BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
Transcript of BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
1/48
BMK3043 SENI MENGARANG
0
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013
BMK 3043: SENI MENGARANG
TUGASAN INDIVIDU
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
NORASHIKIN BINTI ISMAIL D20102043330
PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI 12
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ABU HASSAN BIN ABDUL
TARIKH SERAH: 30 APRIL 2013
ANALISIS KARANGAN PELAJAR
DAN
ANALISIS TEKS KARYA KLASIK MELAYU (HIKAYAT
HANG TUAH).
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
2/48
BMK3043 SENI MENGARANG
1
TUGASAN 1
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENGENALAN 22.0 OBJEKTIF MENGARANG 33.0 FEADAH-FAEDAH MENGARANG 34.0 KARANGAN PELAJAR 45.0 ANALISIS KARANGAN PELAJAR
a. WACANA 5b. STRATEGI PEMERENGGANAN 6c. PENDEKATAN EKLEKTIKA 8d. PENDEKATAN RETORIKA 9e. STILISTIKA 11f. TATABAHASA 13
6.0 KESIMPULAN 157.0 BIBLIOGRAFI 168.0 LAMPIRAN
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
3/48
BMK3043 SENI MENGARANG
2
1.0 PENGENALAN
Definisi Mengarang
Perkataan karang berasal daripada pekerjaan menggubah bunga, mereka ukiran atau
membuat sesuatu yang cantik. Dari situ dikembangkan maknanya kepada menyusun
perkataan dengan aturan yang elok dalam bentuk hal atau cerita supaya dapat dibaca oleh
orang lain (Zaba: 1965). Manakala Kamus Dewan (1986) menjelaskan, istilah karangan
merujuk kepada gubahan, ciptaan, susunan. Dalam Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) selain perkataan mengarang, istilah yang digunakan untuk merujuk
aktiviti menulis tahap tinggi ialah menyurat, disurat atau persuratan. Ketiga-tiga kosa kata ini
banyak digunakan dalam kitab-kitab Melayu klasik berbanding perkataan mengarang. Pada
zaman sebelum penjajahan, tulisan Jawi yang berasal daripada abjad Arab digunakan secara
meluas dalam semua jenis penulisan karangan. Manakala tulisan Rumi (Romawi) yang
berasaskan huruf-huruf Yunani diperkenalkan oleh penjajah dan terus digunapakai sehingga
hari ini.
Mengarang merupakan proses menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat
pengalaman, perasaan dan maklumat dalam bentuk tulisan yang berhubung dengan diri
sendiri, orang lain atau peristiwa. Menurut Raminah Sabran (1985), penulisan ialah
penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini
disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.
Don Bryne (1979) pula menyatakan manusia menggunakan simbol-simbol grafik semasa
menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan
lambang- lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap.
Penulisan merupakan satu keterampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi
secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka. Penulisan juga adalah satu
pengolahan pemikiran atau sebagai satu proses mekanis yang melibatkan penggunaan alat
dan teknik untuk mengungkapkan gagasan, falsafah dan idealisme. Dengan kata lain,
karangan merupakan sebuah wacana, iaitu kesatuan buah fikiran atau pernyataan yang
disusun secara logik dan sistematik serta berkaitan maknanya antara satu dengan yang lain.
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
4/48
BMK3043 SENI MENGARANG
3
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010 : 676) mentakfirkan mengarang sebagai
mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel dan lain-lain) serta mencipta sajak.
2.0 OBJEKTIF MENGARANG
Mengarang mempunyai objektif dan tujuan yang tertentu.Menurut Anwar al-Jundi, seorang
pengarang terkenal kelahiran Mesir, tujuan utama mengarang ialah:
i. menulis sesuatu yang baharuii. memperbaiki sesuatu yang kurangiii. mengemaskini sesuatu yang terpisahiv. memudahkan sesuatu yang rumit
v. membetulkan sesuatu yang salahvi. mempertahankan diri dan keluargavii. menjawab tuduhan musuh
Pengarang sebagai orang yang bertanggungjawab dalam merangka, menyusun dan
menyiapkan sesebuah teks. Peranan dan tanggungjawab seorang penulis cukup besar dan
berat. Tujuan penulisan pada peringkat pengajian tinggi adalah untuk menyampaikan
maklumat, menjelaskan sesuatu idea dan menyatakan hujah. Ketiga- tiga tujuan ini
merupakan teras dalam semua bentuk penulisan. Tujuan utama sesuatu teks ditulis adalah
untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak pembaca.
3.0 FEADAH-FAEDAH MENGARANG
Apabila seseorang mengarang, ia akan dapat beberapa faedah. Antaranya ialah:
i. Dengan menulis kita dapat mengembangkan berbagai-bagai idea atau gagasan. Oleh itu kita
terpaksa bertaakul dan bernalar; fakta-fakta serta isi hujahan dihubungkan dan dibandingkan.
Hal ini mungkin tidak akan kita lakukan jika kita tidak menulis.
ii. Kegiatan menulis memaksa kita banyak mencari, mengkaji, menyerap dan menguasai
maklumat yang berkaitan tajuk atau mauduk yang hendak ditulis. Dengan demikian, menulis
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
5/48
BMK3043 SENI MENGARANG
4
memperluas dan memperdalam wawasan kita secara teoretis dan empiris tentang tajuk atau
fakta yang kita paparkan.
iii. Kegiatan menulis yang terancang akan membiasakan kita berfikir serta berbahasa secaratertib. Ketertiban berfikir dan berbahasa sebenarnya menjadi cerminan keintelektualan
seseorang.
iv. Dengan menulis kita akan dapat mengetahui kemampuan dan potensi diri. Untuk menulis
dan mengembangkan sesuatu tajuk, kita terpaksa berfikir, menggali pengetahuan dan
pengalaman yang kadangkala tersimpan dalam minda bawah sedar kita.
v. Keupayaan menulis dengan baik dan berkesan ialah suatu pencapaian yang harus
diperolehi oleh golongan berpendidikan lebih-lebih lagi oleh golongan yang bergelar
mahasiswa. Melalui kegiatan menulis dapat kita tunjukkan bahawa kita telah mencapai dan
menguasai suatu tahap kemahiran menulis yang sewajarnya.
vi. Pendidikan formal yang kita lalui menekankan soal penerimaan ilmu dan maklumat yang
bermakna. Soal ini memerlukan kemahiran dan kecekapan menulis. Kecekapan menulis
bertalian erat dengan kecekapan berfikir, menyusun dan menyampaikan buah fikiran dengan
baik. Dengan kata lain, penulis yang baik sebenarnya ialah pemikir. Pemikir dapat menjadi
ahli profesional yang baik. Hal inilah merupakan ciri penting orang yang berpendidikan.
4.0 KARANGAN PELAJAR
Dalam tugasan BMK 3043 Seni Mengarang, saya akan menganalisis lima buah karangan
pelajar Tahun Enam Jauhari Sekolah Kebangsaan Sri Rengit, Rengit, Batu Pahat, jenis fakta
yang berbeza tajuknya. Saya akan menganalisis setiap satu karangan pelajar ini dari segi
Wacana, Strategi Pemerengganan, Pendekatan Eklektika, Pendekatan Retorika, Stilistika,
dan Tatabahasa. Nama pelajar tersebut dengan tajuk karangannya ialah
I Nur Anis Nazihah binti Zuraimi Cara Membalas Jasa Ibu Bapa
II Zeti Balqis binti Md Yazid Faedah Kokurikulum Kepada Pelajar
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
6/48
BMK3043 SENI MENGARANG
5
III Sahidah Ayuni binti Mohd Halidi Faedah Membawa Bekal
Kepada Pelajar
IV Munawar Asyraff bin Mustafa Kebaikan Komputer Kepada Pelajar
V Nur Hafizah binti Md Hanafi Kebaikan Komputer Kepada Pelajar
5.0 ANALISIS KARANGAN PELAJAR
a. Wacana
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Lakoff, 1970: 151-271). Unit
bahasa ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana
mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah
buku atau satu siri buku. Wacana turut menunjukkan perkembangan berurutan dalam fikiran
secara tersusun dengan sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam
tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas tingkat ayat.
Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang digunakan
untuk berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat berupa rangkaian kalimat
atau ujaran. Wacana dapat berbentuk lisan atau tulisan dan dapat bersifat transaksional atau
interaksional. Dalam peristiwa komunikasi secara lisan, dapat dilihat bahawa wacana sebagai
proses komunikasi antara penutur dan pendengar, sedangkan dalam komunikasi secara
tulisan, wacana terlihat sebagai hasil dari pengungkapan idea penulis.
Karangan yang baik ialah yang mempunyai isi yang tersusun, koheren serta
bertepatan dengan tajuk. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah karangan itu tidak
menggunakan penanda wacana yang sesuai, maka sudah tentu karangan itu menjadi tidak
sempurna disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis. Penanda wacana merupakan
perangkai ayat untuk menentukan kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain
dalam ayat atau perenggan. Selain itu, penanda wacana bertujuan mempertautkan dari segi
struktur dalam bentuk maklumat baharu atau maklumat lama dalam sesuatu wacana.
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
7/48
BMK3043 SENI MENGARANG
6
Memang banyak penanda wacana yang boleh digunakan dalam menulis sesebuah
karangan yangh baik dan menarik. Bagi kelima-lima pelajar yang saya kaji mereka telah
menggunakan penanda wacana yang menarik. Apa yang jelas dan nyata penanda wacana ini
digunakan untuk mempertautkan antara perenggan dengan perenggan yang lain.Penandawacana yang popular digunakan oleh mereka ialah selain dari itu , kemudian,
seterusnya danakhir sekali.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini, penanda-penanda wacana ini seolah-olah
sudah dirancang dan dihafal oleh pelajar sepertimana yang diajar oleh guru di dalam kelas.
b. Strategi Pemerengganan
Perenggan ditakrifkan oleh kamus dewan (1994) sebagai bahagian daripada muka atau
bab dalam buku, rencana yang terdiri daripada beberapa baris atau paragraph. Perenggan
merupakan unit karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang antara satu dengan yang
lainnya mempunyai hubungan dari segi makna dan tatabahasa. Manakala Fowler (1970)
menyatakan perenggan ialah sebuah kotak kecil ayat-ayat yang membina bentuk dan pada
masa yang sama juga berfungsi sebagai sebahagian daripada keseluruhan penulisan.
Ringkasnya perenggan merupakan sekelompok karangan pendek yang mengandungi struktur
ayat yang bervariasi.
Pemerengganan penting dalam menyampaikan idea yang konkrit dan tersusun. Perenggan
yang bermutu ialah perenggan yang mengandungi idea yang jelas, maklumat yang mencukupi
dan rangkuman ayat yang gramatis dan mudah difahami. Selain itu, sebuah perenggan yang
berkesan ialah perengan yang dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
Bagi kelima-lima pelajar yang saya kaji ini semuanya menghasilkan karangan dengan
mempunyai perenggan utama iaitu ada Perenggan Pengenalan, Perenggan Pengembang dan
Perenggan Penutup.
Bagi setiap pelajar yang dikaji ini, didapati semuanya ada mempunyai perenggan
pengenalan. Perenggan pengenalan mempunyai fungsi tarikan yang penting kerana ia akan
menentukan sama ada pembaca berminat untuk meneruskan pembacaan atau tidak. Selain itu
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
8/48
BMK3043 SENI MENGARANG
7
perenggan pengenalan mesti menggambarkan tajuk karangan dan pernyataan penulis tentang
tujuan penulisannya. Pengenalan yang menarik akan mengundang minat pembaca untuk
menelaah karangan sehingga tamat. Purata ayat setiap pelajar ini dalam perenggan
pengenalan adalah satu hingga tiga ayat. Ayat dalam perenggan ini membawa pembaca untukmengetahui apa yang akan ditulis oleh pelajar pada perenggan yang berikutnya. Kebanyakan
karangan pelajar dalam Perenggan pengenalan ini menggunakan teknik kutipan, peribahasa
dan anekdot.
Bagi perenggan pengembang pula purata pelajar menulis lima perenggan yang mana
setiap perenggan pengembang ini mempunyai satui isi atau idea utama. Setiap perenggannya
juga ditulis tentang mengemukakan inti persoalan dengan sedikit huraian yang padat dan
ringkas dan disertakan dengan ilustrasi dan contoh yang bersesuaian. Antara perenggan
pengembang ini pelajar gabungkan atau cantumkan dengan penanda wacana yang tersusun
dan agak menarik. .
Namun dalam perenggan pengembang ini purata pelajar hanya menulis dua hingga tiga
ayat dan digarap dengan kata hubung dan kata sendi supaya menjadi ayat majmuk yang
menarik. Setiap perenggan pelajar akan mengemukakan satu idea atau ayat topik dengan
disertakan bukti yang sahih seperti fakta, deskripsi fizikal dan berdasarkan pengalaman
pelajar sendiri. Ini dapat dibuktikan contoh-contoh yang diberikan banyak berkisar kepada
kehidupan pelajar. Pelajar akan mengemukakan tiga contoh setiap ayat topik yang dihurai.
Mengkaji perenggan penutup, saya dapati setiap pelajar ada menuliskan perenggan
penutup ini dengan jelas dengan membuat kesimpulan karangan keseluruhan.sebenarnya
perenggan penutup berbeza dengan perenggan lain kerana fungsinya menyimpulkan buah
fikiran dalam satu dua perenggan sahaja.
Selain itu, perenggan penutup merupakan kesimpulan bagi seluruh isi karangan.
Perenggan ini juga merupakan pernyataan kembali maksud penulis dengan tujuan
mengejapkan kefahaman pembaca. Perkataan pertama setiap pelajar pada perenggan penutup
ini ialah bermula dengan perkataan Jelaslah dari keterangan di atas bahawa ..
Kemungkinan klausa ini di ajar dan diminta oleh guru tersebut untuk dihafal supaya ayatnya
nampak tersusun dan menarik. Dalam perenggan penutup ini juga pelajar akan mengambil
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
9/48
BMK3043 SENI MENGARANG
8
sedikit ayat daripada soalan. Ada juga pelajar yang memasukkan peribahasa seperti Adik Zeti
Balqis. Pelajar ini telah memasukkan peribahasa Bersatu Kita Teguh, Betrcerai Kita
Roboh. Namun, saya dapati peribahasa ini agak kurang tepat dengan pokok persoalan yang
dibincangkan.Selain itu, kelima-lima karangan pelajar yang saya kaji telah menggunakan perenggan
deduktif iaitu bermula dengan ayat topik yang mendukung idea utama dikemukakan pada
bahagian awal perenggan. Sementara ayat-ayat penyangga yang mendukung isi atau idea
sokongan sama ada berbentuk penjelasan ataupun pembuktian dikemudiankan.
Dapat disimpulkan bahawa strategi pemerengganan pelajar yang dikaji ini menggunakan
teknik penyenaraian pada keseluruhannya dan dapat memberi nilai judgement oleh penulis
agar pembaca berasa puas hati terhadap hujah-hujah pengarang.
c. Pendekatan Eklektika
Dalam pendekatan eklektika ini terdapat empat kaedah yang boleh digunakan dalam
penulisan sama ada yang bercorak ilmiah, semi ilmiah atau penulisan popular iaitu
pendekatan proses, pendekatan model, pendekatan metafizika, dan pendekatan pengalaman
dan pendekatan epistemik.
Daripada kelima-lima karangan yang dikaji ini, didapati kesemuanya dapat mengeluarkan
idea dengan segala bentuk maklumat dan fakta dengan baik. Namun isi dan idea utama tidak
dihurai dengan lebih luas dan menarik. Setiap karangan yang dikaji juga mempunyai gaya
yang agak sama. Ini adalah kemungkinan guru meminta muridnya supaya mengikut gaya dan
kaedah penulisannya. Walaupun struktur ayatnya berbeza namun akhirnyua mereka menuju
kearah yang sama dari segi lenggok dan gaya bahasa.
Melalui pendekatan metafizika , kelima-lima karangan ini ada diselitkan unsur ini. Lebih-
lebih lagi melalui karangan bertajuk Cara membalas Jasa kedua Ibu Bapa , pelajar dengan
bersahaja membawa dirinya ke dalam penulisannya melalui motivasi dan isi yang
diterjemahkan dengan baik. Banyak idea di dalamnya menceritakan dan memberi motivasi
kepada pembaca. Perkara ini lebih menarik lagi kerana pelajar ini mengeluarkan pendapatnya
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
10/48
BMK3043 SENI MENGARANG
9
melalui penulisan berdasarkan pengalaman dirinya, kaum keluarganya mahupun masyarakat
sekitar. Secara tidak langsung akan dapat menanamkan nilai kemanusiaan yang tinggi kepada
penulis dan pembaca. Daripadanya sudah pasti pembaca akan terpanggil untuk
menggambarkan fenomena alam atau situasi tersebut.
Bagi pendekatan pengalaman, pelajar yang menulis tajukFaedah Membawa Bekal ke
Sekolah lebih menonjol penulisannya. Ini disebabkan pengalaman pelajar akan menjadikan
dirinya lebih peka dan sensitif terhadap isu-isu yang berkaitan dengannya. Sudah tentu
pengalaman ini dapat member inspirasi dan aspirasi untunya menulis. Menerusi kemahiran
bahasa yang ada padanya sesuatu pengalaman itu dapat digambarkan dengan lebih jelas,
padat dan hidup. Manakala pemikiran akan memungkinkannya melahirkan idea-idea yang
kreatif dan analisis.
Namun, saya terpaksa memahami masih banyak ayat dan perkataan yang boleh digarap
untuk menghasilkan karangan yang lebih baik. Sebagai pengkaji dan pembaca kita akan tahu
maksud sebenar apa yang hendak disampaikan oleh penulis ini. Namun mungkin faktor
masih terdapat kelemahan perbendaharaan kata menyebabkan karangan-karangan pelajar ini
kuranag mengembang huraiannya.
Satu lagi pendekatan eklektika ialah epistemik. Pendekatan ini mendedahkan pembaca
bagaimana untuk menghasilkan karangan yang lebih bersistematik dan mempunyai nilai-nilai
kesahihan yang boleh dipercayai. Dengan erti kata lain pendekatan ini lebih membawa
pembaca ke alam ilmiah.
Maka itu, dari kelima-lima karangan ini saya didapati semuanya mempunyhai elemen ini.
Apa tidaknya , kesemua tajuknya adalah berbentuk fakta , dan nyata. Sudah pasti pelajar ini
tidak akan memberikan isi dan idea yang fantasi. Sudah pasti menyalahi tajuk dan kehendak
persoalan.
d. Pendekatan Retorika
Secara umumnya terdapat beberapa pendekatan dalam penulisan. Pendekatan-pendekatan
ini bertujuan memberi arah dan garis panduan yang khusus kepada penulis dan instruktor,
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
11/48
BMK3043 SENI MENGARANG
10
bagaimana cara terbaik sesuatu penulisan itu dapat dihasilkan. Antara pendekatan itu ialah
Pendekatan Retorika.
Retorik ialah teknik penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk lisan mahupun
tulisan yang mengandung aspek tatabahasa yang betul,selain penggunaan bahasa yang baikdalam penyampaian idea. Menurut Kamus Dewan (1996: 1135), retorik ialah seni
penggunaan bahasa indah untuk menarik pemikiran pendengar. Justeru, ragam bahasa yang
pelbagai diperlukan sebagai cara untuk mempengaruhi pendengar atau pembaca. Pendekatan
Retorika terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pemerian ialah teknik penggunaan bahasa
yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Retorik ini bertujuan
menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar.
Pemujukan menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan
orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. Penerangan ialah
memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah
kepada satu langkah yang lain. Penceritaan merupakan satu bentuk penyampaian melalui
cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan. Pendedahan, retorik ini mendedah dan
menampakkan sesuatu atau menyingkap atau memapar atau menunjukkan sesuatu perkara
atau maklumat dengan jelas dan terperinci. Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan
idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan. Penghujahan
juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. Retorik jenis ini digunakan dalam
sesuatu perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan yang bersifat akademik.
Pendekatan Retorika menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting sesuatu
penulisan. Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya terletak kepada input-
input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logikal serta kemahiran menulis
yang dimilikinya. Kesemua elemen ini dirangkumkan dalam perenggan-perenggan penulisan.
Kesannya, pembaca akan dapat memahami dan menghayati apa yang hendak disampaikan
oleh penulis sekali gus memberikan kesan yang mendalam terhadap emosi dan tindakan
pembaca. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diaplikasikan tergantung kepada bentuk
penulisan, motif penulis dan khalayak pembacanya.
Dalam kajian saya terhadap lima buah karangan lima orang pelajar ini, didapati ada
seorang pelajar yang memasukkan unsur pemerian iaitu yang menulis tajuk Cara
Membalas Jasa Kedua Ibu Bapa. Pelajar ini mengajak pembaca agar sama-sama
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
12/48
BMK3043 SENI MENGARANG
11
menghayati tentang setiap insan di dunia ini mempunyai ibu dan bapa dan tanpa kedua
ibu dan bapa kita tidak akan dapat melihat bintang dan matahari. Ayat ini benar-benar
memberi kesan dan emosi kepada kita sebagai pembaca. Penulis ini sebenarnya ingin
membawa pembaca bersama-sama menyelami dan menghayati betapa besarnya jasa, peranandan tanggung jawab ibu dan bapa. Bagi empat lagi pelajar, mereka tidak memasukkan unsur
pemerian ini.
Dalam pendekatan ini juga saya dapati ada juga pelajar yang menggunakan unsur
pemujukan. Misalnya Adik Nur Anis Nazihah dalam perenggan pengembang telah menulis
ayat Kita mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan dengan belajar bersungguh-
sungguh untuk berjaya dalam peperiksan bagi membalas jasa ibu dan bapa. Ayat ini
sebenarnya meminta dan memujuk pembaca bersama-sama berusaha untuk mengecapi
kejayaan yang diharapkan dengan melakukan usaha yang bersungguh-sunguh.
Melalui unsur pendedahan, saya dapati pelajar-pelajar ada menyelitkan perkara ini.
Misalnya melalui tajuk Kepentingan Komputer Kepada Pelajar, pelajar ini ada
mendedahkan suatu pendapat dan maklumat dan pandangan iaitu dengan adanya
komputer, pelajar akan dapat mencari pelbagai maklumat yang diperlukan melalui
internet seperti Kaijan Tempatan, Sejarah dan Sains. Di sini pelajar telah berjaya
membuat satu pendedahan kepada pembaca bahawa untuk mencari maklumat atau informasi
yang diperlukan, salah satu caranya ialah dengan mengakses internet. Bagi pembaca, sudah
pasti perkara ini membri maklumat berguna apabila menghadapi kesulitan mencari sesuatu
informasi.
Ada juga antara pelajar ini menyelitkan unsur penghujahan. Misalnya melalui
karangan Adik Sahidah Ayuni ada menyatakan bahawa dengan membawa bekalan
makanan ke sekolah sudah pasti akan dapat menjimatkan wang pelajar kerana tidak
perlu berbelanja dengan mengeluarkan wang sakunya. Bagi ayat ini pelajar telah
berjaya memberi hujah yang tepat dan jitu untuk menyokong huraian ideannya.
Melalui pendekatan Retorika ini juga pelajar ada menyelitkan unsur penerangan.
Misalnya melalui tajuk komputer. Pelajar ini menulis dan menerangkan melalui komputer
kita akan mudah untuk mencari bahan-bahan untuk pembelajaran seperti melalui bank-bank
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
13/48
BMK3043 SENI MENGARANG
12
soalan, Zoom A, dan sebagainya. Secara tidak langsung akan memudahkan pelajar
mengulangkaji pelajaran. Di sini pelajar ini telah menerangkan kepada pembaca sekiranya
ingin mencari bahan-bahan pembelajaran, bolehlah mengakses internet.
e. Stilistika
Stilistika merupakaan salah satu ranting dalam ilmu retorika. Strategi stilistika lazimnya
diaplikasikan dalam penulisan popular seperti dalam media massa atau dalam penulisaan
kreatif. Stilistika berkait rapat dengan gaya bahasa dan teknik mengindahkan bahasa supaya
tampak menarik bahkan maknanya juga akan lebih mudah difahami dan lebih member kesan
kepada pembaca. Hashim Awang (1987) dalam bukunya menyatakan bahawa gaya bahasa
ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan.
Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan
untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya. Tanpa stilistika sesuatu
karangan itu kelihatan stereotaip, kaku dan mendatar. Pendek kata ilmu stilistika bertyujuan
melenturkan bahasa mengikut kehendak pengarang selari dengan maksud yang hendak
disampaikan.
Dalam kelima-lima buah karangan yang saya kaji ini didapati juga pelajar-pelajar dapat
mengutarakan serta menterjemahkan cirri-ciri stilistika. Misalnya bagi pelajar yang mengulas
tajukFaedah Kokurikulum Kepada Pelajar dapat menyatakan sesuatu fakta dan huraian
dengan tepat tentang kebaikan yang dapat diperolehi oleh pelajar. Pelajar juag turut
menyelitkan ciri kesantunan lebih-lebih lagi pelajar yang membuat tajuk cara Membalasa
Jasa ibu dan bapa. Dalam karangan ini pelajar dapat menyatakan dengan memberikan
penghargaan yang amat bermakna buat ayah dan ibu dan menghurai bagaimana cara kita
untuk menggembira serta membalas jasa ibu dan bapa. Pelajar ini dengan bersahaja
membawa pembaca mewujudkan sama-sama rasa nikmat dan kasih-sayang yang boleh
dikongsi bersama kepada pembaca.
Pelajar juga dapat menampilkan kejelasan dalam ciri stilistika dalam karangannya.
Misalnya Adik Sahidah Ayuni telah menjelaskan pendapatnya dalam menghurai idea dengan
memasukkan unsur peribahasa melalui idea membawa bekal ke sekolah akan dapat
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
14/48
BMK3043 SENI MENGARANG
13
menjimatkan wang saku kita. Bak kata pepatah Beringat Sebelum Kena, berjimat
Sebelum Habis. Sebagai seorang pelajar sekolah rendah, dapat mengungkap dan
memasukkan peribahasa dalam karangannya satu perkembangan yang baik dan menarik.
Namun sebagai pelajar sekolah rendah, saya dapati mereka terikat dan terikut-ikut rentak
dan gaya bahasa sifunya kerana rata-rata didapati gaya bahasa dan corak serta pembentukan
ayatnya agak sama dan stereotaip. Gaya bahasanya agak moden dan mengikut edaran semasa.
Medium atau wahana menggunakan gaya ilmiah dan popular iaitu dengan ayat dan bahasa
media massa perdana semasa. Gaya bahasanya adalah gaya diplomasi iaitu setiap ayat dan
idea yang ditulis oleh pelajar mempunyai maksud dan tujuan untuk disampaikan kepada
pembaca.
f. Tatabahasa
Tatabahasa merupakan faktor utama yang mempengaruhi nilai dan keberkesanan serta
kualiti sesebuah karangan. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa ayat merupakan unit
bahasa yang paling asas dalam penulisan sesebuah karangan.oleh itu , penting sekali penulis
menguasai selok-belok pembentukan ayat. Sehubungan dengan itu, tentulah unit-unit bahasa
seperti di bawah mesti dikuasai oleh seseorang penulis khususnya yang berkaitan dengan
pembentukan kata.
Antaranya ialah penulis dapat membezakan denotasi dan konotasi, dapat membezakan
antara kata-kata yang maknanya hampir sinonim, dapat membezakan kata-kata yang hamper
mirip dengan ejaannya, dapat memahami dengan tepat makna kata-kata abstrak, dapat
menggunakan kata hubung yang berpasangan dengan tepat, dapat membezakan perkataan
yang umum dan perkataan yang khusus, dapat membezakan kata yang baku dan kata yang
dialek, dapat membezakan kata yang estetik dan bukan estetik dan dapat menggunakan
bahasa yang berunsur agama dengan tepat.Sebenarnya ayat yang berkesan menjadi asas
kepada karangan yang berkesan iaitu ayat yang mampu melukiskan gagasan atau perasaan
penulis secara berkesan.
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
15/48
BMK3043 SENI MENGARANG
14
Dalam kelima-kelima karangan yang saya kaji, didapati penguasaan pelajar untuk
menguasai ayat masih di tahap yang rendah lebih-lebih lagi sekiranya tanpa bimbingan dan
tunjuk ajar daripada gurunya.
Contohynya bagi idea ini , Banyak faedah yang pelajar perolehi daripada kebaikan
komputer kepada pelajar. Antaranya dapat menambah ilmu pengetahuan dan
bermacam-macam seperti Matematik , Sains dan Bahasa Melayu. Didapati pelajar ini
dalam satu ayat terdapat pengulangan perkataan pelajar. Ini akan mencacatkan karangan
pelajar ini kerana tidak dapat menggunakan bahasa yang tepat dan mudah. Namun ada juga
pelajar yang pandai dan dapat menggunakan kata-kata yang berunsur agama seperti
karangan Adik Nur Anis Nazihah iaitu Paling penting ialah kita sentiasa mendoakan ibu
dan bapa sama ada mereka masih hidup atau sebaliknya.
Dari segi laras bahasa saya dapati karangan pelajar-pelajar ini ada dimasukkan pelbagai
laras bahasa seperti laras umum iaitu pelajar-pelajar ini menggunakan ayat-ayat yang
berstruktur mudah dan tidak banyak menggunakan kata-kata pinjaman yang banyak. Laras
agama seperti perkataan mendoakan dan, laras kreatif iaitu penggunaan peribahasa dan
cogankata. Antaranya yang boleh kita temui Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh,
Beringat Sebelum kena, Berjimat Sebelum Habis dan cogankata Badan Cergas, Otak
Cerdas.
Dalam tatabahasa sesebuah karangan, satu lagi aspek yang paling penting ialah
penggunaan tanda bacaan kerana tanda bacaan menjadi penentu mutu sesebuah karangan
terutamanya penulisan ilmiah. Tanda bacaan ini menjadi tatacara atau peraturan untuk
membantu penuluis menyusun frasa dan klausa bersesuaian dengan idea-idea yang hendak
disampaikan dengan betul. Contohnya penulis boleh menggunakan tanda noktah bagi
mengakhiri sesuatu idea atau persoalan, menggunakan tanda petik untuk menandakan
memisahkan antara idea dengan idea lain. Tanda bacaan juga sebenarnya berperanan besar
dalam membantu menyampaikan rasa, perasaan, sikap, emosi di samping menentukan
kejelasan, ketepatan dan penegasan dalam sesuatu idea atau topik.
Bagi kelima-lima karangan yang dikaji , sudah tentu penggunaan tanda noktah menjadi
tunjang utamanya terutamanya untuk menjelaskan sesuatu fakta. Misalnya Kegiatan
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
16/48
BMK3043 SENI MENGARANG
15
kokurikulum ini dapat membentuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar. Ayat ini jelas dan
tepat. Tidak terjumpa dalam karangan pelajar ini perkataan yang menggunakan kependekan
nama.
Penggunaan tanda koma banyak ditemui lebih lebih lagi selepas menulis penanda wacana
dan menghurai tentang contoh. Misalnya, Seterusnya, kegiatan ini dapat .. Selain itu,
penggunaan tanda petik boleh juga ditemui dalam karangan pelajar ini terutama apabila
memasukkan cogankata atau peribahasa. Penggunaan tanda sempang juga ada digunakan
seperti perkara-perkara, adik-adikdan hari-hari.
6.0 KESIMPULAN
Setelah mengkaji dan membuat analisis karangan pelajar dapatlah disimpulkan
bahawa tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah (KBSR) secara amnya adalah untuk
membentuk dan melahirkan murid-murid yang dapat mengolah pendapat berdasarkan situasi
atau tajuk tentang sesuatu idea dalam bentuk karangan. Selain itu, aktiviti mengarang di
sekolah juga dirangka sejajar dengan falsafah Pendidikan Negara.
Sebenarnya karangan di sekolah rendah ini dapat melatih murid-murid melahirkan
idea, menghujah serta dapat mengembangkannya. Karangan ini juga akan dapat membantu
pelajar mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul. Di samping itu,
pelajar akan dilatih dan dibentuk menggunakan pelbagai jenis gaya bahasa dalam
penulisannya.
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
17/48
BMK3043 SENI MENGARANG
16
7.0 BIBLIOGRAFI
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Dr Abu Hassan Abdul, phD, Dr Abd Rashid Md. Idris, phD, Modul Seni Mengarang (2012).
Pusat Pendidikanluar University Pendididkan Sultan Idris, Tanjung Malaim, Perak Darul
Ridzuan.
Raminah Hj Sabran, Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, 1985, UniversityTekbologi
Malaysia.
Dr Abu Hassan Abdul, phD, Dr Abd Rashid Md. Idris, phD, Modul Seni Mengarang (2012).
Pusat Pendidikan luar University Pendididkan Sultan Idris, Tanjung Malaim, Perak Darul
Ridzuan.
Awang Sariyan (1992) Asas Penulisan Deskriptif. Kuala Lumpur . Menara Ilmu Sdn Bhd.
Awang Sariyan (2006) . Tertib Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Henry Guntur Tarigan (1986) Menulis Sebagai Satu Keterampilan Berbahasa. Bandung.
Penerbit Angka
Sulaiman Masri et. Al. (2007) Bahasa Melayu ; Rujukan Menengahj. Kuala Lumpur. Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
Wacana Akademik Bahasa Melayu (2011). Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,
Falkulti Bahasa dan Komunikasi, University Pendididkan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
Darul Ridzuan.
Abdul Aziz Abdul Rahman, Masuri Ahmad, STPM Teks-U; Bahasa Malaysia Kertas 910/1
dan 910/2, Kuala Lumpur.
Kamaruddin Haji Husin, ( 1995 ), Laras Bahasa, Utusan Publications and Distributors Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
18/48
BMK3043 SENI MENGARANG
17
Marzukhi Nyak Abdullah, ( 1994 ), Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Siti Hajar Abdul Aziz, ( 2011 ), Bahasa Melayu 1, Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
19/48
BMK3043 SENI MENGARANG
18
LAMPIRAN
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
20/48
BMK3043 SENI MENGARANG
19
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
21/48
BMK3043 SENI MENGARANG
20
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
22/48
BMK3043 SENI MENGARANG
21
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
23/48
BMK3043 SENI MENGARANG
22
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
24/48
BMK3043 SENI MENGARANG
23
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
25/48
BMK3043 SENI MENGARANG
24
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
26/48
BMK3043 SENI MENGARANG
25
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
27/48
BMK3043 SENI MENGARANG
26
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
28/48
BMK3043 SENI MENGARANG
27
TUGASAN 2
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENDAHULUAN 28
2.0 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK 28
3.0 GAYA BAHASA
ASPEK BAHASA DAN TULISAN DALAM
HIKAYAT HANG TUAH 30
PENGULANGAN PERKATAAN 34
PENGGUNAAN KATA PANGKAL AYAT 36 PENGGUNAAN KOSA KATA KLASIK 37 PENGGUNAAN BAHASA ISTANA 37 PENGGUNAAN AYAT YANG PANJANG,
BERULANG-ULANG DAN BERBELIT-BELIT 38
PENGGUNAAN PERIBAHASA DAN PANTUN 414.0 RAGAM BAHASA
BAHASA KIASAN 42
BAHASA PERTENTANGAN 42 BAHASA SINDIRAN 43 BAHASA HIPERBOLA 44
5.0 STRATEGI PEMERENGGANAN HIKAYAT HANG TUAH 45
6.0 KESIMPULAN 45
7.0 BIBLIOGRAFI 46
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
29/48
BMK3043 SENI MENGARANG
28
1.0 PENDAHULUAN
Hampir setiap bangsa di dunia ini melahirkan karya epik masing-masing. Orang India
melahirkan Ramayana dan Mahabharata , orang Greek melahirkan Beowulf , bangsa Sepanyolmelahirkan Cid, dan bangsa Findland melahirkan kalavala. Dalam masyarakat Melayu,
epik yang terkenal ialah Hikayat HangTuah. Dalam meletakkan kedudukan karya
Hikayat hang Tuah di sisi kesusasteraan Melayu, ramai pengka ji menimbulkan
berbaga i-baga i kontrov ersi mengenai keduduka n sebenar karya ini.
Seorang pengkaji, Kassim Ahmad yang pernah membuat kajian mengenai teks ini,
meletakkan kedudukan Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah karya epik. Alasan yang
d i k e m u k a k a n o l e h b e l i a u i a l a h b a h a w a w a t a k H a n g T u a h i t u b u k a n
m e r u p a k a n w a t a k manusia biasa, melainkan sebagai lambang kepada bangsa Melayu
iaitu lambang kemegahan, kegagahan, kebesaran, kesetiaan, kejayaan dan
kemasyhuran kepada bangsa Melayu pada zaman keagungan kerajaan Melayu iaitu
kerajaan Melayu Melaka.
Hikayat Hang Tuah adalah satu-satunya contoh sastera epik yang ditakrifkan
sebagai sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera kepahlawanan berunsur
kebangsaan. Hikayat ini dianggarkan terkarang selewat-lewatnya pada abad ke-17,
terkemudian daripada Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Selain Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu), Hikayat Hang Tuah termaktub sebagai sebuah karya sastera
Melayu yang terindah
2.0 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK
Perkembangan bahasa Melayu Klasik seharusnya dikaitkan dengan
perkemba ngan karya sastera. Ini bererti perke mbangan itu bermula da ri zaman
sastera lisan. Dalam pengucapan sastera tersebut, penuturnya tetap menggunakan
bahasa sebagai pengantaranya. Perkembanga n kesusasteraan sesuatu bangsa pada
masa lampau merupakan gambaran yan g jelas mengenai sejarah silam bangsa itu.
Kekayaan kebudayaannya, sejarahnya, keperibadian bangsanya terdapat dalam naskhah
Melayu lama.
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
30/48
BMK3043 SENI MENGARANG
29
Sejarah telah membuktikan kewujudan Negara Melayu tua Sri Wijaya
yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu cukup lama digunakan
sebagai bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu. Setelah jatuhnya pusat
p e r k e m b a n g a n k e s u s a s t e r a a n M e l a y u d i M e l a k a , A c h e h t e l a hmengambil alih pusat tersebut dan menjadikannya sebagai pusat tumpuan para
alim ulamadari seluruh kepulauan Melayu. Dalam tulisan pengembara seperti Marco Polo
dan ibn Batuta dapat disimpulkan bahawa akhir abad ke-13 adalah permulaan
Islam mendapat tempat diAlam Melayu. Dengan ini pengaruh Hindu mula hilang sedikit
demi sedikit sehinggalah ke 4 abad ke-15. Nyatalah bahawa Islam tidak bertindak drastik
dalam menghapuskan pengaruh Hindu di rantau ini. Islam mula bertapak di bandar-
bandar dan pelabuha n kerana di situ menjadi tumpuan or ang ramai dan pa ra
pedagang. Is lam berkembang di rantau ini buk an sahaja sebagai satu agama tetapi
sebagai satu peradaban yang memberi unsur dan pandangan baru kepada masyarakat Melayu.
Sehingga kini kita tidak mengetahui siapakah pengarang Hikayat Hang Tuah yang
merupakan sebuah cerita dalam kesusasteraan Melayu lama yang paling panjang ini (lebih
kurang 146,000 perkataan).
Menurut Kassim Ahmad dalam bahagian pengenalan buku Hikayat Hang Tuah yang
telah diselenggarakan dan diberikan pengenalan baru oleh be liau, Rasanya tidak ada
kemungkinan pengarang hikayat ini akan diketahui. Kalaupun pada satu hari kita bernasib
baik lalu bertemu dengan naskhah asalnya tetapi nama pengarangnya tidak mungkin akan
tercatat di situ.
Perihal karangan-karangan tidak diberi nama pengarangnya memang umum
dan terkenal dalam kesusasteraan lama. Menurut Kassim Tuhfat al-Nafis yang bercorak
sejarah dan diketahui pengarangnya. Sejarah adalah karangan berat , sementara
hikayat hanya untuk menyedapkan hati pembaca atau seperti kata penyalin naskhah Leiden
supaya sukacitalah segala yang mendengar dia cerita ini.
Mengikut satu sumber iaitu TheEncylopaedia of Islam , ( jilid 11 ) menyatakan
bahawa di dalam Islam cerita-cerita yang peranannya semata-mata untuk menghibur
dipandang rendah. Peranan menghibur hanya dilakukan oleh Pak Lawak. Sesuatu karangan
akan dipandang tinggi hanya kalau ada maksud untuk memberi pengajaran kepada
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
31/48
BMK3043 SENI MENGARANG
30
pembaca.Oleh itu pengarang yang menulis untuk menyedapkan hati pembaca, seperti
penga rang hikayat, engg an mengakui ciptaan-ciptaan mereka.
3.0 GAYA BAHASA
Aspek Bahasa Dan Tulisan Dalam Hikayat Hang Tuah
Sistem ejaan yang digunakan dalam hikayat ini ialah sistem ejaan jawiAspek bahasa
Bahasa dalam Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah hasil sastera lama memang
t e r p e l i h a r a . K a t a M . G . E m e i s , d a l a m B u n g a R a m p a i S a s t e r a K u n o ,
H i k a y a t i n i d i c e r i t a k a n d a l a m bahasa Melayu yang hidup, yang bersemangat,
yang jauh lebih baik dari roman sejati. Dalam usaha untuk menjadikan hikayat ini magnum
opus (karya agung) dalam kesusateraan Melayu yang diminati oleh pembaca Melayu
zaman berzaman, penulis telah memasukkan unsur-unsur sensasi yang berdaya
menarik minat pembaca.
Khayalak pembaca atau pendengar amat berm inat dengan kisah-kis ah
yang berupa sejarah, cerita mitos, lagenda, cerita rakyat d an ce ri t a pe ng li pu r
l a r a . K i s a h - k i s a h i n i d i s a m p a i k a n s e c a r a m e n a r i k m e l a l u i
dialog,hiperbola, unsur anachronism, wasia, waad atau sumpah setia dalam
bentuk sur at ki riman, perlakuan watak seperti monol og, interior -mono log dalam
gambaran suspen, imbas-depan dan mimpi. Semua unsur-unsur ini digarap dalam gaya
bahasa yang indah menerusi elemen-elemen bahasa seperti simile, metafora, personafikasi
dan pengulangan cerita pada fenomenayang sama.
Di dalam karya-karya Melayu silam, unsur hiperbola amat diminati
k e ran a i a b e r tu ju an memb esar -b esa rk an sesu a tu y an g k ec i l . Seb ab i tu
p e n g a r a n g s e n g a j a m e n j a d i k a n a i r secawan dilautkan, tanah sekepal
digunungkan. Misalnya, Hang Jebat menikam hulubalang istana seramai 700 orang.
Semas a Hang T uah di Majap ahit, dia dan sahabatn ya t erpak sa berlawan dengan
perajurit dari pralente Jawa yang ramai jumlahnya. Jumlah yang disebutkan p e n g a r a n g
i t u t i d a k l o g i k k e r a n a t e r l a l u r a m a i d i b a n d i n g k a n d e n g a n r a m a i
p e n d u d u k sesebuah negeri. Dalam perlukisan watak-wataknya, pengarang memasukkan
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
32/48
BMK3043 SENI MENGARANG
31
unsur-unsur perwatakan dengan amat berkesan seperti unsur interior-monolog,
contohnya, M a k a S e r i B e t a r a p u n f i k i r d a l a m h a t i n y a , t e r l a l u s e k a l i
i n g a t n y a o r a n g e n a m i ni .
Demikianlah hendaknya orang yang disuruh oleh tuannya seperti telur
sepeti,pecah sebuah pecah semuanya. U n s u r i n i b e r b e z a d a r i p a d a u n s u r
mo no lo g k er an a ia f i k i ra n di da la m ha ti ya ng t i da k diucapkan. Unsur-unsur
tersebut telah digarap melalui watak oleh pengarang dengan licin dan meyakinkan. Pengarang
Hikayat Hang Tuah ialah seorang yang bijak menggunakan bahasa. Segala aspek daripada
elemen-elemen bahasa telah digunakan dengan sempurna dalam karyanya ini.
Dia menggunakan unsur simile seperti terlalu am arah seperti ular berbelit-
belit. Seorang perempuan terlalu elok rupa nya da n warna wajahnya seperti
emas sepuluh mutu, warna mukanya seperti bulan purnama empat belas hari
bulan . ( h a l a m a n 1 0 ) . U n s u r s i m i l e b u k a n s a h a j a i n d a h t e t a p i
t e p a t perbandingannya.
Pengarang juga menggunakan metafora seperti burung terbang lakunya. Memakai
dastarbunga dikarang gajah gemulong. Unsur ini memperindah gaya karangan yang
sememangnya terlalu indah itu. Selain itu pengarang juga menggunakan unsur personafikasi
yang dapat menghidupkan atau memberi sifat-sifat manusia pada objek-objek bukan manusia
seperti buah-buah berkata: Ambillah aku, aku baik, manis daripadanya. Peristiwa ini berlaku
ketika Hang Tuah dan rakan-rakannya pergi ke Gunung Wirana Pura hendak
berguru dengan Sang Persanta Nala.
Selain itu, terdapat dalam hikayat ini ayat-ayat dan ungkapan bahasa
Melay u s i l am y an g su n g g u h in d ah y an g su d ah p u p u s p en g g u n aan n y a
k i n i s e p e r t i k e l u a r m a s u k t i d a k l a h berpintu lagi, ertinya bebas keluar masuk.
Sistem ejaan yang digunakan dalam hikayat ini merupakan sistem ejaan Jawi. Penggunaan
huruf Jawi atau tulisan Arab ini dapat dilihat dengan jelas sekali menerusi perkataan
Bismillahirrahmanirrahim dan wabihinastainubihi (Halaman 1) dan yang kerap kali
digunakan di dalam Hkayat Hang Tuah. Perkataan tersebut telah ditulis dengan menggunakan
huruf Jawi. Keadaan ini dengan karya-karya bahasa Melayu Moden yang telah menerima
pengaruh tulisan Rumi yang berasal dari Barat. Kecuali karya-karya atau buku-buku yang
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
33/48
BMK3043 SENI MENGARANG
32
bercorak keagamaan, bahasa Melayu Moden menggunakan tulisan rumi sepenuhnya dalam
setiap karya yang dihasilkan.
Antara ciri yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden .adalah pengaruh kosa kata asing.Bahasa Melayu Klasik dilihat banyak menerima fonem-
fonem dari bahasa Arab (Abdullah Hassan, 1992).Antarayang kerap kali digunakan
contohnya kh, z dan sy. Penggunaan fonem-fonem ini digunakan dengan begitu meluas
terutama sekali dalam penghasilan karya sastera yang bercorak keagamaan, cerita-cerita
rakyat dan lain-lain lagi. Antara contoh perkataan yang dikesan menerusi Hikayat Hang Tuah
yang menggunakan fonem Arab adalah seperti akhirat, syarat dan zaman.
Seperti mana yang telah sedia maklum, Hikayat Hang Tuah membabitkan penceritaan
yang berlatarkan masa yang panjang dan latar yang luas. Tidak seperti Sejarah Melayu yang
ditulis oleh seorang yang mahir dalam bahasa Arabdan dipengaruhi oleh agama Islam,
Hikayat Hang Tuah masih mengambarkan alam fikiran Melayu sebelum meluasnya
agamatersebut. Penggunaan kata-kata dan gaya bahasa Arab didapati kurang sekali kecuali
pada bahagian-bahagian tertentu.
Berdasarkan dari pembacaan hikayat tersebut, penulis mendapati penggunaan kosa
kata yang terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah dipengaruhi oleh tiga jenis pengaruh
bahasa asing yang utama iaitu pengaruh Hindu, Islam dan Panji Jawa.Di dalam Hikayat Hang
Tuah, ada menceritakan watak yang diberi nama Sang Perta Dewa (Halaman 1). Beliau telah
memberikan nama Bukit Siguntang Mahabiru (Halaman 8) kepada sebuah bukit yang subur
dengan tumbuh-tumbuhan. Tempat tersebut kemudiannya telah dijadikan negeri atau
penempatan. Adalah dipercayai bahawa penggunaan Mahabiru dalam konteks ini adalah
sama dengan perkataan Mahaviru yang bermaksud bukit suci (mengikut kepercayaan
tradisi Hindu).
Mengikut kepercayaan agama Hindu bukit Mahariru merupakan kediaman dewa-
dewa Vishnu dan Shira. Dengan wujudnya kata-kata tersebut, pengarang berharap ianya
dapat mengambarkan kesaktian yang dikaitkan dengan dewa-dewa dalam karya ini. Gelaran
Laksamana yang dianugerahkan kepada Hang Tuah dipercayai berasal dari perkataan
Sanskrit yang bermaksud tanda atau markah keutamaan.
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
34/48
BMK3043 SENI MENGARANG
33
Gelaran Laksamana diberikan kepada Hang Tuah yang merupakan lambang kesetiaan
dan ketaatan yang sepenuhnya terhadap raja-raja. Ianya meyerupai watak Laksamana dalam
Hikayat Seri Rama.Fenomena ini berbeza dengan karya Melayu Moden yang didapati lebihbanyak menerima pengaruh bahasa Inggeris dan Arab dari bahasa-bahasa yang
lainnya.Bahasa Melayu Klasik turut menampakkan ciri-ciri pengaruh dari bahasa Arab.
Perkataan-perkataan Arab telah digunakan dengan meluasnya dalam bahasa tersebut.
Keadaan ini telah menyebabkan kosa kata dan perbendaharaan kata bahasa Melayu Klasik
pada ketika itu semakin bertambah. Pinjaman dari perkataan Arab dikatakan berpunca dari
kurangnya perkataan-perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu perkara.Keadaan ini
dapat diperjelaskan menerusi contoh-contoh perkataan yang ditemui di dalam Hikayat Hang
Tuah.
Terdapat beberapa perkataan yang telah menampakkan ciri-ciri pengaruh Islam
dengan begitu jelas sekali. Perkataan Arab sering digunakan sebagai mukadimah dalam
karya-karya bahasa Melayu Klasik. Contohnya Bismillahirrahmanirrahim dan
wabininastainubihi yang merupakan pembuka kata yang mengungkapkan kebesaran dan
keagungan Allah yang sememangnya dituntut dalam agama Islam. Selain dari perkataan-
perkataan tersebut terdapat banyak lagi perkataan-perkataan Arab-Parsi yang digunakan
dalam hikayat ini. Perkataan-perkataan tersebut adalah seperti Allah subhanahuwataala,
assalamualaikum, muallim, muaazzam, al-kisah,,hatta, alkisah,ikrar, takzim dan banyak lagi.
Penggunaan kata-kata Arab-Parsi yang banyak di dalam hikayat ini telah
membuktikan pengaruh Islam yang kian berkembang sehingga mempengaruhi kosa kata yang
digunakan pada ketika itu. Penggunaan kosa kata pinjaman Arab-Parsi juga boleh didapati
menerusi karya bahasa Melayu Moden. Perkataan-perkataan seperti Allah, insyaallah dan
sebagainya juga ada digunakan. Namun pendedahannya tidak sehebat seperti dalam bahasa
Melayu Klasik. Penggunaannya dilhat sangat terhad dan kata-kata pinjaman tersebutditulis
dalam tulisan rumi, tidak seperti karya bahasa Melayu Klasik yang menggunakan tulisan
Arab bagi kata-kata pinjaman terutamanya kata-kata yang berfungsi sebagai mukadimah.
Penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu Klasik bukan sahaja menerima pengaruh dari
bahasa Sanskrit, Arab dan Parsi, malahan ianya turut dipengaruhi oleh bahasa Jawa.
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
35/48
BMK3043 SENI MENGARANG
34
Penggunaan perkataan seperti Kyai, aji, ubun-ubun, fakanira, manira, kula dan sebagainya
jelas menunjukkan pengaruh Jawa yang begitu meluas di dalam Hikayat Hang Tuah ini.
Pengaruh Panji jawa begitu ketara sekali terutamanya apabila nama kerabat diraja dangolongan bangsawan Melaka dan Terengganu menggunakan gelaran Jawa. Ini jelas dapat
dilihat berdasarkan nama-nama yang diberikan kepada kedua-dua puteri baginda raja Melaka,
iaitu Raden Bahar dan Raden Baju. Raden merupakan gelaran diraja yang sering digunakan
kepada putera raja Jawa yang sama ertinya seperti gelaran Tengku, Engku dan Raja yang
digunakan dalam masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu Moden. Panggilan Kyai
pula adalah gelaran yang diberikan kepada para alim ulama. Ianya sering kali digunakan
dalam Hikayat Hang Tuah. Perkataan Kyai ini pula samalah ertinya dengan perkataan
Ustaz, Imam, Haji dan Lebai yang sering digunakan oleh masyarakat hari ini iaitu menerusi
bahasa Melayu Moden.
Pengulangan perkataan
Gaya bahasa melibatkan cara dan gaya seseorangpengarang menyampaikan buah
fikiran dan pandangannyasendiri melalui hasil karyanya. Gaya bahasa yang baik melibatkan
banyak penggunaan perbendaharaan kata. Salah satu dari ciri-ciri yang membezakan bahasa
Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden adalah dari segi pengulangan kata.
Perbendaharaan kata yang digunakan di dalambahasa Melayu Klasik didapati banyak
menggunakan pengulangan perkataan. Perkara ini dapat dibuktikan apabila penelitian
terhadap Hikayat hang Tuah dilakukan. Pengulangan perkataan-perkataan tertentu banyak
didapati di dalam karya hikayat ini.
Sebagai sebuah hasil karya klasik, gaya bahasa pengulangan adalah perkara yang
lazim didapati.Perkataan-perkataan yang sering kali digunakan secara berulang-ulang di
dalam Hikayat Hang Tuah adalah :
a.setelah
b.alkisah
c.hatta
d.maka
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
36/48
BMK3043 SENI MENGARANG
35
e.sebermula
f.arakian
g.syahadan
h.sekalian
Berdasarkan penelitian penulis terhadap kandungan hikayat ini terutamanya pada
(Halaman 12 dan 13), bilangan penggunaan perkataan maka telah diulang sebanyak dua
puluh tiga kali sementara bagi perkataan hatta pula ianya telah diulang tulisannyasebanyak
empat kali.Pada masa yang sama terdapat juga pengulangan perkataan bagi kata ganda yang
terdapat di dalam hikayat ini. Kata ganda yang dimaksudkan adalah seperti :
a.raja-raja
b.anak-cucu
c.sekali-sekala
d.bunyi-bunyian
e.orang besar-besar
f.bermain-main
g.anak bini
Disamping itu pengulangan bagi kata tunjuk, kata penegas dan kata hubung juga
kerap berlaku dalam bahasa Melayu Klasik. Hikayat Hang Tuah sendiri telah memperlihatkan
beberapa contoh pengulangan kata tunjuk, kata penegas dan kata hubung yang sering
digunakannya
Di bawah dapat menjelaskan lagi antara pengulangan kata yang sering digunakan di dalam
hikayat ini.
1 Kata Tunjuk (itu, sana, maka)
2 Kata Hubung (yang, dan, atau)
3 Kata Penegas(lah, pun)
Pengulangan bagi perkataan-perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu Klasik
dilihat berbeza dengan bahasa Melayu Moden. Penggunaan kata berulang dilihat tidak
berlaku di dalam bahasa Melayu Moden. Penulis berpendapat antara punca utama yang
menyebabkan berlakunya pengulangan kata di dalam bahasa Melayu Klasik adalah
disebabkan kurangnya perbendaharaan kata pada ketika itu. Keadaan ini juga berpunca akibat
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
37/48
BMK3043 SENI MENGARANG
36
dari pengaruh bahasa Sanskrit dan Arab yang pernah digunakan sebelumnya oleh masyarakat
Melayu pada zaman tersebut.
Penggunaan Kata Pangkal Ayat
Selain daripada cirri-ciri yang telah dibincangkan, aspek lain yang turut membezakan
bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden adalah mengenai penggunaan kata
pangkal ayat. Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan kata pangkal ayat atau disebut
sebagai perdu perkataan. Antara perdu perkataan yang sering digunakan dalam hasil karya
yang menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun
dan sebagainya.
Penggunaan kata pangkal ayat ini turut terdapat dikesan pada Hikayat Hang Tuah.
Antara contoh kata pangkal ayat yang digunakan adalah seperti berikut :
Hatta maka didengarlah pada segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya di
tanah Palembang bahawa di Bukit Seguntang itu sekarang ada raja diturunkan
Allah Taala dari keinderaan. (Halaman 8)
Penggunaan kata pangkal ayat ini dilihat tidak memberi sebarang fungsi atau makna
dalam sesebuah ayat yang diwakilinya. Sekiranya ia tidak digunakan atau diabaikan, makna
sesebuah ayat tidak akan berubah. Berdasarkan keterangan tersebut, penggunaan bahasa
Melayu Moden hari ini dilihat tidak lagi kerap menggunakan kata pangkal ayat. Oleh itu,
petikan di atas boleh ditafsirkan atau ditulis semula tanpa menggunakan kata pangkal ayat
seperti berikut :
Maka didengarlah pada segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya di tanah
Palembang bahawa di Bukit Seguntang itu sekarang ada raja diturunkan Allah
Taala dari keinderaan. (Halaman 8)
Berdasarkan petikan di atas yang telah dituliskan semula dengan menggunakan bahasa
Melayu Moden, jelas sekali menampakkan maksud yang sama dari petikan yang asal. Oleh
itu, tidak hairanlah mengapa karya-karya yang menggunakan bahasa Melayu Moden telah
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
38/48
BMK3043 SENI MENGARANG
37
mengabaikan perdu perkataan ini kerana ianya tidak memberi sebarang maksud atau makna
tertentu dalam karya mereka.
Penggunaan Kosa Kata Klasik
Selain dari ciri-ciri yang telah dibincangkan, bahasa Melayu Klasik juga dilihat sering
kali menggunakan kosa kata klasik yang berasal dari Arab, Jawa, Siam, Sanskrit dan lain-lain
lagi. Antara contoh kosa kata klasik yang dimaksudkan adalah seperti ratna mutu manikam,
edan kesmaran, sahaya, masygul dan lain-lain lagi.Bagi memperlihatkan penggunaan yang
meluas kosa kata ini di dalam karya bahasa Melayu Klasik, jadual yang berikutnya ini akan
menunjukkan antara contoh kosa kata klasik yang digunakan dalam Hikayat Hang Tuah
beserta terjemahannya yang dilakukan dalam bahasa Melayu Moden.
Penggunaan Kosa Kata Klasik Dalam Hikayat Hang Tuah
Kosa Kata Klasik Terjemahan Ke Dalam bahasa Melayu
Moden
Aviad Putih
Adika tuanku
Amum pangkat bagi golongan bangsawan
arkian barang pemberian
andalan sesudah itu
bajuzirah cagaran
berpelik baju besi
bersuaka bersubang kecil
bertandak berlindung
Penggunaan Bahasa Istana
Tidak dapat dinafikan penggunaan bahasa istana di dalam karya bahasa Melayu
Klasik kerap berlaku berbanding di dalam karya bahasa Melayu Moden. Watak utama di
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
39/48
BMK3043 SENI MENGARANG
38
dalam karya bahasa Melayu Klasik adalah terdiri daripada watak istana yang melibatkan
sultan, permaisuri, anakanda dan sebagainya.
Oleh yang demikian, penggunaan bahasa istana amat diperlukan di dalam karyabahasa Melayu Klasik bagi mengisahkan cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja.
Perkara ini dapat dijelaskan lagi menerusi contoh ayat yang diptik dari Hikayat Hang Tuah
yang dikemukakan oleh Kassim Ahmad (Halaman 5) yang berbunyi :Maka pada ketika itu
juga baginda pun melengkapi anakanda baginda itu dengan inang pengasuh dan
dayang-dayang sepertinya. Maka tuan puteri Kemala Ratna Peling gan dipeluk cium
dan ditangisinya oleh ayahanda baginda.
Namun begitu penggunaan bahasa istana ini, kurang digunakan di dalam bahasa
Melayu Moden. Hal ini telah dibuktikan apabila karya yang ditulis menggunakan bahasa
Melayu Moden kurang menggunakan tema keluarga diraja. Karya-karya yang menggunakan
bahasa Melayu Moden didapati bertemakan tentang kehidupan insan dalam kelompok
masyarakat biasa. Oleh itu penggunaan bahasa istana dalam karya bahasa Melayu semakin
hari semakin ditinggalkan dalam masyarakat Melayu Moden
Penggunaan Ayat Yang Panjang, Berulang-Ulang dan Berbelit-Belit
Penggunaan ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit merupakan ciri
utama
yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Modendari sudut sintaksis.
Selain dari itu, ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik juga dianggap
meleret -leret terutama sekali apabila menerangkan sesuatu perkara. Ciri yang membezakan
bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Modenini dapat dikesan melalui beberapa baris
ayat yang terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah.
Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian dan melihat
segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaiannya terlalu indah-
indah -rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan -datang mendapatkan Sang Perta
Dewa itu bertatahkan ratna mutu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam pun tahulah akan
Sang Perta Dewa itu anaknya besar turun dari keinderaan.(Dipetik daripada Hikayat Hang
Tuah, halaman 6) ayat di atas, jelas mengambarkan kepada kita bahawa ayat-ayat yang
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
40/48
BMK3043 SENI MENGARANG
39
terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik adalah terdiri daripada ayat yang panjang
strukturnya.
Bagi contoh ayat di atas ianya menggunakan sebanyak lima puluh tujuh patahperkataan dalam satu ayat. Bilangan perkataan tersebut jelas membuktikan kepada kita
bahawa ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik adalah terdiri aripada ayat
yang panjang strukturnya.Berdasarkan anlisis yang dilakukan terhadap ayat tersebut, penulis
telah mendapati antara punca utama ayat berkenaan didapati panjang adalah kerana
penggunaan beberapa patah perkataan telah diulang beberapa kali.
Berikut dipaparkan anlisis bilangan perkataan yang terdapat dalam contoh ayat tersebut.
Perkataan Bilangan
Ulangan
tuan puteri 2
dan 2
segala 2
itu 4
turun 2
terlalu 2
datang 2
pun 2
Sang Perta Dewa 2
Turun 2
Kekerapan Bilangan Ulangan Perkataan Berdasarkan jadual , sebanyak sembilan patah
perkataan dikesan telah diulang tulis sebanyak dua kali, manakala perkataan turun telah
diulang sebanyak empat kali. Oleh yang demikian jelaslah kepada kita bahawa antara punca
yang menjadikan ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik didapati panjang
dan meleret-leret adalah faktor ulangan perkataan.
Selain terdapatnya unsur pengulangan perkataan, sesebuah ayatbahasa Melayu Klasik
juga didapati panjang dan meleret-leret kerana berpunca daripada gaya bahasa hiperbola yang
biasa terdapatdi dalam hasil sastera klasik. Gaya bahasa hiperbola bermakna sesuatu perkara
itu diceritakan secara berlebih-lebihan. Tujuan utama penggunaan gaya bahasa jenis ini
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
41/48
BMK3043 SENI MENGARANG
40
adalah untuk menekankan keistimewaan sesuatu benda atau perkara. Disamping
penggunaannya juga diharapkan dapat meninggalkan kesan yang mendalam dan berkekalan
diingatan para pembacanya. Menerusi contoh ayat yang diberi, jelas kelihatan daripada
wacana-wacana pemerian pengarang terhadap kecantikan dewa-dewa yang turun darikayangan. Antara contoh gaya bahasa hiperbolaberbunyi :Segala perintah dewa-dewa turun
terlalu banyak datang dengan pakaian terlalu indah-indah -rata terbang itu pun dengan
perhiasannya keemasan.(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 6)
Di dalam bahasa Melayu Moden pengulangan sesuatu perkataan di dalam sesebuah
ayat tidak berlaku. Sekiranya sesuatu perkataan diulang beberapa kali dalam sesebuah ayat
ianya dianggap sebagai suatu kelemahan terhadap binaan ayat tersebut. Penggunaan imbuhan
nya boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang beberapa kali. Ganti
nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang tidak diperlukan boleh diabaikan bagi tujuan
meringkaskan sesebuah ayat. Pengarang harus sedar bahawa sesebuah ayat yang panjang,
berulang-ulang dan berbelit-belit akan menyebabkan pembaca menjadi bosan untuk
menikmati sesebuah karya. Contoh ayat yang berulang-ulang kali penampilannya boleh
dilihat pada contoh ayat yang berikutnya :
Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genablah
bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang lelaki, terlalu elok rupanya
sikapnya. (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah,halaman 11)
Berdasarkan contoh ayat di atas, penulis mendapati ianya telah diulang sebanyak
empat kali dalam satu muka surat.Ayat tersebut dituliskan sebanyak empat kali bagi
menjelaskan kepada pembaca bahawa Sang Sapurba mempunyai anak seramai empat orang.
Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan sesebuah ayat itu
berbelit-belit dan sukar difahami. Hal ini bertentangan dengan gaya penuliasan bahasa
Melayu Moden yang mementingkan ketepatanmaklumat bagi memudahkan kefahaman
pembaca. Oleh itu ayat-ayatnya dituliskan dengan lebih ringkas tanpa meninggalkan sebarang
maklumat penting.
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
42/48
BMK3043 SENI MENGARANG
41
Penggunaan Peribahasa
Penggunaan peribahasa di dalam ayat-ayat bahasa Melayu Klasik berupaya
menjadikan sesebuah karya semakin menarik. Penggunaan jelas membayangkan ketinggianbudi dan pekerti penutur dan penulisnya. Bagi memperlihatkan contoh-contoh penggunaan
peribahasa dalam karya bahasa Melayu Klasik Hang Tuah penulis telah memetik beberapa
potong ayat yang dikesan menggunakan peribahasa ini.
Penggunaan Pantun
Penggunaan pantun digunakan oleh pengarang dengan tujuan mengindahkan jalan
cerita serta meninggalkan kesan yang mendalam dalam ingatan pembaca. Malahan teknik
penggunaan pantuan adalah satu teknik yang biasa digunakan dalam hasil-hasil sastera klasik.
Dengan adanya penggunaan pantun, sesuatu peristiwa dapat disampaikan dengan lebih jelas.
Di dalam Hikayat Hang Tuah, terdapat satu adegan di mana Hang Tuah berbalas
pantun bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya. Mereka berbalas pantun sambil bersuka ria
di taman larangan Betara Majapahit. Hang Jebat dan Hang Kasturi memulakan pantun
tersebut, iaitu,Hang Jebat Hang kasturi Budak-budak raja MelakaJika hendak jangan dicuri
Mari kita bertentang mata.Selepas itu, Hang Kasturi berpantun sekali lagi, iaitu,Gajah lekir
kuda beraksaDi mana kuhempaskanSama lebur sama binasaOrang kayu di manakan aku
tunangkan..Tiba giliran Hang Lekir berpantun, Adakah perisai bertali rambutRambut dipintal
akan cemara Adakah bisa tahu takut Kami pun muda lagi perkasa.
Gaya bahasa Hikayat Hang Tuah dilihat telah memasukkan pelbagai unsur seperti
yang telah dibincangkan iaitu bahasa kiasan, bahasa pertentangan, hiperbola, peribahasa dan
pantun. Penggunaan elemen-elemen gaya bahasa ini dilakukandengan tujuan menarik minat
pembaca terhadap sesebuah karya sastera yang dihasilkan. Selain dari bertujuan menzahirkan
perasaan negatif iaitu mengejek dan menyindir ianya juga digunakan untuk memberikan
penekanan terhadap sesuatu keistimewaan sesuatu perkara atau benda.
Elemen ini amat dititik beratkan di dalam bahasa Melayu Klasik Hikayat Hang Tuah
bagi meninggalkan kesan yang berkekalan di ingatan sesorang pembaca. Namun begitu
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
43/48
BMK3043 SENI MENGARANG
42
menerusi gaya bahasa Melayu Moden elemen-elemen yang telah dibincangkan tidak begitu
ketara penampilannya. Pertuturan dan penulisan dalam bahasa Melayu Moden dilihat lebih
bersifat terbuka, telus dan berterus terang. Ini adalah kerana masyarakat moden hari ini lebih
bersikap terbuka dan berterus terangd alam mentafsir sesuatu perkara. Mereka juga mahukansesuatu perkara itu disampaikan dengan tepat dan cepat tanpa ada unsur-unsur lain yang
mengelirukan pendengar dan pembaca.
4.0 RAGAM BAHASA
Gaya Bahasa Kiasan
Salah sebuah karya bahasa Melayu Klasik iaitu Hikayat Hang Tuah didapati banyak
menggunakan bahasa kiasan bagi mengambarkan tindak tanduk watak ataupun sesuatu
benda. Dengan adanya penggunaan bahasa kiasan ini gambaran sesuatu peristwa dapat di
sampaikan dengan jelas dan menarik. Peristiwa-peristiwa yang melibatkan penggunaan
bahasa kiasan ini ialah :
Ular cintamani yang ditangkap oleh Hang Tuah di Pulau BiramDewa telah
digambarkan sebagai :........ rupanya dan besarnya seperti pisangemas dan warnanya
seperti emas sepuluh mutu .(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 43)
Gaya Bahasa Pertentangan
Salah satu ciri yang membezakan ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat
Moden adalah gaya bahasa pertentangan sering digunakan.Salah satu ciri yang membezakan
ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat bahasa Melayu Moden adalah wujudnya gaya bahasa
pertentangan. Gaya bahasa pertentangan sebenarnya bertujuan untuk mencela, mengkritik
dan menyakiti hati seseorang. Biasanya gaya bahasa pertentangan ini wujud dalam pertuturan
dan penulisan bahasa Melayu Klasik. Kata-kata kritikan tersebut biasanya ditujukan oleh
seseorang penutur kepada watak yang lain.
Menerusi Hikayat Hang Tuah beberapa ayat yang menggunakan gaya bahasa
pertentangan telah dikenal pasti. Antaranya adalah,Cis? Si Tuah itu hendak menunjukkan
laki-lakinya kepadaku? Tetapi Si Tuah itu bukan padanku; padanku Raja Melaka juga.
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
44/48
BMK3043 SENI MENGARANG
43
Adapun pertikamanku yang empat ribu ini kuamuk di dalam negeri Melaka itu
sejamlamanya; syahadan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini
kurandungkan pada balairung raja Melakayang tujuh belas ruang itu. Jikalau tiada kuperbuat
demikian seperti cakap ini, bukanlah anak raja Terengganu.Kata-kata kritikan inidilemparkan oleh Megat Terengganu setelah mengetahui peristiwa penculikan Tun Teja.
Megat Terengganu sengaja menonjol-nonjolkan kelebihan dirinya sendiri dengan
mempersendakan kekuatan Hang Tuah dan juga pertahanan negeri Melaka.
Pengarang mewujudkan sekali lagi penggunaan bahasa sarkasme melalui watak
Megat Terengganu di dalam petikan di bawah. Cis? Sang maniaka itu hendak menunjukkan
laki-lakinya pada aku. Jika sampai aku ke Melaka, yang pertikamanku empat ribu orang ini
kuamukkan di dalam negeri Melaka itu sejam lamanyadan gajahku yang bernama Syah
Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melaka yang tujuh
belasruang itu. Jika tiada kuperbuat seperti cakapku ini, bukanlah anak raja Terengganu..
Pada kali ini, kata-kata sindiran tersebut dilemparkan kepada Raja Melaka. Dengan adanya
perulangan penggunaan bahasa sarkasme, pengarang berharap dapat menghidupkan suasana
penceritaan. Para pembaca-akan dapat merasai suasana dan latar berlakunya peristiwa
tersebut.
Gaya Bahasa Sindiran
Gaya bahasa sindiran atau satira banyak didapati di dalam hikayat bahasa Melayu
Klasik tetapi tidak pada karya moden. Pengarang mewujudkan gaya bahasa ini bertujuan
untuk mengejek dan menyindir sesuatu perbuatan ataupun watak di dalam sesebuah karya
sastera. Penggunaan gaya bahasa sindiran ini jelas kelihatan pada Hikayat Hang Tuah
menerusi kata-kata yang diucapkan oleh Bendahara Paduka Raja semasa menyindir para
pegawainya, iaitu :
Maka kata Bendahara , Naiklah ke atas balai itu duduk. Tuan-tuan sekalian hendak ke mana
datang pada hamba ini, kerana hamba ini bukan pegawai raja? Adakah pegawai raja
meninggalkan temannya? Jika hamba pegawai, pada ketika itu juga hamba memberi balas
akan orang yang henak membunuh hamba itu? Semasa Patih Kerma Wijaya mengetahui
bahawa Ratu Lasem telah mengambil anaknya, Ken Sumirat tanpa memberitahu kepadanya,
kata-kata sindiran di bawah telah diucapkan olehnya. Lihatkan ratu Lasem ini memberi aku
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
45/48
BMK3043 SENI MENGARANG
44
malu! Beberapa aku membuat kebaktian padanya tiada juga kelihatan padanya dan beberapa
pula negeri kukalahkan tiada juga berguna kebaktianku.....
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 50).
Pengarang juga menggunakan gaya bahasa satira semasa menggambarkan kata-kata
sindiran yang ditujukan oleh Hang Tuah kepada Patih Gajah Mada. Wacana dialog tersebut
adalah seperti berikut.Maka sahut Tun Tuah, Pada bicara manira, janganlah seperti pelenter
itu tiadakan manira tikam, jikalau penggawa Majapahit itu sekalipun manira tikam
juga..Kata-kata pedas yang dilemparkan oleh Hang Tuah ini dirasai oleh Patih Gajah Mada
sehinggakan dia malu tersipu-sipu.Gaya bahasa satira sekali lagi digunakan oleh pengarang
dalam pertuturan Raja
Melaka setelah mendengar fitnah Patih Kerma Wijaya terhadap Hang Tuah. Kata-kata
baginda adalah :Wahai Si Tuah! Harapnya aku akan dia maka berbuat pula akan aku
demikian ini.
Gaya Bahasa Hiperbola
Gaya bahasa hiperbola biasanya terdapat dalam hasil-hasil karya klasik.Namun begitu
gaya bahasa ini jarang ditemui di dalam karya bahasa Melayu Moden.Gaya bahasa hiperbola
bermakna menceritakan sesuatu perkara ataupun benda secara berlebih-lebihan. Tujuan
penggunaan gaya bahasa jenis ini adalah untuk menekan tentang keistimewaaan perkara
ataupun benda yang disebut-sebutkan. Cara begini berjaya meninggalkan kesan yang
berkekalan dalam ingatan seseorang pembaca.
Contoh penggunaan gaya bahasa hiperbola dapat dilihat daripada pemerian pengarang
tentang kekayaan dan keagungan saudagar Nala Sang Guna di Benua Keling.Petikan daripada
Hikayat Hang Tuah menjelaskan,...... sehingga gedung berisi harta jua dua puluh gedung dan
gedung yang berisi emas dan perak tujuh buah; lain daripada itu, gedung yang berisi
dagangan daripada kain dan permata dan mutiara dan suf, sakhlat, ainul-banat dan tembaga
suasa dan timah berpuluh gedung .....Semasa menceritakan keagungan Benua Cina pula,
pengarang juga menggunakan gaya bahasa hiperbola. Hal ini jelas kelihatan daripada wacana
pemerian pengarang tentang rumah-rumah berhala dan patung-patung di bahagian tengah
negeri Cina. Di antaranya berbunyi :...... indah-indah perbuatannya dan berbagai-bagai rupa
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
46/48
BMK3043 SENI MENGARANG
45
binatangditulisnya, seperti binatang hidup rupanya, sehingga tiada berkata-kata dan bernyawa
juga; disuruhnya berdiri ia berdiri,disuruhnya duduk ia duduk, disuruhnya berkata-kata ia
berkata-kata....
5.0 STRATEGI PEMERENGGANAN HIKAYAT HANG TUAH
Dalam Hikayat Hang Tuah ini saya akan menganalisis tentang pemerengganannya
bermula daripada halaman satu (1) hinggalah ke halaman tiga puluh(30). Sebagai mana yang
kita sedia maklum, perenggan yang bermutu adalah perenggan yang mengandungi idea yang
jelas, maklumat yang mencuklupi dan rangkuman ayat yang gramatis dan mudah difahami.
Selaian itu, sebuah perenggan yang berkesan ialah perenggan yang dapat menjalankan
tugasnya dengan baik. Berdasarkan fungsinya dalam penulisan perenggan ini terbahagi
kepada tiga bentuk utama iaitu Perenggan Pengenalan, Perenggan Pengembang dan
Perenggan Penutup.
Dalam Hikayat hang Tuah ini , perenggan pengenalannya dimulakan dengan kalimah
suci iaitu memuji kebesaran Allah. Permulaan ayatnya ialah dengan menggambarkan sebuah
kerajaan beraja yang digambarkan terlalu besar dan gah ketika zamannya. Perenggan
pengenalan ini agak panjang kerana sehinggalah selepas halaman dua piluh (21) barulah
wujudnya nama dan bermulalah Hikayat Hang Tuah ini. Perenggan pengenalannya terlalu
panjang.
Sudah tentu bahagian pengenalan ini begitu jelas untuk difahami walaupun dengan
menggunakan yang bahasa Melayu Klasik. Pada perenggan pengenalan ini penulis lebih
banyak menggunakan teknik pernyataan seseorang tokoh. Seperti memperkenalkan dengan
jelas siapa itu Sang Perta Dewa, Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam Sang Sapurba dan
banyak lagi watak pada perenggan pengenalan ini.
6.0 KESIMPULAN
Berdasarkan huraian yang telah dibuat, sejarah perkembangan bahasa Melayu dapat
diperhatikan menerusi teks kesusasteraan Melayu lama. Hasil daripada kajian ini telah
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
47/48
BMK3043 SENI MENGARANG
46
memperlihatkan beberapa perbezaan antara bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden
terutamanya perbezaan dari segi penggunaan perkataan dan juga susunan ayat.Bahasa
Melayu Klasik dilihat sering menggunakan ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit.
Ianya juga sering menggunakan ayat pasif ,songsang danbahasa istana. Penggunaan kosa kataklasik dan perdu perkataan menjadikan sesebuah ayat yang terkandung dalam bahasa Melayu
Klasik berbelit-belit dan sukar difahami.
Ayatnya juga banyak menerima pengaruh bahasa Arab dengan penggunaan aksara
Jawi dan kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa. Fenomena ini berbeza
dengan bahasa Melayu Moden dimana perkataan-perkataan yang digunakan mencakupi
semua bidang sementara ayat-ayatnya pula lebih mudah difahami, tersusun dan jelas
maksudnya.Ini adalah kerana bahasa Melayu Moden telah dibangunkan oleh badan yang
bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun
begitu hasil karya klasik perlu dipelihara agar ianya menjadi tatapan warisan akan datang.
7.0 BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Hamid, 1975. Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasbullah Ibrahim, 1993. Ulasan dan contoh jawapan Hikayat Hang Tuah.Selangor: Pan Asia
Publications Sdn Bhd.
Ibrahim Hamzah, 1983. Kesasteraan Melayu Moden STPM. Kota Bharu: Penerbitan Seri
Kota.
Kassim Ahmad, 2008. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah karim, etc, 2010. Tatabahasa Dewan edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
W. Shamsuddin M. Yusoff, 1976. Sejarah sastera Melayu moden. Kuala Lumpur: Pustaka
-
7/27/2019 BMK3043 SENI MENGARANG(D20102043330)
48/48
BMK3043 SENI MENGARANG
Antara Zainon S. Ahmad, 1987. Sastera Melayu moden untuk STPM. Kuala Lumpur:
Penerbitan Elman.