Assignment Penuh Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa
-
Upload
sadai-lasan -
Category
Documents
-
view
35 -
download
4
description
Transcript of Assignment Penuh Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa
ASSIGMENT PENUH
Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa
Kaedah pengajaran merupakan salah satu elemen yang digunakan oleh para guru
untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Abu
Salleh (1988), kedah itu merupakan satu aktiviti pengajaran yang mengandungi
langkah-langkah yang tersusun dan dalam setiap langkah yang tersusun tersebut
mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Menurut Mok (1992), kaedah ialah
satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan untuk mencapai objektif pengajaran
dalam jangka masa yang pendek. Kaedah pengajaran pula merupakan cara mendekati
sesuatu objektif pelajaran dengan prosedur yang tersusun.
Teknik ditakrifkan sebagai pengendalian suatu organisasi yang berlaku di dalam
bilik darjah. Teknik ini berfungsi untuk mencapai objektif pengajaran dengan segera.
Teknik juga merupakan instrumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan
bahan-bahan pengajaran guru bahasa yang telah dipilih untuk murid-murid. Menurut
Kamarudin (2001), teknik mengajar didefinisikan sebagai wadah yang digunakan untuk
mengajar sesuatu pelajaran. Teknik pengajaran mempunyai beberapa objektif.
Antaranya seperti berikut:
a) Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang menarik minat murid-
murid dan untuk mengekalkan perhatian dan daya ingin tahu mereka.
b) Untuk memudahkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran.
Teknik-Teknik Pengajaran Bahasa
1
a) Teknik simulasi
Teknik simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan para peserta berinteraksi berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu
atau tugasan tertentu. Melalui teknik ini, pelbagai kemahiran dapat
digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan,
membaca dan menulis.
Kelebihan teknik ialah dapat menggalakkan murid-murid untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, selain itu dapat mewujudkan
pelbagai aktiviti yang menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid-
murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini juga
dapat memperluaskan pengetahuan dan pengalaman murid-murid, dan murid
mempunyai peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang meningkatkan
kemahiran insaniah mereka.
Tujuan teknik ini digunakan ialah untuk menarik minat murid-murid ke
arah pengajaran yang dijalankan oleh guru. Selain itu guru dapat menimbulkan
suasana yang berfungsi untuk menilai dan menguji kemahiran murid-murid tanpa
menghakis elemen realiti. Teknik ini juga bertujuan untuk mengesan
pengetahuan murid-murid, menggalakkan murid-murid secara kreatif, inovatif,
logik, dan kritis. Ia juga berfungsi untuk mendorong muri-murid menyusun dan
menghuraikan bahan yang diajar.
b) Tunjuk cara (Demonstrasi)
2
Kaedah ini melibatkan kemahiran guru melakukan tunjuk cara di dalam teknik
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Tunjuk cara ini melibatkan aktiviti
penerangan dan demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran, penglihatan,
dan percubaan murid.
Sebelum demontrasi, guru perlu menyediakan topik, objektif, alatan, radas, dan
tujuan demonstrasi. Selepas demonstrasi mereka akan membincangkan
bahagian demonstrasi yang penting, tujuan, dan aktiviti pengukuhan.
Teknik ini mempunyai beberapa jenis iaitu model hidup, model simbolik,
dan model persepsi. Model hidup ialah contoh sebenar yang ditunjukkan kepada
murid-murid dalam sesi pembelajaran di dalam kelas seperti demonstrasi
bermain alat muzik. Selain itu model simbolik pula contoh yang diterangkan
secara penulisan dan murid-murid akan mengikut setiap langkah yang sudah
disenaraikan oleh guru. Akhir sekali model persepsi ialah contoh yang
ditunjukkan melalui video. Sebagai contoh ialah pergerakan tubuh badan
semasa menari dan pola langkah dalam tarian tersebut.
c) Eksplorasi penemuan
Eksplorasi dikaitkan dengan penerokaan terhadap sesuatu. Sudah menjadi
lumrah manusia yang mempunyai sifat ingin tahu. Bagi memenuhi keinginan ini
mereka sentiasa ingin menerokai sesuatu yang baru. Kaedah ini sangat
bersesuaian untuk mengembangkan sifat ini melalui proses pengajaran dan
pembelajaran berorientasikan penyelesaian masalah. Kaedah eksplorasi
penemuan merupakan aktiviti yang dapat meransang pembelajaran murid.
Murid-murid akan memperoleh maklumat berdasarkan hasil penyelidikan sendiri
3
yang melibatkan proses pertanyaan, mencari, menjalankan kajian, dan
penyelidikan sendiri.
Eksplorasi mengandungi proses seperti mengenali masalah, mengkaji
ramalan, mengumpul maklumat, menganalisis, dan membuat rumusan. Kaedah
atau teknik eksplorasi ini dikendalikan mengikut urutan aktiviti yang dilakukan
bagi mencari dan menyelesaikan sesuatu masalah atau fenomena yang telah
dirancang. Berikut ialah urutan dan langkah aktiviti yang teknik eksplorasi adalah
seperti berikut:
a) Pemerhatian
b) Pengelasan
c) Membuat ramalan
d) Uji kaji
e) Merekod, melabel, dan melapor
f) Pentafsiran dan pengaman
Dalam pelaksanaan aktiviti ini guru tidak semestinya menggunakan bahan-bahan atau
alat bantu pengajaran. Sudah memadai penggunaan sumber-sumber biasa seperti
buku teks, gambar, atau bacaan tambahan untuk kaedah ini. guru perlu menerangkan
secara terperinci kepada murid-murid mengenai sumber yang digunakan untuk
mengumpul maklumat atau data. Guru juga boleh menggunakan sumber komuniti yang
melibatkan penyertaan masyarakat sekeliling.
d) Memberi Arahan
4
Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga dikaitkan dengan kemahiran guru untuk
memberi arahan di dalam kelas. Kemahiran ini dianggap penting kerana guru perlu
bijak memberi arahan supaya pelajar dapat memahaminya dengan mudah. Arahan
guru tersebut haruslah jelas, tepat, dan mudah difahami oleh murid-murid. Beberapa
panduan telah ditetapkan untuk menjamin arahan yang diberikan jelas dan mudah
difahami.
a) Arahan yang diberikan pada mula ditulis, hal ini demikian bertujuan untuk
memudahkan murid-murid mengingati arahan yang diberikan.
b) Jika arahan yang diberikan terlalu banyak, guru perlu membuat demonstrasi
atau penerangan yang lebih terperinci.
c) Laras bahasa yang digunakan perlulah bersesuaian supaya murid dan
memberi tumpuan sepenuhnya.
d) Menguji tahap kefahaman murid-murid dengan bertanyakan soalan kepada
murid-murid tersebut, dan minta penjelasan ringkas mengenai arahan yang
diberikan.
Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan menganalisis
masalah yang dihadapi oleh murid semasa mereka melakukan ativiti. Arahan tidak
tepat, kabur, sukar, singkat, dan diulang-ulang akan membuatkan murid melakukan
kesalahan semasa menyelesaikan tugasan.
e)Program Cahayaku
Secara umumnya, konsep pembelajaran Cahayaku menekankan perkembangan EQ
(emotional quality) dan IQ (intellectual quality). Konsep ini wujud berdasarkan 7M, iaitu
5
main, membaca, mengira, menulis, mewarna, mengeja, dan moral. Sistem ini
menggabungkan tiga teknik mengajar secara serentak, iaitu mimik untuk guru, Iqra’
untuk ibu bapa, dan latih tubi untuk guru dan ibu bapa. Cahayaku menggalakkan kanak-
kanak membaca dengan sendiri apabila corak susunan belajar yang dibina oleh guru
dapat dikuasai oleh pelajar. Keadaan ini akan menimbulkan sifat ketagihan untuk
membaca di samping menerapkan sifat mulia yang lain pada masa yang sama.
Cahayaku seperti program yang lain juga yang mempunyai keistimewaannya
yang tersendiri berdasarkan ciri yang dimilikinya. Program ini jelas cirinya dengan
adanya dua buah buku bacaan dan tiga buah buku latihan digunakan dalam proses
pembelajaran. Apabila pelajar diajar, perkataan perlu disebut secara automatik dalam
bahasa baku. Dengan kaedah ini, pelajar tidak berasa terbeban dan membosankan
semasa belajar sekali gus membentuk minat membaca dalam kalangan pelajar.
Kaedah ini jelas dapat mengesan kelemahan antara pelajar dan guru melalui penilaian
bagi setiap pembelajaran.
Program Cahayaku sebenarnya bukan sahaja dapat digunakan oleh guru dalam
proses pembelajaran pelajar, malah ibu bapa juga boleh menerapkan kaedah ini dalam
membantu guru mendidik pelajar di rumah. Dengan kaedah ini, mereka tidak perlu
mengeja perkataan tersebut, sebaliknya hanya bunyikan perkataan. Dalam masa
sesingkat dua hingga lima minit latihan bersama ibu bapa sehari, pelajar akan lebih
cepat memahami suku kata perkataan. Ibu bapa perlu memastikan bahawa guru-guru
yang mengajar mempunyai sijil Cahayaku yang sah kerana guru-guru tersebut telah
mengikuti kursus sistem Cahayaku dan memahamu cara-cara mengajar dengan
menggunakan buku Cahayaku.
6
Secara keseluruhannya atau ringkasannya, program cahayaku ini dapat
dikatakan sebagai satu teknik untuk perkembangan IQ (minda) serta pemerolehan
kefahaman secara drastik. Selain itu, program ini sebagau satu teknik untuk guru-guru
mengesan dan menyelamu jiwa pelajar di samping untuk guru mengesan kesan diri
sendiri terhadap hasil yang telah diterapkan kepada pelajar, iaitu melalui interaksi dan
komunikasi antara guru dan pelajar. Program ini jelas dapat melahirkan kanak-kanak
atau pelajar ke arah generasi yang dinamik dan membentuk modal insan yang lebih
berpengetahuan.
7.4 Saranan Pengajaran
Pengajaran berkualiti telah dibincang sejak dulu lagi, hingga hari ini isu ini masih
dibangkit. Pelbagai model dan saranan yang telah dikemukakan bagi menjamin kualiti
pendidikan terus meningkat. Sesetengah inovasi lebih bersifat fizikal dan material
semata-mata serta kurang menyentuh soal dalaman guru dan pelajar sebagai manusia
pengajar dan pelajar ( Yahya Othman et. al, 2009). Perkembangan sains dan teknologi
telah mengubah tamadun manusia. Perkembangan tamadun ini memerlukan
perubahan besar dalam sistem pendidikan. Pengajaran yang berkualiti juga dikaitkan
dengan persoalan iaitu kualiti pengajaran secara teori dan ilmu semata-mata atau
kepercayaan? Hal ini turut dijelaskan oleh Roselan Baki (2003) jika amalan pengajaran
berdasarkan ilmu dan teori, maka proses dan prosedur perlaksanaannya empiris,
sistematik, tekal, dan dapat dipertanggungjawabkan. Sebaliknya jika pertimbangan
pengajaran banyak dipengaruhi pengalaman dan kepercayaan semata-mata, maka
guru akan sering bertemu ketidaktentuan dan kecelaruan.( dlm Yahya, 2009).
7
Kini sudah tiba masanya guru beralih kepada pengajaran secara santai. Hal ini
demikian kerana, selama ini penilaian terhadap pengajaran berkualiti dinilai dari sudut
fizikal dan material. Seharusnya aspek emosional dan psikologi diberi penekanan
sewajarnya. Industri pengajaran turut dianggap sebagai industri perniagaan, kerana
bidang memberi perkhidmatan kepada pelanggan iaitu guru dan murid. Dengan
penerapan model-model dan alat bantu mengajar yang sesuai sesi pengajaran dapat
dilakukan dalam keadaan yang seronok. Kebanyakan guru-guru enggan melakukan
aktiviti pembelajaran di dalam kelas kerana dianggap tidak bersungguh-sungguh dalam
melaksanankan tugas mereka sebagai guru. Hakikatnya murid-murid tidak dapat
memahami kepentingan ilmu itu walaupun kepentingan ilmu sudah diterangkan oleh
guru.
Teknik dalam pengajaran perlu diperbaharui supaya pembelajaran di dalam kelas lebih
bersifat aktif.
Selain itu guru harus didedahkan dengan ilmu kemanusiaan supaya lebih peka
dengan kehendak pelajar yang diajar. Guru perlu didedahkan dengan konsep
penguasaan ilmu menerusi pancaindera. Peranan otak juga perlu diberi pendedahan
oleh guru supaya ilmu yang disampaikan akan dapat digarap dengan berkesan. Ilmu ini
juga secara positif membuat guru lebih memahami pelajar daripada pelbagai latar
belakang. Berdasarkan kajian Dr Ornstein (dlm R. Jeyagobi: 2007), otak manusia
berfungsi mengikut gelombang yang diukur dalam bentuk beta, alpha, theta, dan delta.
Gelombang ini mengikut aktiviti seharian yang dilakukan atau perasaan yang dialami
oleh individu tersebut.
8
Kini guru lebih didedahkan cara untuk mendekatkan diri dengan murid-murid
atas aspek memberi keseronokan dalam sesi pembelajaran. Pelbagai saranan yang
telah diberi untuk menaiktaraf kedudukan pendidikan di Malaysia. Oleh itu usaha yang
perlu dicapai ialah memupuk hubungan antara guru dan pelajar. Tanpa pemupukan ini,
pembelajaran tidak akan berlansung dengan seronok. Murid-murid juga hanya
memandang remeh ilmu yang disampaikan oleh guru walaupun kepentingan ilmu
tersebut sudah dijelaskan. Teknik penyampaian yang berkesan ialah dengan
menggunakan cara pengajaran yang sesuai dengan pemikiran pelajar yang suka
kepada keseronokan. Tiada lagi perasaan terpaksa untuk mengikuti sesi pembelajaran,
malah pelajar akan lebih menghargai ilmu yang telah disampaikan.
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya sebuah proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kekreatifan
guru-guru sebagai penyampai ilmu. Tanpa elemen ini kelas yang sedang berjalan
hanya sebuah kelas yang tidak berfungsi. Pembelajaran di dalam seharusnya aktif
supaya komunikasi guru dan murid berjalan sekaligus dapat meningkatkan kefahaman
murif-murid. Menyampaikan ilmu merupakan tugas utama guru memandangkan tugas
mereka sendiri merupakan pendidik, namun begitu tugas guru bukan sekadar mengajar
di hadapan begitu buku teks semata-mata. Tugas pendidik lebih mencabar kerana
peredaran zaman memerlukan guru-guru yang mempunyai kriteria berkualiti, lebih aktif
dan bijak mengendalikan murid-murid.
9