BAB 1 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang...

13
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia telah mula diperkenalkan sejak tahun 1950-an. Namun pada ketika itu pendidikan awal kanak-kanak hanya mampu diikuti oleh golongan atasan dan berada sahaja. Bermula pada tahun 1960-an, barulah pendidikan awal kanak-kanak berkembang secara menyeluruh termasuk kepada golongan yang kurang berkemampuan. Hal ini kerana timbulnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam golongan mereka. Pendidikan awal kanak-kanak penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum

description

Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Transcript of BAB 1 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang...

Page 1: BAB 1 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia telah mula diperkenalkan sejak tahun 1950-an.

Namun pada ketika itu pendidikan awal kanak-kanak hanya mampu diikuti oleh golongan

atasan dan berada sahaja. Bermula pada tahun 1960-an, barulah pendidikan awal kanak-

kanak berkembang secara menyeluruh termasuk kepada golongan yang kurang

berkemampuan. Hal ini kerana timbulnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan awal

kanak-kanak dalam golongan mereka. Pendidikan awal kanak-kanak penting dan perlu

diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak secara optimum berlaku

sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun. Pandangan ini sesuai dengan pendapat

Piaget bahawa perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor, iaitu semenjak

kanak-kanak lahir hingga berumur dua tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak

mengembangkan pengetahuan asasnya tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang dan masa.

Pengetahuan ini menjadi asas untuk perkembangan selanjutnya yang lebih sofistikated.

Biasanya kanak-kanak yang mengikuti program pendidikan awal kanak-kanak akan

lebih komited dalam pembelajaran mereka. Hal ini kerana kanak-kanak mudah untuk

Page 2: BAB 1 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

menerima ilmu pengetahuan secara efektif ketika awal usia. Selain itu kanak-kanak yang

mengikuti pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan

formal di sekolah rendah dan menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik semasa di

tahun pertama persekolahan (Halim, 1989). Penyataan ini bersesuaian dengan kajian yang

dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UNICEF (1980-1989)

yang mendapati bahawa kanak-kank yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah

lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah.

Pendidikan prasekolah di Malaysia berlandaskan kepada satu kurikulum iaitu

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK, 2010). Kurikulum ini merupakan satu

dokumen rujukan yang penting kepada pengusaha dan pendidikan di peringkat awal kanak-

kanak supaya pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berkesan dan mengikut saranan

yang ditetapkan.

KSPK digubal berkisarkan enam tunjang yang akan diteruskan pada sekolah rendah

dan sekolah menengah. Ia memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard

pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat

hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan

pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran. Salah satu

Tunjang Pembelajaran yang terlibat adalah Tunjang Fizikal dan Estetika.

Di bawah Tunjang Fizikal dan Estetika terdapat dua perkara yang ditekankan iaitu

bidang perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan serta bidang kreativiti. Fokus utama

yang melibatkan bidang perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan adalah

perkembangan motor halus, perkembangan motor kasar, kesihatan fizikal, kesihatan

persekitaran dan juga keselamatan.

Perkembangan kanak-kanak adalah satu pengajian yang merangkumi segala aspek

pertumbuhan dan perubahan manusia dari detik persenyawaan hingga remaja (Rohani

Abdullah, 2001). Kemahiran motor halus merupakan sebuah elemen penting dalam

perkembangan fizikal kanak-kanak sejak mereka dilahirkan. Matlamat prasekolah atau

pendidikan awal kanak-kanak telah mengarispandukan kepentingan motor halus dalam

kandungan objektif prasekolah iaitu kanak-kanak boleh menguasai kemahiran motor halus

dan asas motor kasar. Hal ini jelas menunjukkan signifikan pendedahan kepada kemahiran

motor halus kanak-kanak supaya mereka mahir dan boleh bertindak lebih jauh ke hadapan.

Page 3: BAB 1 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Kemahiran-kemahiran inilah yang menjadi batu asas bagi kanak-kanak untuk memasuki

pendidikan di peringkat yang lebih tinggi.

Kemahiran dalam motor halus merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai dari

peringkat tadika atau taska lagi. Kanak-kanak yang boleh menguasai kemahiran dalam

motor halus dengan baik berada dalam keadaan yang selesa berbanding kanak-kanak yang

belum menguasai kemahiran tersebut. Tidak dinafikan kanak-kanak boleh meningkatkan

kemahiran motor halus ketika di peringkat sekolah, namun dengan pelbagai kekangan serta

saiz kelas yang besar menjadikan ianya sesuatu yang agak mustahil. Ini adalah kerana

kebarangkalian untuk bimbingan diberikan adalah dilakukan dengan tidak sempurna. Ini

akan menyebabkan kanak-kanak yang lemah dalam kemahiran motor halus kemungkinan

akan berhadapan dengan kesusahan untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di

peringkat tadika atau prasekolah ini kerana kemahiran motor halus adalah asas yang perlu

dikuasai dalam mempelajari pelbagai bidang pelajaran di peringkat tadika atau prasekolah.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian ini dijalankan kerana masih terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menggunakan

kemahiran motor halus mereka dengan baik. Kemahiran motor halus melibatkan otot-otot

kecil serta koordinasi mata. Kemahiran boleh ditingkatkan melalui pendedahan aktiviti yang

boleh merangsang kemahiran kanak-kanak. Namun kemahiran menggunting masih di tahap

kurang memuaskan. Kemahiran menggunting adalah kemahiran yang memerlukan

penumpuan kanak-kanak terhadap objek yang digunakan serta objek yang digunting.

Berpandukan kepada tahap perkembangan fizikal yang digariskan dalam buku Kurikulum

PERMATA Negara, kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun sudah mampu menggunting

bentuk-bentuk yang mudah, namun kanak-kanak masih dilihat sukar untuk mengaplikasikan

kemahiran ini yang sepatutnya telah mampu mereka lakukan di peringkat lebih awal ini

walaupun telah berumur 5 tahun.

Sebelum melangkah ke alam pendidikan yang tinggi kemahiran atau penguasaan

kemahiran motor halus merupakan antara salah satu kemahiran penting yang wajib dikuasai

oleh kanak-kanak. Penguasaan yang baik dalam menggunakan kemahiran motor halus

Page 4: BAB 1 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju ke arah sesebuah negara maju, ini

kerana kanak-kanak yang sebegini lebih cepat dalam semua bidang pelajaran di peringkat

tadika atau prasekolah yang membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang

lebih tinggi dengan cepat dan cemerlang.

1.3 Penyataan Kajian

Matlamat utama pendidikan prasekolah adalah memastikan kanak-kanak untuk menguasai

kemahiran 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Keempat-empat kemahiran

ini perlu mereka kuasai sebelum mereka memasuki sekolah rendah iaitu semasa mereka

berumur empat hingga enam tahun. Menulis melibatkan kemahiran motor halus yang baik

dari peringkat awal lagi. Sesungguhnya, untuk merealisasikan matlamat ini bukan mudah

kerana proses pengajaran itu sendiri yang amat kompleks.

Menurut Arasoo (1989), terdapat dua faktor yang mengawal kemahiran motor iaitu

sikap atau persekitaran dan faktor genetik, termasuk perkembangan sistem saraf pusat dan

fungsi neurologikal. Kemahiran motor yang rendah pada sesetengah kanak-kanak adalah

disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor yang disebutkan. Namun yang demikian,

kemahiran motor kanak-kanak ini boleh ditingkatkan melalui latihan yang bersesuaian.

Penyelidik ingin melihat sejauh manakah tahap kemahiran motor halus kanak-kanak dan

apakah sebab yang menjadi batu penghalang terhadap perkembangan kemahiran

menggunting ini.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana tahap

penguasaan kemahiran motor halus kanak-kanak 5 dan 6 tahun dalam menggunting. Kajian

ini dilakukan terhadap kanak-kanak di Tadika Al-Hannah di Bandar Mahkota Cheras bagi

melihat tahap kemahiran kanak-kanak tersebut sama ada telah menguasai atau belum

menguasai kemahiran menggunting.

Penyelidik berharap melalui kajian ini dapat memberi gambaran lebih jelas

mengenai tahap kemahiran motor halus kanak-kanak 5 dan 6 tahun dalam menggunting.

Seterusnya dapat membantu dalam membantu dalam merangka rancangan intevensi atau

Page 5: BAB 1 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

pemulihan yang bersesuaian dengan tahap penguasaan kanak-kanak supaya sebarang

kekurangan kanak-kanak dapat diperbaiki.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini secara amnya bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kanak-kanak 5

dan 6 tahun dalam kemahiran motor halus ketika menggunting. Secara khususnya objektif

bagi kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap perkembangan kemahiran motor halus kanak-kanak

lima dan enam tahun iaitu kemahiran menggunting.

ii. Mengetahui faktor yang mempengaruhi masalah menggunting dalam

kalangan kanak-kanak.

iii. Memastikan adakah aktiviti yang dijalankan dapat membantu meningkatkan

kemahiran menggunting.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti berdasarkan

objektif yang hendak dicapai. Di antara persoalan kajian yang terjawab melalui kajian ini

adalah seperti berikut:

i. Adakah kanak lima dan enam tahun memiliki konsep dan asas memegang

gunting yang betul?

ii. Apakah faktor yang mempengaruhi kemahiran menggunting dalam

kalangan kanak-kanak terbatas?

iii. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan penguasaan kemahiran

menggunting kanak-kanakdaripada lurus kepada bentuk-bentuk

kompleks?

Page 6: BAB 1 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan berguna kepada

penyelidik serta kepada semua pihak dan institusi yang terlibat dalam merangka langkah

susulan meningkatkan tahap kemahiran motor halus kanak-kanak agar lebih baik dengan

menyesuaikan teknik pengajaran dan pembelajaran serta modul yang digunakan apabila

mengajar kanak-kanak tersebut.

Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mana-mana pihak yang

berminat untuk melaksanakan penyelidikan seterusnya.

Kajian seperti ini akan memberikan gambar yang lebih jelas mengenai tahap

keupayaan kemahiran motor halus dan motor kasar dalam kalangan kanak-kanak. Selaras

dengan matlamat dan objektif dalam pendidikan prasekolah untuk membolehkan murid

memperkembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan

keselamatan yang betul (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).

1.7 Batasan Kajian

Batasan kajian adalah batasan-batasan yang digariskan oleh pengkaji dalam kajian ini.

Kajian ini tertumpu kepada pengaruh di tadika sahaja dan tidak mengambil kira pengaruh

atau latarbelakang ibu bapa serta persekitaran di rumah kanak-kanak. Tidak dinafikan

bahawa latar belakang keluarga serta persekitaran di rumah turut mempengaruhi tahap

penguasaan kanak-kanak. Namun kajian ini lebih memfokuskan kepada bagaimana guru

Page 7: BAB 1 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

serta pihak pengurusan tadika untuk menyediakan persekitaran dan pembelajaran yang

positif dan kondusif agar tahap penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran menggunting

atau motor halus dapat ditingkatkan. Ini kerana hampir keseluruhan masa kanak-kanak

adalah dihabiskan di tadika berbanding di rumah.

Kajian ini melibatkan kanak-kanak yang terdiri 2 orang kanak-kanak daripada

lingkungan umur 5 tahun dan 2 orang kanak-kanak daripada lingkungan unur 6 tahun. Oleh

itu, keputusan kajian yang diperolehi adalah terhad kepada kanak-kanak yang dipilih sahaja

dan tidak dapat mewakili populasi yang lain.

Lokasi kajian ini hanyalah terhad kepada beberapa buah negeri sahaja iaitu Kuala

Lumpur, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa kawasan di Terangganu.

Ini bermakna penyelidik perlu memilih satu negeri dan daerah yang mempunyai sekurang-

kurangnya empat pengkaji lain. Maka, kos sara hidup adalah terhad kepada hal-hal tertentu

dan keutamaan sahaja.

Kajian yang dijalankan ini agak terhad dari segi masa kerana masa yang

diperuntukkan untuk kajian ini adalah selama 16 minggu sahaja. Begitu juga kesesuaian

waktu yang diberikan kepada penyelidik kerana proses penyelidikan ini adalah pada akhir

tahun dan awal tahun. Penyelidik perlu memilih umur sampel kajian yang bersesuaian

dengan tempoh waktu yang diberikan kerana pastinya akan menghadapi kesukaran dalam

mengumpul maklumat yang lebih terperinci dan mendalam mengenai tahap penguasaan

kanak-kanak dalam kemahiran menggunting. Oleh yang demikian skop kajian ini hanya

melibatkan faktor-faktor di tadika sahaja seperti yang telah dinyatakan sebelumnya dan

mengambil kira pandangan yang dinyatakan oleh kanak-kanak mengenai pengalaman

mereka dalam menggunting.

1.8 Definisi Operasional

Dalam proses menjalankan kajian ini, terdapat beberapa istilah yang perlu difahami secara

menyeluruh dan jelas untuk menjayakan kajian ini. Pengertian istilah-istilah tersebut ialah :

Perkembangan Fizikal

Page 8: BAB 1 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Berdasarkan kamus dewan, fizikal didefinasikan sebagai bukan dengan badan, jasmani atau

bukan dengan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Menurut Rohani Abdullah (2001),

perkembangan fizikal menurut beliau merangkumi pertumbuhan fizikal iaitu perubahan saiz

badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang, kemahiran

pergerakan motor kasar dan motor halus serta pengawalan dominan tangan kanan atau kiri.

Kemahiran Motor Kasar

Pergerakan yang dihasilkan oleh otot-otot besar bahagian badan yang terbahagi kepada dua

iaitu lokomot dan bukan lokomotor.

Kemahiran Motor Halus

Kemahiran motor halus didefinasikan sebagai koordinasi pergerakan otot-otot kecil pada

sebahagian anggota badan iaitu keselarasan di antara jari-jari tangan dengan mata seperti

perlakuan menjentik, memegang, mengentel dan sebagainya.

Menggunting

Memotong dengan menggunakan gunting (Dewan Bahasa dan Pustaka)

Kanak-kanak

Kanak-kanak ditakrifkan sebgai semua individu yang berumur dari lingkungan 0 hingga 18

tahun.

1.9 Kesimpulan

Page 9: BAB 1 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Bab ini telah membincangkan secara terperinci mengenai latar belakang penyelidikan yang

berfokuskan kepada penyataan masalah yang menjadi pendorong kepada penyelidik

membuat kajian. Dalam bab ini juga telah dibincangkan oleh penyelidik penyataan objektif,

persoalan kajian, batasan kajian dan seterusnya definisi dan istilah yang berkaitan.