Assignment Penuh Teori Mentalis
-
Upload
sadai-lasan -
Category
Documents
-
view
230 -
download
4
description
Transcript of Assignment Penuh Teori Mentalis
ASSIGMENT PENUH
TEORI PENDEKATAN
6.2Teori Mentalis
Teori mentalis memandang bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan
satu kebolehan khas manusia secara semula jadi. Ia menganggap bahasa adalah
sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf
dan ini boleh berlaku setelah ianya menerima bahan buku dalam bentuk perangsang
daripada telinga, mata dan lain-lain alat pancaindera. Perkara yang dikaji ialah
proses yang berlaku dalam otak dan saraf itu yang membolehkan pembentukan dan
penghasilan bahasa tersebut. Mengikut teori ini, semua bidang penghuraian bahasa
mestilah berdasarkan logik, kerana sesuatu yang tidak dapat difahami itu adalah
tidak bermakna dan tidak dapat diterima. Dari segi pembelajaran, teori ini
menekankan kepada pengetahuan seseorang itu.
Teori mentalis juga menekankan beberapa ciri penting iaitu manusia sejak lahir
sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa dan perkara ini adalah
semula jadi. Bahasa juga mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran di
mana penguasaan bahasa ada kaitannya dengan keupayaan mental. Selain itu,
bahasa juga mempunyai ciri-ciri kesejagatan dan kreativiti. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna
adalah ditekankan dan bukan latihan-latihan yang membentuk kebiasaan. Di
samping itu, kesalahan pelajar bukanlah merupakan kegagalan mereka tetapi ia
adalah satu percubaan hipotesis.
1