Praktikal 1

download Praktikal 1

of 16

description

rff

Transcript of Praktikal 1

Praktikal 1: EKOSISTEM TANAH - BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANANTujuan: Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah yang berbeza.Pengenalan:Ekosistem adalah suatu unit ekologi yang di dalamnya terdapat hubungan antara struktur dan fungsi. Struktur yang dimaksudkan dalam definisi ekosistem tersebut adalah berkaitan dengan keanekaragaman atau kepelbagaian spesis. Ekosistem mempunyai struktur yang kompleks, memiliki keanekaragaman spesis yang tinggi. Istilah fungsi dalam definisi ekosistem pula berhubungan dengan kitar material dan arus tenaga melalui komponen-komponen ekosistem.Ekosistem adalah sistem yang terbuka di mana input-input, perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran tenaga setiap ekosistem berlaku dalam satu arah sahaja. Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosntesis. Autotrof adalah organisma pengeluar primer bagi suatu ekosistem. Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Kebanyakkan tenaga yang memasuki jaringan makanan dalam ekosistem akan hilang ke persekitaran dalam bentuk tenaga haba. Majoriti nutrien dikitar semula dalam jaringan makanan tetapi sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air, karbon, nitrogen, fosforus dan bahan-bahan lain diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak melalui kitaran biogeokimia.Ekosistem tanah merupakan ekosistem yang baik dan mudah untuk dipelajari. Dalam ekosistem tanah, makrofauna bukan sahaja menyumbangkan kepada proses penguraian pada tanah malah ianya juga menambah kandungan zat organik tanah serta membentuk agrigasi tanah. Tanah yang banyak didiami oleh makrofauna dan mikrofauna tanah juga membantu struktur tanah menjadi lebih baik dan meningkatkan keporosannya. Keadaan ini boleh meningkatkan kesuburan tanah dan kaya dengan mineral kerana makrofauna dan mikrofauna tanah merupakan pengurai organisma yang baik. Dalam hal ini, persekitaran tanah seperti faktor abiotik (yang meliputi sifat fizikal dan kimia tanah) serta faktor biotik (adanya biota tanah dengan tanaman tingkat tinggi) ikut berperanan dalam menentukan kadar pertumbuhan dan aktiviti biota tanah tersebut.Perkhidmatan ekosistem adalah proses-proses di mana persekitaran menyediakan sumber-sumber seperti air bersih, balak, habitat untuk perikanan, pendebungaan tumbuhan asli dan pertanian. Perkhidmatan ekosistem yang pelbagai memberikan kesan kepada tanah, air, makanan dan kesihatan hidupan lain. Di antara kesannya adalah seperti menyederhanakan cuaca yang keterlaluan, mengitar dan menggerakkan nutrien, menyahtoksik dan menguraikan bahan buangan serta menyebarkan biji benih.Kitaran biogeokimia atau kitar nutrien adalah satu laluan dimana unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotik dan abiotik di atas bumi. Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran terdapat tempat dimana unsur-unsur ini dikumpulkan atau jangka masa yang panjang. Kehidupan terdiri daripada dua komponen iaitu komponen abiotik dan biotik.Komponen abiotik merangkumi benda-benda yang tidak hidup seperti air, tanah, kelembapan udara dan cahaya matahari manakala komponen biotik pula terdiri daripada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan dan manusia. Interaksi antara komponen biotik dengan abiotik ini membentuk satu jaringan ekosistem. Dengan adanya interaksi-interaksi tersebut, suatu ekosistem dapat mempertahankan keseimbangannya.Hipotesis : Makrofauna yang dijumpai pada lokasi X lebih banyak daripada lokasi Y.Pembolehubah : i. Dimanipulasi : Jenis tanah ii. Bergerak balas: Bilangan dan jenis makrofauna iii. Dimalarkan : Suhu persekitaran, teknik mengumpul makrofaunaBahan dan radas: Sampel tanah lokasi X dan lokasi Y, larutan formalin, corong Tulgren, kaki retort, bikar, lampu, corong turas, kasa dawai, piring petri, forceps, kanta pembesar, mikroskopGambarajah:Lampu(haba dan cahaya)

Corong TulgrenAir + larutan formalinBikarKasa dawaiSampel tanahKaki retort

Rajah 1: Pemasangan bahan dan radasProsedur:1. Dua sampel tanah diambil daripada dua kawasan yang berlainan, iaitu pada lokasi X dan lokasi Y.2. Sampel tanah yang diambil dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat secara ketat. Beg plastik itu dilabel dengan lokasinya.3. Ciri-ciri bagi setiap tanah direkodkan di dalam Jadual 1.4. Spesimen hidup bagi setiap tanah turut diperhatikan dan dicatat di dalam Jadual 2.5. Tanah dimasukkan ke dalam corong Tulgren seperti gambar Rajah 1 dan dibiarkan selama tiga hari.6. Sebuah bikar yang mengandungi larutan air dengan larutan formalin diletakkan di bawah saluran tersebut.7. Selepas tiga hari, saluran dibersihkan dan makrofauna kecil yang terperangkap di dalam bikar air diperhatikan.8. Semua organisma dikenalpastikan dan dikelaskan mengikut kriteria tersendiri.9. Jumlah individu dalam setiap kumpulan dikirakan dan direkod dalam Jadual 3.10. Keputusan daripada Jadual 2 dan 3 digunakan untuk mengira bilangan kumpulan makrofauna per liter tanah dan bilangan individu dari setiap kumpulan per liter tanah. Keputusan direkodkan dalam Jadual 4.

Keputusan:i. Jenis lokasiCiri-ciri Lokasi

Lokasi XLokasi Y

Jenis tumbuhan

Rumput menjalarRumput

Warna tanah

Coklat kehitamanPerang tua

Kekeringan/kelembapan

SederhanaKering

Kepadatan tanah

SederhanaPadat

Tekstur tanah

Sedikit berpasir dan porosBerpasir

pH tanah6.36.1

Tahap keteduhanTinggiTinggi

HabitatBawah pokok renek di Taman MatematikBawah pokok angsana berhampiran kawasan asrama

Jadual 1

ii. Makrofauna yang diperhatikan di lokasi X dan lokasi YKumpulanBilangan @ lokasi 1Isipadu tanah=250 cm3Bilangan @ lokasi 2Isipadu tanah=200 cm3

Makrofauna Besar

Ulat gonggok10

Semut merah besar03

Ulat sampah01

Makrofauna KecilBilangan @ lokasi 1Isipadu tanah=250 cm3Bilangan @ lokasi 2Isipadu tanah=200 cm3

Semut merah50

Semut hitam106

Kutu tanah22

Jadual 2

iii. Organisma yang ditemui di dalam kedua-dua jenis tanahKumpulan MakrofaunaBilangan

Ulat gonggok1

Semut merah besar3

Ulat sampah1

Semut merah5

Semut hitam16

Kutu tanah4

Jadual 3

iv. Kriteria makrofaunaBilangan kumpulan makrofaunaLokasi XIsipadu tanah=250 cm3Lokasi YIsipadu tanah=200 cm3

Bilangan kumpulan per liter tanah44

Bilangan individu makrofaunaLokasi XIsipadu tanah=250 cm3Lokasi YIsipadu tanah=200 cm3

Bilangan individu dari kumpulan ulat gonggok per liter tanah40

Bilangan individu dari kumpulan semut merah besar per liter tanah015

Bilangan individu dari kumpulan ulat sampah per liter tanah05

Bilangan individu dari kumpulan semut merah per liter tanah200

Bilangan individu dari kumpulan semut hitam per liter tanah4030

Bilangan individu dari kumpulan kutu tanah per liter tanah810

Jadual 4Pengiraan:Lokasi X (250 cm3 x 4 = 1000 cm3 = 1 liter):Bilangan individu dari kumpulan ulat gonggok per liter tanah= 1x4 = 4Bilangan individu dari kumpulan semut merah per liter tanah= 5x4 = 20Bilangan individu dari kumpulan semut hitam per liter tanah= 10x4 = 40Bilangan individu dari kumpulan kutu tanah per liter tanah= 2x4 = 8Lokasi Y (200 cm3 x 5 = 1000 cm3 = 1 liter):Bilangan individu dari kumpulan semut merah besar per liter tanah= 3x5 = 15Bilangan individu dari kumpulan ulat sampah per liter tanah= 1x5 = 5Bilangan individu dari kumpulan semut hitam per liter tanah= 6x5 = 30Bilangan individu dari kumpulan kutu tanah per liter tanah= 2x5 = 10

Perbincangan:1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Cadangkan mengapa adanya perbezaan tersebut? Apakah parameter tanah yang boleh diguna untuk menjelaskan perbezaan tersebut.Kepelbagaian makrofauna yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi adalah berbeza di mana hasil kajian telah menunjukkan bahawa jumlah makrofauna yang dijumpai di lokasi X adalah lebih banyak daripada lokasi Y. Spesis makrofauna juga berbeza bagi kedua-dua lokasi yang dikaji. Perbezaan sepsis dan bilangan makrofauna yang dijumpai bagi kedua-dua lokasi kajian adalah kemungkinan besar dipengaruhi oleh habitat bagi makrofauna tersebut. Setiap hidupan yang terdapat di permukaan bumi sememangnya memerlukan habitat masing-masing. Dalam kajian ini, tanah merupakan salah satu habitat yang penting bagi makrofauna yang pelbagai sepsis.Tanah mempunyai pelbagai sifat. Sifat tanah yang berbeza-beza pada pelbagai tempat menunjukkan ianya dipengaruhi oleh banyak faktor yang membentuknya. Kepelbagaian makrofauna yang terdapat pada tanah adalah berbeza-beza disebabkan oleh jenis tanah atau lokasi tanah tersebut. Sehubungan dengan itu, lokasi atau kawasan yang berbeza akan mempunyai makrofauna yang berbeza-beza. Hal ini adalah disebabkan oleh kandungan tanah yang mana merangkumi tahap keteduhan, kelembapan/kekeringan tanah, pH tanah, kepadatan tanah dan juga tekstur tanah tersebut.Daripada keputusan yang diperolehi, sampel tanah dari lokasi X mengandungi lebih banyak makrofauna berbanding dengan sampel tanah yang diambil dari lokasi Y. Sampel tanah lokasi X adalah diambil dari kawasan bawah pokok renek yang sederhana lemba, sederhana padat, sedikit berpasir dan poros manakala sampel tanah lokasi Y diambil dari kawasan bawah pokok angsana berhampiran kawasan asrama yang kering, padat dan berpasir. Walaupun tahap keteduhan bagi kedua-dua lokasi ini adalah sama tinggi, tetapi bilangan individu adalah berbeza di mana lokasi X mempunyai bilangan individu yang lebih tinggi berbanding lokasi Y. Perbezaan ini berlaku kerana dalam lokasi X, lantai tanah ditutupi dengan dedaun, rumput-rumpai dan ranting-ranting kecil yang membuatkan permukaan tanah di kawasan ini lebih lembut dan subur. Tumbuhan-tumbuhan di sini hidup dengan subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini yang memperolehi banyak makanan di atas tanah. Parameter tanah yang digunakan untuk menjelaskan perbezaan kepelbagaian makrofauna yang tinggi di lokasi X berbanding lokasi Y adalah faktor kelembapan tanah, kepadatan tanah, tekstur tanah, pH tanah, tahap keteduhan dan jenis tumbuhan besar di lokasi.

2. Jelaskan peranan makrofauna di dalam tanah.Jenis organismaCiri dan peranan organisma kepada tanah

Bakteria Terlibat di dalam proses pereputan sisa organik Pentingdalam membantu peredaran karbon, nitrogen, fosforus dan sulfur di dalam tanah.

Aktinomisit Pentingdalam proses pereputan sisa organik.

Kulat Penting dalam pereputan bahan organik : bersimbiosis dengan akar tumbuhan

CacingTanah Mencampurkanhasil reputan daun di atas tanah. Membawatanah dari satu lapisan ke lapisan lain. Membaikipengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang digalinya. Najisnyamengandungi kalsium yang menyuburkan tanah.

Nematod Membantu pereputan bahan organik

Alga Menggunakan cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis

3. Berdasarkan rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh : kulat, nematod), apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana tenaga mengalir; dimana ia bermula dan berakhir (contoh : di bahagian atas rantai makanan). Apa yang berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organisma di bahagian atas mati?

Organisma-organisma individu dari komponen biosis berkemandiri sama ada dengan menghasilkan makanan sendiri ataupun dengan memakan organisma lain. Tumbuhan hijau dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis kerana adanya pigmen klorofil yang dapat memerangkap tenaga dari matahari. Makanan yang dihasilkan ini digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup dan juga membekalkan makanan kepada organisma lain apabila organisma itu memakan tumbuhan. Kesemua ekosistem mempunyai tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai. Rantai makanan adalah satu siri organisma dalam suatu ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau pengaliran tenaga. Setiap organisma masing-masing menjadi pemangsa dan mangsa kepada organisma sebelum dan selepasnya. Jaringan makanan pula merupakan interaksi makanan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantai makanan. Dalam sebarang komuniti, setiap pengguna biasanya mempunyai pelbagai pilihan makanan dan pengguna itu juga mungkin dimakan oleh pelbagai pemangsa (pengguna) yang lain. Merujuk kepada Rajah di atas, pengeluar primari atau juga dikenali sebagai organisma autotrof ialah rumput. Rumput memerangkap tenaga cahaya matahari dan menggunakannya untuk mensintesiskan karbohidrat dan protein melalui fotosintesis. Kemudian, tenaga yang diperangkap akan dipindahkan kepada pengguna seterusnya iaitu pengguna primer, sekunder dan tertier (heterotrof). Untuk tujuan tersebut, hanya 1% hingga 5% tenaga solar ditukarkan kepada biomas semasa proses penghasilan. Pengeluar biasanya menduduki aras trofik yang pertama. Detritivor pula merupakan heterotrof yang mengambil zat makanan dengan memakan detritus. Mereka telah menyumbang kepada penguraian dan kitaran zat makanan. Detritivor hidup dalam mana-mana tanah yang mempunyai komponen organik, dan juga hidup dalam ekosistem marin di mana mereka dinamakan kesalingbolehtukaran dengan penghantar bawahan.Konsumer merupakan organisma yang bergantung kepada pengeluar dalam memperoleh tenaga. Ia termasuklah haiwan, pengurai dan detritivores. Siratan makanan tersebut merupakan kombinasi beberapa rantai makanan parasitik dan rantai makanan pemangsa. Lazimnya, dalam sesuatu rantai makanan bilangan peringkat adalah terhad kerana pemindahan tenaga akan berkurangan di setiap peringkat sehinggalah semua tenaga habis digunakan. Salah satu contoh rantai makanan yang dapat dikenalpasti berdasarkan siratan makanan di atas ialah:Rumput NematodArthropod ArthropodBurung(Pemakan akar)(Pencincang-shredder)(Pemangsa)

Rajah : Salah satu rantai makanan yang terdapat dalam siratan makanan Rumput ialah pada aras trofik pertama (pengeluar), nematod pemakan akar ialah pengguna primer, arthropod pencincang-shredder ialah pengguna sekunder, arthropod pemangsa ialah pengguna tertier manakala burung ialah pengguna di aras trofik tertinggi. Rumput iaitu pengeluar akan menjadi bahan organik setelah ia mati dan dimakan oleh pengguna detritivores. Detritivores merupakan organisma yang memakan detritus. Ia bertindak dan mengurai tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang telah mati dalam tanah serta mengembalikan kitaran nutrien melalui proses penguraian tersebut. Contoh detritivores adalah cacing tanah, ulat gonggok dan woodlouse. Rantaian makanan ini tidak wujud dalam pengasingan dan biasanya saling berhubung dengan siratan makanan. Seterusnya, pengguna detritus dimakan oleh pemangsa yang lebih kecil seperti burung kecil dan tikus tanah.Apabila organisma yang berada di puncak siratan makanan mati (burung dan mole), nutrien dan tenaga belum lagi hilang kerana akan dikembalikan semula ke tanah oleh ulat-ulat yang memainkan peranan sebagai pengurai semula jadi. Organisma yang selalunya dianggap sebagai haiwan perosak yang kotor akan menjalankan peranan ekologikal mereka dengan memakan bangkai-bangkai haiwan yang mati busuk. Pertukaran tenaga dalam ekosistem dapat dikesan daripada tahap satu ke tahap yang lain. Namun, sepanjang proses pemindahan tenaga, hampir 90% daripada tenaga terbebas ke persekitaran sebagai tenaga haba. Proses pemindahan tenaga adalah tidak sama seperti pemindahan karbon dan nitrogen yang berkitar dalam ekosistem secara berterusan. Tenagatersebut semakin berkurangankerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba dan perlu diambil lagi daripada matahari oleh pengeluar. Perpindahan tenaga di dalam ekosistem boleh dikesan dari satu aras kepada aras yang lain. Namun begitu, hampir 85% tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai haba. Tenaga tersebut semakin berkurangankerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba dan perlu diganti oleh tenaga daripada matahari.4. Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna? Apakah kumpulan organisma yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan ini?Kumpulan organisma yang membentuk mesofauna terdiri daripada haiwan kecil yang berukuran di antara 0.1 mm dan 2.0 mm. Contoh haiwan dalam kumpulan ini adalah seperti cacing tanah, athropod dan nematod yang besar. Ia boleh didapati di pelbagai jenis tanah di serata tempat. Walaupun saiznya kecil dan ada yang sukar dilihat, namun ia masih dapat dilihat oleh mata kasar ataupun dengan bantuan kanta pembesar. Mesofauna juga adalah organism yang masih boleh bergerak di dalam tanah tetapi mereka tidak berpengaruh terhadap struktur tanah. Ia penting dalam proses penguraian dan proses permineralan. Mesofauna menguraikan bahan organik melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan. Mereka akan memakan kembali najis mereka dan najis organisma lain untuk menggunakan nutrien dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka. Tindakan ini menyediakan habitat baik bagi aktiviti mikrobial, seterusnya menguraikan lagi bahan organik untuk menghasilkan nutrien yang penting bagi organisma lain.Kumpulan organisma yang membentuk mikrofauna pula terdiri daripada haiwan halus dan organisma uniselular yang berukuran kurang daripada 0.1mm. Mikrofauna hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Kebanyakan mikrofauna adalah protozoa dan nematod yang heterotrofik serta memerlukan karbon organik bagi tumbesaran. Mereka berfungsi dalam penguraian melalui memakan dan memproses partikel organik yang kecil dalam tanah yang mendap. Mikrofauna juga mendiami dalam usus organisma lain yang lebih besar untuk menguraikan bahan selulosa. Contoh organisma tersebut ialah Protozoa (unisel eukaryotes) iaitu flagellates, amoeba dan ciliates. Mikrofauna ini merupakan pemangsa kepada fungi dan bakteria serta mengawal populasi fungi dan bacteria. Ia penting dalam proses peneutralan.Fungsi utama bagi dua kumpulan ini adalah mengurai hampir semua bahan-bahan semula jadi dan organik. Mikrofauna menukarkan bahan organik kepada nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan manakala mesofauna pula membantu memecahkan zarah tanah serta sumber protein apabila organisma atau tumbuhan mati dan reput. Inilah yang menjadi indikator kepada keseluruhan keadaan ekosistem.5. Jaringan makanan dapat menunjukkan kerumitan biologi, dan juga kesihatan tanah. Terangkan bagaimana pengurusan tanah dapat mengekalkan kesihatan tanah.Kesihatan tanah bergantung kepada jaringan makanan yang menunjukkan kerumitan biologi. Salah satu cara untuk mengurangkan bilangan perosak dalam ladang secara semula jadi adalah melalui kawalan biologi.Kawalan biologi merujuk kepada penggunaan sesuatu organisma untuk mengawal pembiakan atau populasi organisma lain yang mendatangkan kerosakkan. Amalan pengurusan tanah yang baik amat penting agar ekosistem tanah dapat dipelihara dan menjamin kesihatan serta kesuburan tanah. Pengurusan tanah yang terancang hanya akan menjejaskan kualiti dan kesuburan tanah sekaligus memberi kesan negatif kepada organisma atau biota tanah yang menjadikan tanah sebagai habitat mereka.Terdapat banyak kegiatan atau aktviti yang merosakkan kesuburan tanah. Sebagai contoh, aktiviti pembalakan tidak terancang, pertanian, pembinaan empangan dan perlombongan mampu mengubah keseimbangan ekosistem tanah dan menjejaskan kesuburan tanah.Tanah membekalkan nutrien untuk tumbuhan. Namun, jika amalan pengurusan tanah yang mencemarkan kesuburan tanah tidak terkawal dan berterusan, masalah yang serius akan mengancam alam sekitar dan seterusnya mengancam manusia. Penggunaan baja kimia dan racun rumpai mencemarkan tanah. Hal ini kerana pembajaan yang berlebihan akan meningkatkan keasidan tanah dan menganggu keseimbangannya.Selain daripada itu, kegiatan pertanian yang secara giat juga mampu menghakis permukaan tanah. Hal ini menyebabkan kandungan humus dan garam mineral dalam tanah berkurangan. Segala nutrien yang terkandung akan tercemar dan boleh merosakkan struktur tanah.Oleh yang demikian, pengurusan sumber tanah yang baik amatlah perlu di samping amalan pertanian yang baik agar dapat memulihara kesuburan tanah. Beberapa cara untuk memulihara tanih bagi meningkatkan kesuburan tanah dapat dilakukan seperti berikut: a) Menanam tanaman tutup bumi seperti jenis kekacang di ladang kelapa sawit dan getah dapat menguatkan struktur tanah dan menambahkan kesuburan tanah melalui proses pengikatan nitrogen.b) Pembajakan mengikut kontur dapat mengurangkan larut resapan tanah. Hal ini membolehkan air meresap ke dalam tanah dan mengurangkan kehilangan nutrien dan bahan organik.c) Penggunaan sisa tanaman seperti jerami padi dan pelepah kelapa sawit sebagai bahan sungkapan pada batas sayur mampu menambahkan kesuburan tanah apabila berlaku pereputan dan menjadi humus untuk kesuburan tanah.d) Pembajaan organik mampu meningkatkan aktiviti mikrob dan hidupan tanah yang lain, seterusnya meningkatkan proses penguraian dan menambahkan kesuburan tanah.e) Penggunaan kaedah kawalan biologi iaitu menggunakan sesuatu organisma yang boleh membantu mengawal pembiakan dan populasi organisma lain yang mendatangkan kerosakan.f) Mengamalkan teknik penanaman bergilir yang akan menyeimbangkan nutrien dalam tanah kerana tanaman yang berbeza memberi pengaruh yang berbeza terhadap struktur tanah dan kandungan nutrien dalam tanah.

6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi tanah di dalam ekosistem. Apakah kawalan ekosistem yang dilakukan?Tanah yang berada dalam keadaan normal dan tidak tercemar mengandungi pelbagai jenis mikroorganisma di dalamnya. Biota tanah termasuklah bakteria, mikroorganisma, semut, cacing dan mikroskopik organisma yang lain. Ekosistem tanah yang baik merupakan ekosistem yang meliputi kesuburan tanah yang baik. Tanah yang subur mengandungi jutaan biota tanah yang mampu mengubah bahan organik dan unsur-unsurnya menjadi bermanfaat kepada tumbuhan.Fungsi utama biota tanah adalah menjamin kesuburan tanah. Biota tanah membantu membentuk saluran atau aliran udara daripada terowong yang berfragmen dalam tanah. Sebagai contoh, lubang cacing dalam tanah. Lubang-lubang ini turut membantu akar tumbuhan untuk berkembang dengan baik. Cacing memakan tanah, meninggalkan longgokan tanah halus yang dikenali sebagai buangan cacing. Cacing tanah menarik daun-daun dan juga tumbuhan yang mati ke dalam tanah untuk dikunyah. Aktiviti-aktiviti ini menyumbang kepada menyeimbangkan paras pH tanah dan mengekalkan tekstur tanah.Biota tanah turut bermanfaat kepada produktiviti tanah dan menyumbang kepada kebolehidupan ekosistem kerana aktiviti biota tanah mengekalkan proses kitaran nutrien asas yang berlaku di dalam ekosistem tanah. Di samping kitaran ini, penghasilan mukus bersama rembesan air dalam tubuh biota tanah seperti cacing juga meningkatkan aktiviti mikroorganisma tanah yang lain. Hal ini diikuti dengan penghasilan bahan organik yang banyak. Justeru, akan terdapat banyak nutrien seperti nitrogen, kalium, fosforus, potassium dan kalsium yang boleh digunakan oleh tumbuhan. Selain itu, biota tanah juga meningkatkan ketirisan tanah dan menggalakkan penyusupan air supaya mengurangkan pengaliran air di permukaan tanah dan mengurangkan hakisan.Di samping itu, biota tanah juga membantu dalam proses penguraian bahan-bahan organik terutama sekali bangkai-bangkai haiwan dan tumbuhan dengan menguraikannya kepada hama dan oleh yang demikian ianya menambahkan kelembapan tanah dan meningkatkan kesuburan tanah.Kawalan ekosistem yang dapat dilakukan supaya tidak berlaku kehilangan biota tanah ialah dengan mengharamkan penggunaan bahan kimia dalam bidang pertanian. Kedua, menggunakan pemangsa semula jadi seperti burung hantu untuk mengawal haiwan perosak. Ketiga, menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui supaya tidak berlaku pencemaran alam sekitar.Kesimpulan :Hipotesis diterima. Makrofauna yang dijumpai pada lokasi X lebih banyak daripada lokasi Y. Faktor yang mempengaruhi jumlah fauna yang terdapat dalam sesuatu ekosistem tanah terdiri daripada pelbagai aspek yang bukan sahaja melibatkan kuantiti nutrien dan mineral yang terdapat di dalamnya malahan kelembapan, kepadatan, tekstur, pH tanah, tahap keteduhan, jenis tumbuhan dan keadaan kawasan yang meliputi keselamatan dan kesesuaian dengan keperluan organisma-organisma yang berhabitat di dalamnya.Rujukan:Chen, P. (1992). Biologi STPM Jilid 2. Selangor: Kursus Sains Fajar Bakti.Soil Biota and Biodiversity. Diakses pada 12 Ogos 2015 daripada ftp://ftp.fao.org/docrep/fao/010/i0112e/i0112e07.pdfSugiyarto. (2001). Konservasi Makrofauna Tanah dalam Sistem Agroforestri. Diakses pada 12 Ogos 2015 daripada http://pasca.uns.ac.id/wp-content/uploads/2009/02/sugiyarto-konservasi-makrofauna-tanah.pdf