Bio praktikal-3

12
PRAKTIKAL 3: Pemerhatian terhadap sel haiwan: sel pipi dan sel tumbuhan: sel epidermal daun. OBJEKTIF: Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan dengan menggunakan teknik pewarnaan yang betul. TEORI : Setiap unit yang kecil dan mudah yang berfungsi dalam system yang besar dan setiap unit tersebut dinamakan sebagai sel. Sel sangat penting kepada sistem kehidupan Biologi. Semua organisme diperbuat daripada sel-sel.Dalam hierarki organisasi biologi, sel adalah koleksi yang paling ringkas yang boleh hidup.Kebanyakan organisme kompleks terutama haiwan dan tumbuhan adalah multisel ; badan mereka mempunyai sel-sel khusus yang bekerjasama untuk meneruskan kehidupan. Walaupun mereka disusun ke peringkat lebih tinggi seperti tisu dan organ,sel-sel tersebut tetap organisme yang berstruktur dan berfungsi sebagai satu unit asas sel. Sel sangat sukar dilihat dengan mata kasar kerana sel biasanya adalah sangat kecil dan boleh menjadi terlalu kompleks.Oleh itu, penemuan sel ditemui setelah penciptaan mikroskop pada tahun 1590.Oleh itu, sel boleh dilihat menggunakan mikroskop sama ada mikroskop cahaya ataupun lebih tepat pemerhatiannya adalah dengan menggunkan mikroskop elektron. Sel ialah unit binaan asas bagi semua organisme.Sel terdiri daripada komponen yang hidup, iaitu protoplasma (sitoplasma dan nuklues) yang diselaputi membrane plasma. Kandungan sel yang terdapat di dalam nuklues disebut sebagai nukleoplasma manakala yang terdapat di luar nukleus disebut sebagai sitoplasma.Membran plasma

Transcript of Bio praktikal-3

Page 1: Bio praktikal-3

PRAKTIKAL 3: Pemerhatian terhadap sel haiwan: sel pipi dan sel tumbuhan: sel

epidermal daun.

OBJEKTIF: Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan dengan

menggunakan teknik pewarnaan yang betul.

TEORI :

Setiap unit yang kecil dan mudah yang berfungsi dalam system yang besar dan

setiap unit tersebut dinamakan sebagai sel. Sel sangat penting kepada sistem

kehidupan Biologi. Semua organisme diperbuat daripada sel-sel.Dalam hierarki

organisasi biologi, sel adalah koleksi yang paling ringkas yang boleh hidup.Kebanyakan

organisme kompleks terutama haiwan dan tumbuhan adalah multisel ; badan mereka

mempunyai sel-sel khusus yang bekerjasama untuk meneruskan kehidupan. Walaupun

mereka disusun ke peringkat lebih tinggi seperti tisu dan organ,sel-sel tersebut tetap

organisme yang berstruktur dan berfungsi sebagai satu unit asas sel.

Sel sangat sukar dilihat dengan mata kasar kerana sel biasanya adalah sangat

kecil dan boleh menjadi terlalu kompleks.Oleh itu, penemuan sel ditemui setelah

penciptaan mikroskop pada tahun 1590.Oleh itu, sel boleh dilihat menggunakan

mikroskop sama ada mikroskop cahaya ataupun lebih tepat pemerhatiannya adalah

dengan menggunkan mikroskop elektron.

Sel ialah unit binaan asas bagi semua organisme.Sel terdiri daripada komponen

yang hidup, iaitu protoplasma (sitoplasma dan nuklues) yang diselaputi membrane

plasma. Kandungan sel yang terdapat di dalam nuklues disebut sebagai nukleoplasma

manakala yang terdapat di luar nukleus disebut sebagai sitoplasma.Membran plasma

Page 2: Bio praktikal-3

ialah lapisan nipis yang mengelilingi protoplasma. Sel terbahagi kepada dua iaitu sel

tumbuhan dan sel haiwan.Sel tumbuhan diselaputi lapisan selulosa yang kuat,iaitu

dinding sel di bahagian luar membran plasma.Di dalam sitoplasma sel, terdapat

beberapa jenis organel. Organel ialah struktur halus sel yang melakukan suatu fungsi

yang khusus. Contoh organel sel ialah nuklues, mitokondrian, kloroplas,

vakuol,ribosom,jasad Golgi dan jalinan endoplasma. Sesetengah organel sel seperti

ribosom dan jasad Golgi hanya kelihatan apabila dilihat menerusi mikroskop elektron.

Sel haiwan dan sel tumbuhan adalah eukariotik sel. Mereka mempunyai sifat

struktur yang sama tetapi terdapat juga beberapa perbezaan di antara sel haiwan dan

sel tumbuhan. Apabila dilihat di bawah mikroskop cahaya, sel haiwan yang tipikal

mempunyai protoplasma yang diliputi oleh membrane plasma. Protoplasma terdiri

daripada dua bahagian iaitu nuklues dan sitoplasma.Sel haiwan tidak mempunyai

bentuk yang tetap seperti sel tumbuhan. Nuklues berfungsi sebagai pusat kawalan

aktiviti kepada sel.Di dalam sel haiwan terdapat lysosome, centrosome dengan centriol

yang tidak ada pada sel tumbuhan.

Sel tumbuhan dikelilingi oleh sel dinding di luar membrane plasma.Sel dinding

tumbuhan dibuat daripada fibre selulosa yang tidak larut.Sel tumbuhan mempunyai

bentuk yang tetap kerana ia terbentuk oleh sel dinding. Sel yang terdapat dalam sel

tumbuhan yang tidak terdapat dalam sel haiwan ialah kloroplas, vakuol ,sel dinding dan

plasmodemata.

Setiap organel di dalam sel perlu menjalankan fungsi masing-masing dengan

sempurna supaya sel dapat berfungsi pada tahap optimum.

Page 3: Bio praktikal-3

Pernyataan Masalah :

Apakah struktur sel haiwan dan sel tumbuhan yang kelihatan di bawah mikroskop

cahaya?

Hipotesis sel haiwan :

Struktur sel haiwan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah membrane

plasma,sitoplasma dan nuklues.

Hipotesis sel tumbuhan :

Struktur sel tumbuhan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah dinding sel,

membrane plasma, nuklues, sitoplasma dan vakuol.

BAHAN DAN RADAS:

Mikroskop

Slaid mikroskop

Penutup slaid

Alat penitis

Penyepit

Mata pisau

Pencungkil gigi

Methylene biru

Larutan iodin

Bawang

Page 4: Bio praktikal-3

Prosedur:

(a) Pemerhatian terhadap sel pipi

1. Mulut dikumur.

2. Lapisan sel nipis di dalam mulut dikikis dengan lembut dengan menggunakan

pencungkil gigi.

3. Satu titisan larutan metilena biru diletakkan pada kikisan yang berada di atas

slaid.

4. Penutup slaid direndahkan dengan berhati-hati di atasnya.

5. Spesimen tersebut di perhatikan di bawah kanta objektif berkuasa rendah

dan diikuti dengan kanta objektif berkuasa tinggi.

6. Sel pipi dilukis dan dilabel mengikut bahagian-bahagian tersebut: nukleus,

bahan kromatin, sel membran dan sitoplasma.

Jika anda tiak suka menggunakan sel pipi anda sendiri, anda boleh mendapatkan sel

kulit mati. Letakkan satu keratin kecil salotep pada tangan anda dan kemudian

cabutkankannya dan letakkan pada slaid. Ini akan menunjukkan saiz dan bentuk sel

tetapi anda tidak akan dapat melihat kandunggannya.

Page 5: Bio praktikal-3

(b) Pemerhatian terhadap sel epidermal daun

1. Kupas lapisan epidermal bawang dengan menggunakan penyepit.

2. Keratin kecil dipotong dan lapisan epidermal diletakkan setitis larutan iodine

pada slaid.

3. Penutup slaid direndahkan dengan berhati-hati di atasnya.

4. Spesimen tersebut di perhatikan di bawah kanta objektif berkuasa rendah

dan diikuti dengan kanta objektif berkuasa tinggi.

7. Sel epidermal bawang dilukis dan dilabel mengikut bahagian-bahagian

tersebut: nukleus, bahan kromatin, sel membrane, sel dinding, sitoplasma

dan vakuol.

Untuk melihat sel tumbuhan yang mengandungi kloroplas, anda boleh melihat daun

lumut dengan menggunakan cara yang sama. Ia cuma sebesar satu sel.

Page 6: Bio praktikal-3

Keputusan :

Sel tumbuhan

Lukisan dan pelabelan

4 10

10 10

Page 7: Bio praktikal-3

PERBINCANGAN :

Eksperimen sel pipi manusia dijalankan dengan mengikiskan bahagian sebelah

pipi secara perlahan-lahan menggunakan sebatang pengcungkil gigi yang

tumpul.Berdasarkan eksperimen yang dilakukan, pemerhatian yang dilakukan ke atas

sel menunjukkan keputusan yang berbeza pada pembesaran yang berlainan. Pada

pembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel pipi manusia dapat dilihat tetapi

tidak begitu jelas berbanding sel pipi manusia yang dilihat pada pembesaran 100 yang

lebih jelas kelihatan. Pada pemerhatian kami, sel pipi manusia tidak mempunyai bentuk

yang tetap. Metilena biru yang diletakkan pada sel pipi manusia mewarnakan

sitoplasma dan nuklues pipi menjadi biru. Di bawah mikroskop cahaya, struktur sel pipi

yang kelihatan ialah membrane plasma, sitoplasma, dan nuklues.

Berdasarkan eksperimen mengkaji sel tumbuhan pula, sel epidermis bawang

telah digunakan.Pada pembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel epidermis

bawang dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas berbanding sel epidermis bawang yang

dilihat pada pembesaran 100 yang lebih jelas kelihatan.Sel tumbuhan mempunyai

bentuk yang tetap. Larutan iodin mewarnakan bahagian nuklues sel menjadi perang.

Sel bawang tidak mempunyai kloroplas dan dengan itu larutan iodine tidak menjadi biru

hitam kerana tidak terdapat bintil kanji pada sel bawang. Struktur yang boleh dilihat di

bawah mikroskop cahaya ialah dinding sel, membrane plasma, nuklues dan sitoplasma.

Masalah yang sering timbul ketika melakukan eksperimen ini ialah gelembung

udara. Gelembung udara yang berada pada bawah kaca penutup akan mengganggu

sel-sel yang ingin dilihat menerusi mikroskop. Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkan

daripada gelembung udara tersebut berada pada bawah kaca penutup adalah dengan

Page 8: Bio praktikal-3

mengetuk kaca penutup secara perlahan-lahan menggunakan pensel yang tajam agar

gelembung udara dapat dikeluarkan.Larutan iodine adalah pewarna umum yang

digunakan bagi sel tumbuhan manakala metilena biru adalah pewarna umum yang

digunakan oleh sel manusia dan haiwan.

KESIMPULAN :

Sel haiwan tidak mempunyai bentuk tetap dan terdiri daripada membran

plasma,sitoplasma dan nuklues. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel , membran

plasma ,nuklues dan sitoplasma.

Page 9: Bio praktikal-3

Soalan dan jawapan :

1. Namakan jenis sel yang membentuk lapisan dalam pipi.

Epithelial sel.

2. Mengapakah sel epidermis pada daun bawang tidak mempunyai kloroplas?

Sel epidermis pada daun bawang tidak mempunyai kloroplas kerana bawang

tidak menjalankan proses fotosintesis. Bawang berfungsi sebagai penyimpan

makanan dengan itu kloroplas tidak diperlukan oleh bawang.

3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.

SEL HAIWAN SEL TUMBUHAN

PERSAMAAN

Mempunyai nuklues, sitoplasma, membrane plasma, jasad Golgi

,mitokondrian,jalinan endoplasma.

SEL HAIWAN PERBEZAAN SEL TUMBUHAN

Bentuk sel tidak tetap BENTUK Bentuk sel tetap

Tidak mempunyai dinding

sel

DINDING SEL Mempunyai dinding sel

Tidak mempunyai

kloroplas

KLOROPLAS Mempunyai kloroplas

Tiada vakuol,jika ada

saiznya kecil

VAKUOL Mempunyai vakuol

bersaiz besar

Dalam bentuk glikogen GRANUL SIMPANAN Dalam bentuk kanji

Mempunyai sentriol SENTRIOL Tidak mempunyai sentriol

Page 10: Bio praktikal-3

4. Mengapakah nukleus dipanggil sebagai ‘pusat kawalan’ kepada sel?

Nuklues dipanggil sebagai ‘ pusat kawalan’ kepada sel kerana di dalam nuklues

terdapat kromatin yang membentuk kromosom apabila sel tidak membahagi.

Kromatin yang mengandungi DNA akan mengawal aktiviti dalam sel kerana di

dalam DNA terdapat genetic kod.

5. Apakah itu tisu? Apakah perkataan yang membawa maksud sekumpulan tisu

yang melakukan sesuatu kerja bersama?

Tisu ialah sekumpulan sel yang telah mengalami pengkhususan yang sama dan

dengan itu mempunyai struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama untuk

melaksanakan satu fungsi khusus.Sekumpulan tisu yang melakukan sesuatu

kerja bersama bermaksud sekumpulan tisu boleh menjalankan fungsi yang

khusus dengan lebih cekap dan cepat berbanding dengan satu sel sahaja.

6. Bilakah sel dijumpai dan oleh siapa ia dijumpai.

Sel dijumpai pada tahun 1665 oleh Robert Hooke. Beliau telah menemui dinding

sel ketika melihat sel mati pada dahan pokok oak menerusi mikroskop.

Page 11: Bio praktikal-3

Rujukan

1. Buku

a) Gan Wan Yeat(2004).Ekspolrasi Biologi Tingkatan 4 (1sted).Penerbitan

Fajar Bakti SDN BHD.

b) Jane B. Reece (2008).Campbell/Reece Biology (Eighth edition).Pearson

International Edition

c) Lee Soon Ching (2007).Biology For Matriculation Semester 1( Second

edition).Oxford Fajar SDN.BHD

2. Internet

a) http://wiki.answers.com/Q/Why_don%27t_onion_cells_have_chloroplasts

Diakses pada 26 January 2011

b) http://wiki.answers.com/Q/How_is_the_nucleus_able_to_control_the_biochemica

l_activities_of_the_cell Diakses pada 26 January 2011

Page 12: Bio praktikal-3

Refleksi :

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dan pasangan saya

Marina Misa binti Muhsin berjaya melakukan eksperimen ini dengan jayanya. Kami

telah mendapat bimbingan daripada pensyarah kami iaitu Puan Siti Rogayah binti

Abdullah dalam menjalankan eksperimen tersebut.

Walaupun eksperimen kali ini kelihatan mudah namun ia memerlukan

cara yang teliti agar keputusan yang diperoleh adalah tepat seperti meletakkan metilena

biru dan iodin pada kaca penutup.Larutan tersebut perlu diletakkan dengan berhati-hati

pada slaid agar tiada gelembung udara yang hadir pada penutup kaca.

Keputusan bagi eksperimen kami menunjukkan hasil yang positif

walaupun pada mulanya sel pipi kami tidak begitu kelihatan kerana terdapat gelembung

udara.Oleh itu.kami mengambil keputusan untuk mengulangi prosedur untuk sel pipi

manusia agar keputusan yang diperoleh adalah tepat.Segala langkah berjaga-jaga

diambil agar keputusan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor lain seperti kehadiran

gelembung udara dan teknik mengendalikan mikroskop.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat melakukan eksperimen ini

dengan baik. Segala kekurangan yang berlaku ketika menjalankan eksperimen ini akan

saya perbaik untuk kegunaan masa hadapan ketika mengajar di sekolah.