bm

7
TUGASAN ________________________________________________________________________ HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU SEMESTER MEI 2015 ____________________________________________________________________ ____ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 1hb - 5hb Julai 2015 atau Tutorial 4. Serahan selepas 5hb Julai 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. 1

description

soalan oum

Transcript of bm

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBML 2103MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

SEMESTER MEI 2015________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 1hb - 5hb Julai 2015 atau Tutorial 4. Serahan selepas 5hb Julai 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.8. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).PENILAIAN Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Bil.Kadar PertindihanPotongan Markah

1.0 300

2.30.01 505

3.50.01 70 10

4.70.01 - 100100

SOALAN TUGASAN

Morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan.

(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005)

Sebagai seorang guru yang berpengalaman tafsirkan pembentukan kata. Berikutnya, perincikan proses pembentukan kata. Dengan merujuk kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), anda dikehendaki menggubal rancangan pelajaran untuk pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 5. Sila rujuk garis panduan yang telah disediakan dalam rubrik berkaitan dengan pemarkahan dan juga kandungan tugasan. [Jumlah: 40 markah]

Rubrik Tugasan

KriteriaWajaranTidak LengkapLemahSederhanaBaikCemerlangMarkah Penuh

01234

Pengenalan1.5Tiada pengenalan.Ada huraian menjelaskan maksud pembentukan kata tetapi secara umum tanpa ada sumber sokongan bagi menjelaskan pengenalan keseluruhan penulisan.Huraian mengenai maksud pembentukan kata disokong oleh ahli-ahli bahasa adalah kurang jelas dan tidak begitu berkaitan.

Memperlihatkan takrifan jenis-jenis bentuk kata berserta contoh dalam kajian morfologi tetapi tidak begitu jelas.Huraian yang menjelaskan maksud pembentukan kata disokong oleh ahli-ahli bahasa tertentu adalah jelas dan relevan.

Memperlihatkan takrifan jenis-jenis bentuk kata berserta contoh dalam kajian morfologi yang jelas dan berkaitan. Huraian yang menjelaskan maksud pembentukan kata disokong oleh ahli-ahli bahasa tertentu adalah amat jelas dan amat relevan.

Memperlihatkan takrifan jenis-jenis bentuk kata berserta contoh dalam kajian morfologi yang sangat jelas dan berkaitan serta dapat menjelaskan pengenalan bagi keseluruhan penulisan.6

Perbincangan; Perincian proses pembentukan kata melalui;

-Kata Terbitan (Pengimbuhan)-Pemajmukan (Kata Majmuk)-Penggandaan (Kata Ganda)

Mempengaruhi perubahan ;-Struktur-Golongan kata-Maksud

Kekreatifan berhujah diambilkira.3Tiada perbincangan.Ada perbincangan proses-proses dan perubahan terhadap pembentukan kata tetapi dibuat secara ringkas sahaja.Tiada menampakkan percambahan idea.Perbincangan mengenai proses-proses dan perubahan terhadap pembentukan kata kurang jelas tetapi agak lengkap.

Mengemukakan prinsip dan kriteria setiap satu bentuk kata berserta contoh bagi menentukan proses dan perubahan yang berlaku terhadap pembentukan kata adalah kurang jelas dan tidak begitu berkaitan.

Perbincangan berkaitan proses pembentukan kata terlalu ringkas dan tidak menampakkan percambahan pemikiran.Perbincangan mengenai proses-proses dan perubahan terhadap pembentukan kata masih jelas, lengkap dan relevan.

Mengemukakan prinsip dan kriteria setiap satu bentuk kata berserta contoh bagi menentukan proses dan perubahan yang berlaku terhadap pembentukan kata adalah jelas dan agak berkaitan.

Perbincangan berkaitan proses pembentukan kata masih ada menampakkan percambahan pemikiran.Perbincangan mengenai proses-proses dan perubahan terhadap pembentukan kata amat jelas, lengkap dan relevan.

Mengemukakan prinsip dan kriteria setiap satu bentuk kata berserta contoh bagi menentukan proses dan perubahan yang berlaku terhadap pembentukan kata adalah amat jelas dan relevan.

Perbincangan berkaitan proses pembentukan kata menampakkan percambahan pemikiran yang amat bernas.12

-Pilih salah satu bentuk kata dalam bidang morfologi [contoh: kata terbitan, kata majmuk, kata ganda ]-Rancangan Pelajaran Harian: masa = 60 minit-Tentukan bagaimana aspek pembentukan kata yang boleh diajar dalam tempoh 60 minit.-Format Rancangan Pelajaran Harian yang lengkap.

(BBM & Lampiran disertakan)3Tiada perbincangan bagi membuktikan proses penerbitan ayat transformasi.Memilih satu bentuk kata.Merancang proses pengajaran dan pembelajaran dalam masa 60 minit tetapi mengikut format yang betul.Menyampaikan fakta berkaitan pembentukan kata secara ringkas sahaja.Menulis refleksi berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran tetapi secara umum dan terlalu ringkas.Memilih satu bentuk kata.

Merancang proses pengajaran dan pembelajaran dalam masa 60 minit mengikut format tetapi tidak begitu kemas.Menyampaikan aspek penting berkaitan pembentukan kata secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.Menulis refleksi berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran secara ringkas dan tidak menyeluruh.Memilih satu bentuk kata.

Merancang proses pengajaran dan pembelajaran dalam masa 60 minit mengikut format yang betul.Menyampaikan aspek penting berkaitan pembentukan kata secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas dan berkaitan.Menulis refleksi berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan jelas berserta hujah yang meyakinkan.Memilih satu bentuk kata.

Merancang proses pengajaran dan pembelajaran dalam masa 60 minit mengikut format yang betul dan bersistematik.Menyampaikan aspek penting berkaitan pembentukan kata secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas, tepat dan sangat relevan.Menulis refleksi berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan amat jelas berserta hujah yang sangat meyakinkan.12

Rumusan/ kesimpulan1.5Tiada rumusan.Rumusan berkaitan bidang morfologi merangkumi bentuk, struktur dan proses pembentukan kata dibuat secara umum sahaja.Rumusan berkaitan bidang morfologi merangkumi bentuk, struktur dan proses pembentukan kata kurang jelas tetapi agak berkaitan.

Ada pernyataan yang menjelaskan kandungan penulisan tetapi agak ringkas dan kurang menyeluruh. Memberikan idea sendiri tanpa disokong oleh pandangan ahli linguistik sebagai nilai tambah.Rumusan berkaitan bidang morfologi merangkumi bentuk, struktur dan proses pembentukan kata adalah jelas dan berkaitan.

Menjelaskan keseluruhan kandungan penulisan dengan baik dan memberikan idea sendiri dengan disokong oleh pandangan ahli linguistik sebagai nilai tambah.Rumusan berkaitan bidang morfologi merangkumi bentuk, struktur dan proses pembentukan kata adalah amat jelas, tepat dan relevan.

Menjelaskan keseluruhan kandungan penulisan dengan teliti, terperinci serta memberikan idea sendiri dengan disokong oleh pandangan ahli linguistik sebagai nilai tambah.6

Organisasi penulisan1Tiada organisasi.Tugasan mengandungi pelbagai kesilapan tatabahasa, tanda baca dan ejaan. Bahasa yang digunakan sesuai. Penulisan tidak ada kesinambungan dan urutan yang betul (koheren dan kohesi). Gaya penulisan APA tidak digunakan dalam penulisan kertas kerja.Tugasan menngandungi sebahagian kecil kesilapan tatabahasa, tanda baca dan ejaan.Bahasa yang digunakan dalam penulisan sesuai. Kesinambungan dan urutan (koheren dan kohesi) agak baik. Hanya sebahagian daripada penulisan mengikut gaya APA.Peraturan tatabahasa dan penggunaan tanda baca dikuti dengan baik. Bahasa yang digunakan dalam penulisan sesuai. Kesinambungan dan urutan amat baik. Gaya penulisan APA diadaptasi sepenuhnya dalam kertas kerja. Penulisan bibliografi mengikut gaya APA sepenuhnya.Peraturan tatabahasa dan sistem ejaan dipatuhi dan dikuti dengan amat baik. Bahasa yang digunakan dalam penulisan amat baik dan amat relevan. Kesinambungan dan urutan (koheren dan kohesi) penulisan dikawal rapi dan amat baik. Gaya penulisan APA diadaptasi sepenuhnya dalam kertas kerja. Penulisan bibliografi mengikut gaya APA sepenuhnya.4

JUMLAH MARKAH40

23