BAB 1 DUNIA MELALUI DERIA KITA

94
BAB 1 DUNIA MELALUI DERIA KITA

description

BAB 1 DUNIA MELALUI DERIA KITA. 1.1 ORGAN DERIA DAN FUNGSINYA. Manusia mempunyai lima organ deria : Kulit Hidung Lidah Telinga Mata. 2. Organ-organ deria ini digunakan untuk mengesan rangsangan luar . - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of BAB 1 DUNIA MELALUI DERIA KITA

Slide 1

BAB 1DUNIA MELALUI DERIA KITA

1.1 ORGAN DERIA DAN FUNGSINYA

Manusia mempunyai lima organ deria:KulitHidungLidahTelingaMata2. Organ-organ deria ini digunakan untuk mengesan rangsangan luar.3. Setiap organ deria mempunyai struktur istimewa yang sensitif kepada rangsangan (reseptor).DERIA MANUSIA

ORGAN DERIA , RANSANGAN DAN DERIAOrgan DeriaJenis deriaRangsangan dikesanKulitSentuhanSentuh, tekanan, sakit. sejuk & panasHidungBauBahan-bahan kimiaLidahRasaBahan kimiaTelingaPendengaran & keseimbanganBunyiMataPenglihatanCahayaApakah yang akan berlaku selepas rangsangan dikesan?RangsanganReseptor dalam organ deriaSarafOtakSarafEfektorContoh: ototGerak balasImpuls sarafImpuls sarafImpuls sarafImpuls sarafRajah 1: Laluan gerak balas manusia terhadap rangsangan1.2 DERIA SENTUH

1.2.3.4. Kulit mempunyai dua lapisan utama:

- Epidermis (kalis air, lapisan pelindung) - Dermis (mengandungi banyak salur darah dan reseptor)

DermisEpidermisTisu lemak

Reseptor sakitReseptor sejukReseptor panasReseptor sentuhReseptor tekanan5. Kepekaan (sensitiviti) kulit bergantung kepada:Bilangan reseptorsemakin banyak reseptor pada kulit, semakin peka kulit terhadap rangsangan

b) Ketebalan lapisan epidermissemakin nipis epidermis, semakin peka kulit terhadap rangsangan

6. Fungsi-fungsi lain kulit adalah:Mencegah kemasukan bakteria dan kuman.Mencegah kehilangan air dari badan.Melindungi badan daripada sinaran ultraungu matahari.Mengawal suhu badan.7. Bahagian badan yang peka dan kurang peka:Bahagian yang peka terhadap rangsanganBahagian yang kurang peka terhadap rangsanganBibirHujung jariKawasan di belakang telingaKetiakBelakang leherBahagian sikuLututTapak tangan dan tapak kakipunggungKepentingan deria sentuh dalam Kehidupan

Tapak kasut kasar membolehkan kita berjalan dengan selamat

Tuala lembut untuk mengelap muka

Mengelakkan dilecurkan oleh bahan panas. Dapat mengesan bahan tajamUji diri 1.2Isi tempat kosong dengan maklumat yang sesuai. reseptor, ketebalan, nipis, bilangan, sentuhan, banyak, deria sentuhKulit ialah organ deria Terdapat lima jenis . di dalam kulit yang peka terhadap rangsangan yang tertentu.Kepekaan kulit bergantung pada epidermis dan reseptor pada kulit.Semakin .. epidermis, semakin peka kulit terhadap rangsangan.Semakin reseptor pada kulit, semakin peka kulit terhadap rangsangan.Orang buta menggunakan .. untuk membantunya membaca tulisan Braille.1.3 DERIA BAUStruktur Hidung

Deria bau adalah deria yang boleh mengesan rangsangan yangdihasilkan oleh bahan kimia yang tajam .

Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung.

Struktur hidung manusia:Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium.

Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali sebagaisel-sel penghidu (olfactory cells).

Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan olehsel-sel kelenjar.

Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai bulu untukmenapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.

Proses mengesan bau oleh hidung:

Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktorberikut:Kekuatan bau.Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang lebih lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain (yang lebih lemah baunya) tidak akan dikesan pada masa yang sama.

Kehadiran mukus dalam hidung.Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan kimia yang merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga hidung kering dan menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul.

Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya menghalang sel-selderia daripada dirangsang oleh bahan kimia. Oleh itu, orang yang menghidap selsema mempunyaikecekapan hidung yang kurang.

1.4 DERIA RASALidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin (salty), masam (sour) danpahit (bitter).

Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds).

Tunas rasa ini menyebabkanpermukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty).

Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan. Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu sahaja.Tunas rasa

Rajah :Kawasan rasa pada lidah

Lidah mengesan rasa dengan cara yang berikut:Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense of taste):

Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau adalahsaling berkaitan.

Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana hidungnyatersumbat dengan lendir / mukus (mucus).

Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh itu,selera makan seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.

1.5 DERIA PENDENGARANTelinga ialah organ pendengaran.

Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.

Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi dengancecair.

Rajah : Struktur telinga

Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:BAHAGIAN FUNGSITelinga luar:Cuping telinga(Pinna)Mengumpul dan mengarahkan gelombang bunyi ke dalam telinga.

Salur telinga(Ear canal)Menghantar gelombang bunyi ke gegendang telinga.

Gegendang telinga(Eardrum)Bergetar dan menghantar gelombang bunyi ke osikel.

BAHAGIAN FUNGSITelinga tengah:Osikel(Ossicles)Mempertingkatkan getaran gelombang bunyi sebanyak 22 kali sebelum menghantar ke tingkap bujur.

Tiub Eustachia(Eustachian tube)Mengimbangi tekanan udara di kedua-dua belah gegendang telinga.

Tingkap bujur(Oval window)Menghantar getaran bunyi dari bahagian telinga tengah ke telinga dalam.

BAHAGIAN FUNGSITelinga dalam:Koklea(Cochlea)

Mengubah getaran bunyi kepada impuls.Salur separuh bulat(Semicircular canals)

Mengimbangi kedudukan badan.Saraf auditori(Auditory nerves)Menghantar impuls dari koklea ke otak untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

Mekanisme pendengaran Mekanisme pendengaran telinga1.Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang (waves).

2. Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada salur telinga. Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga.

3.Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.

4.Getaran gelombang bunyi digandakan sebanyak 22 kalioleh osikel.Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap bujur.

Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk bergetar dan merangsang sel-selsaraf di dalam koklea.

Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls.

Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan sebagai bunyi.CUPING TELINGASALUR TELINGAGEGENDANGTELINGAOSIKELTINGKAP BUJURKOKLEASARAF AUDITORIOTAKGelombunyi yang masuk ke yang dalam telinga mengikut lintasan yang diringkaskan seperti berikut:1.6 DERIA PENGLIHATANMATA

Struktur mata

43STRUKTUR MATA MANUSIAMata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid(lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam).

Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya.

Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata.

FUNGSI SETIAP BAHAGIAN MATA

Mekanisma penglihatan dalam mataRingkasan lintasan cahaya dari objek yg memasuki mataCahaya dan Penglihatan

1. Sinar cahaya dpantulkan oleh permukan yg legap.

2. Mengikut hukum pantulan:

sinar tuju, sinar pantulan, dan garis normal adalah terletak pada satah yang sama.

sudut tuju adalah sama dengan sudut pantulan.Hukum Pantulan hanya dipatuhi jika sinar cahaya yg selari jatuh ke atas permukaan yg rata.

Sinar cahaya adalah selari apabila dipantulkan pada permukaan rata. Sinar cahaya yang dipantulkan pada permukaan kasar dan tidak rata adalah tidak selari. Contoh pantulan dalam kehidupan seharian

Kegunaan tentang pantulan pada alatan :

a. PeriskopPeriskop digunakan di kapal selam.

b. Kaleidoskop

-menghasilkan corak yang menarik apabila objek kecil dimasukkkan ke dalamnyaCiri-ciri imej apabila sinar cahaya dipantul ke cermin satah:maya ( tidak boleh terbentuk pada skrin)tegaksama saiz dengan objekjarak imej di belakang cermin satah adalah sama dengan jarak objek dihadapan cermin itue. sonsang sisiPembiasan Cahaya1. Pembiasan cahaya berlaku apabila cahaya bergerak pada satu sudut melalui dua medium yang berlainan ketumpatan.

2. Kelajuan cahaya berubah apabila sinar cahaya bergerak dari satu medium ke medium yang berlainan ketumpatan menyebabkan sinar cahaya dibiaskan(dibengkokkan)

Jika sinar tuju bergerak dari medium yang kurang tumpat ke medium yang lebih tumpat, sinar cahaya dibiaskan ke arah garis normal.

-Sinar cahaya bergerak dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat, sinar cahaya dibias menjauhi garis normal.

Contoh rajah sinar pembiasan:

Fenomena pembiasan cahaya dalam kehidupan seharian

Kecacatan penglihatanKecacatan penglihatan terjadi apabila imej objek tidak jatuh tepat ke atas retina.

Kecacatan yang biasa berlaku :a. rabun jauhb. rabun dekatc. astigmatisme( rabun silau)Rabun jauh (miopia)

dapat melihat objek dekat dengn jelastetapi objek jauh kelihatan kabur.

imej objek jatuh jauh dihadapan retina

berlaku disebabkan oleh bebola mata yg panjang,atau kanta terlalu tebal.

dibetulkan dengan memakai kanta cekung

Rabun dekat

dapat melihat objek jauh dengan jelas tetapi objek dekat kelihatan kabur. terjadi disebabkan imej objek yang dekat jatuh dibelakang retinaberlaku disebabkan oleh bebola mata terlalu pendek atau kanta mata terlalu nipis dapat dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cembungAstigmatism(rabun silau)

Astigmatism pula berlaku disebabkan imej yang terbentuk lebih daripada satu titik fokus. Keadaan ini disebabkan permukaan kornea yang tidak sekata atau beralun di mana cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja kerana berlaku pembiasan cahaya.Imejyang terbentukpadaretina kurang jelasdantepat dan menyebabkan pengurangan ketajaman atau ketepatan penglihatan. Maka, penglihatan akan menjadi silau.pembetulan untuk astigmatisme

Kebanyakan kes astigmatisme menyebabkan penglihatan kabur sama ada bagi objek dekat atau jauh.

untuk membetulkan astigmatisme pakar optik memperkenalkan kanta kaca mata berbentuk silinderRabun tua

Presbiopia adalah keadaan rabun atau pembiasan yang berlaku disebabkan oleh penurunan keupayaan kanta kristalin atau kornea mata untuk melakukan akomodasi. Keadaan penurunan keupayaan akomodasi ini berlaku berikutan umur yang semakin meningkat. Selalunya presbiopia wujud pada umur pertengahan, iaitu dalam lingkungan 40 tahunPenggunaan alat dan pembedahan untuk mengatasi kecacatan mata

Maklumat Ringkas tentang LASIK, dari fb Prof Muhaya:http://www.facebook.com/profdrmuhaya:

Ilusi optik

Kadang kala apa yang dilihat oleh mata tidak semestinya benar. Hal ini adalah kerana otak tidak dapat mentafsir dengan tepat apa yang sebenarnya dilihat oleh mata.Had deria penglihatan ini disebut ilusi optik.contoh-contoh ilusi optik

Berapa kaki gajah ini?Adakah benda ini bergerak ?

Gambar pelbagai wajahBerapa muka yang anda lihat? Adalah anda lihat perempuan tua, perempuan muda dan lelaki tua?

Arnab atau itik?

Gambar berkembarAnda lihat muka atau orang eskimo?

Berapakah jumlah tiang sebenar?Adakah anda melihat burung atau seorang wanita?Untuk maklumat lanjut sila layari laman web ini: http://www.123opticalillusions.comBintik buta

Bintik buta ialah titik dalam retina yang tidak dapat mengesan imej.

Bintik buta tidak mempunyai sel-sel deria yang peka cahaya dan terletak di pangkal saraf optik. Kita tidak dapat melihat objek jika imej tersebut jatuh di atas bintik buta.http://en.wikipedia.org/wiki/Blind_spotUjian untuk blind spotButa warna

(Perhatian :maklumat tambahan tiada dlm sukatan ting 2)Apakah nombor-nombor yang ada dalam setiap bulatan?Penglihatan stereoskopik

Penglihatan stereoskopik ialah penglihatan yg melibatkan kedua-dua belah mata.Otak menggabungkan penglihatan kedua-dua mata untuk menghasilkan imej tiga dimensi. Keadaan ini membolehkan kita menganggarkan jarak dengan tepat.Medan penglihatan stereoskopik adalah sempit.Pemangsa biasanya mempunyai jenis penglihatan ini. Kelebihan penglihatan stereoskopik-menganggarkan jarak dengan tepat semasa memburu mangsa.

Penglihatan monokularPenglihatan monokular ialah penglihatan yang melibatkan sebelah mata sahaja.Penglihatan ini menghasilkan imej datar.Medan penglihatan luas.Mangsa biasanya mempunyai penglihatan ini-cth: arnab, tikus

Penggunaan alat optikDigunakan untuk membantu mengatasi had deria penglihatan.Contoh: mikroskop, periskop, mesin x-ray alat pengimbas ultrabunyi.

Mesin x -ray

Bunyi dan PendengaranBunyi adalah satu bentuk tenaga.Bunyi dihasilkan oleh getaranPerubahan tenaga yang berlaku semasa penghasilan bunyi adalah seperti berikut: tenaga kinetik tenaga bunyiPemindahan bunyiPemindahan bunyi memerlukan mediumBunyi bergerak melalui pepejal, cecair dan gas.Bunyi paling laju melalui pepejal manakala paling lambat melalui gas. Hal ini berlaku kerana zara-zarah yang tersusun rapat di pepejal dapat memindahkan getaran dgn berkesan.Bunyi tidak dapat bergerak melalui vakum. Pantulan dan Penyerapan bunyiPermukaan yg keras dan licin memantul bunyi dengan baik.Bunyi yang terpantul dari permukaan dipanggil gema. Gema terbentuk di dlam gua, terowong dan dewan yg tertutup yang tidak dilengkapi dengan permaidani dan langsir.Bagaimanapun gema menjadi semakin lemah setiap kali bunyi itu dipantul kerana sebahagian dari tenaga bunyi diserap oleh permukaan. Permukaan yang lembut merupakan penyerap bunyi yang baik.Dewan konsert dan panggung wayang mempunyai permaidani dan langsir tebal yg membantu menyerap bunyi dan mengelakkan gema.Prinsip pantulan bunyi digunakan dalam cara berikut:

a. Mengesan ikan dilautb. Menentukan kedalaman lautc. Memeriksa fetus wanita hamil(melalui imbasan ultrabunyi)d.Dolfin dan kelawar menggunakan pantulan bunyi untuk mengesan halangan di laluannya atau untuk mencari mangsa. Aplikasi penyerapan bunyi termasuk :a. Dinding dewan dan bangunan yang besar dipasang papan lembut dan langsir yang tebal untuk menyerap bunyi dan mengurangkan gema.Kusyen dan pelapik lembut di dalam kereta digunakan untuk menyerap bunyi yang bising dari enjin. Kecacatan pendengaranKecacatan pendengan yang biasa dialami ialah pekak.Pekak adalah kecacatan pendengaran yg mungkin disebabkan kerosakan bahagian tertentu pada telinga spta. gegendang telinga terkoyakb. tulang-tulang osikel telingan rosakc. saraf auditori rosakd. koklea rosake. kerosakan pada pusat pendengaran di otak dan

Selalu terdedah kepada bunyi bising seperti letupan bunga api, konsert rock yang kuat, tukang besiTahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telingaGegendang telinga telah pecahBagaimana mengatasi kecacatan pendengaran ini?Dalam sesetengah kes kecacatan pendengaran ini dapat dibetulkan melalui pembedahan atau penggunaan alat bantu pendengaran

Rajah alat bantu pendengaran

Bolehkan kecacatan pendengaran diatasi atau diubati?Tulang tulang osikel telinga yang rosak digantikan dan gegendang telinga yang koyak dapat ditampal.Sesetengah kes pekak tidak dapat dipulihkan. misalnya kerosakan saraf auditori , koklea, atau pusat pendengaran di otak.Perbuatan yang menyebabkan pekak:

Had deria PendengaranTelinga manusia boleh mengesan bunyi anatara frekuensi 20 Hz hingga 20 000 Hz.Hertz ialah unit ukuran bilangan getaran sesaat.Kita tidak dapt mengesan bunyi diluar julat ini kerana gegendang telinga idak dapat bergetar dengan cukup pantas,Kita juga tidak dapat mendengar bunyi yang sangat perlahan.Bunyi perlahan dapat diperkuatkan dengan alat pendengaran, pembesar suara dan stetoskop.Stetoskop ialah alat yag digunakan oleh doktor untuk mendengar denyutan jantung dan pernafasan pesakit.Alat bantu pendengaran

Pendengaran Stereofonik Pendengaran stereofonik melibatkan pendengaran melalui dua belah telinga. Ini penting untuk memastikan arah bunyi.Apabila punca bunyi lebih dekat dengan sebelah telinga , bunyi yang dikesan telinga itu lebih kuat daripada sebelah telinga lagi. Otak menggunakan maklumat ini untuk menentukan arah bunyi itu.Sekiranya sebelah telinga kita rosak, agak sukar bagi kita memastikan dari mana bunyi itu berpunca.Bagi haiwan. pendengaran stereofonik membolehkan pemangsa mengesan mangsa dan sebaliknya.

Aktiviti 1.19 :Pendengaran stereofonik m/s 31( buku SPS)Rujuk muka surat 31 dalam buku sps untuk melakukan aktiviti ini.

Dah habis cerita tentang deria daaa(rujuk nota pp ini dilaman web cikgu

Minggu depan mula topik baru Gerak balas Tumbuhan. Persiapan PBS Band 6 .

Kepentingan bunyi dalan kehidupan

Pelbagai jenis bunyi dapat memberikan maklumat yang berlainan. Apa yang anda lakukan jika mendengar bunyi ini?