Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam...

16
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TAJUK ESEI: BINCANG TEORI BIROKRASI MAX WEBER. SEJAUH MANAKAH TEORI INI RELEVAN DALAM KONTEKS PENTADBIRAN AWAM MASA KINI? MOHD ZULKEFLI B MOHD MUKHTAR

description

Tugasan SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Transcript of Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam...

Page 1: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TAJUK ESEI:

BINCANG TEORI BIROKRASI MAX WEBER. SEJAUH MANAKAH TEORI INI RELEVAN DALAM KONTEKS

PENTADBIRAN AWAM MASA KINI?

MOHD ZULKEFLI B MOHD MUKHTARGB OO766

Page 2: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

BINCANG TEORI BIROKRASI MAX WEBER. SEJAUH MANAKAH TEORI INI RELEVAN DALAM KONTEKS PENTADBIRAN AWAM MASA KINI?

OLEH:MOHD ZULKEFLI B MOHD MUKHTAR

GB 00766

PENGENALAN

Birokrasi merupakan satu tatacara aturan pengurusan skop tugas yang berkait rapat

dengan pentadbiran awam. Max Weber, seorang ahli sosiologi yang banyak

memperkatakan mengenai birokrasi dalam teori birokrasi menggariskan ciri-ciri

birokrasi yang perlu dipraktikkan dalam sesebuah organisasi besar bagi mencapai

tujuan dan matlamat sesebuah organisasi tersebut. Persoalan yang akan dibincangkan

dalam kertas kerja ini adalah mengenai sejauh manakah tahap kerelevanan teori

birokrasi Max Weber dalam konteks pentadbiran awam masa kini dan apakah faktor

yang membawa kepada kesesuaian tersebut.

LATAR BELAKANG MAX WEBER

Max Weber atau nama asal beliau Maximillian Weber dilahirkan pada 21 April 1864 di

Enfurt, Turingia, Jerman dan meninggal dunia pada 14 Jun 1920 di Munich, Jerman.

Weber berasal daripada keluarga kelas menengah dan merupakan seorang ahli sosiologi

serta penganalisis ekonomi German yang terkenal. Karya terkenal beliau The

Protestant Ethic and The Spirit of Capitalism telah dihasilkan pada tahun 1904.

Perbezaan idealogi antara kedua–dua orang tuanya merupakan pengaruh yang besar

terhadap pemikiran intelektual dan perkembangan psikologi Weber. Ayah beliau

adalah seorang birokrat yang mempunyai kedudukan politik yang kuat dan ibunya pula

2

Page 3: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

seorang yang taat kepada agama. Kedua–dua faktor birokrat dan keagamaan

mempengaruhi corak hidup Weber dan beliau melihat bagaimana wujudnya hubungan

antara ajaran agama Protestanism dengan perilaku ekonomi di Eropah.

Weber banyak menumpukan terhadap teori organisasi. Beliau berpendapat

bahawa organisasi berstruktur yang dipanggil birokrasi adalah yang paling baik.

Kajian terhadap bentuk organisasi baru yang dibentuk melibatkan kelompok

masyarakat dalam bilangan yang besar serta aktiviti yang menyeluruh merupakan idea

Weber yang seringkali dikaitkan dengan birokrasi terhadap organisasi yang besar.

KONSEP BIRIKRASI SECARA UMUM

Konsep Birokrasi mula digunakan pada awal abad ke-18 di Eropah Barat. Birokrasi

asalnya daripada perkataan bureau yang merujuk kepada pejabat iaitu tempat kerja bagi

para pegawai awam. Birokrasi digunakan sebelum Revolusi Perancis iaitu pada tahun

1789 dan kemudiannya berkembang ke negara-negara lain. Jean Claude Marie Vincent

de Gournay mengatakan: “Ada sejenis penyakit di Perancis yang mengucar kacirkan

manusia dipanggil sebagai biromania.” Dalam surat bertarikh 15 Julai 1765, Baron

Grimm menulis: “Maksud yang tersirat dalam undang-undang di Perancis ialah

birokrasi yang selalu disungutkan oleh de Gournay, seorang sarjana Perancis yang

menganggap birokrasi itu adalah berkaitan dengan “Pejabat, kerani, pembantu,

pemeriksa yang dilantik untuk kepentingan awam bagi membentuk pejabat-pejabat”

(Albrow1970:16).

Birokrasi merujuk kepada sebuah organisasi berstruktur, penuh dengan

prosedur dan tatacara yang perlu diikuti sebelum mencapai tujuan dan matlamat bagi

sesebuah organisasi. Ianya berkait rapat dengan kecekapan, keberkesanan, kebajikan

dan teknik pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Birokrasi dianggap sebagai satu

saluran atau laluan yang sukar sebelum mencapai tahap selesa. Seseorang perlu

3

Page 4: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

melalui prosedur dan garis panduan yang ditetapkan bagi mencapai tujuan dan

matlamat. Namun, birokrasi di dalam pentadbiran awam seringkali dilabelkan sebagai

satu proses yang lambat, prosedur yang lama dan menyusahkan, tidak cekap malah

merumitkan.

KONSEP BIROKRASI MAX WEBER

Tiada definisi khusus yang digunakan Weber bagi menjelaskan maksud birokrasi.

Namun, birokrasi boleh dijelaskan sebagai bermaksud badan pentadbiran bagi

pegawai–pegawai yang dilantik. Konsep pegawai adalah asas kepada birokrasi dan

Weber berpendapat individu mempunyai tanggungjawab dan tugas yang tetap untuk

dilaksanakan dengan menggunakan sumber dan kemudahan yang perlu bagi

melaksanakan tugas tersebut. Pada pandangan Weber, birokrasi wujud dalam semua

organisasi berskala besar (large-scale organization). Bagi Weber, organisasi besar

adalah sama, bersifat neutral dan perlu mempunyai matlamat atau halatuju sendiri.

Weber membina kriteria birokrasi yang ideal bagi sesebuah organisasi dalam mencapai

tujuan organisasi itu ditubuhkan.

Untuk lebih memahami konsep birokrasi Weber, kita perlu melihat kepada

konsep dan elemen yang ditekankan oleh Weber dalam menjelaskan mengenai

birokrasi itu sendiri. Weber berpendapat pegawai dan pekerja mempunyai kedudukan

yang sama tetapi kriteria yang membezakan antara kedua–duanya adalah; pegawai

mempunyai kuasa (authority). Elemen kuasa digunakan secara menyeluruh oleh

Weber di dalam memperjelaskan mengenai tingkah laku birokrasi dalam sesebuah

organisasi, kerajaan yang memerintah dan negara amnya. Konsep kuasa yang

digunakan juga merupakan simbolik bagi memberi penekanan kepada bentuk birokrasi

melalui elemen–elemen berikut:

4

Page 5: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

Pertama ialah birokrasi tradisional/Patrimonial birokrasi (traditional authority).

Elemen kuasa tradisional adalah bersifat warisan atau bersandarkan kepada keturunan.

Pelantikan seorang pemerintah adalah berdasarkan kepada hierarki keluarga iaitu

daripada seorang pemerintah kepada waris-warisnya. Lazimnya pelantikan seumpama

ini didominasi oleh masyarakat tradisi iaitu sebelum proses modenisasi berlaku.

Kedua ialah birokrasi rasionalisme (rational-legal authority). Pelantikan

seorang pemerintah atau pentadbir adalah secara rasmi melalui pemilihan sama ada

secara tetap, kontrak atau sementara. Pelantikan dalam konteks kuasa rasional ini

bukanlah atas dasar kepentingan diri tetapi berdasarkan pelaksanaan hak secara sah.

Justeru, kepatuhan masyarakat bukan kepada yang memegang kuasa tetapi kepada

amalan rasmi yang menjamin kedudukan.

Ketiga ialah karismatik (charismatic authority). Sifat kuasa pemerintah

karismatik adalah seseorang dilantik secara tidak rasmi dan kuasa yang diperolehi

adalah daripada hak dan perjuangan. Berbeza dengan rasionalisme, seorang pemimpin

dilantik bukan berdasarkan undang–undang yang formal dan rasmi. Bersifat karismatik

yakni mempunyai personaliti istimewa dan ketokohan untuk menjadi seorang

pemimpin. Seorang pemerintah yang mempunyai ciri karismatik adalah seorang yang

berpengaruh (inspiration), tidak perlu kepada pemilihan atau penurunan kuasa melalui

undang-undang; tetapi dengan ciri-ciri kepimpinan dan pengaruhnya mampu

memberikannya kuasa. Weber juga mendefinisikan seorang yang berkarismatik

mempunyai pengikut tersendiri, pencetus revolusi atau pergerakan sosial terhadap

kuasa tradisional dan rasionalisme (Weber 1958:3).

Semua kriteria birokrasi ideal oleh Weber mempunyai satu matlamat untuk

mempertingkatkan kecekapan organisasi dalam pencapaian yang berkesan.

5

Page 6: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

CIRI-CIRI TEORI BIROKRASI MAX WEBER

Perbincangan ini menggariskan berberapa ciri yang terkandung dalam teori birokrasi

Weber. Ciri utama dalam teori Weber adalah kuasa hierarki yang digunakan dalam

sesebuah organisasi yang melihat bagaimana sistem pengurusan berskala hierarki yang

didokongi oleh pengurusan tertinggi, pertengahan dan pekerja bawahan. Wujudnya

penyaluran kuasa dan arahan daripada pengurusan tertinggi kepada pekerja bawahan

dilihat oleh Weber sebagai satu sumber dalam kaedah birokrasi. Ditekankan juga

mengenai hubungan antara pegawai atasan dan pekerja bawahan (superior dan

subordinates) di samping hak mengawal dan penyeliaan di antara kedua-duanya telah

dikhususkan. Teori birokrasi Weber antara lain memberi gambaran tentang wujudnya

pembahagian tugas atau pengkhususan kerja. Skop tugasan kerja dibahagikan atau

dikhususkan kepada jabatan-jabatan tertentu dan ianya melibatkan setiap bahagian

(division) dalam sesebuah organisasi. Sehubungan itu, setiap jabatan mempunyai

fungsi khusus yang membuat kerja secara terpusat dan memfokuskan kepada satu

arahan sahaja.

Dalam teori birokrasi yang dibentuk oleh Max Weber, aspek peningkatan gred

ke jawatan yang lebih tinggi atau kenaikan pangkat adalah berasaskan pencapaian,

kelayakan, kecekapan, pengalaman dan kekananan (seniority) seseorang pegawai itu.

Kaedah sistem meritokrasi digunapakai bagi menolak wujudnya unsur favorism atau

pilih kasih dalam pemilihan juga ditekankan oleh Weber. Kelayakan seseorang

pegawai awam diukur melalui kelayakan dan kecekapan dalam menghasilkan

produktiviti yang tinggi bagi mencapai matlamat dan tujuan organisasi bagi melahirkan

pegawai awam yang berkemampuan dan berkebolehan. Ketidak peribadian atau

impersonality adalah salah satu ciri yang diusulkan oleh Weber dalam teori beliau yang

mana beliau berpendapat bahawa pegawai awam atau pentadbir tidak boleh

mementingkan diri sendiri dan perlu ada kerjasama serta perkongsian idea bagi

mencapai matlamat dan tujuan sesebuah organisasi.

6

Page 7: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

Weber juga menekankan aspek kebajikan dan tanggungjawab seorang pentadbir

terhadap perkerja-pekerjanya. Tanggungjawab yang ditunaikan melalui sistem

pemberian ganjaran, bonus, insentif adalah penting dalam meningkatkan produktiviti

dan penghasilan mutu kerja yang baik. Gaji merupakan salah satu unsur terbesar dalan

pemberian ganjaran kepada pekerja yang boleh menjadi ukuran kepda pencapaian

sesebuah organisasi. Birokrasi Weber juga merujuk kepada unsur chain of command

dalam pentadbiran iaitu dikatakan sebagai seorang pegawai itu hanya perlu memberi

arahan kepada pekerja bawahannya sahaja dan pekerja hanya menerima arahan

daripada pegawai atasannya sahaja. Rangkaian arahan dan pusingan kerja adalah

terhad dan khusus kerana berada dalam lingkungan tertentu walaupun organisasi itu

adalah besar. Arahan secara dokumen bertulis digunapakai secara berterusan dan kerap

juga merupakan ciri birokrasi Weber di mana setiap arahan kerja atau panduan kerja

perlu dilaksanakan di dalam bentuk bertulis.

KESESUAIAN TEORI BIROKRASI WEBER DALAM PENTADBIRAN AWAM MASA KINI

Teori Birokrasi Weber merujuk kepada sebuah organisasi berstruktur, terdapatnya

pengkhususan kerja dan berprosedur serta mempunyai tatacara tersendiri yang mana

berjaya digarapkan oleh Weber mengikut pemahaman dan kesesuaian dalam konteks

membangunkan sebuah pentadbiran awam yang cekap, telus dan efisien untuk

mencapai matlamat dan tujuan organisasi itu ditubuhkan. Max Weber menggunakan

beberapa ciri dan elemen dalam menjelaskan konsep birokrasi yang diperjuangkan oleh

beliau. Pentadbiran awam merupakan sebuah organisasi besar yang tidak lepas

daripada mengalami proses birokrasi dalam aspek pengurusannya. Walaupun birokrasi

pada hari ini dilihat seolah-olah lebih menjerumus kepada ketidakadilan, satu sistem

yang lambat dan menyusahkan, banyak karenah dan prosedur yang terpaksa dilalui,

7

Page 8: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

namun sebenarnya tanggapan ini adalah salah kerana sistem birokrasi sebenarnya perlu

bagi mencapai matlamat dan tujuan sesuatu organisasi.

Pentadbiran awam sebagai sebuah organisasi besar dan semakin berkembang

dengan efisien dari segi perkhidmatannya serta telah dapat diterima oleh masyarakat,

perlu menggunakan kaedah birokrasi yang sejajar dengan amalan pengurusan dan

pentadbiran awam supaya ianya tidak kabur dan tidak terpusat. Setiap jabatan dalam

perkhidmatan awam menggunakan konsep birokrasi yang berbeza yang mana

kebanyakan pemikiran orang ramai lebih tertumpu untuk menafsirkan sistem

pentadbiran awam adalah lambat, tidak cekap, masa yang terlalu lama diambil bagi

sesuatu tindakan dan tidak efisien.

Persoalan mengenai kesesuaian atau relevannya teori birokrasi Max Weber ini

dalam konteks pentadbiran awam masa kini perlu dikenal pasti dan dihuraikan secara

menyeluruh. Sebetulnya, teori birokrasi Max Weber masih relevan dan boleh

digunapakai dalam konteks pentadbiran awam masa kini, namun terdapat sesetengah

pandangan Max Weber sudah tidak sesuai dengan perubahan dan konteks pentadbiran

awam seperti di Malaysia sendiri. Apa yang dapat difahami daripada teori dan konsep

yang digunakan oleh Max Weber adalah sebuah organisasi yang besar adalah sama,

bersikap neutral dan perlu mempunyai matlamat atau halatuju tersendiri. Seseorang

pegawai hanya memberi arahan kepada kakitangan bawahannya sahaja dan kakitangan

hanya menerima arahan daripada pegawai atasannya sahaja. Ini adalah konsep ‘chain

of command’ atau rangkaian arahan. Ini menunjukkan teori birokrasi Weber lebih

fokus kepada konsep pengkhususan atau pemusatan kerja (centralized) dan tidak

menyeluruh. Weber juga menekankan konsep peralihan kuasa atau peningkatan gred

jawatan berasaskan merit iaitu berasaskan kebaikan, kecekapan dan pengalaman.

Konsep hierarki yang ditekankan oleh Weber masih relevan dan diamalkan

dalam pentadbiran awam masa kini walaupun tidak secara menyeluruh. Maksudnya

sistem pengagihan kuasa daripada pengurusan tertinggi kepada pengurusan

8

Page 9: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

pertengahan dan seterusnya kepada pekerja bawahan masih dilaksanakan dalam

konteks pengurusan dalam pentadbiran awam. Sebagai contoh, dalam sistem

perkhidmatan awam di Malaysia sendiri, seorang Ketua Pengarah akan menyalurkan

arahan kepada pengurusan pertengahan seperti Penolong Pengarah dan Penolong

Pengarah akan menyampaikan arahan tersebut kepada Pembantu Tadbir untuk

melaksanakan agenda tersebut. Arahan Ketua Pengarah sebagai Pegawai Pengurusan

Tertinggi tidak disampaikan terus kepada Pembantu Tadbir sebagai pekerja bawahan

tetapi disampaikan melalui pengurusan pertengahan iaitu Penolong Pengarah. Ini

membuktikan wujudnya kuasa hierarki yang menunjukkan adanya hubungan antara

pegawai atasan dengan pekerja bawahan dan pegawai atasan mempunyai hak untuk

memberi arahan kepada pekerja bawahannya.

Antara lain teori yang masih dipraktikkan dalam institusi pentadbiran awam

masa kini adalah sistem meritokrasi dalam kenaikan pangkat atau peningkatan gred

hakiki pegawai awam ke gred yang lebih tinggi. Teori Weber ini menjelaskan

bagaimana sistem kenaikan pangkat dinilai berdasarkan kecekapan, pengalaman,

pencapaian dan kekananan (seniority) seseorang pegawai awam itu sendiri. Weber

menolak unsur favorism atau pilih kasih dalam menentukan produktiviti dan

pencapaian seseorang pegawai awam untuk layak ditingkatkan gred jawatan.

Walaupun unsur birokrasi seringkali menyebabkan seseorang merasakan ketidak adilan

akan berlaku dalam isu kenaikan pangkat, tetapi unsur tersebut adalah bertepatan

memandangkan seseorang itu dipilih berdasarkan pencapaian dan prestasi yang

sebenar. Contohnya, dalam pentadbiran awam di Malaysia diadakan Ujian Kepintaran

Emosi (MEQI) dan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebagai kayu ukur

kepada tahap prestasi pegawai awam sebelum dinilai untuk kenaikan pangkat. Ini

adalah apa yang cuba disampaikan oleh Weber melalui teori beliau.

Kebajikan dan tanggungjawab seorang pentadbir atau pemerintah adalah

menjaga hak dan keabsahan rakyat sebagai satu cara untuk meningkatkan tahap

produktiviti dan kecekapan pegawai awam. Sistem ganjaran, insentif dan bonus

9

Page 10: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada pegawai awam di atas sumbangan

mereka terhadap organisasi dan negara amnya. Sistem ganjaran dan insentif ini

dilaksanakan dalam konteks pentadbiran awam di kebanyakan negara termasuk

Malaysia sebagai pendorong bagi meningkatkan prestasi pegawai dalam perkhidmatan

awam. Di Malaysia, bonus diberikan pada setiap akhir tahun dan anugerah

perkhidmatan cemerlang diberikan kepada individu sebagai mengiktiraf sumbangan

dan khidmat pegawai dalam pentadbiran adalah elemen-elemen yang diketengahkan

dalam pemikiran Weber.

Weber juga berpendapat birokrasi adalah bercirikan chain of command dalam

pengurusan iaitu arahan diterima daripada satu saluran sahaja. Kekangan kuasa berlaku

apabila pekerja bawahan (subordinates) hanya menerima arahan daripada pegawai

atasannya sahaja. Keadaan ini adalah relevan dan masih berlaku dalam pentadbiran

awam pada masa kini. Namun, tidak semua organisasi termasuk perkhidmatan awam

secara keseluruhannya menggunakan instrumen ini dalam pentadbiran awam mereka.

Tumpuan terhadap rasionalisme dalam dunia pentadbiran merupakan antara ciri Weber

yang masih relevan jika diguna pakai dalam pentadbiran awam pada hari ini. Faktor

rasional perlu dikekalkan dalam pentadbiran awam agar jentera kerajaan tidak akan

runtuh dan lemah dengan banyaknya anasir-anasir luar yang boleh menghapuskan

ketulenan skop pentadbiran itu sendiri. Rasionalisme merupakan antara aspek penting

dalam prosedur pelantikan ke dalam perkhidmatan awam atau dalam menjalankan

tugasan kerja dan hubungan antara pegawai atasan dan pekerja. Pada masa yang sama,

terdapat ciri-ciri yang diketengahkan oleh Max Weber sudah tidak relevan dan seiring

dengan perkembangan pentadbiran awam pada masa kini. Pentadbiran awam semasa

semakin terkehadapan dengan penambahbaikan yang dilakukan dari masa ke semasa

sesuai dengan peranannya sebagai ‘pintu depan’ kepada sesebuah negara.

Antara teori yang dikira sudah tidak sesuai bagi sebuah organisasi besar seperti

pentadbiran awam adalah pembahagian tugas dan pengkhususan bidang kerja. Tugas

dibahagikan kepada jabatan atau bahagian – bahagian tertentu dan tidak secara umum.

10

Page 11: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

Kitaran pusingan kerja dan fungsi jabatan dalam ruang lingkup yang kecil dan terhad.

Ini boleh menyebabkan ketidakcekapan dan peluang kenaikan pangkat adalah rendah

kerana seseorang pegawai awam terlalu lama di sesebuah jabatan yang tertentu.

Apabila seseorang penjawat awam memegang kuasa yang terlalu lama dalam

pentadbiran awam, maka kecenderungan kepada berlakunya rasuah, kronisme dan

kawalan kuasa adalah tinggi.

Weber juga menekankan ciri-ciri manual dokumen dan arahan atau direction

secara bertulis dalam teori birokrasinya. Arahan secara bertulis sudah tidak begitu

relevan untuk digunapakai dalam konteks pentadbiran awam pada masa kini. Ini

kerana telah banyak berlaku perubahan dalam sistem pengurusan pentadbiran awam

daripada sistem manual kepada elektronik online bagi sebahagian besar bidang tugas

dalam skop perkhidmatan awam. Walaupun dokumen manual masih digunakan tetapi

penambahbaikan telah dilakukan oleh struktur awam pada masa kini bagi

memantapkan lagi perkhidmatan awam. Sistem kerajaan elektronik telah dilaksanakan

hampir di setiap negara dalam sektor perkhidmatannya sebagai pemudahcara kepada

sistem sedia seiring dengan kemajuan dan kemodenanan dunia pada hari ini.

Selain itu, interaksi antara pihak pengurusan dan kakitangan bawahan perlu

dititikberatkan dalam pentadbiran awam dan mengurangkan penggunaan memo atau

surat edaran apabila memberi arahan kepada kakitangan dapat menghasilkan pejabat

atau organisasi yang kondusif dan profesional kerana wujudnya komunikasi dua hala.

Penggunaan arahan bertulis seperti memorandum boleh merenggangkan hubungan

antara pengurusan dan pekerja. Komunikasi adalah aspek penting dalam sesebuah

organisasi dalam mencapai matlamat dan misinya dan ini sepatutnya di tekankan oleh

Weber dalam teori beliau. Sistem pentadbiran awam pada masa kini semakin

berkembang dan lebih kompetitif. Pegawai awam tidak lagi dianggap sebagai pihak

dalaman yang melaksanakan tugas di pejabat semata-mata atau hanya menerima arahan

daripada pegawai atasan sahaja, tetapi lebih dekat kepada masyarakat awam melalui

pelaksanaan dasar–dasar dan khidmat masyarakat yang dilakukan. Sektor

11

Page 12: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

Perkhidmatan Awam juga disarankan supaya menjadi a thinking public service yang

berlandaskan kebijaksanaan dan budi bicara dalam menjalankan tugas dan memberi

perkhidmatan kepada orang ramai. Ini berbeza dengan teori Weber yang menekankan

elemen pengkhususan kerja dan hubungan antara pegawai atasan dan pekerja bawahan

sahaja; lebih terhad dan tertutup.

Tiada aspek nilai-nilai kemanusiaan dan moral pegawai awam yang ditekankan

oleh Weber dalam teorinya. Organisasi juga tidak disusun atur berdasarkan unsur

kemanusiaan tetapi lebih kepada hubungan antara pengurusan dalaman organisasi itu

sendiri. Berbeza dengan konsep pentadbiran awam masa kini yang mana pentadbir

atau pemerintah menekankan perihal moral, tingkah laku yang baik dan nilai-nilai

murni kerana ianya penting bagi mengelakkan dan mencegah berlakunya salah laku,

rasuah dan fitnah di kalangan penjawat awam. Nilai dan moral dalam perkhidmatan

awam amat penting dan tidak boleh diabaikan kerana ia merupakan kriteria utama bagi

menjadikan pentadbiran awam sebagai sebuah organisasi yang berjaya dan contoh

kepada perkhidmatan–perkhidmatan lain.

Di dalam teori birokrasi yang diasaskan oleh Weber, tiada perbandingan

struktur antara sub-organisasi dalam perkhidmatan awam. Pada dasarnya, struktur

awam adalah berbeza dari struktur fungsi, perkhidmatan dan hubungan dengan

masyarakat. Struktur kerajaan seperti hospital, firma, badan berkanun, majlis

tempatan, agensi-agensi di dalam sektor awam mempunyai fungsi dan peranan yang

berbeza. Sebagai contoh, sesetengah agensi kerajaan seperti hospital dikaitkan dengan

karenah birokrasi terhadap pesakit-pesakit kronik yang memerlukan pembedahan

segera terpaksa mengambil tempoh lama untuk dirawat disebabkan oleh sumber

kewangan yang tidak mencukupi.

Hubungan pentadbiran awam dengan masyarakat sivil tidak dijelaskan secara

khusus. Weber lebih menumpukan hubungan pentadbir dan pekerja sahaja. Dalam

konteks pentadbiran semasa, penjawat awam perlu mementingkan konsep hubungan

12

Page 13: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

dengan pelanggan dan orang luar terutamanya masyarakat awam yang mendapatkan

servis dalam perkhidmatan awam.

KESIMPULAN

Melalui perincian tentang ciri–ciri dan elemen di dalam teori birokrasi Max Weber,

dapat disimpulkan bahawa konsep dan teori Weber masih sesuai diguna pakai dan

dipratikkan dalam konteks pentadbiran awam pada masa kini. Weber begitu

menekankan aspek rasionalisme dalam teori birokrasinya dan lebih bersifat formal.

Kuasa hierarki, peningkatan gred hakiki, tawaran ganjaran demi produktiviti adalah

perlu bagi menentukan halatuju sesebuah organisasi.

Dari sudut yang lain, teori birokrasi Weber dianggap sudah tidak relevan

dengan sistem pentadbiran awam pada hari ini. Pembahagian skop tugas kepada

jabatan–jabatan tertentu dilihat banyak mendatangkan kelemahan daripada kebaikan.

Nilai–nilai kemanusiaan dan hubungan antara pihak pengurusan dan pekerja bawahan

dalam sesebuah organisasi dilihat tidak begitu ditekankan oleh Weber bagi mencapai

matlamat organisasi. Keadaan birokrasi sebenarnya bergantung kepada kecekapan

kerajaan yang mentadbir dalam memastikan agar garis panduan yang digunakan tidak

boleh lari jauh daripada konsep asal birokrasi samada seperti yang diperjuangkan oleh

Max Weber atau sosiologi yang lain.

13

Page 14: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

RUJUKAN

Abdullah Sanusi Ahmad. 1994. Perkembangan pentadbiran awam dan pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Atory Hussain. 1997. Pentadbiran Awam: asas pemikiran dan falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasan dan Pustaka.

Albrow, Martin C. 1970. Bureaucracy. London: Pall Mall Press.

Bendix, R. 1960. Max Weber: an intellectual portrait. New York: Doubleday.

Blau, P. 1978. The dynamics of bureaucracy. London: Longman.

Dimock, M.E. & Dimock, G.O. 1964. Theory and practice of public adminsitration: scope, objectives and methods. Philadelphia: American Academy of Political Science.

Fesler, J.W. 1980. Public administration: theory and practice. New Jersey: Prentice-Hall.

Dronberger, I. 1971. The political thought of Max Weber: in quest of statesmanship. New York: Meredith Corporation.

Kaesler, D. 1989. Max Weber: an introduction to his life and work. Chicago: University of Chicago Press.

Lynn, N.B. dan Wildavsky, A. 1990. Public Administration: the state of the public administration. New Jersey: Chatham House Publishers.

Mahmud Taib. 1992. Kemajuan Pentadbiran Awam di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Merton, K. 1982. Bureaucratic structure and personality. New York: Free Press.

Mommsen, W. 1974. Max Weber and German politics, 1890-1920. London: Penguin.

14

Page 15: Bincang teori birokrasi Max Weber. Sejauh manakah teori ini relevan dalam konteks pentadbiran awam masa kini?

Mommsen, W. J. 1992. The political and social theory of Max Weber: collected essays. London: Polity Press.

Radkau, J. 2005. Max Weber: the most important Weber-biography on Max Weber's life and torments since Marianne Weber. New York: Free Press.

Williams, D. 2007. Outline of Weber’s Theory of Authority. http://danawilliams2.tripod.com/authority.html (5 November 2009).

15