ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

27
` KANDUNGAN Halaman ABSTRACT 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengertian Ikhtilaf 1 2. SEBAB BERLAKUNYA IKHTILAF 6 3. PENDEKATAN ULAMA’ MENGENAI IKHTILAF 8 3.1 Pendekatan Mazhab Maliki 9 3.2 Pendekatan Imam As-Syafie 10 3.3 Pendekatan Syeikh Al-Imam Prof. Dr. Yusoff Al- Qaradhawi 16 4. KESIMPULAN 19 5. RUJUKAN 20

Transcript of ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

Page 1: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

`

KANDUNGAN

Halaman

ABSTRACT

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengertian Ikhtilaf 1

2. SEBAB BERLAKUNYA IKHTILAF 6

3. PENDEKATAN ULAMA’ MENGENAI IKHTILAF 8

3.1 Pendekatan Mazhab Maliki 9

3.2 Pendekatan Imam As-Syafie 10

3.3 Pendekatan Syeikh Al-Imam Prof. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi 16

4. KESIMPULAN 19

5. RUJUKAN 20

Page 2: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

Pendekatan Mana-Mana Ulama’ Mengenai Ikhtilaf

ABSTRACT

Ikhtilaf ulama’ telah lama berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w

sehingga kini. Sesungguhnya permasalahan mengenai ikhtilaf haruslah

di fahami supaya tidak berlaku salah faham sehingga menyebabkan

pepecahan di dalam masyarakat. Oleh yang demikian, kertas kerja ini

bertujuan untuk memahami, mendalami dan mempelajari beberapa

perkara mengenai ikhtilaf. Secara khususnya penulisan ini

membincangkan tentang definisi ikhtilaf, sebab berlakunya ikhtilaf

serta pandangan ulama’ mengenai perkara ikhtilaf.

1. PENDAHULUAN

Masalah Khilafiah merupakan persoalan yang terjadi dalam kehidupan manusia. Masalah

khilafiah bukan satu fenomena baru yang terjadi dalam kehidupan masa kini tetapi telah

wujud di zaman Rasulullah s.a.w yang mana telah wujud masalah perbezaan khilafiyyah

pada zaman tersebut. Khilafiyyah merupakan perbezaan pendapat, atau pandangan dalam

menanggani sesuatu persoalan atau isu daripada pihak yang berautoriti atau bergelar

ulama. Sesetengah orang Islam menganggap masalah ikhtilaf tidak wajar diberi perhatian

dan ada pula terlalu taksub atau fanatik terhadap masalah khilafiyyah ini. Disebabkan

perbezaan pandangan terhadap masalah khilafiyyah ini telah membuatkan mereka

semakin jauh menyimpang dari landasan syariat Islam.

Page 3: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

1.1 Pengertian Ikhtilaf

Ikhtilaf dari segi bahasa bermaksud percanggahan pendapat atau pandangan yang berbeza

terhadap sesuatu perkara serta memberi erti tidak sama. Oleh yang demikian setiap yang

tidak sama dikatakan sebagai ikhtilaf. Sementara khilaf pula membawa maksud

pertentangan atau berlawanan (mudhadah) yang membawa erti yang sama dengan

ikhtilaf, walaupun maknanya lebih umum dan merupakan lawan bagi persepakatan.

(Muhadir bin Haji Joll 2013: 94)

Ikhtilaf dari segi istilah fuqaha bermaksud berbeza tentang pendapat, agama,

jalan-jalan dalam agama dan kepercayaan terhadap sesuatu yang boleh membawa

kebahagiaan atau kecelakaan kepada manusia di dunia dan akhirat. (Muhadir bin Haji Joll

2013: 94)

Manakala pengertian ikhtilaf dari segi istilah menurut Abdul Mu’izz (2012:12)

pula telah mendefinisikan ikhtilaf sebagai satu ilmu penyelidikan yang mengkaji

perbezaan pandangan antara para ulama mujtahidin dalam mengutarakan dalil-dalil secara

rambang mahupun terperinci. Pada dasarnya penggunaan khalimah khilaf ( (خالف dan

ikhtilaf ) ( berkongsi اختالف makna yang satu iaitu percanggahan dan perbezaan

pandangan. Walaubagaimanapun terdapat sebilangan ulama yang meletakkan yang

berbeza dan lebih spesifik bagi makna khilaf dan ikhtilaf ini.

Page 4: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

Antara pandangan ulama ialah:

i. Pandangan Imam Syartibi

Beliau mengklasifikasikan khilaf mempunyai makna yang lebih luas iaitu

percanggahan pendapat secara umum. Definisi tersbut merangkumi segala

percanggahan pandangan walaupun ia bertitik tolak dari emosi hawa nafsu

tanpa ilmu yang jelas tidak dikehendaki oleh syara’. Manakala ikhtilaf

pula adalah percanggahan pandangan yang berlandaskan garis panduan

syara’ mengikut disiplin ilmu islam.

ii. Pandangan Imam Al-Raghib Al-Asfahani

Ikhtilaf bermaksud perbezaan pandangan tanpa disusuli dengan

konfrontasi atau dendam. Manakala khilaf keberangkalian terdapat unsur

konfrontasi atau dendam di antara pihak yang berbeza pandangan.

iii. Pandangan Imam Al-Tahanawi

Beliau berpandangan bahawa ikhtilaf sesuai digunakan apabila berlaku

perbezaan pandangan yang disandarkan dengan nas. Manakala khilaf

sesuai digunakan apabila berlaku perbezaan pandangan yang tidak

disandarkan nas.

iv. Pendapat Imam Abu Al-Baqa’

Beliau menyatakan bahawa ikhtilaf berlaku apabila perbezaan pandangan

yang mempunyai maksud dan kesan konklusi yang satu. Kesan ikhtilaf

adalah rahmat. Manakala khilaf berlaku apabila pandangan yang

mempunyai maksud dan jalan yang berbeza. Khilaf adalah dilarang dan

kesannya adalah bidaah.

Page 5: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

Sebilangan ulama’ juga berpandangan bahawa kalimah ikhtilaf sesuai digunakan

apabila berlaku perbezaan pandangan antara dua kelompok yang berbeza. Contohnya

berlaku ikhtilaf antara ulama’ mazhab Syafie dan mazhab Hanafi. Manakala kalimah

khilaf pula sesuai digunakan apabila berlaku percanggahan pandangan di dalam satu

kelompok yang sama. Contohnya: “Telah berlaku khilaf antara ulama’mazhab Hanafi.

Tidak sesuai dan tidak tepat jika dikatakan: “Telah berlaku ikhtilaf antara ulama’ mazhab

Hanafi.” Hal ini adalah kerana mereka terdiri daripada kelompok yang sama.

Pembahagian istilah tersebut merujuk kepada penggunaannya di dalam al-quran.

Firman Allah s.w.t:

.… .…

Maksudnya:

“.....dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan ) apa yang aku

larang...”

(Surah Hud:88)

Allah s.w.t menggunakan kalimah khilaf dalam menceritakan dakwah yang

dilontarkan oleh Nabi Syuaib kepada kaumnya. Mereka adalah satu kelompok yang sama.

Manakala dalam ayat lain Allah s.w.t menggunakan kalimah ikhtilaf ketika menceritakan

percanggahan yang berlaku antara pelbagai kelompok.

Firman Allah s.w.t:

Page 6: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

.……

Maksudnya:

“ Maka berselisih pandangan antara mereka (iaitu Yahudi dan Nasrani)...”

(Surah Maryam:37)

Berdasarkan dua dalil yang telah disebut di atas, maka jelaslah kalimah khilaf

lebih merujuk kepada perbezaan pandangan antara satu kelompok yang sama. Manakala

kalimah ikhtilaf pula membawa erti perbezaan pandangan antara dua atau lebih kelompok

yang saling berbeza pandangan.

Secara umumnya kedua-dua kalimah ini boleh digunakan apabila terdapat

perbezaan pandangan sesama ulama’ mujtahidin. Selagi tiada persepakatan para ulama’

dalam definisi-definisi tersebut maka ia bebas memilih untuk menyatukan dua definisi

tersebut dalam bentuk yang umum (Abdul Mu’izz 2012: 14).

2. SEBAB BERLAKUNYA KHILAFIAH

Page 7: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

Terdapat beberapa sebab berlakunya khilafiah antaranya ialah:

a) Kemampuan menguasai ilmuan tidak sama dari segi akal fikiran dan

kefahaman.

Sesetengah ulama’ mempunyai kemampuan yang tinggi terhadap tahap

kefahaman dan hafazan mereka. Akan tetapi ada juga sebahagian ulama’

lebih cenderung kepada kemampuan hafazan mereka berbanding tahap

kefahamannya dan ada juga kefahaman lebih baik berbanding hafazannya.

Oleh yang demikian, perbezaan ini telah memberi kesan yang besar pada

ikhtilaf para ulama Fuqaha. (Muhadir b. Hj. Joll 2013:96)

b) Perbezaan dalam Pencapaian Ilmu Bahasa Arab yang mempunyai

banyak erti

Di dalam syariat terdapat lafaz musytsrak yang mempunyai banyak erti.

Oleh yang demikian, telah berlaku ikhtilaf di kalangan ulama’ fiqh di

dalam memahami hukum-hukum syara’ yang merujuk kepada penggunaan

bahasa seperti melibatkan kalimah mufrad, susunan ayat yang berbagai

rupa dan bentuk, bentuk-bentuk umum, itlaq, taqyid, ijmal, bayan dan

sebagainya. (Dr. Basri B. Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari 2009: 15)

c) Berbeza Pandangan Dalam Menilai dan Menerima Ketetapan Hadis

Telah berlaku khilaf di kalangan ulama’ tentang penerimaan sesebuah

hadis yang merangkumi penilaian terhadap tahap kebolehan dan

kepercayaan ( .perawinya ( ثقة Setengah golongan menerima taraf

hadis, manakala ada pula golongan yang tidak menerima hadis tersebut

atas sebab tidak layak untuk dijadikan hujah. (Abdul Mu’izz 2012: 95)

Page 8: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

d) Berbeza Pandangan dalam Menerima Rujukan dan Kaedah

Penggubalan Hukum

Kaedah dan garis panduan yang berbeza mengenai istinbat hukum

menyebabkan berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama’ (Dr. Basri

B. Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari 2009:26)

3. PENDEKATAN ULAMA’ MENGENAI IKHTILAF

Jika dilihat sejarah perkembangan mazhab, kesemua mazhab mempunyai pertalian aliran

ilmu yang sangat rapat. Secara keseluruhannya mazhab yang masyhur sehingga kini

adalah mazhab yang empat. Di sini terdapat dua pembahagian mazhab iaitu mazhab fiqh

dan mazhab akidah di mana mereka digelar sebagai ulama’ mujtahidin. Ulama’-ulama’

ini telah menggunakan beberapa pendekatan di dalam menyelesaikan masalah-masalah

hukum berkaitan masalah fiqh, akidah dan perkara berkaitan agama.

Kewujudan mazhab atau aliran fiqh merupakan satu fenomena tradisi yang tidak

dapat dielakkan dalam realiti umat Islam hari ini. Ia adalah sebagai satu manifestasi

sejarah kepada hakikat wujudnya perbezaan pendapat dan tafsiran terhadap nas-nas

syarak dan pengolahan penyelesaian kepada isu-isu yang berbangkit. Antara sudut positif

kewujudan pelbagai mazhab ini, ialah ia menjadi satu mekanisme penting di dalam

pengusulan cadangan penyelesaian terhadap beberapa isu kompleks yang dihadapi oleh

masyarakat. Di sini terdapat beberapa pendekatan ulama’ mengenai ikhtilaf.

3.1 Pendekatan Mazhab Maliki

Page 9: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

Mazhab Maliki diasaskan oleh Imam Malik Bin Anas bin Malik bin Abi’ Amir

Al-Asbahi. Beliau sangat terkenal dengan ilmu hadis. Menurut Abdul Mu’izz (2012: 101-

103), Sifat mazhab yang dibentuk oleh Imam Malik sangat bergantung kepada kitab Al-

quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Imam Malik telah mengambil inisiatif mengarang

Kitab Muwattha’ yang mengumpul hujah hadis dan fatwa para sahabat. Mazhab Maliki

tidak menerima hadis mursal sebagai hujah berbanding dengan mazhab Hanafi. Mazhab

Maliki menggunakan hujah Ihtihsan, Istishab, serta Masalih Mursalah.

Selain itu juga menurut Abdul Mu’izz (2012: 121), Mazhab Maliki sangat masyur

dengan penggunaan kaedah Sadd Al-Zarai’ didalam penggubalan hukum berbanding

Imam Abu Hanifah dan Imam As-Syafie yang tidak menerima kaedah tersebut dalam

kebanyakkan perkara. Kaedah Sadd al-Zarai’ ini bertujuan mencegah daripada

berlakunya satu perkara lain yang lebih buruk. Selagi tiada nas dan sebarang unsur yang

menegah sesuatu perkara, maka tidak wajar untuk disekat. Penolakan mereka terhadap

kaedah ini bukanlah secara menyeluruh, sebaliknya digunakan mengikut ruang lingkup

yang lebih terhad dan di atas perbezaan itulah wujudnya khilaf penolakan dan penerimaan

kaedah Sadd al-Zarai’.

Setelah para ulama’ memahami adanya unsur pencegahan dalam mensyariatkan

hukum melalui nas-nas al-quran dan hadis, maka para ulama’ cuba mengaplikasikan

kaedah tersebut di dalam perkara-perkara yang tidak disebut oleh Allah s.w.t dalam nas.

Apabila berdepan dengan situasi yang mana perbuatan itu tidak buruk, akan tetapi jika

dibiarkan dilakukan oleh seseorang boleh menyebabkan jatuh di dalam perkara yang

haram. Jika situasi ini wujud maka kaedah ini mungkin akan digunakan. Namun begitu

para ulama’ berselisih pendapat tentang bilakah kaedah ini patut digunakan dan

sejauhmana ia boleh digunakan.

Page 10: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

Imam Malik menganggap sesiapa yang berzina, maka dia tidak boleh lagi

mengahwini perempuan yang telah dizinainya. Hukum ini beliau pilih demi mengelakkan

orang dari melakukan zina. Akan tetapi di dalam kes yang sama, ulama' lain tidak

menggunakan kaedah itu kerana Imam As-Syafie menganggap perkahwinan antara orang

yang berzina adalah sah dan dengan sebab itulah ijtihad ulama’ berbeza-beza

(http://www.ustazrosli.com/2009/10/sadu-zaraie-istilah-diatas-bunyinya.html

date 20.12.2014).

b) Pendekatan Mazhab Syafie

Imam Syafie dalam analisanya membahagikan ikhtilaf kepada dua kategori iaitu:

i. Ikhtilaf yang diharamkan

ii. Ikhtilaf yang diharuskan.

i. Ikhtilaf yang diharamkan

Ikhtilaf yang diharamkan ialah ikhtilaf dalam perkara-perkara yang telah

jelas (قطعي) hukumnya dalam al-Quran dan Sunnah serta perkara-perkara

sedia maklum dalam Islam dan ijmak ulama’. Dalil di bawah menjelaskan

pandangan Imam Syafie terhadap Ikhtilaf yang diharamkan.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya:

Page 11: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

“dan tidak berpecah belah orang-orang yang diberi Kitab melainkan setelah

datang kepada mereka Bukti Yang jelas nyata.”

(Surah Al-Bayyinah:4)

Dalil yang lain, Allah SWT berfirman:

Maksudnya:

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang

telah bercerai-berai dan berselisihan ( dalam agama mereka) sesudah datang

kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (ajaran yang dibawa oleh

nabi-nabi) dan mereka yang yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang

besar.”

(Surah Ali Imran:105)

Ayat di atas dengan jelas menyatakan tabiat umat terdahulu yang berselisih

pandangan dan berpecah walaupun telah sampai kepada mereka keterangan dan

penjelasan. Justeru, ikhtilaf pada perkara yang mempunyai nas yang nyata adalah

haram.

Page 12: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

ii. Ikhtilaf yang diharuskan

Ikhtilaf yang diharuskan ialah ikhtilaf dalam perkara-perkara yang belum

jelas hukumnya di mana ijtihad diperlukan dalam menentukan hukum. Hakikatnya

ikhtilaf dalam kategori kedua inilah yang menjadi perbincangan di kalangan

fuqaha’ bukannya yang pertama. Fuqaha’ generasi terkemudian (muta’akhirin)

mengupas masalah ini berasaskan sebuah hadith Rasulullah SAW yang

bermaksud :

“Perbezaan pendapat di kalangan umatku mendatangkan rahmat”

Imam Syafie memberi contoh isu khilafiyyah yang diharuskan iaitu

masalah ‘iddah wanita hamil yang kematian suami. Ia adalah berdasarkan firman

Allah SWT:

Maksudnya:

“Dan wanita-wanita yang tidak haid lagi (putus asa) di antara wanita-wanita

kamu, jika kamu ragu-ragu (tentang masa ‘iddahnya) maka ‘iddah mereka adalah

tiga bulan ; dan begitu (pula) wanita-wanita yang tidak haid. Dan wanita-wanita

yang hamil, waktu ‘iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan

Page 13: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

kandungannya. Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah , Ia menjadikan

baginya kemudahan dalam urusannya”.

(Surat At-Thalaq: 4)

Contoh lain seperti di dalam Firman Allah SWT :

Maksudnya:

“ dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka

meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah)

selama empat bulan sepuluh hari. kemudian apabila telah habis masa idahnya itu

maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa Yang dilakukan mereka pada

dirinya menurut cara Yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). dan (ingatlah),

Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa jua Yang kamu lakukan.”

(Surah Al-Baqarah:24)

Berdasarkan dalil-dalil di atas, para sahabat telah berselisih pandangan

berkaitan ‘iddah wanita hamil yang kematian suami seperti di bawah ini:

a. Pandangan sebahagian para sahabat mengatakan bahawa ‘iddah

wanita hamil ialah melahirkan kandungan, manakala ‘iddah wanita

kematian suami ialah empat bulan sepuluh hari. Maka wanita hamil

yang kematian suami hendaklah ber’iddah empat bulan sepuluh

Page 14: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

hari, dan sehingga melahirkan kandungannya; iaitu sehingga

selesai kedua-dua ‘iddah, kerana melahirkan kandungan tidak

dinyatakan sebagai tamatnya ‘iddah kecuali pada talak sahaja.

b. Pandangan sebahagian sahabat iaitu sekiranya wanita hamil

kematian suami melahirkan kandungannya, maka dia halal (bebas

dari ikatan perkahwinan), walaupun suami baru meninggal dunia.

Imam Syafie mengatakan ayat tersebut membawa dua makna sekaligus

dan yang nyata serta logiknya adalah melahirkan kandungan menandakan

tamatnya ‘iddah.

Pandangan ini diperkuatkan oleh sunnah yang menjelaskan bahawa

melahirkan kandungan merupakan akhir iddah kepada wanita hamil yang

kematian suami sebagaimana terdapat dalam hadis.

Kemudian Imam Syafie mengatakan secara tegas bahawasanya apa-apa

yang diterangkan oleh sunnah, maka tidak ada hujah pada sesiapapun yang

bertentangan dengan sunnah”. (http://drasmadinet.blogspot.com/2008/05/metod-

al-imam-al-shafii-dalam-isu-isu.html date 03.01.2014)

Walaupun tegas cara pembelaan Imam Syafie terhadap pandangannya,

namun beliau masih mengkelaskan isu tersebut sebagai harus berlaku khilaf dan

bukan sesuatu yang bid’ah atau sesat.

Kesimpulan daripada kes yang dibentangkan oleh Imam Syafie, dapat

difahami bahawa penghujahan dalam menentukan tempoh ‘iddah wanita hamil

yang kematian suami ini menunjukkan bahawa pandangan pertama yang

berpegang kepada dua-dua ‘iddah untuk wanita tersebut, berpegang kepada hujah

yang dzanni.

Page 15: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

Sebaliknya, hujah pandangan kedua berpegang kepada tafsiran dua ayat di

atas adalah juga dzanniyyah al-dilalah. Namun ia juga berdasarkan hadith sahih

yang dinyatakan di atas dan maknanya bertaraf qat’iyah al-dilalah.

Berdasarkan perbincangan dan analisis tersebut, dapatlah dirumuskan

bahawa:

i. Perbezaan pandangan yang bersumberkan hujah-hujah dilalah

dzanniyyahtelah berlaku di zaman sahabat.

ii. Imam As-Syafie menjelaskan perkara-perkara khilaf yang

diharuskan, walaupun perkara yang dilihat oleh pihak yang

berlawanan sebagai mempunyai dalil yang amat jelas.

iii. Tidak taksub dalam mentarjihkan sesuatu pandangan serta

mengklasifikasikannya sebagai perkara yang harus berlaku

kekhilafan.

iv. Imam al-Shafi’i tidak menggunakan istilah cercaan (ta’an)

berbentuk bid’ah, sesat atau haram terhadap pandangan yang

berbeza dengannya. Atas dasar itu, kita tidak akan menjumpai

Imam al-Shafi’i membid’ahkan dan menyesatkan orang-orang yang

tidak membaca kuat bismillah pada fatihah, membaca qunut pada

solat subuh, berzikir kuat dan selainnya. Sebaliknya aliran baru

yang wujud, menyesatkan sesiapa yang membaca bismillah secara

lantang dalam fatihah, qunut dan sebagainya.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Imam As-Syafie mempunyai metod yang

amat rapi iaitu menghuraikan perkara yang tidak boleh dikhilafkan dan yang boleh

dikhilafkan. Beliau tidak membiarkan sahaja pembahagian ini untuk ditafsirkan oleh

Page 16: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

orang-orang kemudiannya, bahkan mendatangkan contoh-contoh bagi memperjelaskan

lagi metodnya itu. Beliau mendatangkan hujah dan menjawab hujah.

Beliau sebagai seorang yang bertaraf mujtahid telah mentarjihkan sesuatu masalah

dengan disokong oleh dalil-dalil yang dianggap kuat. Walaupun begitu, beliau masih

mengatakan harus ikhtilaf pada perkara tersebut.

Oleh sebab itulah manhaj Imam As-Syafie serta manhaj kebanyakan ulama-ulama

mu’tabar yang penuh keterbukaan dan kelihatan masih releven dalam perdebatan ilmu

sehingga hari ini kerana mereka menjauhi ketaksuban yang boleh memecah belahkan.

(Dr. Al Basri b. Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari 2009:81)

c. Pendekatan Syeikh Al-Imam Prof. Dr Prof. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi

Prof. Dr. Prof. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi merupakan pelopor metode wasatiyyah

(sederhana) di dalam bidang fiqh hukum. Bukan sekadar kemampuannya untuk

mengistinbatkan hukum melalui sumber-sumbernya dengan penuh teliti, malah Yusuf al-

Qaradhawi turut mengambil kira unsur luaran dan perubahan di dalam mengeluarkan

sesuatu fatwa dan ijtihad.

Prof. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi digelar sebagai “mercu tanda keserhadaaan” di

dalam beragama. Lebih menarik lagi, metod yang digunakan oleh Prof. Dr. Yusoff Al-

Qaradhawi konsisten samada di dalam persoalan hukum mahupun di dalam persoalan

dakwah dan harakah. Manhaj al-Qaradhawi ini juga dianggap sebagai mithali kepada para

pendakwah.

Prof. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi menekankan kepentingan lima jenis fiqh yang

sepatutnya dimiliki oleh para pendakwah dan para ulama. Lima jenis fiqh yang

dimaksudkan ini ialah:

Page 17: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

i. Fiqh al- Maqasid

ii. Fiqh Al-Awlawiyaat

iii. Fiqh Al-Kawniyah

iv. Fiqh Al-Muwazanaat

v. Fiqh Al-Ikhtilaf

Kelima-lima fiqh ini merupakan asas untuk menguasai fiqh al-waqi’ yang

diperjuangkan oleh Yusof al-Qaradhawi. Fiqh al-waqi' adalah ilmu yang membincangkan

bagaimana para ulama, para pendakwah dan gerakan Islam dapat memahami keadaan

semasa, faktor-faktor yang mengesani serta kuasa-kuasa yang sedang mendominasi

perjalanan masyarakat. Ilmu ini melibatkan satu proses untuk mengenalpasti,

menganalisis dan mentafsir isu, trend, anjakan paradigma, sentimen dan fenomena yang

wujud dalam masyarakat. Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyatakan bahawa tuntutan

kontemporari fiqh asy-syariah hanya dapat dipenuhi dengan kefahaman yang baik

terhadap fiqh al-waqi'.

Kepentingan fiqh al-waqi’ kepada para ulama dan juga para pendakwah tidak

dapat dinafikan. Tanpa kefahaman mengenai realiti terdahap perubahan suasana dan

tempat, seseorang ulama akan mengeluarkan ijtihad di luar konteks, para pendakwah pula

akan hilang arah di dalam menyikapi golongan sasaran, dan gerakan Islam mungkin akan

terpinggir dari arus perdana dan kehilangan peluang untuk melakukan sesuatu perubahan

( http://maszleemalik.blogspot.com/2007/10/fiqh-ijtihad-al-qaradawi.html

date 22.12.2014 ).

Prof. Dr. Prof. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi berpandangan bahawa kesedaran

terhadap prioriti semasa perlu diberi perhatian yang serius sebelum mencetuskan atau

mengutarakan sesuatu persoalan yang ada khilaf hukum. Metode pemikiran daripada

Prof. Dr. Prof. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi ini merupakan satu cetusan yang sangat

praktikal dan menepati kehendak Islam yang sebenar. Beliau juga menyifatkan amalan

Page 18: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

mengungkit perkara-perkara khilafiyyah sebagai suatu pengkhianatan kerana ia

membabitkan masa depan umat. (Abdul Mu’izz 2012:293)

Beliau ada menyebut tentang perselisihan berlaku diantara ulama’ salaf dan khalaf

berhubung ayat-ayat dan hadis-hadis tentang sifat Allah s.w.t yang menimbulkan

kesamaran kepada orang awam di dalam memahaminya. Setiap golongan mempunyai

pendekatan tersendiri dalam memahami ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut. Sebahagian

mengambil pendekatan tidak mentakwilkannya sebaliknya memahaminya secara umum

dan menyerah makna hakiki tentangnya hanya kepada Allah sahaja dan inilah pendekatan

yang dipilih oleh Qusof Qaradhawi sendiri manakala ulama’ khalaf mengambil

pendekatan mentakwilkan ayat-ayat tersebut bagi mengelak salah faham di kalangan

orang-orang awam lalu menyamakan sifat-sifat tuhan dengan sifat-sifat makhluk.

Menurut beliau, tidak mungkin seorang alim berani menghukum fasik, berdosa dan

bid’ah kepada ulama’-ulama’ besar yang telah berjasa meluaskan syariah Allah serta

mempertahankan akidah Islam dan menghabiskan hidup sepanjang hayat sebagai

pendakwah.

Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi menyatakan bahawa, seorang mufti yang siqah harus

mempunyai pengetahuan ilmunya dalam disiplin al-quran dan as-sunnah, penguasaan

bahasa arab, ilmu usul fiqh, qias, illah (sebab), ijma’ dan ilmu ikhtilaf untuk menjamin

pengistinbatan hukum yang tidak dapat digugat oleh sesiapa. Selain penguasaan ilmu-

ilmu Islam warisan (al-turath) dan kontemporari (al-mu’asar ), bagi seorang mufti ia

hendaklah mempunyai rasa takut terhadap Allah s.w.t, iltizam dengan hukum-hukum-Nya

serta berakhlak mulia. (http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/24837-

fatwa-bughah-dan-implikasinya-dalam-masyarakat date 17.12.2014)

4. KESIMPULAN

Di sini dapatlah disimpulkan bahawa para ulama berbeza pandangan untuk

menjelaskan maksud dan kaedah terbaik di dalam melaksanakan tuntutan syariah.

Semua ini memberikan ruang yang fleksibel kepada umum untuk memastikan

Page 19: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

penghayatan Islam secara secara menyeluruh. Sebagai umat Islam, kita janganlah

terlalu taksub kepada mazhab secara membuta tuli sebaliknya sentiasa

bersederhana di dalam bab khilafiah serta meraikan disiplin khilaf dan pada masa

yang sama kita jelas terhadap prinsip syara’ yang dipegang.

RUJUKAN

Abdul Mu’izz, 2012. Khilaf Perselisihan Pandangan Dalam Agama. Must Read Sdn. Bhd.

Dr. Basri b. Ibrahim Al-Hasani Al-Azahari, 2009. Adab Ikhtilaf Formula Mengekalkan Perpaduan Ummah. Al-Hidayah Publication

Page 20: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1

Muhadir b. Haji Joll, 2013. Khilafiah Persoalan dan Penjelasan. Inteam Publishing

http://ahlussiyasah.blogspot.com/p/dalam-diskusi-ini-penulis-ingin.html

http://drasmadinet.blogspot.com/2008/05/metod-al-imam-al-shafii-dalam-isu-isu.html

http://maszleemalik.blogspot.com/2007/10/fiqh-ijtihad-al-qaradawi.html

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/24837-fatwa-bughah-dan-implikasinya-dalam-masyarakat

http://www.ustazrosli.com/2009/10/sadu-zaraie-istilah-diatas-bunyinya.html

Page 21: ASSIGNMENT ADAB IKHTILAF.docx

1