assgment psv3110

42
PSV 3110 1 1.0 Pengenalan 1.1 Seni Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. 1.2 Seni Visual Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Seni Visual sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999).

description

kkp3110

Transcript of assgment psv3110

Page 1: assgment psv3110

PSV 3110 1

1.0 Pengenalan

1.1 Seni

Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang

dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43).

Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang

memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang

nyata (Martin, 1986: 12).

Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika

yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat.

1.2 Seni Visual

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin

seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk

teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni

reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun

pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium

dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu.

Seni Visual sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan

pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan

(Preble, Preble dan Frank, 1999).

Page 2: assgment psv3110

PSV 3110 2

2.0 Pengenalan & Sejarah Seni

Seni Purba atau seni kuno bermula ketika tamadun purba mengembangkan

bentuk bahasa bertulis. Tradisi besar dalam seni rupa mempunyai asas dalam seni

salah satu daripada enam peradaban kuno besar iaitu Mesir Purba, Mesopotamia,

Greek, Rom, India, dan China. Masing-masing mempunyai pusat tamadun awal

mengembangkan gaya yang unik dan khas dalam seni mereka oleh sebab kepakaran

dan intelektual peradaban ini, karya seni mereka yang dapat bertahan.

Sejarah seni visual pula merujuk pada sejarah seni rupa lukisan, patung arca

dan binaan. Istilah ini kadangkala merangkumi teori serta konsep elemen seni, prinsip

seni serta termasuk estetika.

Dalam “encyclopedia”, sejarah seni adalah usaha untuk kajian seni sepanjang

sejarah manusia, mengelompokkan budaya dan masa dengan ciri khas mereka. Hal ini

dilakukan oleh pengkaji seni dengan tujuan mengumpul hasil maklumat yang boleh

dipercayai serta relevan dengan tahap ketemadunan.

Sejarah seni visual bermula dalam sebuah gua di Barat Sepanyol dan Selatan

Perancis sekitar tahun 1800s.m. Terdapat banyak lukisan yang dilukis oleh orang

zaman paleolitik ketika itu termasuklah lembu, rusa dan kuda sebagai lambang hasil

perburuan mereka. Lukisan mereka dikenali sebagai lukisan catan batu gua, yang

menggunakan pewarna terbaik dari sungai dan lumpur serta dilitupi dengan sejenis

garam tahan mendap yang nampak berkilat. Antara hasil yang dipersembahkan ialah

aktiviti manusia memburu, bercucuk tanam, gambar hidupan liar, tujuan merekod

haiwan ternakan dan sebagai penghias dinding.

Bidang "sejarah seni" dikembangkan di Barat, iaitu banyak menjurus kearah seni

arca. Secara umumnya, selama abad kedua puluh, Ianya diperluas meliputi masyarakat

dari seluruh dunia. Dengan demikian, sejarah seni sekarang dilihat merangkumi semua

faktor seni visual, dari patung berbentuk wanita iaitu venus of Willendorf di Eropah

Barat kepada patung askar dan sira-sira istana berukiran tangan sejumlah berpuluh ribu

dari Dinasti Tang di China. Sejarah seni arca sering diceritakan sebagai suatu kronologi

karya yang dibuat dalam setiap tamadun di dunia.

Page 3: assgment psv3110

PSV 3110 3

3.0 Pengenalan

3.1 Aliran Senivisual Barat dan Seni Oriental

Melukis merupakan salah satu penyaluran kreativi yang dimiliki oleh seorang

manusia. Sapuan cat pada kanvas, atau lakaran pensil pada kertas melambangkan

sejauh mana kreativi yang dimiliki seseorang. Dalam perkembangan inilah yang

mencetuskan pelbagai aliran-aliran dalm seni itu sendiri.

Berdasarkan modul PSV3110 Sejarah & Apresiasi Seni, perkembangan seni

barat bermula dari kegiatan-kegiatan di gereja, badan-badan keagamaan dan badan-

badan kegiatan seni berasaskan agama. Oleh itu sukar untuk menemui artis untuk

diketengahkan, mereka lebih merupakan seniman gereja dan berjuang untuk

kepentingan agama.

Antara aliran-aliran yang terdapat dalam Seni Barat Abad ke-17 hingga 20

adalah berdasarkan rajah berikut:

Rajah 1.0

Page 4: assgment psv3110

PSV 3110 4

3.1.1 Aliran Renaissance

Renaissance berasal dari bahasa Latin yaitu kata “Re” bermaksud kembali dan

naitre bermaksud lahir. Renaissance membawa maksud “kelahiran semula” atau zaman

cahaya, keemasan, atau kegemilangan. Aliran Renaissance berkembang di Eropah

dalam abad ke-14 khususnya dalam bidang kesenian. Ia seterusnya berkembang ke

semua bidang seperti sains, filosofi dan sebagainya dalam abad ke-16.

Di antara pelukis yang termasyur dan terkenal pada zaman kegemilangan

Renaissance ini ialah Leonardo Da Vinci (1452-1519).Beliau meruPakan seorang

seniman yang sangat cekap dan pintar.Oleh itu beliau juga dikenali sebagai ahli sains,

pengarca, pereka, penganalisis dan arkitek. Beliau juga dikenali sebagai “uomo

universal” kerana kepintarannya dan selain itu dikenali sebagai “Master of All Sciences”.

Beliau juga adalah merupakan simbol keunggulan zaman Renaissance di Itali.

Di antara karyanya yang terkenal ialah Mona Lisa:

Artist: Leonardo da Vinci

Judul: La Gioconda

Tahun: c.1503-1506

perhaps continuing c.1517

Media: lukisan minyak di atas kayu polar

Dimensi: Height: 77 cm (30 in). Width: 53 cm

(21 in).

Page 5: assgment psv3110

PSV 3110 5

3.1.2 Aliran Baroque

Perkataan baroque berasal dari sebuah kata dalam bahasa Portugis yaitu

barroco yang berarti jenis mutiara besar yang kasar yang biasa dipakai untuk perhiasan

badan yang penuh ornamentasi di masa itu .

Seni baroque merupakan satu gayaan seni tetapi ia juga dimaksudkan sebagai

“Period Budaya Eropah” bagi abad ke-17 hingga ke-18. Baroque bermula di Italy

beberapa ketika sebelum tahun 1600. Ia juga dikenali sebagai zaman Renaissance

Tinggi (The High Renaissance). Karya yang menuju ke arah realistik yang unggul dan

meninggalkan kesan mendalam kepada pemerhati.

Menurut Barnes, corak seni baroque mengandung unsur tekanan yang kuat,

kekuatan emosi, dan sesuatu yang elegan (Barnes, 2005).

Contoh karya adalah seperti berikut:

Artist: Jan Steen

Judul: Double portrait of Adolf Croeser

(1612-1668) and his daughter Catharina

Croeser (1642-....)

Tahun: 1655

Media: lukisan minyak di atas kanvas

Dimensi: Height: 82.5 cm (32.5 in). Width: 68.7

cm (27 in).

Page 6: assgment psv3110

PSV 3110 6

3.1.3 Aliran Klasikisme

Berdasarkan maklumat wikepidea Aliran Klasikisme adalah aliran pemikiran yang

muncul di Eropah yang ditandai dengan gaya seni bina klasik Eropah sekitar tahun

3000 SM (jaman Yunani) sehingga abad ke- 7 dan 18 (zaman Barok dan Rokoko) dan

aliran ini memberi pengaruh kuat kepada kebudayaan saat itu secara keseluruhan.

Klasikisme, istilah secara amnya bermaksud kebeningan, elegan, simetri dan

dihasilkan kerana perhatian kepada bentuk tradisional. Ia boleh dinyatakan sebagai

kecemerlangan atau kualiti seni. Lebih tepat lagi, ia merujuk kepada rasa kagum dan

tiruan kesusasteraan Yunani dan Rom, seni dan seni bina kerana ia diperolehi daripada

kaedah-kaedah dan amalan orang dahulu dan istilah datang daripada kepatuhan

kepada peraturan-peraturan akademik tertentu.

Klasikisme juga memperkenalkan Polytheism (kepercayaan kepada banyak

tuhan) atau paganism (fahaman jahiliah, tidak menganut sebarang agama) dan

seiringan dengan purba dan moden.

Contoh karya adalah seperti berikut:

Artist: Jaques Louis David

Judul: The Death of Socrates

Tahun: 1787

Media: Lukisan minyak di atas kanvas

Dimensi: 129.5 cm × 196.2 cm

(51.0 in × 77.2 in)

Page 7: assgment psv3110

PSV 3110 7

3.1.4 Aliran Romantisme

Bertolak dari kesedaran dan kuasa manusia,maka lahirlah era Romantisme.

Era ini adalah merupakan era yang dikenali sebagai era “ekspresi emosi”. Era ini

bermula dari tahun 1825 hingga tahun 1850. Osborne(1970) di dalam bukunya

mentarifkan bahawa Romanticism itu adalah bermula dari perkataan “Romances” yang

mana ia adalah istilah yang popular dari cerita epik percintaan di kalangan penduduk

setempat. Romantisme ini juga merujuk kepada sikap pada seseorang pengkarya itu, di

mana perasaan dan emosi adalah lebih penting berbanding dengan alasan kenapa

sesuatu karya dihasilkan.

Kebanyakan hasil karya yang dihasilkan pada era ini lebih bertemakan pada

kebebasan bersuara hak individu. Subjek-subjek utama yang menjadi pilihan untuk

pengkarya adalah keindahan alam semula jadi, kehidupan masyarakat luar bandar,

masyarakat bawahan, figura-figura yang erotik dan juga sumber-sumber peninggalan

sejarah.

Contoh karya adalah seperti berikut:

Artist: Francisco Goya

Tajuk: The Third of May 1808

Tahun: 1814

Media: Lukisan Minyak ke atas Kanvas

Dimensi: 268 cm x 347 cm (105 in x 137 in)

Page 8: assgment psv3110

PSV 3110 8

3.1.5 Aliran Impresionism

Impressionisme bermakna hasil catan yang dihasilkan adalah berdasarkan pada

apa yang sebenar dilihat depan mata bukannya apa yang ditafsirkan oleh minda yang

penuh dengan imaginasi. Pada zaman ini pelukis menghasilkan catan berdasarkan

pada pengamatan dan pemerhatian secara terus pada suasana ataupun pada objek

yang sebenarnya tanpa melakukan sebarang penambahan serta pengubahsuaian.

Subjek utama yang dilukis digambarkan dalam catan adalah landskap dan alam

semulajadi. Bagi mereka cahaya merupakan unsur penting sekali bagi menimbulkan

mood dan suasana pada suatu keindahan, Pegangan teguh para impressionisme, iaitu

cahaya adalah penentu kepada sesuatu keadaan dan suasana,iaitu tanpa cahaya juga

tidak akan wujud hari yang terang dan gelap.

Aliran Impresionism menumpukan kepada konsep cahaya dan kesannya

terhadap objek yang dilihat. Pelukis-pelukis aliran ini cuba menggambarkan kesan

pembalikan cahaya itu seperti yang dilihat tanpa mencampurkan warna terlebih dahulu

di dalam pallete. Warna-warna bertindan-tindih antara satu sama lain di atas kanvas.

Contoh karya adalah seperti berikut:

Artist: Cloude Monet

Tajuk: Impression, Soliel Levant

Tahun: 1872

Media: Lukisan Minyak ke atas Kanvas

Dimensi: 48 cm × 63 cm (18.9 in × 24.8 in)

Page 9: assgment psv3110

PSV 3110 9

3.1.6 Aliran Post Impressionism

Istilah dipopularkan oleh Roger Fry, bagi menyatakan tentangan terhadap artis

aliran impressionism yang hanya melukis apa yang dilihat terutamanya mengenai

cahaya bukan apa yang menggerakkan alam pemikiran.

Aliran Post-impressionist adalah merupakan lanjutan daripada aliran

Impressionisme. Seorang pelukis dan juga pengkritik berbangsa Inggeris yang bernama

Roger Fry, telah pun menggelarkan kumpulan pelukis aliran ini sebagai Post-

Impressionisme. Istilah Post ini diambil sempena dengan nama satu kumpulan

pengkarya yang bergiat secara aktif pada akhir abad ke 18. Daripada catatan yang

dibuat oleh Roger Fry, Post-Impressionisme ini bermaksud pelukis tidak membuat

peniruan tetapi sebaliknya mereka mencipta bentuk. Mereka tidak meniru sesuatu objek

yang hidup tetapi mereka mencari persamaan dengan objek yang hidup. Di dalam

proses catan mereka, imej-imej yang digambarkan adalah secara logik dan nyata.

Catan-catan mereka berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan dan

sebagaimana objek-objek dari kehidupan yang sebenar mempengaruhi aktiviti-aktiviti

seharian kita.

Contoh hasil karya Van Gogh terkenal ialah “The Starry Night”:

Artist: Vincent Van Gogh

Tajuk: “The Starry Night”

Tahun: 1889

Media: Lukisan Minyak ke atas Kanvas

Dimensi: 73.7 cm × 92.1 cm (29 in × 36 1⁄4 in)

Page 10: assgment psv3110

PSV 3110 10

3.1.7 Aliran Kubisme

Aliran Kubisme bermula pada tahun 1902 aliran ini banyak mempengaruhi dan

menjadi rujukan pelukis pada awal abad ke 20. Menurut Sheppard (1987), Kubisme

bermaksud pemecahan imej ataupun bentuk asal kepada bentuk kiub yang

dipermudahkan kepada abstrak. Ianya adalah penggantian kesan visual impressionis

dengan penukaran objek kearah bentuk dan warna yang berkonsepkan intelektual.

Konsep Kubism ini adalah untuk membebaskan bentuk daripada rupa semulajadi

mengubahnya kepada satah-satah dari pelbagai sudut pandangan. Dalam zaman ini, ia

banyak mengaplikasikan penggunaan bentuk dan satah geometri.

Tema yang digunakan dalam era Kubisme ini ialah berkisar pada realiti

kehidupan dan fakta yang sebenar. Pelukis pada zaman ini tidak menghasilkan karya

yang bersifat revolusi, politik, propaganda ataupun mengkritik seseorang. Mereka juga

menggambarkan imej yang digunakan dalam sudut pandangan 360 darjah.

Empat peringkat Kubisme adalah:

i. Proto-Kubisme (1902-1908)

ii. Analitik Kubisme (1908-1911)

iii. Kolaj (1910-1911)

iv. Synthetic Kubisme (1912-1930)

Contoh hasil karya Pablo Picasso bapa Kubism dan juga Bapa Kepelbagaian

(Master of Cubisme and Master of Diversiity):

Artist: Pablo Picasso

Tajuk: Les Demoiselles d'Avignon

Tahun: 1907

Media: Lukisan Minyak ke atas Kanvas

Dimensi: 243.9 cm × 233.7 cm (96 in × 92 in)

Page 11: assgment psv3110

PSV 3110 11

3.1.8 Aliran Ekspresionisme

Aliran Ekspresionisme telah bermula dan berkembang sekitar awal 1900 hingga

ke tahun 1950an. Bergerak di Jerman terutama di Dresden dan Munich. Kumpulan Die

Brucke The Bridge (1905) wujud di Dresden. Manakala, kumpulan Der Blaue Reiter,

The Blue Rider (1911), wujud di Munich.

Ekspresionisme adalah aliran yang mengutamakan curahan batin secara bebas

(kesedihan dll) atau melukis dengan garisan garis dan warna yang tampak spontan,

tegas, cepat dan dinamik serta penuh gerak.

Aliran ini menolak ciri-ciri klasik dan menyingkirkan subjek dan objek serta

menolak peniruan alam. Ia adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.

Ekspresionisme menekankan penggunaan warna terang bagi menyampaikan makna

karya dan secara langsung berkait rapat antara situasi dan emosi.

Contoh karya Edward Munch (1863-1944), “The Scream”:

Artist: Edvard Munch

Tajuk: The Scream

Tahun: 1893

Media: Lukisan Minyak, tempera, di atas Kadbod

Dimensi: 91 cm × 73.5 cm (36 in × 28.9 in)

Page 12: assgment psv3110

PSV 3110 12

3.1.9 Aliran Dadaisme

Aliran Dadaisme lahir di Switzerland, terdiri daripada pengamal aliran Futurism

yang terlibat dalam perang Dunia Pertama dan mereka adalah pelarian. Era ini

merupakan permulaan kepada catan yang dihasilkan untuk tujuan memprotes secara

terbuka terhadap kekejaman yang berlaku semasa perang dunia pertama. Da, Da

bermaksud Ya,Ya (yes,yes). Pelukis pada era ini meluahkan apa yang mereka rasa

bukannya gaya individu seperti era sebelumnya. Mereka berpegang kepada konsep

“kemusnahan juga merupakan penciptaan”.

Menurut Janco Marcel, Dadasime ini bukannya satu tempat di mana para

pengkarya belajar untuk menghasilkan catan, tetapi ianya adalah satu era yang

memberikan amaran yang tegas di samping menidakkan unsur-unsur nilai yang

menidakkan kebiasaan serta spekulasi. Ianya adalah satu bentuk luahan protes yang

digambarkan melalui semua bentuk seni. Pada era Dadaisme ini juga pelukisnya

menolak semua unsur-unsur di sekeliling. Mereka cuma menerima nilai-nilai estetik

sahaja. Di antara subjek yang digunakan bagi menghasilkan karya pada era ini adalah

figura manusia dan alam benda.

Di antara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah Marchel Duchamp. Karya

yang berjudul “L.H.O.O.Q.”, dihasilkan berdasarkan pada catan Monalisa yang

dihasilkan oleh Leonardo Da Vinci. Teknik ini adalah merupakan gabungan di antara

gambar foto dengan penambahan objek lain pada gambar tersebut.

Artist: Marchel Duchamp

Tajuk: L.H.O.O.Q (Poskad)

Tahun: 1919

Teknik: Montaj “photomontage”

Page 13: assgment psv3110

PSV 3110 13

3.1.10 Aliran Futurisme

Aliran Futurism adalah merupakan kesinambungan dari era Kubism. Subjek dan

tema yang digunakan oleh pelukis pada era ini adalah pergerakan manusia dan mesin.

Mereka juga menggambarkan kembali tentang keindahan dan kecanggihan teknologi.

Berdasarkan maklumat Wikepedia, Futurisme berasal dari bahasa Perancis,

“futur” atau bahasa Inggeris, “future” yang keduanya bererti "masa depan" adalah

mengenai ilmu yang mempelajari masa depan. Selain itu aliran ini juga merupakan

sebuah aliran seni yang “avant-garde” atau sebelum masanya, terutama pada tahun

1909. Aliran ini muncul di Itali, meskipun ada juga pengikut-pengikutnya di Britain dan

Russia.

Istilah Futurisme diperkenalkan oleh Fillippo Tommaso Marinetti seorang penyair

pada 1909. Ia menyatakan tentang kematian seni lama dan lahirnya seni baru. Ia

menolak seluruh tradisi seni dan arca Eropah. Apa yang menjadi kepentingan ialah ciri-

ciri dinamik dan ekspresif berdiri atas landasan sains dan teknologi.

Artist: Umberto Boccioni

Tajuk: The City Rises

Tahun: 1910

Media: Lukisan Minyak di atas

Kanvas

Dimensi: 199 cm × 301 cm

(78 in × 119 in)

Page 14: assgment psv3110

PSV 3110 14

3.1.11 Aliran Surrealisme

Aliran surealisme adalah istilah diperkenalkan oleh penulis bernama Guilaume

Apollinaire pada tahun 1917. Pada tahun 1919, istilah itu digunakan oleh Andre Breton

bagi menggambarkan percubaannya terhadap penulisan yang lahir dalam mindanya

tanpa berfikir dan olahan awal. Pada tahun 1920, Breton bersama-sama beberapa

pelukis dan penulis Dadaism berkumpul di Paris dan akhirnya pada tahun 1924

Manifesto Surrealist yang pertama diterbitkan. Mereka mengadakan satu perdebatan

tentang minda di bawah sedar dan imaginasi. Mereka telah mengambil kira pendapat

Singmund Freud, seorang ahli psikologi dan falsafah yang menulis berkenaan minda

bawah sedar ini. Bertolak daripada situlah pada tahun 1942 mereka telah bersetuju

untuk melancarkan era Surrelisme ini di Paris. Manifesto era ini adalah setiap catan

yang dihasilkan adalah berdasarkan pada idea dan pemikiran di bawah sedar di alam

mimpi dan juga di alam fantasi.

Di antara pelukis yang terkenal pada era ini ialah Salvador Dali dengan

karyanya berjudul “The Persistence of Memory” dihasilkan pada tahun 1931 dengan

menggunakan cat minyak di atas kanvas. Catan ini adalah gambaran Dali tentang

ruang dalaman dan ruang ilusi beliau tentang pentingnya masa dan nostalgia masa

lampaunya.

Artist: Salvador Dali

Tajuk: The Persistence of

Memory

Tahun: 1931

Media: Lukisan Minyak di atas

Kanvas

Dimensi: 24 cm × 33 cm

(9.5 in × 13 in)

Page 15: assgment psv3110

PSV 3110 15

3.1.12 Aliran Minimalisme

Aliran minilisme bermula pada awal tahun 1960an merupakan era di mana

penggiat seni menghasilkan karya mereka dengan mengurangkan dan mengecilkan

saiz imej utama yang mereka gambarkan. Kebanyakan catan yang dihasilkan tidak

mementingkan imej yang digunakan sebaliknya mereka lebih mementingkan unsur

psikologi dan simbol. Penggunaan skim warna juga sangat terhad pada era ini.

Di antara pelukis yang popular pada zaman ini ialah Kasmir Malevich. Di antara

karyanya yang terkenal ialah “Suprementist Composition: White on white” yang

menggunakan cat minyak atas kanvas. Dalam catan ini beliau menggunakan

pendekatan yang dipanggil “minimal value” di mana dia menggunakan tone putih sahaja

sebagai nilai pada catannya. Uniknya tentang catan ini ialah beliau menggunakan dua

bentuk saja iaitu bentuk segi empat segi sebagai latar belakang pada catan itu

manakala bentuk empat segi kecil sedikit saiznya daripada latar belakang diletak di

bahagian hadapan. Bagi menampakkan kontras dua bentuk ini Malavich menggunakan

tone putih yang sedikit gelap pada bentuk diatasnya. Pertukaran nilai tone pada bentuk

yang digunakan itu adalah merupakan konsep utama yang ingin ditonjolkan oleh beliau.

Artist: Kasmir Malevich

Tajuk: Suprementist

Composition: White on

White

Tahun: 1918

Media: Lukisan Minyak di atas

Kanvas

Dimensi: 79.4 cm × 79.4 cm

(31¼ in × 31¼ in)

Page 16: assgment psv3110

PSV 3110 16

3.1.13 Aliran Pop Art

Aliran seni pop ini bermula di bandar metropolitan seperti New York dan London,

ia adalah merupakan satu era yang menggunakan imej dan subjek yang popular dan

terkini. Perkataan Pop itu adalah merupakan singkatan bagi perkataan popular. Aliran

ini sangat terkenal dari dahulu sehinggalah sekarang ianya masih lagi menjadi rujukan

pelukis generasi sekarang. Catan yang dihasilkan pada era ini kebanyakannya lebih

menjurus kepada bentuk periklanan dan komersial.

Aliran ini menggunakan tema, teknik, imej dan mitos bersifat semasa dan

popular. Pelukis juga “New Realist” dan menggunakan cetakan sutera dan ‘air-brush’

sebagai media untuk menghasilkan karya. Ia juga merupakan suatu kebangkitan

tentang kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

Andy Warhol merupakan antara seorang seniman, sutradara avant-garde yang

menggunakan imej Marilyn Monroe sebagai imej utama. Pada masa itu Marilyn adalah

merupakan seorang pelakon dan penari yang sangat popular dan berjaya. Beliau

menggunakan skim warna feminine seperti warna merah cerah dan hijau muda bagi

mencerminkan sifat-sifat kewanitaan yang lembut dan cantik.

Artist: Andy Warhol

Tajuk: Marilyn Diptych

Tahun: 1962

Media: Lukisan Arcylic di atas

Kanvas

Dimensi: support (each): 2054 x

1448 x 20 mm

Page 17: assgment psv3110

PSV 3110 17

3.2 Konsep Kebudayaan dan Kesenian

3.2.1 Kebudayaan

Menurut Abdul Latiff Abu Bakar (1996:14-16) kebudayaan membawa pengertian

kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dalam pelbagai bidang atau usaha

atau daya mencipta atau berfikir dalam pelbagai bidang kehidupan manusia.

Secara keseluruhannya, menurut Tjetjep Rohendi Rohidi, kebudayaan adalah

satu sistem yang terdiri daripada nilai, kepercayaan, pengetahuan yang digunakan

sebagai prinsip atau panduan kepada sekelompok masyarakat tertentu dengan corak

yang khas dan unik.

Perkataan budaya lahir dari cantuman dua perkataan iaitu Budi dan Daya. ‘Budi’

bermaksud akal atau kebijaksanaan manakala ‘Daya’ bermaksud tenaga, kekuatan

atau kemampuan. Maka cantuman dua perkataan ini memberi erti segala yang

dihasilkan oleh manusia melalui gembelingan di antara tenaga serta kemampuan

manusia bersama akal dan kebijaksanaannya.

3.2.2 Seni dalam konteks kebudayaan

Ibn Khaldun menghuraikan kesenian itu suatu kebenaran, keindahan dan

kebaikan yang mengandungi ciri-ciri estetika, etika dan logika. Ekstetika mengandungi

unsur-unsur kecantikan, baik susunannya mahupun kekesanannya secara total. Ini

melibatkan psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan. (Md. Nasir Ibrahim,

Iberahim Hassan, 2003:119)

Menurut Tjetjep Rohendi Rohidi (2000:10-17) hubungan antara kesenian dan

kebudayaan ialah kesenian merupakan subsistem dari kebudayaan. Fungsinya serupa

dengan kebudayaan adalah sebagai pedomen hidup sesuatu masyarakat. Ia memberi

panduan dalam pelbagai perlakuan harian yang berkaitan dengan keindahan. Selain

memberi manfaat yang besar terhadap seniman atau pencipta dalam proses artistik,

penghayat seni dalam soal mengapresiasi nilai estetik turut merujuk kesenian dalam

aktiviti mengkritik.

Page 18: assgment psv3110

PSV 3110 18

3.3 Seni Oriental

Menurut Kamus Dewan “oriental bermaksud orang timur, ataupun kebudayaan

orang timur, meliputi kesenian, karya dan binaan-binaan agung yang dihasilkan oleh

orang timur.

Istilah Seni Oriental secara tradisionalnya merujuk kepada aktiviti seni dari

daerah Timur Tengah, Asia Selatan dan Asia Timur. Ia termasuklan Seni Islam, Seni

China dan Seni India. Istilah Oriental telah digunakan oleh masyarakat Barat untuk

menjelaskan tentang kebudayaan, negara-negara dan peralatan yang berasal dari

kawasan tersebut.

Pelbagai jenis karya yang dihasilkan. Contoh:catan, arca, tembikar dan alatan

tradisional. Terdapat juga seni oriental yang menerima pengaruh seni Islam dan

dipelbagaikan.

Rajah 1.2

Page 19: assgment psv3110

PSV 3110 19

3.3.1 Seni Islam

Seni Islam membenarkan umatnya berimaginasi dan berkreativiti dalam

pemikiran mereka, perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Seni

islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama. Tiada

pemisahan antara seni dan agama.

Seni islam tidak menggunakan elemen-elemen figura, mengaplikasikan bentuk-

bentuk geometri, motif flora dan kaligrafi. Ia juga tiada sifat kemanusiaan dan

menggunakan corak-corak yang tidak mempunyai batasan serta terdapat dalam bentuk

2 dimensi dan 3 dimensi.

Zaman Keemsan kesenian Islam bermula dari tahun 750 hingga abad ke 16,

apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan

kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan islam yang terunggul

kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat

dihormati, lukisan potret kenir berkembang maju di Parsi. Seni khat, salah satu aspek

tulisan Arab yang penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan senibina.

3.3.1.1 Arabesque

Lukisan islam mengandungi unsur-unsur pengulangan, seperti penggunaan reka

bentuk geometri, berbunga-bunga atau bersayur-sayuran dalm gaya ulangan yang

dikenali sebagai arabes.

Motif arabesque memberi penekanan terhadap pergerakan dan pengulangan

kesinambungan objek-objek. Ia juga menolak bentuk-bentuk konkrit yang

melambangkan ketuhanan. Objek manusia tidak menjadikan subjek.

Contoh Karya-Karya Seni Islam adalah seperti berikut:

Page 20: assgment psv3110

PSV 3110 20

3.3.1.2 Karya-karya Kesenian Islam

• Seni Khat /Kaligrafi

• Seni Bina Islam

Masjid nabawi

Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh

Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan

rumah yang baginda diami selepas

peristiwa Hijrah pada tahun 622Masihi.

-Luas asal 850.5 x 2.9m tinggi

-Tembok 4 sisi drpda batu bata dan tanah.

-Atap daripada daun kurma.

-Tiang daripada batang kurma

-Atap terbuka

-Simen menggunakan tanah liat.

Page 21: assgment psv3110

PSV 3110 21

• Seni Ukiran Islam

Motif Arabesque

Page 22: assgment psv3110

PSV 3110 22

3.3.2 Seni China

Kesenian cina yang terawal sekali ditemui pada akhir zaman batu ialah seni.

Antara kesenian terakhir ialah :

Rajah 1.3

Kesenian orang Cina yang terkenal termasuk bidang tembikar, bidang sutera dan

sulaman, bidang kaligrafi dan catan. Falsafah hidup orang Cina dapat dikesan melalui

kesemua bidang khususnya bidang catan Cina. Teknik melukis dan menulis kaligrafi

pada catan memerlukan kesabaran dan ketekunan membuat latihan berulang-ulang

sehingga mencapai penghayatan estetik yang maksimum.

Seni tulis cina yang terawal ditemui pada zaman Wangsa Shang (2000 S.M)

yang ditulis di atas permukaan buluh, tulang dan kulit kura-kura. Kehadiran Confucius

dan Lao-Tzu pada zaman Wangsa Chao, membantu menggalakkan pertumbuhan

falsafah, kesenian dan tulisan orang China. Dalam tahun 1928-221 SM, terdapat

banyak tulisan pada permukaan bejana tembaga dan batu. Tulisannya mempunyai

ukuran yang sama. Terdapat 3 tulisan dicipta dalam zaman wangsa Han, iaitu tulisan

bentuk biasa (pattern script), tulisan bentuk kasar (Rough Script) dan tulisan sambung

(Curcive Script)

Page 23: assgment psv3110

PSV 3110 23

Semasa Zaman Neolitik China memperlihatkan bagaimana telah munculnya

tembikar-tembikar yang diperbuat daripada tanah liat. Pada zaman Dinasti Ming

kemunculan tembikar berwarna biru putih merupakan salah satu ciptaan yang

dihasilkan oleh orang yang popular.

Catan Cina bermula sebelum Dinasti Tang (618 – 907) dan kebanyakan terdiri

dari lukisan garis yang menunjukkan manusia terlibat dalam berbagai aktiviti kehidupan.

Masa ini dipanggil ‘golden age’ (Zaman Keemasan) dalam lukisan figura.

Pada pertengahan Zaman Dinasti Tang, lukisan lanskap, bunga dan burung lebih

menonjol, diikuti dengan lukisan gunung, hutan, pemandangan dan taman yang

mempunyai keupayaan membawa seseorang dari alam meterial ke dalam alam yang

aman dan bebas. Ini kerana lukisan lanskap selalu di anggap sebagai lukisan yang

mengandungi ilmu pengetahuan yang tersurat dan tersilat dalam kesusasteraan.

Bunga, rumput, pokok, batu, burung dan lain binatang walaupun ‘strok’ nya

ringkas tetapi dalam bentuk yang hidup dan bertenaga. Oleh itu, lukisan lanskap, bunga

dan burung, lukisan figura merupakan tiga katogori lukisan Cina tradisional.

Pihak pemerintah dan golongan elit pada zaman Dinasti Tang dan Sung ( 960 –

1279 ) memberi sokongan kepada kemajuan lukisan Cina. Pada zaman ini, lukisan

yang kreatif bermatlamat politik dan pendidikan.

Walau bagaimanapun akibat daripada perubahan sosial, ekonami dan

kebudayaan, menyebabkan ramai penulis-penulis berminat kepada seni lukis.

Akibatnya kesusasteraan diterapkan ke dalam lukisan.

Perkembangan seni lanskap bermula dengan pesatnya sepanjang abad ke 10

hinggalah ke 13 iaitu semasa Dinasti Lima dan Dinasti Sung. Pelukis lanskap yang

hebat di Utara melukiskan gunung-ganang bercerun tajam dan dataran yang luas,

manakala rakan seperjuangan mereka di Lembah Sungai Yangtze pula memaparkan

bukit-bukau rendah berdedaunan rimbun yang diselubungi awan, saling terpisah oleh

tepian pantai yang memanca.

Senibina di China dikatakan dapat dilihat dengan pesat pada zaman Ming,

apabila Peking dijadikan Pusat Pentadbiran menggantikan Nanking. Ciri-ciri Senibina

berdinding kayu beratap genting curam. Bangunan kuil dan pagoda mempunyai pintu

gerbang, beratap genting melengkung ke atas.

Page 24: assgment psv3110

PSV 3110 24

3.3.3.1 Karya Seni Oriental Cina

• Contoh-contoh gaya seni catan Cina

Pai Miao – Lukisan lakaran tanpa warna. Sama seperti lukisan pensil yang

dipelajari oleh pelajar, lakaran ini mementingkan kelicinan dan kematangan garisan

serta ton gelap yang memberi kesan ‘form’

Gong bi – Lebih kepada realistik, teliti dan menyelupai benda yang sebenar.

Gaya ini serupa teknik grafik, kekemasan dan kehalusan perlu ditekankan.

Page 25: assgment psv3110

PSV 3110 25

Xieyi – Secara spontan, berani menggunakan warna dan tidak ada garisan

lakaran. Gaya ini dapat mengekspresi mod seseorang pelukis pada masa itu.

Seni Bina China

The Great Wall of China ( Tembok Besar China)

Page 26: assgment psv3110

PSV 3110 26

• Seni Tembikar/Seramik China

• Seni Arca Cina

Page 27: assgment psv3110

PSV 3110 27

3.3.4 Seni India

Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya, tahun 132 s.m. Berasaskan kepada

keagamaan dan pemujaan. Ianya mencapai kegemilangan pada zaman Gupta, contoh

Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Ia berkembang maju pada

zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan

Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid.

Seni Bina dan Seni Ukir berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang

Asoka. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha

dan Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu

berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid.

Seni arca bermula dengan patung, maka banyak patung-patung berbentuk

manusia yang disimpan di kuil-kuil untuk tujuan keagamaan. Ada juga menggunakan

bahan-bahan dari besi dan gangsa.

Patung Lord Siva antara arca seni dalam pergerakan istimewa. Telah

mendorong ramai tukang-tukang arca India menghasilkan pelbagai bentuk arca.

Dalam bidang Seni Lukis pula kesannya boleh dilihat di dinding istana dan ruang

dalam rumah golongan kaya. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. Berasaskan

epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Contoh Gua Ellora, Badami dan

Bagh. Zaman Muslim- merupakan zaman pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni

lukis gaya Indo-Sino-Parsi.

Page 28: assgment psv3110

PSV 3110 28

3.3.4.1 Karya Seni Oriental India

• Seni Bina India

• Seni Arca India

Page 29: assgment psv3110

PSV 3110 29

• Seni Lukis India

Page 30: assgment psv3110

PSV 3110 30

4.0 Karya Barat & Seni Oreintal

4.1 Perbandingan Karya barat dan Seni Oriental

Seni Catan Barat Seni Catan China

Artist: Edvard Munch

Tajuk: The Scream

Tahun: 1893

Media: Lukisan Minyak, tempera, di atas

Kadbod

Dimensi: 91 cm × 73.5 cm

(36 in × 28.9 in)

Sinopsis

"Aku sedang berjalan menyusuri jalan

dengan dua orang teman ketika matahari

terbenam,... Tiba-tiba, langit berubah

merah seperti darah aku berhenti dan

bersandar pada pagar, aku merasa lelah

tidak terkata, Lidah api dan darah

membentang di atas tebing hitam

kebiruan, temanku terus berjalan,

My Heart Mountain

Liang Yan

Saiz : 26 x 24.5

Tinta dan warna di atas kertas, dipasang

di satin

Sinopsis

Subjek, gaya, penggunaan warna,

perasaan hasil karya Yan Liang

menyerupai karya dari beberapa seniman

Qing (1644-1911) yang menyokong

kaedah tradisional China dari segi lukisan

dan teknik. Di sini kita dapati lanskap

dengan jarak berkabut. Nelayan kesepian

di latar depan, pergunungan tersembunyi

Page 31: assgment psv3110

PSV 3110 31

sementara aku tertinggal di belakang,

menggigil ketakutan. Lalu aku mendengar

jeritan alam yang besar tak terbatas”

• Aliran Expressionisme

• Menolak ciri-ciri tradisi klasik

• Seni adalah manifestasi perasaan dan

keresahan emosi pelukis.

• Menolak peniruan alam dan menyingkir

subjek dan objek.

• Penggunaan warna yang dramatik

• Tidak ada imej yang jelas.

• Kesan berus yang kasar dan

kadangkala tidak menggunakan berus.

dalam kabut, dan aliran tenang membina

visi ketenangan dan keabadian.

• Sebuah Lukisan China tidak

memperbanyak salinan alam namun

menangkap emosi untuk menangkap

suasana dan irama alam. Lukisan dan

lukisan minyak China adalah ‘minimalis

abstrak’, dengan menggunakan

gambar sederhana untuk mewakili

kehidupan nyata. Seiring dengan

keyakinan Buddha, lukisan minyak

China menekankan semangat yang

tinggi dan keharmonian batin.

• Motif yang digunakan agak terbatas

jika dibandingkan dengan catan Barat.

• Kebanyakan catan mengambarkan

keindahan panorama alam semula jadi.

• Catan yang dihasilkan mempunyai

falsafah dan sajak yang

menyampaikan perasaan hati

pengkarya.

Page 32: assgment psv3110

PSV 3110 32

5.0 Pengaruh Seni Barat

5.1 Pengaruh Aliran Seni Barat di Malaysia

Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan

kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah di mana seni

daripada taraf rendah meningkat ke peringkat antarabangsa.

Hasil pembangunan dan kesedaran tentang pendidikan, di tahun-tahun

kebelakangan menyebabkan ramai pelukis-pelukis tanah air menerima pendidikan seni

secara formal di dalam dan luar negara.

Pada 1958 Balai Seni Lukis di tubuhkan. Ianya memberi sokongan amat

bermakna daripada kerajaan kepada pelukis-pelukis bagi menambahkan keyakinan

mereka.

Gaya catan pelukis-pelukis 1950-an hingga 1960-an beranika, dari aliran

realisme kepada impresionisme, ekspresionis ke abstrak ekspresionisme terpulang

kepada pengaruh dan pendedahan pelukis-pelukis.

Pada tahun 1960an, merupakan era penghasilan karya yang matang dari

pelukis-pelukis Malaysia.Pelukis-pelukis bukan sahaja menganut aliran impresionis

malah lebih berani dalam aliran ekspresronis, pop, konseptual, op dan lain-lain. Seni

lukis aliran utama 1960-an dengan nilai-nilai mistik dan semesta telah menarik

perhatian khalayak untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Demikian juga

dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang

tersendiri

Pada sekitar tahun 1970an, pelukis seperti Redza Puyadasa, Sulaiman Hj

Esa,Chong Kam Kow dan Joseph Tan telah menggegarkan dunia seni lukis tempatan

dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Catan hard-edge yang menegaskan

kedataran dan tanpa isyarat yang dipolopor oleh Chong Kaw Kow, Tan Teong Eng dan

Tong Tuck Kan telah menjadi ikutan. Abdul Latif Mohyidin telah menghidupkan

pendekatan baru dalam lukisan. Karya catan masa ini mengandungi nilai ikon dengan

tegasan monolitik.

Awal tahun 1980-an para pelukis mula mengemukakan bidang kanvas yang

menarik dengan munculnya catan permandangan yang naif dengan aliran realisme dan

karya-karya yang berprinsipkan mitos dan legenda yang sememangnya kaya di rantau

ini.

Page 33: assgment psv3110

PSV 3110 33

5.1.2 Stail Seni Lukis Moden Malaysia

Sejarah seni lukis moden Malaysia bermula pada tahun 1930-an menerusi karya-

karya Abdullah Arif, Yong Mun Sen dan pelukis-pelukis cat air Pulau pinang yang lain.

Kumpulan perintis ini telah memperkenalkan pendekatan stail baru dalam tradisi visual

tempatan dengan menggunakan kaedah seni catan easel barat untuk

mempersembahkan subjek mereka.

Perintis seni Malaysia menggambarkan alam sejagat menerusi representasi

figuratif berbeza daripada kesenian tradisional yang bersifat abstrak dan simbolik

seperti ukiran kayu,batik dan tenunan.

Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan

menandakan kelahiran seni lukis moden di negara ini.

Karya seni moden Malaysia menerima inspirasi daripada tradisi barat melalui

penjajahan, penghijrahan dan sistem pendidikan, maka tidak hairanlah jika sesetengah

penulis menyifatkannya sebagai manifestasi kebudayaan barat serta penjajahan

intelektual ke atas seni lukis Malaysia.

5.1.3 Sumbangan Pelukis Dalam Pertubuhan Institusi Seni Tanah Air

Abdullah Ariff

� Beliau merupakan penyelia seni, pengerusi bahagian kesenian kesatuan guru

Pulau Pinang pada tahun 1949 serta ahli Penang impressionnist pada tahun

1932.

� Beliau telah berkhidmat sebagai kaunselor majlis bandaran Pulau Pinang dari

tahun 1955-1957.

� Sumbangan beliau ialah menghasilkan buku “The Leader Of Malaya And Who ‘s

Who”.

� Karya beliau ini telah dipamerkan di Singapura. Hong Kong, Australia dan lain-

lain.

� Di Amerika pengkritik seni telah mengkritik karya-karyanya dengan gelaran “Ariff

style”.

� Pertubuhan: Kesatuan Guru Pulau Pinang.

Page 34: assgment psv3110

PSV 3110 34

Maktab Perguruan ilmu Khas

� Syed Ahmad Jamal, Anthony Law, Lee Joo For, Cheong Lai Tong dan Jolly Koh

� Memainkan peranan penting dalam seni lukis “avant-garde” di negara ini.

� Mereka juga merupakan golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni yang

menjadi tenaga utama seni lukis pada tahun 1960-an.

Redza Piyadasa,Sulaiman Hj Hasan,Chong Kam Kow dan Joseph Tan

� Meraka merupakan pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara yang telah

mengambil alih tempat “avant-garde”.

� Sumbangan mereka ialah telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan

dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar.

� Pendekatan gaya catan mereka berasaskan optik dan maklumat telah

mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.

� Mereka bukan sahaja berkarya tetapi juga menyarankan seni melibatkan

kepintaran nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar

dari bidang catan.

Page 35: assgment psv3110

PSV 3110 35

5.1.4 Aliran-Aliran Seni Visual Di Malaysia

� Aliran Realisme

“Bapa Seni Lukis Potret Malaysia” kerana kejayaan beliau dalam menghasilkan potret

yang berbentuk real.

Contoh Karya:

Nama : Dato' Mohamad Hoessein Enas

Tempat Lahir : Bogor (Kepulauan

Indonesia)

Tahun Lahir : 1924

Tahun Berhijrah ke Malaysia : 1947

Pengantin Perempuan Iban Tahun : 1963 Media : Oil Painting

Gadis Menumbuk Padi Tahun : 1959 Media : Arang dan Pastel atas kertas

Page 36: assgment psv3110

PSV 3110 36

� Aliran Ekspressionisme

Contoh karya:

Pago – Pago

Tahun: 1962

Media: Cat Minyak 1962

Nama : A. Latiff Mohidin

Tempat Lahir : Seremban, Negeri Sembilan

Tahun Lahir : 20 ogos 1938

Page 37: assgment psv3110

PSV 3110 37

� Aliran Impressionisme

Contoh karya:

� Aliran Impressionisme

Nama : Abdullah Arif

Tempat Lahir : Pulau Pinang

Tahun Lahir : 1904

Coconut Plantation

Tahun: 1948

Media: Cat Air

Bumi yang Bahagia

Tahun: 1960

Media: Cat Air

Page 38: assgment psv3110

PSV 3110 38

Contoh karya:

Tajuk : Kapal Kertas

Tahun : 1966

Media : Kapur Pastel

Tema : Permainan Kanak-kanak

Gaya : Impresionisme

Nilai : Menggambarkan suasana

budaya tempatan di desa.

Nama : Dzulkifli Buyong

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Tahun Lahir : 1948

Tajuk : Membakar Semut

Tahun : 1967

Media : Kapur pastel

Tema : Aktiviti kanak-kanak alam

tempatan

Nilai : Merakamkan keriangan, kenakalan,

keharmonian, dan kegembiraan hidup

kanak-kanak di kampung

Page 39: assgment psv3110

PSV 3110 39

6.0 Refleksi

Sepanjang saya melaksanakan tugasan projek sejarah dan apresiasi seni ini.

Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam sejarah seni barat dan sejarah seni

oriental. Ini termasuklah perkembangan aliran-aliran seni abad ke-17 hinggalah ke-20.

Saya dapat memahami seni barat yang terdiri daripada aliran Renaissance,

Baroque, Klasikisme, Romantisme, Impressionisme, Post Impresionisme, Kubisme,

Ekspresionisme, Dadaisme, Futurisme, Surrealisme, Minimalisme Dan Pop Art.

Daripada tugasan ini saya dapat mengenalpasti sejarah dan imej seni visual pra sejarah

barat serta membanding beza perkembangan karya seni mengikut perkembangan

zaman sambil menghubungkait dan menganalisis aliran pemikiran Seni Barat dari abad

ke-17 hingga abad ke-20.

Saya juga turut memahami lebih mendalam lagi mengenai kesenian pelbagai

budaya yang merangkumi Islam, China dan India. Memahami setiap budaya itu

mempunyai pelbagai kesenian serta konsep dan nilai yang tersendiri.

Bagi melengkapkan diri saya sebagi guru matapelajaran PSV saya perlu

memahami konsep setiap kesenian, mengenali pelukis dan karya yang dihasilkan oleh

mereka. Dari segi ini juga saya dapat menganalisis dan menghargai kesenian pelbagai

budaya dalam aspek-aspek bidang, konsep dan nilai karya-karya terkenal. Tugasan ini

juga membantu saya memahami dan menyedari bahawa setiap hasilan kesenian

pelbagai budaya terdapat pelbagai teknik, gaya dan konsep yang ingin diperkenalkan.

Tugasan ini juga membantu saya megetahui dan mengenali binaan-binaan

agung yang menjadi ikon penting atau sebagai bahan bukti dalam kesenian seni

oriental Islam, China dan India serta menghargai nilai-nilai estetik pada binaan agung

seni oriental melalui dapatan daripada perbandingan dan perbezaan ciri-ciri kesenian

itu sendiri.

Tugasan ini meliputi maklumat berkaitan seni visual di Malaysia merujuk kepada

seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka. Dengan mengetahui bahawa

sejarah perkembangan seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-

negara lain dimana Ia meliputi tempoh setengah abad.

Page 40: assgment psv3110

PSV 3110 40

Melalui pembacaan yang meluas saya perlu menganalisis pengaruh Seni Barat

dalam Seni Oriental dan Seni Malaysia serta membanding beza dan

menghubungkaitkan pengaruh Seni Visual Barat dengan Seni Visual Di Malaysia.

Melalui dapatan inilah saya menggunakan pengetahuan dan menerangkan kronologi

perkembangan Seni Visual Malaysia selepas merdeka.

Tugasan ini juga membantu saya mengenali tokoh-tokoh barat mahupun pelukis

tanahair dan mengkaji aliran dan pengaruh aliran tersebut dalam seni visual di

Malaysia.

Kesimpulannya sepanjang melaksanakan tugasan sejarah dan apresiasi seni ini,

telah membantu saya merujuk pelbagi sumber, melalui bacaan buku secara meluas,

pencarian melaui jalur lebar dan koloborasi bersama rakan-rakan dan pensyarah.

Melalui maklumat yang diperolehi saya menggunakan pengetahuan tersebut untuk

menyempurnakan tugasan dengan sebaik-baiknya.

Page 41: assgment psv3110

PSV 3110 41

Bibiliografi

Mazlan bin Mohamad (1996). Pendidikan Seni 2 : Kurikulum Pendidikan Seni. Penerbit

MPIK.

Mohamad Khalil Amran dan Muliyadi Mahamood. Nota Sejarah Seni Lukis 1. Institut

Teknologi Mara, Shah Alam.

Mohd. Johari Ab. Hamid (2008). Apresiasi dan Kreativiti Seni Visual. Universiti

Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Mohd. Johari Ab. Hamid (2004). Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Universiti

Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Siti Ermi Syahira Ab Jamil (2009). Perkembangan Seni Catan Moden di Malaysia. Tesis

Sarjana UUM.

Modul Pendidikan Seni Visual, PSV 3110 Sejarah dan Apresiasi Seni, Institut

Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.

Modern Artist of Malaysia ; T.K Sabapathy& Redza Piyadasa; Dewan Bahasa dan

Pustaka(1983).

Azmi Manaf “Avant Grade’ Dewan Sastera; Oktober 1971

Modern Malaysia Art 1930-1973,The Story of The Search

Page 42: assgment psv3110

PSV 3110 42

Lampiran