Bio Kajian

download Bio Kajian

of 11

description

bio

Transcript of Bio Kajian

Tajuk: Kesan aktiviti pembandaran kepada alam sekitar di Batu Kawan.

OBJEKTIF KAJIAN1. Untuk mengenal pasti punca dan kesan aktiviti pembandaran di Batu Kawan.2. Untuk mencadang langkah-langkah mengurangkan atau mengatasi kesan negatif aktiviti pembandaran kepada alam sekitar di Batu Kawan.

1.0 PENGENALANPembandaran merupakan satu proses penumpuan penduduk di kawasan bandar. Batu Kawan merupakan salah satu kawasan yang sedang mengalami proses pembandaran. Aktiviti pembandaran di Batu Kawan dipilih sebagai fokus kajian kerana salah satu projek terbesar di negara kita, iaitu pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang juga dijalankan di kawasan ini. Dalam kajian ini, kesan positif dan negatif aktiviti pembandaran akan dikenal pasti melalui pelbagai kaedah seperti soal selidik, temu bual dan kajian akrib. Dari segi ekonomi, kawasan Batu Kawan akan berubah dari sektor primer kepada sektor sekunder dan tertier iaitu berfungsi sebagai pusat perniagaan, perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan. Dengan ini, penduduk akan mendapat kemudahan yang sempurna dan taraf hidup yang berkualiti. Bagi aspek negatif, pencemaran yang memudaratkan kualiti alam sekitar dan kesihatan manusia berlaku. Impak-impak negatif tersebut tidak boleh dipandang ringan dan langkah-langkah yang pragmatif seharusnya dipraktik agar keseimbangan antara pembangunan dan kepentingan alam sekitar dapat dicapai. (Rujuk Lampiran 1: Peta Lokasi)2.0 KAEDAH KAJIAN3.0 DAPATAN KAJIANKESANSTSTSTPSSS

f%f%f%f%f%

K113.33%26.67%413.33%1550%826.67%

K200%13.33%26.67%1860.00%930%

K313.33%26.67%413.33%1033.33%1343.33%

K400%13.33%310%1653.33%1033.33%

Jadual 1: Kesan aktiviti pembandaran di Batu Kawan.f = frekuensi ( Jumlah pelajar)% = peratusK1 : Aktiviti pembandaran membekalkan peluang pekerjaan.K2: Aktiviti pembandaran mengakibatkan pencemaran alam sekitar.K3: Aktiviti pembandaran mengakibatkan perubahan lanskap.K4: Aktiviti pembandaran meningkatkan kualiti kemudahan infrastruktur.

Rajah 1: Kesan aktiviti pembandaran di Batu Kawan.STS: Sangat Tidak SetujuTS: Tidak SetujuTP: Tidak PastiS: SetujuSS: Sangat SetujuK1 : Aktiviti pembandaran membekalkan peluang pekerjaan.K2: Aktiviti pembandaran mengakibatkan pencemaran alam sekitar.K3: Aktiviti pembandaran mengakibatkan perubahan lanskap.K4: Aktiviti pembandaran meningkatkan kualiti kemudahan infrastruktur.

4.0 PUNCA DAN KESAN AKTIVITI PEMBANDARAN KEPADA ALAM SEKITAR, HAIWAN DAN MANUSIA 4.1 AKTIVTI PEMBANDARAN MEMBEKALKAN PELUANG PEKERJAANMerujuk kepada Rajah 1, hasil kajian menunjukkan bahawa bagi kesan pertama, K1 yang menyatakan bahawa aktivti pembandaran membekalkan peluang pekerjaan, 8 orang daripada 30 orang responden, iaitu 26.67% daripada semua reponden memilih sangat setuju. Setengah daripada semua responden, iaitu 15 responden memilih setuju bagi pernyataan ini. Walau bagaimanapun, terdapat 4 orang responden, iaitu 13.33% daripada mereka telah memilih tidak pasti bagi kesan ini. Walaupun kebanyakan responden setuju dan sangat setuju bahawa aktivti pembandaran membekalkan peluang pekerjaan, terdapat 1 orang responden bersamaan 3.33% memilih sangat tidak setuju, 2 orang bersamaan 6.67% memilih sangat setuju.Berdasarkan data di atas, kebanyakan responden bersetuju bahawa aktiviti pembandaran dapat membekalkan peluang pekerjaan. Sektor perindustrian di kawasan Batu Kawan berubah dari sektor primer kepada sektor sekunder dan tertier. Ini menyebabkan perkembangan kepelbagaian kegiatan ekonomi di bandar yang mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor perdagangan, perniagaan, perkhidmatan, pentadbiran dan perindustrian seperti Ikea dan Honda. Keadaan ini membolehkan peningkatan taraf hidup penduduk yang bekerja di bandar melalui pendapatan yang diperoleh. Dengan mempunyai pendapatan yang stabil, penduduk mempunyai status kewangan yang baik untuk memberi pendidikan yang lebih tinggi untuk anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, kemudahan pendidikan yang lengkap disediakan untuk membekal pendidikan yang sempurna dan lebih tinggi. Di Batu Kawan, universiti dan kolej-kolej swasta seperti University of Hull dan KDU University didirikan untuk memenuhi keperluan tersebut. 4.2 AKTIVITI PEMBANDARAN MENGAKIBATKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR4.3 AKTIVITI PEMBANDARAN MENGAKIBATKAN PERUBAHAN LANSKAPDi samping itu, bagi pernyataan Aktiviti pembandaran mengakibatkan perubahan lanskap tanah, 13 orang responden daripada 30 orang responden bersamaan dengan 43.33% daripada semua responden memilih kategori sangat setuju. Seramai 10 orang responden, iaitu 33.33% daripada semua responden memilih setuju bagi pernyataan ini. Bagi kategori tidak pasti pula terdapat 4 orang responden, iaitu dengan kadar peratusan 13.33%. Bagi pernyataan ini, sebanyak 2 orang responden bersamaan dengan 6.67% telah memilih kategori tidak setuju manakala 1 orang responden daripada semua responden bersamaan dengan kadar peratusan 3.33% memilih kategori sangat tidak setuju.Data yang diperoleh daripada borang soal selidik menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersetuju bahawa lanskap tanah berubah akibat daripada aktiviti perbandaran di Batu Kawan. Perubahan lanskap merujuk kepada perubahan terhadap komponen fizikal seperti penebangan hutan untuk tujuan pembinaan jalan raya dan bangunan. Kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di Batu Kawan telah dijadikan kawasan perindustrian, perniagaan dan perumahan. Contoh perubahan lanskap termasuklah kawasan tanah rendah yang ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit dan anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor berlakunya banjir kerana kawasan aliran air yang asli ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit untuk bertakung di kawasan yang rendah dan lama-kelamaan air akan bertambah, banjir kilat turut akan berlaku.4.4 AKTIVITI PEMBANDARAN MENINGKATKAN KUALITI KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN KESAN NEGATIFUntuk mengatasi kesan negatif perubahan lanskap, projek pendalaman sungai harus dijalankan kerana perubahan lanskap mengakibatkan masalah banjir kilat. Dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai, sungai mampu mengalirkan jumlah air yang banyak dalam satu masa. Selain itu, penanaman semula pokok-pokok di cerun bukit terutamanya di kawasan yang telah dibangunkan harus dijalankan. Pembalakan dan penebangan hutan tanpa kawalan yang melonggarkan ikatan tekstur tanah menjadikan cerun longgar dan rebah dan hujan lebat akan menyebabkan tanah menjadi longgar. Pokok-pokok besar yang berakar dalam dan tanaman tutup bumi perlu ditanam untuk menyelamatkan kawasan pembangunan yang terdedah kepada cuaca yang tidak tentu. Ini dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada dibawa aliran air bawah tanah yang mampu menggelongsorkan tanah yang tidak stabil. 6.0 KESIMPULAN

RUJUKANAnonymous. (2014,Januari 10). Ikea akan dibuka di Batu Kawan. Astro Awani. Diperoleh daripada http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ikea-akan-dibuka-di-batu-kawan-28108Wright, R. T. (2008). Environmental Science (10th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice HallAnonymous. (2015, Januari 11). Mulakan langkah cegah banjir secara serius. Sinar Online. Diperoleh daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/mulakan-langkah-cegah-banjir-secara-serius-1.349530

LAMPIRAN 1 : PETA LOKASI

Kawasan dalam lingkungan garis biru merupakan tempat kajian mengenai kesan aktiviti pembandaran di Batu Kawan.

LAMPIRAN 2 : SAMPEL BORANG SOAL SELIDIK DAN SOALAN TEMU BUAL

LAMPIRAN 3 : GAMBARFOTO

Kawasan yang dulunya perhutanan dijadikan lebuhraya.

Bukit Batu Kawan yang semakin gondol menunjukkan perubahan lanskap.

Sektor perindustrian yang semakin berkembang. (Kilang Honda)

Kemusnahan hutan untuk aktiviti perumahan.