ASSIGNMENT

24
1.0 PENGENALAN Bertulis Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Contoh: Perlembagaan Malaysia Tidak Bertulis Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang adat. Contoh: Adat temenggung

Transcript of ASSIGNMENT

Page 1: ASSIGNMENT

1.0 PENGENALAN

PERLEMBAGAA

N

DEFINISI; Kamus dewan - undang-undang atau peraturan negeri, dasar

pemerintah negeri

1.1 KONSEP

JENIS-JENIS :

1.2 UNSUR-UNSUR

Bertulis Bentuk perlembagaan yang

dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.

Contoh: Perlembagaan Malaysia

Tidak Bertulis

Semua prinsip perlembagaanyang tidak terkumpul dalam satu

dokumenseperti undang-undang adat.

Contoh: Adat temenggung

Page 2: ASSIGNMENT

1.1 KONSEP PERLEMBAGAAN

KonsepPerlembagaan

Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.

Under Creative Commons License: Attribution Share

ead more: http://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-perlembagaan-malaysia/#ixzz1EwRiQSvxUnder Creative Commons License: Attribution

ead more: http://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-perlembagaan-malaysia/#ixzz1EwSmjpw8Under Creative Commons License: Attribution

Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat.

tentang-perlembagaan-malaysia/#ixzz1EwTAzcygUnder Creative Commons License:

Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini.

tentang-perlembagaan-malaysia/#ixzz1EwVX3XI6Under Creative Commons License:

Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu.

Under Creative Commons License: Attribution

Menurut C.A. Leeds dalam bukunya, Politics.

Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam undang-undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian.

Menurut C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution.

Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan hubungan antara keduanya akan diubah.

Page 3: ASSIGNMENT

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara & setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.

Perlembagaan atau dalam bahasa inggerisnya “Constitution” merupakan sistem undang-undang yang meletakkan syarat dan prinsip bagaimana sesebuah badan politik atau organisasi ditakbir.

Perlembagaan umumnya dibahagikan kpd 2 jenis iaitu: perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.

Diperlukan untuk mewujudkan suaturangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasionaldan pembangunan negara serta melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.

Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.

Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang2 sama ada bagi pihak kerajaan ataurakyat atau sesiapa shj.

Perlembagaan menjamin kestabilanpolitik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil.

KONSEP

PERLEMBAGAAN

Page 4: ASSIGNMENT

1.2 Unsur-unsur perlembagaan.

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh para pembesar.

Institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi..

Perkara 181Kedaulatan Pemerintahan Beraja

Perkara 3 Agama Persekutuan.

Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Agama lain boleh diamalkan dgn aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.

setiap agama mempunyai hak untuk: - Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri. - Menubuh & menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan.

Perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dihalang, atau disekat.

Rakyat Malaysia harus menghormati dan tidak mempertikaikan bahasa Melayu sebagai bahasarasmi

Perkara 153 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN

BUMIPUTERA

SABAH DAN SARAWAK

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan.

Perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dihalang, atau disekat.

Rakyat Malaysia harus menghormati dan tidak mempertikaikan bahasa Melayu sebagai bahasarasmi

Perkara 152.Bahasa Kebangsaan

Unsur tradisi ini juga dilindungi dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960( Internal Security Act 1960 (ISA) ).

Seseorang atau pemula hasutan boleh dikenakan tidakan dibawah Akta ini. Unsur – unsur tradisi dianggap sebagai isu yang sensitif serta dilarang dijadikan isu perbincangan awam.

Page 5: ASSIGNMENT

2.1 Carta garis masa sejarah penggubalan perlembagaan

sehingga penubuhan Malaysia.

GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

10 OKTOBER 1945

Malayan Union diluluskan oleh Parlimen British. Sir Harold Mac Michael dilantik sbg wakil British utk dapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu

JAN & 10 FEB 1946

Penentangan orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union. Januari 1946 ( 50000 di Alor Setar ) dan 10 Februari 1946 ( 10000 di Johor )

Malayan Union diisytiharkan dengan Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama. Org Melayu memulaukan pengisythrn trsebut & British menggantiknnya dgn Persekutuan Tanah Melayu.

1 APRIL 1946

1946-1948Dato’ Onn Jaafar mengetuai orang Melayu menentang Malayan Union dan Tan Cheng Lock memimpin orang bukan melayu menyokong Malayan Union.

JULAI & DIS 1946

Julai 1946 – penubuhan Jawatankuasa Kerja

Disember 1946 – penubuhan Jawatankuasa Perunding

1 FEBRUARI 1948

British mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu.

- Kerjasama antara orang melayu dan bukan melayu semakin kuat.

Page 6: ASSIGNMENT

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( Communities Liason Committee – CLC ) yang terdiri drp pelbagai etnik.

1949

1951 Sistem Ahli diperkenalkan – British melantik beberapa org wakil warganegara Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf menteri.

Pilihanraya dalam Mjlis Prbandaran Kuala Lumpur diadakan. UMNO dan MCA membuat pakatan dan kerjasama ini telah menjurus kepada penubuhan Perikatan 1953.

1952 - 1953

16 SEPTEMBER 1963

31 OGOS 1957

JANUARI 1956Rombongan yang diketuai Tunku Abdul Rahman & 8 org wakil yang telah dipersetujui berangkat ke London.

Draf perlembagaan Malaysia telah diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu.

Pelrmbagaan Malaysia sekali lagi diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu lalu membentuk Malaysia.

Page 7: ASSIGNMENT

HURAIAN SEJARAH AWAL PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

Tanah Melayu dijajah oleh banyak kuasa asing selama 446 tahun. Selain

perjuangan terbuka menentang penjajah, orang Melayu juga menentang penjajah

melalui semangat kebangsaan bermula dengan kemunculan intelek-intelek melayu.

Mereka mula sedar untuk mendapatkan kemerdekaan, mereka perlu berjuang bukan

sahaja melalui senjata tetapi juga melalui perundingan. Penentangan terhadap

penjajah terus bersemarak apabila Jepun menyerah kalah. British telah

memperkenalkan Malayan Union dan ianya ditentang hebat oleh orang Melayu.

Penentangan ini berlaku kerana kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan

pentadbiran, pemberian hak kerakyatan kepada kaum lain, hak sama rata kepada

semua kaum tanpa mengira bangsa dan cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan

tandatangan Raja-Raja Melayu yang menggunakan paksaan. Walau

bagaimanapun, Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Sir

Edward Gent sebagai gabenor pertama.

Malayan Union dibubarkan kerana tidak mendapat sokongan orang melayu

dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Kejayaan orang Melayu

membubarkan Malayan Union telah mengambalikan semula kuasa Raja-Raja

Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Dari tahun 1946-1948, Dato’ Onn telah

mengetui orang Melayu menentang Malayan Union manakala Tan Cheng Lock

mengetuai orang bukan melayu menyokong Malayan Union. British menubuhkan

Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang bertanggungjawab merangka sebuah

perlembagaan yang diterima oleh orang Melayu dan menubuhkan Jawatankuasa

Perunding pada Disember 1946 bagi mendapatkan pandangan orang bukan Melayu

mengenai draf perlembagaan yang disediakan Jawatankuasa Kerja. Akhirnya,

Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.

Kerjasama orang Melayu dengan orang bukan melayu semakin kukuh

dengan adanya Persekutuan Tanah Melayu. Buktinya ialah penubuhan

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( Communities Lison Committee- CLC ).

Page 8: ASSIGNMENT

CLC yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah

masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang

berlainan daripada pelbagai etnik. CLC juga ditubuhkan secara tidak rasmi bagi

membincangkan beberapa isu seperti kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang

Melayu dan pendidikan. Jawatankuasa ini telah berjaya menjalinkan hubungan baik

antara pemimpin dari pelbagai kaum. Selain itu, kerjasama antara etnik dapat dilihat

apabila penjajah membuat perubahan ke arah berkerajaan sendiri. Sistem Ahli telah

diperkenalkan pada 1951. Melalui sistem ini, British melantik beberapa orang wakil

warganegara Persekutuan menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan

bertujuan melatih pemimpin tempatan mendapatkan pengalaman memerintah

secara demokrasi.

Kerjasama terus terjalin apabila pakatan UMNO dan MCA telah menubuhkan

Parti Perikatan pada tahun 1953. Pembentukan parti ini jelas menunjukkan

bermulanya kerjasama antara kaum ke arah menuju kemerdekaan melalui

perkongsian kuasa yang diterajui UMNO. Kerjasama antara Melayu dan bukan

melayu terus berkembang apabila British telah menetapkan syarat kemerdekaan

hanya diberikan jika rakyat bersatu padu dan boleh bekerjasama. Perkara ini telah

dibuktikan melalui pilihanraya yang dijalankan. UMNO mempelawa dan bekerjasama

dengan MCA membentuk Perikatan. Ini memjelaskan sifat terbuka antara etnik

berlaku.

Rombongan ke London bertujuan untuk berunding bagi menuntut

kemerdekaan telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan lapan orang wakil yang

terdiri daridapa wakil Raja-Raja Melayu dan parti Perikatan pada Januari 1956.

Perundingan tersebut telah berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.

Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8

Februari 1956.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid

yang ditubuhkan pada tahun 1956. Ahlinya terdiri daripada Lord Reid, Sir Ivor

Jennings, Sir William Mckell, B. Malik dan Hakim Abdul Hamid. Cadangan dan

pelbagai pandangan telah diminta oleh Suruhanjaya Reid daripada Raja-Raja

Melayu, parti-parti politik dan orang ramai. Mereka juga menerima sebanyak 131

memorandum bertulis dan telah bersidang beberpa kali dari Jun hingga Oktober

Page 9: ASSIGNMENT

1956. Hal ini menunjukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah

mendapat persetujuan dan pandangan majoriti rakyat Malaysia. Inilah yang dipanggil

kontrak sosial iaitu kaum Melayu dan bukan melayu bersetuju atas beberapa

perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara. Melalui kontrak sosial,

orang bukan melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar dan hak orang

Melayu dikekalkan dalam Perlembagaan. Akhirnya draf Perlembagaan Malaysia

telah diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos

1957.

Perlembagaan amat penting kepada sesebuah negara. Antara

kepentingannya ialah sebagai panduan bagi membentuk undang-undang samada

oleh pihak kerajaan atau rakyat. Selain itu, ianya menjamin kestabilan politik serta

sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Ianya juga diperlukan untuk

mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yan dapat memudahkan

perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan juga melindungi

kepentingan semua kumpulan etnik dan mengelakkan penyelewengan atau

penyalahgunaan kuasa oleh badan-badan pemerintah seperti eksekutif,

perundangan dan kehakiman. Akhir sekali perlembagaan menuntut warganegara

Malaysia memberi taat setia yang tidak berbelah bagi.

Page 10: ASSIGNMENT

CIRI-CIRI UTAMA KE ARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Malayan Union

Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupakan usaha British untuk

menghapuskan Negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan

Melayu Melaka. Selama ini British menjalankan dasar menerima Negeri Melayu,Raja

Melayu,dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. Selain itu,British juga

menerima bahawa adat istiadat Melayu,agama Islam dan bahasa Melayu ialah

budaya Tanah Melayu.

Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan :-

Persediaan membentuk kerajaan sendiri

Membentuk bangsa Malayan Union

Menjimatkan kos pentadbiran

Mengawal kuasa politik orang Melayu

Melahirkan pentadbiran yang licin

Namun, Malayan Union telah ditentang habis – habisan oleh orang Melayu kerana

perjanjian yang berat sebelah dan melenyapkan kuasa orang Melayu terutama

kuasa raja- raja. Antara sebab – sebab penentangan orang Melayu terhadap

Malayan Union adalah kerana:

1. Kuasa raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran Negeridan

hanyaberkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayudan mengetuai Majlis

Penasihat Melayu.

2. Singapura dipisahkan dari Tanah Melayu (Malayan Union) dan ia kekal

sebagai tanah jajahan British.

3. Hak kerakyatan diberikan atas dasar prinsip Jus Soli iaitu penduduk asing yang

bermastautin lebih 10 tahun dan lahir selepas Malayan Union secara automatik akan

mendapat kerakyatan atau menjadi warganegara.

Page 11: ASSIGNMENT

4. Hak yang sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa yang

menyebabkan kaum Melayu dan Bumiputera hilang keistimewaan.

5. Cara Sir Harold Mac Micheal mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dengan

cara paksaan malah ugutan telah menimbulkan kemarahan orang Melayu yang

mana cukup setia dan menjunjung ke atas rajanya.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

Penentangan meluas dari seluruh orang Melayu menyebabkan British membatalkan

Perlembagaan Malayan Union dan menggantikannya dengan Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu 1948.Rundingan antara penjajah British dengan wakil –

wakil dari raja – raja Melayu serta wakil UMNO telah melahirkan perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1948. Sebelum itu pada bulan

Januari 1948,Raja – Raja Melayu telah menandatangani perjanjian Persekutuan

Tanah Melayu. Antara perkara utama yang dilaksanakan ialah :-

Kedaulatan Raja – Raja Melayu dipulihkan seperti sebelum Perang Dunia

Kedua

Tanah Melayu telah dikeluarkan daripada taraf jajahan dan pemerintahan

secara tidak langsung seperti sebelum Perang Dunia Kedua diteruskan

Kerajaan British terus mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu sebagai

penduduk asal Negara ini

Kerajaan British bertanggungjawab terhadap soal pertahanan dan hal ehwal

luar Tanah Melayu

Prinsip kerakyatan secara Jus Soli untuk orang bukan Melayu seperti yang

termaktub di dalam perlembagaan Malayan Union digugurkan. Undang –

undang kerakyatan yang julung – julung kali diperkenalkan meliputi semua

negeri iaitu bagi membolehkan orang bukan Melayu memohon kerakyatan

Persekutuan. Walau bagaimanapun,syarat kelayakannya diperketatkan.

Page 12: ASSIGNMENT

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Isi-isi penting Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu 1957 ialah :-

Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan

Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai

Persekutuan dan Senarai Negeri

Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan

Negara

3 jenis kerakyatan diwujudkan,iaitu secara Kuatkuasa Undang-

undang,Permohonan dan Naturalisasi

Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan

Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan

Tanah Simpanan Melayu dikekalkan

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara

Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen,iaitu Dewan Rakyat dan

Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen

Pada peringkat negeri,Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan

beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO

Kepentingan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 :-

Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja

Berperlembagaan dibentuk

Mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu

Keharmonian antara kaum dapat dicapai tanpa menumpahkan darah

Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah

Negara yang berdaulat

Melahirkan identiti masyarakat yang merdeka walaupun berbeza warna

kulit,agama,bangsa

Page 13: ASSIGNMENT

KEPENTINGAN PERLEMBAGAANDALAM KONTEKS

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Perlembagaan ialah peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau

tidak bertulis yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara

pelbagai kerajaan dan prinsip-prinsip dalam pentadbiran negara. Ia merupakan

sumber undang-undang tertinggi dalam negara. Perlembagaan terbahagi kepada

dua iaitu bertulis dan tidak bertulis.Perlembagaan Malaysia adalah contoh

perlembagaan bertulis.Perlembagaan bertulis ialah bentuk perlembagaan yang

dikumpulkan dan disusun dalam satu dokumen.Perlembagaan tidak bertulis seperti

di Britain meliputi semua prinsip perlembagaan yang tidak dikumpulkan dalam satu

dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-

keputusan mahkamah.

Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi

menjamin kestabilan negara. Perlembagaan juga merupakan asas bagi merangka

bentuk pentadbiran serta penggubalan undang-undang. Unsur-unsur perlembagaan

menjadi titik tolak bagi memupuk perpaduan di antara kaum.Unsur-unsur

perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, agama, hak istimewa orang Melayu dan

pemerintah beraja telah menjadi panduan untuk menjamin kecekapan, keadilan,

ketelusan serta kelicinan pentadbiran.

Selain itu, perlembagan juga sebagai jaminan taat setia rakyat yang tidak

berbelah bagi kepada negara. Semua rakyat telah diingatkan secara langsung

atau tidak langsung mengenai matlamat sebagai rakyat Malaysia iaitu mempunyai

sifat sayangkan negara di samping menyemai semangat patriotisme di dalam diri

mereka. Contohnya, dalam Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan

seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan

kewarganegaraannya manakala Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang

warganegara boleh dilucutkan kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara.

Hal ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air

untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.

Page 14: ASSIGNMENT

Di samping itu, para pemimpin negara menyedari bahawa perlu diwujudkan

bahasa kebangsaan sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan

bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai

kaum.Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai

bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Persefahaman

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menjejaskan

penggunaan bahasa ibunda kaum lain; malah adalah dijamin oleh Perlembagaan

Malaysia.

Rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah

kerana bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad

lamanya, lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan

berbanding bahasa lain.

Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Kerajaan Persekutuan

telah diterangkan dalam Perkara 3 Fasal 1. Mengikut Perkara 11 Fasal 4 pula,

undang-undang negeri,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan boleh

dikawal atau disekat perkembangan apa-apa atau kepercayaan agama antara orang

yang menganuti agama Islam. Fungsi pihak kerajaan yang terdiri Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan nguruska adalah mempunyai autoriti bagi menubuhkan

sebarang penubuhan institusi berasaskan Islam serta mengeluarkan peruntukan

bagi urusan penyelenggaraan institusi berkenaan. Walaupun demikian, satu fasal

imbangan telah diperuntukkan di dalam perkara 3 yang menyebut mengenai hak

penganut agama lain dalam menganut agama mereka. Setiap penganut agama

mempunyai hak bagi menguruskan hal ehwal agama sendiri, menubuh atau

menyelenggara institusi agama dan memperoleh harta benda serta membelanjakan

harta tersebut mengikut undang-undang yang sedia ada.

Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebih 600 tahun lampau

dan banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu sehingga

sekarang berbanding agama lain. Begitu juga, semasa penjajahan British,

Page 15: ASSIGNMENT

kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan mereka menyerahkan urusan

agama Islam kepada Raja-Raja Melayu. Islam juga diterima sebagai agama

Persekutuan kerana sesuai dengan takrif "Melayu" seperti didefinisikan dalam

Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. Begitu juga pada zaman penjajah melalui

perjanjian damai dan persahabatan dengan Raja-Raja Melayu, walaupun mereka

berjaya mendapatkan hak untuk memberi nasihat yang bersabit dengan pentadbiran

negara, namun agama Islam dikecualikan.

Di samping itu, perlembagaan juga mengiktiraf pemerintahan beraja yang

telah sedia ada sejak dahulu lagi di dalam sistem pemerintahan negara.Dalam

sistem ini, raja mempunyai kuasa mutlak dengan bantuan oleh pembesar negeri

yang berfungsi sebagai badan penasihat.Impak penjajahan British ke atas negara

adalah pengurangan kuasa raja.Tambahan pula, raja juga perlu menerima nasihat

Residen British dan hanya berkuasa dalam hal ehwal orang Melayu dan agama

Islam menyebabkan orang Melayu menentang British.Setelah negara mencapai

kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan sebagai raja berpelembagaan selaras

dengan amalan demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

Raja boleh bertindak tetapi mempunyai lunas perlembagaan yang telah

ditetapkan.anan yang di-pertuan agong dalam menjaga hak istimewa serta

kedudukan orang melayu dan bumiputera di Sarawak dan sabah. Hak istimewa

tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan

pendidikan, serta pemberian lesen perniagaaan dan perdagangan. Walau

bagaimana pun, perlembagaan juga memastikan perkara 153 tersebut dilaksanakan

dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum lain.

Akhir sekali, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan

Sarawak pula disentuh dalam Perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam

perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain

yang diberikan. Walau bagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum¬kaum lain,

iaitu menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak

mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh

Page 16: ASSIGNMENT

dilaksanakan jika mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang

dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang

dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang

dipegang olehnya.

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia hendaklah memahami sejarah negara

dan mengambil iktibar daripadanya. Peristiwa 13 Mei 1969 hendaklah dijadikan

pengajaran dengan menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub di dalam

Perlembagaan Malaysia demi memastikan perpaduan antara kaum akan terus erat.

Page 17: ASSIGNMENT

KONTRAK SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI

MALAYSIA

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti

Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara

sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.

Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan

haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang

berkuasa dan berdaulat.

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan

syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud

dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg

berkaitan dgn kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn

masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial

apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau

permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan)

yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan

kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di

Malaysia.

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara

kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat

dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian

kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka

wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam

Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial

sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah

yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Page 18: ASSIGNMENT

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk

negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan

sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.

Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha

untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus

dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana

mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan

Malaysia.

Di antara kontrak sosial yang disebut dalam perlembagaan adalah bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama islam adalah sebagai agama

persekutuan, hak keistimewa orang Melayu, kedaulatan raja-raja dan sultan

Melayu serta taraf kerakyatan melalui prinsip ‘jus soli’. Inilah hasil tolak ansur

setiap kaum dengan persetujuan yang luhur dan murni dan pertimbangan yang rumit

terhadap pelbagai kepentingan yang bertentangan dan kita sebagai rakyat Malaysia

patut menghargai dan menghayati perjuangan pemimpin terdahulu dalam

membentuk perlembagaan persekutuan tananah melayu.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai komposisi penduduk yang

berbilang kaum, kontrak sosial mempunyai kepentingan dalam menjamin kestabilan

negara ini dari pelbagai aspek. Berikut ialah kepentingan kontrak sosial terhadap

sesebuah negara yang bersifat majmuk seperti Malaysia:

i) untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik

ii) dapat menentukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa untuk

menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil

iii) dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat

iv) dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti

kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama

v) dapat menetukan batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuran

rakyat dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.

vi) Dapat memupuk unsur taat setia kepada negara

vii) Dapat memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum, hak kebebasan

asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya persengketaan

dan pergaduhan antara kaum. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta

Page 19: ASSIGNMENT

Hasutan (1970) yang menghadkan kebebasan bercakap bagi

mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

viii) Supaya hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera sabah dan

Sarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam

persekutuan tanah melayu dan pembentukan Malaysia.

ix) Untuk mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi proses

pembentukan negara dan bangsa yang berstu dan berdaulat

x) Untuk menjamin hak-hak istimewa orang melayu.

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia

dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak

sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat

bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan

Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

Page 20: ASSIGNMENT

Bibliografi

Internet

Dilayari pada 25 feb 2011 jam 12.27

http://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-perlembagaan-malaysia/

Dilayari pada 27 feb2011 jam 1200 http://parapemikir.com/search/Kepentingan+Hubungan+Etnik+Di+Malaysia

Dilayari pada 27 Feb 2011 jam 1230 http://lowongankerjabaru.net/search/peranan+pr+dalam+hubungan+investor

Dilayari pada 28 Feb 2011 jam 0246

http://www.cikguazleen.com/2008/07/kontrak-sosial-dan-perlembagaan-malaysia.html

Buku

Shamsul Amri Baharuddin (2008), Modul Hubungan Etnik, Shah Alam, Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA).

Ramlah Adam, Shakila Parween Yacob, Abdul Hakim Samuri, Muslimin Fadzil (2003),SejarahTingkatan 5, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Aziz Bari. 2003. Malaysian Constitution, A Critical Introduction. Kuala Lumpur :

The Other Press

Ahmad Ibrahim. 1999. Perkembangan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jayum A Jawan. 2006. Malaysian Politics & Government. Shah Alam :Karisma

Publication.