Bm Kertas2 Set3

8
SULIT 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2005 2½ jam JABATAN PELAJARAN PERAK LEARNING TO SCORE 2005 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 1

description

BM SPM SKOR A JPN 2005

Transcript of Bm Kertas2 Set3

Page 1: Bm Kertas2 Set3

SULIT 1103/2

1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2005 2½ jam

JABAT

LEARN

B

D

JANGAN BUKA S

1. Kertas soalan ini mengandungi 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), So

Kesusasteraan Melayu Tingkat 4. Jawapan boleh ditulis dalam tu

Kertas soala

1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajar

AN PELAJARAN PERAK

ING TO SCORE 2005

AHASA MELAYU

Kertas 2

ua jam tiga puluh minit

OALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

empat soalan.

alan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen an 4 dan Tingkatan 5.

lisan Rumi atau Jawi.

n ini mengandungi 8 halaman bercetak

[Lihat sebelah an Perak Set 3 Halaman 1

Page 2: Bm Kertas2 Set3

SULIT 1103/2

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani nyamuk aedes dan punca-punca pembiakannya . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Hari ini nyamuk masih menjadi musuh negara yang terkecil tetapi paling berbahaya. Terdapat beberapa spesies nyamuk tetapi yang dikenal pasti pembawa penyakit di negara kita ialah nyamuk tiruk bagi malaria, manakala nyamuk aedes pula pembawa penyakit yellow fever dan denggi. Nyamuk culex pula merupakan vektor untuk encephalitis dan elefantiasis. Aedes kian bermaharajalela kini. Kes-kes denggi masih berada di paras yang tinggi dengan angkanya melebihi 1 000 kes seminggu. Dalam pada itu rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa cuaca dan persekitaran negara ini merupakan penggalak pembiakan nyamuk ini. Pelbagai langkah pencegahan diambil untuk memerangi nyamuk aedes kerana penyakit yang dibawa oleh vektor ini menyebabkan manusia menderita akibat demam yang berpanjangan. Selain itu, aedes juga boleh menyebabkan demam denggi berdarah. Misalnya, pada 21 Februari ini, operasi bersepadu keselamatan dan kesihatan di tapak binaan dan pencegahan wabak denggi di tempat kerja akan diadakan selama empat hari. Operasi yang dijadualkan bulan Mei ini dipercepat semata-mata untuk membendung denggi daripada terus menular.

Usaha proaktif lain yang dilakukan termasuklah pemeriksaan pencegahan denggi dari rumah ke rumah pada waktu malam sejak 2 Februari lepas, meningkatkan kempen kesedaran dan pencegahan denggi di sekolah-sekolah dan gotong-royong membersihkan kawasan yang dilakukan oleh pelbagai pihak. Malah Kementerian Kesihatan turut memberi amaran bahawa tindakan denda akan dikenakan terhadap majlis-majlis tempatan yang gagal memastikan kawasan-kawasan di bawah bidang kuasa mereka bebas daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk. Kabinet baru-baru ini telah mengarahkan kementerian berkenaan supaya menguatkuasakan secara ketat denda terhadap majlis tempatan yang degil.

Hakikatnya, soal mengenai ancaman denggi menuntut tanggungjawab yang lebih

tinggi serta tindakan berkesan daripada semua pihak baik kementerian, organisasi bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai. Tindakan yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah memastikan persekitaran rumah bebas daripada takungan air, memasukkan racun jentik-jentik seperti Abate dalam semua bekas air setiap tiga bulan sekali dan masukkan dua camca teh garam ke dalam setiap perangkap semut bagi mencegah nyamuk membiak. Kita juga hendaklah membenarkan kawasan kita, baik di dalam atau di luar rumah disembur dengan semburan kabus. Orang ramai perlu memeriksa saluran air hujan sekali seminggu dan membuang dedaun serta sampah yang menyekat pengaliran air. Semua botol, tin dan bekas yang boleh menakung air hendaklah kita tanam. Masyarakat hendaklah ingat selalu bahawa gigitan serangga halus itu tidak sekadar mengganggu malah mengundang maut. (Diubahsuaikan daripada rencana Aedes Kian Bermaharajalela,

Bernama, Utusan Malaysia 14 Februari 2005)

[Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 2

Page 3: Bm Kertas2 Set3

SULIT 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

( i ) Berikan maksud rangkai kata kian bermaharajalela . [2 markah]

( ii ) Mengapakah nyamuk aedes amat berbahaya kepada manusia? [3 markah]

( iii ) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dijalankan untuk

memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang bahayanya nyamuk aedes? [4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mariah menyapu air mata yang membasahi pipinya. Hatinya hancur oleh perlakuan ayah. Selama dua hari dia memintas ayah di stesen bas. Ketika ayah bergerak dalam barisan orang ramai sambil menadah tangan, hatinya luluh. Dia menahan pilu dan ngilu dari seberang jalan.

Apabila ayahnya bergerak ke arah jalan yang lengang, Mariah bergerak mengikutnya dari belakang. Dia percepatkan langkah dan bercakap perlahan-lahan dari belakang. “Ayah melakukan dalam kadaan sedar,” katanya ketika ayahnya tersandar pada tangga rumahnya yang kecil itu.

“Semalam orang melihat ayah terhoyong-hayang di belakang kedai gunting.” Mariah manangis semahu-semahunya Pagi tadi ayahnya mengharukan dia lagi. Ketika Mariah melangkah keluar, ayahnya menegurnya. “Aku tak ada wang,” katanya. Mak Usu Lijah membelikan dia sepuluh ringgit selepas menutup kedai jam 10.00 malam. Sepatutnya dia tidak menerima jumlah wang sebanyak itu, tetapi Mariah berasa malu juga kepada kawan-kawannya kerana tidak memiliki sebuah buku tambahan yang penting. Buku rujukan ekonomi itu berharga sembilan ringgit. “Mariah ada sepuluh ringgit saja, ayah. Ini pun untuk beli buku.” “Buku itu kemudian. Berikan ayah semuanya!” Suara itu agak menekan. Sebagai anak, Mariah tidak mahu melihat ayahnya berkecil hati.

(Dipetik daripada cerpen Mariah, karya Sharif Putera dalam antologi Kerusi,

Dewan Bahasa dan Pustaka) [Lihat sebelah

1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 3

Page 4: Bm Kertas2 Set3

SULIT 1103/2

( i ) Nyatakan perlakuan ayah yang menghancurkan perasaan Mariah. [3 markah]

( ii ) Pada pendapat , apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh Mariah untuk mengatasi masalah yang dihadapinya? [3 markah]

( iii ) Jelaskan dua perwatakan Mariah yang boleh diambil daripada petikan dan dua

perwatakan lain daripada cerpen. [4 markah] Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah Betara Majapahit mendengar bunyi surat bendahari Raja Singapura itu, maka baginda pun segera menyuruh berlengkap tiga ratus buah jong, lain daripada itu kelulus, pelang, jongkong, tiada terbilang lagi; ada dua keti rakyat Jawa yang pergi itu. Maka sekaliannya pun belayarlah. Telah datang ke Singapura, maka peranglah dengan orang Singapura. Ada berapa hari, maka Raja Iskandar pun menyuruh mengeluarkan beras pada bendahari akan pelabur segala rakyat. Maka sembah Sang Rajuna Tapa, “Beras tiada lagi, Tuanku”. Kerana ia hendak belot. Telah dinihari, maka Sang Rajuna Tapa membukakan pintu kota, maka Jawa pun masuklah. Maka beramuk-amukan dengan segala orang dalam kota. Daripada banyak kedua pihak rakyat mati, darah pun seperti air sebak penuh melimpah di dalam kota Singapura. Maka itulah bekas darah yang ada sekarang di padang Singapura itu. Syahadan, patahlah perang orang Singapura. Maka Raja Iskandar pun berlepas turun dari Seletar lalu ke Muar. Dengan takdir Allah taala maka rumah Sang Rajuna Tapa itu pun roboh, dan kerengkiangnya pun tumbang, dan beras pun habis menjadi tanah, dan Sang Rajuna Tapa laki-isteri pun menjadi batu; ada batu itu sampai sekarang ini di parit Singapura itu. Setelah Singapura sudah alah, maka Jawa pun kembalilah ke Majapahit.

( Dipetik daripada Kezaliman Membawa Padah,

dalam Antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan patahlah perang orang Singapura berdasarkan petikan di atas? [2 markah]

(ii) Nyatakan tindakan belot yang dilakukan oleh Sang Rajuna Tapa terhadap Raja Singapura. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang sesuai dikenakan ke atas

pembelot. [3 markah]

[Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 4

Page 5: Bm Kertas2 Set3

SULIT 1103/2

Soalan 2(d) Petikan Puisi Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pantun Kiasan

Tikar pucuk, tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu;

Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu.

Buah bacang masak serangkai,

Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai,

Macam melukut di tepi gantang.

Tebang gelam, tebang kenanga, Batangnya tumbang menimpa gedung;

Kumbang mengidam nak seri bunga, Bunga kembang di puncak gunung.

Pokok terap tumbuh di bukit;

Belat berbanjar panjang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit,

Kilat memancar hujan tak lalu.

Limau Bentan di tepi tingkap, Budak-budak melempar burung;

Harimau di hutan lagi kutangkap, Kononlah pulak cicak mengkarung.

Puisi Melayu Tradisi. 1985 Fajar Bakti Sdn. Bhd.

i. Apakah maksud rangkai kata Macam melukut di tepi gantang? [ 2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara memanfaatkan barang-barang

terpakai sebagaimana maksud pantun dalam rangkap pertama? [3 markah]

iii. Huraikan mesej yang terkandung dalam pantun di atas.

[4 markah]

[Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 5

Page 6: Bm Kertas2 Set3

SULIT 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan. ( a ) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas

menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada perkataan tersebut.

(i) penat – penat lelah (ii) jatuh – jatuh bangun

(iii) tenggelam – tenggelam timbul

[6 markah]

( b ) Tulis petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Osman menanyakan Ali tentang rancangan yang dibuatnya untuk masa cuti penggal persekolahan nanti. Ali memberitahu bahawa dia masih belum pasti tentang perkara itu. Osman agak hairan dengan jawapan Ali kerana sebelum ini Ali membayangkan bahawa dia dan keluarganya hendak melawat Zoo Taiping. Ali menyatakan bahawa rancangan tersebut sudah dibatalkan oleh ayahnya kerana pada masa itu ayahnya ke luar negara mengikuti rombongan Perdana Menteri.

[6 markah]

( c ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.

Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Negeri Melaka merupakan distinasi pelancongan yang popular kerana terdapat

banyak bangunan bersejarah yang boleh dilawatkan.

(ii) Pembakaran di kawasan ladang getah telah memusnahkan beberapa yunit rumah pekerja ladang tersebut.

(iii) Dia merasa amat gembira atas kecemerlangannya dalam kejohanan sukan olah

raga daerah yang disertainya. [6 markah]

[Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 6

Page 7: Bm Kertas2 Set3

SULIT 1103/2

( d ) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis semula ayat itu tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Rahmah mengatakan bahawa dia kesempitan masa untuk bercuti ke Pulau

Kapas dengan kedua ibu bapanya. (ii) Kerana terlalu marah, dia memandang kepada Ali tanpa penat selama lebih

sepuluh minit. (iii) Tindakannya yang gigih selama ini telah membuahkan hasil yang baik demi

untuk kesenangan hidup masa depannya. [6 markah]

( e ) Baca ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang

menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat tersebut.

(i) Pegawai pertanian daerah telah menegur sekumpulan kecil pesawah yang memulakan kerja penanaman padi lebih awal daripada jadual yang ditetapkan. Tindakan mereka menyebabkan kerja yang sepatutnya didahulukan tidak didahulukan. Walau bagaimanapun, teguran itu tidak diendahkan oleh pesawah berkenaan.

(ii) Ketua pejabat itu berasa amat runsing dengan sikap beberapa orang

bawahannya yang hanya bekerja apabila ada arahan. Jika tiada arahan, mereka duduk berbual tanpa melakukan apa-apa kerja.

(iii) Perihal Pak Kasim yang suka menceritakan kelakuan buruk anak lelakinya yang

sering melawan percakapannya amat dikesali oleh anggota keluarga yang lain. Pada mereka, perbuatan Pak Kasim telah menyebabkan mereka berasa malu dengan jiran-jiran sekampung.

[6 markah]

[Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 7

Page 8: Bm Kertas2 Set3

SULIT 1103/2

[Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 8

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Watak utama dalam sebuah cereka sering digambarkan sebagai watak yang

berkeperibadian mulia. Berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan sifat-sifat yang menunjukkan keperibadian mulia watak utama novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan novel yang telah anda baca, nyatakan empat pengajaran yang boleh anda jadikan panduan dalam hidup. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT