Berkursus

20
KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA PERINTAH AM BAB “B” JAMALLUDIN BIN MOHAMAD RASHID IPDA

description

ok

Transcript of Berkursus

  • KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIAPERINTAH AM BAB BJAMALLUDIN BIN MOHAMAD RASHIDIPDA

  • PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMIMENGIKUT PERINTAH AM BAB B(Pekeliling berkuatkuasa mulai dari 1 Jun 2003)

  • TAFSIRANGred : Gred Gaji di bawah SSM (Pekeliling Bil.4 2002)Ibu Pejabat : Tempat biasa seseorang pegawai melapor diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya.Pegawai : Pegawai di dalam Perkhdimatan Awam Kerajaan Persekutuan dan Perkhidmatan Awan Negeri termasuk yang dilantik secara sementara atau sangkut.Perbendaharaan : Menteri Kewangan dan pegawai-pegawai di bawah kawalan pentadbiran atau arahannya.Tugas Rasmi : Tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus yang benarkan.

  • PERBANDINGAN BAGI PEGAWAI KUMPULAN (JKK76) GRED (SSM) Kumpulan A Kumpulan Pengurusan Tertinggi/Pengurusan/ProfesionalTingkatan Tertinggi A dan ke atas Gred Utama/KhasA dan ke atasTingkatan Tertinggi B dan C Gred Utama/Khas B dan CTingkatan Tertinggi D Gred 53 dan 54Tingkatan Tertinggi E Gred 45 dan 52Tingkatan Tertinggi F dan G Gred 45 dan 46Tingkatan Kanan Gred 41 hingga 44Tingkatan Biasa (Pegawai lain) Gred 45 dan 46 Gred 41 hingga 44

    Kumpulan B, C dan D Kumpulan Sokongan (Pegawai lain) Gred 1 hingga 40

  • TUGAS RASMI DI DALAM NEGERISeseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya di dalam negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat tertentu untuk: Elaun MakanElaun HarianBayaran Sewa HotelElaun Gantian TetapElaun Perjalanan KenderaanTambang GantianTambang Pengangkutan AwamBelanja Pelbagai

  • ELAUN MAKANSeseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih, mulai dari waktu bertolak:

    Gred Sem. Malaysia Sabah/Sarawak 53 dan 54 RM 85.00 RM 115.00 45 hingga 52 RM 60.00 RM 80.00 41 hingga 44 RM 45.00 RM 65.00 17 hingga 40 RM 40.00 RM 55.00 1 hingga 16 RM 35.00 RM 50.00

    Elaun makan tidak layak dituntut jika kemudahan disediakan oleh Kerajaan atau PenganjurSekiranya Penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang bagi menampung perbelanjaan makan, pegawai layak menuntut berbezaannya (20% sarapan, 40% makan tengahari, 40% makan malam)

  • ELAUN HARIANSeseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam adalah layak menuntut Elaun Harian mengikut kadar separuh daripada kelayakan Elaun Makannya

    Gred Elaun Makan Layak Menuntut 53 dan 54 RM 85.00 RM 42.50 45 hingga 52 RM 60.00 RM 30.00 41 hingga 44 RM 45.00 RM 22.50 17 hingga 40 RM 40.00 RM 20.00 1 hingga 16 RM 35.00 RM 17.50

  • BAYARAN SEWA HOTELSeseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya dan perlu menginap layak menuntut Bayaran Sewa Hotel (resit diperlukan) atau Elaun Lojing :

    (Kadar Semenanjung Malaysia) Gred Sewa Hotel Lojing 53 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa) RM 70.00 45 hingga 52 RM 180.00 RM 60.00 41 hingga 44 RM 160.00 RM 55.00 17 hingga 40 RM 100.00 RM 35.00 1 hingga 16 RM 80.00 RM 30.00 Seseorang pegawai tidak layak menuntut BSH / Lojing jika penginapan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur

  • BAYARAN SEWA HOTEL(Kadar Sabah, Labuan dan Sarawak)

    Gred Sewa Hotel Lojing 53 dan 54 Sebenar (Bilik Biasa) RM 75.00 45 hingga 52 RM 200.00 RM 70.00 41 hingga 44 RM 170.00 RM 60.00 17 hingga 40 RM 120.00 RM 40.00 1 hingga 16 RM 100.00 RM 35.00 Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas melebihi 3 bulan terus menerus.Tuntutan bayaran Sewa Hotel bagai pegawai-pegawai hendaklah berpatutan dan munasabah

  • ELAUN GANTIAN TETAPSeseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 3 bulan tetapi kurang dari 6 bulan termasuk hari kelepasan am dan mingguan,adalah layak menuntut Elaun Gantian Tetap (EGT)

    Kadar Elaun Gantian tetap seperti berikut:

    A)Jika melibatkan bermalam 2/3 (Elaun makan + Elaun Lojing) x Jumlah hari bertugas

    B) Jika tidak melibatkan bermalam 2/3 (Elaun Harian) x Jumlah hari bertugas

    *Seseorang layak menuntut EGT jika elaun makan, elaun harian / lojing tidak disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur.

  • ELAUN PERJALANAN KENDERAANSeseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan

    Jarak perjalanan bertugas Kelasrasmi bagi tiap-tiap satu bulan _____________________________ABCDE (sen/km) 500 km pertama7060504540 501 -1,000km6555454035 1,000-1,700km5550403530 1,701km dan seterusnya5045353025

  • ELAUN PERJALANAN KENDERAAN Kelas dan sukatan selinder kenderaan bagi maksud menuntut hitungan perjalanan di perenggan B9. Lampiran G Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2001 dipinda seperti berikut:

    KelasGajiSukatan SelinderKenderaan (s.s.) ___________________________________________________ATidak kurang dari RM2020.36 sebulan 1400s.s dan ke atasB Tidak kurang dari RM 1795.30 sebulan 1000s.s dan ke atas C Tidak kurang dari RM1193.54 sebulan Di bawah 1000s.s. D Kurang dari RM1193.54 sebulan Tidak kurang 175s.s E Kurang dari RM 1193.54 sebulan Di bawah 175s.s

  • ELAUN PERJALANAN KENDERAANPegawai yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan.Seseorang pegawai dikehendaki menggunakan perkhidmatan kapal terbang atau kereta api di tempat yang boleh dihubungi terus oleh kapal terbang atau kereta api.Pegawai layak menuntut EPK (dengan kelulusan K. Jabatan) jika: a) jarak di antara kedua-dua tempat adalah kurang dari 240km; b) menjalankan tugas rasminya di beberapa tempat sepanjang perjalanannya; c) didapati mustahak dan terpaksa berkenderaan sendiri; d) terpaksa membawa pegawai lain sebagai penumpang yang juga menjalankan tugas rasmi.

  • TAMBANG GANTIANSeseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas di suatu tempat sahaja yang jaraknya melebihi 240km daripada Ibu Pejabatnya dan terdapat perkhidmatan terus kapal terbang/ kereta api layak menunut Tambang Gantian (TG) mengikut kadar tambang pengangkutan yang sesuai dengan kelayakannya iaitu tuntutan persamaan dengan tambang kapal terbang/ kereta api.

    Seseorang pegawai yang menuntut TG tidak layak menuntut apa-apa tambang atau bayaran tambahan yang bersabit dengan perjalanan kapal terbang / kereta api seperti tambang dari rumah ke lapangan terbang/ stesen kereta api ke tempat penginapan dan sebaliknya.

  • BELANJA PELBAGAISeseorang pegawai sama ada bertugas di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Belanja Pelbagai seperti:

    bayaran telefon, telegram, bayaran pos dan bayaran faks atas urusan rasmi;belanja dobi yang disokong dengan resit apabila pegawai menginap di luar Ibu Pejabat tidak kurang dari 3 malam;bayaran Cukai Lapangan Terbang yang disokong dengan resit;Bayaran Excess Baggage untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit danBayaran letak kereta, tol dan tambang feri yang disokong dengan resit

  • TUGAS RASMI DI LUAR NEGERISeseorang pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat tertentu seperti:

    Elaun Makan dan Elaun HarianBawaran Sewa HotelElaun Dan Bayaran Semasa Singgah Dalam PerjalananElaun Gantian TetapBelanja PelbagaiBelanja KeraianElaun Pakaian PanasBelanja Perubatan

  • PENDAHULUAN DIRISeseorang pegawai yang dikehendaki bertugas rasmi di luar Ibu Pejabat sama ada di dalam atau di luar negeri adalah layak memohon Pendahuluan Diri sebelum bertolak untuk menjalankan tugas rasminya tertakluk kepada syarat Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 1990 dan Bil 2 Tahun 1993.

    Seseorang pegawai tidak layak diberi sebarang Pendahuluan Diri selanjutnya jika beliau belum menjelaskan sepenuhnya sebarang Pendahuluan Diri berkaitan dengan tuntutan perjalanan yang telah diluluskan kepadanya

    Pemberian Pendahuluan Diri tidak boleh dianggap sebagai kelulusan bagi membuat perjalanan ke luar negeri.

  • ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN HADIR DI MAHKAMAH

    Seseorang pegawai yang disapina (subpoena) oleh Mahkamah untuk memberi keterangan bagi pihak Kerajaan atau keterangan pakar adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran lain seolah-olah beliau bertugas rasmi.

    Segala bayaran yang biasanya dibuat oleh Mahkamah ataupun pihak-pihak lain kepada pegawai tersebut hendaklah diserahkan kepada Kerajaan kecuali yang dibenarkan disimpan di bawah Fees (Public Officers) Regulation, 1953

  • ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN HADIR ISTIADATSeseorang pegawai yang diundang menghadiri Istiadat Pergurniaan untuk menerima Pingat/Darjah Kebesaran Persekutuan/Negeri layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran seolah-olah beliau bertugas rasmi.Dua orang tetamu yang diundang menghadiri Istiadat Pengurniaan Pingat/Darjah Kebesaran bagi seorang pegawai layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar kelayakan pegawai tersebut.

    Seorang pegawai yang diundang dan hadir untuk menerima Pingat Posthumous dan dua orang tetamu yang diundang dan hadir bersama pegawai tersebut layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar kelayakan pegawai yang meninggal dunia berkenaan dan tuntutan dibuat kepada Jabatan Perdana Menteri.

  • TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA

    Seseorang pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan yang diarah melaporkan diri di mana-mana tempat di Malaysia adalah layak menuntut tambang perjalanan bagi diri dan keluarganya dari rumah kediamannya ke tempat yang diarahkan bertugas.

    Keluarga bermaksud jika pegawai lelaki adalah isteri dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai (belum mencapai 21 tahun) termasuk anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf oleh undang-undang.