Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

15
Zaiton Bt. Abdullah (GB00763) SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam 1. PENGENALAN Motivasi merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi dikalangan manusia di dunia pada hari ini. Ia merupakan satu kaedah untuk mempengaruhi, mendorong dan memujuk tingkah laku manusia supaya melakukan sesuatu yang diperlukan diri sendiri ataupun untuk orang lain. Motivasi adalah satu perkara yang penting dalam menjana mutu kerja dan seterusnya meningkatkan prestasi sesebuah organisasi sama ada organisasi itu awam ataupun swasta. Selagi kita bergelar manusia, akan ada sikap ketidaksempurnaan didalam diri kita. Oleh yang demikian kita perlu mempunyai satu dorongan agar kita dapat mengatasi sifat tersebut. Sebagai seorang manusia yang memerlukan satu kehidupan serta keperluan bagi menempuh hidup dalam dunia ini maka satu konsep motivasi amat perlu supaya kehidupan kita menjadi lebih sempurna dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia di atas muka bumi ini. Dengan adanya kaedah motivasi sekurang-kurang ia dapat memberi satu titik tolak kepada kita dalam melakukan apa jua kerja supaya ia menjadi lebih baik dan sempurna. Ia juga dapat memajukan negara dalam pelbagai aspek dan ini membantu melancarkan perjalanan kerja dan proses kemajuan. 2. MOTIVASI Perkataan motivasi adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu motivation . Perkataan asalnya ialah "motive" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kepada motif , yakni bermaksud tujuan . Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan. Jadi ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif. Ahmad Athory Hussain 2002 menyatakan, motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif. Motivasi sebagai pendorong tujuan 1

description

Tugasan SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Transcript of Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Page 1: Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

1. PENGENALAN

Motivasi merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi dikalangan manusia di dunia pada

hari ini. Ia merupakan satu kaedah untuk mempengaruhi, mendorong dan memujuk tingkah

laku manusia supaya melakukan sesuatu yang diperlukan diri sendiri ataupun untuk orang

lain. Motivasi adalah satu perkara yang penting dalam menjana mutu kerja dan seterusnya

meningkatkan prestasi sesebuah organisasi sama ada organisasi itu awam ataupun swasta.

Selagi kita bergelar manusia, akan ada sikap ketidaksempurnaan didalam diri kita. Oleh yang

demikian kita perlu mempunyai satu dorongan agar kita dapat mengatasi sifat tersebut.

Sebagai seorang manusia yang memerlukan satu kehidupan serta keperluan bagi menempuh

hidup dalam dunia ini maka satu konsep motivasi amat perlu supaya kehidupan kita menjadi

lebih sempurna dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia di atas muka

bumi ini. Dengan adanya kaedah motivasi sekurang-kurang ia dapat memberi satu titik tolak

kepada kita dalam melakukan apa jua kerja supaya ia menjadi lebih baik dan sempurna. Ia

juga dapat memajukan negara dalam pelbagai aspek dan ini membantu melancarkan

perjalanan kerja dan proses kemajuan.

2. MOTIVASI

Perkataan motivasi adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu “motivation”.

Perkataan asalnya ialah "motive" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu/Bahasa

Malaysia kepada “motif”, yakni bermaksud “tujuan”. Di dalam surat khabar, kerap pemberita

menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab

atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan. Jadi ringkasnya, oleh kerana

perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang

itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau

mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif. 

Ahmad Athory Hussain 2002 menyatakan, motivasi adalah sesuatu yang menggerak

dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau

positif. Motivasi sebagai pendorong tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan

matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Oleh yang demikian, wawasan, cita-cita,

impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan

pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang

1

Page 2: Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

dihajatkan. Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih

serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau

negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau

hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu

untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya. Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini

bahawa motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak

utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa yang diinginkan.

Motivasi juga adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang

berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat.

3. KONSEP MOTIVASI

Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan ciri-ciri individu atau traits. Sebagai

contohnya, ada individu yang bertindak melakukan sesuatu disebabkan keinginan yang tinggi

untuk berjaya tetapi ada pula yang bertindak disebabkan takut untuk gagal, ini mungkin juga

mereka bertindak kerana minat yang sangat mendalam dalam perkara itu dan mungkin pula

semata-mata disebabkan rasa bertanggungjawab. Ada pula ahli psikologi yang berpendapat

bahawa konsep motivasi dirujuk kepada keadaan diri seseorang buat masa itu sahaja. Sebagai

contoh, semua Pensyarah yang mengikuti kelas psikologi berusaha memberi sepenuh

perhatian terhadap kuliah hari itu kerana mereka tahu apa yang diajar penting untuk ujian

kenaikan pangkat. Pada dasarnya, motivasi yang terbentuk pada sesuatu ketika itu adalah

gabungan antara traits diri dan keperluan pada masa itu.

4. CIRI-CIRI UTAMA MOTIVASI

4.1 Pembentukan Matlamat

Seseorang individu terdorong untuk melakukan sesuatu tindakan apabila mempunyai

matlamat atau tujuan yang jelas. Matlamat merupakan satu bentuk tenaga psikologi yang akan

mendorong individu untuk melakukan sesuatu tingkah laku yang sesuai. Matlamat seseorang

pula berkait rapat dengan tahap keinginan individu untuk cuba memenuhi segala aspek

keperluan dalam hidup.

2

Page 3: Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

4.2 Pembentukan Pemikiran

Bentuk pemikiran haruslah jelas terhadap apa yang sedang dilakukan dan mempunyai

keupayaan untuk memproses maklumat dalam merealisasikan jenis pekerjaan yang sedang

dilakukan. Motivasi memerlukan individu yang mampu untuk membuat keputusan dan

menanggung akibat di sebalik keputusan dan tindakan yang telah diambil.

4.3 Pembentukan Proses Sosial

Motivasi akan lebih berjaya sekiranya individu berjaya mendapat sokongan dan bantuan yang

sewajarnya daripada rakan-rakan sekerja dalam melakukan sesuatu tindakan. Sokongan dan

kerjasama yang diperolehi akan mendatangkan kesan yang hebat kepada tahap motivasi

seseorang individu. Sosial yang baik dapat menghalau segala bentuk masalah, halangan atau

kesukaran semasa menjalankan sesuatu tindakan.

5. JENIS MOTIVASI

Terdapat beberapa jenis motivasi yang telah digunakan untuk menjadikan manusia itu kearah

yang lebih baik, tidak kira dari segi kerja, pembelajaran atau dari segi yang lain, yang pasti ia

adalah untuk menjadikan hidup kearah yang lebih sempurna. Antara jenisnya ialah:

5.1 Motivasi Berdasarkan Ketakutan

Merupakan satu bentuk motivasi yang berlaku kerana mempunyai perasaan takut kepada

sesuatu seperti takut kepada ketua, dibuang kerja atau ditangkap. Sebagai contoh seseorang

yang melalui motivasi ini akan melakukan kerja yang diberikan kerana ia takut, jika tidak

berbuat demikian maka ia akan diberhentikan atau tidak akan dibayar gajinya seperti orang

lain. Motivasi ini kebanyakan berlaku kepada pekerja yang malas dan tidak berdedikasi.

5.2 Motivasi Berdasarkan Keinginan

Satu bentuk motivasi yang berlaku kerana keinginannya kepada sesuatu seperti untuk

mendapat pujian, bonus dan sebagainya. Mereka ini melakukan kerja hanya mengharapkan

ganjaran semata-mata. Sebagai contohnya seseorang yang melakukan kerja tidak daripada

3

Page 4: Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

keikhlasannya sendiri. Ia melakukan hanya kerja jika dapat timbalan yang setimpal dengan

apa yang dilakukan. Jika tidak mereka hanya akan melakukan kerja mengikut apa yang

disuruh sahaja.

5.3 Motivasi Berdasarkan Dorongan Pemikiran Dalaman Dengan Dilakukan Atas Tujuan Hidupnya

Motivasi ini berlaku adalah diatas kehendak diri sendiri supaya menjadi lebih maju bekerja

dengan ikhlas dan tidak memikirkan kepada apa bentuk anisiatif yang akan diperolehi.

Didalam sesebuah organisasi pekerja serupa inilah yang diperlukan, ini kerana ia dapat

meninggikan lagi produktiviti organisasi tersebut.

6. MENGAPA ORGANISASI PERLU KEPADA MOTIVASI

i. Memotivasikan diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri ke tahap yang diingini

untuk kejayaan sesebuah organisasi.

ii. Organisasi yang benar-benar berjaya sentiasa sedar akan tanggungjawabnya dalam

memotivasikan diri. Dia akan memulakan daripada setiap pekerja, kerana itulah yang

memiliki kunci penggerak organisasi tersebut.

iii. Mustahil untuk memotivasikan diri orang lain sebelum setiap ahli organisasi itu belajar

memotivasikan diri sendiri terlebih dahulu.

iv. Alasan yang sering menyebabkan kegagalan sesebuah organisasi itu adalah kerana

mengabaikan tenaga motivasi setiap individu.

v. Peluang untuk berjaya ada di organisasi bagi orang yang mengerti dan menggunakan

motivasi diri sendiri.

vi. Orang yang bermotivasi melibatkan diri sendiri manakala orang biasa hanya berjanji.

vii. Pada asasnya, apa yang organisasi perolehi bergantung pada bagaimana kita

menyesuaikan apa yang kita mahu dengan motivasi untuk kejayaan sesebuah organisasi.

viii. Tenaga motivasi datang daripada satu tindakan perancangan yang teguh dan

pelaksanaan rancangan itu dalam kehidupan setiap hari.

4

Page 5: Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

ix. Sekiranya kita tidak dapat memanfaatkan tenaga dan potensi sendiri, mental akan

terlantar sepanjang hayat dan organisasi juga turut tersungkur.

7. TEORI-TEORI MOTIVASI

Rajah 1

Rajah 1 secara keseluruhanya dapat dinyatakan bahawa teori-teori motivasi adalah terbahagi

kepada 4, akan tetapi, yang hendak dibincangkan adalah 2 jenis teori sahaja, iaitu teori

motivasi Maslow dan Mcgregor. Akan tetapi 2 lagi teori lain iaitu Herzberg dan teori Z juga

penting dan merupakan teori yang juga popular dalam melahirkan sesebuah organisasi yang

sempurna.

8. ABRAHAM MASLOW

Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York pada tahun 1908. Nama sebenar

Abraham Maslow adalah Abraham Harold Maslow. Dalam hidupnya beliau lebih menyayangi

bapanya dari ibunya. Ini adalah kerana Ibunya sering membandingkan Maslow dengan adik

beradiknya yang lain, dan lebih menyayangi mereka daripada Maslow. Selain itu Maslow

juga sering dihina oleh ibunya sehingga menyebabkan beliau marah dan benci kepada ibunya.

Dengan perasaan benci dan marah kepada ibunya menyebabkan beliau enggan menghadiri

upacara pengkebumian ibunya. Hubungan Maslow dengan ayahnya adalah rapat sehinggakan

beliau amat menyayangi bapanya dan menganggap bapanya sebagai kawan. Beliau sering

dianggap sebagai anak bapa dan bukannya anak emak.

Dalam bidang akademik pula beliau mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti

Wisconsin pada tahun 1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau telah diterima

bekerja di Brooklyn College diantara tahun 1937 - 1951. Pada tahun 1951 pula, beliau

5

Motivasi

Teori-Teori Motivasi

Maslow

Dua Faktor Herzberg

X dan Y

Z

Page 6: Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

meneruskan kerjayanya dalam bidang akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts dan

pernah dilantik sebagai Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama.

Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel–artikel berkaitan dengan perasaan

dirinya sendiri, pandangan beliau terhadap orang lain dan juga perasaan ke atas kesihatan

dirinya. Pada tahun 1928 beliau telah berkahwin dengan Bertha dan pada usia 62 tahun beliau

telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

8.1 Motivasi Menurut Maslow

Mengikut Fadhilah Mansor 2007 menyatakan bahawa seorang ahli psikologi klinikal Amerika

iaitu Abraham Maslow telah memperkenalkan satu teori tingkah laku individu yang berkait

rapat dengan tingkat keperluan. Beliau berpendapat sekiranya seseorang telah dapat

memenuhi semua keperluan dalam hidup maka individu tersebut telah berjaya dalam

menentukan hidupnya. Maslow mengaitkan kepentingan memenuhi semua tingkat keperluan

dengan tahap motivasi individu dalam pengurusan strategik. Jika individu berjaya memenuhi

semua keperluan maka individu tersebut akan berperanan dengan lebih aktif dan ceria sebagai

seorang pekerja dalam apa jua bentuk organisasi. Individu tersebut akan dapat memberikan

sumbangan terhadap pengurusan dengan lebih ikhlas, mempunyai dorongan, sanggup

berusaha dengan lebih gigih dan menjadi lebih produktif.

Teori hierarki Maslow menjelaskan bahawa setiap individu perlu memenuhi segala

keperluan asas untuk mencapai kesejahteraan dalam hidup. Lima keperluan ini harus dipenuhi

oleh individu untuk mengelak diri dari mengalami perasaan kekurangan berbanding individu

lain. Lima asas keperluan menurut Maslow ini telah disusun dalam bentuk hierarki yang

bermula daripada aspek fisiologi sehinggalah kepada keperluan pencapaian hasrat diri.

Menurut Maslow, setiap individu hanya mempunyai satu keperluan hidup dalam satu masa

yang tertentu. Setelah satu-satu keperluan tersebut berjaya dipenuhi, keperluan tersebut tidak

dapat lagi memberikan semangat dan dorongan kepada individu berkenaan untuk bekerja

dengan lebih teguh.

6

Page 7: Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

8.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow

Habibah Elias 2003 menyatakan Abraham Maslow mengemukakan Teori Hierarki Keperluan

bentuk piramid dengan andaian bahawa manusia dimotivasi oleh keperluan asas. Terdapat

lima keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh manusia iaitu:

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan tingkat Hierarki Keperluan Maslow yang berbentuk piramid dimana

keperluan-keperluan tersebut mesti dicapai mengikut susunan yang telah ditetapkan. Bermula

dengan keperluan yang pertama iaitu keperluan fisiologi ataupun dikenali dengan nama lain

iaitu keperluan asas dalam kehidupan manusia, selepas itu keperluan keselamatan, keperluan

sosial, keperluan penghargaan kendiri dan yang terakhir sekali ialah keperluan kesempurnaan

kendiri.

8.2.1 Keperluan Fisiologi

Merupakan keperluan manusia yang paling asas untuk hidup. Manusia perlukan udara, air,

makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa

ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.

Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini

adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisasi, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini

merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan

mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Selain itu, salah satu lagi yang termasuk

dalam keperluan asas manusia adalah keperluan seks.  Keperluan ini akan mencapai

kemuncaknya apabila seseorang itu mencapai peringkat baligh.   Melalui keperluan ini, setiap

individu dapat mengetahui peranan jantina masing-masing.  Mereka perlu berkahwin untuk

7

5. Keperluan

Kesempurnaan Kendiri

4. Keperluan

Penghargaan Kendiri

3. K

eperluan Sosial

. 2. Keperluan Keselamatan

1. Keperluan

Fisiologi

Page 8: Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

memenuhi keperluan seks.  Individu tidak dapat melakukan tugasan lain kerana keperluan ini

adalah merupakan  keperluan utama yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Semua keperluan ini

dapat dipenuhi dengan pembayaran gaji oleh majikan, apabila pembayaran dibuat maka

manusia dapat memenuhi keperluan asas untuk hidup dan untuk melakukan keja dengan

bertenaga dan bersungguh-sungguh.

8.2.2 Keperluan Keselamatan

Fadillah Mansor 2007, Setelah keperluan pertama dicapai, manusia akan mencari keselamatan

hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang–undang serta membebaskan diri daripada

ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin

kesejahteraan hidup. Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat

penting dalam hidup.  Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan

kekuatan yang berbeza-beza. Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan

menjadikannya lebih gemar bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini

dengan kuatnya sehingga menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain. 

Keperluan ini boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat hidup

dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk

mendapatkan keperluan ini agar ia sentiasa dilindungi.  Sebagai contoh semasa dalam

kesakitan seorang kanak-kanak amat memerlukan jagaan ibu bapa.  Sikap kepekaan dan

keprihatinan seorang ibu atau bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi menjaga

keselamatannya dan hasil penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958)

berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan

orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak. 

8.2.3 Keperluan Sosial

Ini merupakan peringkat keperluan kehidupan ketiga dalam teori hierarki Maslow. Keperluan

sosial ini dianggap penting kepada individu apabila keperluan keselamatan telah dapat dicapai

sepenuhnya oleh individu. Keperluan ini akan dipenuhi apabila individu merasakan dirinya

adalah sebahagian daripada organisasi, merasa diri disayangi dan dikasihi, perasaan dipunyai,

mempunyai teman dan merasa diperlukan oleh organisasi. Keperluan sosial ini berkait rapat

dengan interpersonal dan interaksi dalam organisasi. Kestabilan psikologi akan dirasai apabila

individu mempunyai rakan dalam organisasi dan dapat bersosialisasi dan bukannya terpaksa

8

Page 9: Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

bekerja secara bersendirian atau berasingan daripada orang lain. Maslow menetapkan ketiga-

tiga peringkat keperluan tersebut sebagai perkara penting dan asas yang patut dipenuhi oleh

pihak pengurusan strategik organisasi supaya berjaya menghasilkan tenaga pekerja yang

sentiasa bermotivasi, berdaya saing dan bersemangat dalam menjalankan tugas dan peranan.

Selain daripada tiga peringkat keperluan tersebut Maslow menetapkan dua peringkat

keperluan tambahan ke atas individu untuk dipenuhi. Dua keperluan ini merupakan

kesinambungan daripada ketiga-tiga keperluan tadi yang menjadi sumber terkuat untuk

mendorong individu dalam menjalankan kerja. Keperluan peringkat keempat dan kelima ini

akan terus mendorong individu untuk meningkatkan lagi tahap keupayaan kerja pada tahap

yang maksimum.

8.2.4 Keperluan Penghargaan Kendiri

Keperluan pengharagaan kendiri merupakan peringkat keempat dalam teori keperluan

Maslow selepas semua keperluan di peringkat pertama, kedua dan ketiga dipenuhi. Pada

peringkat keempat ini keperluan penghargaan kendiri atau harga diri akan memainkan

peranan yang penting untuk mendorong seseorang individu untuk bekerja dengan

bersungguh-sungguh. Keperluan ini adalah seperti keperluan seseorang individu untuk

merasakan dirinya dihormati, dihargai dan diiktiraf oleh pihak pengurusan strategik

organisasi. Keperluan ini adalah penting kerana individu yang merasakan harga dirinya tinggi

dan diiktiraf oleh orang lain akan mendatangkan rasa keyakinan diri yang tinggi, konsep

kendiri yang positif dan penghargaan kendiri yang tinggi. Situasi ini akan menyebabkan

individu merasa selesa untuk bekerja, mencurahkan tenaga secara ikhlas tanpa paksaan

daripada mana-mana pihak dan persekitaran kerja yang sihat. Keperluan jenis ini akan wujud

dalam organisasi apabila terdapat aktiviti-aktiviti yang berbentuk pujian, pengiktirafan dan

penghargaan terhadap individu yang cemerlang hasil daripada tugas dan peranan yang telah

berjaya diberikan (Atan Long 1976).

8.2.5 Keperluan Kesempurnaan Kendiri

Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu

inginkan kesempurnaan kendiri. Peringkat ini merupakan keperluan yang paling tinggi dan

terakhir dalam teori keperluan Maslow. Pencapaian hasrat diri ini merupakan satu keperluan

9

Page 10: Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

untuk merealisasikan kehebatan dan kebolehan diri individu. Peringkat ini membolehkan

individu menonjolkan potensi dan bakat diri yang sebenar bagi menjayakan sesuatu tugas

yang diberikan. Keperluan jenis ini boleh dipenuhi dalam organisasi melalui pengagihan

tanggungjawab yang lebih mencabar dengan mewujudkan program-program berbentuk

latihan atau sistem kerja yang sistematik yang menyediakan peluang-peluang peningkatan diri

kepada individu (Noordin Yahaya 2005).

i. Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri

Mengikut Maslow, manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia

yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat merealisasikan

pontesinya. Ciri–ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri

ialah, antaranya :

a. Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang

lain;

b. Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan;

c. Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa

yang dipercayainya walaupun tidak popular;

d. Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat

resam, dan seumpamanya;

e. Seronok bersama kawan–kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka;

f. Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru; dan

g. Bersikap objektif.

9. TEORI X DAN TEORI Y OLEH MCGREGOR

Teori X dan teori Y merupakan teori terakhir yang diklasifikasikan dibawah pendekatan

hubungan manusia. Teori X dan Teori Y (1960) dikemukakan oleh Douglas McGregor. Teori

X dan Teori Y mewakili pelbagai andaian berkaitan fungsi pengurusan sesebuah organisasi

yang menjadi panduan kepada pengurus. Teori X mewakili persepsi negatif pengurus tentang

pekerja dalam sesebuah organisasi. Sebaliknya, Teori Y pula mewakili andaian-andaian yang

positif tentang kakitangan sesebuah organisasi.

10

Page 11: Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

9.1 Teori X

(i) Pengurus bertanggungjawab untuk menguruskan elemen-elemen produktiviti seperti

wang, bahan dan manusia dalam konteks yang bermatlamatkan ekonomi;

(ii) Dalam hal yang berkaitan dengan manusia selaku pekerja, pengurusan organisasi

merupakan kegiatan untuk mengarahkan usaha pekerja, memotivasikan pekerja,

mengawal tindakan pekerja dan mengubahsuai tingkah laku pekerja selaras dengan

keperluan dan kehendak organisasi;

(iii) Pihak pengurus perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti organisasi kerana pekerja

adalah pasif dan mungkin melakukan tingkah laku yang bertentangan dengan

kehendak organisasi. Dengan itu, pekerja perlulah dipujuk, dihukum, dikawal dan

aktiviti mereka mestilah diarah. Memberikan arahan merupakan tugas pihak

pengurusan;

(iv) Purata pekerja bekerja ialah bekerja sesedikit yang mungkin;

(v) Pekerja kurang bercita-cita, tidak gemar mengambil tanggungjawab dan lebih gemar

diarah;

(vi) Lebih mementingkan diri sendiri yang mungkin bertentangan sama sekali dengan

kehendak organisasi;

(vii) Secara semula jadinya mereka menolak perubahan; dan

(viii) Tidak begitu pintar.

McGregor menegaskan bahawa kebanyakan pengurus organisasi berpegang kepada

andaian di atas walaupun pada hakikatnya andaian itu tidak benar. Beliau percaya bahawa

pengurus harus mengkonseptualisasikan pekerja sebagai dimotivasikan oleh keperluan

hierarki tertinggi seperti yang dicadangkan oleh Maslow dan berupaya untuk bekerja sendiri.

Ini digambarkan dalam Teori Y.

9.2 Teori Y

(i) Daya usaha fizikal dan mental untuk bekerja secara semula jadinya sama seperti

bermain dan berehat;

(ii) Faktor luaran dan ancaman kepada hukuman bukanlah merupakan satu-satunya cara

untuk menggerakkan daya usaha pekerja kearah mencapai matlamat organisasi.

11

Page 12: Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

Ganjaran yang paling signifikan seperti kepuasan terhadap ego dan penghargaan

kendiri boeh merangsang usaha ke arah pencapaian matlamat organisasi;

(iii) Secara puratanya manusia tidak hanya boleh menerima tanggungjawab tetapi turut

mencari tanggungjawab;

(iv) Keupayaan untuk menyelesaikan masalah organisasi secara kreatif ada di mana-mana

dan pada setiap pekerja; dan

v) Potensi intelektual manusia perlu digunakan sepenuhnya.

Dengan itu, Teori X mengandaikan bahawa daya usaha yang kukuh perlu dilakukan oleh

pengurus untuk memotivasikan pekerja yang secara asasnya tidak bermotivasi. Sebaliknya,

pengurus yang berpegang kepada Teori Y pula mengandaikan bahawa pekerja amat

bermotivasi untuk memenuhi keperluan kepada pencapaian dan self-fulfillment dan menjadi

tugas pengurus untuk merangsang keinginan semula jadi pekerja yang pintar dan bermotivasi

ini.

10. KESIMPULAN

Dengan adanya motivasi didalam sesebuah organisasi dapat menjadikan ia sebagai sebuah

organisasi yang lebih baik dan meningkatkan lagi mutu kerja disesebuah organisasi itu

sendiri. Jika motivasi tidak ada didalam organisasi maka kerja tidak menjadi lebih baik dan

hanya kepada statik sahaja dan mungkin semakin menurun. Motivasi secara jelasnya adalah

suatu yang perlu kepada sesebuah organisasi kerana dengan adanya motivasi, maka keadaan

organisasi akan bertambah cekap dan efisyen. Maslow yang menggunakan teori hierarki

keperluan telah menyatakan bahawa manusia sangat memerlukan kepada kelima-lima perkara

tersebut mengikut pencapaian secara bertingkat yang bermula dari keperluan fisiologi dan

seterusnya dapat mencapai secara satu persatu. Manakala McGregor pula dengan teori X dan

Y nya yang memperjelaskan konsep individu yang bekerja dalam sesebuah organisasi. X yang

mewakili pekerja yang malas bekerja dan Y pula yang mewakili indivudu yang rajin berkerja.

Kesemua teori yang diutarakan oleh mereka berdua mempunyai kesinambungan tersendiri

dan memberi manfaat kepada organisasi supaya lebih berproduktiviti dan berdaya saing.

12

Page 13: Bincangkan model motivasi mengikut Maslow dan McGregor

Zaiton Bt. Abdullah (GB00763)SKSJ2023 Pengantar Pentadbiran Awam

RUJUKAN

Athory Hussain 2002, Edisi Kedua Pengantar Pentadbiran Awam (Asas Pemikiran Dan

Falsafah): Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Saedah, Zainun, Tunku Mohani (1996).  Motivasi Dalam Pendidikan.Kuala  Lumpur : Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd..

Sufean Hussain (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah.  Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 

Atan Long (1976).  Psikologi Pendidikan.  Kuala Lumpur :  Dewan Bahasa   dan Pustaka.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Fadillah Mansor 2007 Keperluan Motivasi Dalam

Pengurusan Kerja Berkualiti Dari Perspektif Pemikiran Islam

Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya, Noordin Yahaya 2005 Pembangunan

Kendiri: Terbitan Universiti Teknologi Malaysia

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias 2003 Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan: Karisma

Publications Sdn. Bhd. Shah Alam.

13