BIG(INDRA)

download BIG(INDRA)

of 27

description

bg

Transcript of BIG(INDRA)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,KUALA LUMPUR.(PISMP)PORTFOLIO BINA INSAN GURU FASA KE-2 2013

SIRI KE-2 2013

NAMA PELAJAR : INDRANI A/P RAMANNO KAD PENGENALAN : 930104-07-5260KELAS / OPSYEN : PISMP G1.1 ( PENDIDIKAN PEMULIHAN )TARIKH PROGRAM BIG : 9 APRIL - 12 APRIL 2013 LOKASI PELAKSANAAN :TANJUNG UDA RESORT,KAMPUNG SITIAWAN,PERAKNAMA MENTOR : ENCIK AMIR HAMZAH BIN AMANISI KANDUNGANBILTAJUK

1PENGHARGAAN

2PENDAHULUAN

3OBJEKTIF

4DOMAIN

5PERATURAN

6PARA PENSYARAH YANG TERLIBAT

7PARA PELAJAR YANG TERLIBAT

8NAMA KUMPULAN PELAJAR

9CARTA ORGANISASI PELAJAR

10JADUAL-JADUAL

11LAPORAN PENUH

12LAPORAN HARIAN HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA HARI KEEMPAT

13REFLEKSI KENDIRI

14BAHAN BUKTI

PENGHARGAAN

Sekalung Penghargaan daripada Guru Pelatih Program Bina Insan GuruFasa 2 IPG Kampus Ilmu Khas menghulurkan penghargaan kepada:-

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Ketua Jabatan Pendidikan KhasKetua Unit Kokurikulum Ketua Balai Balai Polis Setiawan Perak Pengarah Hospital Manjung Setiawan Perak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sitiawan Perak Pensyarah / Jurulatih Unit Kokurikulum Mentor Pihak-Pihak Yang Terlibat Secara Langsung Dan Tidak Langsung dalam Program Ini.

PENDAHULUAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA KE-2/2013 Program Bina Insan Guru bertujuan untuk melahirkan guru pelatih yang cemerlang dan bersahsiah tinggi dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan rohani. Walaupun Program ini hanya selama 4 hari dan 3 malam, diharap objektifnya tercapai oleh semua guru pelatih.Melalui Program BIG ini, saya telah mendapat pelbagai pengalaman. Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang kita dapat ini dengan sepenuhnya dalam sebarang tindakan yang kita buat selapas ini. Bersama-samalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu agar kita dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan nanti.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru pada fasa ke-2 / 2013 bersama kelas G 1.1 (Pendidikan Pemulihan) , G1.2(Pendidikan Masalah Pendengaran) dan G1.3( Pendidikan Masalah Penglihatan) sehingga kami dapat menempuhi segala aktiviti yang dijalankan dengan sempurna. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini gagal dilaksanakan dengan begitu sempurna.Di samping itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua fasilitator dan jurulatih serta mentor kami yang telah mengiring dan membimbing kami dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan. Jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Saya akan memanfaatkan semua ilmu yang saya dapat semasa program ini dan berusaha menjadi seorang guru yang terbaik.Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU

Melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu berkemahiran serta mempunyai kerohanian dan sahsiah yang tinggi.

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reklfktif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.

Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan komuniti.

Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.

Menghayati dan menampilkan cirri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

Merancang melaksanakan, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal mental, emosi, rohani dan sosial.

DOMAIN PROGRAM BINA INSAN GURU

Domain-domain yang akan diperhatikan adalah :

1. Pembinaan insan guru yang seimbang. Guru sebagai insan mulia. Kualiti peribadi dan profesionalisme seorang guru. Pembelajaran berterusan dan seluas hayat.

2. Guru dan hubungan komuniti Cabaran guru merealisasikan pendemokrasian pendidikan. Guru sebagai agen perubahan masyarakat. Hubungan sekolah dan komuniti ke arah pembangunan pendidikan.

3. Guru dan akauntabiliti profesionalisme Pembinaan semula sikap ke arah perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia. Guru reflektif menjana keberkesanan tugas. Eitka dan moral professional.

4. Kerohanian dan akhlak keguruan Memahami domain pembangunan diri yang seimbang. Memahami konsep nilai dan etika keguruan. Memahami citra diri insan guru. Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG.

Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturrahim, kenal megenal dan menghormati antara satu sama lain.

Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan

Peserta yang beragama islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu solat.

Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program/ aktiviti yang dilaksanakan.

Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan.

Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.

Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.

Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar.

Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.

Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetap berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah.

Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti dan dilarang memakai selipar atau kain pelekat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan.

Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan.

Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 12.00 tengah malam.

Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.

Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan.

Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.

Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.

Peserta dilarang membakar dalam kawasan tanpa kebenaran.

Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih/fasilitator.

Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanaan.

Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh jawatankuasan Keselamatan/Urusetia.

MUKA DEPAN BUKU PROGRAM

laporan harian

BINA INSAN GURU FASA 2/2013

Tarikh: 9 April 2013Hari ini merupakan hari pertama kem Bina Insan Guru(BIG) diadakan. BIG ini akan berlansung selama empat hari tiga malam dan bertempat di Tanjung Uda River Resort,Kampung Sitiawan,Perak. Komandan Kem untuk Fasa ini adalah Encik Noorizan Bin Khalid. Sebelum bermulanya BIG, saya berasa tidak sabar dan agak teruja kerana saya tidak berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan sebelum ini. Saya berasa gembira kerana saya berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti seperti ini di IPG. Pada pagi hari tersebut, saya dan rakan-rakan yang lain dari kelas PISMP Pemulihan (G1.1), PISMP Masalah Pendengaran (G1.2) dan PISMP Masalah Penglihatan (G1.3) telah berkumpul di garaj bas pada jam 8.00 pagi. Setelah membuat pendaftaran, kami mengambil barang-barang perkhemahan kami dan menyusunkannya di dalam bas yang disediakan. Sebelum bertolak, pengerusi kami iaitu saudari Bavani A/P Sagathevan memberi taklimat yang ringkas mengenai peraturan dan juga mengagihkan bas dengan van. Kami bertolak pada pukul 8.45 pagi dan pada pukul 1.30 petang kami telah sampai ke Tanjung Uda River Resort,Kampung Sitiawan,Perak. Apabila sampai ke sana,Tuan Amri Bin Abdul Ghaffar telah memberi taklimat yang selanjutnya mengenai tentatif dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dalam BIG tersebut.Kami memulakan hari tersebut dengan membersihkan kawasan perkhemahan dan mula mendirikan khemah. Tempat itu sangat cantik,nyaman dan menarik hati saya.Saya mendapat pengalaman baru tentang cara-cara mendirikan sebuah khemah kerana ini merupakan pertama kalinya saya mendirikan khemah. Saya dan dua orang rakan yang lain tinggal di khemah tersebut. Setelah selesai aktiviti itu, kumpulan 1 bermula untuk memasak pada sebelah malam.Saya juga salah satu orang yang bertugas dalam aktiviti memasak.Seterusnya,kami juga telah berkumpul di dewan terbuka untuk Ceramah Panduan Ketika Kecemasan&Asas Bantu Mula daripada ahli Bomba.Pada pukul 6.30 guru pelatih yang beragama islam bergerak ke dewan manakala bukan muslim menghadiri sesi moral bersama Mentor G1.2 Pn.Habsah binti Yusof dari Jabatan Pendidikan Khas. Kami berbincang tentang Kepentingan menuntut ilmu yang semakin kurang dalam kalangan guru pelatih kita. Isu yang berbangkit ini membuka minda kami. Kami mengetahui tentang peranan kami sebagai seorang guru bagi membendung isu ini. Selepas makan malam, sesi ice breaking bermula yang diketuai oleh Pn.Hew Siew Voon. Aktiviti Bridley International Bank telah diperkenalkan untuk kami. Pada hari tersebut,kami dibenarkan tidur agak awal pada pukul 12.30 malam.Saya berasa sangat gembira pada hari tersebut kerana mendapat pengalaman baru seperti mendirikan khemah, memasak sarapan dan sebagainya dan saya berasa tidak sabar untuk keesokkan hari dan melakukan aktiviti air yang saya minati. Pada pendapat saya saya telah mempelajari satu perkara yang baru pada hari ini, iaitu cara memdirikan khemah. Akan tetapi, satu perkara yang boleh dibaiki pada hari ini ialah dari segi pengurusan masa. Masa terlewat sedikit untuk kerja-kerja mendirikan khemah dan menyusun barang-barang dan diharapkan pada masa akan datang semua peserta dapat melakukan-kerja kerja dengan lebih cepat.

TAMAT HARI PERTAMA

Tarikh: 10 April 2013 Hari ini merupakan hari kedua program BIG. Kami bangun awal untuk sesi moral.. Pada pagi itu juga, peserta Muslim menyertai aktiviti di dewan manakala peserta bukan muslim terlibat dengan aktiviti moral yang dibincangkan mengenai alam sekitar dengan Encik Chia Chiow Ming. Ajk senaman mengendalikan aktiviti senaman pagi dengan menggunakan lagu serta menaikkan Bendera Malaysia dengan Bendera IPGIK. Saya sangat teruja untuk melakukan aktiviti senaman yang berbentuk tarian dan nyayian. Setelah selesai senaman pagi itu, kami melibatkan dalam LDK.Pn.Hew Siew Voon telah menjalankan aktiviti ini mengenali potensi diri.Aktiviti LDK ini juga melibatkan permainan-permainan yang menguji kecekapan berfikir dan ketangkasan para peserta dalam melakukan sesuatu. Seterusnya,kami dapat berehat lebih masa kerana hujan.Tetapi,apabila hujan berhenti,kami telah bersedia untuk aktiviti air.Kumpulan 1 dan 2 telah melibatkan dalam aktiviti ini. Selepas makan tengah hari, kami berkumpul di dewan terbuka untuk membuat aktiviti air iaitu berkayak. Seorang fasilitator iaitu En.Chia Chiow Ming memberi taklimat mengenai cara membuat kayak yang kukuh dan stabil. Selepas itu, kami membuat water confident Mentor-mentor juga turut mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Dengan adanya life jacket, kami berasa selesa dan berani bagi menempuhi arus ombak. Kami mengambil selama 30 minit untuk membuat menyediakan bot-bot kami. Setelah selesai proses tersebut, kami mula bergerak ke tengah laut dan membuat pakir. Di sini,guru pelatih memberi arahan untuk menukar pasangan bot.Selepas itu, kami memberi kemahiran menyelamatkan orang lain semasa kecemasan dalam air.Kemahiran ini membuka minda kami.Kami juga memberi masa untuk bermandi manda di air laut.Setelah tamatnya aktiviti air, kumpulan 2 bergerak untuk memasak.Pada pukul 6.00 petang, guru pelatih yang beragama islam bergerak ke dewan manakala bukan muslim menghadiri sesi moral bersama Mentor G1.1 En.Amir Hamzah bin Aman Jabatan Gerko telah membincangkan mengenai mengenal diri sendiri.Kami sangat teruja dengan video-video yang ditunjukkan olah beliau.Ini menelusi minda kami supaya berfikir siapa diri kami dan cuba memperbaiki diri kami. Pada pukul 9.00 malam pula LDK diadakan dan LDK pada hari ini sekali lagi dilaksanakan oleh Puan Hew Siew Voon. LDK pada kali ini adalah ujian-ujian psikologi.Kami membuat sebanyak tiga buah soalan ujian untuk menilai diri masing-masing. Setelah selesai LDK tersebut, kami mula membuat latihan untuk persembahan kami pada sebelah malam. Ajk Persembahan membahagikan tugas berdasarkan kumpulan masing-masing untuk melancarkan majlis tersebut. Semasa latihan persembahan,komanden kem telah memberi sedikit taklimat.Setelah tamat taklimat,tiba pula masanya untuk minum malam. Pada hari tersebut juga, semua peserta dibenarkan tidur awal seperti hari sebelumnya kerana akan menjalani aktiviti memenatkan pada keesokkan harinya, Saya berasa seronok kerana mempelajari benda-benda baru setiap hari. Saya juga berpendapat ilmu-ilmu yang saya perolehi daripada program ini susah diperoleh di tempat-tempat lain. Salah satu perkara yang boleh dibaiki ialah dari segi kerjasama. Semua peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dan semasa kumpulan pertama dan dua membuat aktiviti air, kumpulan tiga dan empat membuat aktiviti darat.Oleh itu,ajk memasak tidak cukup masa dan pertolongan dari ahli kumpulannya. Saya ingin mencadangkan supaya kesemua peserta menjalankan aktiviti bersama dan kemudian memasak bersama-sama.

TAMAT HARI KEDUA

Tarikh: 11 April 2013 Pada hari ini, saya bangun lebih awal berbanding hari sebelumnya kerana saya ditugaskan untuk berkawal malam iaitu dari pukul 4.00 pagi sehingga 6.00 pagi. Selepas itu, solat subuh dan aktiviti di dewan serta sesi moral diadakan seperti hari sebelumnya.Dalam aktiviti moral,kami membincangkan mengenai profesion keguruan dengan Pn.Munah binti Musa.Selepas sesi itu, Ajk senaman iaitu saudara Haikal mengendalikan aktiviti senaman pagi dengan menggunakan lagu serta menaikkan Bendera Malaysia dengan Bendera IPGIK. Selepas senaman pagi ditamatkan,sarapan pagi disediakan dan memberi kepada semua peserta. Selepas sarapan pagi,kami melibatkan dalam LDK 2 yang diketuai oleh Pn.Hew Siew Voon. Kami juga membuat aktiviti bagi motivasi kepuasan kerja.Antara aktiviti dijalankan adalah mencari harta kanun dan photostate. Setelah selesai LDK tersebut, kami bersedia untuk menjalankan aktiviti mendaki bukit di Bukit Busu. Kami tiba di Bukit Busu pada pukul 3.00 petang. Selepas tiba di situ, kami menangkap gambar dan menghayati keindahan hutan simpanan tersebut. Selepas itu, kami mendengar taklimat daripada jurulatih darat iaitu Tuan Haji Amri Bin Abdul Ghaffar.Beliau telah membawa kami mendaki bukit itu tentang peraturan-peraturan keselamatan yang harus kami patuhi semasa mendaki bukit. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menolong satu sama lain sepanjang mendaki bukit itu. Hal ini supaya lebih senang untuk jurulatih hutan mengawal dan menjaga keselamatan peserta semasa mendaki bukit. Aktiviti mendaki bukit juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan untuk saya kerana aktiviti ini sudah biasa saya lalui dengan ayah saya di tempat tinggal saya. Sepanjang perjalanan,kami diarahkan untuk menyediakan sebuah pantun mengenai flora dan fauna yang kita menikmati.Sepanjang mendaki bukit dan meredah hutan, kami didedahkan dengan pelbagai jenis spesies tumbuhan di dalam hutan tersebut. Ada sesetengah spesies yang boleh dijadikan ubat dan sebagainya. Saya berasa bangga, kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai jens hutan yang memudahkan kehidupan manusia dan haiwan. Selepas mendaki bukit selama beberapa jam, kami terpaksa berhenti di checkpoint 1. Selepas sampai kemuncak bukit tersebut,kami turun semula ke tempat berkumpul di Bukit Busu untuk cooling down dan penyampaikan pantun.Setelah tamat mendaki bukit,kami pulang ke kem.Setibanya di kem, kami mandi dan bersiap sedia untuk Malam Kebudayaan yang akan dijalankan pada malam itu juga.Hari ini,kami telah mengidang makanan dengan daun pisang dan semua jurulatih juga menjemu selera dengan kami semua.Selepas itu,kami hanya mempunyai masa lebih kurang dua jam untuk membuat persembahan, memasak, menjemput tetamu kehormat, Encik Mohd Dahlan Bin Abdul Kadir , jurulatih-jurulatih, mentor dan penduduk kampung tersebut.Hasil daripada kerjasama semua pihak, semua kerja telah dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan dan Malam Kebudayaan BIG Fasa 2/2013 telah berlangsung dengan jayanya seperti yang dirancang. Saya dan ahli-ahli kumpulan saya membuat persembahan lakonan yang bertema utara mendapat pujian ramai. Di sinilah saya melihat semangat kerjasama dan toleransi antara peserta-peserta yang harus dicontohi. Selepas tamatnya malam kebudayaan, sekali lagi kami mendapat taklimat dan ucapan daripada komanden kem kami yang menyatakan rasa bangga beliau terhadap kami dan menyambut hari jadi yang teruja kepada guru pelatih yang dilahiri pada bulan april. Pengerusi BIG Fasa 2/2013 serta beberapa peserta lain juga memberi pandangan mereka tentang program dan kesemua mereka memberikan respon yang positif terhadap program ini. Kami tidak menjangka bahawa program ini akan hampir tiba di penghujungnya sebegitu cepat. Selepas tamat aktiviti-aktiviti pada malam itu, semua peserta dibenarkan tidur. Saya sekali lagi berasa amat gembira dengan aktiviti-aktiviti pada hari itu kerana walaupun berasa sangat penat, saya berpendapat pengalaman yang didapati melalui aktiviti-aktiviti ini sukar diperoleh daripada tempat lain.

TAMAT HARI KETIGA

Tarikh: 12 April 2013 Hari ini merupakan hari terakhir prigran BIG Fasa 2/2013. Saya telah menyangka bahawa masa akan berlalu dengan begitu cepat sekali. Pagi itu seperti biasa diadakan tazkirah di dewan untuk peserta beragama Islam dan sesi Moral untuk peserta yang bukan beragama Islam. Selepas itu, diadakan pula sedikit senaman ringan dan jogging untuk mencergaskan peserta-peserta. Setelah selesai bersarapan pagi, para peserta bekerjasama untuk menurunkan khemah dan bendera. Kawasan perkhemahan dan kem dibersihkan. Disebabkan oleh komitmen penuh semua peserta, kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan dengan cepat dan teratur. Selapas tamatnya kerja-kerja tersebut, satu sesi refleksi diadakan bersama dengan mentor dan mentor saya dan kelas PISMP Pemulihan(G1.1) ialah Encik Amir Hamzah Bin Aman. Dalam sesi ini semua peserta meluahkan perasaan masing-masing dan majoritinya memberikan respon positif terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Pengerusi kem juga menyatakan perasaan bangga saudari kerana usaha yang telah diberikan oleh kesemua peserta. Kem komanden juga memuji kebolehan dan bakat yang terpendam di dalam di sesetengah peserta seperti berlakon, menyanyi dan sebagainya. Selepas itu para peserta sambung kerja-kerja mengemas barang dan menyusun semula barang-barang ke dalam bas. Setelah tamat semua kerja dengan menyeluruh, para peserta melibatkan dalam sesi gambar dan dibenarkan bersurai. Pada pukul 12.30 bas mula bertolak dari Tanjung Uda River Resort. Selepas 2 jam perjalanan,kami perhenti di satu R&R dan akhirnya kami sampai ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas pada pukul 7.15 petang. Secara keseluruhannya , saya ingin menyatakan bahawa program BIG ini telah banyak memberikan saya pengalaman dan pengajaran baru dalam hidup. Saya telah mempelajari banyak kerja, dan dapat memahami nilai-nilai persahabatan, toleransi, semangat kerjasama dan keyakinan untuk melakukan sesuatu yang susah menjadi berjaya. Saya mengakui bahawa program ini amat memenatkan semua orang tetapi keseronokan, kegembiraan, pengalaman dan pengajaran baik yang telah diperoleh tidak dapat digambarkan melalui perkataan sahaja. Saya juga dapat membawa kesemua ilmu yang diperoleh ini dan mengaplikasikannya dalam bidang kerja saya iaitu bidang keguruan pada masa akan datang. Sebagai contoh, jika saya ditugaskan untuk membawa para pelajar untuk aktiviti perkhemahan, saya akan tahu perkara yang perlu saya lakukan untuk aktiviti tersebut. Secara keseluruhannya program BIG ini telah mencapai objektifnya iaitu mengamalkan semangat berpasukan, semangat juang, mengamalkan nilai-nilai murni dan banyak lagi perkara positif yang sepatutnya. Saya bangga dengan setiap ahli kumpulan kerana walaupun tidak mempunyai masa yang cukup untuk persediaan (kami mempunyai kurang daripada seminggu sahaja untuk program BIG), kami dapat melaksanakan program ini dengan begitu baik sekali. Hal ini telah membuktikan bahawa walaupun terdapat halangan dan kesukaran untuk melakukan sesuatu kerja, jika mendapat komitmen dan kerjasama semua pihak, kerja tersebut pasti dapat dilakukan dengan jayanya.Terima kasih. TAMAT HARI KETIGA

refleksi kendiri

REFLEKSI KENDIRI Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran danterima kasih saya kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semuayang terlibat dalam Program Perkhemahan di Kela Adventure Camp dengan berjaya sekali.Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini.Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini gagaldilaksanakan dengan sempurna.

Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada semuafasilitator dan jurulatih yang telah mengiringi dan membimbing kami dalamsemua aktiviti yang telah kami jalankan dalam Program Perkhemahan di Kela Adventure Camp.Kepada pensyarah penasihat kami,jutaan terima kasih di atas semua motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Saya akan memanfaatkan semua ilmu yang saya dapat semasa bersama beliau dengan sebaik mungkin.Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan diatas segala kekasarandan kesilapan yang telah saya lakukan. Sebagai manusia biasa, kita tidakdapat lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin ada perlakuan, sikap ataututur kata yang tidak menyenangkan yang dilakukan secara tidak sengajadan tanpa disedari oleh saya, anggaplah semua itu adalah kelemahan saya.

Melalui program perkhamahan ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman. Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang kita dapat ini dengan baik dalam kehidupan kita selepas ini. Bersama-samalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu supaya kita dapat melahirkananak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang kelak.

Program perkhemahan yang telah dijalankan, menjadikan saya insan yang baru dari segi perubahan sikap dan juga mentaliti. Saya mendapati diri saya banyak berubah setelah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh jurulatih - jurulatih saya.Sebelum menghadiri aktiviti perkhemahan ini, saya mempunyai banyak kekurangan dalam diri saya. Setelah menghadiri program ini, saya dapat mengetahui kekurangan saya dan mampu mengubah serta mempunyai jati diri tersendiri untuk menjadi guru yang berkaliber di sekolah nanti.Sepanjang program Bina Insan Guru kali pertama ini, kami telah menjalani 3 aktiviti latihan dalam kumpulan iaitu LDK tentang mengenali potensi diri,motivasi kepuasan kerjaya dan penghargaan kendiri dan perubahan sikap.Saya telah belajar banyak perkara yang baru melalui LDK tersebut.Antaranya ialah, saya telah menyedari kelemahan diri saya dari segi emosi. Saya seorang yang mudah sensitif dan bergantung kepada pandangan orang lain jika hendak membuat sesuatu keputusan. Setelah aktiviti LDK, saya telah mengubah sikap saya untuk membuat keputusan dengan sendiri. Tambahan lagi, untuk mengubah yang buruk kepada yang baik. Namun berbekalkan keazaman yang kuat dan keyakinan dari dalam diri kita sendiri, mudah-mudahan usaha kita akan berjaya. Selain itu, kita memerlukan dorongan dari sekeliling kita untuk berubah. Ini kerana, manusia mudah terpengaruh oleh pelbagai anasir yang menghalang perubahan sikap mereka. Orang di sekeliling memainkan peranan penting untuk menyokong dan mendorong perubahan sikap mereka. Sebagai seorang guru, apabila ada anak murid kita yang ingin berubah, kita hendaklah menunjukkan kita turut bersetuju dengan perubahannya. Sikap merendah-rendahkan perubahan atau pencapaian pelajar akan menyebabkan mereka berasa rendah diri dan tidak ada keyakinan untuk berubah.Justeru itu,melalui aktiviti LDK yang dijalankan juga, saya telah sedar bahawa kita harus belajar mendaptasikan diri kita dengan situasi sekeliling agar dapat mengharungi kehidupan dengan sempurna sambil menikmati kecantikan hidup. Program Bina Insan ini juga telah memberi saya satu lagi peluang untuk menghadapi cabaran yang lebih mancabar lagi. Ianya adalah kerana program ini telah membina jati diri seorang guru di dalam diri saya. Saya sangat berkeyakinan apabila bercakap dengan orang lain dan amat mudah menerima orang lain dengan seadanya dan berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan. Selain daripada itu,saya juga mempelajari nilai kepercayaan kepada ketua. Ketuadilantik untuk mengetuai ahlinya. Namun tanpa kepercayaan dankesefahaman daripada ahli-ahli di bawahnya, ketua tersebut tidak akan berjaya melaksanakan tugasnya sebagi seorang ketua. Semasa kami berada di dalam hutan, kami telah tersesat. Namun begitu, kami tidak mempersalahkan ketua kami sebaliknya mempercayai kebolehannya.Sekiranya kami mula mempersalahkannya dan tidak mempercayainya pada masa itu, saya rasa kumpulan kami akan tidak bersefahaman dan mengalami masalah yang lebih teruk lagi. Kepercayaan kami telah mengembalikankan semangatnya untuk memimpin kumpulan kami untuk mencari jalan keluar.Sebenarnya,semasa berada di Program ini pada hari pertama, saya berasa tidak selesa semasa tidur di khemah kerana keadaan yang panas tanpa kipas. Tetapi, pada akhir Program ini, saya menyedari bahawa ini adalah satu cabaran yang harus ditempuhi oleh seseorang guru walaupun terdapat banyak halangan dalam kehidupan.Cabaran yang seterusnya adalah aktiviti air.apabila berhadapan dengan keadaan laut yang sedemikian saya berasa gelisah dan takut. Semasa melakukan aktiviti meningkatkan keyakinan dalam air, mula-mula saya terfikir ia tidak sukar sangat. Namun, apabila berhadapan dengan keadaan sebenar, ia tidak seperti yang disangkakan. Ombak yang kuat dan bertalu-talu menghalang pergerakkan untuk mengapungkan diri dan berenang,tetapi, saya tetap bersemangat. Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan, laut ibarat kehidupan kita. Ombak ibarat rintangan atau dugaan yang melanda kehidupan kita.Seterusnya, semasa berkayak, saya dan rakan saya bernama Fariha berlawan dengan kayak lain. Sikap kerjasama sangat penting untuk memandukan kayak ini dengan betul. Adakalanya hanya perlu kayuh sebelah kiri untuk menukarkan arah kayak kami. Mula-mula kami menghadapi masalah tetapi akhirnya kami dapat melaksanakan misi kami. Kami berasa sangat letih apabila menuju ke arah pantai. Namun, semangat yang diberikan oleh kawan-kawan kami memberi wajah yang baru kepada diri kami. Bagi mencapai kemenangan kekuatan fizikal tidak mencukupi malah, kekuatan mental dan strategi yang berkesan amat diperlukan. Kita tidak sepatutnya menilai kebolehan diri kita sebelum mencuba, kerana mencubalah yang akan menilai kebolehan kita. Dalam situasi perguruan, sebagai seorang guru kita patut menyediakan diri kita dengan pelbagai jenis ilmu. Ini kerana kita bakal berhadapan denganlautan manusia yang mempunyai pelbagai kerenah. Dengan ilmu yang kukuh dan penuh dalam diri kita, mudah-mudahan kita tidak menghadapi masalah apabila mengajar kelak.Walaupun terasa amat letih namun pengalaman yang saya dapat daripada aktiviti berkayak ini amat berguna. Keseronokan dan kegembiraan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata lagi. Selain mempelajari banyak nilai-nilai murni, saya juga turut belajar cara-cara untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan yang melibatkan air. Pengalaman ini amatlah berguna bagi diri saya, anak-anak murid sertaorang-orang di sekeliling saya apabila menghadapi kecemasan dalam air pada masa yang akan datang.Apabila mendapat tahu bahawa kami akan melalui mendaki bukit semasa Program Bina Insan Guru, saya tidak merasa begitu risau kerana sebelum ini saya pernah melalui pengalaman yang serupa. Namun, setiap aktiviti yang sama pasti memberi pengalaman yang berbeza. Kita tidak boleh menilai sesuatu tanpa melaluinya terlebih dahulu.

Bukit Busu sememangnya satu ciptaan Tuhan yang amat mengagumkan. Pelbagai flora dan fauna yang terdapat dalam hutan tersebut. Udara amat segar dan nyaman. Hutan yang menghijau dan cantik, bunyi unggas, daun merupakan satu tarikan yang amat menarik. Namun, kita tidak boleh menilai sesuatu berdasarkan paras rupa yang cantik sahaja. Misalnya, batu-batu yang besar dan licin amatlah berbahaya jika kita tidak berhati-hati. Ini mengajar saya tentang kehidupan kita agar jangan menilai sesuatu berdasarkan kecantikan luaran sahaja. Manusia sering terperangkap dengan kecantikan, dan terlepas pandang nilai-nilai dalaman yang jauh lebih baik. Pengajaran yang saya dapat di sini ialah jangan membuat pilihan berdasarkan rupa yang dapat kita lihat, tetapi lihatlah juga nilai-nilai dalaman yang terdapat dalam pilihan kitaitu.

Semasa mendaki bukit ini, kami berjalan berpandukan fasilitator kami. Saya berasa sangat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan sekumpulan yang sangat baik. Kami saling tolong menolong untuk mendaki bukit tersebut.Sepanjang perjalanan, kami meredah bukit dan lurah yang cerun dan curam, kawasan batuan yang licin dan berbahaya dan banyak lagi halangan yang kami tempuhi. Suka dan duka kami tempuhi bersama sebagai satu kumpulan .Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kami sekumpulan telah berjaya menamatkan perjalanan kami dengan jayanya. Dalam perkhemahan BIG kami membuat persembahan pada malam hari ketiga. Tema persembahan kami ialah Utara. Kami membuat persembahan mengikut.Kumpulan kami, membuat lakonan yang berbentuk sketsa yang sering berlaku di masyarakat. Sebelum mereka cerita sketsa kami, kami membuat tarian boria dengan lagu yang kami cipta sendiri. Semasa membuat persembahan itu, saya dan juga ahli kumpulan tidak berasa gementar ataupun takut disebabkan oleh nasihat dan sokongan yang diberikan oleh kumpulan-kumpulan lain. Sebelum ini, saya berasa gementar dan takut untuk menghadapi VIP namun melalui BIG ini saya dapat mengatasinya. Kami sekumpulan dapat menarik perhatian semua orang dan kami juga mendapat kepujian daripada pengadil. Akhirnya, kami mendapat tempat kedua dalam aktiviti tersebut. Hal ini, memberikan satu inspirasi kepada saya untuk menonjolkan diri saya tanpa berasa ragu-ragu. Tuntasnya, aktiviti BIG ini amat memanfaatkan diri saya dan rakan-rakan saya dari segi membentuk keakraban diantara kami yang berbilang kaum dan bangsa dengan membuang sifat perkauman. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana telah menjadikan zaman remaja saya ini menjadi seronok dengan aktiviti seperti ini. Saya berharap agar perkhemahan BIG seperti ini harus diadakan pada setiap Semester bagi menimbulkan rasa kekitaan wujud dalam kalangan guru pelatih yang bakal mendidik anak bangsa. Secara keseluruhannya tiada perkataan yang dapat mengungkapkan keseronokkan perkhemahan ini dengan setimpalnya. Saya berasa sangat bertenaga dan bersemangat untuk meneruskan hidup dan tabah menghadapi sebarang dugaan dalam hidup saya ini.

Sesungguhnya, Program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Disebalik semua keseronokan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri dan mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilaidan input yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu,pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untukmenjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah danlasak.

Cadangan dan PenambahbaikanSedikit penambahbaikan perlu dilakukan dalam program BIG ini dari segi pengurusan masa. Disebabkan masa agak kurang untuk tugasan memasak, masa makan perlu dianjakkan dan masa tersebut bercanggah dengan aktiviti lain. Oleh itu saya mencadangkan bahawa pada masa akan datang, masa aktiviti-aktiviti perlu diuruskan dengan lebih sistematik berdasarkan aktiviti tersebut agar tidak mengganggu aktiviti lain yang telah dirancang.

PenutupBina Insan Guru Fasa 2/2013 akhirnya berlangsung dan tamat dengan jayanya. Walaupun banyak cabaran dan halangan yang menimpa, disebabkan oleh kerjasama semua pihak, cabaran-cabaran ini dapat diatasi dan diteruskan.

BIODATA

NAMA : INDRANI A/P RAMANKELAS : G1.1NO.K/P : 930104075260MAJOR : PK(PEMULIHAN)TARIKH BIG : 9 APRIL -12 APRIL 2013AMBILAN : PISMP JAN 2013