BH PILIH L11 22 emel PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT … · serta nama, nombor kad pengenalan, nombor...

1
BERITA HARIAN Rabu, 22 November 2006 Halaman Sebelas PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU KUIZ KLIK DBP SIRI 27 PEMENANG KUIZ KLIK DBP SIRI 29 1. Tuan Sapinah Tuan Jalil, Serada, Kuala Terengganu. No. K.P.: 830410-11-5214 2. Siti Zawiyah Abdul Aziz, Felda Sg. Koyan 3, Raub, Pahang. No. K.P.: 870922-06-5624 3. Amran A. Rahim, Kuantan, Pahang. No. K.P.: 750909-04-5247 4. Faez Ab. Rahim, Kajang, Selangor. No. K.P.: 920815-04-5237 5. Ag. Ruzaini Ag. Ali Omar, Pekan Papar, Sabah. No. K.P.: 871026-12-5017 6. Marina Othman, Kerteh, Kemaman, Terengganu. No. K.P.: 740504-01-5980 7. Ing Boon Hee @ Peter Ng, Klang, Selangor. No. K.P.: 700207-10-5393 8. Mohamad Nasharul Izzuan Halim, Bagan Serai, Perak. No. K.P.: 881117-08-6315 9. Nuraini Hanisah Baharuddin, Gombak, Kuala Lumpur. No. K.P.: 891206-14-5662 10. Nor Hasmiza Yazid, Kuala Krai, Kelantan. No. K.P.: 901020-03-5250 P EMENANG akan menerima hadiah wang tunai RM50.00 daripada DBP dan langganan setahun majalah Dewan Budaya sum- bangan Dawama Sdn. Bhd. Soalan: 1. Nayatakan tiga sikap terhadap bahasa Melayu yang perlu diperbetul seperti yang disarankan oleh mantan Ketua Pengarah DBP kelima dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII. 2. Apakah usaha yang diambil oleh Jemaah Menteri untuk memperkukuh kedudukan bahasa Melayu? 3. Nyatakan jenis nada yang dibicara- kan dalam Pedoman Sastera kali ini. 4. Nyatakan dua judul CDROM terba- haru terbitan DBP. 5. Apakah penerbitan berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan di negara Jepun? Syarat Penyertaan: Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP dan ahli keluar- ganya. Tarikh tutup penyertaan 4 Disember 2006. Keputusan mukta- mad. Hantarkan jawapan anda ber- serta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, dan alamat anda kepada: Timbalan Ketua Editor Klik DBP, Kuiz Klik DBP Siri 30, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Faksimile: 03-2142 2029 E-mel: [email protected] KONGRES DBP Musuh Golongan Penulis? CDROM Lagu Kanak-kanak Jilid 1 dan 2 Kini dalam Pasaran BH PILIH L11 22 emel DBP SETENGAH ABAD D ua CDROM, iaitu Lagu Kanak-kanak Jilid 1 dan 2 telah diterbitkan oleh Bahagian Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). CDROM tersebut berupa koleksi lagu kanak-kanak yang menghim- punkan 16 buah lagu (Jilid 1) dan 15 buah lagu (Jilid 2) hasil Pertandingan Lagu Kanak-kanak 2004 dan 2005 anjuran Karyanet. Lagu-lagu yang terkan- dung dalam CDROM Lagu Kanak-kanak Jilid 1 berunsur hiburan ini turut menyelitkan unsur-unsur pendidikan, moti- vasi, kasih sayang, cinta akan tanah air dan kemanusiaan se- perti 'Semangat Kejiranan', 'Zapin Cinta Negara' dan 'Kejiranan'. Lagu-lagu yang terkandung dalam CDROM tersebut sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun. CDROM Lagu Kanak- kanak Jilid 2 pula sesuai untuk kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun. Lagu-lagu seperti 'Hargailah Masa', 'Hormat- menghormati' dan 'Bacalah Buku' yang terkandung dalam Jilid 2 itu sekiranya diha- yati akan dapat membentuk peri- badi yang mulia. Setiap pembe- lian CDROM ini akan mendapat senaskhah buku lagu yang men- gandungi seni kata dan lirik yang memudahkan guru atau ibu bapa mengajar anak-anak menyanyi. Penerbitan kedua-dua CDROM tersebut bukan sahaja menam- bah khazanah lagu kanak-kanak, malah dapat melahirkan lebih ramai lagi pencipta lagu. CDROM berharga RM25 setiap satu ini boleh didapati di Galeri Ilmu DBP atau hubungi talian 016-3440148. P eranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam bidang sastera dan penerbitan telah dipersoalkan dan dikritik semasa Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII baru-baru ini. Salah satu kertas kerja yang dibentang- kan ialah “Meniti Zaman Menagih Impian: Dewan Bahasa dan Pustaka antara Kenyataan dan Harapan” yang dibentangkan oleh Profesor Dr. Md. Salleh Yaapar mengetengahkan kelemahan DBP dalam menangani penerbitan, seperti kelewatan, kehi- langan manuskrip, produktiviti yang rendah, tanggapan dan run- gutan bahawa DBP “tidak mesra penulis” atau yang lebih teruk lagi “musuh golongan penulis”. Isu lain yang turut disentuh ialah “mogok seni” Sasterawan Negara pada tahun 1980-an dan 2000. Kritikan juga dibuat oleh salah seorang pengulas, iaitu Profesor Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz. Walaupun DBP perlu menerima dengan dada terbuka kertas kerja dan ulasan daripada dua pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu, penjelasan juga perlu diberikan. Lebih-lebih lagi kritikan tersebut menggambarkan seolah-olahnya DBP tidak memberikan perhatian yang serius dalam bidang sastera dan penerbitan. Malahan, sindiran Sohaimi Abdul Aziz bahawa Purnama (Pusat Pembinaan dan Pengembangan Sastera Kanak- kanak dan Remaja) yang baru ber- operasi awal tahun ini, “tidak ber- purnama” adalah agak keterlaluan. Saranan beliau agar semua maka- lah dalam jurnal terbitan DBP diwa- sitkan, sebenarnya sudah lama di- amalkan. DBP sentiasa menghantar sebarang makalah untuk dinilai terlebih dahulu oleh pakar dalam bidang berkenaan sebelum diter- bitkan. Begitu juga dengan judul- judul buku yang dihantar penulis. Selepas dinilai, manuskrip buku berkenaan akan terlebih dahulu melalui dua jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Editorial, yang terdiri daripada Pengarah Penerbitan dan Ketua-ketua Bahagian di Jabatan Penerbitan DBP dan Jawatankuasa Penerbitan yang terdiri daripada Ketua Pengarah dan Ahli Lembaga yang dilantik bagi mengesahkan se- suatu judul buku sebelum diluluskan penerbitannya. Oleh itu, tanggapan dan rungut-an bahawa DBP “musuh golongan penu- lis”, adalah satu tuduhan yang melu- lu, bahkan DBP banyak membantu penulis menerbitkan karya mereka. Dalam usaha meningkatkan kuan- titi dan kualiti penerbitan, DBP sen- tiasa berhubung rapat dan menghar- gai sumbangan para penulis dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi, merangkumi peringkat kanak-kanak hinggalah ke penga- jian tinggi. Sasaran penerbitan DBP bukan sekadar 300 atau 500 judul setahun, bahkan jika wujud kerjasa- ma dan komitmen para penulis, DBP mampu mencapai 1000 judul seta- hun. Masalah yang mendasari pener- bitan DBP ialah kurangnya bilangan penulis yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam penulisan, dan bukannya tempoh penerbitan yang lama (kini, telah dikurangkan). Meskipun terdapat kira-kira 18 000 orang pensyarah dan 18 buah univer- siti dan kolej universiti awam, namun bilangan penulis tidak menampak- kan peningkatan. Menurut statistik buku yang didaftarkan di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan, dari tahun 1996 hingga 2004, jumlah penerbitan buku di negara ini adalah antara 5000 hingga 8000 judul seta- hun, manakala pada tahun 2005 me- ningkat kepada 10 310 judul. Adakah statistik ini mencerminkan kelemah- an DBP atau masalah industri? Hakikatnya, jumlah buku dagang bukan fiksyen dan buku ilmiah dan profesional yang diterbitkan di peringkat negara setiap tahun masih rendah. Berhubung dengan pener- bitan buku ilmiah, DBP dan pener- bit universiti sendiri mengalami kesukaran untuk mendapatkan manuskrip, dan hal ini juga diakui oleh Md. Salleh Yaapar berdasarkan pengalaman beliau di USM. Semangat Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII mestilah di- terjemahkan dalam bentuk tindakan, dan bukannya sekadar gah dengan kata-kata, saranan, dan desakan. Malangnya, sepanjang sesi pem- bentangan kertas kerja dan ula- san dalam sesi tersebut, selain kritikan yang diselang-seli dengan sindiran, tidak kedengaran kedua- dua ahli akademik itu menyeru dan mendorong rakan sejawatan mereka di menara gading agar membanjiri DBP dengan ratu- san atau ribuan manuskrip setiap tahun. Pengalaman Sohaimi Abdul Aziz bersama-sama DBP sebagai panel perunding dan juga sebagai penulis dan penilai dalam pener- bitan Ensiklopedia Sastera Melayu merupakan salah satu bukti yang jelas. Namun, dalam keghairahan beliau mengkritik serta menyindir DBP, beliau tidak menyebut segala kejerihan ini. Tidak hairanlah kebekuan intelek- tual di dunia Islam yang dibang- kitkan oleh Riaz Hassan dalam The Star pada 13 November 2006 telah lama berlaku di Malaysia. Sebagai penerbit yang banyak bergantung pada menara gading, inilah masalah utama yang dihadapi oleh DBP. Oleh Zulkifli Salleh SERIUS: Profesor Dr. Md Salleh Yaapar ketika membentangkan kertas kerja.

Transcript of BH PILIH L11 22 emel PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT … · serta nama, nombor kad pengenalan, nombor...

BERITA HARIAN Rabu, 22 November 2006 Halaman Sebelas

PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU KUIZ KliK DBP SIRI 27

PEMENANG KUIZ KliK DBP SIRI 29

1. Tuan Sapinah Tuan Jalil, Serada,KualaTerengganu. No.K.P.:830410-11-5214

2. Siti Zawiyah Abdul Aziz, FeldaSg.Koyan3,Raub,Pahang. No.K.P.:870922-06-5624

3. Amran A. Rahim, Kuantan,Pahang. No.K.P.:750909-04-5247

4. Faez Ab. Rahim, Kajang,Selangor. No.K.P.:920815-04-5237

5. Ag. Ruzaini Ag. Ali Omar, PekanPapar,Sabah. No.K.P.:871026-12-5017

6. Marina Othman, Kerteh,Kemaman,Terengganu. No.K.P.:740504-01-5980

7. Ing Boon Hee @ Peter Ng, Klang,Selangor. No.K.P.:700207-10-5393

8. Mohamad Nasharul Izzuan Halim, BaganSerai,Perak. No.K.P.:881117-08-6315

9. Nuraini Hanisah Baharuddin, Gombak,KualaLumpur. No.K.P.:891206-14-5662

10. Nor Hasmiza Yazid, KualaKrai,Kelantan. No.K.P.:901020-03-5250

PEMENANG akan menerimahadiah wang tunai RM50.00daripada DBP dan langganan

setahunmajalahDewan Budayasum-banganDawamaSdn.Bhd.

Soalan:1. Nayatakan tiga sikap terhadapbahasaMelayuyangperludiperbetulsepertiyangdisarankanolehmantanKetua Pengarah DBP kelima dalamKongres Bahasa dan PersuratanMelayuVII.

2. Apakah usaha yang diambil olehJemaahMenteriuntukmemperkukuhkedudukanbahasaMelayu?

3.Nyatakanjenisnadayangdibicara-kandalamPedomanSasterakaliini.

4.NyatakanduajudulCDROMterba-haruterbitanDBP.

5. Apakah penerbitan berbahasaMelayu yang pertama diterbitkan dinegaraJepun?

Syarat Penyertaan:Penyertaan terbuka kepada semuapembaca Klik DBP dan ahli keluar-ganya. Tarikh tutup penyertaan 4 Disember 2006. Keputusan mukta-mad. Hantarkan jawapan anda ber-sertanama,nomborkadpengenalan,nombor telefon, dan alamat andakepada:

Timbalan Ketua Editor Klik DBP,Kuiz Klik DBP Siri 30,

Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25,

Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.

Faksimile: 03-2142 2029E-mel: [email protected]

KONGRES

DBP Musuh Golongan Penulis?

CDROM Lagu Kanak-kanak Jilid 1 dan 2 Kini dalam Pasaran

BH PILIH L11 22 emel

DBP SETENGAH ABAD

Dua CDROM, iaitu Lagu Kanak-kanak Jilid 1 dan 2 telah diterbitkan oleh

Bahagian Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

CDROM

tersebut berupa koleksi lagu kanak-kanak yang menghim-punkan 16 buah lagu (Jilid 1) dan 15 buah lagu (Jilid 2) hasil Pertandingan Lagu Kanak-kanak 2004 dan 2005 anjuran Karyanet.

Lagu-lagu yang terkan-dung dalam CDROM Lagu

Kanak-kanak Jilid 1 berunsur hiburan ini turut menyelitkan unsur-unsur pendidikan, moti-vasi, kasih sayang, cinta akan tanah air dan kemanusiaan se-perti 'Semangat Kejiranan', 'Zapin Cinta Negara' dan 'Kejiranan'. Lagu-lagu yang terkandung dalam CDROM tersebut sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun. CDROM Lagu Kanak-kanak Jilid 2 pula sesuai untuk kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun. Lagu-lagu seperti ' H a r g a i l a h Masa', 'Hormat-menghor mati' dan 'Bacalah Buku' yang t e r k a n d u n g dalam Jilid 2 itu sekiranya diha-yati akan dapat membentuk peri-badi yang mulia.

Setiap pembe-lian CDROM ini akan mendapat

senaskhah buku lagu yang men-gandungi seni kata dan lirik yang memudahkan guru atau ibu bapa mengajar anak-anak menyanyi. Penerbitan kedua-dua CDROM tersebut bukan sahaja menam-bah khazanah lagu kanak-kanak, malah dapat melahirkan lebih ramai lagi pencipta lagu. CDROM berharga RM25 setiap satu ini boleh didapati di Galeri Ilmu DBP atau hubungi talian 016-3440148.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam bidang sastera dan penerbitan telah

dipersoalkan dan dikritik semasa Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII baru-baru ini. Salah satu kertas kerja yang dibentang-kan ialah “Meniti Zaman Menagih Impian: Dewan Bahasa dan Pustaka antara Kenyataan dan Harapan” yang dibentangkan oleh Profesor Dr. Md. Salleh Yaapar mengetengahkan kelemahan DBP dalam menangani penerbitan, seperti kelewatan, kehi-langan manuskrip, produktiviti yang rendah, tanggapan dan run-gutan bahawa DBP “tidak mesra penulis” atau yang lebih teruk lagi “musuh golongan penulis”. Isu lain yang turut disentuh ialah “mogok seni” Sasterawan Negara pada tahun 1980-an dan 2000.

Kritikan juga dibuat oleh salah seorang pengulas, iaitu Profesor Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz.

Walaupun DBP perlu menerima dengan dada terbuka kertas kerja dan ulasan daripada dua pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu, penjelasan juga perlu diberikan. Lebih-lebih lagi kritikan tersebut menggambarkan seolah-olahnya DBP tidak memberikan perhatian yang serius dalam bidang sastera dan penerbitan. Malahan, sindiran Sohaimi Abdul Aziz bahawa Purnama (Pusat Pembinaan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja) yang baru ber-operasi awal tahun ini, “tidak ber-purnama” adalah agak keterlaluan.

Saranan beliau agar semua maka-lah dalam jurnal terbitan DBP diwa-sitkan, sebenarnya sudah lama di-amalkan. DBP sentiasa menghantar sebarang makalah untuk dinilai terlebih dahulu oleh pakar dalam bidang berkenaan sebelum diter-bitkan. Begitu juga dengan judul-judul buku yang dihantar penulis. Selepas dinilai, manuskrip buku berkenaan akan terlebih dahulu

melalui dua jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Editorial, yang terdiri daripada Pengarah Penerbitan dan Ketua-ketua Bahagian di Jabatan Penerbitan DBP dan Jawatankuasa Penerbitan yang terdiri daripada Ketua Pengarah dan Ahli Lembaga yang dilantik bagi mengesahkan se-suatu judul buku sebelum diluluskan penerbitannya.

Oleh itu, tanggapan dan rungut-an bahawa DBP “musuh golongan penu-lis”, adalah satu tuduhan yang melu-lu, bahkan DBP banyak membantu penulis menerbitkan karya mereka. Dalam usaha meningkatkan kuan-titi dan kualiti penerbitan, DBP sen-tiasa berhubung rapat dan menghar-gai sumbangan para penulis dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi, merangkumi peringkat kanak-kanak hinggalah ke penga-jian tinggi. Sasaran penerbitan DBP bukan sekadar 300 atau 500 judul setahun, bahkan jika wujud kerjasa-ma dan komitmen para penulis, DBP mampu mencapai 1000 judul seta-hun.

Masalah yang mendasari pener-bitan DBP ialah kurangnya bilangan penulis yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam penulisan, dan bukannya tempoh penerbitan yang lama (kini, telah dikurangkan).

Meskipun terdapat kira-kira 18 000 orang pensyarah dan 18 buah univer-siti dan kolej universiti awam, namun bilangan penulis tidak menampak-kan peningkatan. Menurut statistik buku yang didaftarkan di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan, dari tahun 1996 hingga 2004, jumlah penerbitan buku di negara ini adalah antara 5000 hingga 8000 judul seta-hun, manakala pada tahun 2005 me-ningkat kepada 10 310 judul. Adakah

statistik ini mencerminkan kelemah-an DBP atau masalah industri?

Hakikatnya, jumlah buku dagang bukan fiksyen dan buku ilmiah dan profesional yang diterbitkan di peringkat negara setiap tahun masih rendah. Berhubung dengan pener-bitan buku ilmiah, DBP dan pener-bit universiti sendiri mengalami kesukaran untuk mendapatkan manuskrip, dan hal ini juga diakui oleh Md. Salleh Yaapar berdasarkan pengalaman beliau di USM.

Semangat Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII mestilah di-terjemahkan dalam bentuk tindakan, dan bukannya sekadar gah dengan kata-kata, saranan, dan desakan.

Malangnya, sepanjang sesi pem-bentangan kertas kerja dan ula-san dalam sesi tersebut, selain kritikan yang diselang-seli dengan sindiran, tidak kedengaran kedua-dua ahli akademik itu menyeru dan mendorong rakan sejawatan mereka di menara gading agar membanjiri DBP dengan ratu-san atau ribuan manuskrip setiap tahun. Pengalaman Sohaimi Abdul Aziz bersama-sama DBP sebagai panel perunding dan juga sebagai penulis dan penilai dalam pener-bitan Ensiklopedia Sastera Melayu merupakan salah satu bukti yang jelas. Namun, dalam keghairahan beliau mengkritik serta menyindir DBP, beliau tidak menyebut segala kejerihan ini.

Tidak hairanlah kebekuan intelek-tual di dunia Islam yang dibang-kitkan oleh Riaz Hassan dalam The Star pada 13 November 2006 telah lama berlaku di Malaysia. Sebagai penerbit yang banyak bergantung pada menara gading, inilah masalah utama yang dihadapi oleh DBP.

Oleh Zulkifli Salleh

SERIUS: Profesor Dr. Md Salleh Yaapar ketika membentangkan kertas kerja.