Bahasa melayu
-
Upload
binam-azhar -
Category
Education
-
view
49 -
download
2
Transcript of Bahasa melayu
Kemajuan bangsa adalah sinonim dengan keupayaan masyarakat untuk memajukan ekonomi dan diri melalui peningkatan peradaban dan intelek .Bahasa memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pemahaman terhadap ilmu moden .Bincangkan potensi Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmiah diMalaysia
Mukadimah
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bermaksud peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan yang lama
atau moden seperti ilmu sains, teknologi, ekonomi, kedoktoran, undang-undang, sastera dan
agama. Dengan perkataan lain, bahasa Melayu boleh berfungsi sebagai bahasa akademik
yang lengkap dengan laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka
bidang ilmu .
Menurut Havranex , sesuatu bahasa yang ingin mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu
mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Melalui
keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan
buah fikiran yang berkesan dan tepat serta mampu menyampaikan kesinambungan dan
kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan.
Beliau juga mengatakan bahawa kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa tersebut
mesti sudah berada dalam suasana 'saintifik' yang boleh menganalisis bahasa secara tepat
yang mencerminkan kejelasan pemikiran yang logik.Keintelektualan bahasa dicapai melalui
penambahan perbendaharaan kata dan melalui sistem pemodenan tatabahasa.
PENGEMBANGAN
PERBENDAHARAAN KATA
KEINTEKTUALAN
BAHASA
PEMODENAN
TATABAHASA
Keintelektualan perbendaharaan kata boleh dicapai melalui dua cara, iaitu pengembangan
perbendaharaan kata dengan menambah istilah baru yang bersifat khusus dan kadangkala
sukar difahami.Seterusnya, usaha membentuk dan mencorak perbendaharaan kata iaitu
dengan memberi pengertian khusus atau tertentu kepada perkataan tertentu yang berbeza
dengan penggunaan biasa yang bersifat tepat, spesifik dan abstrak.Pemodenan tatabahasa
pula akan melibatkan segala usaha bermula dari memantapkan ejaan ,sebutan larasa bahasa
dan bidang penulisan bahasa tersebut
Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagai bahasa
ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap serta mempunyai sifat-
sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Kestabilan
bermaksud sesuatu bahasa itu mestilah mempunyai peraturan-peraturan atau sistem,
contohnya peraturan sebutan, peraturan memakai imbuhan, peraturan menggunakan frasa
atau ayat, di samping mempunyai sistem atau cara membentuk kata atau istilah-istilah. Tanpa
peraturan ini, kestabilan bahasa tidak mungkin tercapai. Bersifat lentur pula bermaksud
bahasa itu boleh menerima pembaharuan yang berlaku di dalam bahasa-bahasa lain.
Misalnya, penggunaan imbuhan pinjaman ,penggunaan istilah baru dan kata pinjaman
daripada bahasa Inggeris dan Arab. Sifat keterbukaan ini membolehkan sesuatu bahasa
berfungsi dengan sempurna sebagai bahasa ilmu di dalam pelbagai bidang termasuk sains dan
teknologi.
Berdasarkan ciri yang dinyatakan ,sesungguhnya Bahasa Melayu mampu menjulang
tanggungjawab sebagai bahasa ilmu jika ia dibenarkan dan diberikan segenap kepercayaan
untuk mengalasi tugasan tersebut. Sejarah nyata tercatat dilipatan riwayat zaman dahulu
yang bahasa melayu pernah menerajui segala bahasa sebagai lingua franca. Dinyatakan juga
zaman kegemilangan Melaka ,segala urusan dipelabuhan Melaka dijalankan dalam bahasa
Melayu. Ini menunjukkan betapa bahasa ini telah berkemampuan mengalas tugasan sebagai
bahasa perhubungan dan perdagangan serta pastinya ia sebagagai wahana pengucapan ilmu
pada masa itu.
Berdasarkan itu ,keraguan yang disuarakan oleh sesetengah pihak akan kurangnya
kepercayaan mereka dengan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah tidak
berasas. Pihak yang cuba mengesampingkan peranan bahasa Melayu kebanyakannya adalah
daripada kalangan mereka yang tidak mampu menguasai bahasa itu secara keseluruhannya
atau pihak yang telah kurang identiti kebangsaannya.
Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan
Apabila Negara mendakap kemerdekaan bahasa Melayu terus diiktiraf sebagai bahasa
Kebangsaan. Melalui Perkara 152 (1) memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah
bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan
dengan undang-undang oleh Parlimen. Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 pula
menghendaki bahasa kebangsaan digunakan untuk maksud rasmi.
Satu lagi titik besar yang merubah martabat dan kedudukan bahasa Melayu adalah Akta
Pendidikan 1996, tafsiran Seksyen 2 yang menerangkan bahawa bahasa kebangsaan
hendaklah dijadikan bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam sistem
pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 17(1) Menteri ada kuasa
mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di mana-mana
institusi pendidikan lain.
Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan iaitu dengan syarat bahawa tiada
sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain
daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Sebermula
dengan ini ,bahasa Melayu telah diangkat dan diiktiraf sebagai bahasa pengucapan ilmu.
Memertabatkan Bahasa Melayu
Nik Safiah Karim (1984) pernah mengatakan bahawa pencapaian taraf keintelektualan bahasa
Melayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmiah.
Usaha-usaha untuk tujuan tersebut terus berlangsuang dengan penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka.Melalui penubuhan DBP pelbagai perancangan dan usaha terus dilaksanakan bagi
meningkatkan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah. Secara kasar ,sesuatu
perancangan bahasa akan melalui tiga peringkat iaitu ;-
3
Setelah selesai tahap pertama ini , maka tahap kedua yang meliputi aspek
pengekodan ,pemupukan dan penilaian dilaksanakan. Terbaru, tiga langkah utama yang
dirangkum daripada 13 syor telah ditetapkan bagi memperkasakan bahasa Melayu iaitu
i. Meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
ii. Mengiktiraf peranan Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan
(JKIMBK)
iii. Merancakkan industri buku kebangsaan.
PENILAIAN
PERANCANGAN
PELAKSANAAN
MASYARAKAT BAHASA
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bermaksud fungsi bahasa bahasa Melayu sebagai
pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden, iaitu
ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejuteraan, kedoktoran, dan undang-undang di samping
sastera dan agama.
Sistem tatabahasa dan segala aspek tatabahasa sama ada ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan
dan seumpamanya memerlukan permodenan. Penekanan harus diberi kepada aspek imbuhan
dan ejaan kerana kesilapan dalam penggunaannya boleh mengubah maksud sebenar sesuatu
ayat yang dihasilkan itu. Bagi menangani perkara ini, terutamanya dari aspek sebutan,
perancangan dan pelaksanaan bahasa bakuperlu dijalankan. Hal ini bertujuan untuk
meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bersifat mudah lentur dan ada keselarasan
dalam penggunaannya.
Seterusnya , bahasa Melayu yang ingin berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap
perlu tersusun laras-laras bahasanya bagi berkemampuan memperkatakan pelbagai hal
baharu dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam bidang kejuteraan, bahasa Melayu
harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang
kejuteraan awam, kejuteraaan elektrik dan elektronik, kejuteraan mekanikal dan kejuteraan
kimia. Begitu juga dalam bidang kedoktoran, bahasa Melayu perlu mempunyai laras bahasa
untuk memperkatakan hal-hal dengan tepat tentang bidang anatomi, biokimia, farmakologi,
fisiologi, mikrobiologi perubatan, obstetrik dan ginakologi dan lain-lain lagi.
Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras
kesusasteraan, laras sejarah, laras seni ukir, laras sains rumah tangga dan sebagainya (Nik
Safiah Karim, 1986:6). Sebagai bahasa ilmu bahasa Melayu harus mempunyai
perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan
pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa, perindustrian ringan dan berat,
perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan perangkaan. Maksudnya kekuatan bahasa
Melayu seharusnya setanding dengan kekuatan bahasa Inggeris dalam memperkatakan
konsep dan pemikiran ilmu moden.
Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa
antarabangsa yang lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman dan bahasa
Jepun yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai ciri keintelektualan bahasa dan
kesempurnaan bahasa.Seperti dinyatakan oleh Havranex ,:-
,”sesuatu bahasa yang ingin mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri
penting: sesuatu bahasa yang ingin mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai
dua ciri penting iaitu keintelektualan adan kesempurnaan bahasa”
Berdasarkan begitu banyak teks, kamus, majalah, istilah dan bahan-bahan bacaan dan rujukan
sudah diterbitkan untuk kegunaan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi baik oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka mahupun penerbit-penerbit swasta, dan berpegang kepada hakikat
bahawa bahasa Melayu sudahpun mempunyai pelbagai laras bahasa dalam beraneka bidang
ilmu pengetahuan, kita dengan penuh keyakinan menyatakan bahawa bahasa Melayu
sudahpun berjaya sebagai bahasa ilmu.
Yang penting ialah bangsa Melayu harus mengembangkan ilmu dalam bahasanya, baru
bahasa kita terus menjadi bahasa yang kreatif dan produktif ilmu. Maksudnya, kita harus
terus berfikir dalam bahasa kita sendiri, sebagaimana juga bangsa lain maju dalam bahasa
sendiri.
Inilah yang dimaksudkan dengan peranan bahasa sebagai alat pemikiran bangsa. Ini tidak
bererti bahawa kita tidak usah mencari ilmu yang ada dalam bahasa-bahasa lain. Selain itu,
pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak manuskrip
dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu seperti sains, kesihatan,kejuruteraan dan
teknologi.Selain itu bahasa Melayu juga digunakan bagi mengungkap ilmuilmu sihir dan
yang berkaitan dengannya. Ini banyak sekali dijumpai daripada pertuturan orang-orang tua.
Seterusnya manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi manuskrip
Melayu yangterbanyak tetapi bidang ini yang dikenali sebagai mujarobat kurang sekali
mendapat perhatian pengkaji .Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli
biokimia, bioteknologi, bioperubatandan perubatan kita sekarang. Oleh itu, dalam konteks
sains moden ilmu-ilmu yang ada dalamribuan manuskrip ini kebanyakannya bersifat
hipotesis.
Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik),
kosmologi,astrologi (ilmu nujum), kosmogeni dan falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang
tertuayang dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi Ma.syar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir
Ibni.Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu
dalamzaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu
menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya.
Kesimpulan
Masa depan bahasa Melayu memang cerah apabila ia diiktiraf sebagai bahasa
kebangsaan .Tersematnya ia dalam catatan perlembagaan Negara telah meletakkan ia pada
kedudukan istimewa.Namun begitu ,demi menjaga kedaulatannya ,kita seharusnya berusaha
mengindahkannya ,mewujudkan unsur-unsur yang menjadikannya lebih murni. Semoga apa-
apa yang dikatakannya bukan sahaja tepat tetapi juga menarik dan menyentuh citarasa
tinggi .Seterusnya bahasa Melayu hendaklah terus bergerak dengan kemampuan mengungkap
keintektualan yang tuntas yang mampu menjana idea ilmiah termasuk sains dan teknologi.
RUJUKAN
1. Nik Safiah Karim,2008,Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga),Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Abdullah Hasaan ,1990.Linguitik Am untuk Guru Bahasa Malaysia,Fajar Bakti
SDN.BHD
3. J.Nulawadin Mustafagani,1991,Asas Kemahiran Berbahasa Malaysia,Fajar Bakti
SDN.BHD
SOALAN 2
Karang surat resmi kepada Kementerian Pelajaran Malaysia .Kandungan surat tersebut hendaklah merangkumi idea-idea yang diyakini mampu meningkatkan tahap pendidikan murid.
Azhar Bin Am
Setiausaha PIBG
SJK (C ) Thung Hon ,
31800 Tanjong Tualang’
Perak.
Tuan Haji Kasman Bin Kasimon
Pengarah,
Bahagian Pembangunan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Putrajaya,
Kuala Lumpur.
Melalui,
1.Guru Besar
SJK ( C ) Thung Hon ,
31800 Tanjong Tualang ,
Perak
2.Tuan Haji Barakat Bin Haji Shufaat
Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan
Kampar,
Perak
Tuan ,
Per: Permohonan Membina Bilik Komputer
Perkara diatas adalah dirujuki
2. Untuk pengetahuan tuan, sekolah ini masih belum mempunyai bilik komputer yang
dikhaskan untuk pembelajaran komputer sebagaimana sekolah lain .Sebelum ini, pihak
sekolah telah menghantar dua kali permohonan seumpama ini, namun permohonan itu telah
ditolak dengan alasan peruntukan yang tidak mencukupi.Oleh itu pada kali ini pihak kami
sangat berharap permohonan ini diluluskan .
3. Sepanjang masa ini ,pembelajaran komputer dijalankan dalam bilik kosong yang
bersebelahan dengan bilik Kemahiran Hidup.Bilik tersebut sebenarnya adalah bilik bagi
menyimpan perabot lama yang belum dibaiki. Oleh kerana keperluan kepada sebuah bilik
bagi pembelajaran komputer, bilik tersebut dikosongkan bagi membolehlah pembelajaran
dilaksanakan.Keadaan bangunan yang agak uzur tidak menjamin keselamatan peralatan dan
kurang keselesaan kepada pelajar-pelajar. Namun begitu ,kekurangan bilik membuatkan
pembelajaran komputer ini dijalankan dalam keadaan serba kekurangan.Sekolah ini
mempunyai 209 orang pelajar dari tahun 1 hingga Tahun 6.Seratus peratus pelajar disekolah
ini adalah dari luar bandar yang mana ibu bapa mereka tiada kemampuan untuk menghantar
anak-anak mereka ke kelas komputer berbayar.Oleh itu ,kelas komputer yang dijalankan
disekolah adalah amat perlu untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid disekolah
ini dengan IT.
4. Keadaan ini juga telah menyebabkan beberapa masalah
i. peralatan komputer kerap mengalami kerosakan
ii. Keselamatan peralatan tidak terjamin kerana bilik ini adalah bangunan lama yang
diperbuat daripada papan
iii. Tiada keselesaan belajar kerana penghawa dingin tidak boleh dipasang di bilik ini
5.Saya mewakili Persatuan Ibu bapa dan guru sekolah ini memohon peruntukan bagi
membina sebuah bangunan setingakat untuk digunakan sebagai pusat pembelajaran komputer
disekolah ini.
6.Sebagaimana prasyarat yang ditetapkan pihak kementerian iaitu pihak sekolah perlu
mempunyai ruang yang mencukupi bagi pembinaan ini dilaksanakan telah pun kami
kenalpasti.Tanah seluas 1200 kaki persegi bersebelahan kantin adalah tempat yang
bersesuaian dengan projek ini.Selain itu pihak kami juga telah melakukan langkah awal untuk
membuat kajian akan kemampanan tanah tapak yang dicadangkan. Ini dilakukan bagi
memastikan keadaan tanah tapak yang dicadangkan itu selamat .
6. Selain itu untuk makluman tuan, pihak kami juga telah menganjurkan majlis kutipan derma
bagi pembinaan bilik ini. Atas iniasitif Persatauan Murid Tua , RM 50,000 berjaya
dikumpulkan .Oleh itu ,kami memerlukan kurang lebih RM 120,000 lagi bagi pembinaan
tersebut yang dianggarkan memakan belanja sebanyak RM 150,000.Selebihnya adalah untuk
melengkapkan keperluan bilik tersebut.
7. Saya amat berharap dengan adanya sebuah bilik yang selesa ,bagi pembelajaran komputer
pasti minat pelajar terhadap IT akan meningkat. Selari dengan dasar kerajaan yang inginkan
rakyat Malaysia celik IT .
8. Bersama ini saya sertakan beberapa dokumen sokongan bagi menguatkan lagi permohonan
ini. Besar harapan saya agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami ini. Keprihatinan
pihak tuan saya rakamkan jutaan terima kasih.Saya menunggu jawapan daripada pihak tuan
dengan kadar yang segera
Sekian, terima kasih.
Berkhidmat Demi Agama
Yang menjalankan tugas,
………………………….
(AZHAR BIN AM )
Sk:-
1. Fail persatuan
2. Pengerusi PIBG
3. Guru besar SJK ( C ) Thung Hon
4. Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan( Bahagian Pembangunan)
RUJUKAN
1. Nik Safiah Karim,2008,Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga),Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Abdullah Hasaan ,1990.Linguitik Am untuk Guru Bahasa Malaysia,Fajar Bakti
SDN.BHD
3. J.Nulawadin Mustafagani,1991,Asas Kemahiran Berbahasa Malaysia,Fajar Bakti
SDN.BHD
SOALAN 3
Ceritakan pengalaman percutian anda dalam bentuk penulisan sebagaimana dalam
blog.Ayat-ayat yang digunakan perlulah ringkas ‘ padat santai dan mampu menarik
perhatian pembaca.
Memandu dalam cuaca panas dengan penghawa dingin kereta yang tidak berfungsi sempurna
memang memenatkan. Perjalanan ke pulau percutian kami mengambil masa kira-kira 2jam
jalan darat dan 35 minit dengan feri.Isteri disebelah tidak berhenti merunggut sesekali seperti
ikan baung diketuk. Entah apa yang dikatakannya aku kurang mendengar.
Cumanya yang pasti tentu tentang penghawa dingin keretaku yang meragam. Anak-anak
lena bagai ditepuk. Cuaca panas tidak menghalang mereka melelapkan mata walau sesekali
kulihat belakang baju mereka basah dek peluh.Ia tidak menghalang mereka lena.
Aku bukakan tingkap kereta seluas -luasnya. Biar angin menerjah keruang keretaku yang
sempit agar kurang panasnya .Sesekali bau hangit asap kenderaan membuatkan hidungku
kebang kempis menahan sesaknya. Sesekali juga deruan engin motorsikal nyaring
membingitkan telingaku . Memang ini bukan percutian yang aku harapkan.Namun janji
kepada anak-anak tetap dikota.
Akhirnya sampai juga kami dijeti. Selesai mempakir kereta aku ,isteri dan anak-anak menuju
kekaunter tiket .Setelah tiket dibeli ,kami menaiki feri menuju ke pulau percutian .Tiga puluh
minit masa berlalu ,kami tiba di pulau itu.Menjejakkan kaki ke pualu itu terasa gembira yang
teramat sangat.Namun kusembunyi perasaan itu.Malu kepada anak-anak.Nanti katanya bapa
yang lebih.
Teksi pulau kami sewa menuju ke rumah rehat yang telah ditempah.Tidak sabar aku untuk ke
sheley itu. Sampai saja ,aku terus mengeluarkan joranku .Sedang aku mengaemaskini segala
keperluan memancingku ,isteriku mula berleter. Apanak dikatakan itulah rutinnya. Kadang-
kadang aku rindu jika sehari tidak mendengar leterannya.Along anakku yang tua memang
mempunyai minat yang sama denganku. Setelah semua lengkap,kami berjalan kepantai.
Anakku yang lain mengekori dari belakang. Isteriku seperti biasa berlatih bercakap tanpa
henti untuk memecahkan rekod Malaysia.Udara pantai waktu petang amat damai.Sesekali
ombak menjerit memukul batu pantai yang entah berapa ribu kali.Nasib along agak
baik .Kerapu seberat satu kilo setengah didaratkannya.Aku bingkas mengulung tali tangsiku
lalu beralih tempat.Mungkin disini takada ikan bersiar-siar.
Namun nasibku kali ini masih sama ,walau telah lima kali menukar umpan namun seekor
anak ikanpun tak dapat.Letih melayan joran,mataku tebar ke arah anak dan isteriku yang
sedang bermain air. Jerit tawa mereka menghiburkanku.Sesekali anak kecil berlari-lari sambil
melambaikan tangan kearahku.Aku sambut dengan lambaian juga.
Makan malam terhidang dengan ikan kerapu bakar dan air asam .Sedap bukan kepalang .Ikan
baru….manis dan lemak.Malamnya kami hanya tidur .Lena bagai bayi dipeluk.
Beduk subuh mengejutkan ku. Agak jauh bunyinya tetapi memang jelas aku dengar laungan
azan.Mungkin kesunyian subuh itu atau angin subuh membawa bunyi itu mengejutkan
tidurku agar segera menunaikan tanggungjawabku. Anak isteri kukejut berjemaah. Selesai
saja bersolat kami keluar kegerai berhampiran mencari sarapan .Kutatap setiap juadah yang
didepan mataku. Namun tidak ada satupun yang memikat selera.Lain padang lain belalang.
Namun aku tidak boleh pulang tangan kosong .Kubeli juga beberapa jenis juadah untuk
dibawa pulang. . Tiba di rumah rehat anak-anakaku terus memakannya.
Hari ini indah.matahari mula meninggi.Teksi yang disewa tiba. Kami menaiki teksi itu untuk
mengelilingi pulau .Along tidak putus-putus mengambil gambar.Modelnya tentulah adik
bonsunya yang ligat beraksi.Aku gembira melihat gelagat mereka.Aku puas melihat wajah
kepuasan mereka.Memang aku sangat jarang membawa anak-anakku bercuti.Ini peluang
mereka.Aku faham.
Setengah hari kami mengelilingi pulau. Beg berisi cenderamata pun dah penuh. Siibu dengan
bunga kulit siputnya.Sianak dengan pelbagai baju-T .Aku masih menyimpan hasrat
menaikkan ikan paling besar.
Petang itu sekali lagi kukeluarkan peralatan memancingku.Tapi kali ini aku menukar
strategi.Aku gunakan umpan hidup bukan umpan mati seperti semalam.Mungkin ikan-ikan
disini bijak dan tidak mudah tertipu. Nasihat pemandu teksi tadi aku cuba praktikkan.
“Bang,ikan disini makan umpan fresh.Depa tak mau umpan besi atau plastik. Abang
cuba.Kot ada nasib hari ini”
Ya,aku cuba. Tak salah mencuba.Pada petang ini isteri menemaniku.Anak di sheley sedang
nyenak tidur kerana keletihan. Tiba di tempattujuan ,joran ku baling .
”Ah ,Kerapu” kataku.
Isteriku tersenyum melihat gelagatku.Namun harapan tinggal harapan.Agaknya nasibku
memang takada dipulau ini.Anak kerapupun taknak makan umpanku.
Merah senja mula terbit .Anak-anakku yang bermain di pantai kulaung pulang. Petang begini
elok berada dirumah bersedia untuk solat maghrib. Selesai solat kami makan bersama .Hari
ini takada kerapu. Yang ada lauk segera ikan tin.Namun begitu sedapnya lain. Mungkin
agaknya tempat atau suasana atau mood berbeza……Agaknya!
Pagi itu kami bangun awal.Kereta sewa telah menunggu kami.Setelah barang dikemas kami
memasukkan barang ke dalam bonet.Pemandu itu lantas bertanya.
“Dapat ikan semalam bang,”
Dengan segera isteriku mencelah .
“ Ikan lalang laut ada,”
Semua didalam kereta ketawa.
“Takpa bang,lain kali datang cuba lagi.Ikan tu belum kenal abang lagi kot. Nanti bila depa
dan kenal senanglah tangkap,”katanya.
Aku berdiam melayan perasaan sambil mata melihat pemandangan laut yang luas yang akan
aku tinggalkan.Sejam kemudian kami sudah berada dijeti semula. Kereta kubuka .Barang-
barang kusimpan.Enginku hidupkan lalu menuju ke sebuah bengkel penghawa dingin yang
ada dipekan itu. Setengah jam kemudian kerosakan itu dapat dibaiki.Kami masuk ke dalam
kereta semula dan meneruskan perjalanan pulang ke Tanjong Tualang.
Kini tiada rungutan anak dan isteri. Kesemuanya nyenyak tidur.Sesekali ku dengar tawa anak
bongsuku dalam tidurnya……. ..mengigau. Akhirnya kami selamat sampai.Alhamdullilah
kami selamat.Percurian ini amat menggembirakan kami.Aku lihat kepuasan pada wajah anak-
anak.Aku juga puas walaupun hasratku tak tercapai.
RUJUKAN
1. Nik Safiah Karim,2008,Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga),Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Abdullah Hasaan ,1990.Linguitik Am untuk Guru Bahasa Malaysia,Fajar Bakti
SDN.BHD
3. J.Nulawadin Mustafagani,1991,Asas Kemahiran Berbahasa Malaysia,Fajar Bakti
SDN.BHD
Soalan 4
Sila hasilkan tulisan berbentuk aduan .Sebaik-baiknya gunakan pengalaman sebenar atau
masalah yang dihadapi andahadapi sendiri.Topik kepada sesiapa aduan ditujukan adalah
bebas.
Azhar bin Am
Setiausaha Persatuan Penduduk TT,
No 112,Jalan Teja 1,
Taman Teja,
31800 Tanjong Tualang,
Perak. No.Tel: 05-36666011
______________________________________________________________________
Kepada
Pengurus.
Alam Bersih BHD, Ruj. Tuan:
31000 Batu Gajah, Ruj.Kami:PPTT/11/12
Perak.16 Julai 2012.
Salinan dan melalui’
Pengurus,
Majlis Daerah Kinta,
Kinta,Perak
Tuan,
Aduan Terhadap Pengutipan Sampah
Perkara diatas adalah dirujuki
2.Berhubung perkara tersebut, saya salah seorang penduduk di Taman Teja, Tanjung
Tualang,ingin memohon kepada pihak tuan agar pengutipan sampah yang sekarang ini masih
dan sedang berlangsung agar dapat memperbaiki perkhidmatan yang sedia ada.Untuk
pengetahuan tuan, sejak saya tinggal di taman perumahan ini,lori sampah yang datang untuk
mengutip sampah hanya datang seminggu dua kali saja.Keadaan seumpama ini menyebabkan
banyak masalah seperti ;
i. bau busuk sampah
ii.sampah yang tidak dikumpungguh lebih dari tiga hari akan berulat
iii. sampah yang terbiar akan diselerakkan oleh anjing liar
iv.lalat dan haiwan pembawa penyakit banyak membiak
3. Keadaan tersebut bertambah buruk apabila berlaku hujan. Sampah yang berselerak akan
hanyut dibawa air hingga ke halaman rumah penduduk. Selain itu apabila hujan, bau busuk
sampah akan bertambah.Beberapa penyakit disebabkan oleh haiwan pembawa penyakit dan
pencemaran bau atau udara mula merebak.Antaranya ialah penyakit kulit,demam bawaan
nyamuk,selsema semakin meningkat sejak ahkir-akhir ini.
4.Selain daripada keadaan yang saya nyatakan di atas,ada beberapa perkara lagi yang
menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di sini.Masalah tersebut adalah berkaitan sikap
pekerja-pekerja syarikat yang didapati membuat pekerjaan dengan tidak bersungguh sungguh
atau acuh tidak acuh. Antaranya:-
i. pengutipan sampah tidak dilakukan dengan baik kerana semasa p[engumpulan sampah
dilakukan ,terdapat banyak lebiahan sampah berselerak
ii.tidak menjaga harta penduduk seperti tong sampah
iii.bersikap sombong dan angkuh
Satu kejadian berlaku apabila salah seorang pekerja ditegur oleh penduduk kerana
mencampakkan tong sampah hingga tong tersebut pecah menimbulkan kemarahan pekerja –
pekerja. Akibatnya ,sampah dari rumah penduduk tersebut tidak diambil. Disini saya ingin
mengemukakan soalan ,bukahkah semua penduduk di sini dikenakan cukai sampah?.Sudah
pasti tindakan pekerja tersebut bertentangan dengan etika yang telah ditetapkan oleh pihak
syarikat.Saya dan penduduk disini amat berharap agar pekerja tersebut diambil tindakan.
5.Sehubungan dengan perkara tersebut saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil
tindakan drastik bagi membaiki kelemahan yang wujud. Berikut ialah beberapa cadangan
penduduk di taman perumahan ini.
i.Pemunggutan sampah dilakukan berkala dan tetap.
ii.. Dilakukan pada waktu malam agar baunya tidak mengganggu penduduk
iii. Memastikan pekerja yang bertugas memahami etika perkerjaannya
iv.Mengubah kedudukan tong sampah besar agar berjauhan dengan kediaman penduduk
v Menyebur racun serangga secara berkala bagi menghapuskan serangga pembawa penyakit
dan mengelakkan pembiakannya
vi. Melantik pemantauan dari kalangan penduduk agar pihak pengurusan dapat maklumat
sebenar.
6. Berdasarkan permasalahan di atas saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan
segera bagi memperbaiki perkara tersebut.Kerjasama tuan saya dahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menjalankan tugas,
……………………………
(AZHAR BIN AM )
Setiausaha ,
Persatuan Penduduk Taman Teja.
Disahkan oleh,
………………………..
(ENCIK BORHAN KASSIM)
Pengerusi
Persatuan Penduduk Taman Teja
Sk.
1.fail persatuan
2. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Teja
3. Pengurus Majlis Daerah Kinta
RUJUKAN
1. Nik Safiah Karim,2008,Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga),Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa dan Pustaka
2. Abdullah Hasaan ,1990.Linguitik Am untuk Guru Bahasa Malaysia,Fajar Bakti
SDN.BHD
3. J.Nulawadin Mustafagani,1991,Asas Kemahiran Berbahasa Malaysia,Fajar Bakti
SDN.BHD
SOALAN 5
Anda telah diminta oleh Tuan Guru Besar untuk menyediakan laporan minit mesyuarat (topik adalah bebas).Sila sediakan laporan tersebut mengikut forma laporan minit mesyuarat yang tepat.
SJK(C) THUNG HON, TG. TUALANG, PERAK.
MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2012
PANITIA BAHASA MALAYSIA
TARIKH 30 DISEMBER 2011
MASA 1.45 PETANG
KEHADIRAN -RUJUK SENARAI-
HADIR
BERSAMA GURU BESAR
Agenda
1.Ucapan Penasihat
1.1 Cik Loh Lai Yoke selaku Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan selamat datang
kepada semua guru ke mesyuarat kali pertama Panitia Bahasa Malaysia.Beliau berharap
semua guru bekerjasama untuk meningkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran bahasa
Malaysia.
Tindakan – Semua Guru BM
2.Ucapan Pengerusi
2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
2.2 Pengerusi juga merakamkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh
semua pihak terutama guru besar,guru-guru yang membantu dalam meningkatkan prestasi
mata pelajaran bahasa Malaysia.Berharap kerjasama seumpama itu dapat diteruskan untuk
kebaikan pelajar.
2.3 Pengerusi memaklumkan yang penggal baru akan bermula dan meminta kerjasama guru
yang terlibat dengan mata pelajaran bahasa Malaysia untuk berusaha lebih gigih bagi
membaiki kelemahan dan menambahbaikan prestasi matapelajaran ini.
Tindakan-Semua Guru Bahasa
3.Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lepas
3.1.Setiausaha membacakan minit mesyuarat untuk disahkan.
3.2 Dicadang disahkan oleh Pn Kong ,
Disokong oleh Pn. Gwee
Makluman
4.Perkara Berbangkit
4.1. . Pengerusi membacakan peratusan kelulusan UPSR 2011.(rujuk lampiran)
Pencapaian UPSR pada 2010 bagi mata pelajaran UPSR
2011
Pemahaman Sasaran
66.0% 71.0%
Penulisan Sasaran
60.0% 65.0%
Makluman
5. Perancangan 2012
5.1 Semua guru perlu memastikan semua buku kerja yang telah disediakan oleh pihak
sekolah digunakan
5.2 Buku kerja terbahagi kepada dua bahagian iaitu buku untuk kegunaan diwaktu P&P dan
buku untuk kelas tambahan .
5.3 Buku-buku tersebut perlu disiapkan mengikut tempohnya.
Sukatan
5.4. Sukatan pelajaran boleh didapati daripada pengerusi panitia. Rancangan Tahunan dan
sukatan perlu dikemaskini dan siap pada bulan Januari
Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun 2011
Target
Tahun Pemahaman sasaran Penulisan sasaran
1 90 95 76 81
2 86 91 79 84
3 78 83 65 70
4 81 86 67 72
5 68 73 69 74
6 78 83 82 88
5.5 Pengerusi membacakan takwim bagi tahun 2012- rujuk takwim –
5.6. Program peningkatan bagi tahun 2012 ( mengikut perancangan ) akan diteruskan
seperti berikut :-
1. i . karangan dan ayat
ii. ejaan
iii. hafalan karangan dan penulisan rencana
iv. baca pagi- ejaan /sinonim
ayat/ simpulan bahasa
v. bahan baca pagi – akan menggunakan kamus kata disediakan oleh Panitia Daerah
v. kelas tambahan
vi latihtubi menjawab soalan berformat peperiksaan
2 . i. penyertaan pertandingan luar
ii. minggu bahasa
iii. Program satu perkataan satu minggu
Tindakan –Guru Bahasa
6.Hal-hal lain
6.1 Pengerusi memaklumkan bagi sukatan tahun 1 dan 2 ,akan menggunakan sukatan yang
baru.
6.2 Pengajaraan bacaan sastera akan dijalankan
6.3 Ujian dalaman akan mengikut perancangan sekolah
6.4 Peralatan yang digunakan perlu direkod
6.5 Panitia akan mengambil alih program satu perkataan seminggu
6.6 Lisan dan bacaan akan diteruskan dan guru perlu memulakan dari awal .
Linus
6.7 Linus kini dalam tahun 2.Dalam Saringan 3 bagi kategori Linus tegar- 1gagal
6.8 Guru yang bertanggungjawab bagi melaksanakan LINUS akan mengadakan perancangan
bagi mencapai sasaran yang dikehendaki.
- Cadangan Aktiviti Peningkatan:
* latih tubi berterusan
*latih tubi penulisan
* kaedah individu
*mengenalpasti murid yang lemah dan mengadakan program khas untuk murid tersebut.
6.9 Kurikulum baru –Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR)
Sukatan bagi kemahiran bahasa adalah seperti berikut :
1.1 – 1.5 Kemahiran mendengar tutur
-2.1-2.5 – kemahiran membaca
3.1 – 3.7-kemahiran menulis
4.1 -4.3 aspek seni bahasa
5.1 -5.3 aspek tatabahasa
6.10 PKJR satu waktu dari waktu BM / tatabahjasa
6.11 Papan sepatah kata sehari akan dituliskan oleh guru.
6.12. Bacaan sastera
6.13. Rancangan bagi Linus,PKJR, Bacaan sastera perlu di asingkan dengan rancangan biasa
Tindakan-Guru Tahun 1/2
7.Ucapan penangguhan
7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana kehadiran dan mengharapkan
kerjasama daripada semua guru untuk memajukan Bahasa Malaysia di sekolah ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang
Disediakan oleh: Disemak oleh:
( AZHAR BIN AM ) (PUAN TONG KIM TING)
Setiausaha Pengerusi
Disahkan oleh,
…………………………………….
( Cik Loh Lai Yoke )
Penolong Kanan Pentadbiran
Sk- 1. Guru besar
2. Fail kurikulum
3. Fail panitia
RUJUKAN
4. Nik Safiah Karim,2008,Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga),Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa dan Pustaka
5. Abdullah Hasaan ,1990.Linguitik Am untuk Guru Bahasa Malaysia,Fajar Bakti
SDN.BHD
6. J.Nulawadin Mustafagani,1991,Asas Kemahiran Berbahasa Malaysia,Fajar Bakti
SDN.BHD