Bahasa Melayu Koperat

18
Produksi Daun 2014 MALB113 SEM 1 (2014/2015) Disediakan untuk: Dr. Mardian Shah Omar / Dr. Marniyati Disediakan oleh: Produksi Daun No . Nama ID 1. Wan Mohamad Aiman Bin Rozali ME095609 2. Mohd Syafiq Bin Mohd Fauzi ME095818 3. Mohd Rozaidey Bin Aris EP093422 4. Muhammad Fathin Bin Shahruddin EE093182 5. Asyraf Bin Mohd Tardmizi EE094001 6. Hwa Seu Long IS090020 MALB113 (SEM 1 2014/2015) 1

description

MALB113

Transcript of Bahasa Melayu Koperat

Page 1: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

MALB113 SEM 1 (2014/2015)

Disediakan untuk: Dr. Mardian Shah Omar / Dr. Marniyati

Disediakan oleh: Produksi Daun

No. Nama ID

1. Wan Mohamad Aiman Bin Rozali ME095609

2. Mohd Syafiq Bin Mohd Fauzi ME095818

3. Mohd Rozaidey Bin Aris EP093422

4. Muhammad Fathin Bin Shahruddin EE093182

5. Asyraf Bin Mohd Tardmizi EE094001

6. Hwa Seu Long IS090020

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 1

Page 2: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

Isi Kandungan

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Penghargaan 3

2.0 Pengenalan 4

3.0 Tugasan 5 - 16

            3.1 Surat Mohon Kerja 5 - 7

            3.2 Resume 8 - 11

            3.3 Testimoni 12 - 14

            3.4 Poster 15 - 16

4.0 Rumusan 17

5.0 Nota 18

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 2

Page 3: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

1.0 Penghargaan

Syukur kepada Pencipta yang Maha Esa kerana dengan rahmat-Nya Folio Tugasan Bahasa Melayu Korporat ini Berjaya disiapkan. Tahniah diucapkan kepada semua ahli kumpulan kerana memberikan kerjasama yang terbaik dalam menyiapkan semua tugasan yang diberikan.

Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada Dr Marni dan Dr Mardian kerana membimbing kami tanpa jemu dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan. Walaupun tugasan-tugasan yang diberikan mencabar namun dengan kesabaran, mereka tetap gigih membantu pelajar untuk melahirkan buah idea yang bernas serta kreatif.

           Terima kasih juga kepada rakan-rakan kami yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan – tugasan yang diberikan. Tanpa bantuan atau sumbang saran mereka, kami mungkin tidak terfikir untuk meluaskan khatulistiwa pemikiran kreatif. Banyak idea dan kritikan mereka digunakan untuk menambahkan lagi kualiti hasil tugasan kami.

           Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami kerana memahami dan membantu kami menyiapkan tugasan ini tidak kira secara ilmiah atau material. Segala sumbangan mereka amat bermakna untuk membuahkan hasil tugasan yang terbaik.   

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 3

Page 4: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

2.0 Pengenalan

           Mata pelajaran Bahasa Melayu Korporat atau lebih dikenali dengan kod subjek MALB 113 adalah satu mata pelajaran yang membuka ruang untuk pelajar menajamkan kemahiran Bahasa Melayu serta meningkatkan kemahiran komunikasi secara menyeluruh.

           Setiap pelajar perlu memiliki kemahiran komunikasi yang mantap, bukan sahaja untuk lulus subjek ini semata – mata, malah mereka perlu tahu untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran komunikasi yang dipelajari dalam mata pelajaran ini sangat berguna dalam membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat serta alam pekerjaan yang akan ditempuhi oleh para pelajar kelak.

           Folio Tugasan Bahasa Melayu ini adalah satu manifestasi tugasan yang diberikan. Tugasan – tugasan yang diberikan merupakan ujian untuk menguji para pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi sama ada dari segi bertulis atau mengekspresikan idea. Tugasan seperti surat mohon kerja, resume dan testimoni merupakan medan untuk pelajar mencuba berkomunikasi secara tulisan dalam suasana yang formal. Situasi seperti ini adalah untuk membiasakan pelajar untuk berkomunikasi secara formal dan tertib  semasa mereka bekerja nanti.

           Tugasan menghasilkan poster pula adalah untuk membantu pelajar mengekspresikan idea – idea mereka dengan lebih kemas dan teratur. Walaupun tugasan ini berbentuk grafik, secara tidak langsung pelajar didedahkan dengan aspek penggunaan grafik dan pengendalian warna untuk menarik perhatian khalayak umum dalam menyampaikan idea. Penatacaraan idea juga memainkan peranan agar kesinambungan idea dapat dijelaskan secara tepat dan tuntas.

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 4

Page 5: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 5

3.1

SURAT MOHON KERJAMALB113 (SEM 1 2014/2015)

Page 6: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

Bidin Bin Al-Zaifa,No. 3,Kg. Dato’ Abu Bakar Baginda,43000 Kajang,Selangor.

21 Januari 2014.

ABC Engineers Sdn. Bhd.NO. 9A Jalan Chung Thye Phin,30250 Ipoh,Perak.

Tuan/Puan,Permohonan Jawatan Sebagai Jurutera Mekanikal.

Merujuk perkara di atas, saya Bidin Bin Al-Zaifa ingin memohon kepada pihak tuan untuk menerima saya bekerja di syarikat ABC Engineers Sdn. Bhd.

2. Menurut iklan tersebut, pihak tuan sedang mencari individu yang boleh menjadi ketua yang mampu membimbing para juruteknik mekanikal serta mahir berhubung aspek teknologi bahan.

3. Semasa cuti semester, saya menjalani latihan amali di syarikat DEF Engineering Services Sdn. bhd. Sudah menjadi tanggungjawab saya di situ untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Dengan menggunakan kemahiran yang didapati melalui kursus yang mana berkaitan dengan ijazah kejuruteraan mekanikal, saya mampu membantu dalam menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan saya. Kemahiran semasa menyertai Persatuan Pelajar di Universiti sedikit sebanyak membantu saya bekerja dalam pasukan disamping membantu antara satu sama lain jika diperlukan.

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 6

Page 7: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

4. Rakan saya yang pernah menjalani latihan amali di syarikat tuan memberitahu bahawa kawasan persekitaran syarikat tuan teratur, bersih dan selamat. Saya yakin boleh menyesuaikan diri dengan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak tuan. Tambahan pula, syarikat ABC Engineers Sdn. Bhd pernah meraih Anugerah Inovasi Terbaik bagi tahun 2011, 2012 dan 2013. Atas alasan-alasan yang telah dinyatakan, saya membuat keputusan memilih syarikat tuan untuk merebut jawatan jurutera mekanikal di syarikat tuan.

5. Bersama surat ini dilampirkan sekali testimonial dari dekan tempat pengajian saya serta sijil pencapaian saya yang terbaik sepanjang menjadi pelajar yang aktif dari segi aspek kokurikulum dan akademik. Sepanjang tempoh saya menuntut di institusi pengajian tinggi, saya merupakan pelajar yang sangat aktif. Saya mampu melakukan beberapa kerja dalam satu masa. Saya yakin keistimewaan saya boleh memberi manfaat kepada syarikat tuan.

6. Jika diberi peluang, saya yakin bahawa saya dapat membantu syarikat tuan sebagai jurutera mekanikal dan seterusnya dapat berkongsi bersama ilmu yang saya dapat semasa di dalam kelas mahupun sewaktu dilatihan amali. Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran yang ada pada saya amat bersesuaian dengan jawatan ini.

Terima kasih di atas pertimbangan pihak tuan dan jasa baik tuan amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih

Yang Benar,

..................................Bidin Bin [email protected]

3.2

RESUMEMALB113 (SEM 1 2014/2015) 7

Page 8: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

MALB113 (SEM 1 2014/2015)

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 8

Page 9: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

Bidin Bin Al-Zaifa

No. 3,Kg. Dato’ Abu Bakar Baginda,43000 Kajang,[email protected]

Objektif

Memohon jawatan sebagai Jurutera Mekanik Bendalir di Petronas Research and Development Sdn. Bhd. Selain itu, saya mencari kelainan dalam suasana kerja dan mencabar kebolehan sendiri. Saya juga ingin mempelajari pelbagai kemahiran baru serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Kemahiran

Mempunyai kemahiran asas berkomputer dan menggunakan aplikasi pejabat. Pengkhususan kemahiran dalam bidang kejuruteraan, pengatucaraan

komputer dan pengiraan dinamik bendalir. Boleh mempelajari perkara baru dan bersedia untuk dilatih lebih lanjut.

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 9

Page 10: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

Pengalaman

Pegawai Perhubungan Antarabangsa,Maybank Berhad (MBB).Kuala Lumpur — 2010 - Sekarang

Bertindak sebagai pegawai advokasi antarabangsa untuk MBB. Bertugas untuk menerima dan menyelesaikan masalah, aduan serta  maklum balas daripada pelanggan dan cawangan luar negara merangkumi sektor Eropah dan Amerika Utara. Selain itu, segala laporan dan tindakan yang dilakukan dilaporkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MBB.

Pencapaian

Pegawai Perhubungan MBB Terbaik 2011. Anugerah Emas Perkhidmatan 2011. Penilaian Prestasi (PMS) Tahap 5 (2011, 2012, 2013). Pemenang pingat emas acara tenis untuk Sukan Antara Bank 2010 dan 2012

mewakili Jabatan Perhubungan Antarabangsa.

Pembantu Kajian(separuh masa), Universiti Tenaga Nasional RnD Sdn. Bhd. (UTN RnD),Bangi — 2005 - 2007

Melakukan tugas membantu kajian secara separuh masa yang dijalankan dan diselia oleh Dr. Afham Zainudin Bin Ibrahim dalam bidang Mekanik Bendalir. Bertindak sebagai pembantu makmal kajian serta kerani makmal kajian.

Pencapaian

Berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Kajian Berkumpulan. Mewakili Dr. Afham Zainudin Bin Ibrahim  untuk membentangkan kertas kerja

“Intersection of Fluid Mechanics and Computational Fluid Dynamics” ke Persidangan Kejuruteraan Mekanik Bendalir di Geneva,Switzerland.

Menerima anugerah Pembantu Makmal Separuh Masa terbaik oleh UTN RnD.

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 10

Page 11: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

Pendidikan

Bachelor of Mechanical Engineering (Hons), 2008,Universiti Tenaga Nasional,Selangor. CGPA 3.98 (Dean’s List)

Foundation in Mechanical Engineering, 2003,Universiti Tenaga Nasional,Selangor. CGPA 4.00 (Dean’s List)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2002,SM Sains Seremban,Negeri Sembilan.6A+ 3A.

Rujukan

Dato’ Ibrahim Bin Muda, Ketua Pegawai Ekskutif,Maybank Berhad.+6035099008 ext: [email protected]

Dr. Afham Zainudin Bin Ibrahim,Pensyarah Kanan,Universiti Tenaga Nasional.+6035053008 ext: [email protected]

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 11

Page 12: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

3.3

TESTIMONIALMALB113 (SEM 1 2014/2015)

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 12

Page 13: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

TESTIMONIWan Mohamad Aiman Bin Rozali

950427-03-5771

Pelajar berikut merupakan seorang calon yang kompeten dan mempunyai potensi untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa.

Pelajar ini merupakan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dengan gred purata terkumpul sebanyak 3.91. Beliau selalu memberi tumpuan yang tinggi semasa dalam kelas dan dalam menyiapkan tugasan. Pelajar ini tidak pernah gagal untuk mencurahkan kreativiti dalam setiap tugasan yang saya pernah berikan dengan melaksanakan tugasan melebihi jangkaan saya sebagai pensyarah di institusi ini. Selain itu, kebolehannya untuk memimpin dalam organisasi sangat menyerlah. Beliau kerap kali dipilih menjadi ketua kumpulan untuk tugasan berkumpulan oleh rakan sekelasnya kerana kewibawaan dan kecekapan beliau dalam melaksanakan tugas.

Pelajar ini juga banyak menyumbang tenaga dengan berkhidmat sebagai  setiausaha untuk Kelab Catur UNITEN  dan presiden Kelab Orator UNITEN. Kebolehan beliau dalam menyampaikan maklumat secara lisan melalui medium pidato dan syarahan sangat mengagumkan. Pelajar ini juga mempunyai bakat yang memberangsangkan dalam debat. Beliau pernah dinobatkan sebagai johan debat alam sekitar peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada tahun 2012 dan 2013.

Dalam bidang sukan, pelajar ini merupakan seorang pesaing yang kompetetif dalam sukan tenis dan golf. Beliau pernah mewakili Universiti dalam kedua-dua sukan untuk Sukan antara IPT (SUKIPT) pada tahun 2011, 2012 dan 2013. Pelajar ini mengungguli acara Golf dengan menyumbang pingat emas kepada Universiti dan merangkul pingat perak untuk acara tenis. Walaupun pelajar ini seorang pelajar yang aktif, beliau mampu untuk memenuhi komitmennya terhadap pelajaran. Beliau merupakan seorang graduan yang mempunyai potensi besar untuk berjaya di organisasi pihak tuan. Saya sangat menyarankan agar pihak tuan menerima calon ini untuk bekerja di organisasi tuan kerana beliau mempunyai bakat yang menyeluruh, seimbang dan mampu memberikan impak yang besar terhadap organisasi tuan.

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 13

Page 14: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

Sekian.

Yang benar,

__________________________(Zakri Bin Amri,Prof. Dr. Ir)Dekan,Kolej Kejuruteraan,Universiti Tenaga Nasional.Tel : 03-8813000 Ext : 012Email : [email protected]

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 14

Page 15: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

3.4

POSTERMALB113 (SEM 1 2014/2015)

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 15

Page 16: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 16

Page 17: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

4.0 Rumusan

           Secara umumnya, tugasan ini banyak membantu kami dalam mengaplikasikan kemahiran – kemahiran berkomunikasi yang dipelajari dalam kuliah. Walaupun tugasan – tugasan ini dilihat remeh oleh sesetengah pelajar, namun banyak ilmu – ilmu baru yang kami dapat melalui pelaksanaan tugasan yang diberikan.

           Melalui penulisan resume, surat mohon kerja dan testimoni, kami mendapati bahawa penstrukturan dan organisasi idea itu sangat penting untuk menonjolkan kebolehan kita  dalam menyusun idea yang ingin disampaikan. Kesinambungan di dalam setiap ayat menjadi suatu perkara yang amat dititikberatkan supaya setiap ayat dalam sesuatu perenggan itu menjadi suatu idea mantap yang mampu menunjukkan kebolehan serta kematangan seseorang manusia berfikir. Melalui tugasan ini juga, kami dapati bahawa penulisan formal merupakan sesuatu yang perlu dipraktikkan kerana di alam pekerjaan, kami akan banyak berdepan dengan komunikasi tulisan yang formal. Kosa kata perlu dijaga agar setiap perkataan memberikan maksud yang sama dengan konteks komunikasi.

           Penghasilkan poster pula banyak membantu kami untuk melahirkan idea – idea yang ada dalam bentuk visual. Ekspresi idea secara visual ini penting kerana tidak semua komunikasi perlu dalam bentuk lisan. Warna dan bentuk berperanan memberikan karakter – karakter yang tersendiri kepada poster yang bertindak sebagai medium komunikasi. Setiap interaksi perlu mempunyai karakter tersendiri agar kecantikan komunikasi itu dapat dinikmati secara dua hala.

           Dalam proses menghasilkan tugasan ini, kami banyak belajar untuk berinteraksi antara satu sama lain. Nilai kerjasama dan kesabaran menjadi tunjang kekuatan kepada kami untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 17

Page 18: Bahasa Melayu Koperat

Produksi Daun 2014

NOTA

MALB113 (SEM 1 2014/2015) 18