Assignment Zakat Perniagaan

download Assignment Zakat Perniagaan

of 26

Transcript of Assignment Zakat Perniagaan

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    1/26

    1

    Isi Kandungan.

    1 Penghargaan 2

    2 Muqaddimah 3

    3 Pengertian Zakat dan Syarat-syarat

    kewajipannya

    5

    4 Pengenalan Zakat Perniagaan 75 Klasifikasi Zakat Perniagaan 8

    6 Dalil Wajib Zakat Perniagaan 10

    7 Syarat-Syarat Zakat Perniagaan 13

    8 Kadar Zakat Perniagaan 18

    9 Kaedah Pengiraan 19

    10 Penutup. 26

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    2/26

    2

    Penghargaan.

    Bismillahirahmanirahim..

    Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat

    masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan

    tugasan ini dengan jayanya.

    Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah

    tercinta, Ustazah Amienah Binti Ridzwan kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan

    daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

    Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa

    kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka

    telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga

    sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

    Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak

    memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami

    dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.

    Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat

    secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    3/26

    3

    Mukaddimah .

    Maksud : Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat

    dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamuakan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa

    Melihat segala yang kamu kerjakan.

    Zakat dapat membersihkan diri daripada segala dosa . Zakat juga dapat

    menghiasi seseorang dengan akhlak yang mulia iaitu dengan sifat pemurah serta

    dapat meninggalkan sifat bakhil dan kikir .Zakat merupakan bukti syukurnikmat kepada Allah s.w.t. Zakat juga dapat menjauhkan si fakir menaruh sifat

    iri hati dan dengki terhadap orang yang kaya serta dapat menjauhkan niat jahat

    si fakir melakukan kejahatan seperti mencuri kekayaan si kaya . Sebab si fakir

    mengetahui bahawa hasil pekerjaannya dan kekayaannya akan kembalikepadanya sebahagian daripada apa yang dimilikinya , iaitu melalui zakat .

    Zakat juga dapat menjauhkan Muslim yang fakir daripada sifat kehinaan

    meminta-minta atau pengangguran .

    Zakat juga dapat membawa kepada pengembangan spiritual social dan

    dapat membangkitkan rasa keamanan dan ketenangan . Orang yang tidakmengeluarkan zakat dalam beberapa tahun yang lampau , maka wajib baginya

    mengeluarkannya daripada tahun-tahun yang mana dia tidak mengeluarkan

    zakat harta kekayaannya , sama ada dia mengetahui kewajipan zakat atau puntidak mengetahuinya .

    Terhadap orang yang mengeluarkan zakat , maka wajib baginya menyerahkan

    zakat dengan sukarela dan dengan penuhkeredhaan tanpa menyebut kebaikannya dan menyakitkan perasaan orang lain .

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    4/26

    4

    Umar bin Khattab selalu mengatakan : Apabila kamu telah membayar

    zakat , maka janganlah disebut-sebut . (al Amwal :784)

    Sebagaimana telah diketahui tentang sifat nabi S.A.W. bahawa bagindabagaikan angin yang bertiup di dalam memberikan sesuatu atau ketikabersedekah . Ini adalah menunjukkan sifat pemurah Rasulullah S.A.W.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    5/26

    5

    Pengertian Zakat dan Syarat-syarat kewajipannya

    Pengertian zakat secara bahasa adalah kebaikan , perkembangan dan

    pertumbuhan , pembetulan , pensucian dan kepujian .Sementara pengertian zakat dari

    segi hukum syarak adalah suatu nama bagi kadar yang khusus daripada harta benda

    dalam keadaan tertentu dan wajib diserahkan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu pula .

    Dalil diwajibkannya zakat adalah berdasarkan kepada al Quran , al Sunnah danIjmak . Zakat juga merupakan kewajipan asasi di dalam ajaran agama Islam. Dalil al-

    quran diwajibkannya zakat adalah firman Allah s.w.t.

    Maksud:

    Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya

    dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari

    akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itumenjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha

    Mengetahui.(al-Taubah:103)

    Dalil hadith (H.R Bukhari : 1/9)

    Maksud: Islam itu dibina atas lima dasar, mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan selainAllah dan Muhammad itu Utusan Allah, Mendirikan solat, Menunaikan zakat,Menunaikan haji dan Berpuasa Ramadan.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    6/26

    6

    Umat Islam telah berijmak untuk beriman dengan kewajipan zakat dan bahawa orang

    yang mengingkari zakat adalah kafir yang wajib dibunuh . Hal ini sebagaimana yang

    telah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq ketika mengatakan ; Demi Allahsesungguhnya aku akan memerangi orang yang membeza-bezakan antara kewajipan solat

    dan zakat .

    Pembahagian Zakat :

    Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat badaniyah iaitu zakat Fitrah yang di fardhukan

    pada bulan Ramadhan manakala zakat maaliyah iaitu zakat harta di fardhukan setelah

    mencukupi syarat-syaratnya serta di tunaikan sepanjang tahun. Zakat Harta merangkumi

    zakat wang, ternakan, emas dan perak, zakat perniagaan, zakat tanaman, zakatpendapatan, galian serta rikaz.

    Zakat Fitrah- Dikenakan ke atas setiap orang Islam setahun sekali di bulanRamadhan.

    Zakat Harta Zakat Perniagaan (termasuk saham) Zakat Wang Simpanan Zakat pendapatan Zakat emas dan perak (termasuk perhiasan) Zakat binatang ternakan Zakat buah-buahan dan biji-bijian Zakat Ma'adin Zakat rikaz (harta karun) Zakat Saham Zakat Wang Simpanan / KWSP

    Di dalam kerja kursus ini, kami telah diberikan tugasan untuk menulis mengenai Zakat

    Perniagaan. Dan kami telah membuat rujukan dari

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    7/26

    7

    PENGENALAN ZAKAT PERNIAGAAN.

    Zakat Perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta

    perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan,

    pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan,

    sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam

    atau bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan

    sebagainya

    Maksud perniagaan ialah penukaran harta (mal) dengan barangan tertentu

    bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Ia tidak dikhususkan kepada barangan tertentu

    sahaja. Barang-barang perniagaan ialah barangan yang ditukarkan antara tangan dengan

    niat mendapatkan keuntungan.

    Perniagaan atau tijarah bermaksud jual dan beli untuk mendapatkan untung. Dari

    segi istilah, tijarah ialah suatu kontrak untuk memperoleh harta atau keuntungan sama

    ada secara tukaran, akad jual beli, sewaan atau hutang.

    Perniagaan merangkumi barangan yang ada ain (zat harta) dan juga manfaat

    daripada suatu harta atau perkhidmatan seperti sewaan yang menghasilkan pendapatan;

    kegiatan yang melibatkan pertukaran harta dengan manfaat atau secara jual-beli sama ada

    dengan mata wang ataupun barangan, baik secara tunai, hutang atau sewaan bertujuan

    untuk mendapatkan untung.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    8/26

    8

    Perbahasan fiqh mengklasifikasikan sumber zakat perniagaan

    seperti berikut:

    Perniagaan Berasaskan Barangan

    Zakat perniagaan bagi barangan muhtakir (spekulasi) - peniaga membeli barang

    dan menunggu masa harga tinggi sebelum menjualnya. Jumhur (kecuali Malikiyah)

    menyatakan peniaga ini wajib mengeluarkan zakat setiap tahun walaupun dia tidak

    menjual barangan/dagangan berkenaan. Berkaitan hutang barang perniagaan yang

    diberikan oleh muhtakir kepada pembeli, fuqaha Maliki menegaskan bahawa ia tidakwajib dikeluarkan zakatnya kecuali muhtakir itu telah menerima pembayaran hutang itu.

    Zakat perniagaan bagi barangan mudir (peniaga runcitan bermusim) menurut

    pendapat jumhur (kecuali Malikiyah) menyatakan tidak wajib zakat. Tetapi menurut

    fuqaha Maliki, peniaga ini wajib menunaikan zakat dan tidak dikenakan syarat haul

    terhadap barangannya. Haul peniaga dikira berasaskan haul modal harta asal dia mula

    berniat untuk menjalankan perniagaan atau tarikh dia mula membeli barang perniagaan.

    Mudir hendaklah menetapkan satu bulan yang khusus dalam setahun untuk mengira

    pendapatan atau wangnya dan membuat penilaian stok perniagaannya (tidak termasuk

    harta tetap). Nilai barangan ini dicampurkan kepada wang tunai dan ditolak hutang

    piutang perniagaan yang ada. Jumlah pendapatan atau bakinya telah cukup nisab, maka

    zakat wajib ditunaikan.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    9/26

    9

    Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan

    Zakat perniagaan bagi harta al-mustaghallat. Harta al-mustaghallat tidak

    diwajibkan zakat kerana ia tidak diniatkan untuk perniagaan, tetapi pemiliknya mendapat

    manfaat daripadanya seperti hasil sewaan, caj-caj pengangkutan, pendapatan projek

    ternakan dan pengeluaran serta lain-lain lagi. Asas perkembangan harta perniagaan

    melalui sumber daripada aktiviti perkhidmatan harta al-mustaghallat seperti caj sewaan,

    caj pengangkutan dan yuran pengurusan diwajibkan zakat kerana asas zakat masih sama

    seperti zakat perniagaan yang berasaskan barangan iaitu berdasarkan jumlah nilai baki di

    hujung haul.

    Zakat perniagaan bagi perkhidmatan dan perundingan - biasanya bagi golongan

    profesional dan berkemahiran. Hasil pendapatan golongan ini lazimnya dibayar dalam

    bentuk imbuhan bulanan (gaji) atau perolehan. Sarjana fiqh menamakan bentuk

    pendapatan tersebut sebagai al-mal al-mustafad. Keempat-empat mazhab telah

    menetapkan bahawa zakat terhadap al-mal al-mustafad adalah wajib.

    Fuqaha Hanafi, Maliki dan Hanbali tidak mensyaratkan haul ke atas zakat al-mal

    mustafad. Ini bererti zakat al-mal mustafad wajib dikeluarkan setelah cukup nisab

    walaupun tidak cukup haul. Namun, jika pendapatan al-mal mustafad tidak cukup nisab,maka pendapatan tersebut sewajibnya dikumpulkan hingga akhir haul untuk

    mencukupkan nisabnya.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    10/26

    10

    DALIL WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN

    Jumhur ulama bersependapat bahawa zakat diwajibkan bagi harta perniagaan.

    Antara dalil syarak adalah seperti berikut:

    Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

    Hai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian

    daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami

    keluarkan dari bumi untuk kamu.(surah al-Baqarah 267)

    Berdasarkan Tafsir al-Tobari, ayat ini memberi maksud, Berzakatlah kamu

    daripada usaha kamu yang baik dengan menjalankan perniagaan atau pembuatan daripada

    emas dan perak.

    Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

    Maka sesungguhnya Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat

    daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual (urud al-tijarah).(riwayat

    Abu Daud)

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    11/26

    11

    Urud al-tijarah ialah segala barangan selain dua mata wang (emas dan perak) yang

    diniat untuk diniagakan. Ia merangkumi semua benda termasuklah alat-alatan, barangan,

    pakaian, makanan, perhiasan, permata, binatang, tumbuhan, tanah, bangunan dan lain-

    lain lagi sama ada harta tersebut berbentuk manqul atau aqar.

    Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

    ::

    Pada unta ada zakatnya, pada lembu ada zakatnya, pada kambing ada zakatnya

    dan pada pakaian yang disediakan untuk dijual ada zakatnya (urud al-

    tijarah).(riwayat al-Hakim)

    Ijmak Sahabat, Tabiin dan Salaf Saidina Abu Bakar al-Siddiq menegaskan:

    Demi Allah, aku akan memerangi orang yang membezakan antara solat dan

    zakat.(Muttafaqalaih)

    Ibn al-Munzir menyimpulkan bahawa para ilmuan Islam telah bersependapat

    (ijma) bahawa setiap barangan yang diperdagangkan diwajibkan zakat.

    Ibn Hammam juga mengatakan zakat adalah wajib pada barangan perniagaan.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    12/26

    12

    Al-Qias

    Ibn Rusyd mengatakan bahawa sifat barang perniagaan adalah berkembang (al-

    nama). Sifat ini sama dengan tiga jenis harta yang disepakati fuqaha tentang kewajipan

    zakat ke atasnya iaitu pertanian, binatang ternakan, emas dan perak.

    Sebahagian ulama tabiin menegaskan tentang asas perkiraan atau taksiran zakat

    perniagaan. Antara yang termasyhur sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Ubaid:

    Maimun ibn Mihran menjelaskan:

    Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup haul), hitunglah berapa

    jumlah wang tunai yang ada padamu, dan bagi barang perniagaan yang ada, nilaikanlah ia

    dengan mata wang, begitu juga segala hutang pelangganmu yang mampu (diharapkan

    kembali) hendaklah diambil kira, dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri, kemudian

    keluarkan zakat atas bakinya itu.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    13/26

    13

    SYARAT-SYARAT ZAKAT PERNIAGAAN

    1. Islam

    Perniagaan yang mempunyai pemilikan modal yang bercampur antara Muslim

    dengan bukan Muslim, taksiran dibuat kepada entiti keseluruhannya tetapi hanya

    bahagian pemilikan orang Islam yang diwajibkan zakat. Dalam perbahasan fiqh

    klasik (turath), percampuran pemilikan harta dibahaskan di bawah tajuk zakat

    khultah (percampuran). Dalam perbahasan mazhab Syafii, zakat khultah wajib

    ditunaikan ke atas semua jenis harta, daripada ternakan, wang ringgit, tanaman,

    perniagaan dan lain-lain.

    2. Merdeka

    3. Cukup Nisab

    Nisab harta perniagaan dan wang ialah sebanyak 20 mithqal (25.2259 mayam atau

    85 gram emas). Ketetapan ini bersandarkan nilaian mata wang yang berasaskan

    emas, kadar zakatnya sebanyak 2.5 peratus setelah genap setahun (haul). Oleh itu,

    apabila nilai harta perniagaan bersamaan atau melebihi nisab, maka harta tersebut

    diwajibkan zakat. Perniagaan yang dijalankan secara perkongsian, nisab

    perniagaannya ditaksirkan terhadap jumlah keseluruhan nilai harta yang dimiliki

    oleh perkongsian atau syarikat tersebut. Bagi perkongsian yang melibatkan rakan

    kongsi bukan Muslim, zakat tetap ditaksirkan kepada keseluruhan harta

    perkongsian tetapi setelah ditaksirkan nilai zakatnya, zakat hanya diwajibkan

    terhadap pemilik Muslim.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    14/26

    14

    4. Cukup Haul

    Harta yang dizakatkan hendaklah dikira dari awal perniagaan sehingga genap

    tempoh satu tahun. Menurut Syafiiyah, asas penilaian harta perniagaan adalah

    dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul. Sebagaimana haul

    hanya disyaratkan terhadap harta tertentu seperti harta perniagaan, mata wang,

    emas, perak dan ternakan.

    5. Milik Sempurna

    Harta yang diwajibkan zakat mestilah sempurna milik dari segi pemilikan fizikal

    (hiyazah) dan pemiliknya berkeupayaan mengurustadbir (tasarruf) harta seperti

    menjual, menghadiah, menyewakan dan seumpamanya terhadap barangan

    tersebut.

    6. Harta dan Perkhidmatan yang Halal

    Harta-harta yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua harta yang haram,

    sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan yang

    menjalankan aktiviti yang haram seperti perjudian dan riba adalah tidak

    diwajibkan zakat. Bagi entiti yang ada percampuran halal dan haram maka

    bahagian yang halal sahaja yang ditaksirkan zakatnya seperti perbankan dan

    koperasi Islam.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    15/26

    15

    7. Harta yang Produktif (al-Nama)

    Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang boleh berkembang atau

    berpotensi untuk berkembang, yakni mestilah berupaya untuk menghasilkan

    pendapatan dan keuntungan.

    Harta yang produktif dengan sendirinya (nama binafsih) yang menjadi sumber

    pendapatan kepada pemiliknya seperti padi atau harta yang produktif dengan daya

    usaha yang nyata seperti mata wang (dilaburkan), barangan/hasil tanaman

    (diniagakan), binatang ternakan (diusahakan secara berskala besar), kedua-dua

    faktor produktiviti tersebut wajib dizakatkan.

    Merujuk kepada penyata kewangan, komponen harta yang berkembang ialah:

    a. Tunai (di tangan atau di bank).

    b. Saham, bon, pegangan sekuriti pada asas kos yang dikelaskan dalam aset

    semasa. Jika ia dikelaskan sebagai aset tidak semasa, maka harta tersebut

    dikecualikan zakat.

    c. Inventori barang akhir, iaitu stok niaga atau barang yang telah siap diproses

    akan ditaksirkan zakat. Stok bahan mentah serta kerja dalam proses tidak ditaksir

    kerana ia digunakan untuk pengeluaran barang lain atau akhir.

    d. Aset tetap yang terdiri daripada harta alih dan tak alih (bangunan, mesin dan

    perabot) tidak diwajibkan zakat. Ia bukan barang perniagaan tetapi membantu

    menjalankan perniagaan. Walau bagaimanapun, hasil yang realis daripada harta

    tetap tertakluk kepada taksiran zakat seperti pendapatan daripada sewa bangunan,

    kenderaan dan tanah.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    16/26

    16

    e. Penghutang bersih perdagangan, iaitu hutang boleh terima yang telah ditolak

    hutang lapuk. Amaun ini juga mestilah bersih daripada penghutang dagangan

    yang telah melampaui tempoh lazim hutang.

    f. Bagi kes-kes perniagaan berasaskan perkhidmatan kewangan seperti bank,

    akaun-akaun deposit adalah sebagai simpanan amanah yang tidak tertakluk

    kepada kiraan zakat perniagaan bank. Walau bagaimanapun, hasil yang diperoleh

    daripada pengurusan wang, adalah termasuk dalam taksiran zakat.

    g. Bagi aset bukan semasa seperti pelaburan jangka panjang, ia tidak diwajibkan

    zakat kecuali atas dividen yang diterima.

    8. Sumber Harta Perniagaan

    Jumhur ulama (selain Hanafiyah) mensyaratkan harta itu perlu diperoleh dengan

    cara tukaran seperti jual beli dan sewaan. Jika aset entiti perniagaan diperoleh

    dengan cara selain tukaran seperti melalui pusaka, hibah atau sedekah, maka ia

    tidak diwajibkan zakat sehingga barang itu diniagakan

    9. Niat untuk Diniagakan

    Tujuan atau niat perniagaan mestilah dilakukan ketika memiliki barang sama ada

    melalui iwad (tukaran atau balasan) atau cara lain dan aset tersebut akan menjadi

    sebahagian daripada aset yang dipunyai oleh perniagaan dengan tujuan

    diperniagakan untuk mendapatkan perolehan atau keuntungan. Sesuatu aset atau

    barang yang pembeliannya tidak bertujuan perniagaan seperti untuk tabung

    khairat kematian, tujuan pendidikan dan sebagainya, harta tersebut tidak termasuk

    dalam pengiraan zakat.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    17/26

    17

    Syarat berniaga ini terikat kepada kewujudan dua elemen, iaitu niat dan amalan.

    Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan

    perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.

    10.Harta Perniagaan tidak Digunakan untuk Kegunaan Sendiri

    Menurut mazhab Syafii, Hanbali dan Maliki, apabila sesuatu harta perniagaan

    yang dimiliki untuk kegunaan sendiri, maka keadaan ini akan menyebabkan harta

    itu tidak tertakluk kepada zakat perniagaan tetapi akan dibuat taksiran zakat atas

    pendapatan individu.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    18/26

    18

    KADAR ZAKAT PERNIAGAAN

    Apabila nilai harta perniagaan bersamaan atau melebihi nisab, maka harta tersebut

    dikenakan zakat. Kadar zakatnya adalah 2.5% sahaja.

    Dalam kes perkongsian, zakat dikenakan ke atas jumlah keseluruhan nilai harta (sum

    value) yang dimiliki oleh rakan kongsi. Nisab yang dikenakan atas setiap rakan kongsi

    dikira mengikut nisbah modal yang disumbangkan oleh setiap individu yang menyertai

    perkongsian tersebut.

    Pandangan ini diambil berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :

    1. Mafhum umum daripada firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Ambillah(sebahagian) daripada harta yang mereka menjadi sedekah (zakat) supaya

    dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan

    mereka (daripada akhlak yang buruk) (surah at-Taubah 103)

    2. Harta yang diperolehi dengan cara hutang dikira harta sendiri juga kerana siempunya berhak untuk menggunakan atau mentasarrufkan (membelanjakan)

    mengikut kehendaknya.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    19/26

    19

    KAEDAH PENGIRAAN:

    Intipati kaedah taksiran zakat

    Asas bagi taksiran zakat perniagaan berpaksi kepada modal dan perkembangan terhadap

    modal itu. Sumber modal ini disediakan sama ada oleh dana pemilik perniagaan, dana

    pelaburan luar atau dana berbentuk pinjaman atau pembiayaan. Keseluruhan sumber

    modal ini memberikan kuasa penuh kepada pemilik atau pengurusan perniagaan untuk

    menggunakan modal dalam menjana keuntungan. Maka jelas bahawa harta berkembang

    (al-nama) menjadi asas kewajipan zakat.

    Dari segi prinsip, harta perniagaan wajib dizakatkan apabila memenuhi sifat berkembang

    (al-nama), diniagakan (urud al-tijarah) dan milik sempurna (al-milk al-tam). Ini bererti

    taksiran zakat tidak mengambil kira sumber harta diperoleh, sama ada melalui sumber

    dalaman atau pinjaman.

    Proses taksiran zakat adalah terhadap tempoh perniagaan yang telah berlalu. Oleh itu, ia

    memfokuskan kepada aktiviti perniagaan setahun yang berlalu (sehingga akaun ditutup).

    Aset semasa dalam tempoh tersebut akan dizakatkan, manakala liabiliti operasi untuk

    tempoh itu sahaja yang dibenarkan untuk ditolak semasa pengiraan zakat.

    Secara umumnya, kaedah taksiran zakat perniagaan terbahagi kepada dua, iaitu kaedah

    modal berkembang dan kaedah modal kerja.

    1. Kaedah Modal Berkembang (Urfiyyah)

    Kaedah ini mengambil kira ekuiti pemilik dan sumber-sumber pembiayaan

    kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Dalam istilah

    yang lebih ringkas ialah modal dicampurkan dengan keuntungan

    Ekuiti pemilik (+) Liabiliti Jangka Panjang () Aset Tetap () Aset Bukan

    Semasa (+/) Pelarasan (=) Harta perniagaan yang diwajibkan zakat

    2. Kaedah Modal Kerja (Syariyyah)

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    20/26

    20

    Kaedah ini mengambil kira kedudukan aset semasa perniagaan, ditolak liabiliti semasa

    dan dibuat pelarasan.

    Aset Semasa () Liabiliti Semasa (+/) Pelarasan (=) Harta perniagaan yang

    diwajibkan zakat

    Kedua-dua kaedah ini (urfiyyah dan syariyyah) hanya berbeza dari segi pendekatan

    kerana ia berasaskan persamaan perakaunan yang seimbang seperti berikut:

    Ekuiti Pemilik (+) Liabiliti Jangka Panjang () Aset Tetap () Aset Bukan Semasa

    (=) Aset Semasa () Liabiliti Semasa

    Penyata perakaunan disediakan berdasarkan Prinsip Perakaunan Diterima Umum(GAAP). Piawaian perakaunan semasa mempunyai tujuannya yang tersendiri dan tidak

    direka untuk menangani isu-isu berkaitan zakat.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    21/26

    21

    Pelarasan yang Perlu Dilakukan

    Pelarasan Item Aset Semasa yang Diberi Pengecualian atau

    Tolakan

    a. Penghutang lain seperti:

    Pinjaman yang diberi kerana tidak memenuhi syarat pemilikan sempurna. Prabayar seperti prabayar belanja insurans, cukai atas aset dan kenderaan kerana

    ia adalah aset pakai habis.

    Pendahuluan/deposit bertujuan untuk membeli aset tetap adalah pemilikan tidaksempurna.

    Pelbagai deposit untuk telefon, air, elektrik dan sewa bangunan bukan miliksempurna.

    Hasil sewaan aset tetap yang belum diterima juga bukan milik sempurna. Aset bekalan pejabat kerana ia adalah aset bukan diniagakan dan bersifat pakai

    habis.

    Aset bahan mentah dan aset kerja dalam proses kerana ia belum menjadi asetniaga.

    Deposit tetap bank dan sekuriti boleh pasar yang dicagarkanuntuk kemudahankewangan kerana bukan milik sempurna.

    Penghutang ragu yang khusus dikira sebagai pemilikan tidak sempurna dan tidakberkembang.

    Cukai Boleh Tuntut adalah bukan milik sempurna kerana ia adalah catatanperakaunan sahaja.

    Stok niaga yang tidak terjual, lupus atau usang kerana tidak bersifat berkembang.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    22/26

    22

    Tolakan lain

    Item lain yang perlu ditolak beserta asas pengecualiannya adalah seperti yang berikut:

    1. Dana Kebajikan kerana bukan niat diniagakan.2. Hasil faedah dan dividen daripada sumber haram kerana tidak syarie.3. Dividen yang telah diterima daripada sumber yang telah dibayar zakat kerana

    tidak dizakatkan dua kali atas harta yang sama.

    4. Skim Kredit Belum Terima yang masih dikelaskan dalam aset semasa keranabukan milik sempurna.

    Pelarasan Item Liabiliti Semasa yang Dicampur Semula

    (kepada Modal Kerja)

    a) Pemiutang lain seperti:

    Pinjaman daripada pihak lain kerana milik sempurna. Deposit pelbagai diterima kerana milik sempurna. Prabayar yang diterima kerana milik sempurna. Liabiliti yang tertunggak kerana sudah bertukar menjadi sumber milik sempurna.

    Liabiliti Kewangan untuk tahun depan adalah urusan tahun depan kerana taksiran

    zakat adalah untuk operasi tahun semasa.

    b) Overdraf, Nota Belum Bayar, Instrumen Liabiliti

    Kewangan Jangka Pendek kerana ia adalah sumber pembiayaan. Cukai Tertunggak kerana sudah bertukar menjadi sumber milik sempurna. Khusus untuk koperasi, item dividen belum bayar, pulangan atas yuran, pulangan

    atas simpanan wajib dan honorarium belum bayar dicampur semula kerana

    wajib dizakatkan terlebih dahulu.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    23/26

    23

    Rumusan Kaedah Taksiran Zakat Perniagaan

    Kaedah menaksir zakat perniagaan dirumuskan seperti yang berikut:

    Rumusan Pelarasan di Aset Semasa (Tolakan)

    Aset bukan niat diniagakan (urud al-tijarah) atau Aset bukan milik sempurna (al-milk al-tam) atau Aset tidak bersifat berkembang (al-nama) atau Aset yang wujud kerana pelarasan semula (item tahun hadapan). Hasil diterima tidak syarie.

    Hasil diterima sudah bersih zakat.

    Rumusan Pelarasan di Liabiliti Semasa (Campur Semula

    kepada Aset Semasa Bersih)

    Liabiliti sumber pembiayaan (milik sempurna). Liabiliti berkaitan urusan tahun hadapan (reklasifikasi). Item tertunggak daripada tahun sebelum (sumber pembiayaan). Pulangan kepada pemilik (termasuk pulangan interim). CONTOH PENGIRAAN HARTA PERNIAGAAN YANG WAJIB DIZAKAT ADALAH

    BERASASKAN:

    Modal berkembang iaitu modal termasuk keuntungan terkumpul Atau Modal kerja iaitu harta semasa bersih yang terdiri dari barang-barang yang

    tersedia untuk jualan (stok), wang tunai serta hutang piutang setelah dibuat

    pelarasan tertentu di mana perlu.

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    24/26

    24

    Modal Berkembang = Modal Kerja

    Ekuiti Pemilik+ Liabiliti Jangka Panjang - Aset

    Tetap - Aset Bukan Semasa

    Aset Semasa -

    Liabiliti Semasa

    Contoh: Modal Berkembang = Modal Kerja = RM 45,000.00 Pelarasan ( antaranya ) : a) Ditolak i) Harta (wang) yang tidak sempurna milik seperti pelbagai deposit. ii) Kerja dalam perlaksanaan. iii) Tabung kebajikan, pendapatan dari sumber tidak bersih dan lain-lain. Pelarasan Bahagian Aset ( Tolakan )

    Bil Perkara Amaun (RM)

    1 Bayaran deposit (air, api, telefon) 2,000.00

    2 Kerja dalam pelaksanaan 15,000.00

    3Penghutang Kewangan (contoh :

    oleh pengarah dan lain lain)5,000.00

    4 Tabung Kebajikan 2,000.00

    5 Dividen diterima sudah dizakat 2,000.00

    6Faedah ( interest ) dari Bank

    Konvensional1,000.00

    Jumlah 27,000.00

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    25/26

  • 8/13/2019 Assignment Zakat Perniagaan

    26/26

    Penutup.

    Zakat yang merupakan rukun yang ke tiga dari rukun islam. Wajibatas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu,tanpa

    melaksanakannya ibadah kita sebagai umat muslim tidak akan sempurna

    kerana zakat itu sendiri merupakan salah satu tonggak keimanan kseorang

    muslim.

    Peringatan begitu pentingnya zakat dalam kehidupan ini hendaklah kita

    sebagai umat muslim terus mendukung/turut serta dalam kegiatan-kegiatan

    yang berkaitan dengan pengelolaan zakat hal ini di maksudkan agar

    kesejahteraan secara menyeluruh dapat di capai.

    Zakat memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi negara

    Islam. Ia merupakan sumber penting dalam sistem percukaian negaraIslam dan berfungsi kepada pembangunan sesebuah negara.