Bengkel Teknik Bercerita
-
Upload
muhammad-firdaus-abd-rahani -
Category
Documents
-
view
64 -
download
0
description
Transcript of Bengkel Teknik Bercerita
Bengkel Teknik Bercerita 1:
Alam Kanak-Kanak dan Asas Teknik Bercerita
Kepentingan bercerita menurut ahli psikologi kanak-kanak dan pendidik adalah sebagai
kaedah mempengaruhi kanak-kanak;
Untuk menghubungkan dengan keseronokan.
Meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan.
Meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak.
Memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan bahasa simbolik.
Sebagai tambahan untuk meningkatkan kanak-kanak dalam perbendaharaan kata,
penumpuan dan keupayaan untuk berfikir secara simbolik dan metafora perlu
memasukkan;
Membina sensitiviti kanak-kanak kepada pelbagai bentuk sintak, diksi dan retorik;
Membantu kanak-kanak untuk mengenal corak dalam bahasa dan pengalaman
manusia;
Meransang kanak-kanak secara keseluruhan kuasa kreativiti;
Menyediakan kanak-kanak dengan latihan penyelesaian masalah dan membuat
keputusan;
Mengukuhkan kapasiti kanak-kanak kepada bentuk objektif, rasional dan
penilaian yang praktikal;
Membimbing kanak-kanak membina kemahiran dalam dialog dan berkerjasama
perlakuan interpersonal;
Membiasakan kanak-kanak dengan simbol, artifek dan tradisi yang merupakan
sebahagian warisan budaya mereka;
Memperkenalkan kanak-kanak kepada simbol, artifek dan budaya yang
merupakan ciri-ciri warisan budaya orang lain yang mereka boleh kongsikan.
1
Keupayaan Kanak-Kanak Bertutur
Umur Purata Kanak-Kanak Jumlah Perkataan
2 300
4 1,600
5 2,100
Apakah bentuk cerita yang sesuai?
Bayi (Infant)
Mengenal suara dan objek sehingga 9 atau 10 bulan.
Mula bercakap hanya selepas 15 bulan.
Lebih kepada pancaran watak, plot dan tema.
Bentuk unik hubungan antara dua orang
Suara orang dewasa yang biasa terutama suara ibubapa
Untuk menghubungkannya dengan suasana waktu yang tenang dan damai.
Bayi yang mendengar pencerita belajar untuk keseronokan pada tahap prakognitif untuk
nada tertentu yang dikenali…
Penyampaian cerita; vokal semasa menyampaikan cerita lebih kepada muzikal, bersantai
atau relek dan ekspresif; pendengar (bayi) akan mengingati pada suatu masa nanti.
Boleh bercerita apa sahaja yang anda suka. Boleh berlatih cerita tanpa bimbang akan
logic, bahasa atau strukturnya.
Umur 1 ½ tahun
Objektif bercerita:
Tidak bertujuan ke arah memberi kefahaman terhadap cerita yang disampaikan,
meskipun Cuma dengan perkataan individu yang konkrit seperti ‘papa’, ‘mama’
boleh digunakan untuk kefahaman.
Untuk membiasakan kanak-kanak mendengar dengan teliga dan untuk mengalami
perbezaan suara dan tona serta ciri-ciri pertuturan.
2
1 ½ tahun – 2 tahun
Mula bercakap sendiri untuk membina perbendaharaan kata
Apabila kanak-kanak ini sudah boleh bercakap, boleh dimulakan dengan cerita
bentuk mudah yang boleh difahami oleh kanak-kanak dan galakkan kanak-kanak
untuk terlibat dalam berbahasa.
2 tahun – 3 tahun
Melabel apa sahaja berdasarkan tanggapan deria di persekitarannya.
Kandungan cerita ; menamakan objek, menyatakan fungsi dan hubungan dengan
objek adalah paling baik.
Menghasilkan bahan sendiri dengan mudah. Tidak perlu membina struktur plot yang
formal.
Tumpukan pada satu kumpulan item.
Contoh;
“Dalam bilik ini ada sebuah bola, dan bola itu memantul, memantul, memantul. Papa
suka bola, dan bola itu warna merah dan whoops, bola itu bergolek. Dalam bilik ini
juga ada pintu….”
Cerita ini boleh dijadikan lebih dramatic dengan mengadunkan pergerakan tubuh
berterusan dan ‘gesture’ mengiringi apa yang disebutkan
Merujuk cerita di atas tidak perlu memegang kerana akan mengganggu. Tetapi
aktiviti fizikal dengan menunjukkan ke arah bola atau peniruan (imitating)
membentuk bulat dengan tangan kemudian seolah-olah memantulkan bola, kemudian
berimaginasi meletakkan bola ke dada, dan akhir sekali pantomimekan menjatuhkan
bola membawa pendengar untuk memahami apa yang telah diceritakan secara
konseptual.
Bercerita dengan ‘gesture’ boleh melibatkan permainan tangan. Kekalkan tumpuan
mata (eye contact) dan berputar pada cerita ‘siapa (who), apa (what), di mana
(where), bila (when), mengapa (why) dan bagaimana (how).’ Boleh menggalakkan
kanak-kanak berkeupayaan untuk memahami apa yang diperkatakan dengan
3
menyenaraikan asas tanggapan di peringkat perkembangan – deria lihat dan sentuh.
Contoh Cerita;
Apa yang ayah buat apabila bangun pagi? Dia ‘stretches’ dan menguap (bersama
stretch dan menguap), dia memusing kepala ( bersama memusing kepala), dia
memakai pakaian ( kedua tangan m’mimic’ memakai pakaian), dia menggosok gigi
( bersama-sama mimic menggosok gigi sendiri), dia minum air jus (bersama ‘mimic’
minum jus), dia membaca suratkhabar ( bersama mimic memegang suratkhabar), dia
memakai kasut ( bersama mimic memakai kasut), dia pergi kerja (bersama melambai
tangan), dia bekerja sepanjang hari (bersama mimic aktiviti menggambarkan bapa
bekerja), dan kemudian dia balik ke rumah (bersama melambai tangan).
Lain-lain jenis cerita yang sesuai untuk peringkat ini ialah cerita yang berbentuk asas
‘insecurity’ kerana kanak-kanak diperingkat ini tidak boleh berfikir secara logic;
‘consciously or subconsciously iaitu apabila ibu dan ayah tidak ada pada penglihatan
bermakna mereka telah hilang. Cerita yang popular ialah “lost and found” atau “now you
see me, now you don’t.” Ramuan yang perlu ada pada cerita kanak-kanak di bawah 3
tahun ialah berirama, berulang dan humor – terutama surprises, muka yang lucu dan
‘clever cross-reference (seperti menggunakan jari untuk melambangkan orang berjalan).
3 tahun
mula diperkenalkan plot conventional, peristiwa cerita yang mudah dan tepat (direct).
Contohnya ‘Arnab dengan Kura-Kura’.
Cerita berbentuk fomula, ‘nonsensical verse stories’ (like “The House That Jack Built”) –
kegemaran sendiri-.
Cerita yang dapat mengimbangkan kebiasaan dan luar biasa (familiar and unusual).
Cerita yang dipersembahkan sekadar sejumlah peristiwa harian atau fenomena juga
perkembangan plot yang boleh dijangka digabungkan dengan unsure fantastic dan
kejutan (surprising narrative twists) untuk kanak-kanak menumpukan perhatian atau tidak
keliru.
4
Item biasa yang diminati oleh kanak-kanak 2 – 5 tahun ialah lubang dan lecak (puddles),
kereta, pesawat dan trak, burung, kucing, tupai, hujan, petir, kilat, rumah, kedai,
makanan.
Item luar biasa pula yang digemari kanak-kanak 2 -5 tahun berdasarkan item biasa;
binatang yang berkelakuan seperti manusia, adakah ia sesuatu yang kuat atau berbagai-
bagai, lubang atau lecak yang luar biasa luas atau dalam, kenderaan yang dilengkapi khas
untuk pemandu yang boleh diperlukan apa saja, kedai dan rumah yang direka dan
dipenuhi dengan barang kejutan dan lucu, makanan yang menggambarkan peristiwa
perayaan dan lain-lain.
Kanak-kanak 2 – 5 tahun terpesona dengan manipulasi persekitaran terutama penjelmaan
dan magik seperti cerita pari-pari. Contohnya “ Tiga Ekor Kambing”.
Simbolism “tiga” dalam cerita terdapat dalam cerita untuk alasan yang di peringkat umur
ini . Kanak-kanak di peringkat ini ingin tahu untuk pertama kalinya tentang selepas,
sedang berlaku dan akan datang ( past, present and future).
Kanak-kanak 2 – 5 tahun peringkat awal cuba menyelesaikan masalah. Cerita yang
mempunyai berbagai tema yang mengajukan keadaan membuat keputusan: implikasi
adanya satu cara yang betul atau satu cara yang benar-benar tidak betul. Mempunyai tiga
pihan lebih fleksible dan kepelbagaian pilihan. Satu yang benar-benar baik adalah situasi
sebenar dalam kehidupan. Kita boleh pergi lebih jauh dariada tiga pilihan; tetapi tiga
adalah sesuai, mudah diingat dan kurang bermasalah.
Kanak-kanak 3 -4 tahun cerita-cerita seperti ‘Hansel and Gretel’ mungkin terlalu
mengganggu. Kanak-kanak mungkin takut selepas mendengar cerita yang sedemikian.
Cerita yang menakutkan tidak mendatangkan kerosakkan tetapi reaksi itu akan
mengurangkan keseronokan.
Pada umur peringkat 2 – 5 tahun belum sesuai dan terlalu awal untuk diperkenalkan
dengan cerita yang mempunyai konsep identity: cerita yang ada hero dan heroin yang
berubah watak, situasi atau sikap seperti cerita “Jack and the Beanstalk” atau “Little Red
Riding Hood.”
5
4 - 5 tahun
Kanak-kanak berumur 4 – 5 tahun sedang melalui keperluan emosi dan cabaran stimulasi
mental. Minat mereka berubah dari bidang penghadaman – mulut, usus, pembuangan
najis – kepada bidang jantina. Konsep identiti diri menjadi ikatan dengan peranan jantina.
Mereka baru mula membezakan antara lelaki dan perempuan. Hal ini membawa kepada
hubungan fantasi yang romatik dengan ibu bapa yang bertentangan jantina.
5 – 8 tahun
Kanak-kanak di sekitar 5 tahun baru mula menanggap dirinya sebagai individu yang
berfungsi. Tanggapan ini dapat dilihat menerusi jantina tetapi menerusi social.
Kanak-kanak diperingkat ini mula kea rah penerokaan keluar dari rumah dan berdepan
dengan orang baru menerusi inisiatif sendiri. Menerusi penerokaan dan berdepan
(confrontations), mereka belajar untuk menilai sifat personality seperti kemesraan
(friendliness), sensitivity, sikap terbuka, keyakinan diri, menolak yang lain, suka kepada
kepunyaan, prajudis, cemburu, kepentingan diri, zalim (tyranny).
Kanak-kanak diperingkat usia 5 – 8 tahun menjadi perihatin terhadap ‘notion of justice’
akibat dari penyesuaian proses daripada masalah social dunia orang dewasa seperti
masalah keluarga, perceraian, pergaduhan, jiran yang tidak baik, dan lain-lain. Persoalan
yang selalau bermian dipemikiran mereka adalah: Bagaimana boleh berlaku? Adakah ia
adil? Adalah saya dapat apa yang saya harapkan? Adakah orang lain dapat apa yang
mereka harapkan? Bagaimana sesuatu boleh dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang
terbaik?
Kanak-kanak diperingkat perkembangan ini tidak berupaya untuk menangani persoalan
di atas secara rasional. Mereka hidup dalam dunia imaginasi; harapan dan kekecewaan,
keraguan dan keyakinan, janji dan kegagalan, kebahagian dan kengerian, berubah dan
melangkaui/melampaui. Cerita yang membuat mereka percaya membantu mereka untuk
hidup sementara mereka dalam dunia imaginasi dan menawarkan mereka ruang antara
dunia khayalan dan dunia reality.
Kanak-kanak diperingkat ini dianggap zaman keemasan untuk mendengar cerita
(storytelling), khususnya cerita yang berkaitan dengan pari-pari dan cerita rakyat di mana
6
ia berkesan menggambarkan secara simbolik tentang individu mengatasi kesengsaraan
hidup.
Bruno Bettlheim dalam bukunya ‘The Uses of Enchantement’ berpendapat mengapa
kanak-kanak suka ccerita pari-pari dan cerita rakyat pada usia 5 – 8 tahun;
“The more I tried to understand why these stories are so successful at enriching the inner
life of the child, the more I realized that these tales, in a much deeper sense than any
other…material, start where the child really is in his psychological and emotional being.
They speak about his severe inner pressures in a way that the child unconsciously
understands, and – without belittling the most serious inner struggles which growing up
entails – offer examples of both temporary and permanent solutions to pressing
difficulties”.
Kanak-kanak diperingkat 5 – 8 tahun sangat berminat cerita pari-pari dan cerita rakyat
yang menghiburkan.
Aktiviti Bercerita di Prasekolah
Circle time
Sudut dramatika
Teknik Bercerita
Bercerita secara kreatif
Buku bergambar
Boneka
Tali
7