ASSIGNMENT GPP.docx

21
PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan kerana telah memberi saya kekuatan, kesihatan dan masa untuk menyiapkan tugasan kerja kursus dalam masa yang telah ditetapkan dan seperti yang dikehendaki. Walaupun terdapat beberapa kesalahan yang mungkin saya tidak sedari dalam tugasan ini, tetapi saya tetap bersyukur atas ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah saya dapat selama melaksanakan tugasan ini. Pertama sekali, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Encik Mohd Nadzidi bin Othman di atas bantuan, bimbingan, teguran dan nasihat yang telah beliau berikan sepanjang saya menyiapkan tugasan saya. Selain itu, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada ibu bapa saya. Mereka telah memberikan sokongan moral dan juga sokongan kewangan kepada saya semasa saya menyiapkan tugasan ini. Mereka juga amat memahami keadaan saya yang selalu sibuk dengan kerja saya. Tidak dilupakan juga saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka tidak kedekut ilmu dan sanggup berkongsi maklumat dengan saya. Dengan bantuan rakan dan daya usaha sendiri dapatlah saya mencari maklumat berkaitan dengan tugasan ini dengan lancar. Semoga tali persahabatan kami dapat kekal selamanya. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang terbesar kepada semua orang yang melibatkan diri secara langsung mahupun tidak dalam tugasan ini. Saya amat berterima kasih bahawa saya mampu 1

Transcript of ASSIGNMENT GPP.docx

Page 1: ASSIGNMENT GPP.docx

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana telah memberi saya kekuatan, kesihatan dan masa

untuk menyiapkan tugasan kerja kursus dalam masa yang telah ditetapkan dan seperti

yang dikehendaki. Walaupun terdapat beberapa kesalahan yang mungkin saya tidak

sedari dalam tugasan ini, tetapi saya tetap bersyukur atas ilmu pengetahuan dan

pengalaman yang telah saya dapat selama melaksanakan tugasan ini.

Pertama sekali, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada

pensyarah saya iaitu Encik Mohd Nadzidi bin Othman di atas bantuan, bimbingan,

teguran dan nasihat yang telah beliau berikan sepanjang saya menyiapkan tugasan

saya.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada ibu bapa saya.

Mereka telah memberikan sokongan moral dan juga sokongan kewangan kepada saya

semasa saya menyiapkan tugasan ini. Mereka juga amat memahami keadaan saya

yang selalu sibuk dengan kerja saya.

Tidak dilupakan juga saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan saya yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam

menyiapkan tugasan ini. Mereka tidak kedekut ilmu dan sanggup berkongsi maklumat

dengan saya. Dengan bantuan rakan dan daya usaha sendiri dapatlah saya mencari

maklumat berkaitan dengan tugasan ini dengan lancar. Semoga tali persahabatan kami

dapat kekal selamanya.

Saya ingin menyampaikan penghargaan yang terbesar kepada semua orang

yang melibatkan diri secara langsung mahupun tidak dalam tugasan ini. Saya amat

berterima kasih bahawa saya mampu menyelesaikan tugasan ini dalam jangka masa

yang telah ditetapkan. Jasa baik anda semua akan saya kenang selama-lamanya.

1

Page 2: ASSIGNMENT GPP.docx

1.0 PENGENALAN

Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia

dalam seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat di Dewan Tun Hussein

Onn, pada 1 Disember 2014 telah menyatakan bahawa proses pencarian ilmu patut

dijalankan seperti penerokaan yang tidak bernoktah. Pembelajaran Sepanjang Hayat

sebagai tonggak ketiga Pembangunan Modal Insan, mampu memberikan impak yang

besar dalam menyokong dan meningkatkan taraf kompetensi tenaga kerja negara.

Berdasarkan kenyataan Dato’ Seri Idris ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa

pendidikan dan juga pembelajaran merupakan suatu perkara yang amat penting dalam

kehidupan setiap insan. Di dalam sesebuah negara, adalah menjadi perkara mustahil

jika negara tersebut tidak menekankan aspek pendidikan bagi rakyatnya. Hal ini kerana,

kemajuan sesebuah negara terletak pada sistem pendidikan yang mereka amalkan.

Namun, tahukah kita akan apa itu yang dimaksudkan dengan pembelajaran atau pun

pendidikan ini?

Pembelajaran boleh nyatakan sebagai pengumpulan maklumat dan

pengetahuan, penguasaan kemahiran dan perangai, serta membentuk sikap dan

pemikiran (Jurnal, Ahmad Johari). Pembelajaran bukan sekadar boleh didapati dalam

bilik darjah, akan tetapi seandainya kita mampu memperolei sebarang maklumat

walaupun di luar bilik darjah maka ia adalah suatu proses pembelajaran.

2.0 KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Menurut (Morgan dan King dlm Jurnal, Ahmad Johari), pembelajaran ditakrifkan sebagai

sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi

oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya. Secara keseluruhannya,

pembelajaran yang paling berkesan dan sentiasa berlaku ialah pembelajaran yang kita

perolehi dari pengalaman yang dilalui sepanjang hayat. Ini berdasarkan kepada iktibar

yang kita perolehi daripada setiap situasi yang kita lalui.

Dalam proses pembelajaran, beberapa material penting akan terlibat dalam

menjayakan proses ini. Antaranya ialah aspek mental, fizikal, emosi dan sosial akan

2

Page 3: ASSIGNMENT GPP.docx

memainkan peranan yang sangat penting ketika proses pembelajaran berlaku. Secara

umumnya, pembelajaran telah dibahagikan kepada beberapa jenis :

2.1 Jenis Pembelajaran Bloom

Berdasarkan pengertian yang telah diutarakan oleh pakar Psikologi sebagaimana di

atas, jenis pembelajaran ini akan menjelaskan bagaimana proses pembelajaran bukan

saja melibatkan mental bahkan akan turut melibatkan fizikal, emosi juga sosial.

Ahli psikologi pendidikan Amerika Syarikat, Benjamin S. Bloom menyatakan

bahawa pembelajaran manusia berlaku dalam 3 bidang iaitu:

1. Bidang kognitif

2. Bidang afektif

3. Bidang psikomotor

PEMBELAJARAN

KOGNITIF

PEMBELAJARAN

AFEKTIF

PEMBELAJARAN

PSIKOMOTOR

Mengutamakan

penggunaan mental.

Contohnya:

Menyelesaikan

masalah matematik

dan sains, member

hujah bagi menyokong

sesuatu

perbincangkan yang

bersifat akademik

Mengutamakan

penggunaan aspek

sosial dan emosi.

Berinteraksi dengan

orang lain dan

mendalami emosi diri

sendiri untuk belajar

bertolak ansur,

bertanggungjawabn

belas kasihan dan

sifatsifat sosial yang

lain.

Mengutamakan

penggunaan aspek

fizikal dan melibatkan

koordinasi antara otak,

saraf dan anggota

badan.

Contohnya: Belajar

menulis, bermain

bolasepak,

menunggang basikal,

mebaiki kereta dengan

perkakas, menjahit

dan sebagainya.

Jadual 1.0 : Jenis-jenis Bidang Pembelajaran

3

Page 4: ASSIGNMENT GPP.docx

2.2 Jenis pembelajaran Ryburn dan Forge

Terdapat pendapat yang menyarankan bahawa pembelajaran perlu dilihat dari sudut

bagaimana pembelajaran berlaku pada manusia. Berdasarkan fahaman ini, W. M

Ryburn dan K. B Forge di dalam bukunya “ Principles of Teaching “ bahawa

pembelajaran manusia boleh diklasifikasikan kepada 6 jenis.

2.3 Jenis pembelajaran Gagne

Gagne (1977) mengemukakan 8 jenis pembelajaran dalam bukunya “ The Conditions of

Learning “, berdasarkan tahap kerumitan pembelajaran, bermula dari pembelajaran

yang paling mudah kepada pembelajaran yang paling kompleks, menurut hierarki

kemahiran kecerdasan.

Justeru, kesimpulan yang mampu kita hadirkan ialah setiap aspek dalaman

sebagaimana yang telah dinyatakan adalah sangat penting dalam menjalani proses

pembelajaran. Jika dilihat kembali, pembelajaran kognitif sangat mengutamakan aspek

penggunaan mental dan pembelajaran efektif sangat menekankan mengenai

penggunaan aspek sosial dan emosi. Manakala, pembelajaran psikomotor

sememangnya menitik beratkan mengenai perihal fizikal yang melibatkan pergerakan

otot, saraf dan anggota badan yang lain. Oleh itu, proses pembelajaran juga merupakan

suatu perkara yang menyeronokkan kerana pelbagai aspek telah diaplikasikan dalam

menjayakan proses pembelajaran ini mengikut matlamat yang ingin di capai.

3.0 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Dalam era serba moden ini, masyarakat perlu bergiat lebih aktif dalam mendalami

sesuatu ilmu pengetahuan agar mereka dapat menguasai bidang-bidang tertentu bagi

menjamin masa depan negara mencapai kemajuan. Produktiviti dan kualiti sesuatu

produk pada masa kini ditentukan oleh daya inovatif dan aplikasi pengetahuan atau

pengguna teknologi. Oleh itu, perkara yang menjadi aset terbesar sesebuah negara

ialah rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang mempu menyumbang

kepada kemajuan diri,masyarakat dan negara.

4

Page 5: ASSIGNMENT GPP.docx

Berdasarkan rangsangan tersebut, apa yang dikatakan sebagai Pembelajaran

Sepanjang Hayat sememangnya perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup

utama bagi seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari

peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya

pengajian tinggi. Pembelajaran Sepanjang Hayat ditakrifkan sebagai semua

pembelajaran yang dilalui oleh seseorang individu dalam lingkungan umur 15 tahun ke

atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah golongan pelajar yang

menyertai pendidikan sepenuh masa sama ada di sekolah, kolej, institusi latihan

ataupun universiti dengan matlamat akan memasuki pasaran kerja buat pertama kali

bagi individu tersebut.

Ianya adalah hasil ilham daripada satu laporan yang ditulis oleh Paul Lengrand

yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa

(Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Dalam kandungan

laporannya, beliau menyatakan pandangannya bahawa pembelajaran tidak seharusnya

terhenti pada usia kanak-kanak hingga remaja. Akan tetapi ia harus mengiringinya

sepanjang hayat. Manakala dalam satu laporan lain yang turut dikeluarkan oleh pihak

(UNESCO) juga ada mengatakan bahawa pembelajaran seharusnya tidak diterhadkan

kepada golongan yang elit dan hanya terbuka kepada mereka yang dalam lingkungan

umur tertentu sahaja (Noranizah Jurnal Pendidikan).

3.1 Kepentingan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Sebagai seorang pelajar dan juga ahli akedemik, ilmu merupakan keperluan asas bagi

setiap individu tampa mengira agama, kaum, status kehidupan mahu pun jarak usia. Hal

ini kerana, konsep pembelajaran sepanjag hayat bukanlah sesuatu yang baru. Bahkan

ia sudah lama diperkenalkan. Ia berkonsepkan kepada pembelajaran sememangnya

akan berlaku dimana-mana tempat dan sepanjang masa. Ini kerana, apabila proses

pembelajaran itu berlaku, maka ia akan mula merubah sikap dan tingkah laku

seseorang. Namun, perubahan dari segi kematangan seperti berjalan, makan, minum

5

Page 6: ASSIGNMENT GPP.docx

dan yang sama sepertinya itu tidak dikira sebagai pembelajaran yang dimaksudkan

(thelifelightoflearning)

Seterusnya, merujuk kepada (Noranizah Jurnal Pendidikan), jika konsep

pendidikan sepanjang hayat ini dikaitkan dengan agama Islam, maka ianya adalah

merujuk kepada penurunan wahyu pertama nabi Muhamammad SAW semasa di gua

Hiraq iaitu surah surah al-‘alaq. Berdasarkan wahyu pertama ini, Allah Taala menyeru

nabi Muhammad SAW supaya membaca (mencari ilmu) walaupun baginda merupakan

seorang ummi(tidak pandai membaca) ketika baginda berusia 40 tahun. Malahan, ia

dikuatkan lagi dengan kata-kata daripada ahli cendikiawan Islam bahawa tuntutlah ilmu

sehingga negeri Cina. Kenyataan ini menunjukkan bahawa dalam bidang pencarian ilmu

pengetahuan, ia tidak mempunya penghujungnya. Oleh itu, selagi mana kita diberi

kesempatan untuk bernafas. Kita seharusnya mencari ilmu sebanyak mungkin.

6

Page 7: ASSIGNMENT GPP.docx

4.0 KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT MEMBENTUK KEPERIBADIAN DIRI

Pembelajaran sepanjang hayat sememangnya mampu untuk membentuk keperibadian

seseorang pelajar. Namun, bagaimanakah konsep ini mampu membentuk peribadi

seseorang dalam jangka masa yang panjang agar menjadi insan yang berguna dimasa

hadapan kelak kepada bangsa, negara dan agama.

Gambar 2: Konsep pembelajaran sepanjang hayat

7

Page 8: ASSIGNMENT GPP.docx

4.1 Keperibadian Diri Yang Berguna Kepada Bangsa Negara dan Agama

Keperibadian seseorang mampu dibentuk menjadi insan yang lebih berguna kepada

bangsa adalah berdasarkan konsep-konsep yang telah ditunjukkan sebagaimana

gambar di atas. Sebelumnya, apakah yang dimaksudkan dengan bangsa? Bangsa ialah

satu kumpulan manusia yang mempunyai persamaan tertentu dan mereka inginkan

penyatuan dibawah satu asas tertentu. Sebagaimana bangsa Melayu, kita merupakan

satu manusia yang mendiami tanah Melayu dan berada di bawah penyatuan raja-raja

Melayu. Oleh hal demikian, kita merupakan satu bangsa yang jitu dan mempunyai

identiti tersendiri.

Bagi membentuk keperibadian diri sendiri yang bermanfaat kepada bangsa,

negara dan agama. kita seharusnya mengenali diri sendiri terlebih dahulu. Kenapa

aspek ini diletakkan pada perkara pertama dalam membina keperibadian seorang insan

yang berjaya adalah kerana seandainya kita tidak mengenali siapakah diri kita maka kita

tidak akan mengenal pasti kebolehan, kelemahan dan bakat terpendam kita yang boleh

kita manfaatkan kepada masyarakat. Seorang yang berkebolehan dalam bidang

kejuruteraan seharusnya diberikan pendedahan yang lebih ke arah tersebut dan

bukannya diletakkan dalam bidang perubatan kerana ianya adalah bercanggah dengan

bakat sedia ada.

Hal ini juga mampu memberikan manfaat yang besar kepada negara kerana

pihak tertentu mampu menilai sejauh manakah kebolehan seseorang individu tersebut

untuk diserapkan kemana-mana kursus di institut pendidikan tinggi bagi menyambung

pembelajarannya dalam bidang yang diceburuinya. Ini kerana pada akhirnya mereka

akan memberi manfaat kepada negara dengan berkhidmat sebagai tenaga kerja yang

profesional suatu hari nanti.

Malahan, dalam agama Islam juga turut menekankan aspek mengenali diri

sendiri. Di mana wujudnya kata-kata hikmah dari para ulamak yang mengatakan

bahawa “sesiapa yang mengenali dirinya sendiri maka dia akan mengenali tuhannya”

iaitu Allah SWT. Di sini, kita mampu melihat bahawa manfaat yang mampu kita berikan

kepada agama dengan hanya mengenali diri sendiri ialah kita tidak akan terkeluar dari

landasan agama. Kita juga mempunyai matlamat yang jelas terhadap kepentingan

8

Page 9: ASSIGNMENT GPP.docx

agama iaitu dengan mengangkat agama Islam sebagai agama teragung dan tiada yang

lebih mulia darinya.

Konsep yang kedua adalah menekankan mengenai pengurusan dalam

pembelajaran yang juga dipanggil sebagai pengurusan kendiri dalam pembelajaran.

Sebagai seorang yang berpelajaran, kita seharusnya mempunyai perancangan masa

yang tepat agar kita mampu melaksanakan setiap perkara yang kita telah atur mengikut

perancangan. Hal ini mengajar sifat berdisiplin dalam diri seseorang kerana pada hari ini

kita mampu menyaksikan bahawa masyarakat Melayu sememangnya tidak mematuhi

jadual waktu dengan tepat. Sehinggakan wujud satu istilah yang dipanggil sebagai “janji

Melayu”. Istilah ini merupakan perspektif buruk kepada bangsa kita kerana ia merujuk

kepada sikap masyarakat Melayu yang sememangnya tidak menepati waktu jika mereka

mengadakan sebarang temujanji.

Malaysia pada asalnya tidak terdidik dengan betapa pentingnya menepati masa

dan betapa pengurusannya penting dalam menjayakan sesuatu perancangan. Dengan

wujudnya konsep ini, kita mampu mewujudkan suasana masyarakat yang sentiasa

menepati masa. Di dalam Islam juga sangat menganjurkan pengurusan masa dimana

Sayidina Ali r.a pernah berkata “kebenaran yang tidak berperancangan mampu

dikalahkan dengan kebatilan yang berperancangan”. Selain itu, adanya pepatah Arab

yang berbunyi “masa diibaratkan seperti pedang. Seandainya kamu tidak memotong ia

maka ia akan menotong kamu” ini menunjukkan bahawa pengurusan dan masa adalah

dua perkara yang sangat penting dalam agama Islam juga dalam kehidupan kita kerana

ia adalah perkara yang saling berkait.

Seterusnya ialah konsep memahami cara belajar yang diatur. Sememangnya

mereka yang berpendidikan mampu mengatur cara belajar mereka. Namun, apakah kita

mampu menilai cara belajar yang kita wujudkan itu mampu memberikan kesan yang

mendalam kepada pemahaman kita dalam sesuatu pembelajaran. Perkara ini adalah

seiring dengan konsep yang terakhir iaitu penilaian terhadap pembelajaran yang kita

perolehi. Seandainya hasil pembelajaran yang kita peroleh adalah tidak memadai, kita

seharusnya mengubah kembali kaedah pembelajaran yang sedia ada bagi

memaksimumkan perolehan maklumat dalam pembelajaran.

Di negara Malaysia, telah ditetapkan falsafah pendidikan tersendiri yang

dipanggil sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). PPPM

9

Page 10: ASSIGNMENT GPP.docx

ini mengandungi 11 anjakan yang menetengahkan kepentingan pendidikan yang

sempurna dan selesa kepada semua rakyat Malaysia. Ianya telah digubal mengikut

konsep pembelajaran sepanjang hayat ini yang menekankan tentang memahami cara

belajar kita sebagai rakyat Malaysia.

Islam juga mempunyai cara belajar yang tersendiri dimana orang Islam

seharusnya belajar mengenai ilmu aqidah terlebih dahulu mendahului ilmu-ilmu lain.

Seterusnya diikuti dengan ilmu feqah dan kemudiannya ilmu tasauf. Disiplin ilmu ini

seharusnya diikuti oleh setiap mereka yang bergelar muslim. Hal ini kerana, bagi

memahami keseluruhan ilmu dalam Islam, ketiga-tiga ilmu ini merupakan perkara asas

yang perlu dipelajari terlebih dahulu sebelum memahami limu lain. Ia juga salah satu

dari penilaian pembelajaran yang telah ditetapkan oleh para cendikiawan Islam untuk

mengelakkan kita daripada sesat dan tertipu kerana ilmu Islam adalah sangat luas.

Oleh kerana itu, pendidikan merupakan suatu perkara yang sangat penting

dimana ia merupakan pelaburan jangka masa panjang yang sangat menguntungkan. Di

Finland, pendidikan sangat diutamakan. Ini kerana mereka memberikan gaji yang

sangat besar kepada para guru di sana sepertimana gaji seorang doktor. Hal ini

demikian kerana mereka sedar bahawa seorang doktor yang berjaya bermula dari

seorang guru yang mantap.

Justeru, langkah negara Malaysia dalam mewujudkan sebuah negara yang

mengamalkan konsep Pendidikan Sepanjang Hayat ini adalah sangat tepat. Ini kerana,

amat jelas bahawa konsep pendidikan sepanjang hayat ini mampu memberi impak yang

besar dalam membentuk keperibadian yang berguna untuk setiap bagsa di negara kita

ini.

10

Page 11: ASSIGNMENT GPP.docx

5.0 Rumusan

Selepas lima puluh tahun mencapai kemerdekaan, berbagai institusi pendidikan

ditubuhkan malah setiap kementerian mempunyai institusi latihannya tersendiri namun

jurang kemajuan antara kaum masih besar terutamanya dalam bidang pendidikan,

ekonomi dan pembangunan wilayah. Kerajaan hari ini melihat bahawa pembangunan

modal insan sangat penting terutamanya menjadikan modal insan berminda kelas

pertama.

Pembangunan modal insan mestilah menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar

dan pendalaman negara. Semua golongan sama ada yang bekerja, tidak bekerja,

pesara dan warga emas mestilah berilmu pengetahuan dan boleh menyumbang sesuatu

kepada negara terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Institusi pendidikan

seperti sekolah hanya dilihat sebagai pusat pembelajaran formal yang berorientasikan

peperiksaan tidak diberi peluang untuk sama-sama menyumbang kepakaran dalam

pendidikan tidak formal terutama pendidikan orang-orang dewasa.

Sudah tiba masanya institusi pendidikan yang berpengaruh seperti sekolah dalam

komuniti setempat terutamanya di kawasan luar bandar diberi peluang sama-sama

membangunkan modal insan. Bagi merealisasikan harapan ini kepimpinan sekolah

seperti guru besar haruslah berperanan memikul tanggung jawab tersebut. Bagi tujuan

itu mereka perlulah menempatkan diri mereka dalam kepimpinan komuniti setempat.

Melalui cara ini mereka berperanan untuk bersama-sama membantu membangunkan

modal insan dalam komuniti setempat.

11

Page 12: ASSIGNMENT GPP.docx

6.0 REFLEKSI

Melalui tugasan ini, saya Nurul Aimuni bt Ab Malik dapat menyiapkan tugasan ini

pada masa yang ditetapkan. Oleh sebab di bawah bimbingan daripada pensyarah saya

iaitu Encik Nazidi, secara tidak langsung, saya dapat menyiapkan kerja khusus dalam

tempoh yang ditetapkan. Bukan itu sahaja, saya juga menghargai kerjasama daripada

rakan lain yang sanggup menolong atau tunjuk ajar tentang kesilapan saya dalam kerja

khusus projek ini.

Semasa melaksanakan projek ini, banyak pengalaman dan pengetahuan telah

saya dapat. Sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan pengetahuan haruslah

dicari sebanyak yang mungkin untuk sebagai persediaan untuk dibawa ke alam

pekerjaan. Oleh itu, secara tidak langsung, saya dapat mengumpul ilmu pengetahuan

untuk dijadikan bahan bantu pengajaran pada masa yang akan datang.

Projek kerja kursus GPP 1063 Pengantar Pengajian Profesional ini juga telah

memberikan satu refleksi kepada diri saya tentang kursus yang dipelajari khususnya

kepada diri saya sendiri dan kepada masyarakat luar amnya. Semasa menjalankan

kerja kursus ini saya dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sebenar diri saya

serta dapat menentukan implikasi yang dapat daripada penghasilan kerja kursus

tersebut.

Selain itu, projek ini telah membuatkan hubungan silaturrahim antara saya

dengan kawan-kawan semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasama pensyarah dan

semua rakan-rakan juga dapat ditingkatkan melalui proses menyiapkan projek ini. Hal ini

kerana saya lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan saya dan cara pengajaran

pensyarah serta hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Saya juga tidak segan berjumpa pensyarah saya iaitu, Encik Nazidi untuk

bertanya masalah dan maklumat yang lebih lanjut. Pertanyaan ini harus dibuatkan

kerana dapat bertepatan dengan kehendak soalan. Setelah dibahagikan tugas, saya

juga selalu merujuk dengan rakan saya untuk mengukuhkan tugasan projek saya.

Dengan semangat dan kerjasama yang diberikan oleh rakan saya, akhirkan dapat

menyiapkan projek ini dengan baik. Dengan semangat ketabahan yang kuat, saya

12

Page 13: ASSIGNMENT GPP.docx

membuat kerja khusus dengan bertungkus lumus serta bertanya dan berbincang

dengan kawan saya jika terdapat masalah dan persoalan.

Kekuatan saya iaitu memiliki kemahiran seperti menggunakan komputer telah

membantu saya menyiapkan kerja khusus ini dengan lancar. Seterusnya, saya

bersyukur kerana saya mengetahui teknik dan cara-cara yang betul untuk mencari

bahan-bahan rujukan dengan mudah tanpa sebarang tekanan. Teknik mencari bahan ini

mungkin semua sudah ketahui tetapi cara masing-masing pula yang menunjukkan hasil

sama ada hasil yang sempurna atau sebaliknya.

Saya dapat mencari bahan dengan agak cepat dan mudah kerana saya telah

mengetahui dengan mantap berkaitan tugasan yang perlu saya sempurnakan serta

mengetahui bahan-bahan apa yang bersesuaian dengan tajuk kerja kursus ini serta

mengetahui dimanakah tempat paling sesuai untuk mencari bahan-bahan ini.

Saya juga mempunyai pengangkutan dan sumber kewangan yang cukup untuk

menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna tanpa perlu ragu-ragu dan

memperolehi wang yang mencukupi untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan serta

dapat pergi ke tempat yang mempunyai bahan rujukan dengan mudah. Jadi saya dapat

melakukan kerja kursus dengan kurangnya pergantungan terhadap orang lain dan

proses menyiapkan kerja kursus ini berjalan lancar.

Kelemahan selama melakukan projek ini ialah, pelbagai halangan yang saya

menghadapi, salah satu ialah tidak dapat menggunakan masa dengan bijaksana. Saya

telah banyak menggunakan masa dengan tidur dan bersembang kosong dengan rakan-

rakan sekeliling. Saya juga selalu menggunakan masa malam untuk melakukan projek

ini. Secara tidak langsung, ini telah menjejaskan prestasi pada hari yang seterusnya.

Selain itu, banyak kekurangan pada diri saya yang dapat saya ketahui dalam

proses untuk menyiapkan kerja kursus ini iaitu dalam aspek saya sebagai pelajar dalam

profesien keguruan masa kini. Saya juga kurang mahir untuk menggunakan teknologi

ICT dalam menyiapkan kerja kursus ini, jadi proses untuk menyiapkan kerja kursus ini

menjadi lambat dan tidak mengikut perancangan yang telah saya rancangkan. Tanpa

saya sedari kerja kursus ini perlahan-lahan mengajar saya untuk menyiapkan diri secara

perlahan-lahan dalam menyesuaikan diri dengan profesion keguruan yang bakal

menjadi bidang saya pada masa hadapan.

13

Page 14: ASSIGNMENT GPP.docx

Kelemahan yang lain yang dapat saya lihat ialah sikap suka menangguhkan

kerja hingga ke saat akhir yang sentiasa diamalkan oleh saya. Saya melakukan

kesilapan besar dengan menangguhkan untuk menyiapkan kerja kursus ini hingga ke

saat akhir. Hasil kesilapan ini menyebabkan saya merasa tekanan dari semasa ke

semasa menyiapkan kerja kursus ini tetapi saya tetap melakukan yang terbaik untuk

menyiapkan kerja kursus ini.

Saya berharap ini adalah sikap suka menangguhkan kerja terakhir yang saya

lakukan dan berharap serta berusaha untuk berubah kepada sikap tidak lagi suka

menangguhkan sebarang kerja dan akan lebih menghargai masa untuk kerja kursus

akan datang.

Tambahan pula, saya juga kurang ilmu pengetahuan menghasilkan aktiviti yang

sesuai dengan tajuk, hal ini menyebabkan saya sangat susah menyiapkan projek ini.

Bahagian aktiviti ini telah saya menggunakan tempoh masa yang agak panjang dan

banyak kekangan yang dihadapi. Semasa menyiapkan bahagian ini, saya telah

menggunakan tempoh tiga hari dalam memahami dan mereka aktiviti sahaja, tetapi

dengan pertolongan kawan, saya telah menyelesaikan masalah dan kekangan yang

telah saya jumpai.

Satu lagi kelemahan saya adalah perasaan kurang yakin terhadap diri sendiri.

Saya sentiasa mencurigai diri sendiri sama ada idea sendiri betul atau tidak. Tapi,

kawan saya telah menolong meningkatkan keyakinan diri dengan memberi semangat

kepada saya.

Cadangan untuk penambahbaikkan diri sendiri ialah menyediakan jadual masa

untuk melaksanakan tugasan. Ini dapat memudahkan saya agar tidak akan berasa

tertekan untuk melaksanakan tugusan. Selain itu, dengan masa yang teratur, saya dapat

berada dalam keadaan yang baik. Contohnya, jika menyiapkan kerja dalam masa-masa

terakhir, sudah pastinya tidak cukup masa untuk tidur dan mengganggu masa kuliah

pada hari yang seterusnya.

Cadangan kedua ialah perlulah meningkatkan ilmu pengetahuan diri sendiri

supaya dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna dan baik. Jika kita mempunyai

ilmu pengetahuan yang banyak, sudah pastinya tidak perlu selalu menggunakan kamus

14

Page 15: ASSIGNMENT GPP.docx

untuk membuat rujukan. Bukan itu sahaja, ia juga dapat menjimatkan masa untuk

menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Cadangan masa untuk menyiapkan projek ini adalah pada waktu petang. Hal ini

kerana, kebiasaannya kebanyakan guru pelatih tidur pada waktu petang. Oleh itu,

suasana di asrama agak senyap dan tiada gangguan yang berlaku pada masa itu. Pada

waktu lewat malam pun senyap, tetapi pada waktu tersebut tidak sesuai untuk

menyiapkan projek kerana ini akan menjejaskan prestasi pada hari seterusnya. Saya

berasa waktu yang lain tidak sesuai untuk menyiapkan projek ini kecuali pada waktu

petang.

Setelah menyiapkan projek ini, perasaan adalah sangat gembira dan bangga

atas kerjaya yang saya telah lakukan. Sepanjang melakukan projek ini, saya telah

mendapatkan banyak pengajaran. Contohnya, nilai kerjasama adalah penting dan patut

mengamalkannya. Ini disebabkan kerjasama adalah kunci untuk berjaya dalam

kehidupan kita.

Apa yang dapat saya rumuskan ialah kerja kursus ini banyak mengajar erti

kesabaran, ketepatan waktu, kekemasan dan berfikiran terbuka. Ciri-ciri ini adalah

antara yang terpenting yang perlu ada kepada sesiapa sahaja yang memasuki alam

profisien keguruan. Ciri-ciri ini juga amat diperlukan dalam proses menyiapkan kerja

kursus supaya hasil yang disudahkan mantap, kemas dan sempurna.

Saya juga memperoleh pengetahuan yang meluas mengenai konsep Pendidikan

Sepanjang Hayat yang dilaksanakan di Malaysia adalah sangan bermanfaat kepada

negara. Malah, tanpa disedari kerja kursus ini banyak menyentuh sikap-sikap yang perlu

ada dalam setiap bakal guru dan bukan diberikan hanya untuk sia-sia sahaja. Saya

berharap dapat mengimplentasikan apa yang saya dapat daripada kerja kursus ini

dalam kehidupan sebagai bakal guru yang akan saya hadapi pada masa hadapan.

Akhir sekali, saya berharap pada masa yang akan datang, saya dapat

menyiapkan kerja khusus saya dengan baik sekali supaya dapat melatih saya menjadi

seorang guru yang akademik dan cemerlang sebelum saya tamat pengajiaan di IPG

Kampus Dato’ Razali Ismail. Saya juga berharap tugasan yang diberikan menjadi satu

medan bagi saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang baik.

15

Page 16: ASSIGNMENT GPP.docx

BIBLIOGRAFI

Ahmad Fazullah Mohd Zainal Abidin, Jamal Rizal Razali, & Hasnah Hussiin. (2007). Modal Insan Konsep, Aplikasi & Isu-isu Kontemporari dalam Cabaran Pemerkasaan Tamadun Insan. Kuantan: Universiti Malaysia Pahang.

Fooi, F. S. (2005). Etika Perguruan. Kuala Lumpur: Percetakan Haji Jantan Sdn. Bhd.

Lengrand, P. (1981). Pengantar Pendidikan Sepanjang Hayat. Jakarta: Cv Haji Masagung.

Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad, & Rahimawati Abdul Rahim. (2007). Membina Pelajar Cemerlang . Johor Darul Ta'zim: Cetak Ratu Sdn. Bhd.

16