SCE3107 Praktikal 4

13
PRAKTIKAL 4 MENGUKUR DAN MEMBANDING BEZA KEPELBAGAIAN (DIVERSITI) SPESIES Tujuan : Untuk mengkaji diversiti spesies kupu-kupu dan membandingkannya antara tiga buah pulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang. Hipotesis : Semakin tinggi nilai Indeks Simpson,D , semakin tinggi nilai kepelbagaian spesies di dalam pulau tersebut. Teori : Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian, organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta 1

Transcript of SCE3107 Praktikal 4

Page 1: SCE3107 Praktikal 4

PRAKTIKAL 4

MENGUKUR DAN MEMBANDING

BEZA KEPELBAGAIAN (DIVERSITI) SPESIES

Tujuan :

Untuk mengkaji diversiti spesies kupu-kupu dan membandingkannya antara tiga buah

pulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang.

Hipotesis :

Semakin tinggi nilai Indeks Simpson,D , semakin tinggi nilai kepelbagaian spesies di

dalam pulau tersebut.

Teori :

Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka

bumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai

tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian,

organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan

ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaan

hidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta tahun

dahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkan

atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupus

atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan.

Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza

iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama

1

Page 2: SCE3107 Praktikal 4

dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di mana

individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama.

Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat

tentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yang

pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagi

pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenai

nama-nama spesis.

Prosedur :

1. Kesemua kupu-kupu dikelaskan kepada beberapa kumpulan tertentu.

2. Operasi unit taksonomi (operational taxonomic units) yang telah diberikan boleh

dianggap sebagai spesis yang telah dibahagi dan setiap spesis baru itu diberi

nama yang unik.

3. Satu kumpulan spesis kupu-kupu dipilih dan dikumpulkan dari ketiga-tiga pulau

tersebut. Prosedur yang sama diulang untuk spesis kupu-kupu yang lain.

4. Bilangan individu yang hadir dalam sesuatu kumpulan spesis dikira dan data

dimasukkan kedalam jadual.

5. Kepelbagaian spesis dikira dari setiap pulau dengan menggunakan Indeks

Kepelbagaian Simpson, D.

2

Page 3: SCE3107 Praktikal 4

Keputusan :

SPESIS PULAU SIPADANPULAU TALANG-

TALANGPULAU REDANG

SPESIS A

11 0 11

SPESIS B

9 0 0

SPESIS C

5 12 4

SPESIS D

6 0 10

SPESIS E

10 23 0

3

Page 4: SCE3107 Praktikal 4

SPESIS F

2 0 3

SPESIS G

4 2 0

SPESIS H

0 2 0

SPESIS I

0 3 0

SPESIS J

3 15 0

SPESIS K

29 4 0

4

Page 5: SCE3107 Praktikal 4

SPESIS L

35 4 0

SPESIS M

0 0 7

SPESIS N

0 0 10

SPESIS O

0 0 14

SPESIS P

0 0 18

5

Page 6: SCE3107 Praktikal 4

SPESIS Q

3 35 0

BILANGAN INDIVIDU 117 100 77

KEKAYAAN SPESIS 11 9 8

INDEKS SIMPSON (D)

5.5 4.6 6.5

KEUTAMAAN UNTUK

PEMULIHARAAN2 3 1

MENGIRA INDEX DIVERSITI SIMPSON

6

Page 7: SCE3107 Praktikal 4

Indeks tersebut dikira menggunakan formula berikut :

D= 1

∑ pi2

PULAU SIPADAN

= 5.548844751 ≈ 5.5

PULAU TALANG-TALANG

= 4.604051565 ≈ 4.6

PULAU REDANG

= 6.479781421 ≈ 6.5

Perbincangan :

7

Page 8: SCE3107 Praktikal 4

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘building blocks’ atau unit taksonomi

operasi di dalam biodiversiti? Jelaskan.

Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza

iaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-

sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis

morfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai

spesis yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak

mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu organisma..

Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan

antara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Taksonomi

merupakan satu bidang biologi yang melibatkan pengajian pengelasan,

pengecaman dan tatanama organisma hidup yang wujud di dunia ini.

Pengelasan ialah aktiviti mengkategorikan pelbagai jenis organisma dalam dunia

berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang boleh diperhatikan di

kalangan organisma hidup. Pengecaman ialah aktiviti mengenal pasti organisma

dengan menggunakan suatu sistem universal iaitu sistem hierarki Linnaeus.

Tatanama ialah aktiviti pemberian nama kepada organisma yang telah diketahui

atau baru ditemui dengan satu sistem universal iaitu sistem Binomial Linnaeus.

2. Secara ringkas, terangkan apakah kekayaan spesis dan kesamarataan

spesis?

Kekayaan spesies adalah bilangan spesies yang wujud dalam sesuatu sampel.

Semakin banyak bilangan spesies dalam sesuatu sampel, semakin kaya sampel

8

Page 9: SCE3107 Praktikal 4

itu. Kesamarataan spesies pula adalah bilangan individu yang sama rata atau

hampir bagi setiap spesies yang wujud dalam sesuatu sampel.

3. Apakah order pulau tersebut, daripada diversiti yang tertinggi kepada yang

paling rendah?

Pulau Sipadan memiliki kepelbagaian yang paling tinggi di mana terdapat 11

jenis spesis kupu-kupu. Seterusnya ialah Pulau Talang yang mempunyai 10 jenis

spesis kupu-kupu dan kepelbagaian yang paling rendah ialah di Pulau Redang di

mana hanya terdapat 8 jenis spesis kupu-kupu.

4. Bagaimanakah anda menentukan tahap pemuliharaan pulau tersebut?

Adakah mengikut nilai diversiti? Apakah faktor lain yang diambil kira untuk

menetukan keutamaan pemuliharaan?

Nilai diversiti atau nilai kepelbagaian menjadi pengukur yang membawa kepada

proses pemuliharaan. Pemuliharaan sumber alam bermaksud usaha-

usaha melestarikan bekalan sumber alam yang telah diteroka menerusi usaha-

usaha memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan, terutama

sumber yang boleh diperbaharui seperti air dan hutan supaya sumber tersebut

tidak pupus atau tidak boleh digunakan lagi. Faktor lain seperti bilangan spesis

yang makin berkurangan boleh membawa kepada proses pemuliharaan. Tujuan

pemuliharaan dijalankan adalah untuk memastikan sesuatu spesis itu masih

9

Page 10: SCE3107 Praktikal 4

wujud dan berupaya untuk membiak bagi menjamin kewujudannya agar tidak

terancam.

5. Jika tiada sumber untuk memulihara keseluruhan spesis, apakah kriteria

yang boleh digunakan untuk menentukan fokus usaha pemuliharaan?

Usaha pemuliharaan boleh dikenalpasti melalui pencemaran. Sebaik sahaja

sesuatu tapak disyaki tercemar, penilaian pencemaran perlu dilakukan. Penilaian

itu seringnya bermula dengan penyediaanPenilaian Tapak Persekitaran Fasa I.

Penggunaan sejarah tapak dan bahan-bahan yang digunakan dan dihasilkan di

tapak itu dapat memandu strategi penilaian serta jenis pensampelan dan analisis

kimia yang perlu dilakukan. Tapak-tapak berhampiran yang ditebus guna,

diratakan atau diisi dengan tanah juga boleh mengalami pencemaran walaupun

guna tanah terkini kelihatan tidak berbahaya.

Kesimpulan :

Pulau Redang mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi dengan Indeks Simpson

sebanyak 6.5.

10