ASIGNMENT 1 - KEUSAHAWANAN

download ASIGNMENT 1 - KEUSAHAWANAN

of 21

Transcript of ASIGNMENT 1 - KEUSAHAWANAN

KEUSAHAWANAN (SHD 3412) TUGASAN 1 (PROFIL USAHAWAN)1.0 LATAR BELAKANG PENIAGAAN SAKAN

Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. (SAKAN), didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nombor pendaftaran 550991-A pada Jun 2001 adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera Islam. Ia dimiliki oleh Dato' Haji Che Umar Bin Yatim dan diuruskan bersama anak-anak Dato' Haji Che Umar Bin Yatim iaitu Rosmariza Binti Hj Umar, Hairil Amri Bin Hj. Umar dan Rosmarina Binti Hj Umar. SAKAN merupakan peneraju pasaran borong bagi pakaian, tekstil dan barangan rumah lain, yang semuanya secara langsung diperolehi daripada pembekal tempatan serta orang-orang dari Indonesia, Thailand, Vietnam dan China. Pelanggan utamanya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

Pada masa ini, SAKAN mempunyai 93 cawangan di seluruh negara dengan cawangan yang terbesar terletak di Kuala Berang, Langkawi, dengan keluasan 900 kaki persegi. Jumlah pekerjanya 1200 orang dengan lebih 200 orang graduan. Pasaran jualan terbaik Sakan terletak di Johor, Pahang dan Terengganu. Ibu pejabatnya terletak di Kuala Kangsar, Perak. Kejayaan SAKAN dipacu oleh permintaan tinggi terhadap barangan jualannya dan dijana oleh faktor pengurusan kewangan dan pentadbiran yang terancang serta mempunyai matlamat dan objektif yang ditetapkan.

Visi dan misi syarikat ini adalah untuk meluaskan perniagaan kepada yang perniagaan berkonsep ONE STOP CENTRE dan mengembangkan perniagaan yang ada sekarang kepada pasaraya besar. Sejak SAKAN ditubuhkan secara rasmi pada Jun 2001, sambutan pelanggan dan jualan syarikat amat memberangsangkan. Konsep jualan pada harga borong dalam strategi pemasaran SAKAN mencapai sasaran dan telah memperkukuhkan lagi prestasi kewangan syarikat. Dalam tempoh lebih sepuluh (10) tahun ditubuhkan, SAKAN mampu membuktikan bahawa perniagaannya antara perniagaan Bumiputera yang mampu beroperasi dan bersaing sehingga mempunyai lapan puluh (80) cawangan di seluruh negara dengan kakitangan melebihi 400 orang. Slogan Pasaraya Borong Sakan adalah 'Ingat Murah Ingat SAKAN' yang menyatakan dengan jelas bahawa barangan di pasar raya ini dijual pada harga yang sangat berpatutan. Konsep perniagaannya yang bertepatan dengan slogan ini menjadi tarikan untuk masyarakat setempat untuk mengunjungi dan berbelanja.SAKAN memiliki kelebihannya tersendiri dan mempunyai daya saing yang kuat untuk terus lebih maju ke hadapan. Kelebihan yang ada pada SAKAN membolehkan memenuhi falsafah perniagaannya dalam menjual barangan pada harga borong kepada para pelanggannya. China, Thailand, Indonesia adalah tempat yang menjadi sumber barangan diperolehi selain daripada negeri-negeri dalam Malaysia.

1.1 AKTIVITI UTAMA

Foto 1.1 : Antara cawangan Pasaraya Borong Sakan di Selangor

Pasaraya Borong Sakan Sdn.Bhd menjalankan aktiviti perniagaan berupakan keperluan hidup manusia pakaian, tempat tinggal dan makanan secara runcit dan borong. Fokusnya tertumpu kepada jualan pakaian untuk semua peringkat umur seperti pakaian dan keperluan sekolah, pakaian dan peralatan bayi, barang-barang kelengkapan rumah merangkumi peralatan dapur, bilik tidur, permaidani, selimut dan set katil (toto, narita) sehingga kepada keperluan umrah dan haji. Dengan menyediakan pakaian untuk semua peringkat umur termasuk lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak dan bayi dalam pelbagai jenis, corak, kualiti dengan harga yang rendah, Pasar raya ini menjadi mudah dikenali di kalangan masyarakat yang berpendapatan sederhana ke bawah.

1.2 STRUKTUR PERNIAGAAN SAKAN

1.2.1 Kumpulan SasaranTumpuan SAKAN adalah untuk memenuhi kehendak golongan pertengahan dan golongan berpendapatan rendah. Ini bertepatan dengan slogan syarikat iaitu Belilah Pada Harga Borong. Pelanggan utama SAKAN adalah terdiri dari golongan masyarakat Melayu Islam. Selain itu, peruncit dan pemborong termasuk peniaga kecil-kecilan, peniaga pasar malam dan agensi-agensi kerajaan juga merupakan pelanggan tetap syarikat.

Selain itu, fokus barangan jualan SAKAN termasuk juga keperluan hidup manusia (pakaian, tempat tinggal dan makanan). SAKAN menyediakan pakaian untuk semua peringkat umur termasuk lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak dan bayi dalam berbagai jenis, corak, kualiti dengan harga rendah. Dewasa ini masyarakat lebih berhati-hati, prihatin dan mempunyai informasi yang luas terhadap harga barang keperluan dan di mana untuk membeli.

1.2.2 Penjualan LangsungPada dasarnya penjualan barang-barang adalah secara langsung (terus dari pengilang) tanpa melalui orang tengah.

1.2.3 Pilihan /PelbagaianTerdapat lebih dari 4,000 jenis barangan yang ditawarkan di rangkaian SAKAN. Antara barangan yang terdapat adalah barangan dari rangkaian muslim, pakaian untuk semua peringkat umur, kelengkapan rumah, alatan sekolah, alat tulis, perkakasan dapur dan peralatan rumah. Jenis Barangan yang ditawarkan di setiap cawangan adalah berbeza bergantung kepada keluasan.

1.2.4 Konsep IslamSAKAN berpegang teguh kepada konsep fardhu kifayah di mana ia merujuk tanggungjawab dan kewajipan sebagai Muslim untuk menawarkan keperluan kepada saudara Muslim. SAKAN mempunyai pelbagai jenis barangan untuk keperluan pelanggan Muslim.

2.0 LATAR BELAKANG USAHAWAN

Foto 2.1 : Dato' Haji Che Umar Bin Yatim adalah pengasas Pasaraya Borong Sakan

Dato' Haji Che Umar Bin Yatim dilahirkan pada 6/5/1950 di Kampung Sakan, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak kedua daripada lapan adik-beradik. Beliau bersekolah di sekolah melayu Sekolah Kebangsaan Penanga sehingga darjah 4. Kemudian berpindah masuk ke Special Malay Class aliran inggeris Sekolah Rendah Iskandar. Beliau kemudiannya dapat meneruskan pengajian ke Sultan Idris Collenge. Selepas itu, Dato Haji Che Yatim mendapat tawaran masuk ke Universiti Malaya, namun gagal pengajian pada tahun yang pertama. Selepas itu beliau bekerja secara tidak tetap menjadi guru sementara, kerani, selepas itu dapat kerja di Perkeso. Semasa bekerja di Perkeso, beliau menyambung pengajian secara out campus.

Sekarang, beliau mempunyai kelulusan dalam bidang Ijazah Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia. Beliau mempunyai bapa yang penyayang dan mengajarkan asas selok belok perniagaan kepadanya. Bapa beliau seorang yang sentiasa memberi dorongan kepada Dato' Haji Che Umar untuk berusaha dan berjaya. Mengimbau kembali sikap ayahnya terhadapnya, beliau berkata, "selepas mengetahui bahawa saya gagal peperiksaan tahun pertama saya di Universiti Malaya, bapa saya tidak menyalahkan atau menghukum saya. Malah, beliau sangat memahami dan menggalakkan saya untuk bekerja keras dan cuba lagi. Selepas menamatkan ijazah saya sains sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM), saya bekerja selama 26 tahun dengan Pertubuhan Keselamatan sosial (PERKESO). "

3.0 SEJARAH PERNIAGAAN SAKAN

Dato Haji Che Umar bin Haji Yatim menubuhkan SAKAN hasil ilham yang tercetus daripada hobinya yang gemar bermain sepak takraw yang kemudiannya diuruskan menjadi salah satu Empayar perniagaan borong paling berjaya di Malaysia. Dato' Haji Che Umar bin Haji Yatim, Pengarah Urusan Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd (SAKAN), memperoleh kejayaan sekarang melalui permainan sepak takraw.

Nama SAKAN diberikan pemiliknya; Dato 'Haji Che Umar sempena nama tempat kelahiran beliau di Kampung Sakan, Jalan Dato Kumbar, Alor Setar Kedah. Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikenali dengan nama Syarikat Sri Sakan telah beroperasi secara aktif pada tahun 1980 dan ditubuhkan secara rasmi pada April 1982. Perniagaan ini dimulakan dengan modal hanya RM200.00. Hj. Umar yang ketika itu bertugas sebagai Pengurus Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) telah melantik isterinya, Pn. Resnah Husin sebagai Pengurus syarikat.

Perniagaan bermula dengan menerima pesanan dan menjual kepada kenalan sahaja. Beliau memulakan tunas perniagaannya dengan menyewa gerai di ekspo. Pada tahun 1982, Syarikat Sri Sakan telah maju setapak lagi sebagai pemborong pakaian kepada peniaga-peniaga kecil, pasar malam, kedai-kedai pakaian, pasaraya ekonomi dan rangkaian Supermarket Berkat, Fajar dan Billion. Pada waktu itu, barang-barang yang dipasarkan merupakan produk keluaran Thailand. Akhirnya Dato Haji Che Umar menubuhkan cawangan yang pertama di bawah SAKAN pada Jun 2001. Walaupun pada hakikatnya bahawa perniagaan SAKAN telah membuat keuntungan, beliau mengakui ia mengambil sedikit masa untuk beliau mempunyai keyakinan untuk menubuhkan cawangan Sakan kedua dan ketiga.

Beliau berkata, "Asalnya saya tidak mempunyai apa-apa impian besar kerana saya secara semula jadi takut gagal. Namun, selepas pembukaan cawangan ke-10 saya pada tahun 2006 yang saya mula mempunyai keyakinan untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih drastik. Malah, tidak mahu melihat ke belakang lagi kerana saya menyedari bahawa perniagaan saya telah terselamat dua kemelesetan ekonomi pada 1990 dan 1998. Perniagaan ini sebenarnya berkembang pesat pada masa-masa yang mencabar itu. " Itulah sebenarnya yang menjadi pemangkin dan mengilhamkan sebuah empayar perniagaan yang berjaya dengan merekodkan perolehan sebanyak RM106 juta pada tahun lepas.

Dewasa ini masyarakat lebih berhati-hati, prihatin dan mempunyai informasi yang luas terhadap harga barang keperluan dan di mana untuk membeli. Berdasarkan komen yang SAKAN terima, pelanggan yang 95% terdiri dari masyarakat Islam mahu berbelanja di kedai-kedai dan pasaraya milik bumiputera, tetapi memandangkan jumlahnya amat kecil dan kebanyakannya tidak mampu bersaing maka keinginan itu terkubur. Oleh itu, SAKAN yang mampu bersaing dari segi harga dan kepelbagaian barang, mendapat tempat di pasaran di samping dapat menunaikan fardhu kifayah. Selain itu SAKAN mewujudkan suasana kepada pengguna bahawa membeli belah di SAKAN bukan hanya dapat berjimat dengan harga borong yang ditawarkan malah mendapat layanan yang memuaskan.

3.1 BAGAIMANA SAKAN BERMULA

Ketika zaman mudanya, Dato 'Haji Che Umar menghabiskan hampir setiap petang bermain sepak takraw dengan kawan-kawannya. Mengimbau kembali zaman mudanya, beliau berkata "Saya sangat meminati permainan ini sehingga ke mana sahaja saya pergi, pasti saya akan membawa kasut sukan sepak takraw. Pada suatu hari, saya memakai kasut sukan dan juga sepasang seluar satin untuk bermain sepak takraw. Ketentuan pada hari itu, semua rakan-rakan saya perasan dan sangat menyukainya, malah mahu membeli sepasang untuk diri mereka sendiri."

Bermula dari hari itulah beliau mula berfikir dan berkira-kira untuk berniaga. Malangnya, beliau mempunyai sedikit wang dan terpaksa menunggu sehingga akhir bulan ini untuk gajinya. Beliau mengambil RM200 daripada gaji dan membeli seluar yang sama secara pukal pada harga borong dan menjual mereka kepada kawan-kawannya. Ia membawa keuntungan.

Menyelusuri kembali bagaimana Sakan bermula, Dato 'Haji Che Umar menceritakan, kemudian beliau melaburkan semula keuntungan dan berulang proses itu sehingga beliau memantapkan dirinya sebagai pembekal separuh masa untuk perniagaan kecil yang lain. Oleh kerana perniagaannya semakin berkembang, beliau menyedari bahawa perlunya untuk membentuk sebuah syarikat. Beliau berkata, "Saya tidak pasti untuk menamakan apa syarikat saya. Akhirnya, pada bulan April tahun 1982, saya mengambil keputusan untuk membentuk SYARIKAT SRI SAKAN yang dinamakan sempena kampung di mana saya dilahirkan."

Beliau pada masa itu masih bekerja di PERKESO, Kuala Kangsar. Namun tidak lama kemudian dipindahkan ke Teluk Intan. Dato Haji Umar berkata, "Oleh itu, saya terpaksa kerap berulang alik untuk menguruskan perniagaan saya. Ia adalah cabaran bagi saya untuk menguruskannya secara berseorangan kerana semua empat anak-anak saya masih bersekolah. Setelah membuat pertimbangan, saya mengambil keputusan memilih untuk bersara awal pada tahun 1998 selepas dua tahun setengah bekerja di PERKESO, Teluk Intan ".

3.2 DORONGAN MEMULAKAN PASARAYA BORONG SAKAN

Didikan asas yang diajar oelah bapa Dato' Haji Che Umar yang telah membentuknya mempunyai jiwa berniaga. Dorongan dari bapanya yang sentiasa memberi insprisi untuknya cepat bertindak dan mengambil peluang perniagaan dalam sesuatu keadaan. Mengulangi kisah hidupnya tentang bagaimana SAKAN bermula, beliau memberitahu bahawa asas, didikan sert adorongan ibubapa dan sokongan kawan-kawan telah mencetuskan tindakannya untuk membelikan set pakaian sukan sepak takraw dan menjual kepada rakan-rakannya semula. Beliau memberitahu, Pada suatu hari, saya memakai kasut sukan dan juga sepasang seluar satin untuk bermain sepak takraw. Ketentuan pada hari itu, semua rakan-rakan saya perasan dan sangat menyukainya, malah mahu membeli sepasang untuk diri mereka sendiri".

Bermula dari hari itulah beliau mula berfikir dan berkira-kira untuk berniaga. Beliau mengambil RM200 daripada gaji dan membeli seluar yang sama secara pukal pada harga borong dan menjual mereka kepada kawan-kawannya. Ia membawa keuntungan.Selepas tertubuhnya Syarikat Sakan, beliau mendapat sokongan daripada isterinya Pn. Resnah Husin yang sanggup menguruskan perniagaan tersebut setelah ditubuhkan secara rasmi pada April 1982. Isterinya dilantik sebagai Pengurus syarikat kerana pada waktu itu Dato Hj. Che Umar bertugas sebagai Pegawai Pengurus di agensi kerajaan iaitu Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) Kuala Kangsar. Perniagaan bermula dengan menerima pesanan dan menjual kepada kenalan sahaja. Sokongan kawan-kawan dan kenalan yang banyak mengambil barangan dari Syarikat Sri Sakan telah merancakkan lagi perniagaannya. Kemudian perusahaan Dato Hj. Che Umar telah maju setapak apabila dapat perminatan peniaga-peniaga kecil, pasar malam, kedai-kedai pakaian, pasaraya ekonomi dan rangkaian Supermarket Berkat, Fajar dan Billion untuk pasaran borongnya.

Pada tahun 2000, dengan dibantu oleh tiga (3) orang anaknya yang baru tamat pengajian dalam Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari Kingston Universiti of London, Ijazah Ukur Bangunan dari Universiti Malaya dan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Politeknik Ungku Omar, maka pada Jun 2001 tertubuhlah Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. sehinggalah mempunyai 68 cawangan pada tahun 2011. Kesemua saham syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Hj. Umar, isteri serta anak-anaknya. Tiga faktor yang membantu SAKAN bertahan dan berkembang ialah: Pengetahuan dan pengalaman Pengarah urusan; Hj. Umar Yatim selama lebih 20 tahun dalam bidang ini sebagai pemborong sebelum terlibat dalam aktiviti peruncitan. Ini termasuk keupayaan mengharungi dua (2) kegawatan ekonomi (tahun 1983 dan 1997) dengan baik malah semakin berkembang. Ketegasan dan sikap berhati-hati yang dibawa oleh Hj. Umar dalam membentuk anak-anaknya, menjadikan perniagaan seperti yang ada pada hari ini. Budaya kerja yang diamalkan.

4.0 CABARAN-CABARAN DALAM PERNIAGAAN BORONG

Cabaran utama SAKAN ialah persaingan dari kalangan kaum lain yang sudah lama mengusai bidang perniagaan borong . Kata Dato Haji Che Umar, apabila SAKAN hendak dikembangkan saingannya sangat kuat namun saya rasa saya tiada masalah. Katanya lagi, kita perlu berani. SAKAN merupakan peneraju pasaran borong bagi pakaian, tekstil dan barangan rumah lain di kalangan syarikat bumiputera Islam. Ia mendapat sokongan kuat daripada pelanggan di kalangan masyarakat melayu dan golongan menengah rendah ke bawah.

Cabaran dari sedi produ, ia diperolehi secara langsung daripada pembekal tempatan serta orang-orang dari Indonesia, Thailand, Vietnam dan China. Tujuannya untuk memastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Manakala pelanggan utamanya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Walaupun berharga murah, SAKAN seboleh-bolehnya memastikan barangan yang dijual mempunyai kualiti dan pelanggan berpuashati dengan harga yang dibayar. Cabaran terbesar SAKAN adalah untuk mengekalkan harga yang rendah bagi setiap barangannya dan memastikan kualiti terjamin serta memuaskan hati pelanggan.

SAKAN banyak mengambil pekerja melayu. Dato Haji Che Umar berkata, cabarannya mengambil pekerja melayu adalah dari segi kebolehan, kesungguhan bekerja sangat kurang kalau dibandingkan dengan pekerja asing yang sikap mereka sangat bagus dua kali ganda daripada melayu walaupun dibayar gaji sama. Katanya lagi, sebagai contoh dari segi produktiviti. Katakan sehari perlu siap empat bakul. Seorang pekerja melayu boleh buat satu setengah raga sahaja, manakala pekerja asing boleh siap tiga raga walaupun bukanlah semua begitu. Peratusan pekerja bagus sangat sikit dan perlu dilatih untuk mengubah sikap tetapi tidak semua boleh menerima teguran. Kata beliau lagi, SAKAN pernah menghadapi kerajaan tidak bagi mengambil pekerja asing. Masalah yang dihadapi adalah gudang SAKAN akan mengalami masalah pekerja yang sanggup bekerja 24 jam dan operasinya boleh lumpuh. Sekarang gudang SAKAN ada sekitar 40 orang pekerja asing dan 10 orang tempatan. Kesemua pekerja asing ditempatkan di bahagian stor.

Dato Haji Che Umar mengamalkan sikap yang tegas dan sangat berdisiplin berkaitan keluar masuk wang. Ini untuk memastikan aliran modal sentiasa berlaku dan keuntungan dapat dijana pada tahap maksimum. Beliau berkata, " Saya juga memastikan bayaran balik semua wang pinjaman untuk perniagaan. Salah satu pelajaran yang paling penting bapa saya adalah sentiasa menghormati kata-kata seseorang dan sangat berdisiplin tentang keluar masuk wang. Beliau juga telah berusaha untuk meningkatkan amalan pengurusan terbaik syarikat. Sebelum ini, seorang pengurus kawasan dilantik untuk memantau 10 cawangan. Walau bagaimanapun untuk memastikan penyeliaan yang lebih dekat, amalan baru diwujudkan iaitu pengurus kawasan memantau lima cawangan sahaja.

Untuk memastikan Pasaraya Borang Sakan berkembang dan mendapat sambutan masyarakat, Dato Haji Che Umar melakukan perancangan berdasarkan analisa terhadap faktor kepadatan penduduk berbangsa Melayu, kuasa pembeli setempat, lokasi dan persekitaran perniagaan. Faktor faktor ini memainkan peranan memastikan kestabilan jualan di setiap pasaraya beliau. Katarnya, faktor harga dan pesaing merupakan faktor kedua kerana syarikatnya mampu bersaing dari sudut harga. ini kerana harga yang ditawarkan adalah sangat kompetetif berbanding pesaingnya yang lain.

Beliau berkata, Saya sangat praktikal. Saya terlibat secara peribadi apabila berkaitan pemilihan lokasi kedai baru kami. Kami menghabiskan antara RM200, OOO dan RM300,OOO bagi pengubahsuaian setiap cawangan, oleh itu kami perlu memastikan bahawa cawangan tersebut mempunyai peluang terbaik untuk menjana keuntungan. Beliau juga memberitahu bahawa, jika terdapat kedai-kedai yang tidak dapat menghasilkan keuntungan walaupun terdapat pelbagai promosi perayaan dan cuti sekolah, maka pilihannya adalah menutup cawangan tersebut dalam tempoh setahun untuk mengurangkan kerugian syarikat. Begitulah strategi pemasaran beliau.

5.0 SOKONGAN PERNIAGAAN

Untuk memastikan Pasaraya Borong Sakan diuruskan dengan lancar, beliau kini dibantu oleh tiga anaknya iaitu Rosmariza (35 tahun), Hairil Amri (34 tahun), dan Rosmarina (32 tahun), manakala anak perempuan bongsunya Rosmalinda (24 tahun) akan menyertai perniagaan itu tahun depan . Walaupun anak-anaknya membantu menguruskan aktiviti perniagaan SAKAN, beliau akan terus menguruskan perniagaannya supaya sentiasa di atas landasan yang betul.

Foto 5.1 : Keluarga besar Dato Haji Che Umar yang turut terlibat dalam menguruskan perniagaanya

6.0 PENCAPAIAN USAHAWAN DAN PERNIAGAAN SAKAN

Pasaraya Sakan telah banyak memenangi anugerah-anugarah sepanjang penubuhannya. Antara pencapaian dan anugerah yang berjaya diraih oleh Pasaraya Borong Sakan dan Dato Haji Che Umar Bin Yatim adalah seperti berikut :

1) Anugerah Kedai Harga Patut 2007/2008 dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna untuk cawangan Alor Setar, Kedah; Cawangan Jasin, Melaka; danCawangan Semenyih, Selangor

2) Anugerah Kedai Harga Patut 2008/2009 dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna untuk cawangan Kuala Kangsar, Perak; Cawangan Kampong Gajah, Perak; dan Cawangan Jengka, Pahang

Foto 6.1 : Majlis Penyampaian Anugerah Kedai Harga Patut 2008 2009 oleh KPDNHEP pada 18 Disember 2008

3) Anugerah Enterprise Gemilang Parlimen Kuala Kangsar Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke- 50

4) Kejayaan Dato 'Haji Che Umar sebagai usahawan Bumiputera menyebabkan beliau telah dianugerahkan Darjah Setia DiRaja Kedah oleh Sultan Kedah pada pertengahan bulan Januari 2012 yang membawa gelaran Dato.

5) Selain itu, Dato 'Haji Che Umar merupakan pemegang Anugerah Jaksa Pendamai.

7.0 RANCANGAN MASA HADAPAN PERNIAGAAN SAKAN

Keyakinan serta kesungguhan pihak pengurusan dan semua kakitangan syarikat ini memberi keyakinan kepada Dato 'Haji Che Umar untuk mencapai matlamat syarikat di masa hadapan. Berdasarkan hakikat di pasaran kini, maka Dato 'Haji Che Umar telah merancang untuk memperluaskan cawangan yang sedia ada dan menambah bilangan cawangan sehingga 10 cawangan ke beberapa tempat yang telah dikenal pasti. Dato' Haji Che Umar berkata, beliau mahu Pasaraya Borong Sakan mencapai sasaran jualan sebanyak RM125 juta pada tahun ini dan juga mahu membuka cawangan ke -100 beliau pada awal tahun depan. Selain menyasarkan untuk membuka 15 kepada 20 lagi cawangan baru pada tahun ini, Dato 'Haji Che Umar juga merancang untuk melancarkan perniagaan pasaran borong di Medan, Indonesia.

SAKAN juga sedang dalam perbincangan dengan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ( PUNB) mengenai kemungkinan menjual lesen cawangannya kepada usahawan usahawan yang lain dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang. Walaupun syarikat itu tidak mempunyai rancangan untuk penyenaraian awam dalam masa terdekat , beliau tidak menafikan kemungkinan langkah itu di kemudian hari. Selain itu, beliau juga ada memaklumkan untuk melebarkan sayap perniagaannya dalam, bidang yang berbeza. Dia berkata, "Sekarang perniagaan teras saya stabil, jadi saya merancang untuk mempelbagaikan jenis perniagaan termasuk dalam industri minyak sawit dan perladangan getah , hartanah , pembinaan dan hotel. Malah, saya mahu untuk membuka hotel bajet pertama saya di Kuala Kangsar pada akhir tahun ini".

Pada masa ini, Dato' Haji Che Umar mewujudkan Sakan Travel & Tours yang menguruskan pakej umrah, beliau juga ada tanah untuk buat pembinaan hotel. Katanya, kita perlu pelbagaikan bisnes termasuk dalam pemilikan hartanah dan juga pembinaan. Dato' Haji Che Umar tidak mempunyai rancangan untuk bersara daripada perniagaan beliau lagi, walaupun beliau sudah mempunyai perancangan untuk penggantiannya di SAKAN. Dia berkata, " Saya seorang yang gila kerja secara semulajadi, saya tidak boleh hanya duduk di rumah dan tidak melakukan apa-apa. Sekarang, saya menumpukan perhatian kepada latihan untuk anak saya yang akan mengambil alih perniagaan satu hari. "

8.0 NASIHAT UNTUK BERJAYA DAN PENGAJARAN

Dato Haji Che Umar merupakan seorang usahawan melayu yang tidak lokek dengan ilmu. Beliau sering dijemput oleh PUNB dan SME Corp untuk berkongsi pengalaman dengan generasi muda yang berhasrat untuk mengikut jejak langkah beliau. Antara nasihat ditekankan beliau adalah berkaitan kepentingan untuk usahawan muda menyedari bahawa perniagaan memerlukan kerja keras, disiplin dan kemahiran pengurusan wang yang kukuh untuk membina perniagaan yang menguntungkan. Katanya lagi, kejayaan tidak datang bergolek tanpa pengorbanan. Jika anda ingin memulakan perniagaan, bermulalah dari bawah. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Paling penting, seseorang itu mestilah boleh dipercayai, mengekalkan integriti dan mempunyai keberanian untuk mengambil risiko dalam perniagaan.

Menurut beliau, pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat. Oleh itu, dalam usaha untuk berjaya, seorang usahawan perlu belajar daripada orang lain dalam perniagaan. Beliau berkata, "Pembacaan sangat membantu. Saya sering membaca biografi orang yang berjaya seperti mendiang Tan Sri Lim Goh Tong ( Genting Group) dan Tan Sri Anthony Fernandes ( Air Asia). Buku kegemaran saya adalah tentang Sir Richard Branson. Saya sebenarnya, membaca semua buku beliau.

Beliau juga menasihatkan untuk sentiasa berbuat baik kepada pekarja dan masyarakat. Beliau memberitahu bahawa pada tahun ini beliau menaja 40 orang yang kurang bernasib baik untuk menunaikan umrah di Mekah. Katanya Apa-apa perbuatan kebajikan bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk berkongsi kekayaanya dengan masyarakat. Beliau memetik kata-kata anak bongsu, Apa guna menjadi kaya jika anda tidak boleh berkongsi kekayaan dengan orang lain'.

9.0 TRANSKRIP TEMU DUGA.

En. Mior : Boleh Dato ceritakan akta perlembagaan dan aktiviti utama syarikat dato?Usahawan Sakan : Dulu saya ada ambil civil. Kerja Pengurus Socso dulu. Kerja di Socso pada masa itu pendapatan pun sikit. Isteri tidak bekerja jadi isteri saya tubuh syarikat berniaga. Jadi kami berniaga kecil-kecilan dan mulanya saya main takraw. Pergi padang besar, balik kampung beli seluar rakan hendak. Saya kata, saya tidak ada duit tunggu hujung bulan saya ambil gaji RM200 pergi balik beli sana. Pergi sana beli balik, balik laku. Laku tapi ada juga duit tidak bayar. Kawan-kawan hutang barang habis, duit tidak ada. Jadi saya pun jumpa satu kawan mamak, pinjam duit dia RM300. Saya terus pergi beli. Lepas dari berniaga itu, kalau bagi sendiri dekat kawan saya suruh kawan tolong jual bagi komisen. Lepas dari itu saya terus masuk kedai. Jual di kedai-kedai sport, lepas itu saya masuk supermarket. Semua pun part time.Lepas itu saya ditukar dari Kuala Kangsar ke Teluk Intan. Berulang 2 tahun setengah. Petang-petang buat kerja part time. Pergi hantar barang niaga merata Tanjung Malim,Sungai Besar Sabak Bernam, sampai KL, Kenanga. Selepas itu tak larat berulang, tak larat berulang Kuala Kangsar. Selalu balik Kuala Kangsar rumah sewa di sana tapi di Kuala balik juga sebab stor disini family sini. Jadi tidak larat berulang 2 tahun setengah 6 bulan. Kali terakhir saya tidur atas lebuhraya, tidak tahan dah bila bertolak malam tidak kira jam pukul berapa, habis kerja bertolak pagi, tidur pagi. Pergi kerja daripada Highway Bidor terus pergi kerja. 6 bulan saya tidur atas lebuhraya. Tidak tahan saya kena buat pilihan sama ada buat kerja full time atau buat bisnes fulltime. Masa saya hendak berhenti semua orang tidak bagi. Masa itu pn gaji dah okay RM4000 lebih. Pada tahun 1998 saya hendak berhenti kerja. Semua orang tidak bagi termasuklah keluarga dan kawan-kawan. Kata mereka, sebab isteri tidak bekerja, anak sekolah ada 4 orang. Kalau gagal anak hendak makan apa. Jadi saya bertekad, tekad atas keyakinan sendiri dan saya rasa saya boleh. Pengalaman juga sudah ada saya keluar berniaga, duduk di Ekspo 2 tahun bawah khemah. Sewa khemah berniaga dengan sama-sama orang-orang di Ekspo karnival-karnival.Selepas itu, saya buka kedai yang pertama di Kuala Kangsar. Sehingga sekarang sudah 93 cawangan dan pekerja ada 1200 lebih orang dan 200 lebih graduan.

En Mior :Cawangan ke 93 dimana Dato?Usahawan Sakan: Cawangan yang terakhir di Jerteh Terengganu. Di Cameron Highlands juga ada. Di seluruh Malaysia semua negeri ada kecuali Malaysia Timur sahaja tidak ada lagi. Ehh..tadi soalan aktiviti utama, saya adalah menjual pakaian, kelengkapan harian semua jenis. Konsep saya jual murah sebab tagline Sakan Ingat Murah Ingat Sakan . Konsep saya jual murah.

En. Mior : Sumber Dato dapat dari mana?Usahawan Sakan : Dalam negara wajib ada yang luar negara akan dapat murah dan saya sekarang ini beli terus dari China, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Ada yang saya ambil dari tangan orang, barangan tempatan. Kebanyakannnya kita terus dari kilang. Tagline kita juga Ingat Murah Ingat Sakan jadi kita dapat barang murah jual dengan harga yang murah. Saingan banyak dalam perniagaan tidak ada seorang melayu pun. Yang melayu mungkin saya seorang yang lain semua cina.

En. Mior : Boleh saya dapatkan latar belakang Dato? Usahawan Sakan : Saya dilahirkan pada 6/5/1950 di Alor Star, Kedah Kg Sakan. Nama syarikat saya nama kampung saya. Bila saya hendak daftar syarikat nama apa pun saya tidak tahu. Cari-cari tidak jumpa jadi letak nama kampung sahaja. Kebetulan nama sakan itu komersil. Saya sekolah di sekolah melayu Sekolah Kebangsaan Penanga darjah 4 masuk Special Malay Class tukar pergi ke aliran inggeris Sekolah Rendah Iskandar selepas itu pergi ke Sultan Idris Collenge. Selepas itu masuk UM gagal tahun yang sama. Selepas itu jadi guru sementara, kerani, selepas itu dapat kerja di sokso,selepas itu saya buat out campus.

En. Mior : Bilakah Sakan ditubuhkan?Usahawan Sakan : Sakan ditubuhkan tahun 2001En. Mior : Apakah menjadi dorongan Dato ialah seperti Dato katakan tadi sebab faktor keperluan harian dan hidup itulah dorongan Dato ya?Usahawan Sakan :Ya, betul.

En. Mior : Soalan saya seterusnya apakah cabaran mula-mula buka kedai yang Dato hadapi?Usahawan Sakan : Cabaran utama ialah persaingan. Kita masuk dalam bidang yang dikuasai bangsa lain dan apabila kita hendak membesar saingannya sangat kuat tapi saya rasa saya tiada masalah.

En. Mior : Bagaimana Dato menghadapi cabaran ini.Usahawan Sakan : Pertama sekali, diri dan sikap kita. Kita perlu berani. Kita hendak bersaing dengan orang kita kena berani. Kalau kita hendak lawan bola sepak pun kita kena ada keberanian. Yang kedua, kita perlu mempunyai sikap-sikap tertentu untuk berjaya. Saya sendiri mengkaji kenapa bangsa Cina bagus very hardworking, sangat amanah, kita orang melayu islam sepatutnya kita lebih amanah daripada Orang Cina tetapi yang sebaliknya yang berlaku. Kebanyakan orang melayu kurang amanah. Saya tidak tahu mengapa, mungkin bukan ugama tetapi mungkin dari segi tradisi kita ataupun sikap kita. Selepas itu saya kaji orang cina sangat bekerja keras, amanah, dan berani. Maka, saya sendiri tahu jika kita hendak kawan orang cina kita mesti ada sikap-sikap seperti mereka dan kalau boleh kita mesti lebih daripada mereka. Ketiga-tiga sikap ini saya ada sehinggakan ramai kawan-kawan cina saya bertanya, ehhyou ni melayu ke cina? Saya tanya kenapa? Kawan saya cakap, you bekerja macam orang cina. Ada juga yang kata ehhyou ni mamak ke cina, you ni bukan keturunan melayu, you mesti mamak. Saya tanya lagi kenapa. Kawan saya jawab mamak orang pandai dan berjaya dalam berniaga.Ramai tidak percaya orang melayu boleh berjaya sampai tahap ini. Saya betul-betul orang melayu tapi saya telah mengkaji sikap orang cina dan membuat benchmark sekurang-kurangnya macam orang cina. Saya pesan kepada pekerja saya perkara ini. Kalau tidak kita tidak boleh bersaing dengan mereka. Saya memang amanah, kerja keras semua orang tahu. Pagi sampai malam berfikir tentang kerja. masa saya tidur sahaja lupa tentang kerja, saya bangun saya terus berfikir tentang kerja walaupun tengah malam. Kita kena ada kesungguhan, keberanian, keyakinan. Untuk mencapai kita hendaklah mengkaji musuh kita. Apa kelebihan nya? Kita ambil hasil kajian kita tersebut, dari situ kita mula dan kita buat lebih daripada itu.

En. Mior : Selain cabaran daripada persaingan adakah masalah daripada pekerja yang Dato hadapi.Usahawan Sakan : Ada. Kita ambil pekerja melayu. Orang melayu ni dari segi kebolehan, kesungguhan bekerja sangat kurang tetapi kalau kita ambil pekerja asing sikap mereka sangat bagus dua kali ganda daripada melayu walaupun dibayar gaji sama. Sebagai contoh produktiviti, katakan sehari perlu siap empat bakul. Seorang orang melayu boleh buat satu setengah raga, bangsa asing boleh siap tiga raga tetapi bukanlah semua begitu. Peratusan pekerja bagus sangat sikit kita kena latih mereka. Kita ubah sikap tetapi tidak semua boleh menerima teguran. Pekerja saya boleh sepakat kerana boleh bekerja 24 jam. Perkara ini yang boleh membuat berkat dan bersatu hati.Dulu kita menghadapi hendak mengambil pekerja asing kerajaan tidak bagi. Kerajaan tidak tahu masalah sebenar yang dihadapi. Bukan saya sengaja hendak ambil pekerja asing, gudang saya kalau tiada pekerja asing boleh lumpuh. Sekarang saya ada 30 ke 40 orang pekerja asing, lega hati saya. Melayu ada dalam 10 orang. Kesemua pekerja asing ditempatkan di bahagian stor.

En. Mior : Sepanjang Dato menceburi bidang ini, pernah dato hadiri latihan/ kursus untuk perniagaan ini?Usahawan Sakan : Saya ada pergi kursus dan ikut latihan. Kalau ada talk semua saya pergi dan buku-buku mana orang-orang berjaya semua saya beli dan baca. Ini yang motivasikan kita. Sebenarnya pengetahuan kita boleh cari tapi kesungguhan hati kita kena tanam dan tingkatkan sentiasa bagi kita betul-betul minat. Orang susah pun boleh berjaya, boleh kata semua buku saya baca dan buku yang paling saya minat dan tidak ketinggalan ialah Richard Branson. Setiap keluarannya saya beli, bukunya sangat bagus. Ini yang motivasikan kita dan saya sendiri pun pergi bagi ceramah di seluruh Malaysia semua panggil seperti SME Corp, PuNB, dan baru-baru ini pada 26/4 PNB buat satu symposium lebih kurang macam tahunan. Tahun lepas dibuat di Kangar, Perlis, dia panggil saya Upin Ipin, Dato Yusof Haslam. Tahun ini dia buat bentuk forum di Kota Bharu April ini. Saya tidak boleh menolak kerana mereka memaksa saya untuk memberi ucapan kerana tahun lepas talk saya mendapat sambutan hangat sehingga masa tidak mencukupi.

En. Mior : Saya tengok talk Dato banyak menceritakan pengalaman dan bukan sahaja teori semata-mata.Usahawan Sakan : Ya saya cakap bersahaja, orang hendak dengar pengalaman saya daripada kecil hingga naik ke atas. Macam mana buat dengan tanpa modal yang banyak. Modal RM200 sahaja bleh naik sampai peringkat ini. Tahun ini forum sudah diberitahu, Dato Nazmi Salleh penasihat Proton, CEO PUNB Dato Zulkifli Farid, dan saya bertiga untuk forum tersebut.

En. Mior : Adakah Dato ada pencapaian peribadi dalam perniagaan?Usahawan Sakan : Saya jarang masuk pertandingan tetapi ada mendapat anugerah usahawan cemerlang dari Rafidah Aziz. Kedai harga patut daripada kementerian perdangan setiap tahun saya menang. Tahun lepas saya mendapat 13 kedai untuk anugerah itu. Pencapaian peribadi mendapat pingat Dato dan Jaksa Pendamai dari Sultan Kedah.

En. Mior : Apakah harapan Dato untuk masa hadapan?Usahawan Sakan : Dalam bisnes ini Sakan sudah sampai ke peringkat-peringkatnya. Daripada tinggi, stabil dan sekarang ini saya sudah start dari 5S itu semua orang tahu. Prinsip perniagaan ini tidak boleh letak sebiji telur dalam satu bakul, telur pecah habis semua. Sekarang ini what happen now retail sales tengah menjunam semua orang mengaku atau tidakk mengaku retail tengah teruk, why? Sebab orang tidak ada duit belanja. Getah rendah sawit rendah, naik minimum waste.Kita dengan peniaga ini pening minimum peratus naik dari 600 ke 900 kos tinggi minyak naik. Saya belanja minyak sebulan pun banyak, 20 sen naik puluh ribu kita terpaksa belanja. Selepas itu elektrik RM350 000 sebulan, dia naik 15%. Tuan engineer, tuan tahulah kira banyak mana tanggung. Sedangkan ekonomi merundum, ekonomi duduk dalam takrif yang sangat rendah. Saya sudah beniaga dalam berbelas tahun tidak pernah rasa kesusahan ekonomi ini. Saya buat post mortem, sembang,berbincang. Kita buat pembaharuan masih jatuh. Last year punya sale jatuh 15% sama dengan RM60.7 juta. Jadi tahun ini kita harap kita buat pembaharuan hendak capai, bulan Februari keputusan keluar jatuh lagi 10.7%. Ini cabaran dan saya tidak pernah takut dengan cabaran.

En. Mior : Jadi sepanjang Dato bisnes buka benda ini dari dulu inilah tahun yang paling jatuh?Usahawan Sakan : Tahun lepas ialah tahun yang lebih teruk dan tahun depan akan lebih teruk disebabkan GST. Ini bukanlah soal politik. Politik letak sebelah. GST wujud, duit kurang orang takut nak berbelanja. Kita berniaga pakaian, kalau berniaga makanan lain. Kita terpaksa makan.

En.Mior : Adakah Dato rasa, kemungkinan rakyat akan mencari juga kedai-kedai harga patut untuk dibelanja?Usahawan Sakan : Betul. Kedai sekarang terlalu banyak. Saya ambil contoh masa dahulu saya bukak kedai dan bersaing dengan orang siam. Saleem duduk sebelah, Lim duduk sebelah, semua sekali 4 orang. Sekarang dah dekat 20 kedai. Maknanya, dulu satu kek kongsi 4 orang, sekarang kongsi 20 orang. Sedangkan kos naik, pekerja naik, sewa naik, semuanya naik, api pun naik. Tapi kongsi 20 orang. Ini memang cabaran la. Sekarang saya buat Sakan Travel & Tours yang menguruskan pakej umrah, saya juga ada tanah nak buat hotel, Construction pun ada, development pun ada. Sakan masih sakan. Cuma kita perlu mengekalkan dan jaga bagi kukuh bagi elok. Kite perlu pelbagaikan bisnes. Property pun saya beli dekat 100. Nasib baik beli property kalau susah boleh labur.

En.Mior : Jadi harapan Dato ialah mempelbagaikan perniagaan?Usahawan Sakan : Harapan saya paling besar ialah kalau saya tidak ada suatu hari nanti, anak-anak saya boleh membawa Sakan semaju yang ada kalau boleh lebih lagi, macam mana Dato Fairuz bawa Jakel naik. Macam mana Dato Amir bawa Mydin naik. Begitulah harapan saya. Anak saya semua graduate semua kerja dengan saya.En.Mior : Jadi itulah harapan Dato ya? Terima kasih banyak atas temu ramah ini.Usahawan Sakan : Kalau tak cukup apa-apa telefon saya ya. Nombor telefon ada kan?

En.Mior :Ya saya ada.

SEKIAN.

Page | 21