BM UPSR

download BM UPSR

of 52

description

sharing je

Transcript of BM UPSR

Latihan TatabahasaSINONIM

Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.

1 Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar. A layu B hidup C kuncup D kembang

2 Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan. A kuat B berani C gentar D kasar

3 Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu. A petang B senja C malam D subuh

4 Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk. A leka B lena C mudah D selesa

5 Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam. A sepi B nyata C jelas D kabur

6 Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut. A riuh B hiba C tenang D lengang

7 Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya. A sumbangan B cadangan C hasutan D galakan

8 Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya. A wasiat B arahan C utusan D siasatan

9 Mak Cik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam. A menelan B mematuk C memakan D memagut

10 Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun. A laju B yakin C tegas D petah

11 Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya. A takut B sedih C khuatir D hampa

12 Encik Hamidi menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam mesyuarat itu. A kuat B ragu C cepat D hebat

13 Cik Salina sedang menanam pokok bunga di halaman rumahnya. A anjung B perkarangan C belakang D serambi

14 Ayah mengherdik adik kerana bermain di tempat kotor. A memujuk B mengusir C membentak D menyanjung

15 Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak. A malu B sedih C kecewa D terkilan

16 Loganathan membantai kucing hitam itu dengan sebatang penyapu. A menghentak B memukul C mengetuk D menghentam

17 Tolong alihkan kerusi plastik itu ke tepi, kata Siew Teng kepada adiknya. A tukarkan B gantikan C ubahkan D buangkan

18 Encik Abdullah sekeluarga akan berhijrah ke Sabah pada bulan hadapan. A beralih B berpindah C bertandang D berangkat

19 Saya sering makan di restoran itu kerana masakannya sedap belaka. A selalu B jarang C kadang-kadang D sesekali

20 Kami menikmati panorama indah di Pulau Tioman itu ketika berkunjung ke sana pada hujung tahun lepas. A mendapati B menggemari C menghayati D mengingati

21 Tok Wan sedang mengutip buah-buah durian yang gugur malam tadi. A menghimpun B melonggok C menyimpan D memungut

22 Air Sungai Kerian telah mencecah ke paras bahaya, kata ketua kampung. A tiba B tepat C dekat D sampai

23 Kalau tiada aral, saya akan ke rumah Pak Long minggu depan, kata Fauzan. A urusan B halangan C sekatan D bantahan

24 Mohd Kamal terus turun ke tanah dan menuntun neneknya ke tangga dapur. A menghela B memimpin C mengheret D memegang

25 Walaupun Shafizan seorang murid yang pandai tetapi dia tidak sombong. A cerdik B cantik C rajin D berjaya

26 Bas yang membawa tiga puluh penumpang itu terjunam ke dalam gaung sedalam tiga puluh meter. A terlajak B terjatuh C tergelincir D terperosok

27 Semenjak saya berkawan dengan Basariah, dia tidak pernah bercakap bohong walau sekalipun. A berteman B bersahabat C berkenalan D bersama

28 Majlis suai kenal pelatih kolej kejururawatan itu diadakan dengan pelbagai acara pentas yang menarik. A petugas B pengawal C pegawai D penuntut

29 Buah-buahan tempatan memang banyak khasiatnya, kata ayah. A tempahan B setempat C negara kita D negara luar

30 Fikirlah dahulu sebelum membuat sebarang keputusan, nasihat Puan Hasiah kepada anaknya. A tuntutan B tindakan C kesilapan D keinsafan

31 Lampu-lampu di rumah besar itu masih bernyala walaupun hari telah meninggi. A marak B berapi C terpancar D terpasang

32 Pandangan yang kamu kemukakan akan dipertimbangkan. A kasikan B laporkan C usulkan D jelaskan

33 Kereta Naza Citra itu kepunyaan Cikgu Yusof, kata Dang Suria kepada kawan-kawannya. A milik B harta C keinginan D kenderaan

34 Murid-murid Kelas Empat Kenanga yang keracunan makanan itu segera dikejarkan ke hospital. A dibawa B dilarikan C dipindahkan D dikuarantinkan

35 Keris Taming Sari yang menjadi lagenda sejak turun-temurun itu akan dipamerkan di Muzium Negara minggu hadapan. A petanda B kisah C riwayat D keagungan

36 Cis, membujur lalu melintang patah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan! teriak Datuk Paduka Raja dengan lantangnya. A tangis B laung C raung D jerit

37 Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, kata Inspektor Rashid. A tamatnya B tempatnya C kesudahannya D kemudiannya

38 Rakyat Malaysia yang berbagai-bagai bangsa hidup dalam suasana yang harmoni dan saling membantu. A berkira B berbilang C bermasyarakat D berkaum-kaum

39 Doktor Laili tidak pernah mementingkan diri sendiri. Beliau sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada orang yang memerlukan. A memikirkan B mengutamakan C mengorbankan D menghambakan

40 Fikirannya semakin bercelaru sejak kegagalannya mempertahankan jawatan Pengarah Besar di syarikat itu. A haru-biru B tunggang-langgang C kusut-masai D kacau-bilau

41 Hujan lebat yang turun sejak semalam telah menenggelamkan beberapa buah kampung di daerah itu. A kelmarin B hari ini C esok D lusa

42 Sempadan antara Malaysia dan Thailand dikawal rapi oleh tentera kedua-dua buah negara. A selia B kemas C ketat D baik

43 Guru kelas Empat Jaya telah mengumumkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. A menyampaikan B mengisytiharkan C menyatakan D melaksanakan

44 Persekitaran Tanah Tinggi Cameron sungguh indah dan menarik perhatian pelancong. A cantik B lawa C megah D gagah

45 Ikan paus ialah sejenis mamalia yang hidup di dalam laut. A tinggal B berada C bernafas D berkeluarga

46 Pelancong asing yang menyewa di bilik hotel itu telah pulang ke negaranya. A pelawat B penjawat C pedagang D pendatang

47 Menara Berkembar Petronas yang tinggi mencecah awan itu menjadi tarikan pengunjung ke bandar raya Kuala Lumpur. A mencapai B menggapai C mengawan D menggunung

48 Artis yang sedang membuat persembahan di atas pentas itu adalah rakan lama saya. A mendirikan B melakukan C mengadakan D menjalankan

49 Pihak polis mengedar poster kepada semua pengguna lebuh raya sempena Kempen Keselamatan Jalanraya. A memberi B menghulur C mengepos D menghantar

50 Sebuah jejambat akan dibina di persimpangan itu kerana lalu-lintas di situ semakin sibuk. A kalut B sesak C sumbat D penuh

Latihan PemahamanSoalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

KERACUNAN MAKANAN

PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan KampungSelamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan PantaiRemis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlakupada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugaspada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh. Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantinsekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut danmuntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius.Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yangkeracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskanaktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telahdimaklumkan tentang kejadian ini. Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke HospitalSeri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agakstabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pusat Kesihatan PantaiRemis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan.Wakil Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan.Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untukmembersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantinsekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahapkebersihan kantin tersebut.

1 Apakah yang menyebabkan keracunan makanan di sekolah tersebut? A Kuih yang dijual B Nasi lemak yang dijual C Makanan yang dijual D Minuman yang dijual

2 Apakah tanda-tanda awal yang menunjukkan murid-murid mengalami keracunan makanan? A Sakit perut B Muntah-muntah C Sakit perut yang serius D Sakit perut dan muntah-muntah

3 Berapakah jumlah bilangan murid yang serius ketika mengalami keracunan makanan? A 8 B 10 C 12 D 20

4 Siapakah yang mengarahkah pengusaha kantin menutup perniagaan mereka? A Pejabat Pelajaran Daerah Manjung B Pusat Kesihatan Pantai Remis C Guru yang bertugas D Guru besar

5 Semua penyataan di bawah benar tentang petikan kecuali ________________ A Pusat Kesihatan Pantai Remis mengambil mangsa di sekolah untuk dirawat. B Pejabat Pelajaran Daerah Manjung tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah. C Pengusaha kantin diarahkan menutup perniagaan mereka. D Guru Besar telah menyedari kejadian keracunan makanan.

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT NEGERI

KUALA NERANG, Rabu Encik Zainal Abidin bin Tahir telah dianugerahkan sebagaiTokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itudaripada Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik ZainalAbidin berasal dari Kampung Kubang Semang. Encik Zainal Abidin seorang petani yang berjaya. Beliau telah mengusahakan ladangkelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiranrumahnya telah dijadikan kolam menternak ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikandengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersamasamaisteri dan anak-anaknya. Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM10000dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja danmesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan membakarsemangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha. Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk membantu para petani yangingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnyauntuk melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkanmakanan ringan yang dihasilkan oleh keluarganya. Encik Zainal Abidin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertaniandan pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharapkejayaannya ini akan menjadi pendorong kepada semua petani negeri Kedah untuk terusmelibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalambidang pertanian ini.

1 Di manakah Majlis Anugerah Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah diadakan? A Kampung Kubang Semang B Kubang Semang C Kuala Nerang D Alor Setar

2 Berapakah jumlah hadiah yang bakal diterima oleh Encik Zainal Abidin bin Tahir? A 1 B 2 C 3 D 4

3 Mengapakah Tokoh Petani Jaya Negeri Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan KEMAS? A Memberi khidmat nasihat kepadanya B Membantu para petani yang belum berjaya C Menolong memasarkan hasil makanan ringannya D Memberi dorongan kepada petani supaya terus berjaya

4 Siapakah yang membantu Tokoh Petani Jaya mengusahakan kegiatan makanan ringan di rumahnya? A Para petani B Penduduk kampung C Anak-anaknya sahaja D Isteri dan anak-anaknya

5 Aktiviti pertanian yang diusahakan oleh Encik Zainal Abidin bin Tahir ialah I. Menternak lembu daging II. Memelihara ikan keli III. Mengusahakan ladang sawit IV. Menghasilkan kerepek pisang A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

Aku memang minat mengembara. Aku ingin mengembara dengan basikal. Setelahmendapat keizinan keluarga, aku pun mengayuh basikal menuju ke utara denganberbekalkan sejumlah wang. Pada hari pertama, aku mengayuh sejauh 40 km. Selepas menempuh pelbagai cabarandan dugaan, akhirnya aku bermalam di sebuah masjid, di bandar Taiping.Pada hari kedua, perjalanan sejauh 50 km kutempuhi dalam hujan lebat. Aku singgahdi rumah kenalanku, Sudin. Aku menceritakan keinginanku ke utara. Sudin inginmengikutiku. Malam itu, aku bermalam pula di rumahnya. Keesokannya, aku dan Sudin mengayuh basikal ke Sungai Petani. Tayar basikal Sudinpancit. Sudin membonceng basikalku sambil menuntun basikalnya hingga ke kedai basikal.Malam itu, kami tidur di masjid. Sempat jugalah kami berbual tentang kisah lama.Pada hari berikutnya, kami meneruskan kembaraan ke Alor Setar. Sepanjangperjalanan, kami melihat panorama yang indah; sawah padi yang menguning, bukit-bukaudan gunung-ganang yang menghijau serta program pembangunan yang pesat di sana sini.Akhirnya kami selamat sampai ke rumah datuk. Dia terpaku apabila melihat aku dan Sudintercegat di hadapannya.

1 Apakah masalah yang mungkin akan dihadapi oleh seseorang pengembara? A Ilmu pengetahuan B Sumber kewangan C Orang-orang jahat D Cabaran dan rintangan

2 Ke manakah tujuan aku? A Ke Sungai Petani B Ke Taiping C Ke Kedah D Ke Pulau Pinang

3 Apakah rintangan yang terpaksa dihadapi oleh aku semasa mengembara? A Hujan dan panas B Kehabisan wang C Kawasan berbukit-bukau D Tiada tempat penginapan

4 Mengapakah datuk terkejut apabila melihat aku dan Sudin? A Kerana dia tidak menyangka cucunya akan sampai ke Kedah dengan basikal B Kerana dia sedih melihat keadaan diri cucunya yang tidak terurus C Kerana cucunya ditemani oleh seseorang yang tidak dikenalinya D Kerana datuknya sudah lama tidak bertemu dengan cucunya

5 Semua penyataan di bawah ini benar tentang petikan di atas kecuali A Semasa tayar basikal Sudin pancit, dia terpaksa mengayuh basikal "aku B Kegemaran aku dan kawannya, Sudin hampir sama C Perjalanan "aku ke rumah datuknya mengambil masa empat D Kebanyakan tempat tidur aku adalah di masjid

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

Persatuan Penduduk Taman Ros,Taman Ros,31900 Kampar,Perak Darul Ridzuan._______________________________________________________________________

Ketua Polis Daerah Kampar,Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar,31900 Kampar,Perak Darul Ridzuan. 14 MAC 2008.

Tuan,

Masalah Penduduk Taman Ros

Berhubung dengan perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Ros inginmembuat aduan tentang beberapa masalah yang kami hadapi.

2Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai penagih terdapat di taman perumahankami. Keadaan ini amat membimbangkan kami kerana wujud pelbagai masalah lainyang ditimbulkan oleh mereka seperti kecurian dan sebagainya. Malahan, penutuplongkang di hadapan rumah kami juga turut dicuri untuk dijual bagi mendapatkanwang untuk membeli dadah.

3 Kewujudan mereka ini disebabkan oleh projek perumahan yang terbengkalaitidak jauh dari taman kami sejak enam tahun dahulu. Mereka menjadikanrumah-rumah tersebut sebagai rumah mereka.Kami juga amat bimbang akankeselamatan diri, keluarga dan juga harta benda kami. Pihak kami gagal menangkapmereka kerana mereka mencuri pada tengah malam.

4 Selain itu, ketenteraman kami juga sering diganggu terutamanya pada waktularut malam oleh kegiatan lumba haram yang melibatkan penunggang-penunggangmotosikal. Bunyi enjin motosikal yang bising di jalan raya di hadapan taman kamibenar-benar membingitkan telinga.

5 Pihak kami amat berharap agar pihak tuan memberikan pertimbangan yangsewajarnya dengan segera untuk membantu kami. Kerjasama daripada pihak tuankami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

`tet|( MAT RAMLI BIN HALIM )Setiausaha,Persatuan Penduduk Taman Ros.

1 Penduduk gagal menangkap penagih kerana... A mereka melakukan kegiatan itu kerana sulit B mereka melakukan kegiatan itu di luar taman C mereka melakukan kegiatan itu pada tengah malam D mereka melakukan kegiatan itu pada hari cuti sahaja

2 Apakah tanggapan penulis tentang kehadiran penagih-penagih di taman tersebut? A Keramahan penduduk taman itu B Rumah terbengkalai berdekatan taman itu C Tidak terdapat balai polis di taman tersebut D Sikap penduduk yang tidak mementingkan keselamatan

3 Di manakah kegiatan lumba motosikal haram selalu diadakan? A Taman permainan kanak-kanak B Kawasan lapang di taman itu C Lorong antara rumah-rumah di taman itu D Jalan raya berhadapan dengan taman itu

4 Yang berikut ialah penyataan tentang petikan kecuali... A Penduduk amat risau akan keselamatan mereka B Kegiatan lumba motosikal haram dilakukan oleh penagih C Ketenteraman penduduk terganggu dengan bunyi bising yang membingitkan telinga D Penduduk taman tersebut meminta bantuan pihak polis untuk mengatasi masalah mereka

5 Rangkai kata membingitkan telinga bermaksud... A bunyi yang merdu B keadaan yang sesak C bunyi yang sangat bising D telinga yang dijangkiti kuman

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

Persatuan Matematik,Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan,31400 Ipoh,Perak Darul Ridzuan.________________________________________________________________________

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan,31400 Ipoh,Perak Darul Ridzuan. 17 MAC 2008.

Tuan,

Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Matematik, inginmemohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah.

2.Dewan itu akan digunakan untuk menjalankan pertandingan kuiz sempenaMinggu Matematik seperti ketetapan di bawah: Tarikh : 24 Mac hingga 27 Mac 2008 Hari : Isnin hingga Rabu Masa : 2.30 petang

3. Kami berjanji akan menggunakan dewan dengan baik sepanjang aktivititersebut diadakan. Kami juga akan memastikan keadaan dewan bersih selepasdigunakan.

4. Besarlah harapan kami agar permohonan kami mendapat perhatian danpertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,Zainal( ZAINAL ARIFFIN BIN SALLEH )Setiausaha,Persatuan Matematik.

1 Apakah tujuan utama surat itu ditulis? A Memberitahu tentang Minggu Matematik B Memohon kebenaran menggunakan dewan sekolah C Menjemput Guru Besar merasmikan Minggu Matematik D Memaklumkan tentang tarikh pertandingan kuiz diadakan

2 Pertandingan Kuiz Matematik yang dirancang itu akan berlangsung selama... A seminggu B dua hari C tiga hari D empat hari

3 Rangkai kata memohon kebenaran dalam petikan bermaksud... A merayu kelulusan B meminta keizinan C mengharap bantuan D memerlukan kesahihan

4 Apakah jenis surat tersebut? A Surat penjelasan B Surat permohonan C Surat pengumuman D Surat pemberitahuan

5 Pada pendapat kamu, mengapakah Persatuan Matematik perlu menulis surat untuk memohon menggunakan dewan sekolah? A Dewan sekolah hanya untuk majlis rasmi sekolah. B Dewan sekolah tidak boleh digunakan sesuka hati. C Untuk memastikan dewan sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria. D Untuk memastikan tiada pihak lain yang menggunakan dewan pada tarikh tersebut.

Latihan PenulisanSoalan : Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Tulis laporan lawatan itu selengkapnya.

PendahuluanTajuk laporan lawatan ke Melaka disertai 32 orang murid dan 4 orang guru diadakan pada8 Mac 2008

Isi Penting1. berkumpul di sekolah taklimat daripada Guru Besar 8.00 pagi bas bertolak 11.00 pagi tiba di Melaka2. melawat beberapa tempat menarik Kota AFamosa, Gereja St . Paul dan sebagainya3. pergi ke gerai-gerai cenderamata membeli cenderamata berehat untuk makan tengah hari4. pergi ke Air Keroh melawat Taman Rama-rama, Taman Buaya dan Taman Mini Malaysia

PenutupBanyak faedah yang diperolehi dari lawatan mempelajari sejarah dan mengenal negaraMalaysia

LAPORAN LAWATAN KE MELAKA

Pada 8 Mac 2008, Sekolah Kebangsaan Seri Kelana telah mengadakan lawatan sambil belajarke Melaka. Lawatan itu disertai oleh 32 orang murid dan 4 orang guru. Murid-murid berkumpul di seklah pada pukul 7.00 pagi. Pada pukul 7.30 pagi Gurubesar memberi sedikit taklimat. Bas bertolak tepat pukul 8.00 pagi.Rombongan tiba di NegeriMelaka Bandaraya Bersejarah kira-kira pukul 11.00 pagi. Tempat yang pertama kami lawati ialah bangunan-bangunan peninggalan sejarah dibandar Melaka. Antaranya termasuklah Kota AFamosa, Gereja St. Paul dan bangunanStadthuys. Bangunan-bangunan tersebut dibina semasa pemerintahan Portugis dan Belanda. Kemudian kami singgah di gerai-gerai yang menjual cenderamata. Di situ terdapatpelbagai jenis barang dan makanan. Kami sempat membeli cenderamata untuk dibawa pulang.Selepas itu, kami berehat sambil menikmati makan tengah hari. Kira-kira pukul 2.00 petang, bas bertolak ke Air Keroh. Di sana kami melawat beberapatempat menarik seperti Taman Rama-rama, Taman Buaya dan Taman Mini Malaysia. Pada keseluruhannya lawatan itu banyak memberikan faedah kepada kami.Kami dapatmenimba banyak ilmu pengetahuan daripada lawatan itu.

Disediakan oleh, 17 MAC 2008Munirah Arshad( MUNIRAH BT. ARSHAD )Setiausaha,Tahun Enam Gemilang,Sekolah Kebangsaan Seri Kelana---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan : Persatuan bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan gotong-royong membersihkan rumah orang-orang tua.Tulis laporan itu selengkapnya.

PendahuluanTajuk laporan aktiviti membersihkan Rumah Orang-orang Tua Seri Kasih disertai 20 orangahli persatuan Bahasa Malaysia dan 2 orang guru diadakan pada 12 April 2008

Isi Penting1. berkumpul di sekolah pergi dengan menaiki van sekolah dan 2 buah kereta guru 8.00 pagi bertolak 10.00 pagi tiba di Rumah Orang-orang Tua Seri Kasih2. membentuk kumpulan menjalankan aktiviti membersihkan persekitaran3. aktiviti berjalan lancar dalam suasana mesra berhenti rehat makan bersama penghuni rumah Orang-orang Tua Seri Kasih aktiviti diteruskan4. dapat mengenali kehidupan orang-orang tua berat hati melepaskan kami pulang Penyelia mengucapkan terima kasih atas usaha murni kami

Penutupmeninggalkan rumah Seri Kasih dengan seribu kenangan

LAPORAN AKTIVITI MEMBERSIHKAN RUMAH ORANG-ORANG TUA SERI KASIH

Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Taman Jaya telah mengadakan aktivitimembersihkan Rumah Orang-orang Tua Seri Kasih pada 12 April 2008. Ahli persatuan berkumpul di perkarangan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Kemudian kamibertolak dengan menaiki sebuah van sekolah dan dua buah kereta yang dipandu gurupengiring. Tepat pada pukul 10.00 pagi kami sampai di destinasi. Sesampainya kami di sana kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiapkumpulan terdiri daripada ahli persatuan dan petugas. Mereka bertanggungjawabmembersihkan bahagian-bahagian tertentu di persekitaran rumah tersebut. Aktiviti berjalan lancar dalam suasana yang mesra. Kami berhenti rehat untuk makantengah hari bersama para penghuni rumah Seri Kasih. Selepas itu aktiviti diteruskan hinggapukul 4.00 petang. Aktiviti ini telah dapat memberi peluang kepada kami menyelami hati dan perasaanorang-orang tua yang ditempatkan di situ. Mereka berat hati untuk melepaskan kami pulang.Penyelia Rumah Orang-orang Tua Seri Kasih, Puan Rahimah Mahad turut melahirkan terimakasih atas usaha murni kami itu. Kami meninggalkan rumah orang-orang tua itu dengan seribu kenangan danpengalaman yang amat berharga serta tidak akan kami lupakan.

Disediakan oleh, 18 APRIL 2008Nur Arfah( NUR ARFAH BINTI HALIM )Setiausaha,Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Taman Jaya.---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan: Sekolah kamu telah mengadakan Hari Keluarga baru-baru ini. Tulis laporan program tersebut dengan lengkap.

PendahuluanAnjuran PIBG Ahad 20 April 2008 - diadakan di kawasan sekolah merapatkan hubungan ibubapa dan guru

Isi Penting1. majlis bermula pukul 8.30 pagi perasmian oleh Pegawai Daerah melahirkan rasa bangga atas semangat kekeluargaan2. acara sukaneka disertai ibu bapa, guru dan murid3. persembahan kebudayaan tarian nyanyian bercerita bayaran RM3.004. pelbagai jenis makanan dijual mengalas perut menghilangkan haus5. 12.30 tengah hari majlis penutup dan penyampaian hadiah cabutan nombor bertuah

PenutupAcara berakhir pukul 2.00 petang keseluruhannya meriah dan mencapai matlamat

LAPORAN HARI KELUARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MURNI

Pada hari Ahad, 20 April 2008, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan TamanMurni telah menganjurkan Hari Keluarga. Majlis itu diadakan di kawasan sekolah. Majlistersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru. Majlis bermula pukul 8.30 pagi. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Dato AliasBorhan, Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah. Dato Alias telah melahirkan rasa bangga atassemangat kekeluargaan yang telah ditunjukkan oleh warga Sekolah Kebangsaan Taman Murni. Acara dimulakan dengan aktiviti sukaneka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tiupbelon, lari dalam guni, cari duit dalam tepung dan tarik upih. Acara disertai oleh ibu bapa, gurugurudan murid-murid. Persembahan kebudayaan juga telah diadakan di Dewan Anggerik. Persembahan yangdijalankan ialah tarian, nyanyian dan pertandingan bercerita. Setiap orang yang inginmenyaksikan persembahan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3.00. Untuk mereka yang ingin mengalas perut, jualan makanan dan minuman diadakan dikantin sekolah. Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual dengan harga yang berpatutan. Pada pukul 12.30 tengah hari majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan.Hadiah diberikan kepada pemenang acara sukaneka dan pertandingan nyanyian. Cabutannombor bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis. Majlis berakhir pada pukul 2.00 petang. Pada keseluruhannya Hari Keluarga yangdiadakan berlangsung dalam suasana meriah serta mencapai matlamat yang diharapkan.

Laporan disediakan oleh, 26 APRIL 2008

Khairul Azman(KHAIRUL AZMAN BIN HASHIM)Setiausaha,Tahun Enam Delima,Sekolah Kebangsaan Taman Murni.---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Karangan Syarahan

Contoh 1

Kamu akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh PersatuanBahasa Malaysia sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah Hidup SepakatMembawa Berkat.Tulis syarahan kamu dan panjang karangan tidak kurang daripada 80 patahperkataan.

Rangka karangan1. Pengenalan- kata alu-aluan- perkenalkan tajuk syarahan jelaskan ungkapan tersebut2. Isi-isi karangan- kerjasama perlu diamalkan dalam semua aspek kehidupan- hidup dalam keadaan harmoni saling bekerjasama- kerjasama perlu dipupuk sejak kecil/ sekolah rendah- hasil kerjasama rakyat hidup aman pembangunan dilaksanakan3. Penutup- masyarakat mesti hayati- wujud kesepakatan setiap lapisan masyarakat- terima kasih

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para hakim yang arif,guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati . Salam sejahtera saya ucapkan.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Hidup Sepakat Membawa Berkat.Para hadirin yang dihormati, Hidup sepakat bermaksud hidup yang ada sikap bekerjasamadikalangan penduduk manakala membawa berkat pula bermaksudmendatangkan kebaikan. Jika sesebuah masyarakat mengamalkan sikap ini,nescaya hidup kita sentiasa dalam aman dan damai. Amalan bermuafakat perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian.Bergotong-royong dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah contoh semangatpermuafakatan dalam masyarakat. Rakyat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum. Namun begitu,dengan semangat tolong-menolong dan kerjasama hidup mereka dalamkeadaan harmoni. Semangat kerjasama ini juga perlu dipupuk sejak daripadakanak-kanak, seperti kata pepatah, Kalau hendak melentur buluh biarlahdaripada rebungnya .

Hadirin sekalian, Amalan bantu-membantu dan bekerjasama akan membawa banyakkebaikan. Kehidupan menjadi aman dan damai serta pembangunan yangdijalankan adalah untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Oleh itu, ungkapan Hidup Sepakat Membawa Berkat wajarlah dihayatidan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana akan mendatangkanbanyak kebaikan. Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh 2

Kamu telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkatdaerah. Tajuk syarahan kamu ialah Perlunya Para Pelajar Menghormati Guru.Tuliskan syarahan kamu dan panjang karangan tidak kurang daripada 80 patahperkataan.

Rangka karangan1. Pendahuluan- kata alu-aluan- menegaskan tajuk2. Isi-isi penting- jasa guru mendidik menjadi insan yang berguna- perlunya menghormati guru- menurut nasihat dan tunjuk ajar- rajin belajar/ berbudi pekerti guru bangga- pengorbanan guru masa dan tenaga3. Penutup- baik dan hormat guru- penegasan hujah kepada tajuk

Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Ahmad Akmal,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Balun, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian.Salam sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untukmenyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Perlunya Para PelajarMenghormati Guru.Hadirin sekalian, Guru banyak menabur jasa kepada kita. Guru memberi pelajaran danmendidik kita agar menjadi insan yang berguna. Oleh yang demikian, kitaperlulah menghormati mereka. Bagaimanakah kita menghormati mereka? Kita hendaklah menurutnasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka. Melawan guru ialah sikapyang tidak baik kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada diri kita.Hadirin yang dihormati sekalian, Kita juga boleh menghormati guru dengan cara menjaga hati danperasaan mereka. Berbudi bahasalah terhadap guru kita kerana mereka insanyang telah menabur jasa untuk menjadi insan berguna. Guru akan berasagembira dan bangga jika murid-muridnya memiliki budi pekerti yang mulia. Guru banyak berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit demi kejayaananak-anak muridnya. Oleh itu, balaslah segala pengorbanan guru dengan caramenghormati mereka. Janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulit.Para hadirin sekalian. Tanpa guru siapalah kita. Kita akan mendapat banyak kebaikan jika kitaberbuat baik terhadap guru. Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini.Sekian, terima kasih.----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh 3

Amalan berjimat cermat seharusnya menjadi budaya hidup harian.Tuliskan sebuah syarahan tentang Cara-cara Melaksanakan Amalan BerjimatCermat. Panjang karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Rangka karangan1. Pendahuluan- kata alu-aluan- tegaskan tajuk2. Isi-isi penting- maksud jimat cermat jadikan budaya hidup- didikan awal ibu bapa - galak anak menyimpan wang- tanam sayur-sayuran cara hidroponik - jimat kos- jimat berbelanja - melabur wang3. Penutup- seru semua pihak amalkan sikap berjimat- jadikan budaya hidup- terima kasih

Anda ialah Pengerusi Kelab Kesenian.Anda akan menyampaikan ucapan dalamsatu Majlis Ramah Mesra sempena pengambilan ahli baharu.Tulis ucapan anda selengkapnya.

Rangka karangan;1 Ucapan selamat, terima kasih2 Kelab ditubuh tahun 2004 hasil usaha Cikgu Mahani dan Cikgu Kamarul3 Tujuan untuk merapatkan remaja dengan seni warisan bangsa4 Mesyuarat pertama pada 5 Januari 20045 Aktiviti yang diadakan ialah pameran kebudayaan, pertunjukan kesenian, pesta tanglung dan malam kebudayaan6 Kegiatan dirancang untuk melatih anggota berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya7 Bakat dapat dicungkil dan daya kreativiti dapat ditingkatkan8 Usaha ini dapat membanteras gejala vandalisme9 Saranan menyertai kelab kepada yang belum terlibat10 Harapan terus maju dan berganding bahu

Contoh Karangan

Yang Berusaha Encik Adam bin Majid, Guru Besar, yang dihormati guru-guru,serta rakan-rakan sekalian.Terima kasih atas kesudian hadir dalam Majlis RamahMesra ini sempena pengambilan ahli kelab baru. Penubuhan kelab ini pada tahun 2004 adalah hasil usaha Cikgu Mahani danCikgu Kamarul.Mereka bercita-cita tinggi untuk melahirkan remaja yang kreatif.Penubuhan kelab ini diharap dapat merapatkan remaja dengan kesenian warisanbangsa. Kelab ini telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada 5 Januari2004. Dalam mesyuarat tersebut, anggota-anggota jawatankuasa telah dilantik. Sayadan semua anggota jawatankuasa telah merangka beberapa kegiatan.Antarakegiatan termasuklah menganjurkan pameran kebudayaan bersempena denganMajlis Anugerah Cemerlang, pertunjukan kesenian sempena Hari Guru , PestaTanglung dan Malam Kebudayaan 2004.Hadirian sekalian, Kegiatan tersebut dirancang dengan tujuan untuk melatih anggota kelab agarbekerjasama, berdisiplin, berdikari, yakin diri dan sebagainya.Sehubungan denganitu, diharapkan agar suatu ketika nanti akan lahirlah anggota masyarakat yangberwawasan dan menghargai warisan bangsa. Selain itu, bakat semulajadi ahli kelabdapat dicungkil dan daya kreativiti mereka dapat ditingkatkan. Kelab ini juga dapat membantu usaha membanteras gejala vandalismekerana masa lapang mereka telah diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Sayamenyeru kepada yang belum menyertai mana-mana kelab agar menyertai kelabkesenian ini. Mudah-mudahan kita dapat menjadi orang yang lebih berjaya dalamaspek jasmani dan rohani. Akhir sekali, sebelum saya mengundurkan diri, saya berharap agar kelab initerus maju dan semua anggotanya sentiasa berganding bahu menjayakan setiapkegiatan yang disusun. Sekian, terima kasih.----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda akan berpindah sekolah kerana bapa anda ditukarkan di Jabatan lain diJohor.Anda dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan yangdirancang oleh guru dan rakan-rakan anda.Tulis teks ucapan anda selengkapnya.

Rangka karangan;1 Ucap selamat dan terima kasih2 Maklum berpindah ke Johor3 Berat hati berpindah mengikut bapa4 Masyarakat Terengganu peramah dan suka menolong5 Semangat kejiranan menambat hati6 Guru yang baik hati dan menyuntik minda dengan ilmu7 Harapan agar hubungan terus terjalin8 Akan terus mengirim surat9 Mohon ampun dan maaf10 Terima kasihContoh KaranganSelamat sejahtera diucapkan kepada Cikgu Hamat, Yang Berusaha PuanHalimah, Guru Kelas 6 Melur, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikesempatan untuk berucap pada majlis yang bersejarah ini. Sebenarnya saya tidakmenyangka bahawa rakan-rakan akan mengadakan majlis perpisahan untuk saya.Terima kasih untuk kalian yang sudi mengadakan majlis untuk saya.Guru-guru dan rakan-rakan yang budiman, Saya akan berpindah ke Johor pada minggu hadapan. Hari ini ialah hariterakhir saya di sekolah ini.Saya berasa berat hati untuk meninggalkan rakan-rakannamun, saya terpaksa mengikut keluarga saya yang akan bertukar ke Johor. Ayahsaya telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke jabatan lain di Johor Bahru. Selamasaya di sini, banyak yang telah saya pelajari tentang masyarakat di negeriTerengganu. Mereka peramah dan suka menolong. Mereka juga sangat mementingkan kekeluargaan dan kejiranan. Itulah yangmembuatkan hati saya tertambat di sini. Rakan-rakan pula banyak membantu sayadalam pelajaran dan kehidupan. Begitu juga dengan guru-guru yang baik hati dantidak jemu-jemu menyuntik minda kami dengan ilmu yang berguna. Jasa para gurudan rakan akan tetap terpahat di hati saya.Rakan-rakan yang dikasihi, Walaupun saya akan berpindah dan mungkin tidak akan berjumpa lagidengan teman-teman di sini, tetapi saya berharap agar hubungan kita tetap terjalin.Janganlah hendaknya rakan-rakan sekelas melupai saya setelah saya jauh di mata.Saya juga akan mengirim surat setelah berada di sana nanti. Akhir sekali, ampun dan maaf saya pohonkan kepada guru-guru dan rakanrakanjika terdapat salah, silap dan keterlanjuran kata selama saya di sini.Sekian, terima kasih.----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Andaikan anda seorang Pegawai Jabatan Bekalan Air. Anda dijemput untukmenyampaikan ceramah tentang pentingnya air kepada penduduk kampung.Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

Rangka karangan;1 Ucap selamat2 Terima kasih atas undangan untuk menyampaikan ceramah.3 Bumi terdiri daripada 70 peratus air dan 30 peratus daratan4 Kita mestilah berjimat ketika menggunakan air5 Gunakan air hujan untuk aktiviti seharian6 Pertambahan penduduk menyebabkan peningkatan penggunaan air7 Kebocoran pili juga menyebabkan pembaziran air8 Laporkan kebocoran kepada Jabatan Bekalan Air9 Berjimatlah menggunakan air10 Jadilah warganegara yang bertanggungjawab.

Contoh Karangan.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Encik Ramli,pegawai-pegawai, penduduk kampung serta anak-anak sekalian. Selamat pagi dansalam sejahtera. Terlebih dahulu jutaan terima kasih saya ucapkan atas kesudianmengundang saya menyampaikan ceramah tentang pentingnya air dalam kehidupan kita seharian.

Hadirin yang dihormati, Walaupun kita beranggapan 70 peratus daripada bumi ini diliputi air dan 30peratus sahaja yang terdiri daripada daratan, kita sebenarnya lupa bahawa daripadasejumlah air yang sebegitu banyak, hanya 2.5 peratus adalah air tawar yang dapatdiminum dan digunakan manakala selebihnya ialah air masin. Oleh sebab itu, kita mestilah berjimat ketika menggunakan air. Jangan mandi terlalu lama kerana ini melibatkan pembaziran air yan banyak.Selain itu, kita juga dinasihatkan agar menggunakan mesin basuh hanya apabila membasuh banyak pakaian. Bagi menyiram pokok, mencuci longkang dan kereta pula, gunakanlah air hujan yang ditadah di dalam tempayan atau bekas plastik besar. Ada banyak faktor mengapa kita harus berjimat ketika menggunakan air, misalnya pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan permintaan air meningkat secara mendadak dan kemungkinan besar empangan akan cepat surut terutamanya ketika musim kemarau panjang. Mungkin pada waktu itulah kita akanmulai terngadah kerana kekurangan air. Secara puratanya kita banyak menggunakan air untuk kegiatan harian seperti mandi, mengepam tandas, mencuci pakaian, pinggan mangkuk, kenderaan dan sebagainya termasuklah permaidani, jika dibandingkan dengan air yang kita gunakan untuk minum, iaitu hanya 2 hingga 5 liter sehari. Selain itu, pili bocor atau pili yang tidak diputar ketat turut menyebabkan pembaziran air. Sekiranya dibiarkan menitis sehari suntuk, kita telah membuang antara 70 hingga 80 liter air. Bayangkanlah berapa banyak pembaziran air akibat sikap manusia yang tidak prihatin. Oleh itu, apabila berlaku kebocoran air, teruslah membuat laporan ke Jabatan Bekalan Air yang terdekat. Air amat penting, jadi berjimatlah ketika menggunakan air walau di manamana sahaja. Jadilah warga yang bertanggungjawab. Sekian, terima kasih

SOALAN PKSR TAHUN 6BM

Soalan 1 hingga Soalan 20Isi tempat kosong dengan jawapan yangpaling sesuai.1 _____________ mestilah menjaga kebersihan kelas, kata Muaz kepada kawan-kawannnya.A KitaB KamiC BeliauD Engkau2 Penduduk Kampung Damai berusaha untuk mengumpulkan wang bagi _________ masjid.A membesarB dibesarkanC memperbesarD memperbesarkan3 Aiman membeli enam _________ tembikai dari gerai buah-buahan itu.A bilahB kepingC potongD puntungSoalan 4berdasarkan gambar di bawah ini.4 Pak Rahim ___________ buah durian yang telah gugur di dusunnya.A mengangkatB mengambilC memegangD mengutip5 Najihan mengalami ___________ nafas kerana keadaan cuaca pada hari itu berjerebu.A seksaB sesakC sebakD susah6 Encik Redzuan menggunakan __________ untuk mengukur sudut 90 darjah pada pelan rumah berkembar itu.A kekisiB tetikusC sesikuD bebolaSoalan 7berdasarkan gambar di bawah ini.7 Izzat duduk di tepi pantai ____________ menikmati keindahan pemandangannya.A sambilB supayaC tetapiD lalu8 Encik Mohd Faizul _____________ isterinya sebentuk cincin emas bertatahkan berlian .A dihadiahiB dihadiahkanC menghadiahiD menghadiahkanSoalan 9berdasarkan gambar di bawah ini.9 Ibu menyandarkan payung itu di __________ bilik selepas pulang dari kedai.A tengahB bawahC sudutD sisi10 Ketika menyusuri pinggir hutan itu, kami dapat mendengar dengan jelas bunyi ________ yang nyaring.A pepijatB reriangC lelabahD lelabi11 Keluarga Pak Mat mengadakan majlis kenduri doa selamat sebagai tanda __________ kerana kejayaan anaknya dalam UPSRA kemulianB kesyukuranC ketenanganD kemenangan12 Dina Husna __________ kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lepas kerana usahanya yang gigih.A perolehB perolehiC memperolehD memperolehSoalan 13berdasarkan gambar di bawah ini13 Kakak Fatimah sedang _________ ketupat untuk menyambut hari raya.A menganyamB mengupasC menyiratD menjalaSoalan 14 berdasarkan gambar di bawah ini.14 Puan Rohaniza ______________ lauk-pauk yang disediakannya untuk makan tengah hari.A meletakkanB mengeluarkanC mempamerkanD menghidangkan15 Mesyuarat Kurikulum di Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu dihadiri oleh ____________ sahaja.A Guru BesarB Guru-Guru BesarC Guru Besar-BesarD Guru Besar-Guru Besar16 Siti Suhana mengambil beberapa __________ serai dan dua __________ daun kunyit muda di belakang rumahnya.A helai helaiB batang helaiC rumpun ketulD pucuk kuntum17 Setelah berbincang, mereka telah ____________ tentang perkara itu.A gelap mataB murah hatiC bulat kataD bulat hati18 Para pelancong haruslah mematuhi __________ berpakaian ketika melawat ke Masjid Putrajaya.A tatacaraB tataetikaC tatatertibD tatasusila19 Jalan raya dari Tapah ke Comeron Highlands _______________ .A licin-licauB kusut-masaiC lintang-pukangD bengkang-bengkok20 ________________ semua murid berkumpul di dewan sementara menunggu ketibaan tetamu kehormat, kata Guru Besar.A MintaB TolongC PelawaD JanganSoalan 21Pilih perkataanseertibagi perkataan bergaris.21 Novelis itu mendapatilhammenulis novel Mahligai Gading ketika bercuti di Tasik Kenyir.A ilusiB ideaC karyaD inspirasiSoalan 22Pilih perkataanberlawanbagi perkataan bergaris.22 Nurul Athirah menceritakan kisah hidupnya dengan nada yangsebak.A sayuB girangC geramD lantangSoalan 23Pilihayat tanyayang betul bagi jawapan yang diberikan.23 Murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan dalam tempoh yang ditetapkan.A Mengapakah murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan ?B Siapakah yang mengingatkan murid-murid supaya menjawab semua soalan?C Bagaimanakah murid-murid diingatkan supaya menjawab semua soalan ?D Apakah peringatan yang diberikan kepada murid-murid?Soalan 24Pilihjawapanyang sesuai bagi ayat tanya di bawah ini.24 Hari sudah jauh malam. Mengapakah kamu tidak memadamkan lampu?A Saya akan tidur apabila lampu dipadamkan.B Saya akan memadamkannya jika diberitahu lebih awal.C Saya biasa berjaga hingga larut malam, tidak perlu lampu dipadamkan.D Saya sedang membaca buku. Sebentar lagi lampu ini akan saya padamkan.Soalan 25Pilih ayat yangsama maksuddengan ayat yang diberikan.25 Kalau tidak kerana Saiful, belum tentu pasukan bola sepak kita akan memenangi perlawanan dengan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela itu.A Kemenangan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela itu disebabkanoleh kehadiran Saiful.B Pasukan bola sepak sekolah menang dalam perlawanan dengan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela kerana kehebatan Saiful.C Kalau tidak kerana sekolah, tidak mungkin Saiful akan memenangi perlawanan dengan pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela.D Kehadiran Saiful, pasukan bola sepak sekolah tentu akan memenangi perlawanan menentang pasukan bola sepak Sekolah Datuk Maharajalela.Soalan 26Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.26 Walaupun Amirul Irfan dan Amirul Hakim saudara kembar tetapi tingkah laku mereka jauh berbeza seperti _______________ .A anjing dengan kucingB pahat dengan penukulC pinang dibelah duaD langit dengan bumiSoalan 27 dan Soalan 28Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataanbergarisdengan betul.27 I Seluar yang dipakai oleh Pak Hassan itu agaksingkatsedikit.II Sungai di kampung itu sungguhsingkatairnya sejak bulan lepas.III Para penculik itusingkatpemikirannya, kata pihak polis kepada kami.IV Lawatan Yang Berhormat Ahli Parlimen Titiwangsa ke kawasan perumahan kamisingkatsaja.A I dan III sahajaB III dan IV sahajaC I, III dan IV sahajaD I,II, III dan IV28 I Kawasan perumahan setinggan di pinggir kota itu telalusesak.II Pesakit asma biasanya mengalamisesaknafas, jelas Doktor Wahab.III Stadium itu penuhsesakdengan ribuan peminat bola sepak tanah air.IV Sikap boros menyebabkan dia selalusesakwalaupun gajinya lumayan.A II dan III sahajaB I,II dan III sahajaC II, III dan IV sahajaD I , II , III dan IVSoalan 29 dan Soalan 30Pilih ayat-ayat yang betul.29 I Pemuda yang berseluar hitam itu berasal dari Temerloh, Pahang.II Di waktu malam, suasana di Kampung Kuala Ibai sunyi sepi.III Wau ialah satu daripada permainan tradisional masyarakat Melayu.IV Berbagai-bagai jenis kuih-muih dijual di warung Mak Jemah setiap hari.A I dan III sahajaB I dan IV sahajaC I,II dan III sahajaD I,II dan IV sahaja30 I Junaidi suka mendengar lagu-lagu berentak keroncong.II Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan ini.III Ketiga-tiga orang pegawai Bank Simpanan Nasional itu kawan ayah saya.IV Masukkan sedikit cili sos ke dalam masakan itu, kata ibu kepada kakak.A I dan III sahajaB I, II dan III sahajaC I, III dan IV sahajaD I , II , III dan IVSoalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

9.00 pagiAyah dan pak long masih berada di sisi kawah di belakang rumah. Beberapa orang jiran dan penduduk kampung turut berada di situ untuk sama-sama membantu. Ibu dan kakak sibuk menyiapkan pelamin dan bilik pengantin. Aku dan Miswan sedang mencuba-cuba mikrofon yang disewa daripada Persatuan Belia Kampung Sungai Nipah.9.45 pagiNasi minyak dan nasi putih serta lauk-pauk sudah siap dimasak. Lagu Selamat Pengantin Baru mula berkumandang di udara. Ayah masuk ke rumah untuk menyalin pakaiannya. Pak long mengarahkan aku dan anaknya, Miswan mengemaskan, menyusun, dan mengelap kerusi meja di bangsal tetamu.10.15 pagiSanak saudara terdekat mula tiba. Ada antara mereka yang membawa hadiah untuk abang long. Dua puluh orang anggota kumpulan Rebana Sinar Nurani tiba pada masa yang sama. Ketibaan mereka memang kami nanti-nantikan. Mereka akan menghiburkan tetamu dan jemputan dengan lagu-lagu irama padang pasir.11.30 pagiPara tetamu sudah memenuhi keempat-empat buah bangsal yang telah disediakan. Ayah ke hulu dan ke hilir melayan saudara mara, sahabat handai dan para jemputan. Ayah kelihatan agak kekok dan gementar. Aku, Miswan, dan beberapa orang saudaraku yang lain sibuk menghidangkan makanan.12.00 tengah hariRombongan pengantin perempuan tiba. Pasangan pengantin disambut dengan tembakan ke udara sebanyak tujuh das oleh pak long. Paluan rebana dan aksi pencak silat turun mengalu-alukan ketibaan Raja Sehari itu. Pasangan ini kemudiannya diiringi ke bangsal untuk menikmati hidangan yang disediakan.31 Apakah yang mungkin dilakukan oleh ayah dan pak long pada pukul 9.00 pagi ?A Melayan tetamuB Mendirikan bangsalC Memasak lauk-paukD Mencuci pinggan mangkuk32 Berdasarkan petikan di atas, siapakah Miswan ?A Adik penulisB Abang penulisC Kawan penulisD Sepupu penulis33 Di manakah majlis kenduri kahwin tersebut diadakan ?A Rumah pak longB Rumah keluarga pengantin lelakiC Balai Raya, Kampung Sungai NipahD Rumah keluarga pengantin perempuan34 Mengapakah ayah penulis kelihatan agak kekok dan gementar ?A Dia tidak pernah menghadiri majlis kenduri kahwinB Tetamu yang hadir dalam majlis kenduri tersebut telalu banyak.C Bimbang akan hidangan lauk-pauk yang disediakan tidakmencukupi.D Baru kali pertama mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya.35 Pernyataan manakah yangsalahtentang petikan di atasA rombongan pengantin tiba pada pukul 12.00 tengah hariB hidangan lauk- pauk dimasak oleh ibu dan kakak penulis.C para jemputan terdiri daripada saudara mara dan sahabat handai.D Majlis tersebut turut diserikan oleh Kumpulan Rebana Sinar Nurani.Soalan 36 hingga Soalan 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.PANDU CERMAT JIWA SELAMAT Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atautidak fokus,tangguhkan perjalanan. Patuhi had laju yang ditetapkan. Berhati-hatilah ketika memandu. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum menukar lorong. Sentiasa patuhi semua peraturan jalan raya. Bersedia untuk berhenti apabila lampu isyarat bertukar kuning dan berhenti sepenuhnya apabila lampu isyarat bertukar merah. Beri keutamaan kepada pejalan kaki. Jangan ekori kenderaan di hadapan dengan rapat kerana perbuatan ini selalu mengakibatkan kemalangan. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong kenderaan lain. Jangan memotong jika teragak-agak. Jangan memotong barisan atau menggunakan lorong kecemasan tanpa sebab munasabah. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana perbuatan itu mendatangkan bahaya.ANDA MAMPU MENGUBAHNYA !

36 Merancang perjalanan adalah penting supaya pemandu tidakA mengantukB keletihan.C kebosanan.D terburu-buru.37 Bilakah pemandu perlu berhenti di lampu isyarat ?A Apabila lampu isyarat hijauB Apabila lampu isyarat merahC Apabila lampu isyarat kuningD Apabila lampu isyarat kuning atau merah38 Apakah yang sering menjadi punca kemalangan ?A Mengekori kenderaan di hadapan dengan rapatB Berhenti di lorong kecemasan apabila kenderaan rosakC Tidak berhenti ketika lampu isyarat bertukar kuningD Memotong kenderaan lain dengan yakin39 Pilih pernyataantidak benartentang petikanA Jangan mencelah di antara kenderaanB Beri keutamaan kepada pejalan kakiC Jangan menukar lorong ketika di tepi jalan rayaD Pandu kenderaan mengikut had laju yang ditentukan40 Rangkai katatidak fokusdalam petikan bermaksudA tidak selesaB tidak bermasalahC tiada lesen memanduD tidak dapat memberikan tumpuan

KERTAS SOALAN TAMATSKEMA JAWAPANNOJAWAPANNOJAWAPAN

1A21D

2C22B

3C23D

4D24D

5B25B

6C26D

7A27C

8C28D

9C29A

10B30B

11B31C

12C32D

13A33B

14D34D

15B35B

16B36D

17C37B

18A38B

19D39A

20A40D

About these adsShare this: