Bm Kertas2 Set1

8
SULIT 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2005 2½ jam JABATAN PELAJARAN PERAK LEARNING TO SCORE 2005 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 1

description

BM SPM SKOR A JPN 2005

Transcript of Bm Kertas2 Set1

Page 1: Bm Kertas2 Set1

SULIT 1103/2

1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2005 2½ jam

JABAT

LEARN

B

D

JANGAN BUKA S

1. Kertas soalan ini mengandungi 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), So

Kesusasteraan Melayu Tingkat 4. Jawapan boleh ditulis dalam tu

Kertas soala

1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajar

AN PELAJARAN PERAK

ING TO SCORE 2005

AHASA MELAYU

Kertas 2

ua jam tiga puluh minit

OALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

empat soalan.

alan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen an 4 dan Tingkatan 5.

lisan Rumi atau Jawi.

n ini mengandungi 8 halaman bercetak

[Lihat sebelah an Perak Set 1 Halaman 1

Page 2: Bm Kertas2 Set1

SULIT 1103/2

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan kemasukan buruh asing di Malaysia dan langkah-langkah untuk mengurangkan bilangan mereka. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan. Fenomena kemasukan buruh asing ke Malaysia bukanlah suatu hal yang pelik. Hal ini demikian kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur sudah pasti akan menarik perhatian tenaga kerja dari negara-negara sekitar untuk mencari nafkah di negara ini di samping faktor-faktor kedaifan dan kekurangan peluang kerja di negara asal mereka. Kini jumlah buruh asing dianggarkan telah mencecah dua juta orang dan dijangka mencapai angka lima juta pada tahun 2020 kelak. Buruh-buruh asing ini pada hakikatnya bukanlah robot, tetapi individu yang membawa bersama pelbagai latar belakang kehidupan dari tanah asal masing-masing. Dari aspek kesihatan, buruh-buruh asing yang datang secara haram khususnya amat berpotensi menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit serta wabak. Jika wabak tercetus, kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak bagi mencegahnya. Kesannya terhadap kehidupan dan kebajikan rakyat tempatan akan menjadi sangat tragis, di samping kerajaan juga perlu menggerakkan tenaga profesional dalam bidang perubatan untuk mengatasi masalah tersebut dalam tempoh yang tertentu. Lazimnya juga sebahagian besar buruh asing akan menghantar pendapatan mereka kepada kaum keluarga di negara masing-masing. Pengaliran wang keluar ke negara asing amat merugikan rakyat dan negara ini. Pada hal, jika wang tersebut dibelanjakan di Malaysia akan dapat menjana kerancakan ekonomi domestik. Kemasukan buruh asing turut membawa bersama ahli keluarga ke Malaysia. Sesetengahnya pula menambah bilangan anak sewaktu berada di bumi Malaysia. Hal yang sedemikian menyebabkan kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk menyediakan kemudahan persekolahan. Anak mereka berkongsi bilik darjah dan kemudahan sekolah dengan anak tempatan. Guru-guru yang dahulu hanya memberikan tumpuan pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak tempatan, sekarang melebarkan tumpuan untuk turut mencakupi anak-anak pendatang. Bukan sedikit pula jenayah yang terjadi berpunca daripada buruh asing. Pernyataan ini tidak pula menafikan bahawa orang tempatan juga ada yang melakukan jenayah. Namun, dengan wujudnya jenayah yang dilakukan oleh sebahagian buruh asing dengan kaedah atau modus operandi yang agak berbeza dengan penjenayah tempatan, pasukan polis negara ini terpaksa bekerja lebih keras. Operasi dari masa ke masa menuntut peruntukan kewangan yang besar daripada kerajaan serta mengambil masa serta tenaga pasukan keselamatan yang amat berharga. Kesan jenayah pula turut meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa yang terdiri daripada rakyat tempatan. Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mencari alternatif yang praktikal bagi mengurangkan jumlah buruh asing ke tahap yang minimum. Kebergantungan kepada buruh asing bukan sesuatu yang harus dibiarkan berlanjutan sehingga boleh mencetuskan suasana yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara ini.

(Diubahsuaikan daripada rencana Pendatang, oleh Anwar Ridhwan, Dewan Masyarakat,

Oktober 2004)

[Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 2

Page 3: Bm Kertas2 Set1

SULIT 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menjadi sangat tragis. [2 markah]

(ii) Apakah faktor-faktor yang mendorong kemasukan buruh asing ke Malaysia ?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada tenaga asing ? [4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Setiap kali, cikgu melihat kereta-kereta besar melalui jalan besar di tepi kampungmu, cikgu berasa sedih. Kaummu masih jauh ketinggalan. Daneng mengerut keningnya yang lebat. Dia menghela nafas panjang. Jo menjadi serba salah ketika menatap wajah Daneng yang keruh seperti air danau yang timbul kelodaknya. “Adakah aku sudah menyinggung perasaannya, adakah nasihatku keterlaluan?” bentak suara hati Jo. Tetapi niatnya harus diteruskan. Bara yang digenggam perlu menjadi arang! “Daneng, kau terlalu sayang akan hutan ini bukan?” “Janganlah memisahkan saya dengan hutan ini, cikgu,” terkeluar kalimat rayuan daripada mulut Daneng. “Demi hutan malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan kamu.”

“Apa maksud cikgu?” “Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam pembalakan. Sindiket

yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga terancam.

(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau,

oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

( i ) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata Bara yang digenggam perlu menjadi arang dalam petikan cerpen di atas? [2 markah ] ( ii ) Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ancaman yang dihadapi oleh hutan malar hijau. [3 markah] ( iii ) Huraikan dua persoalan dalam petikan dan dua persoalan yang terdapat dalam

cerpen di atas. [4 markah ]

[Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 3

Page 4: Bm Kertas2 Set1

SULIT 1103/2

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, marilah kita bertikam!” Maka Hang Jebat pun bangkit lalu ditikamnya akan Laksamana; Laksamana pun tiada sempat berdiri lalu berguling-guling di atas talam itu. Maka ditikam oleh Hang Jebat dipertubi-tubinya. Maka Laksamana pun menghunuskan kerisnya sambil berguling, seperti jentera ia menyalahkan tikam Hang Jebat itu. Maka oleh Hang Jebat dipertubi-tubinya tikam berturut-turut, tiada juga kena. Maka Hang Jebat pun amarah, maka ditikamnya dengan sungguh-sungguh hatinya, maka tersalah daripada Laksamana kena talam itu, lekat kerisnya. Maka disentakkannya keris itu tiada tercabut. Maka Laksamana pun berbangkit bangun berdiri seraya melela di hadapan Hang Jebat itu bertitar-titar, seraya berkata, “Cis, Si Jebat! Mati engkau olehku.” Maka Hang Jebat pun amarah seperti api bernyala-nyala. Maka ditendangnya talam itu serta disentakkannya keris; keris itu pun tercabutlah. Maka oleh Hang Jebat ditikamnya akan Laksamana, Laksamana pun melompat ke kiri dan ke kanan menyalahkan tikam Hang Jebat itu. Maka kata Hang Jebat, serta ditikamnya akan Laksamana katanya, “Cis, Laksamana! Jangan engkau undur. Berdirilah engkau.” Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, bukan aku lari membuang belakang! Mana kehendakmu tikamlah.” Maka Hang Jebat pun sebagai menikam, tiada juga kena, seperti tikam bayang-bayang lakunya. Maka Hang Jebat pun lelah.

(Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat, dalam antologi, Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan seperti tikam bayang-bayang lakunya berdasarkan petikan di atas? [2 markah]

(ii) Nyatakan kehebatan yang dimiliki oleh Laksamana. [3 markah]

(iii) Andaikan anda Laksamana Hang Tuah, bagaimana anda dapat mengelakkan

pertarungan dengan Hang Jebat ? [3 markah]

[Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 4

Page 5: Bm Kertas2 Set1

SULIT 1103/2

Soalan 2(d) Petikan Puisi Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. DI RUANG GEMANYA Telah kurangkumkan rebah setiaku pada setiap pilu dan rindu melayang dan mengembang ke hayat gemilang. Sejak itu tidak kukesal lagi goda dan duga di gerimis senja. Telah kupahatkan lelah umurku pada setiap kerikil dan debu datang dan menghilang ke hujung kenang. Sesudah itu tidak kukenal lagi hampa dan derita di guruh pagi. Gerimis senja guruh pagi adalah titipan maya bakal kukongsikan hati mengukir tadbir di ruang gemanya. Dharmawijaya Gurindam Alam, 1994. MASA ENTERPRISE.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan Sejak itu tidak kukesal lagi goda dan duga ? [2 markah]

(ii) Berdasarkan sajak di atas, pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk

menunjukkan taat setia kepada negara ? [4 markah]

(iii) Berikan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.

[3 markah]

[Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 5

Page 6: Bm Kertas2 Set1

SULIT 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

( a ) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.

Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

( i ) malahan ( ii ) kemudian ( iii ) tetapi ( iv ) sambil ( v ) lalu ( vi ) dan

[6 markah] ( b ) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan ayat itu kepada

enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.

Remaja merupakan aset yang tidak ternilai kepada negara kerana mereka ialah golongan pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang. Oleh itu, setiap remaja perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan dan segala kemahiran agar mampu bersaing dengan masyarakat global. Selain itu, pembinaan sahsiah harus juga sentiasa dipupuk pada setiap remaja dari semasa ke semasa.

[6 markah]

( c ) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

( i ) Produk seni kraf tangan kini menjadi penjana sumber wang khasnya bagi

penduduk kampung, golongan wanita termasuk ibu tunggal dan surirumah.

( ii ) Pihak berkuasa sedang berusaha atasi masalah kebersihan, keselamatan dan kesesakan lalulintas di ibu kota.

( iii ) Beberapa batang jalan raya dibandar itu terpaksa ditutup kerana menaiki air setinggi 4 meter selepas hujan turun selama 6 jam semalam.

[6 markah]

[Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 6

Page 7: Bm Kertas2 Set1

SULIT 1103/2

( d ) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

( i ) Kes denggi di seluruh negara akan berkurangan sekiranya masyarakat

memainkan akan peranan memastikan persekitaran kita bersih dan tidak menjadi tempat penternakan nyamuk.

( ii ) Rashid dan Ravi akan membincangkan dengan Pengurus Besar Syarikat Artinaz tentang masalah yang dihadapi olehnya.

( iii ) Banyak penduduk-penduduk kawasan bandar menggunakan perjalanan bas mini untuk ke tempat kerja masing-masing.

[6 markah] ( e ) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang

menggambarkan tiga situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Ibu bapa yang berpendapatan rendah berasa lega apabila kerajaan mengumumkan pemberian baucer tuisyen kepada para pelajar tahun enam.Mereka sememangnya mengharapkan skim seumpama itu untuk membolehkan anak-anak mereka mengikuti kelas tuisyen seperti pelajar lain. Bagi anak-anak pula, menghadiri kelas tuisyen merupakan satu daripada usaha untuk berjaya dengan cemerlang di samping bertungkus-lumus membuat ulang kaji bersendirian di rumah. Bagi ibu bapa pula, walaupun tanggungjawab berat untuk menyediakan kemudahan pembelajaran anak-anak adalah tanggungjawab mereka tetapi dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dapat meringankan beban mereka.

[6 markah]

[Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 7

Page 8: Bm Kertas2 Set1

SULIT 1103/2

[Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 1 Halaman 8

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Berdasarkan novel yang anda baca, berikan sinopsis novel tersebut. [7 markah]

(b) Pengarang menggunakan pelbagai teknik plot dalam menghasilkan novel mereka. Satu daripada teknik plot yang lazim digunakan ialah teknik ‘Imbas Kembali’. Berdasarkan novel yang anda baca, kemukakan peristiwa-peristiwa yang menggunakan teknik ‘imbas kembali’ itu.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT