengelasan iaitu dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan

    berdasarkan sesuatu ciri serta menguasai proses menyusun secara bersiri mengikut

    susunan menaik dan menurun. Kanak-kanak berubah kepada pemikiran objektif

    membolehkan mereka memahami persepsi dan pandangan orang lain. Kanak-kanak

    12

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    13/31

    pada peringkat ini masih tidak mampu membuat hipotesis dan menyelesaikan

    soalan-soalan abstrak atau kompleks.

    Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan

    otak kanak-kanak tersebut yang membolehkan kanak-kanak tersebut yang

    membolehkan kanak-kanak itu mengenal, membanding beza dan berfikir tentang

    sesuatu. Hal ini juga selari dengan perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak

    tersebut.

    Saya telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak lelaki yang

    berumur 5 tahun iaitu adik Muhamad Haikal bin Roslan atau lebih mudah dipanggil

    dengan nama Haikal. Kajian yang telah saya jalankan ialah dengan menggunakan

    kaedah barisan gula-gula. Saya telah meletakkan dua barisan gula-gula yang sama

    panjang dan sama banyak iaitu barisan A dan barisan B dan mempunyai bilangan

    gula-gula yang sama banyak. Saya bertanyakan kepada kanak-kanak tersebut

    adakah dia dapat mengenal pasti bahawa gula-gula di kedua-dua barisan tersebut

    sama banyak ataupun tidak. Kanak-kanak ini telah mengenal pasti bahawa gula-gula

    tersebut adalah sama banyak.

    Setelah itu, saya mengubah kedudukan gula-gula di barisan B iaitu saya telah

    menjauhkan jarak antara gula-gula dalam barisan tersebut. Kemudian, saya

    bertanyakan soalan kepada kanak-kanak tersebut, apakah barisan gula-gula yang

    mempunyai bilangan yang lebih banyak. Kanak-kanak tersebut telah menukar

    jawapannya. Dia menyatakan bahawa telah berlaku perubahan pada bilangan gula-

    gula tersebut iaitu gula-gula di barisan B adalah lebih banyak berbanding gula-gula

    barisan A.

    Melalui pemerhatian, barisan A nampak lebih pendek berbanding B. Perkara

    ini mempengaruhi jawapan yang hendak diberikan oleh kanak-kanak tersebut keranabaginya bilangan gula-gula yang mempunyai barisan yang lebih panjang adalah lebih

    13

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    14/31

    banyak berbanding dengan bilangan gula-gula yang mempunyai barisan yang

    pendek walaupun dia tahu bahawa bilangan gula-gula kedua-dua barisan A dan B itu

    adalah sama banyak.

    Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan ke atas kanak-kanak ini, ianya

    dapat menunjukkan bahawa perkara ini sama seperti pernyataan yang terdapat

    dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget iaitu tahap perkembangan kognitif

    kanak-kanak tersebut berada dalam peringkat Pra Operasi.

    Jean Piaget juga menerangkan bahawa pada peringkat ini, pemahaman

    kanak-kanak tersebut masih lagi bergantung kepada kepada ciri-ciri objek yang

    nampak jelas dan nyata. Kanak-kanak masih tidak dapat memahami sesuatu

    perubahan yang berlaku secara abstrak. Reaksi kanak-kanak tersebut jelas

    menunjukkan bahawa dia tidak dapat mengenalpasti perubahan yang berlaku pada

    kedudukan gula-gula tersebut. Dia hanya dapat memahami perkara yang dilihatnya

    secara jelas tetapi tidak mampu memahami sesuatu perubahan yang tidak dapat

    dinilainya.

    Kanak-kanak tersebut juga belum dapat menguasai prinsip identiti. Hal ini

    kerana kanak-kanak itu tidak dapat mengenal pasti bahawa bilangan gula-gula yang

    telah berubah kedudukannya itu sebenarnya masih merupakan bilangan gula-gula

    yang sama banyak dan tiada perubahan yang berlaku. Dia tidak mampu untuk

    mengingati bilangan asal gula-gula tersebut yang masih sama apabila kedudukannya

    sudah berubah.

    Selain itu, kanak-kanak tersebut juga masih tidak dapat menguasai prinsip

    ganti rugi. Dia tidak mengetahui perubahan yang berlaku kepada barisan gula-gula

    tersebut telah diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. Dalam keadaan

    ini, kanak-kanak tersebut tidak mengetahui bahawa perubahan barisan gula-gula di

    barisan B hanyalah disebabkan kedudukan antara gula-gula tersebut telah

    14

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    15/31

    dijarakkan berbanding kedudukan asal gula-gula tersebut. Dia tidak mampu menilai

    aspek perubahan yang berlaku terhadap kedudukan gula-gula tersebut.

    Reaksi kanak-kanak tersebut juga menunjukkan dia belum mampu menguasai

    prinsip keterbalikan yang dinyatakan oleh Jean Piaget. Melalui pemerhatian terhadap

    kanak-kanak tersebut, dia tidak mengetahui bahawa sekiranya gula-gula di barisan B

    itu disusun semula seperti barisan asal akan menjadikan kedudukan gula-gula

    tersebut masih sama banyak seperti yang asal iaitu seperti gula-gula di barisan A.

    Antara faktor yang menyebabkan kanak-kanak tersebut mempunyai sifat

    tersebut ialah faktor persekitaran. Kanak-kanak tersebut bergaul dengan rakan-rakan

    yang mengalami perkembangan kognitif mengikut aturan yang normal seperti

    kebiasaannya. Disebabkan itu, dia tidak mempunyai kelebihan dari segi kemampuan

    berfikir yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain dan masih mengalami

    pemahaman pemikiran yang sama seperti kanak-kanak normal.

    Pengetahuannya juga masih terbatas dan tidak mampu untuk berfikiran jauh.

    Pada tahap ini, kanak-kanak tersebut masih belum mampu memikirkan sesuatu yang

    belum dapat dicapai seperti pemikiran orang yang lebih dewasa. Kanak-kanak ini

    menunjukkan kadar perkembangan kognitifnya pada tahap umurnya sama seperti

    yang terdapat dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget.

    Seterusnya, saya telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak

    lelaki yang berumur 8 tahun iaitu adik Muhamad Fathirul Azri bin Sakri atau lebih

    mudah dipanggil dengan nama Azri. Kaedah yang telah saya gunakan untuk

    melaksanakan kajian Piagets Conservation Tasks ini ialah dengan menggunakan

    kaedah penggunaan kek lapis iaitu kek Apollo. Saya menggunakan dua keping kek

    itu untuk disusun dalam dua barisan iaitu barisan kek coklat dan barisan kek pandan.

    15

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    16/31

    Setelah menyusun kek tersebut kepada dua barisan, saya memberitahu

    kepada kanak-kanak tersebut bahawa kek itu sama panjang dan sama banyak.

    Setelah memerhatikannya, kanak-kanak tersebut setuju dengan pernyataan saya

    dan dia memilih kek coklat kerana dia meminati coklat.

    Kemudian, saya telah membahagi kek coklat itu kepada dua bahagian supaya

    kek tersebut kelihatan lebih pendek berbanding kek yang satu lagi iaitu kek pandan.

    Selepas itu, saya bertanya kepada kanak-kanak tersebut soalan yang sama seperti

    tadi sama ada kek lapis tersebut masih sama banyak atau sebaliknya. Kanak-kanak

    tersebut mengambil sedikit masa sebelum menjawab dan akhirnya menyatakan

    bahawa kedua-dua kek lapis itu tetap sama banyak.

    Hal ini menunjukkan persamaan dengan teori perkembangan kognitif Jean

    Piaget. Pada tahap ini kanak-kanak tersebut sudah mencapai tahap Operasi Konkrit

    iaitu pada umur 8 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tersebut sudah mampu untuk

    memahami konsep yang lebih abstrak dan tidak hanya menumpu pada keadaan

    fizikal sahaja. Dia sudah mampu untuk memahami dan mengenal pasti perubahan

    yang berlaku walaupun perubahan tersebut sukar dilihat secara jelas.

    Kanak-kanak itu juga sudah berupaya untuk memahami proses transformasi

    iaitu mengetahui bahawa pembahagian pada kek itu tidak membawa perubahan

    kepada bilangan ataupun kuantiti kek lapis tersebut walaupun pada pemerhatian

    kasar, kuantiti kek yang telah dibahagi itu seperti berubah menjadi sedikit berbanding

    kedudukan asalnya.

    Selain itu, kanak-kanak tersebut juga sudah mampu untuk melaksanakan

    proses balik semula secara mental sekiranya diperlukan iaitu menjadikan proses tadi

    kepada asal. Sekiranya kedudukan yang berubah itu dibiarkan, kanak-kanak tersebut

    masih mengetahui bahawa kuantiti kek lapis tersebut boleh diubah kepadakedudukan asal tadi. Hal ini kerana kanak-kanak tersebut sudah mampu menguasai

    16

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    17/31

    konsep identiti iaitu perubahan yang berlaku pada kek tersebut adalah pada luaran

    sahaja dan tidak mengganggu kuantiti asal kek tersebut.

    Faktor yang mampu mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak

    tersebut ialah faktor persekitaran. Keluarganya mungkin menekankan kepentingan

    ilmu pengetahuan dalam kehidupan menyebakan kanak-kanak tersebut mengikuti

    jejak langkah mereka untuk terus meningkatkan pengetahuan supaya tidak

    ketinggalan daripada rakan-rakanya yang lain. Disebabkan itu, kanak-kanak tersebut

    mampu menguasai kemahiran yang sepatutnya dia perolehi pada tahap umurnya

    dengan baik dan tidak menghadapi masalah untuk memahami kemahiran tersebut.

    Rakan-rakan juga memberi pengaruh untuk perkembangan kognitif kanak-

    kanak tersebut. Rakan-rakan kanak-kanak tersebut yang baik dari segi pelajaran

    mampu meningkatkan kemahuannya untuk sama-sama mendapatkan ilmu

    pengetahuan dengan baik. Perkara ini akan membantu mengukuhkan lagi

    perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut supaya pengetahuannya dalam

    kemahiran-kemahiran tertentu mampu diperolehi dengan mudah. Kanak-kanak

    tersebut juga mungkin mempelajari sesuatu kemahiran berdasarkan pemerhatiannya

    kepada perkara yang berlaku di sekelilingnya. Melalui cara ini, kanak-kanak tersebut

    mampu memahami sesuatu ilmu pengetahuan secara sendiri tanpa bantuan orang

    lain dan ini meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak tersebut untuk terus

    menjadi lebih baik seiring dengan peningkatan umurnya.

    Faktor baka juga antara faktor yang menyumbang kepada pengaruhperkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut

    17

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    18/31

    mungkin tidak mengalami sebarang masalah dalam perkembangan kognitif dan

    seterusnya menjadikan anak mereka mampu mengikuti perkembangan intelek dan

    potensi yang baik. Oleh hal yang demikian, tiada masalah yang dihadapi oleh kanak-

    kanak tersebut untuk memiliki beberapa kemahiran yang harus dimiliki pada tahap

    umurnya seperti memahami prinsip identiti dan ganti rugi kerana kemampuan

    mentalnya berada pada tahap yang sepatutnya.

    18

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    19/31

    Implikasi Perkembangan Kognitif

    Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget, terdapat beberapa

    implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak terhadap proses P&P. Implikasi yang

    pertama adalah:

    Implikasi Terhadap Proses P&P Peringkat Pra Operasi Konkrit (2-7 Tahun)

    Pada peringkat ini, minda kanak-kanak hanya dapat mengenal pasti bahan-bahan konkrit. Jadi kanak-kanak boleh menjalani proses P&P menggunakan bahan-

    bahan maujud, contohnya seperti guli, batang aiskrim, batu, dan sebagainya.

    Contohnya dalam kemahiran menambah dan menolak. Ini kerana kanak-kanak

    hanya mengetahui nombor sebagai satu angka dan masih tidak dapat mengetahui

    jumlahnya.

    Dalam peringkat usia ini, kanak-kanak lebih susah untuk memahami bahasa

    yang kompleks. Oleh yang demikian, jika ingin memberikan arahan kepada kanak-

    kanak pada kita haruslah menggunakan bahasa yang pendek. Sebagai contoh,

    arahan untuk senyap ataupun arahan untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain. Guru

    mesilah mengunakan ayat yang pendek, mudah dan jelas. Guru juga boleh

    menunjukkan contoh atau demonstrasi bagaimana untuk melakukan arahan yang

    dinyatakan.

    Selain daripada itu, kanak-kanak dalam peringkat ini, susah untuk memahamisesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain. Tambahan lagi daripada

    19

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    20/31

    rakan sebayanya. Hal ini kerana, kanak-kanak pada usia ini sudah mula mempunyai

    sifat egosentrik. Sifat egosentrik ini adalah satu sifat yang mementingkan kemahuan

    sendiri tanpa mengendahkan kemahuan orang lain. Oleh sebab itu, penjelasan

    tentang sesuatu atau nasihat perlulah diberi dalam kata yang mudah difahami oleh

    kanak-kanak serta empati terhadap pandangan kanak-kanak tersebut.

    Pada peringkat ini, ibu bapa perlulah berhati-hati dengan penggunaan kata

    kerana sesuatu perkataan boleh membawa pelabagai makna. Hal ini kerana pada

    peringkat ini, kanak-kanak masih tidak memahami konsep sebenar tentang apa yang

    dikatakan. Contohnya seorang kanak-kanak memberitahu ibunya nak baring iaitu

    kanak-kanak itu mengantuk dan dia sebenarnya hendak tidur.

    Kanak-kanak juga perlulah diberi peluang untuk melakukan hands-on

    terhadap sesuatu kemahiran. Hands-on di sini adalah bermaksud membiarkan

    kanak-kanak itu meneruskan sesuatu yang dibuat. Hal ini adalah suatu proses yang

    membuatkan kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain itu,

    proses ini dapat membantu kanak-kanak lebih berdikari. Contohnya jika kanak-kanak

    itu ingin makan dengan sendiri, ibu bapa harus membiarkannya supaya kanak-kanak

    itu mendapat kemahiran tersebut.

    Kanak-kanak mempunyai daya ingatan yang kuat. Hal ini jelas terbukti dengan

    kajian pemerolehan bahasa. Oleh itu, guru perlulah melaksanakan pembelajaran

    yang dapat memberikan kanak-kanak pengalaman. Guru juga boleh mengadakan

    sesi P&P diluar bilik darjah. Kenalkan flora, fauna, tempat-tempat sebenar dan lain-

    lain lagi kepada murid-murid. Hal ini adalah sebahagian daripada proses pengayaan

    ingatan dan fikiran kanak-kanak. Contohnya bawa mereka melawat Menara

    Berkembar Petronas, zoo dan sebagainya.

    Implikasi Terhadap Proses P&P Peringkat Operasi Konkrit (7-11)

    Kita sebagai bakal pendidik haruslah meneruskan penggunaan alat bantu

    mengajar yang berbentuk konkrit secara variasi. Hal ini adalah penting bagi kanak-

    kanak untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang baru. Selain itu, bahan-bahan

    yang konkrit itu perlulah menarik minat kanak-kanak. Penggunaan bahan-bahan

    yang terdapat di sekeliling mereka juga dapat membantu kanak-kanak mengaitkan

    20

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    21/31

    pengetahuan mereka yang sedia ada. Contohnya, model-model tiga dimensi (3D)

    seperti haiwan, tumbuhan dan sebagainya untuk mewakili objek-objek yang baru

    dipelajari.

    Pada peringkat ini juga, kanak-kanak perlulah diberi peluang untuk

    memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Kanak-kanak ini perlu diberi

    peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar tetapi dengan

    bimbingan guru. Hal ini adalah untuk kanak-kanak tersebut berfikir secara kreatif dan

    kritis. Apabila guru telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar, biarkan mereka

    mencuba sendiri apa yang telah diajar.

    Proses P&P oleh guru mestilah ringkas dan tersusun terutamanyapembentangan dan pembacaan. Hal ini kerana pembacaan dan pembentangan

    adalah bagus untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam memperolehi

    kemahiran berbahasa. Dalam proses P&P juga perlulah melibatkan penglibatan

    murid seperti sumbang saran. Guru mestilah memberi peluang kepada kanak-kanak

    untuk mengemukakan idea-idea mereka. Contohnya guru memberi bahan bacaan

    beransur-ansur daripada yang mudah kepada yang rumit. Kemudian, beri mereka

    peluang untuk mengemukakan dan membentangkan idea-idea mereka dengan cara

    yang mudah seperti menggunakan peta minda dan sebagainya.

    Contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar juga

    boleh diaplikasikan oleh guru untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks.

    Misalnya pengalaman semasa bercuti, pengalaman seharian dan sebagainya.

    Pengalaman-pengalaman ini dapat membantu murid untuk memahami perkara-

    perkara yang lebih kompleks. Selain itu, guru boleh juga mengenakan soalan-soalan

    berbentuk penyelesaian masalah. Dalam hal ini, mereka memerlukan pemikiran yang

    logik, analtik dan mungkin boleh diselesaikan melalui pengalaman mereka.

    Kemudian minta mereka untuk menjelaskan penyelesaian masalah tersebut dengan

    teratur dan sistematik.

    21

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    22/31

    Rumusan

    Dapatlah dilihat disini bahawa perkembangan adalah perubahan yang dialami

    oleh setiap individu yang bersifat kualitatif dan tidak dapat disukat melalui kuantitatif

    tetapi dapat dilihat perubahannya dari masa ke masa. Proses ini akan berjalan

    daripada lahirnya seseorang individu itu bukan sahaja hingga ke tempoh matangnya,

    namun hingga ke akhir hayat. Selain itu, kita dapat lihat bahawa, terdapat

    beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan seseorang itu iaitu

    faktor baka dan faktor persekitaran. Faktor persekitaran pula terbahagi

    kepada dua iaitu pra-lahir dan selepas lahir. Faktor baka inilah yang akan

    menentukan had perkembangan seseorang manakala faktor persekitaran

    akan dapat membantu perkembangan seseorang ke tahap yang

    maksimum.

    Selain itu, terdapat beberapa prinsip perkembangan yang dapat

    dikenal pasti. Antaranya adalah mengikut aturan, berlaku secara

    berterusan, kadar perkembangan yang berbeza bagi setiap individu dan

    lain-lain lagi. Perkembangan ini akan berlaku secara berterusan, proses ini

    dihadapi oleh setiap individu dalam corak dan aturan yang hampir sama,

    namun perkembangannya berbeza bagi setiap individu. Perkembangan

    22

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    23/31

    berlaku mengikut peringkat iaitu daripada peringkat belum lahir, bayi,

    kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

    Untuk melaksanakan proses perkembangan ini berjalan lancar, guru

    merupakan individu yang penting. Guru haruslah memain peranan dengan

    menyediakan persekitaran yang kondusif serta selesa untuk murid-murid.

    Guru juga perlu memastikan kelengkapan alat bantu mengajar yang

    mencukupi. Di samping itu, kanak-kanak perlulah diberikan peluang untuk

    menyatakan pendapat mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat

    meyakinkan diri mereka untuk menyatakan sesuatu kepada orang lain.

    Selain daripada itu, ibu bapa juga memainkan peranan utama dalammembentuk perkembangan anak-anak mereka. Komunikasi antara ibu

    bapa dan anak- anak harus terjalin agar anak- anak lebih yakin untuk

    berkomunikasi dengan orang lain pula. Selain itu, di setiap kawasan

    perumahan juga perlu mengadakan aktiviti mingguan bagi kanak- kanak.

    Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka untuk

    bergaul dengan rakan sebaya, mengamalkan gaya hidup yang sihat, dan

    dapat melatih komunikasi yang berkesan antara mereka dengan rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, kanak-kanak akan tahu bagaimana

    untuk bersosial dengan betul dan sihat. Aktiviti yang dilakukan oleh

    kanak-kanak juga perlu mendapat pengawasan daripada ibu bapa. Ia

    bukan bererti mengongkong tetapi sebagai ibu bapa, mereka harus

    mengambil berat tentang anak-anak mereka.

    Kesimpulannya, semua pihak harus yang berkaitan haruslah

    memainkan peranan dalam membentuk perkembangan kanak-kanak agar

    mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil dan sempurna. Selain

    daripada itu, kesedaran perlulah dibentuk terhadap ibu bapa dan guru-

    guru tentang pentingnya perkembangan minda kanak-kanak daripada

    awal kelahiran dan perkembangan mereka.

    23

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    24/31

    Rujukan

    Halizah Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), Perkembangan Kanak-kanak

    untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn.

    Bhd, Kuala Lumpur.

    Mook Soon Sang (2006), Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran

    Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Puchong, Selangor.

    Mook Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak, Penerbitan

    Multimedia Sdn. Bhd, Puchong, Selangor.

    Noraini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria (2007), Perkembangan Kognitif dan

    Pembelajaran Kanak-kanak, Meteor Doc. Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

    24

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    25/31

    Sharifah Alwiah Alsagoff (1992), Psikologi Pendidikan 1 Konsep Asas

    Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan, Longman

    Sdn. Bhd, Subang Jaya.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak

    http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf

    http://psikologi-perkembangan.blogspot.com/2007/01/kanak-kanak.html

    25

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanakhttp://psikologi-perkembangan.blogspot.com/2007/01/kanak-kanak.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanakhttp://psikologi-perkembangan.blogspot.com/2007/01/kanak-kanak.html
  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    26/31

    26

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    27/31

    Gambar adik Haikal

    27

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    28/31

    28

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    29/31

    Gambar adik Azri

    29

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    30/31

    30

  • 8/7/2019 Asgmnent Konsep Perkembangan Kanak

    31/31