Assignment Kurikulum & Pkaedhan Dlm Peng Bm Sem Sept 2011 1
-
Upload
suryati-udai -
Category
Documents
-
view
246 -
download
0
description
Transcript of Assignment Kurikulum & Pkaedhan Dlm Peng Bm Sem Sept 2011 1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER SEPTEMBER 2011
HBML4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
PUSAT PEMBELAJARAN : PP WILAYAH SARAWAK
KANDUNGAN
1.0. PENGENALAN 1
2.0. KONSEP DAN STRATEGI PENGGABUNGJALINAN 2
2.1. Definisi dan konsep penggabungjalinan 2
2.2. Strategi penggabungjalinan 2
3.0. APLIKASI STRATEGI PENGGABUNGJALINAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) 7
3.1. Aplikasi penggabungjalinan beberapa kemahiran
dalam P&P 7
3.2. Aplikasi penggabungjalinan aktiviti dalam P&P 10
3.3. Aplikasi penggabungjalinan bahan dalam P&P 12
4.0. REFLEKSI 13
4.1. Pencapaian objektif 13
4.2. Kekuatan pengajaran dan pembelajaran 13
4.3. Kelemahan pengajaran dan pembelajaran 14
4.4. Cadangan 15
5.0. RUMUSAN 15
RUJUKAN 17
LAMPIRAN 18
ii
1.0. PENGENALAN
Dalam era globalisasi kini, zaman telah berubah dengan pesat sekali termasuk juga sistem
pendidikan. Pelbagai kaedah dan pendekatan baru yang diperkenalkan serta digunakan agar
strategi pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Salah satu strategi yang digalakkan untuk
guru-guru gunakan ialah penggabungjalinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua (2003:7-8), disebut:
Penggabungjalinan turut terdiri daripada tiga bentuk iaitu penggabungjalinan kemahiran, penggabungjalinan bahan dan penggabungjalinan aktiviti.
(Dipetik dari HBML Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu, 2010: 5)
Berdasarkan kenyataan ini, penggabungjalinan bertujuan untuk menggalakkan pengajaran dan
pembelajaran sesuatu kemahiran atau aspek bahasa secara bersepadu. Penggabungjalinan
kemahiran, bahan pengajaran, dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadikan aspek-aspek
pembelajaran saling melengkapi. Proses penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana
pembelajaran yang lebih berkesan, menarik dan bermakna dan memberikan peluang kepada
murid untuk menguasai beberapa kemahiran secara serentak.
Dengan menggunakan strategi gabungjalin diharap pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih berkesan, menggalakkan pelajar lebih aktif dan mengelakkan kebosanan dalam
proses pembelajaran. Di antara lain, program gabungjalin bertujuan untuk:
i. Membolehkan pelajar-pelajar menguasai beberapa kemahiran serentak dan dengan lebih bermakna;
ii. Mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan suasana yang lebih menarik;iii. Menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan daniv. Kemahiran-kemahiran saling memperkukuhkan.
(Kamarudin Hj Husin, 1989: 121)
Sehubungan dengan itu, tugasan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
guru-guru dalam mengamalkan strategi penggabungjalinan dalam pengajaran melalui
pendedahan yang betul kepada konsep tersebut. Dengan wujudnya kesedaran tentang
kepentingan strategi penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa, guru-guru dapat
mengamalkannya dengan sempurna dan melaksanakan strategi ini dalam pengajaran setiap kali
ada peluang.
1
2.0. KONSEP DAN STRATEGI PENGGABUNGJALINAN
2.1. Definisi dan konsep penggabungjalinan
Penggabungjalinan bermaksud perihal atau perbuatan mencantumkan (Kamus Dewan
Edisi ke-4, 2007:420). Penggabungjalinan juga dapat ditakrifkan sebagai suatu pengolahan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa yang melibatkan pengajaran beberapa aspek
kemahiran bahasa dikumpulkan dan diajar serentak dan berkait rapat di antara satu dengan lain
dalam satu waktu pengajaran. Penggabungjalinan juga meliputi penggabungan beberapa mata
pelajaran, aktiviti, pendekatan dan media (Mat Nor Hussin, Normah Abdullah dan Marzukhi
Nyak Abdullah, 1989:23-24).
Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Tahun 5
(2003), penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku
antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu inter bidang atau kemahiran
berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intra bidang. Selain itu aspek tatabahasa, kosa kata, dan
peribahasa juga digabungjalinkan.
Oleh yang demikian, konsep sebenar penggabungjalinan dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu ialah proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi
mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Antara kemahiran-kemahiran asas
yang dimaksudkan adalah mendengar dan bertutur (lisan), membaca dan menulis. Melalui proses
penggabungjalinan ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan dengan cara ini juga
membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran secara bersepadu sama seperti
yang dialami dalam kehidupan sehari-hari. Melalui strategi penggabungjalinan ini juga pelbagai
kemahiran, aktiviti, bahan, media dan pendekatan dapat saling memperkukuh.
2.2. Strategi penggabungjalinan
Dalam konteks KBSR (Asas KBSR I, 1992:4), penggabungjalinan ialah proses
pembelajaran beberapa kemahiran dalam satu pelajaran atau beberapa pelajaran yang saling
berkaitan. Kemahiran boleh digabung jalin melalui dua cara, iaitu:
(a) menggabungjalin beberapa kemahiran dalam satu mata pelajaran; dan
(b) menggabungjalin kemahiran beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran.
2
Manakala mengikut konteks KBSM (Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua,
2003:7-8), penggabungjalinan terdiri daripada tiga bentuk, iaitu:
(a) Penggabungjalinan kemahiran
(b) Penggabungjalinan aktiviti; dan
(c) Penggabungjalinan bahan.
Berdasarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM), terdapat persamaan dari segi penggabungjalinan aspek kemahiran, cuma
diperincikan lagi dalam KBSM strategi penggabungjalinan dari aspek bahan dan aktiviti. Oleh
itu, ketiga-tiga aspek telah diberi keutamaan dalam rancangan pelajaran.
2.2.1. Pelaksanaan penggabungjalinan
Penggabungjalinan boleh dilaksanakan dengan tiga cara iaitu:
(a) Penggabungjalinan kemahiran
Penggabungjalinan ini melibatkan dua strategi, iaitu:
(i) Menggabungjalin beberapa kemahiran dalam satu mata pelajaran.
Dalam pengajaran bahasa, ada empat kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur (lisan), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalin
beberapa atau kesemua kemahiran itu dalam sesuatu pengajaran mengikut tahap kesesuaiannya.
Contoh penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran adalah seperti dalam Rajah 1
yang berikut:
Rajah 1: Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran
3
Mendengar
Membaca
Lisan Menulis
Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan
berdasarkan kepada objektif, kebolehan, pencapaian murid dan masa yang diperuntukkan untuk
pengajaran tersebut. Contoh:
Lisan Bacaan Penulisan
Tatabahasa
Penulisan Lisan Penulisan
Tatabahasa
Lisan Bacaan Lisan
Tatabahasa
Lisan Penulisan Bacaan
Tatabahasa
Rajah 2: Gabungan dan susunan kemahiran dalam sesuatu pelajaran
Kemahiran fokus dan kemahiran sampingan yang mengukuhkan kemahiran fokus
hendaklah dirancang dengan teliti. Misalnya, dalam model pengajaran dalam Rajah 3 fokus
utama ialah lisan, dengan bacaan dan tulisan sebagai fokus sampingan. Manakala tatabahasa
disampaikan secara tidak langsung sepanjang pelajaran.
Tatabahasa
Lisan + Tulisan + Bacaan
Rajah 3: Penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam satu pengajaran
4
Lisan
Bacaan
Tulisan
(ii) Menggabungjalin kemahiran beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran.
Guru juga boleh menggabungjalin kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam
satu pelajaran. Misalnya dalam pelajaran bahasa, boleh digabungjalinkan dengan kemahiran
Pendidikan Seni dan Muzik. Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus manakala
kemahiran Pendidikan Seni dan Muzik sebagai kemahiran sampingan. Contoh:
(b) Penggabungjalinan aktiviti
Guru menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut
kesesuaian yang meliputi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan. Penggabungjalinan
aktiviti-aktiviti dirancang mengikut urutan yang baik (dipetik dan diubahsuai dari HBML4303
Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu, 2010:6). Contoh:
Rajah 4: Penggabungjalinan aktiviti
(c) Penggabungjalinan bahan
Penggabungjalinan bahan mengutamakan bahan-bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Bahan-bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.
Perancangan adalah penting bagi menentukan kesesuaian dan keperluan bahan mengikut
5
Aktiviti 1: Mendengar
*Guru memperdengarkan kepada pelajar-pelajar rakaman bacaan yang baik, misalnya satu petikan dari majalah.
Aktiviti 2: Membaca
*Pelajar membaca bahan petikan daripada rakaman kaset yang diperdengarkan tadi.
Aktiviti 3:Mengesan isi
penting
*Pelajar mengesan isi-isi penting dari bahan petikan yang di baca
Aktiviti 4:Menulis ulasan
*Pelajar menulis ulasan berdasarkan isi-isi yang diperolehi tadi.
Tajuk : Kawan saya.
Kemahiran bahasa : Membaca dan menulis mengenai kawan saya.
Kemahiran Pendidikan Seni: Melukis dan mewarna gambar kawan saya.
Kemahiran Muzik : Menyanyi lagu ‘Kawan Saya’ untuk mengukuhkan
perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan.
pengalaman dan tahap pencapaian pelajar. Bahan-bahan yang digabungjalin hendaklah mengikut
keperluan masa disamping mempunyai pertalian dan urutan yang baik. Contoh:
Rajah 5: Penggabungjalinan bahan
Berdasarkan Rajah 5 di atas, guru boleh menggunakan satu bahan utama rencana tentang
‘pencemaran’ digabungjalinkan dengan bahan sokongan yang berupa bahan rangsangan, iaitu
gambar dan bahan lisan, iaitu temu bual tokoh atau individu yang diperkatakan dalam rencana
tersebut.
Maka, huraian terperinci tentang definisi, konsep, strategi dan pelaksanaan pendekatan
penggabungjalinan sebelum ini jelas sekali menunjukkan bahawa murid akan mengambil
bahagian secara aktif di dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponen-
komponen kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan, dan persekitaran serta
kesenian dan rekreasi. Dalam menggunakan pendekatan yang sedemikian, guru-guru digalakkan
menjalankan pelbagai kegiatan atau aktiviti serta menggunakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid.
Sehubungan dengan itu, strategi sebeginilah yang cuba saya terapkan dalam Rancangan
Pengajaran Harian Bahasa Melayu untuk Tahun 5.
6
Rencana
BAHAN UTAMA
Gambar
BAHAN SOKONGAN Temubual
BAHAN LISAN
3.0. APLIKASI STRATEGI PENGGABUNGJALINAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (P&P)
Bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan, saya telah
merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik mengikut
prosedur yang disebut sebagai Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Yang berikut ini ialah
contoh dan pelaksanaan RPH menggunakan strategi penggabungjalinan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di Tahun 5. Pengaplikasian strategi ini akan dihuraikan
berdasarkan tiga perkara berikut:
3.1. Aplikasi penggabungjalinan beberapa kemahiran dalam P&P
Dalam pengajaran, saya telah memilih kesemua kemahiran bahasa yang hendak dicapai
iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan menulis. Objektif yang hendak
dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran difokuskan kepada kemahiran lisan (kemahiran
utama). Di samping itu, kemahiran membaca dan menulis (kemahiran sampingan) turut
digabungjalinkan. Masa yang lebih banyak ditumpukan pada kemahiran lisan kerana ia
merupakan kemahiran fokus manakala sebaliknya untuk kemahiran membaca dan menulis
kerana kedua-duanya adalah sebagai kemahiran sampingan. Kesemua kemahiran yang
digabungjalin di susun atur mengikut langkah-langkah pengajaran yang telah disediakan dan
secara ringkasnya digambarkan dalam Rajah 6 di bawah.
Langkah
pengajaranKemahiran Aktiviti pembelajaran
Set Induksi
(5 minit)
KEMAHIRAN LISAN
2.2. Melaporkan sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
Aras 1(i) Mengemukakan data yang
diperoleh tentang sesuatu perkara.
Guru menunjukkan gambar
animasi Kampung Boy dan bersoal
jawab dengan murid.
Guru mengaitkan gambar dengan
tajuk pembelajaran pada hari itu.
Langkah 1
(15 minit)
KEMAHIRAN MEMBACA
5.2. Membaca kuat teks prosa dan puisi
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
Membaca secara senyap petikan
“Kartunis Lat” dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
7
lancar serta memahami perkataan yang
dibaca.
Aras 3(ii) Memahami isi kandungan teks
yang dibaca.
Bersoal jawab dan berbincang
berkaitan teks yang telah dibaca.
Langkah 2
(20 minit)
KEMAHIRAN LISAN
10.3. Membuat ringkasan daripada bahan
yang didengar atau dibaca.
Aras 2(i) Mencatat isi daripada pelbagai
bahan yang dibaca.
Berbincang dalam kumpulan dan
melengkap isi borang pengurusan
grafik tentang isi-isi penting dan
ciri-ciri dalam karya Lat.
Wakil kumpulan membentangkan
hasil tugasan.
Sesi sumbang saran bagi
memantapkan hasilan kumpulan.
Langkah 3
(15 minit)
KEMAHIRAN MENULIS DAN SISTEM
BAHASA
2.2. Melaporkan sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
Aras 1(i) Mengemukakan data yang
diperoleh tentang sesuatu perkara.
Guru menerangkan ciri-ciri kata
hubung.
Murid menyenarai dan menyata
kata hubung yang didapati dari
petikan.
Murid membina ayat secara lisan
dan melengkapkan ayat dengan
menggunakan kata hubung yang
sesuai dan tepat.
Penutup
(5 minit)
KEMAHIRAN LISAN
2.2. Melaporkan sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
Aras 1(i) Mengemukakan data yang
diperoleh tentang sesuatu perkara.
Murid menyatakan siri animasi
lain, dihasilkan oleh anak tempatan
sambil berbincang dan berbual
tentang kejayaan siri animasi di
Malaysia.
Kerja projek: Murid secara
berkumpulan melukis dan
mewarna poster animasi yang
digemari.
Rajah 6: Penggabungjalinan beberapa kemahiran dalam satu mata pelajaran
8
Aplikasi kemahiran lisan telah saya terapkan seawal langkah set induksi lagi. Kemahiran
lisan digalakkan melalui perbualan tentang gambar animasi ‘Kampung Boy’. Ianya dibincangkan
dari segi pengetahuan sedia ada pelajar terhadap siri animasi tersebut iaitu melalui pengalaman
menonton siri animasi tersebut di dalam kehidupan seharian mereka. Perbincangan dan
perbualan antara guru dan murid secara tidak langsung telah mengaitkan gambar dengan tajuk
pembelajaran pada hari itu.
Langkah pengajaran berikutnya, kemahiran membaca lebih ditumpukan. Pelajar-pelajar
pada mulanya dikehendaki membaca petikan tentang ‘Kartunis Lat’ secara senyap kemudian,
mereka dipilih secara rawak untuk aktiviti bacaan secara nyaring dengan sebutan dan intonasi
yang betul. Bagi mengetahui sama ada pelajar faham atau tidak mengenai petikan yang mereka
baca, saya telah mengemukakan beberapa persoalan dan meminta mereka menjawab secara lisan
soalan-soalan tentang petikan tersebut.
Seterusnya, melalui aktiviti kerja kumpulan pada langkah ke-2 pengajaran, kemahiran
lisan ditekankan semula. Pelajar-pelajar telah dikehendaki mencari isi-isi penting dan
menyenaraikan ciri-ciri dalam karya Lat dari bahan yang dibaca tadi. Hasilan kumpulan
kemudiannya dikemukakan oleh wakil setiap kumpulan. Sesi sumbang saran ini adalah bertujuan
untuk memantapkan hasilan kumpulan di samping menambahbaik dan memperbaiki jawapan
pelajar.
Langkah ke-3 pengajaran pula mengutamakan kemahiran menulis. Kemahiran ini
ditimbulkan melalui aspek tatabahasa iaitu kata hubung di dalam konteks petikan karangan
‘Kartunis Lat’ yang telah diedar sebelumnya. Dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia KBSR
dan KBSM, tatabahasa tidak diajar secara langsung sebagai satu tajuk sendiri. Oleh itu, semasa
pengajaran telah diterapkan aspek tatabahasa (kata hubung) kepada pelajar. Pengajaran aspek
tatabahasa ini telah diajar melalui bacaan dan pemahaman di dalam konteks petikan itu,
kemudian dikembangkan melalui perbualan dan perbincangan bersama pelajar mengenai
fungsinya. Saya juga telah mengembang dan meminta pelajar-pelajar menggunakan kata hubung
itu melalui aktiviti membina ayat secara lisan menggunakan kata hubung yang tepat. Setelah
pelajar didedahkan kepada aspek tatabahasa tersebut secara tidak langsung, pengukuhan
penggunaan tatabahasa boleh ditingkatkan melalui kemahiran tulisan pelajar. Bagi tujuan ini
pelajar diminta melengkapkan ayat dengan menggunakan kata hubung yang sesuai dalam
lembaran kerja yang disediakan. Selepas itu perbincangan jawapan bersama pelajar dilakukan
9
untuk memastikan pelajaran tatabahasa menjadi lebih bermanfaat, sesuai dan tepat pada
tempatnya.
Akhirnya, pada langkah penutup sekali lagi kemahiran lisan diterapkan. Teknik soal
jawab digunakan untuk membolehkan pelajar menyatakan pendapat mengenai siri animasi lain
yang dihasilkan oleh anak tempatan selain dari kartunis Lat yang dibincangkan dari bahan
petikan sebelumnya. Secara tidak langsung perbincangan ini cuba mengaitkan isi pelajaran dan
sekaligus merumus pelajaran pada hari itu. Aktiviti selanjutnya, pelajar secara berkumpulan
diminta melukis dan mewarna poster siri animasi di Malaysia. Mereka dikehendaki berbincang
dan memilih satu siri animasi dan melaksanakan kerja projek dalam suatu tempoh yang telah
ditetapkan. Secara tidak langsung kemahiran Pendidikan Seni Visual seperti melukis dan
mewarna gambar animasi adalah sebagai kemahiran sampingan selain kemahiran bahasa yang
menjadi fokus utama pengajaran dan pembelajaran.
3.2. Aplikasi penggabungjalinan aktiviti dalam P&P
Segala aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan
pengukuhan terhadap pertumbuhan minat yang berterusan di kalangan pelajar mengikut
kesesuaian yang meliputi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan. Kepelbagaian aktiviti
akan lebih mencabar pemikiran pelajar-pelajar dan ini menjurus kepada perkembangan aras
keyakinan mereka, menghasilkan suatu suasana pembelajaran yang sihat, bermotivasi dan aktif.
Hakikatnya kepelbagaian aktiviti membolehkan pelajar menguasai beberapa kemahiran
secara serentak dalam satu pengajaran. Hal ini jelas saya terapkan di dalam set induksi.
Permulaan pengajaran dimulai dengan aktiviti lisan bersoaljawab tentang gambar animasi
‘Kampung Boy’, kemudian dilanjutkan dengan aktiviti kefahaman, iaitu aktiviti memahami
perkaitan gambar animasi dengan isi pelajaran pada hari itu. Secara tidak langsung,
membolehkan kemahiran lisan dan kefahaman dikuasai secara serentak oleh pelajar. Begitu juga
halnya dalam langkah pertama pengajaran, aktiviti bacaan iaitu aktiviti memahami petikan
bertajuk ‘Kartunis Lat’ digabungjalinkan dengan aktiviti lisan perbincangan, di mana teknik
soaljawab telah digunakan untuk menilai pemahaman pelajar tentang petikan yang telah mereka
baca. Aktiviti bahasa seperti bacaan dan perbincangan ini sesuai diadakan untuk menggalakkan
pelajar-pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang tajuk petikan berkenaan. Rajah 7 di
bawah menjelaskan lagi penggabungjalinan aktiviti yang dibincangkan tadi.
10
Rajah 7: Penggabungjalinan aktiviti
Seterusnya, langkah ke-2 pengajaran dimulai dengan aktiviti pemahaman, mengesan isi-
isi dan ciri-ciri penting dalam petikan dan disusuli aktiviti tulisan iaitu pelajar secara
berkumpulan mencatat isi-isi dan ciri-ciri penting dari petikan ke dalam lembaran kerja yang
disediakan. Gabungjalin aktiviti diteruskan dengan aktiviti lisan perbincangan secara
berkumpulan bagi menggalakkan pelajar menyuarakan tentang jawapan dan pendapat mereka,
guru menjadi penasihat dan pembimbing kepada perbincangan tersebut.
Dalam langkah ke-3 pengajaran, aktiviti pemahaman iaitu mengesan kata hubung dari
bahan yang sama digabungjalin dengan aktiviti tulisan mencatat kata hubung yang dikesan dari
petikan, kemudian membina ayat secara lisan menggunakan kata hubung yang sesuai dan
seterusnya dilanjutkan dengan aktiviti pengukuhan bertulis, iaitu melengkap ayat untuk
memantapkan penguasaan kata hubung para pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran pada hari itu diakhiri dengan aktiviti lisan berbual di
samping guru merumus isi pelajaran. Kemudiannya, kerja projek secara berkumpulan iaitu
aktiviti melukis dan mewarna poster siri animasi yang dijalankan di luar waktu pengajaran telah
diadakan agar pendidikan yang diperolehi melalui pengalaman secara langsung meninggalkan
11
SET INDUKSI
LISANBersoaljawab
BACAAN & KEFAHAMANMemahami
LANGKAH 1
BACAAN & KEFAHAMANMemahami
LISANPerbincangan
LANGKAH 2
BACAAN & KEFAHAMANMengesan isi
TULISANMencatat isi
LISANPerbincangan
LANGKAH 3
BACAAN & KEFAHAMAN
Mengesan kata hubung
TULISANMencatat kata
hubung
LISANMembina ayat
TULISANMelengkap
ayat
PENUTUP LISANBerbual
TULISAN (AKT LANJUTAN)Melukis & Mewarna
kesan pengajaran yang lebih mendalam di kalangan pelajar di samping menggabungjalin
kemahiran matapelajaran Pendidikan Seni Visual ke dalam pengajaran bahasa.
3.3. Aplikasi penggabungjalinan bahan dalam P&P
Setiap mata pelajaran berpotensi menggunakan pelbagai bahan dalam pembelajaran.
Begitu juga dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Bahan-bahan ini memungkinkan
kewujudan suatu gambaran yang membolehkannya dilihat atau didengar. Oleh itu berkesan atau
tidaknya sesuatu pelajaran bahasa itu bergantung kepada kebijaksanaan guru memilih bahan
yang dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran.
Maka aplikasi penggabungjalinan bahan telah diperkembangkan sehingga meliputi semua
kemahiran pengajaran dan pembelajaran bahasa. Contohnya, bahan gambar iaitu siri kartun
animasi ‘Kampung Boy’, digunakan untuk mengajar pelajaran bahasa di bawah kemahiran lisan
seperti berbual, bersoaljawab dan berbincang. Susulan dari aktiviti tersebut, pelajar dikehendaki
membaca dan memahami bahan petikan bertajuk ‘Kartunis Lat’ dan seterusnya melengkapkan
lembaran kerja yang diberikan. Pelajar kemudiannya menjawab soalan dan membincangkan
jawapan bersama guru. Susun atur penggabungjalinan bahan utama (petikan) dan bahan
sokongan (gambar) dapat dilihat dalam Rajah 8.
Rajah 8: Penggabungjalinan bahan
Kesinambungan dan unsur gabungjalin bahan yang ditunjukkan dalam Rajah 8
menjadikan suatu pelajaran itu boleh dihubungkaitkan dengan pelbagai aspek kemahiran bahasa
iaitu lisan, tulisan, bacaan dan kefahaman.
12
BAHAN SOKONGAN
Gambar
BAHAN UTAMA
Petikan
4.0. REFLEKSI
Selepas proses P&P di dalam bilik darjah berlaku, perbincangan diteruskan berdasarkan
perkara-perkara berikut:
4.1. Pencapaian objektif
Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan penggabungjalinan
membolehkan pelajar menguasai beberapa kemahiran secara serentak. Selain itu pelbagai
kemahiran, aktiviti dan bahan pengajaran mengikut kebolehan, sesuai dengan minat dan tahap
pengetahuan bahasa pelajar-pelajar dapat saling memperkukuh. Pelajar telah menunjukkan
minat, rasa seronok, aktif dan dapat menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan dikemukakan guru,
melengkapkan 5 daripada 8 isi penting dalam petikan serta dapat melengkapkan 5 daripada 7
ayat menggunakan kata hubung. Ini bermakna objektif pengajaran dan pembelajaran adalah
tercapai.
4.2. Kekuatan pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) menggunakan strategi penggabungjalinan telah
memberi hasil yang sungguh menggalakkan. Didapati cara menggabungkan beberapa kemahiran
bahasa dalam satu pelajaran dan menggabung kemahiran daripada mata pelajaran lain lebih
menimbulkan minat pelajar-pelajar untuk mempelajari dan mengetahui isi pelajaran dengan lebih
mendalam menerusi kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai oleh mereka. Sehubungan itu,
pendekatan ini juga menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara
seimbang, harmonis dan bersepadu. Pelajar digalakkan untuk berfikir dan memberikan pendapat
semasa pengajaran berlangsung. Secara tidak langsung ianya mendidik pelajar dalam kemahiran-
kemahiran tertentu dan pelajar-pelajar juga berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-
kemahiran yang perlu dalam kehidupan seharian mereka.
Pendekatan ini juga berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan
mengelakkan kebosanan terhadap pelajar. Kepelbagaian aktiviti membolehkan pelajar
melibatkan diri semasa P&P dijalankan dengan bergiat aktif contohnya menjawab pertanyaan
guru, membaca, menulis dan sebagainya. Ini dapat membuktikan bahawa pelajar lebih mudah
menumpukan perhatian sekiranya guru menggunakan bahan pengajaran yang menarik dan
13
merangsang minda pelajar. Pembelajaran yang menyeronokkan adalah berpusatkan kepada
pelajar.
Selain itu penggabungjalinan kemahiran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
menggalakkan pelajar membuat rujukan, contohnya di makmal komputer sekolah. Pelajar dapat
mengetahui sesuatu topik pelajaran secara mendalam dengan cara mengalami sendiri, seperti
meneroka dan mengakses maklumat dari internet serta pelbagai cara lain yang ada di sekeliling
mereka.
Saya juga berpendapat, strategi ini dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana semua
kemahiran bahasa boleh disampaikan kepada sekumpulan murid yang besar dalam masa yang
singkat. Di samping itu, cara ini dapat menyumbang bahan-bahan tambahan yang tidak boleh
diperoleh oleh pelajar melalui buku teks. Kelas lebih mudah dikawal dan sesetengah pelajar akan
merasa lebih puas dengan bentuk penyampaian yang lebih distrukturkan. Mereka lebih mudah
menganalisa, menginterpretasi, dan mensintesis bahan-bahan pembelajaran apabila disampaikan
secara langsung.
4.3. Kelemahan pengajaran dan pembelajaran
Umumnya, penggunaan bahan kartun mendapat tempat di hati pelajar ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun, saya seharusnya peka terhadap kelemahan
penggunaan bahan ini. Saya dapati semasa set induksi pelajar lebih tertarik kepada gambar-
gambar kartun, bukan kepada perbincangan dan soalan-soalan yang dikemukakan guru.
Selain itu tanpa bahan yang sesuai proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang
menarik. Tumpuan yang mampu diberikan oleh murid-murid hanyalah sekitar 20 minit
awal sahaja. Selepas tempoh tersebut, tumpuan pelajar mulai berkurangan. Saya tidak
menggunakan bahan atau alat bantu mengajar yang menarik dalam langkah seterusnya
menyebabkan pelajar kehilangan minat untuk menumpukan perhatian dalam pengajaran
selanjutnya.
14
4.4. Cadangan
Pada sesi pengajaran akan datang, saya akan kerapkali menerapkan pendekatan ini dalam
pengajaran agar para pelajar lebih menonjol dalam semua kemahiran. Di samping itu saya akan
cuba menjadi lebih kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid
lebih berasa seronok dan tidak mudah bosan dalam memahami setiap apa yang diajarkan kelak.
Berdasarkan pengggunaan bahan gambar kartun animasi dalam set induksi, jelas sekali ia
merupakan bahan bantu mengajar yang menarik untuk digunakan oleh guru dalam proses
pengajaran. Jika disesuaikan dengan konteks situasi dan kognitif murid, bahan itu boleh
meransang penglibatan keseluruhan kelas. Oleh itu dalam pengajaran yang akan datang saya
akan kerap lagi menggunakan bahan kartun dalam pelbagai aspek kemahiran bahasa. Misalnya
dalam pengajaran lisan; lukisan kartun bersiri boleh digunakan. Manakala dalam mengajar aspek
pemahaman, soalan-soalan yang dibina daripada rentetan cerita dan dailog-dailog boleh
digunakan. Seterusnya untuk pengajaran aspek tatabahasa, dailog-dailog kartun yang
menggunakan bahasa pasar boleh ditukar menjadi ayat yang gramatis atau melakukan aktiviti
menukar cakap ajuk dan cakap pindah. Kartun juga dapat membantu dalam aktiviti praktikal
seperti perbualan dan lakonan.
Kewujudan tugasan ini, telah membuatkan saya lebih mahir mengunakan strategi
penggabungjalinan ini dengan semaksimum mungkin dan banyak input-input baru yang saya
dapat ketika mempelajari dan menjalankan tugasan ini. Jadi dapatlah saya menggunakan ilmu
pengetahuan ini bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas nanti.
5.0. RUMUSAN
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, strategi penggabungjalinan kemahiran,
aktiviti dan bahan sangat penting untuk menjadikan sesuatu pelajaran itu lebih bermakna dan
berkesan. Konsep penggabungjalinan ini tidak pula mengongkong guru menggunakan kesemua
kemahiran dan isi pelajaran keseluruhannya dalam satu waktu. Sebaliknya guru haruslah
menentukan jenis kemahiran utama yang hendak ditekankan dan kemahiran sampingan yang
sesuai. Sehubungan itu juga guru harus memberikan tumpuan utama, baik dari segi aktiviti
mahupun bahan pengajaran. Kemahiran dalam satu mata pelajaran, atau beberapa mata pelajaran,
serta kepelbagaian aktiviti dan bahan pengajaran perlu dihubungkaitkan, kerana setiap unsur itu
adalah saling memperkukuh antara satu sama lain. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang guru
15
merancang dan melaksanakan strategi ini secara sedar dan sistematik, supaya pelajar dapat
menguasai beberapa kemahiran serentak dan secara bersepadu dalam suasana pembelajaran yang
menarik dan merangsang minat pelajar untuk terus belajar.
Tugasan ini mengemukakan beberapa contoh bagaimana strategi dan aktiviti
penggabungjalinan kemahiran boleh dilaksanakan dalam satu-satu pelajaran. Terpulanglah
kepada kebijaksanaan dan kreativiti guru untuk memperluas dan menambahbaik Rancangan
Pengajaran Harian seperti yang dicadangkan. Dalam hal ini, sangat penting bagi seseorang guru
untuk sentiasa menilai keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran yang
digunakan. Malahan guru juga hendaklah sentiasa bersedia untuk mengubahsuai kaedah
pengajarannya dan menggabungjalinkan kemahiran lain untuk membantu pelajar menguasai
kemahiran tertentu.
Strategi penggabungjalinan yang dilaksanakan dengan cekap dan sempurna akan
meningkatkan mutu pendidikan di sekolah keseluruhannya, kerana pelajar dapat belajar dalam
situasi yang lebih realistik dan bermakna kepada dirinya. Dengan bimbingan guru, murid
seharusnya dapat menghubungkaitkan dan menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam satu
mata pelajaran kepada pelajaran lain dan secara langsung dalam kehidupan sehariannya. Dengan
cara inilah penguasaan sesuatu kemahiran itu dapat dipertingkat dan dimantapkan.
(3517 patah perkataan)
16
RUJUKAN
Asas KBSR I. (1992). Siri panduan guru kurikulum baru sekolah rendah; Jilid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faridah Nazir. (2010). HBML4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Kamarudin Haji Husin. (1989). Pedagogi Bahasa. Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Kamarudin Haji Husin. (1989). KBSM dan model-model pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi ke-4. (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Nor Hussin, Normah Abdullah & Marzhuki Nyak Abdullah. (1989). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia KBSM. Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Mohd. Nasar bin Sukor, et al. (2006). Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Kebangsaan: Buku Panduan Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Tahun 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Shahabudin Hashim, et al. (2003). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
17
LAMPIRAN
1. Lampiran A – Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Tahun 5
2. Lampiran B - Gambar-gambar kartun animasi ‘Kampung Boy’
3. Lampiran C - Petikan bertajuk ‘Kartunis Lat’
4. Lampiran D - Lembaran kerja
5. Lampiran E - Lembaran kerja
18
LAMPIRAN A
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5
SEKOLAH KEBANGSAAN GITA
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 5 Arif
Tarikh : 10 Oktober 2011
Hari : Isnin
Masa : 60 Minit (1120-1220)
Bilangan Murid : 40 orang
: 19 lelaki
: 21 perempuan
Tema : Kegigihan
Tajuk : Kartunis Lat
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama:
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perka
yang dibaca.
Aras 3 (ii) Memahami isi kandungan teks yang dibaca.
Fokus Sampingan
2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
Aras 1 ( i ) Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.
10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 2 ( i ) Mencatat isi daripada pelbagai bahan yang dibaca.
Objektif:
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran;
i. murid-murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan pemahaman dengan betul setelah merujuk petikan.
ii. murid-murid dapat melengkapkan 5 daripada 8 isi penting dalam petikan dan ciri-ciri karya Lat setelah
mendapat bimbingan guru.
iii. Sekurang-kurangnya 75 peratus murid dapat melengkapkan 5 daripada 7 ayat menggunakan kata hubung yang
betul setelah mendapat bimbingan guru.
Sistem Bahasa
Kosa kata
- aktif
- komedi
- watak
- gelagat
- versi
Tatabahasa
Kata Hubung
- sementara
- dan
- kerana
- atau
- ketika
Pengisian Kurikulum :
a) Penerapan ilmu: Kajian Tempatan, Sejarah
b) Penerapan nilai : Sayang
Rasional
Kerjasama
c) Kemahiran Bernilai Tambah :
i. Pembelajaran Kontekstual : Pengetahuan sedia ada murid.
ii. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Verbal-Linguistik
iii. Kemahiran Berfikir : Menganalisis, Menjana Idea, Mengenal pasti
Bahan Bantu Mengajar:
- Gambar kartun Lat, Lembaran kerja
Pengetahuan Sedia Ada:
- Murid-murid pernah menonton cerita animasi Kampung Boy
Masa
/Langkah
Isi Pelajaran Aktiviti pengajaran & Pembelajaran Catatan
Set
Induksi
5 minit
(0700-
0705)
SET INDUKSI
Guru menunjukkan gambar animasi
Kampung Boy.
1. Adakah kamu pernah melihat gambar
ini?
2. Apakah tajuk bagi cerita animasi ini?
3. Siapakah pelukis bagi cerita ini?
i. Guru menunjukkan gambar animasi
Kampung Boy kepada murid.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid
berdasarkan gambar tersebut.
iii. Guru mengaitkan gambar dengan tajuk
pembelajaran pada hari ini.
BBM:
Gambar animasi
Kampung Boy
Kecerdasan Pelbagai :
Verbal- Linguistik
Kemahiran Interpersonal
KBKK:
Menginterpretasi
Langkah 1
15 minit
( 0705 –
0720)
KEMAHIRAN MEMBACA
Guru meminta murid membaca petikan
“Kartunis Lat”
Soalan:
1. Kartun Lat dikatan mempunyai unsur..
2. Apakah tujuan Lat mengetengahkan
isu-isu semasa dalam karyanya?
3. Karya Lat benar-benar memaparkan
budaya tempatan kerana...
4. Pernyataan yang berikut benar
tentang petikan kecuali...
5. Apakah maksud rangkai kata sekali
gus dalam petikan?
i. Guru meminta murid membaca secara
senyap petikan “Kartunis Lat”.
ii. Guru memilih beberapa orang murid
secara rawak untuk membaca petikan
tersebut dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
iii. Guru bersoal jawab dengan murid
berkaitan cerita yang telah dibaca.
iv. Guru berbincang jawapan dengan murid.
Objektif :
(i)
BBM:
Lembaran kerja
Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan
Verbal- Linguistik
Interpersonal
Pembelajaran kontekstual : Pengetahuan sedia ada.
Penerapan nilai murni:
Hormat –menghormati
Rasional
Sayang
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
Nama:_______________________ Kelas :___________ Tarikh :___________
Kartunis Lat
Baca dan fahami petikan di bawah ini.Datuk Mohaammad Noor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, mula melukis
kartun ketika berumur 13 tahun. Kini beliau sudah berumur 59 tahun tetapi masih aktif
berkarya tanpa mengenal erti jemu. Hingga hari ini, Lat telah menghasilkan 26 koleksi
karya kartun. Beliau juga telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Antropologi
dan Sosiologi) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pengiktirafan
terhadap jasanya menghasilkan seni kreatif dalam bentuk kartun yang disifatkan
mempunyai unsur komedi intelek.
Lat mencipta nama daripada hasil kreativitinya yang cukup unik dan menarik.
Pemerhatiannya yang cukup tajam merakamkan kehidupan masyarakat sekeliling dan
penggunaan isu-isu semasa memperlengkapkan karya beliau agar lebih dekat dan
terus hidup dalam hati pembaca. Tarikan utama kartunya terletak pada penghayatan
watak dan penggunaan objek tempatan yang berada di sekelilingnya. Beliau
memaparkan cara hidup, termasuklah cara makan, adat resam, dan gelagat pelbagai
kaum dalam setiap karya beliau. Kartun beliau benar-benar memaparkan budaya
tempatan.
Bakat Lat sememangnya cukup signifikan dalam kalangan peminat kartun di
Malaysia. Perjalanan seninya sememangnya cukup panjang dan laluan yang ditempuhi
beliau bukan semudah yang disangkakan. Sejak kecil lagi, beliau gemar melukis dan
sering duduk sambil memerhatikan setiap benda yang berlaku di sekitarnya. Rakaman
mindanya itu telah dipaparkan melalui karya-karya yang telah dihasilkannya, yang
bertujuan menghiburkan dan sekali gus menyampaikan mesej tertentu.
Karya Lat mula mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila karya beliau
tentang upacara berkhatan disiarkan oleh The Asia Magazine di Hong Kong pada tahun
1974. Karya Lat yang paling masyhur ialah Kampung Boy yang diterbitkan pada tahun
1979 dan Town Boy yang diterbitkan pada tahun 1980. Koleksi kartun Kampung Boy
telah diterbitkan di luar negara dalam pelbagai versi, termasuklah versi bahasa Jepun,
Perancis, Portugis dan Jerman. Koleksi Kampung Boy juga dijadikan siri kartun
beranimasi pada tahun 1998 dan disiarkan oleh Astro.
Jawab soalan-soalan yang berikut dengan berpandukan petikan
1. Karya Lat dikatakan mempunyai unsur
A kebudayaan Barat
B komedi intelek
C abstrak
D kritikan sosial
2. Apakah tujuan Lat mengetengahkan isu-isu semasa dalam karyanya?
A Supaya karyanya dapat diterima oleh golongan atasan
B Supaya karyanya dapa bersaing dengan karya asing
C Supaya karyanya terus hidup dalam hati pembaca
D Supaya karyanya menjadi lebih bermutu
3. Karya Lat benar-benar memaparkan budaya tempatan kerana
A merakamkan kehidupan masyrakat sekeliling
B membawa mesej tertentu
C memaparkan cara hidup masyarakat Malaysia
D mengetengahkan masalah sosial golongan miskin
4. Pernyataan yang berikut benar tentang petikan kecuali
A Lat telah berkecimpung dalam bidang lukisan kartun selama 43 tahun
B koleksi kartun Kampung Boy telah diterbitkan dalam bahasa Jepun dan
Perancis
C kartun Lat amat menarik kerana watak dan objek tempatan diberi
penghayatan yang mendalam
D kebanyakan karya Lat bertujuan mempersendakan cara hidup rakyat
tempatan.
5. Apakah maksud rangkai kata sekali gus dalam petikan?
A tanpa membuang masa
B dengan serentak
C pada masa yang sama
D secara mudah
LAMPIRAN D
Nyatakan empat isi penting dalam petikan yang diberikan
Isi 1
Isi 4
Isi 2
Isi 3
Lengkapkan jadual dibawah dengan berpandukan petikan
LAMPIRAN E
Nama:_____________________ Tarikh:___________ Kelas :___________
Lengkapkan ayat di bawah ini dengan kata hubung yang sesuai
1. Aminah membeli sehelai tudung ___________( agar, untuk ) ibunya.
2. Nelayan itu menjahit jala _____________( sementara, lalu ) menunggu hujan
teduh.
3. Azlin menangis __________( dan, kerana ) kucing kesanyanganya telah hilang
4. Azmi____________( dan , atau ) Daneng didenda oleh Cikgu Suan kerana
mereka bergaduh.
5. Prakash sedang tidur ___________ ( ketika, sementara) kami sampai di
rumahnya.
6. Farhan sangat kurus____________( walaupun, lalu ) dia kuat makan.
7. Puan Janet pengsan____________( bahawa, taktala) mendengar berita buruk
itu.
EMPAT CIRI KARYA LAT