Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim ... · PDF fileK ata serapan daripada...

1
K ata serapan daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain biasanya dieja menurut cara pengejaan kata jati dalam bahasa Melayu. Namun tidak semua kata dieja begitu. Ada juga kata yang dieja dengan caranya tersendiri bagi membezakan ciri kata tersebut dengan kata jati bahasa Melayu. Penerangannya adalah seperti di bawah: 1. Bagi kata serapan Inggeris yang bersuku kata akhir terbuka /a/ diwakili oleh huruf alif ( ). Sebagai contoh: 2. Semua huruf g dalam kata serapan Inggeris diwakili oleh huruf ga ( ) dalam ejaan Jawi. Contohnya: 3. Huruf konsonan k di akhir kata dieja dengan huruf kaf ( ) dalam ejaan Jawi. Contohnya: 4. Huruf vokal u dalam ejaan Rumi diwakili dengan huruf alif-wau ( ) di awal kata dan dengan huruf wau ( ) di tengah atau di akhir kata. Contohnya: 5. Huruf gugus konsonan ditulis dalam ejaan Jawi dengan cara biasa atau memisahkan huruf-huruf yang berkenaan walaupun gugus konsonan berkenaan boleh disambungkan pada kaedah biasa. Caranya seperti yang berikut: (i) Penulisan gugus konsonan di awal kata atau di awal suku kata: (ii) Dua huruf Jawi yang membentuk gugus konsonan di akhir kata tidak ditulis bersambung. Contohnya: Catatan: Huruf-huruf yang bergugus akan membentuk suku kata tertutup apabila kedua-duanya ditulis bersambung. Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 18 Julai 2007 PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Kelewahan dalam Bahasa Melayu: “Demi untuk” dan “Kita semua” PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor BH PILIH L4 18 emel Pengejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris S aya kerap ditanya beberapa aspek penggunaan bahasa Melayu yang memperlihatkan kekeliruan berkait dengan unsur lewah dalam bahasa Melayu. sebagai contoh, ada yang berta- nya, mengapa penggunaan “demi untuk” seperti yang digunakan dalam ayat “Kami berjuang demi untuk negara dan bangsa” diang- gap kurang betul? Perkataan “demi” dan “untuk” membawa makna yang sama. Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan yang sama maknanya dalam satu ayat secara berurutan dianggap lewah, kerana penggu- naan salah satu daripadanya sudah mencukupi. Ayat di atas boleh sahaja ditu- lis: “Kami berjuang demi negara dan bangsa” atau “Kami berjuang untuk negara dan bangsa”. Dengan demikian kita memenuhi aspek ekonomi dalam bahasa, iaitu meng- gunakan bahasa dengan baik, kemas dan ekonomis, yakni tidak membazir perkataan. Ada juga orang bertanya ten- tang ungkapan “kita semua”. Ini juga merupakan satu lagi aspek kelewahan. Dalam bahasa Melayu, “kita” ialah kata ganti nama orang pertama yang membawa maksud jamak. Tetapi, banyak pengguna bahasa Melayu kurang yakin dengan aspek jamak ini, lalu me- negaskan lagi dengan menambah perkataan “semua”, pada hal “kita” telah pun mencukupi. Dalam hal ini, “semua” dalam “kita semua” dianggap lewah. Hal ini sama dengan ungkapan “mereka-mereka”. “Mereka” ialah kata ganti nama orang ketiga yang membawa maksud jamak, sama seperti perkataan “we” dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya orang Melayu sangat gemar dengan sifat kelewahan ini. Pada mereka, sesuatu buah fikiran perlu ditegaskan lagi, maka satu perkataan tidak dirasakan cukup. Lalu lazimnya ditambah dengan satu atau dua perkataan yang sama maknanya, demi kejelasan dan keberkesanan mesej. Sebagai contoh, keadaan “miskin” sering ditambah lagi dengan perkataan “papa”; maka lahirlah “miskin papa”. Selain itu “papa kedana”, juga merupakan dua perkataan yang membawa maksud yang sama. Contoh seterusnya ialah “kaya raya”. “Kaya” membawa erti ke- adaan berada, dan perkataan “raya” ditambah untuk membawa maksud tahap kekayaan yang amat tinggi, yakni sangat kaya. Begitu juga dengan “cantik molek” yang membawa makna yang sama bagi menggambarkan keadaan yang sangat cantik. Namun demikian, bentuk lewah seperti ini dibe- narkan kerana perkataan “papa”, “kedana”, “raya”, dan “molek“ yang digandingkan dengan per- kataan yang seerti dengannya itu berfungsi sebagai kata penguat. Satu lagi bentuk lewah ialah menggandingkan perkataan yang sama dengan padanan bahasa Inggerisnya, yang kononnya lebih difahami oleh pendengar. Antara contohnya ialah: “kasut boot”, “cuba try” dan “pintu gate”. Walhal, sudah memadai dengan perkataan “kasut”, “cuba” dan “pintu”. Oleh itu, bentuk ini adalah salah kerana bukan sahaja lewah, bahkan ber- bentuk bahasa rojak. Aspek penggandaan juga selalu digunakan secara lewah dalam bahasa Melayu, disebabkan pe- ngaruh bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, aspek jamak perlu dinyatakan pada semua ben- tuk dalam ayat. Perhatikan ayat berikut: “I bought 100 books”. Dalam ayat ini dua perkataan membawah maksud jamak, iaitu bilangan (100) dan buku (books) . Dalam bahasa Melayu pula, aspek jamak perlu dinyatakan sekali sahaja. Oleh itu, terjemah- an yang tepat bagi ayat tersebut ialah: “Saya membeli 100 buah buku” (bukan “Saya membeli 100 buah buku-buku”). Dalam hal ini bilangan 100 telah membawa mak- sud jamak, dan “buku” tidak perlu ditandai aspek jamak lagi, (tidak seperti bahasa Inggeris yang wajib ditandai dengan huruf ‘s’ – men- jadikannya ‘books’ ). Dengan itu, berhati-hati supaya tidak dipengaruhi oleh bahasa Inggeris yang hukum tatabaha- sanya tidak sama dengan hukum tatabahasa bahasa Melayu. Bagaimana pula dengan “se- tinggi-tinggi terima kasih”? Sebenarnya ungkapan ini betul. “Setinggi-tinggi” membawa erti yang paling tinggi, iaitu darjah penghabisan. Maksud yang ingin disampaikan dalam ungkapan ini ialah rasa terima kasih yang “amat” atau “paling tinggi”. Unsur penggandaan di sini memang merupakan salah satu daripada cara bahasa Melayu menggambar- kan tahap perbandingan yang pa- ling tinggi, seperti juga ungkapan “sepandai-pandai tupai melompat” dan “sebaik-baik manusia”. “Setinggi-tinggi” tidak sama dengan “setinggi”. “Setinggi” mem- bawa maksud sama tinggi, iaitu aspek perbandingan. Oleh itu, adalah salah mengatakan “Saya mengucapkan setinggi terima kasih” kerana maksudnya sudah berubah. Dengan kata lain, ben- tuk “setinggi-tinggi terima kasih” adalah betul. Akhir kata, perlu ditegaskan bahawa kelewahan merupakan salah satu unsur dalam bahasa Melayu, namun demikian, kita hendaklah mengelakkan daripada menggunakan bentuk lewah yang melanggar hukum bahasa, kerana ini akan mencemarkan keindahan bahasa kita. BAHASA SUKUAN SUNSUNG S unsung ialah kosa kata bahasa suku kaum bahasa Kadazan dusun yang bermaksud mem- beli atau mendapatkan barang de- ngan menukarkannya dengan barang lain, atau barter trade dalam bahasa Inggeris. Kata sunsung diucap dalam dua suku kata sun-sung. Contoh penggunaan: Ibu sunsung kuih yang tidak habis dijual dengan sayur yang dijual oleh peniaga lain. Oleh Noorzanani Kata KATA KLASIK Oleh Wahyunah Abd. Gani PENGGAWA T akrif: penghulu. Contoh penggunaan : Maka turunlah Marakarma dari kuda semberani dengan seleng- kap pakaian yang indah-indah serta dengan penggawa, orang muda-muda empat puluh orang. mempakejkan memasukkan tawaran (cadangan, perkhidmatan dsb) ke dalam satu pakej. memegunkan 1. menyebabkan pegun (tidak bergerak); 2. menyebabkan seseorang terpe- gun (kerana terpikat, kagum dsb): Kelunakan suara bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya memegunkan para pendengar. meminarkan menyebabkan berpinar-pinar: Air yg bergenang di kelopak mata meminarkan pandangannya. meragum mencabut (menyepit dsb) dengan ragum: meragum paku. rincih-rancah segala maklumat (terutamanya yang kecil-kecil) tentang sesuatu. Zaiton Nasir KOSA KATA BAHARU (KATA UMUM) serat diet (dietary fibre) Bahan dalam tumbuhan yang tidak boleh dihadamkan dalam usus manusia. bingkai separa mata (half-eyes frames) Sejenis bingkai kaca mata bersaiz kecil yang digunakan untuk membetulkan rabun dekat. diet rendah lemak (low-fat diet) Diet yang mengandungi lemak tidak melebihi 30% daripada jumlah kalori keseluruhan. pemantauan pemakanan ( nutrition monitoring) Proses yang membekalkan maklumat secara berkala tentang peranan dan status pemakanan yang berkaitan dengan kesihatan. tambahan pemakanan (nutritional supplement) Bahan berkhasiat yang diambil sebagai tambahan kepada makanan yang biasa dimakan. GLOSARI SAINS KESIHATAN Azizul Ismail fakta (fact) paradigma (paradigm) protoplasma teknologi geologi agenda gimnasium trak politik subjek blok klasik unik universiti subsidi republik kurikulum klinik psikologi skrip abstrak Padanan Rumi Ejaan Jawi Padanan Rumi Ejaan Jawi Padanan Rumi Ejaan Jawi Padanan Rumi Ejaan Jawi Padanan Rumi Ejaan Jawi Padanan Rumi Ejaan Jawi Padanan Rumi Ejaan Jawi Padanan Rumi Ejaan Jawi Padanan Rumi Ejaan Jawi golf sains teks standard konsert Padanan Rumi Ejaan Jawi (bukan ) (bukan ) (bukan )

Transcript of Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim ... · PDF fileK ata serapan daripada...

Page 1: Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim ... · PDF fileK ata serapan daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain biasanya dieja menurut cara pengejaan

Kata serapan daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain biasanya dieja menurut cara pengejaan kata jati dalam bahasa Melayu. Namun tidak semua kata dieja

begitu. Ada juga kata yang dieja dengan caranya tersendiri bagi membezakan ciri kata tersebut dengan kata jati bahasa Melayu. Penerangannya adalah seperti di bawah:

1. Bagi kata serapan Inggeris yang bersuku kata akhir terbuka /a/ diwakili oleh huruf alif ( ). Sebagai contoh:

2. Semua huruf g dalam kata serapan Inggeris diwakili oleh huruf ga ( ) dalam ejaan Jawi. Contohnya:

3. Huruf konsonan k di akhir kata dieja dengan huruf kaf ( ) dalam ejaan Jawi. Contohnya:

4. Huruf vokal u dalam ejaan Rumi diwakili dengan huruf alif-wau ( ) di awal kata dan dengan huruf wau ( ) di tengah atau di akhir kata. Contohnya:

5. Huruf gugus konsonan ditulis dalam ejaan Jawi dengan cara biasa atau memisahkan huruf-huruf yang berkenaan walaupun gugus konsonan berkenaan boleh disambungkan pada kaedah biasa. Caranya seperti yang berikut:

(i) Penulisan gugus konsonan di awal kata atau di awal suku kata:

(ii) Dua huruf Jawi yang membentuk gugus konsonan di akhir kata tidak ditulis bersambung. Contohnya:

Catatan: Huruf-huruf yang bergugus akan membentuk suku kata tertutup apabila kedua-duanya ditulis bersambung.

Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 18 Julai 2007

PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Kelewahan dalam Bahasa Melayu: “Demi untuk”

dan “Kita semua”

PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Wan Mohd SaophyAmizul Wan Mansor

BH PILIH L4 18 emel

Pengejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris

Saya kerap ditanya beberapa aspek penggunaan bahasa Melayu yang memperlihatkan

kekeliruan berkait dengan unsur lewah dalam bahasa Melayu. sebagai contoh, ada yang berta-nya, mengapa penggunaan “demi untuk” seperti yang digunakan dalam ayat “Kami berjuang demi untuk negara dan bangsa” diang-gap kurang betul?

Perkataan “demi” dan “untuk” membawa makna yang sama. Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan yang sama maknanya dalam satu ayat secara berurutan dianggap lewah, kerana penggu-naan salah satu daripadanya sudah mencukupi.

Ayat di atas boleh sahaja ditu-lis: “Kami berjuang demi negara dan bangsa” atau “Kami berjuang untuk negara dan bangsa”. Dengan demikian kita memenuhi aspek ekonomi dalam bahasa, iaitu meng-gunakan bahasa dengan baik, kemas dan ekonomis, yakni tidak membazir perkataan.

Ada juga orang bertanya ten-tang ungkapan “kita semua”. Ini juga merupakan satu lagi aspek kelewahan. Dalam bahasa Melayu, “kita” ialah kata ganti nama orang pertama yang membawa maksud jamak. Tetapi, banyak pengguna bahasa Melayu kurang yakin dengan aspek jamak ini, lalu me-negaskan lagi dengan menambah perkataan “semua”, pada hal “kita” telah pun mencukupi. Dalam hal ini, “semua” dalam “kita semua” dianggap lewah.

Hal ini sama dengan ungkapan “mereka-mereka”. “Mereka” ialah kata ganti nama orang ketiga yang membawa maksud jamak, sama seperti perkataan “we” dalam bahasa Inggeris.

Sebenarnya orang Melayu sangat gemar dengan sifat kelewahan ini. Pada mereka, sesuatu buah fikiran perlu ditegaskan lagi, maka satu perkataan tidak dirasakan cukup. Lalu lazimnya ditambah dengan satu atau dua perkataan yang sama maknanya, demi kejelasan dan keberkesanan mesej. Sebagai contoh, keadaan “miskin” sering ditambah lagi dengan perkataan “papa”; maka lahirlah “miskin papa”. Selain itu “papa kedana”, juga merupakan dua perkataan yang membawa maksud yang sama.

Contoh seterusnya ialah “kaya raya”. “Kaya” membawa erti ke-adaan berada, dan perkataan “raya” ditambah untuk membawa maksud tahap kekayaan yang amat tinggi, yakni sangat kaya. Begitu juga dengan “cantik molek” yang membawa makna yang sama bagi menggambarkan keadaan yang sangat cantik. Namun demikian, bentuk lewah seperti ini dibe-narkan kerana perkataan “papa”, “kedana”, “raya”, dan “molek“ yang digandingkan dengan per-

kataan yang seerti dengannya itu berfungsi sebagai kata penguat.

Satu lagi bentuk lewah ialah menggandingkan perkataan yang sama dengan padanan bahasa Inggerisnya, yang kononnya lebih difahami oleh pendengar. Antara contohnya ialah: “kasut boot”, “cuba try” dan “pintu gate”. Walhal, sudah memadai dengan perkataan “kasut”, “cuba” dan “pintu”. Oleh itu, bentuk ini adalah salah kerana bukan sahaja lewah, bahkan ber-bentuk bahasa rojak.

Aspek penggandaan juga selalu digunakan secara lewah dalam bahasa Melayu, disebabkan pe-ngaruh bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, aspek jamak perlu dinyatakan pada semua ben-tuk dalam ayat. Perhatikan ayat berikut: “I bought 100 books”. Dalam ayat ini dua perkataan membawah maksud jamak, iaitu bilangan (100) dan buku (books).

Dalam bahasa Melayu pula, aspek jamak perlu dinyatakan sekali sahaja. Oleh itu, terjemah-an yang tepat bagi ayat tersebut ialah: “Saya membeli 100 buah buku” (bukan “Saya membeli 100 buah buku-buku”). Dalam hal ini bilangan 100 telah membawa mak-sud jamak, dan “buku” tidak perlu ditandai aspek jamak lagi, (tidak seperti bahasa Inggeris yang wajib ditandai dengan huruf ‘s’ – men-jadikannya ‘books’).

Dengan itu, berhati-hati supaya tidak dipengaruhi oleh bahasa Inggeris yang hukum tatabaha-sanya tidak sama dengan hukum tatabahasa bahasa Melayu.

Bagaimana pula dengan “se-tinggi-tinggi terima kasih”? Sebenarnya ungkapan ini betul. “Setinggi-tinggi” membawa erti yang paling tinggi, iaitu darjah penghabisan. Maksud yang ingin disampaikan dalam ungkapan ini ialah rasa terima kasih yang “amat” atau “paling tinggi”. Unsur penggandaan di sini memang merupakan salah satu daripada cara bahasa Melayu menggambar-kan tahap perbandingan yang pa-ling tinggi, seperti juga ungkapan “sepandai-pandai tupai melompat” dan “sebaik-baik manusia”.

“Setinggi-tinggi” tidak sama dengan “setinggi”. “Setinggi” mem-bawa maksud sama tinggi, iaitu aspek perbandingan. Oleh itu, adalah salah mengatakan “Saya mengucapkan setinggi terima kasih” kerana maksudnya sudah berubah. Dengan kata lain, ben-tuk “setinggi-tinggi terima kasih” adalah betul.

Akhir kata, perlu ditegaskan bahawa kelewahan merupakan salah satu unsur dalam bahasa Melayu, namun demikian, kita hendaklah mengelakkan daripada menggunakan bentuk lewah yang melanggar hukum bahasa, kerana ini akan mencemarkan keindahan bahasa kita.

BAHASA SUKUAN

SunSung

Sunsung ialah kosa kata bahasa suku kaum bahasa Kadazan dusun yang bermaksud mem­

beli atau mendapatkan barang de­ngan menukarkannya dengan barang lain, atau barter trade dalam bahasa Inggeris. Kata sunsung diucap dalam dua suku kata sun-sung. Contoh penggunaan: Ibu sunsung kuih yang tidak habis dijual dengan sayur yang dijual oleh peniaga lain.

Oleh Noorzanani Kata

KATA KLASIK

Oleh Wahyunah Abd. Gani

penggawa

Takrif: penghulu.Contoh penggunaan : Maka turunlah Marakarma dari

kuda semberani dengan seleng-kap pakaian yang indah-indah serta dengan penggawa, orang muda-muda empat puluh orang.

mempakejkanmemasukkan tawaran (cadangan, perkhidmatan dsb) ke dalam satu pakej.

memegunkan1. menyebabkan pegun (tidakbergerak);2. menyebabkan seseorang terpe­gun (kerana terpikat, kagum dsb): Kelunakan suara bacaan ayat­ayat suci al­Qurannya memegunkan para pendengar.

meminarkanmenyebabkan berpinar­pinar:Air yg bergenang di kelopak mata meminarkan pandangannya.

meragummencabut (menyepit dsb) dengan ragum: meragum paku.

rincih-rancahsegala maklumat (terutamanya yang kecil­kecil) tentang sesuatu.

Zaiton Nasir

KOSA KATA BAHARU (KATA UMUM)

serat diet (dietary fibre) Bahan dalam tumbuhan yang tidak boleh dihadamkan dalam usus manusia. bingkai separa mata(half-eyes frames) Sejenis bingkai kaca mata bersaiz kecil yang digunakan untuk membetulkan rabun dekat. diet rendah lemak (low-fat diet) Diet yang mengandungi lemak tidak melebihi 30% daripada jumlah kalori keseluruhan.

pemantauan pemakanan( nutrition monitoring) Proses yang membekalkan maklumat secara berkala tentang peranan dan status pemakanan yang berkaitan dengan kesihatan.

tambahan pemakanan(nutritional supplement) Bahan berkhasiat yang diambil sebagai tambahan kepada makanan yang biasa dimakan.

GLOSARI SAINS KESIHATAN

Azizul Ismail

fakta (fact)

paradigma (paradigm)

protoplasma

teknologi

geologi

agenda

gimnasium

trak

politik

subjek

blok

klasik

unik

universiti

subsidi

republik

kurikulum

klinik

psikologi

skrip

abstrak

padanan Rumiejaan Jawi

padanan Rumiejaan Jawi padanan Rumiejaan Jawi

padanan Rumiejaan Jawi padanan Rumiejaan Jawi

padanan Rumiejaan Jawi padanan Rumiejaan Jawi

padanan Rumiejaan Jawi padanan Rumiejaan Jawi

golf

sains

teks

standard

konsert

padanan Rumiejaan Jawi

(bukan )

(bukan )

(bukan )