BM

11
PENGANTAR BAHASA MALAYSIA HMA 101 TAJUK: HURAIKAN SECARA RINGKAS AKRONIM S.P.E.A.K.I.N.G YANG DISARANKAN OLEH GUMPERZ & HYMES (1972:65) UNTUK MENJELASKAN KOMPONEN PERTUTURAN DALAM KAJIAN PRAGMATIK. AHLI KUMPULAN : NUR HAZIRAH BINTI MD RASHID 118726 NURHASLINDA BINTI YA’AMAT 118735 NOR SYAHIRA BINTI RIZAN 118706 NUR IZZATI BINTI ALANI 118523 NURHAYATI BINTI RIZA 118736

description

bm

Transcript of BM

Page 1: BM

PENGANTAR BAHASA MALAYSIAHMA 101

TAJUK: HURAIKAN SECARA RINGKAS AKRONIM S.P.E.A.K.I.N.G YANG DISARANKAN OLEH GUMPERZ & HYMES (1972:65) UNTUK MENJELASKAN

KOMPONEN PERTUTURAN DALAM KAJIAN PRAGMATIK.

AHLI KUMPULAN :

NUR HAZIRAH BINTI MD RASHID 118726 NURHASLINDA BINTI YA’AMAT 118735 NOR SYAHIRA BINTI RIZAN 118706

NUR IZZATI BINTI ALANI 118523 NURHAYATI BINTI RIZA 118736

Page 2: BM

BIODATA DELL HYMES Dell Hymes lahir pada tahun 1927 di Portland, Oregon. 1950, beliau lulus dari Reed College dan meraih gelar Ph.D. lima tahun

kemudian dari Indiana University . Setelah memperoleh gelaran doktor, mengajar di Harvard University (1955-

1960) dan University of California di Berkeley (1960-1965). Dia kemudian bergabung dengan Jabatan Antropologi di Universiti

Pennsylvania . 1972 beliau bergabung dengan Jabatan Folklore dan Folklife. 1975 menjadi Dekan Graduate School of Education. (Sepanjang tempoh ini ia

adalah anggota dari Kumpulan Sarjana Linguistik). Menjadi Profesor Antropologi dan Bahasa Inggeris di Universiti Virginia ,

mengajar kelas antropologi inlinguistik, Bahasa mitos Amerika, ethnopoetik, dan puisi asli Amerika.

Dell Hymes mengembangkan peranti mnemonic untuk menggambarkan unsur-unsur yang menyusun pidato.

Ia disebut ini sebagai model BERBICARA / SPEAKING

Page 3: BM

SIAPAKAH GUMPERZ?

Dilahirkan di Hattingen, German pada 9 Januari 1922.

Mendapat pendidikan di Universiti Mechigan.

Merupakan pensyarah di Universiti California di Berkeley.

John Gumperz dan Dell Hymez bersama-sama membangunkan cara baharu dalam mengkaji bidang sosiolinguistik.

Page 4: BM

DEFINISI PRAGMATIK Bidang kajian yang mengkaji hubungan antara lambang

dengan pentafsirnya (pengguna bahasa). Definisi pragmatik sebenarnya bervariasi bergantung

kepada mereka yang mendefinisikannya. Terdapat perbezaan antara makna semantik dengan

makna pragmatik kerana makna semantik bersifat diadik yang menentukan “apakah maknanya x ?” (makna tersurat).

Makna pragmatik pula bersifat segi tiga dan menentukan “apakah maksudmu dengan x ?” (makna tersirat).

Page 5: BM

Contohnya : Pernyataan “bilik ini sangat kotor” oleh seorang ibu kepada anak

perempuannya bermaksud bilik yang dimaksudkan memang sangat kotor (makna semantik) atau ibu tersebut mempunyai niat menyuruh anaknya membersihkan bilik tersebut (makna pragmatik).

Dalam kajian pragmatik, penutur dan lawan tuturnya berkomunikasi dalam konteks. Oleh sebab itu, makna penutur dan pentafsir dalam kajian pragmatik amat terikat dengan konsep konteks.

Menurut Leech (1983), konteks ini disebut konteks situasi yang bercirikan lima perkara : penutur dan lawan tutur, tujuan pertuturan, pertuturan sebagai kegiatan atau aktiviti dan pertuturan sebagai produk tindakan verbal.

Menurut Vershar (1996), pragmatik merupakan cabang ilmu linguistik yang membahas tentang apa yang termasuk dalam sturktur bahasa sebagai alat komunikasi antara penutur dengan pendengar.

Page 6: BM

S = Setting ( Lokasi, masa, musim, bahasa yang digunakan, aspek fizikal

= Terdiri daripasa saiz bilik, suasana, perabot dan lain-lain ) = Scene ( Peristiwa yang berlaku di sesuatu tempat )

P = Participants ( Pemeran atau orang yang terlibat dalam peristiwa komunikasi )

E = Ends ( Purpose & goals) – matlamat, tujuan dan pengakhiran cerita, kesan yang ingin dicapai

A = Act sequence – Urutan aksi (Ambil gilir)

K = Key (Tone or spirit of act) – Nada atau aksi penutur

I = Instrumentalities – Saluran komunikasi iaitu lisan, bertulis dan isyarat

N = Norms (of interaction & interpretation) – Pilihan kata, susunan kata, nada suara

G = Genres – Jenis peristiwa yang berlaku, bertulis atau tidak bertulis

Page 7: BM

SITUASI Pada waktu pagi sekitar jam 8 pagi, tiga orang suri

rumah telah pergi ke pasar tani yang terletak di Sungai Petani untuk membeli barang keperluan harian. Semasa berada di pasar tani tersebut mereka telah berbincang tentang kenaikan harga barang dan kesannya ke atas kos sara hidup.

Bincangkan situasi ini berdasarkan model S.P.E.A.K.I.N.G.

Page 8: BM

ANALISIS S = Pasar tani, masa 8 pagi, bahasa tidak formal, perbualan

tentang kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

P = 3 orang suri rumah, penjual ikan dan orang di sekitarnya. = Umur dalam lingkungan 30-an sehingga 50-an. = Lelaki, perempuan dan pelbagai etnik. = Hubungan antara pemeran ialah jiran.

E = Untuk membeli barang keperluan dan membincangkan : = Peningkatan kos sara hidup = Dapat membeli barang keperluan dan membawa pulang ke

rumah = Harga tetap tidak berubah

Page 9: BM

A = Suri rumah bertanyakan harga sekilo ikan kembong yang hendak dibeli kepada penjual ikan. = Peniaga ikan menyatakan bahawa harga sekilo ikan kembong RM 7.00 per kg berbanding harga sebelumnya RM 5.00 per kg.

= Suri rumah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kenaikan harga barang.

K = Nada serius dan sederhana tinggi digunakan. = Di serlah menerusi aspek verbal ( apa-apa yang

dituturkan) dan aspek bukan verbal ( parabahasa / bahasa badan) seperti ekspresi muka.

Page 10: BM

I = Menggunakan bahasa lisan contohnya bahasa tak formal dan bahasa pasar.

= Kedudukan komunikasi berhadapan antara penjual dan pembeli (suri rumah).

N = Menggunakan ayat kata tanya.Contohnya : Berapa harga sekilo ikan?

: Mengapa harga ikan naik? G = Genre lisan yang digunakan adalah perbualan dan bercerita.

Page 11: BM

RUMUSAN Semua aspek yang disebut Hymes & Gumperz yang

digunakan untuk analisis pertuturan berkait rapat dengan aspek budaya manusia.

Untuk komunikasi yang berkesan, semua aspek ini perlulah diambil kira sewaktu berkomunikasi.