BAB V

37
BAB V PENUTUP 5.1 PENDAHULUAN Bab ini membincangkan aspek-aspek kajian seperti ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian, rumusan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian menjelaskan rumusan kepada kajian yang telah dijalankan menggunakan borang soal selidik yang diubah suai dari Supervisory Communication Scales oleh Huseman dan rakan-rakan ( 1980a ) dan Indeks Kepuasan Kerja yang diperolehi dari Brayfield dan Rothe ( 1951 ). Perbincangan dan dapatan kajian menghurai dan membentangkan hasil kajian mengikut urutan persoalan kajian serta mengaitkannya dengan dapatan-dapatan kajian lepas.

description

ps

Transcript of BAB V

Page 1: BAB  V

BAB V

PENUTUP

5.1 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan aspek-aspek kajian seperti ringkasan kajian,

perbincangan dapatan kajian, rumusan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian,

cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian menjelaskan

rumusan kepada kajian yang telah dijalankan menggunakan borang soal selidik

yang diubah suai dari Supervisory Communication Scales oleh Huseman dan

rakan-rakan ( 1980a ) dan Indeks Kepuasan Kerja yang diperolehi dari Brayfield

dan Rothe ( 1951 ). Perbincangan dan dapatan kajian menghurai dan

membentangkan hasil kajian mengikut urutan persoalan kajian serta

mengaitkannya dengan dapatan-dapatan kajian lepas.

Aspek implikasi kajian pula menghurai serta menjelaskan kesan atau

impak dapatan kajian ke atas elemen-elemen pendidikan khususnya perspektif

pentadbiran dan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta perancangan

dan penilaian semula elemen-elemen tersebut. Manakala cadangan kajian

lanjutan lebih berupa huraian syor-syor atau cadangan kajian seterusnya

terhadap bidang-bidang tertentu yang tidak disentuh secara mendalam dalam

kajian ini atau unsur-unsur berkaitan yang berupaya memberi penjelasan lebih

Page 2: BAB  V

terperinci dan konkrit terhadap pemasalahan yang mungkin timbul dari kajian ini

atau kajian sebelumnya. Walau bagaimanapun fokus kajian adalah tertumpu

kepada gaya komunikasi pengetua maktab perguruan di Kedah dan Perlis serta

kesannya ke atas kepuasan bekerja pensyarah di institusi perguruan berkenaan.

5.2 RINGKASAN KAJIAN

Secara ringkasnya kajian ini bertujuan untuk meneliti serta meneroka jenis-jenis

gaya komunikasi pengetua di tiga buah maktab perguruan di kawasan utara

Semenanjung Malaysia iaitu Maktab Perguruan Perlis, Kangar Perlis ( MPP ),

Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah ( MPSAH ) dan

Institut Perguruan Darulaman, Jitra, Kedah ( IPDA ) mengikut persepsi

pensyarah di maktab berkenaan. Kajian juga bertujuan mengenalpasti gaya

komunikasi yang paling dominan atau paling kerap digunakan pengetua tersebut

semasa mengurus dan mentadbir maktab perguruan masing-masing.

Disamping itu kajian ini juga mempunyai objektif untuk melihat sama ada

wujud perbezaan antara persepsi pensyarah berdasarkan faktor jantina, umur,

latar belakang etnik, kategori perkhidmatan, jawatan disandang dan pengalaman

mengajar di maktab terhadap gaya komunikasi pengetua. Kajian ini juga

berhasrat untuk melihat perkaitan antara gaya komunikasi tersebut dengan

kepuasan bekerja pensyarah dan sejauh mana kekuatan hubungan kedua-dua

pemboleh ubah tersebut mempengaruhi satu sama lain.

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Satu set

borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data-

data kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada 180 orang pensyarah di tiga

buah maktab perguruan yang dinyatakan dan teknik persampelan diambil secara

rawak berstrata mengikut jantina, umur, etnik, kategori perkhidmatan, jawatan

disandang dan pengalaman mengajar di maktab perguruan.

Page 3: BAB  V

Data-data kuantitatif yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical

Packages for Social Science Version 11.0 ( SPSS 11.0 ) bagi memperolehi

statistik deskriptif dan statistik inferensi.

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Perbincangan dapatan kajian dijalankan mengikut persoalan kajian. Keputusan

kajian dibincang dengan merujuk kepada kajian-kajian lepas dan juga penulisan-

penulisan yang berkaitan dengan gaya komunikasi. Kesan yang mungkin

berpunca daripada rekabentuk kajian juga diambil kira. Secara umumnya empat

pernyataan hipotesis nul ( Ho ) diterima manakala tiga yang lain ditolak.

Pernyataan hipotesis nul yang diterima merujuk kepada hipotesis-hipotesis Ho1,

Ho3, Ho4 dan Ho6 manakala pernyataan hipotesis-hipotesis Ho2, Ho5 dan Ho7

ditolak.

Dapatan kajian jelas menunjukkan tiada perbezaan persepsi pensyarah

terhadap gaya komunikasi pengetua berdasarkan jantina, latar belakang etnik,

kategori perkhidmatan dan pengalaman bekerja di maktab manakala perbezaan

persepsi pensyarah terhadap gaya komunikasi pengetua berlaku berdasarkan

faktor kumpulan umur dan jawatan disandang. Selain itu kajian turut

membuktikan terdapat perhubungan antara persepsi pensyarah terhadap gaya

komunikasi pengetua dengan kepuasan bekerja mereka sekali gus menidakkan

pernyataan hipotesis Ho7 yang menyatakan tidak wujud perhubungan antara

kedua-dua pembolehubah tersebut. Perkaitan yang bermakna didapati wujud

antara kepelbagaian gaya komunikasi pengetua dengan kepuasan bekerja

pensyarah di maktab perguruan. Ini memberi gambaran gaya komunikasi positif

menyumbang kepada kepuasan kerja tinggi atau positif manakala gaya negatif

mendorong kepada kepuasan kerja rendah dan negatif. Penjelasan lebih lanjut

diberikan melalui perbincangan setiap persoalan kajian berikutnya.

Page 4: BAB  V

5.3.1 Apakah gaya komunikasi yang diamalkan oleh pengetua maktab

perguruan serta gaya manakah yang mendominasi amalan

komunikasi tersebut berdasarkan persepsi pensyarah?

Berdasarkan dapatan kajian, jelas menunjukkan tiga gaya komunikasi iaitu gaya

ekspresi positif, penglibatan dan rasional kerja merupakan gaya yang paling

kerap diamalkan oleh pengetua maktab perguruan semasa mengurus dan

mentadbir institusi berkenaan berbanding empat gaya lain yang dikenal pasti iaitu

arahan kerja, maklumbalas, penerangan kerja dan ekspresi negatif. Sehubungan

dengan itu gaya ekspresi positif menjadi gaya komunikasi paling popular dan

kerap diamalkan pengetua manakala gaya ekspresi negatif menjadi gaya

komunikasi paling tidak popular dan jarang diamalkan pengetua. Dengan kata

lain gaya ekspresi positif mendominasikan komunikasi antara pengetua dengan

pensyarahnya.

Fenomena ini menggambarkan pengetua lebih cenderung menonjolkan

gaya komuniksi bersifat terbuka, dua hala serta menunjukkan kematangan

berinteraksi dan ini dilihat mendatangkan persepsi positif pensyarah di samping

memberi kepuasan bekerja kepada mereka. Pengetua tidak cenderung untuk

berkomunikasi mengikut gaya ekspresi negatif kerana gaya tersebut dilihat

mampu meninggalkan impak negatif ke atas kepuasan dan prestasi kerja

pensyarah serta tidak sesuai diamalkan di sebuah institusi pendidikan yang rata-

rata terdiri daripada golongan profesional. Gaya ekspresi positif, penglibatan dan

rasional kerja dilihat lebih sesuai dan mampu menyumbang ke arah mutu kerja

yang lebih baik dan berkesan disamping mendorong kepada motivasi serta

keselesaan bekerja di kalangan pensyarah maktab perguruan.

Kajian juga menunjukkan, enam gaya komunikasi kecuali gaya ekspresi

negatif diamalkan secara agak seimbang dan ini menggambarkan keupayaan

pengetua untuk mempelbagaikan gaya komunikasinya bagi menyesuaikan diri

dengan jenis tugas serta peranan yang perlu dimainkan beliau sebagai ketua

Page 5: BAB  V

pentadbir di maktab perguruan. Keenam-enam gaya ini mempunyai peranan dan

pengaruh yang tersendiri dalam mengerakkan serta mendorong minat, motivasi,

keupayaan dan tanggungjawab memikul tugas yang diamanahkan kepada

pensyarah.

Institusi pendidikan seperti maktab perguruan terdiri daripada komponen

personel profesional khususnya yang melibatkan tenaga akademik. Berdasarkan

kelayakkan akademik boleh dikatakan hampir tiada perbezaan antara pengetua

dengan pensyarah, malah sebilangan pensyarah didapati mempunyai

kelayakkan akademik yang lebih tinggi berbanding pengetua. Aspek umur juga

menunjukkan tidak wujud perbezaan ketara antara pengetua dengan pensyarah

dan pengetua mungkin dilihat mempunyai kelebihan dari aspek kekananan

dalam jawatan.

Oleh yang demikian fenomena ini menuntut keupayaan, kebijaksanaan

dan kemahiran berkomunikasi yang tinggi di kalangan pengetua bukan saja

untuk mendorong kualiti kerja yang tinggi di kalangan pensyarah malah juga

bertujuan mengelakkan konflik yang boleh menjejaskan peranan dan fungsi

maktab perguruan sebagai ‘kilang’ mengeluarkan guru terlatih untuk dibekalkan

ke sekolah. Menyedari hakikat individu manusia adalah berbeza maka

kebijaksanaan pengetua mengadun pendekatan komunikasi yang berbeza serta

pelbagai dilihat cara terbaik menggerakkan mutu dan prestasi kerja pensyarah

ketahap semaksima mungkin.

Dapatan kajian ini walaupun pada asasnya mempunyai persamaan

dengan kajian yang dijalankan oleh Ariffin ( 2001 ) dari segi amalan gaya

komunikasi positif pengetua, namun terdapat perbezaan berdasarkan aspek

gaya komunikasi tertentu. Kajian Ariffin ( 2001 ), mendapati empat gaya

komunikasi kerap diamalkan oleh pengetua di sekolah ialah gaya penerangan

kerja, maklumbalas, ekspresi positif dan penglibatan manakala kajian ini

mendapati gaya ekspresi positif, penglibatan dan rasional kerja paling kerap

Page 6: BAB  V

diamalkan pengetua maktab perguruan. Fenomena ini jelas menunjukkan

terdapat perbezaan persepsi terhadap gaya komunikasi pengetua antara guru

sekolah dan pensyarah maktab perguruan walaupun gaya komunikasi tersebut

dilihat sebagai unsur positif yang menyumbangkan kepada kepuasan kerja

mereka.

5.3.2 Adakah wujud perbezaan pada persepsi pensyarah terhadap gaya

komunikasi pengetua berdasarkan faktor jantina?

Kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan sama sekali mengikut persepsi

pensyarah terhadap gaya komunikasi pengetua berdasarkan faktor jantina. Ini

menunjukkan pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan mempunyai persepsi

yang sama terhadap keupayaan pengetua menonjolkan ketujuh-tujuh gaya

komunikasi yang dikenal pasti semasa mengurus dan mentadbir maktab

perguruan. Keadaan ini menggambarkan bahawa pengetua mengamalkan gaya

komunikasi yang saksama, seimbang dan adil terhadap kedua-dua komponen

jantina pensyarah lelaki dan perempuan. Pensyarah tidak didiskriminasikan

mengikut jantina dalam amalan komunikasi pengetua dengan kata lain tidak

wujud perbezaan dalam gaya komunikasi pengetua terhadap pensyarah lelaki

dan pensyarah perempuan.

Fenomena ini menggambarkan faktor jantina bukanlah penghalang atau

menjadi masalah kepada pengetua untuk mengamalkan gaya komunikasi yang

saksama terhadap pensyarahnya. Pengetua dilhat tidak mempunyai masalah

berurusan atau berinteraksi dengan jantina yang berlawanan dengannya semasa

menjalankan urusan pentadbiran di maktab perguruan. Ini disebabkan faktor

pengalaman lampau serta pendedahan meluas dalam bidang pengurusan dan

pentadbiran institusi atau organisasi sebelumnya. Kenyataan ini membuktikan

kematangan pengetua dalam bersosialisasi sekali gus membuktikan keupayaan

tinggi pengetua dalam kemahiran berkomunikasi serta kemahiran interpersonal.

Page 7: BAB  V

Kajian juga mendapati tiada gaya tertentu ditujukan atau dikhususkan

kepada jantina tertentu semasa komunikasi pengetua-pensyarah. Disini jelas

menggambarkan ketujuh-tujuh jenis gaya komunikasi yang dikenal pasti

ditonjolkan secara sama rata tanpa mengambil kira sama ada pesyarah itu lelaki

atau perempuan, sama jantina dengannya ataupun sebaliknya. Dapatan ini

memberi harapan dan petanda baik bahawa program maktab perguruan sama

ada yang bersifat rutin atau berkala mampu dilaksanakan tanpa kekangan faktor

jantina khususnya yang melibatkan aspek komunikasi atau interaksi pengetua-

pensyarah. Aspek ini membuktikan pengetua maktab perguruan mampu

dijadikan role model oleh pensyarah dalam usaha mewujudkan persekitaran

sosial yang sihat di maktab perguruan untuk menjamin kecemerlangan

pendidikan yang berterusan kerana aspek komunikasi dilihat menjadi asas

terpenting dalam pencapaian misi tersebut.

Dengan ini dapatlah dikatakan pengetua maktab perguruan di negeri

Kedah dan Perlis tidak langsung mendiskriminasikan pensyarah berdasarkan

faktor jantina semasa berkomunikasi dengan mereka dan ini dibuktikan melalui

hasil kajian yang menunjukkan tidak wujud perbezaan sama sekali mengikut

persepsi pensyarah sama ada lelaki atau perempuan terhadap gaya komunikasi

pengetua. Dapatan ini menunjukkan perbezaan dengan kajian Ariffin ( 2001 )

yang mendapati perbezaan berlaku dalam gaya komunikasi pengetua di daerah

Hulu Langat semasa berinteraksi dengan guru-guru di sekolah masing-masing.

5.3.3 Adakah wujud perbezaan pada persepsi pensyarah terhadap gaya

komunikasi pengetua berdasarkan faktor umur?

Hasil kajian mendapati wujud perbezaan mengikut persepsi pensyarah terhadap

gaya komunikasi pengetua berdasarkan faktor umur. Dengan kata lain

pensyarah-pensyarah di tiga buah maktab perguruan yang dikaji mengakui

Page 8: BAB  V

terdapat perbezaan gaya komunikasi pengetua antara mereka mengikut umur.

Kumpulan pensyarah umur muda didapati kurang bersetuju dengan kenyataan

yang mengatakan pengetua mengamalkan komunikasi terbuka secara seimbang

berbanding kumpulan pensyarah umur tua yang lebih bersetuju dengan gaya

komunikasi seimbang pengetua.

Ini menjelaskan, kepelbagaian gaya komunikasi pengetua dilihat secara

berbeza oleh pensyarah dan mereka berpendapat pengetua membezakan

amalan komunikasinya terhadap pensyarah di mana kumpulan pensyarah yang

berada pada umur muda kurang mendapat perhatian pengetua dalam amalan

komunikasinya. Kumpulan pensyarah yang berumur muda mendapati pengetua

kurang berkomunikasi secara total dengan mereka serta tidak mengamalkan

gaya komunikasi seperti yang diamalkan terhadap kumpulan pensyarah yang

berumur lebih tua. Kumpulan umur muda dilihat mahu pengetua mengamalkan

gaya komunikasi yang sama seperti mana yang dilakukan pengetua terhadap

kumpulan pensyarah yang berumur lebih tua.

Mereka menyatakan pengetua lebih cenderung untuk berkomunikasi

secara mesra dan terbuka dengan golongan pensyarah umur tua berbanding

mereka. Kajian juga jelas menunjukkan terdapat jurang komunikasi antara

pengetua dengan kumpulan pensyarah umur muda tetapi jurang tersebut tidak

kelihatan bila pengetua berkomunikasi dengan kumpulan pensyarah umur tua.

Walaubagaimanapun perbezaan persepsi ini dilihat tidak banyak mempengaruhi

kepuasan bekerja mereka di maktab perguruan walaupun secara umumnya

terdapat perkaitan antara persepsi pensyarah terhadap gaya komunikasi

pengetua dengan kepuasan bekerja mereka. Hal ini disebabkan jumlah dan

peratusan pensyarah dalam kumpulan umur muda iaitu kurang daripada 40

tahun adalah lebih kecil berbanding mereka yang berumur lebih 40 tahun dan

keadaan ini didapati kurang mempengaruhi hubungan tersebut..

Page 9: BAB  V

Hasil kajian jelas menunjukkan terdapat sedikit rasa kurang puas hati

pensyarah kumpulan umur muda terhadap amalan gaya komunikasi pengetua.

Mereka mahu dilayan secara sama rata dalam amalan komunikasi seperti mana

yang ditunjukkan pengetua terhadap pensyarah kumpulan umur yang lebih tua.

Oleh itu fenomena ini menuntut pengetua melihat kembali amalan komunikasinya

dengan membuat refleksi diri supaya tiada golongan pensyarah yang merasa

tersisih, diabaikan dan kurang penting. Keadaan ini perlu mendapat perhatian

pengetua kerana sokongan padu semua pensyarah merupakan faktor penting

menjayakan sesuatu aktiviti atau program latihan perguruan di maktab. Bagi

tujuan memperolehi sokongan padu secara total dari semua pensyarah amalan

komunikasi yang berkesan, seimbang dan menyeluruh tanpa meminggir atau

menyisih mana-mana golongan pensyarah adalah amat penting.

5.3.4 Adakah wujud perbezaan pada persepsi pensyarah terhadap gaya

komunikasi pengetua berdasarkan faktor etnik?

Hasil kajian mendapati faktor etnik tidak menyumbang kepada perbezaan

persepsi pensyarah terhadap gaya komunikasi pengetua maktab perguruan yang

dikaji. Dengan kata lain tidak terdapat perbezaan pada pesepsi pensyarah

terhadap gaya komunikasi pengetua. Ini dengan jelas menggambarkan gaya

komunikasi yang diamalkan pengetua tiga maktab perguruan di utara

semenanjung itu tidak sedikit menimbulkan rasa kurang senang etnik tertentu.

Pengetua didapati tidak mengamalkan diskriminasi dalam amalan komunikasi

dan tidak menonjolkan gaya-gaya tertentu terhadap etnik-etnik tertentu.

Kepelbagaian gaya komunikasi yang diamalkan pengetua dapat diterima

dan mendapat reaksi positif pensyarah kecuali gaya komunikasi ekspresi negatif.

Pensyarah tidak bersetuju mengatakan pengetua mengamalkan gaya tersebut

dan merasa puas hati gaya tersebut tidak menjadi pilihan pengetua dalam

amalan komunikasinya. Kajian juga mendapati pensyarah tanpa mengira latar

Page 10: BAB  V

belakang etnik mampu dan dapat berkomunikasi secara berkesan dengan

pengetua tanpa ragu-ragu.

Fenomena ini sudah tentu menggembirakan banyak pihak lebih-lebih lagi

dalam era masyarakat memperkatakan tentang soal perpaduan nasional dan

integrasi kaum di institusi pendidikan. Gaya positif ini seharusnya menjadi contoh

kepada institusi pendidikan lain seperti sekolah dan universiti dengan mesej

integrasi kaum mampu dicapai melalui saluran pendidikan yang berakar umbi di

institusi-institusi pendidikan sama ada sekolah, maktab perguruan atau pusat

pengajian tinggi yang lain. Komposisi pensyarah mengikut latar belakang etnik di

maktab-maktab perguruan yang dikaji menunjukkan terdapat keseimbangan dari

segi bilangan dan peratusannya. Dapatan ini dilihat berupaya membetulkan salah

tanggapan pihak-pihak tertentu yang mengatakan berlaku polarisasi etnik di

institusi pendidikan.

5.3.5 Adakah wujud perbezaan pada persepsi pensyarah terhadap gaya

komunikasi pengetua berdasarkan faktor kategori perkhidmatan?

Kajian yang dijalankan terhadap gaya komunikasi pengetua ini mendapati tiada

perbezaan persepsi pensyarah sama ada bagi kategori perkhidmatan DG 2 atau

DG 3. Kedua-dua kumpulan pensyarah ini tidak menunjukkan perbezaan

persepsi terhadap gaya komunikasi yang diamalkan pengetua maktab perguruan

semasa mengurus dan mentadbir maktab perguruan. Ini membuktikan pengetua-

pengetua di tiga buah maktab perguruan yang dikaji tidak menampakkan

kecenderungan untuk mengamalkan diskriminasi dalam komunikasinya antara

pensyarah yang lebih kanan dengan pensyarah biasa. Dengan kata lain faktor

kategori perkhidmatan bukanlah menjadi sebab kepada penonjolan gaya

komunikasi yang berbeza terhadap pensyarah.

Page 11: BAB  V

Nyata sekali kepelbagaian gaya komunikasi yang diamalkan pengetua

ketika mentadbir maktab perguruan khususnya semasa berinteraksi dengan

pensyarah dilihat secara positif oleh pensyarah dan mereka merasa tidak berlaku

sebarang diskriminasi dalam komunikasi tersebut. Gaya yang pelbagai ini

digunakan untuk kedua-dua kumpulan kategori perkhidmatan pensyarah tanpa

mengambil kira sama pensyarah itu kanan atau pensyarah biasa. Fenomena ini

menunjukkan kematangan pengetua dalam amalan komunikasinya. Ia dilihat

mampu memberi impak positif ke atas prestasi dan budaya kerja di maktab

perguruan. Secara logik, pensyarah yang rasa dirinya dihargai serta tidak

disisihkan akan mempamerkan satu etika, budaya dan hasil kerja yang

membanggakan. Yang pasti setiap individu pensyarah tanpa mengira kumpulan

kategori perkhidmatan mempunyai peranan yang tersendiri dalam memberi

sumbangan bermakna terhadap kemajuan sesebuah organisasi pendidikan

seperti maktab perguruan.

5.3.6 Adakah wujud perbezaan pada persepsi pensyarah terhadap gaya

komunikasi pengetua berdasarkan faktor jawatan disandang?

Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan mengikut persepsi pensyarah

terhadap gaya komunikasi pengetua berdasarkan faktor jawatan disandang.

Dengan kata lain dua kumpulan pensyarah yang terdiri daripada ketua jabatan

dan pensyarah biasa menunjukkan persepsi atau pandangan yang berbeza

terhadap gaya komunikasi pengetua di maktab perguruan. Pensyarah yang

menjawat jawatan ketua jabatan melahirkan persepsi yang lebih positif dengan

mengatakan pengetua tidak mengamalkan diskriminasi dalam amalan

komunikasinya serta bersetuju dengan pandangan bahawa pengetua

mengamalkan komunikasi pelbagai gaya secara menyeluruh terhadap semua

pensyarah. Manakala pensyarah biasa melihat pengetua lebih terbuka dan

mesra dengan mereka yang terdiri daripada ketua jabatan.

Page 12: BAB  V

Oleh itu jelaslah, kajian ini menunjukkan wujud jurang komunikasi antara

dua kumpulan pensyarah di maktab perguruan berdasarkan persepsi yang

mereka berikan. Komunikasi hanya bersifat terbuka, dua hala dan lebih berkesan

terhadap kumpulan ketua jabatan sementara keadaan sebaliknya berlaku

terhadap kumpulan pensyarah biasa. Kumpulan pensyarah biasa mempunyai

persepsi bahawa pengetua kurang memberi perhatian kepada mereka dalam

amalan komunikasi berbanding apa yang ditunjukkan kepada kumpulan ketua

jabatan. Fenomena ini jika tidak diberi perhatian boleh mencetuskan rasa

terpinggir dan tidak dihargai oleh kumpulan pensyarah biasa.

Justeru itu, pengetua seharusnya berupaya menyedari pemasalahan ini

agar sentiasa dipandang tinggi dan diberi rasa hormat oleh pensyarah di

bawahnya. Kegagalan pengetua menonjolkan amalan komunikasi saksama

tanpa mengira kumpulan pensyarah juga boleh memberi kesan ke atas prestasi

dan kepuasan kerja mereka yang akhirnya akan membataskan usaha ke arah

pencapaian misi dan visi maktab. Kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan

guru seperti maktab perguruan banyak bergantung kepada sejauh mana

kemampuan pengetua mengurus dan mentadbir institusi berkenaan. Keefisienan

dan kualiti seseorang pengetua bukan saja dinilai dari keupayaannya

menjalankan tugas dengan cekap malah turut mencakupi aspek kemanusiaan

seperti komunikasi berkesan. Justeru itu, komunikasi yang ditonjolkan

sewajarnya mampu memenuhi kehendak semua pensyarah tanpa adanya unsur-

unsur double standard.

5.3.7 Adakah wujud perbezaan pada persepsi pensyarah terhadap gaya

komunikasi pengetua berdasarkan faktor pengalaman bekerja di

maktab perguruan?

Dapatan kajian juga membuktikan tiada amalan diskriminasi komunikasi di

kalangan pengetua di tiga buah maktab perguruan di kaji mengikut persepsi

Page 13: BAB  V

pensyarah berdasarkan faktor pengalaman bekerja di maktab. Dengan kata lain

pensyarah secara keseluruhannya melahirkan persepsi sama terhadap

keupayaan pengetua berkomunikasi berdasarkan pengalaman mengajar di

maktab perguruan. Pengetua dilihat tidak membezakan pensyarah yang

berpengalaman atau kurang berpengalaman ketika berinteraksi dengan mereka.

Proses komunikasi yang berlaku, memberi kepuasan kepada pensyarah sekali

gus menafikan pengetua menunjukkan minat serta peka terhadap kumpulan

pensyarah yang mempunyai pengalaman mengajar yang lebih di maktab.

Dapatan ini membuktikan tiada perbezaan mengikut persepsi pensyarah

terhadap gaya komunikasi pengetua berdasarkan faktor pengalaman mengajar di

maktab perguruan. Pengetua dilihat tidak mengabaikan golongan kurang

berpengalaman dengan memberi layanan yang saksama terhadap semua

pensyarah. Ketiadaan perbezaan persepsi ini memberi harapan bahawa amalan

komunikasi pengetua di maktab berupaya memenuhi kehendak pensyarah yang

menerima arahan tugas dari pihak pengetua. Justeru itu keselesaan dan

keseronokkan bekerja dijangka boleh dicapai dengan mudah sekiranya aspek ini

terus dipelihara oleh pengetua sekali gus melahirkan kepuasan bekerja yang

positif di kalangan pensyarah keseluruhannya.

5.3.8 Adakah wujud perkaitan antara persepsi persyarah terhadap gaya

komunikasi pengetua dengan kepuasan bekerja mereka?

Kajian ini juga membuktikan sememangnya persepsi pensyarah terhadap gaya

komunikasi pengetua mempunyai perkaitan bermakna dengan kepuasan bekerja

mereka di maktab perguruan. Dengan kata lain kepuasan bekerja pensyarah di

maktab perguruan adalah berkait rapat dengan tanggapan mereka terhadap

gaya komunikasi yang ditonjolkan pengetua semasa berinteraksi dengan

mereka. Amalan gaya, jenis dan pola komunikasi pengetua dengan stafnya

dilihat amat mempengaruhi kepuasan bekerja mereka dan tidak keterlaluan jika

Page 14: BAB  V

dikatakan ia juga turut menyumbang kepada prestasi serta kualiti kerja

pensyarah.

Pengetua yang cenderung menggunakan gaya komunikasi positif seperti

ekspresi positif, penglibatan, rasional kerja, maklumbalas dan penerangan kerja

dilihat lebih disukai oleh pensyarah dan amat membantu kepada kepuasan

bekerja positif manakala gaya komunikasi negatif seperti ekspresi negatif tidak

begitu digemari pensyarah dan menyumbang kearah kepuasan kerja negatif.

Justeru itu pengetua dituntut mempelbagaikan penggunaan dan amalan gaya

komunikasi positif kerana dapatan kajian jelas menunjukkan gaya tersebut

mampu memberi impak bermakna terhadap kepuasan dan prestasi kerja.

Budaya kerja yang cemerlang mengambil kira faktor kemanusiaan untuk

melahirkan komunikasi berkesan yang dilihat terbukti menguntungkan sesebuah

organisasi. Sebaliknya unsur-unsur komunikasi negatif harus di hindari kerana

ternyata kesan negatifnya ke atas prestasi dan kepuasan bekerja.

Kajian untuk melihat perhubungan atau impak, kesan dan sumbangan

gaya komunikasi kepada kepuasan bekerja pernah dilakukan oleh beberapa

penyelidik seperti Sim ( 1996 ), Alexander ( 1989 ), Abdul Halim ( 1983 ),

Huseman dan rakan-rakan ( 1980a ) serta Murninghan dan Leung ( 1979 ).

Berdasarkan dapatan kajian mereka, bentuk komunikasi penerangan kerja,

maklumbalas, dan ekspresi positif berperanan penting ke arah menentukan

kepuasan kerja guru di sekolah di samping menjadi faktor penunjuk kepada

keberkesanan komunikasi antara pengetua dengan gurunya.

Ketiga-tiga bentuk komunikasi ini mempengaruhi kepuasan kerja guru

kerana membolehkan mereka mendapat maklumat yang secukupnya untuk

melaksanakan sesuatu tugas dengan sempurna serta berkesan. Mereka juga

mendapati terdapat hubungan positif antara pengalaman komunikasi ekspresi

positif dengan kepuasan bekerja dan menyifatkan komunikasi ekspresi positif

harus menunjukkan kemesraan berinteraksi antara pengetua dan guru kerana

Page 15: BAB  V

aspek ini mampu meningkatkan hubungan baik antara mereka. Pincus ( 1986 )

berpendapat maklumat yang mencukupi membantu pekerja mempertingkatkan

kualiti dan prestasi kerja. Kajian ini yang mendapati gaya komunikasi ekspresi

positif, penglibatan dan rasional kerja lebih menyumbang kepada kepuasan

bekerja pensyarah dilihat menyokong hasil kajian yang dibuat oleh Sim ( 1996 ),

Abdul Halim ( 1983 ),Srivatara ( 1983 ) serta Murninghan dan Leung ( 1979 ).

Disamping itu, kajian yang dijalankan oleh Gan ( 1985 ), Plunkett ( 1983 ) serta

Richmond, Wagner dan McCroskey ( 1983 ) juga menunjukkan persamaan

dengan kajian ini yang sama-sama mendapati adanya perkaitan antara gaya

komunikasi pengetua dengan kepuasan pekerja pensyarah dan guru.

Kajian ini juga menunjukkan gaya ekspresi positif menjadi gaya

komunikasi utama pengetua di maktab perguruan walaupun perbezaan

amalannya dengan gaya komunikasi yang lain tidak ketara. Ini agak berbeza

dengan kajian yang dijalankan oleh Sim ( 1996 ), Abdul Halim ( 1983 ), serta

Murninghan dan Leung ( 1979 ) yang mendapati gaya komunikasi ekspresi positif

bukanlah gaya dominan pengetua di sekolah. Pensyarah di maktab perguruan

merasa puas hati dengan penonjolan gaya positif ini dan menyifatkan ianya

sebagai menyumbang kepada kepuasan bekerja mereka. Namun berdasarkan

dapatan kajian pengkaji di atas, walaupun mengakui gaya ekspresi positif boleh

menyumbang kepada kepuasan bekerja tetapi mengikut persepsi guru di

sekolah pengetua kurang mengamalkannya berbanding gaya-gaya yang lain

Komunikasi ekspresi negatif berasaskan kepada ciri komunikasi sehala,

tidak menggalakkan perhubungan mesra dan jika diamalkan pengetua tidak

merangsang kepada kewujudan kepuasan kerja pensyarah. Kenyataan ini

selaras dengan dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa kepuasan kerja

pensyarah adalah rendah jika pengetua mengamalkannya dalam pengurusan

dan pentadbiran maktab perguruan. Pensyarah juga didapati menolak gaya

komunikasi ini dengan melahirkan persepsi negatif terhadapnya.

Page 16: BAB  V

Keputusan kajian ini didapati menyokong hasil kajian yang dilakukan oleh

Alexander dan rakan-rakan ( 1989 ) serta Schulur dan Blank ( 1976 ) yang

mendapati komunikasi ekspresi negatif mempunyai hubungan yang negatif

dengan kepuasan kerja serta tidak sesuai di amalkan kerana mendatangkan

kepuasan bekerja yang rendah di kalangan guru sekolah. Rasionalnya guru atau

pensyarah tidak akan selesa jika terpaksa berdepan dengan pengetua yang

sentiasa bermasam muka, cepat marah, suka menyindir dan tidak mesra

pendengar. Suasana begini jika wujud dalam komunikasi pengetua akan

menyebabkan rasa tertekan serta boleh menimbulkan rasa tidak puas hati

terhadap kepimpinan pengetua. Mahmood ( 1990 ) mengatakan suasana

psikologikal yang tidak memuaskan dalam organisasi boleh melahirkan

ketidakpuasan dan menurunkan prestasi kerja.

Kajian ini turut menyokong penyelidikan yang dibuat oleh Vanderslice,

Rice dan Juliana ( 1987 ) menyatakan penglibatan pekerja dalam membuat

keputusan boleh meningkatkan kepuasan dan produktiviti kerja. Komunikasi gaya

penglibatan ini bersifat dua hala sesuai diamalkan dan didapati menyumbang

kepada kepuasan bekerja. Menurut mereka guru yang dilibatkan dalam proses

membuat keputusan akan merasa diri dan sumbangan mereka dihargai

seterusnya akan melaksanakan sesuatu rancangan dengan sepenuh hati. Kajian

ini membuktikan gaya komunikasi penglibatan merupakan pendekatan

komunikasi kedua popular dan kerap di amalkan pengetua maktab perguruan.

Rata-rata pensyarah berasa puas hati dengan amalan gaya komunikasi ini sekali

gus menunjukkan rasa puas hati mereka terhadap tugas dan tanggungjawab

yang dilakukan.

Kajian ini turut menyokong dapatan yang diperolehi dari penyelidikan yang

dilakukan oleh Munchisky ( 1980 ) yang menyatakan komunikasi arahan kerja

mempunyai hubungan positif dengan kepuasan dan prestasi kerja. Komunikasi

gaya arahan kerja menurut Munchisky ( 1980 ) adalah bersifat arahan, perintah

atau suruhan menggunakan kaedah profesional seperti ketegasan, jelas, tepat

Page 17: BAB  V

dan logik dan seharusnya diamalkan dalam pengurusan, pentadbiran dan

kepimpinan pengetua kerana banyak aspek dalam pelaksanaan tugas pengetua

di maktab perguruan ataupun sekolah memerlukan pendekatan arahan.

Biasanya pensyarah akan akur dengan setiap arahan yang dikeluarkan tetapi

arahan tersebut haruslah konsisten serta menyeluruh kepada semua pensyarah.

Kajian ini juga menunjukkan, gaya komunikasi arahan kerja masih kerap

diamalkan pengetua walaupun tidak sekerap gaya ekspresi positif dan

penglibatan. Pensyarah masih menganggap gaya tersebut relevan dengan

kepuasan kerja mereka memahami betapa pengetua perlu mengaplikasikan gaya

tersebut dalam situasi tertentu dan ini dilihat secara positif oleh pensyarah

berkenaan.

Dapatan dari kajian yang dijalankan oleh Schulur ( 1979 ) serta Schulur

dan Blank ( 1976 ) menunjukkan komunikasi gaya rasional kerja masih menjadi

pilihan pengetua sekolah dan mendatangkan kepuasan bekerja kepada

pensyarah. Ini menunjukkan guru memerlukan maklumat dan panduan terhadap

sesuatu kerja yang dilakukan serta berasa puas hati sekiranya pengetua dapat

mengemukan sebab-sebab sesuatu kerja itu perlu dilakukan. Kajian oleh

Schulur dan Blank ( 1979 ) ini agak menyokong kajian ini, tetapi pensyarah-

pensyarah di maktab perguruan melihat kepentingan gaya komunikasi rasional

kerja pengetua lebih dari apa yang dilihat oleh guru-guru di sekolah. Gaya

rasional kerja juga dilihat antara tiga gaya komunikasi utama yang diamalkan

pengetua di maktab perguruan berbanding pengetua sekolah.

Bagaimanapun, dapatan kajian ke atas pengetua-pengetua di tiga buah

maktab perguruan di negari Kedah dan Perlis ini menunjukkan masih terdapat

amalan diskriminasi dalam amalan komunikasi pengetua berkenaan terhadap

pensyarahnya. Walaupun persepsi pensyarah menunjukkan tidak wujud

diskriminasi komunikasi pengetua berdasarkan faktor jantina, etnik, kategori

perkhidmatan dan pengalaman mengajar di maktab tetapi dapatan kajian juga

memperlihatkan diskriminasi dalam komunikasi pengetua berlaku berdasarkan

Page 18: BAB  V

umur dan jawatan disandang walaupun perbezaannya tidak begitu ketara.

Fenomena ini menuntut pengetua memberi perhatian sewajarnya dan

memperbaiki amalan komunikasi khususnya terhadap golongan pensyarah umur

muda dan kumpulan pensyarah biasa yang tidak menyandang jawatan ketua

jabatan.

5.4 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian, secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa

pengetua maktab perguruan di negeri Kedah dan Perlis mengamalkan ketujuh-

tujuh gaya komunikasi yang dikaji dalam urusan pentadbiran serta kepimpinan

mereka khususnya semasa berinteraksi dengan pensyarah-pensyarah. Tujuh

gaya komunikasi tersebut terdiri daripada ekspresi positif, penglibatan, rasional

kerja, arahan kerja, maklumbalas, penerangan kerja dan ekspresi negatif.

Ketujuh-tujuh gaya komunikasi tersebut pula dilihat mempunyai hubungan atau

perkaitan dengan kepuasan kerja pensyarah-pensyarah di maktab perguruan.

Pensyarah memperlihatkan kepuasan kerja positif terhadap penonjolan

serta amalan komunikasi positif oleh pengetua. Kajian juga jelas menunjukkan

daripada tujuh gaya komunikasi yang dikaji, tiga gaya iaitu ekspresi positif,

penglibatan dan rasional kerja dilihat mempunyai kekerapan yang tinggi dalam

amalan pengetua semasa mentadbir maktab perguruan. Dengan kata lain tiga

gaya tersebut merupakan gaya yang paling kerap atau paling banyak digunakan

pengetua semasa berurusan dengan pensyarah di maktab perguruan. Di antara

tiga gaya yang paling menonjol dalan amalan komunikasi pengetua ini, gaya

ekspresi positif merupakan gaya yang paling kerap digunakan dalam amalan

komunikasi pengetua, sekali gus menunjukkan gaya tersebut menjadi amalan

komunikasi paling popular di kalangan pengetua maktab perguruan yang dikaji.

Page 19: BAB  V

Walaupun empat gaya komunikasi selebihnya yang terdiri daripada

arahan kerja, maklumbalas, penerangan kerja dan ekspresi negatif tidak

menunjukkan kekerapan penggunaan yang tinggi di kalangan pengetua, namun

dapatan jelas menunjukkan keempat-empat gaya tersebut masih menjadi amalan

di kalangan pengetua khususnya gaya arahan kerja, maklumbalas dan gaya

penerangan kerja. Manakala gaya ekspresi negatif merupakan gaya yang paling

rendah kekerapan penggunaannya dalam amalan komunikasi pengetua. Ini

menunjukkan gaya tersebut merupakan gaya yang menjadi pilihan terakhir

pengetua dan paling kurang menonjol berbanding enam gaya yang lain.

Berdasarkan definisi komunikasi yang dikemukan dalam bab 1, tiga gaya

komunikasi iaitu ekspresi positif, penglibatan rasional kerja dan maklumbalas

menjurus kepada bentuk komunikasi dua hala pengetua-pensyarah. Ini

menggambarkan pengetua lebih gemar memilih corak komunikasi dua hala

ketika berinteraksi dengan pensyarah dalam urusan pentadbiran maktab

perguruan. Oleh itu jelaslah, pengetua maktab perguruan menggunakan

pelbagai gaya komunikasi dalam amalan komunikasinya semasa mentadbir dan

mengurus maktab perguruan khususnya ketika berurusan dan berinteraksi

dengan pensyarah. Penilaian berdasarkan persepsi pensyarah juga

membuktikan pengetua maktab perguruan mengamalkan bentuk komunikasi

terbuka, dua hala, mesra pendengar dan berkesan.

Daripada tiga gaya yang paling kerap digunakan, ketiga-tiganya didapati

menyumbang secara bererti kepada kepuasan bekerja pensyarah. Gaya ekspresi

positif, penglibatan dan rasional kerja didapati mempunyai hubungan dengan

kepuasan bekerja sekali gus menunjukkan ketiga-tiga gaya tersebut mempunyai

hubungan yang lebih kuat berbanding gaya komunikasi yang lain. Dengan kata

lain pensyarah melahirkan rasa puas dan selesa sekiranya ketiga-tiga gaya

komunikasi tersebut kerap dan terus diamalkan oleh pengetua. Justeru itu,

dapatlah disimpulkan bahawa pensyarah-pensyarah di tiga buah maktab

perguruan di Kedah dan Perlis merasa puas dan selesa dengan amalan

Page 20: BAB  V

komunikasi pengetua kerana gaya komunikasi yang mendatangkan kepuasan

kepada mereka dan kerap diamalkan pengetua semasa menjalankan

pentadbiran di maktab perguruan. Sebaliknya, gaya komunikasi ekspresi negatif

tidak sesuai diamalkan pengetua kerana dilihat mempunyai kecenderungan ke

arah menyumbangkan kepada kepuasan kerja yang rendah atau negatif.

Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan mengikut

persepsi pensyarah terhadap gaya komunikasi pengetua berdasarkan faktor

jantina, latar belakang etnik, kategori perkhidmatan dan pengalaman mengajar di

maktab. Sebaliknya dapatan menunjukkan wujud perbezaan mengikut persepsi

pensyarah terhadap gaya komunikasi pengetua berdasarkan faktor kumpulan

umur dan jawatan disandang. Dari aspek perhubungan atau perkaitan antara

persepsi terhadap gaya komunikasi pengetua dengan kepuasan bekerja

pensyarah dapatan menunjukkan memang wujud perkaitan antara kedua-dua

pemboleh ubah tersebut di mana kecenderungan pengetua menonjolkan gaya

komunikasi yang disukai pensyarah mendorong kepada keselesaan dan

keseronokkan bekerja seterusnya membawa kepada kepuasan bekerja di

kalangan pensyarah.

5.5 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Kajian menunjukkan pengetua maktab perguruan patut mengekalkan

kepelbagaian gaya komunikasi yang diamalkan di mana kepelbagaian gaya ini

dilihat menyumbangkan secara bermakna kepada kepuasan bekerja pensyarah.

Perhatian yang sewajarnya perlu diberi terhadap gaya komunikasi yang

menonjolkan unsur-unsur kemanusiaan untuk mewujudkan iklim bekerja yang

harmoni, seronok serta tidak tertekan. Rasionalnya aspek komunikasi dilihat

menjadi asas kepada semua bentuk dan pola interaksi antara pengetua dan

pensyarah maupun pensyarah sesama pensyarah ke arah mewujudkan budaya

kerja yang positif dan cemerlang. Komunikasi berkesan bertindak sebagai aset

Page 21: BAB  V

penting yang mendorong kepada kepuasan bekerja positif sekali gus memberi

impak bermakna ke atas output sesebuah organisasi.

Dalam kes maktab perguruan, latihan dan guru terlatih yang dibekalkan

menjadi ukuran kualiti output yang dimaksudkan. Hasil seumpama ini mampu

dicapai sekiranya wujud kepuasan bekerja yang tinggi di kalangan pensyarah.

Kepuasan bekerja yang tinggi mempengaruhi prestasi kerja, komitmen dan

kesungguhan terhadap pelaksanaan tugas yang diamanahkan. Apa pun

hakikatnya, yang jelas komunikasi berkesan adalah penyampaian mesej secara

mudah, jujur, lengkap, cepat dan tepat serta mudah difahami. Saluran paling

mujarab ialah kebijaksanaan berkomunikasi. Justeru itu Hussein ( 1992 )

berpendapat pengetua perlu mempunyai kecekapan dan kebijaksanaan dalam

pelbagai aspek pengurusan, khususnya aspek perhubungan manusia untuk

menjamin iklim organisasi yang positif khususnya di maktab perguruan.

Kajian yang dijalankan di tiga buah maktab perguruan di utara

semenanjung ini juga mendapati hanya gaya komunikasi ekspresi negatif sahaja

mendatangkan kepuasan bekerja yang rendah kepada pensyarah. Justeru itu

pengetua seharusnya mengelakkan gaya komunikasi sedemikian agar

pensyarah dapat berkhidmat dengan sepenuh hati serta memberi komitmen padu

untuk kebaikan organisasi maktab perguruan. Nyata sekali enam bentuk

komunikasi yang digariskan mendapat reaksi positif dan disenangi pensyarah

khususnya gaya ekspresi positif, penglibatan dan rasional kerja dan hasil kajian

juga menunjukkan ketiga-tiga gaya komunikasi tersebut menyumbangkan secara

berkesan dan bermakna kepada kepuasan kerja pensyarah.

Kesimpulannya, pengetua dituntut memberi penekanan serius kepada

amalan komunikasi yang memberi keselesaan kepada pensyarah dengan kerap

mengamalkan gaya terbuka, dinamik, dua hala, mesra pendengar serta

mementingkan nilai-nilai kemanusiaan. Disamping itu, pengetua juga perlu tegas

dan jelas dalam memberi arahan serta memberi penerangan secukupnya

Page 22: BAB  V

terhadap sesuatu tugas atau tanggungjawab yang bakal dilaksanakan

pensyarah. Sebarang perancangan, keputusan, pelaksanaan dan penilaian

semula sesuatu aktiviti perlu melibatkan semua pensyarah. Fenomena ini sudah

tentu menyumbang kepada kepuasan bekerja yang tinggi di mana pensyarah

merasa diri mereka dianggap penting serta turut memberi sumbangan bermakna

dalam pencapaian misi organisasi.

5.6 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Dapatan ini mengesahkan dapatan kajian terdahulu dan beberapa andaian awal

terhadap komunikasi serta kepuasan bekerja. Bagaimanapun terdapat dapatan

yang memerlukan kajian lanjutan untuk mengesah dan mencari faktor-faktor lain

yang mungkin mempengaruhinya. Antara kajian lanjutan yang dicadangkan

adalah seperti di bawah.

a) Kajian ini telah dijalankan ke atas pengetua-pengetua berdasarkan

persepsi 180 orang pensyarah di Institut Perguruan Darulaman Jitra

Kedah ( IPDA ), Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani

Kedah ( MPSAH ) dan Maktab Perguruan Perlis di Kangar ( MPP ). Maka

dapatan kajian ini hanya dapat digeneralisasikan kepada ketiga-tiga

pengetua berkenaan berdasarkan persepsi pensyarah di maktab

berkenaan sahaja. Usaha penyelidikan perlu dibuat dengan melibatkan

populasi di semua maktab perguruan di Malaysia untuk melihat pola

komunikasi yang mungkin berbeza daripada apa yang didapati melalui

kajian ini. Ia akan membolehkan dapatan kajian seterusnya mewakili

fenomena sebenar yang berlaku ke atas pengetua dan pensyarah serta

memahami hubungan gaya komunikasi dengan kepuasan bekerja dalam

bentuk yang lain.

Page 23: BAB  V

b) Kajian ini hanya meninjau tujuh gaya komunikasi pengetua berdasarkan

borang soal selidik Supervisory Communication Scales oleh Huseman dan

rakan-rakan ( 1980a ) dan Indeks Kepuasan Kerja oleh Brayfield dan

Rothe ( 1951 ) yang mengukur gaya komunikasi pengetua dan kepuasan

kerja pensyarah. Pengkaji percaya terdapat pelbagai pola, gaya dan jenis

komunikasi lain yang diamalkan pengetua di maktab masing-masing. Oleh

itu dicadangkan kajian-kajian akan datang meliputi aspek-aspek gaya,

pola dan jenis komunikasi lain dengan penggunaan instrumen kajian yang

berbeza supaya dapatan kajian yang lebih menyeluruh dan bermakna

diperolehi.

c) Memandangkan pengkaji telah menjalankan kajian mengenai gaya

komunikasi pengetua berdasarkan persepsi pensyarah serta

hubungannya dengan kepuasan bekerja mereka, maka adalah

dicadangkan kajian seterusnya melihat pengaruh faktor-faktor lain

terhadap kepuasan bekerja seperti persekitaran, polisi dan ganjaran.

Selain itu aspek gaya komunikasi sesama pensyarah atau pensyarah

dengan staf sokongan boleh dijadikan asas kajian seterusnya.

d) Memandangkan kajian ini mendapati hubungan antara gaya komunikasi

pengetua dan kepuasan bekerja pensyarah mempunyai kaitan yang

signifikan, adalah dicadangkan kajian akan datang dapat dilakukan melalui

kaedah lain seperti kaedah eksperimen dan kaedah kualitatif untuk

memberi gambaran lebih jelas, menyeluruh dan tepat terhadap isu yang

diperkatakan.

e) Kajian ini juga boleh diaplikasikan kepada guru-guru besar di sekolah

rendah, pengetua-pengetua di sekolah menengah, ketua-ketua di institusi-

institusi pendidikan awam dan swasta serta pengarah-pengarah di

jabatan-jabatan pendidikan tertentu mengikut kesesuaiannya. Ini dilihat

Page 24: BAB  V

berupaya memberi peluang kepada guru besar, pengetua, ketua pentadbir

atau pengarah berkenaan peluang membuat refleksi diri serta mengenal

pasti kekurangan dan kelemahan diri untuk diambil langkah pembaikan

demi hasil yang lebih memuaskan.

5.7 KESIMPULAN

Berdasarkan huraian dalam bab V ini, dapatlah disimpulkan bahawa pengetua

dan pensyarah di maktab perguruan masing-masing memainkan peranan yang

cukup besar dalam menentukan kecemerlangan serta hala tuju sesebuah maktab

perguruan. Kedua-dua komponen penting ini merupakan faktor utama yang

mencorakkan budaya kerja di institusi masing-masing manakala budaya kerja

yang positif menjadi penentu kepada kecemerlangan akademik serta kualiti guru

pelatih sebagai output yang menepati kehendak falsafah pendidikan negara.

Sehubungan itu, aspek komunikasi berkesan merupakan faktor penting yang

menjadi asas kepada semua urusan pentadbiran, pengurusan, pengajaran dan

pembelajaran di maktab perguruan. Oleh yang demikian perhatian sewajarnya

perlu diberikan terhadap aspek ini agar keunggulan institusi maktab perguruan

dapat dipelihara.

Pengetua perlu sedar pensyarah dan kakitangan di bawahnya merupakan

aset yang tidak ternilai dan menjadi pelengkap kepada keupayaan maktab

memenuhi tanggung jawab dab fungsinya. Tanpa sokongan dan komitmen

mereka impian untuk mencapai misi kecemerlangan menjadi mustahil dan yang

lebih parah ia memberi kesan ke atas kualiti pendidikan negara serta

mempengaruhi pembentukkan generasi masa depan. Oleh itu pengetua

seharusnya sentiasa dan terus menonjolkan kepelbagaian gaya komunikasi

mengikut kehendak dan citarasa pensyarah kerana fenomena ini mempunyai

kekuatan yang tersendiri dalam usaha menggerak serta memotivasikan

pensyarah menjalankan tugas. Di pihak pensyarah pula, mereka harus

Page 25: BAB  V

memahami keadaan dan cabaran tugas pengetua yang perlu memikul

tanggungjawab mentadbir dan mengurus sebuah institusi pendidikan yang

mempunyai ratusan atau mungkin ribuan personel di bawahnya. Pensyarah juga

perlu menerima dan memahami hakikat bahawa bidang tugas pengetua terlalu

kompleks dan memerlukan mereka berurusan dengan pelbagai pihak di luar

institusinya. Pengetua juga kerapkali terpaksa membuat keputusan pantas

terhadap pelbagai pemasalahan yang memerlukan penyelesaian segera. Oleh itu

fenomena ini perlu difahami pensyarah yang seharusnya melihat pengetua

sebagai insan biasa yang mempunyai kekurangan-kekurangan tertentu.

Walaubagaimanapun komunikasi berkesan dalam semua urusan rasmi

dan tidak rasmi tidak harus membelakangkan aspek kemanusiaan usaha perlu

dipertingkatkan ke arah merapatkan jurang komunikasi di maktab perguruan

khususnya antara pengetua dengan pensyarah. Terdapat banyak ruang yang

perlu diberi perhatian serta pemulihan segera agar aspek penting ini tidak

membantut usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah menjadikan

Malaysia pusat pendidikan serantau serta pendidikan bertaraf dunia. Langkah

memperkenalkan konsep ‘ maktab penyayang ’ dan ‘ rumahku, maktabku ’ dilihat

antara usaha kearah amalan komunikasi berkesan namun pengisian aktivitinya

perlu dilakukan secara berkesan, bersungguh dan bermakna agar membuahkan

hasil yang lebih membanggakan.