assignment teori kaunseling psikoterapi

download assignment teori kaunseling psikoterapi

of 4

Transcript of assignment teori kaunseling psikoterapi

  • 8/14/2019 assignment teori kaunseling psikoterapi

    1/4

    NAMA : NURUL AIMAN BINTI ABDUL KHALID

    NO. MATRIK : 0901 2046

    SUBJEK : TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

    PEPERIKSAAN MIDTERM SESI 1 (TAHUN AKADEMIK 2009)

    SOALAN 1 Pandangan Teori Pemusatan Perorangan Mengenai Sifat Tabii Manusia

    1. Individu mempunyai harga diri dan penghormatan diri Semua manusia mempunyai hak

    untuk memiliki pendapat dan pemikiran, dapat mengawal hala tuju hidup, bebas mengejar

    minat tanpa mengganggu hak orang lain. Individu boleh mengarah kendiri sekiranya dapat

    melalui proses sosial dengan institusi sosial yang memberi galakan positif.

    2. Tingkahlaku dilihat dari sudut persepsi Cara individu bertingkahlaku dan menyesuaikan

    diri dengan situasi biasanya konsisten dengan cara individu mempersepsi dirinya dan situasi di

    persekitarannya. Kendiri yang terhasil dari pengalaman merupakan asas kepada persepsi.Persepsi dan interaksi seseorang dengan persekitaran akan berubah jika konsep kendiri

    berubah.

    3. Kecenderungan ke arah kesempurnaan kendiri Individu memiliki motivasi ke arah

    perkembangan, penyesuaian, sosialisasi, kesedaran kendiri dan autonomi (hak peribadi). Cara

    manusia mencari dan memenuhi keperluan khusus dan motif meningkatkan penghargaan

    kendiri.

    4. Manusia adalah baik dan boleh dipercayai manusia mempunyai ciri-ciri boleh dipercayai,

    boleh diharap,membina dan baik. Ciri-ciri negatif lahir kerana sikap mempertahankan diri yang

    memesongkan individu dari sifat semulajadinya yang positif yang berpunca dari

    ketidakselarasan di antara kendiri ideal dan kendiri sebenar.

    SOALAN 2 3 Konsep Utama Teori Gestalt

    1. Di sini dan masa kini (here and now) kesedaran yang mana seseorang sedar tentang apa

    yang dilakukan kini dan kekal di dalam kesedaran ini. Individu yang mengalami kebimbangan

    adalah kerana mereka meninggalkan keselamatan masa kini dan terlalu memikirkan tentang

    masa depan terutamanya menjangka perkara buruk akan terjadi. Sekiranya individu memfokus

    kepada masa lalu dan menggunakan masa lalu sebagai tempat untuk disalahkan, individu ituakan mengelakkan tanggungjawab masa kini hingga menghalang perubahan kreatif yang

    membuatkan masa kini lebih memuaskan.

    2. Urusan tidak selesai (unfinished business) Urusan tidak selesai adalah seperti perasaan

    yang tidak diluahkan, keperluan yang tidak dipenuhi dan situasi yang tidak dilengkapkan yang

    terpendam daripada kesedaran tetapi berterusan memerlukan perhatian. Ini meletakkan

    individu di dalam pusingan maklumbalas emosi yang tidak berkesudahan yang menyebabkan

    masalah lampau berterusan timbul di dalam kehidupan semasa seseorang sehinggalah

    perasaan negatif ini diselesaikan. Kesedaran individu secara intelektual tentang peristiwa-

    peristiwa ini adalah tidak mencukupi sebaliknya perlu memproses perasaan yang terlibat

    dengan sempurna.

  • 8/14/2019 assignment teori kaunseling psikoterapi

    2/4

    3. Pengelakan (Avoidance) Konsep pengelakan berkaitan dengan urusan tidak selesai yang

    merujuk kepada cara yang digunakan seseorang untuk mengelakkan ia daripada mengalami

    urusan tidak selesai atau mengalami emosi tidak selesa berkaitan dengan situasi tidak selesai.

    Perls berpendapat seseorang cenderung membuat ekspektasi yang katastrofik(fantasi negatif

    tentang kemungkinan yang terjadi jika sesuatu emosi dilepaskan) yang menyebabkan

    psikologinya tersekat.

    SOALAN 3 Pandangan REBT Tentang Sifat Tabii Manusia

    Didominasi oleh prinsip bahawa emosi,pemikiran dan perasaan terikat dengan kemas di dalam

    psikik manusia. REBT menekankan semua manusia yang normal berfikir, berperasaan dan

    bertindak dan mereka melakukannya secara bersilih ganti. Pemikiran membentuk perasaan dan

    perasaan membentuk tingkah laku. Perasaan pula mempengaruhi pemikiran dan tingkahlaku,

    manakala tingkahlaku juga memberi kesan terhadap pemikiran dan perasaan. Untuk menukar

    salah satu aspek ini memerlukan modifikasi satu atau dua aspek untuk menukar aspek yang satu

    lagi.

    REBT menekankan bahawa manusia dilahirkan dengan potensi berfikir secara rasional dan tidak

    rasional. Manusia berupaya mencapai kesempurnaan kendiri namun manusia juga cenderung

    untuk merosakkan kendiri dan bertingkahlaku menghalang perkembangan dan pencapaian

    kesempurnaan kendiri.

    Manusia adalah unik kerana ia mencipta kepercayaan yang mengganggu dan mengulanginya

    kepada diri sendiri hingga meneruskan gangguan kepada diri mereka. Individu juga berkeupayaan

    menukar proses kognitif,emotif dan tingkahlaku dengan memilih untuk bertingkahlaku secara

    berbeza dari corak sebelumnya. Seseorang itu perlu melatih diri untuk menolak daripada merasa

    terganggu dan menepis pemikiran tidak rasional dengan mengulangi pemikiran rasional kepadadiri sendiri untuk mencapai kehidupan yang lebih bahagia.

    SOALAN 4 Pemikiran Tidak Rasional Yang Menyebabkan Manusia Bertingkahlaku

    Menghalang Perkembangan Dan Kesempurnaan

    1. Adalah sangat perlu seseorang itu dikasihi atau disayangi oleh setiap orang yang

    signifikan. Ini adalah tidak rasional kerana matlamat ini tidak akan tercapai, malah akan

    menyebabkan seseorang kehilangan arah kendiri, berasa tidak selamat serta merosakkan diri

    sendiri dalam usaha untuk mencapainya.2. Adalah perlu seseorang itu lengkap,cekap dan berjaya dalam semua bidang jika ia ingin

    merasa ia berguna. Idea ini adalah mustahi dicapai kerana jika gagal seseorang boleh

    berakhir dengan perasan rendah diri, tidak berkebolehan dan berasa takut gagal dan

    cenderung menyalahkan orang lain.

    3. Sesetengah orang adalah jahat dan kejam, dan orang sebegini patut disalahkan dan

    dihukum. Idea ini tidak rasional kerana tiada piawaian jahat atau kejam secara mutlak. Setiap

    orang melakukan kesalahan kerana bodoh,tidak tahu atau emosi tidak stabil. Menyalahkan

    dan menghukum tidak semestinya boleh memperbaiki tingkahlaku malahan mungkin

    menjadikan tingkahlaku dan keadaan emosi bertambah teruk.

    4. Adalah teruk dan malang apabila sesuatu perkara terjadi tidak seperti yang diharapkan

    atau diimpikan. Perasaan kecewa yang berpanjangan dan menganggap peristiwa sebagai

    malang tidak dapat mengubah situasi bahkan memburukkannya.

  • 8/14/2019 assignment teori kaunseling psikoterapi

    3/4

    5. Perasaan tidak bahagia adalah fungsi seseuatu peristiwa di luar kawalan individu.

    Sebenarnya, kebanyakan peristiwa yang kita anggap sebagai merosakkan adalah tanggapan

    psikologi. Kita tidak boleh disakiti melainkan kita membenarkan kita disakiti melalui sikap dan

    reaksi yang negatif. Jika kita menyedari keadaan ini, kita boleh cuba mengawal atau

    mengubah gangguan ini.

    6. Jika sesuatu itu merbahaya dan merosakkan individu sepatutnya selalu mengambil

    berat dan memikirkannya. Ini bukanlah idea yang rasional kerana dengan hanyamemikirkannya tidak dapat mengubah keadaan bahkan akan menyebabkan ia menjadi lebih

    buruk dari yang sepatutnya.

    7. Adalah lebih senang lari dari kesulitan dan tanggungjawab daripada menghadapinya. Ini

    adalah tidak rasional kerana lari dari tanggungjawab dan masalah tidak akan

    menyelesaikannya.

    8. Individu perlu bergantung kepada orang lain yang lebih berkuasa dan kuat. Kita semua

    bergantung pada orang lain pada satu tahap tetapi tidak seharusnya memaksimakan

    penggantungan sehingga menyebabkan kehilangan kebebasan diri, keindividuan dan ekspresi

    diri serta sentiasa memerlukan individu yang menjadi tempat penggantungan.

    9. Peristiwa lalu di dalam kehidupan individu menentukan tingkahlaku manusia dan tidakdapat diubah. Memang masa lalu mempengaruhi masa kini, tetapi bukanlah menentukan

    masa kini sehingga individu menjadikannya alasan untuk mengubah sikap dan diri.

    10.Seseorang individu sepatutnya sangat mengambil berat dan merasa susah hati dengan

    masalah orang lain. Ini tidak rasional kerana ada kalanya masalah orang lain tidak ada kena

    mengena dengan diri kita dan masalah itu tidak harus mengganggu hidup kita.

    11.Selalunya akan nada jawapan yang betul dan tepat kepada sebarang masalah. Ini adalah

    tidak rasional kerana tidak ada penyelesaian yang sempurna bahkan akan menyebabkan

    kebimbangan.

    SOALAN 5 Prinsip Gangguan Emosi A,B,C,D & E Dalam REBT

    Ellis mencipta formula tentang prinsip gangguan emosi bedasarkan konsep A-B-C. A ialah

    perisitiwa (Activating Event). B adalah system kepercayaan (Belief system). C adalah kesan emosi

    (Emotional Consequence).

    Contohnya Farah dimarahi majikannya kerana terlupa menyiapkan kerja yang diarahkan. (A=

    Peristiwa) Farah berasa sedih dan malu (C= kesan emosi). Ini menyebabkan Farah membenci

    majikan dan menganggap semua majikan garang. (B= system kepercayaan)

    Untuk mengatasinya, kaunselor perlu menggunakan teknik menambah D dan E. D ialah

    mempertikaikan system kepercayaan yang salah (Dispute) dan hasilnya ialah E iaitu emosi yang

    normal (Normal Emotion).

    SOALAN 6 Kedudukan Hidup Dalam Teori Analisis Salinghubung

    1. Im OK-Youre OK. Ini adalah kedudukan yang menunjukkan bagaimana kanak-kanak

    memasuki dunia ini. Selagi emosi dan keeprluan kanak-kanak dipenuhi dengan kasih sayang

    dan penerimaan ia akan mengambil kedudukan ini serta membina skrip pemenang.

    2. Im OK-Youre not OK. Jika kanak-kanak tidak dijaga dengan baik dia akan membuat

    keputusan bahawa orang lain tidak OK kerana tidak melayannya seperti sepatutnya.

    Seseorang yang berada di dalam kedudukan ini selalu akan menyalahkan atau tidakmempercayai orang lain dan bertindak balas kepada dunia dengan kekecewaan atau marah

    atau kadang-kadang dipanggil sebagai kedudukan paranoid.

  • 8/14/2019 assignment teori kaunseling psikoterapi

    4/4

    3. Im not OK, youre not OK- Jika keperluan kanak-kanak tidak dipenuhi, kanak-kanak mungkin

    membuat keputusan bahawa ini adalah kesilapannya kerana tidak mendapat apa yang

    sepatutnya didapati. Kedudukan ini adalah paling biasa dan kadang-kala dipanggil kedudukan

    depresif. Seseorang yang selalu berasa di dalam kedudukan ini biasanya akan mengalami

    rasa bersalah, murung, rasa tidak lengkap dan takut.

    4.Im not OK-Youre not OK. Jika

    strokeskurang diperolehi atau mendapat

    strokesyangtersangat negatif, kanak-kanak mungkin membuat keputusan saya tidak OK dan awak pun

    tidak OK. Oleh kerana tiada sumberstrokes positif, kanak-kanak mungkin berasa putus asa

    dan tidak mempunyai harapan. Seseorang yang mengambil kedudukan ini mungkin akan

    berakhir di institusi sakit jiwa, penjara atau hospital sakit mental.

    SOALAN 7 Punca Wujud Perasaan Rendah Diri Dalam Diri Seseorang Individu.

    Semua orang dilahirkan dengan perasaan rendah diri. Ia bukanlah kelemahan dan abnormal

    tetapi desakan kepada kreativiti dan kemajuan serta memotivasikan supaya menuju kejayaan dan

    kesempurnaan. Tetapi perasaan rendah diri yang melampau boleh menyebabkan inferiority

    complex yang mungkin berpunca daripada berikut:

    1. Kelemahan zaman kanak-kanak. Ketidakadilan/pengabaian perhatian dan kasih sayang dari

    ibu bapa dan keluarga sejak kecil sangat memberi pengaruh kepada konsep kendiri seseorang

    individu. Sekiranya sejak kecil individu itu sering direndah-rendahkan dan dibanding-

    bandingkan dengan orang lain, kemungkinan besar individu itu akan sering menafikan harga

    kendiri dan mempersepsi kehidupannya secara negatif. Akibat rasa rendah diri juga mungkin

    memberi masalah di dalam pergaulannya seperti mudah sensitif dan takut untuk bersaing.

    Perasaan rendah diri akan semakin ketara apabila melihat kejayaan yang dicapai oleh orang

    lain.

    2. Konstelasi keluarga. Urutan kelahiran dalam keluarga juga memainkan peranan seperti yang

    telah ditekankan oleh Adler di dalam teori individu. Anak pertama, anak kedua, anak tengah,

    anak bongsu dan anak tunggal akan membentuk harga kendiri yang berbeza. Contohnya,

    anak tengah lebih cenderung mengalami perasaan rendah diri disebabkan sering berasa

    tersepit, kadangkala yakin tentang ketidakadilan kehidupan dan sentiasa berasa tertipu.

    Interprestasi kedudukan seseorang di dalam keluarga banyak kaitannya dengan bagaimana

    orang dewasa berinteraksi di dalam dunia ini. Ini kerana gambaran diri yang dibawa semasa

    dewasa dipengaruhi gaya interaksi semasa kanak-kanak.

    3. Jurang di antara kendiri ideal dengan kendiri sebenar. Kendiri sebenar adalah personalitisebenar yang dimiliki oleh seseorang itu manakala kendiri ideal merupakan personaliti yang

    diidamkan oleh seseorang. Semakin besar jurang di antara kendiri ideal dan kendiri sebenar,

    semakin rendah harga diri seseorang itu.

    4. Kecacatan fizikal dan mental. Kecacatan fizikal merupakan salah satu punca seseorang

    berasa rendah diri. Seseorang yang mengalami kecacatan sebegini sering menganggap orang

    lain memandang rendah kekurangan yang dimiliki. Untuk mengatasi perasaan itu, dia harus

    menonjolkan kelebihan lain yang dimiliki seperti kepandaian intelek atau seni. Bagi kecacatan

    mental pula adalah lebih malang kerana tidak dapat menggunakan kreativiti dan tidak

    berupaya mengatasi rendah diri.

    Sekian, terima kasih.