bookriev

4
Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami justeru persembahan yang lebih berbentuk ilustrasi dan menarik. Buku ini berkisar tentang formula bagaimana untuk mengatasi kegagalan. Gagal! Satu perkataan yang amat tidak disukai oleh sesiapa pun. Tiada siapa mahu mendengar perkataan ini daripada orang lain. Walaupun hal sekecil kita gagal dalam ujian memandu hingga sebesar kita gagal dalam setiap perancangan yang kita aturkan. Semua orang tahu bahawa akan ada lebih dari sekali kita akan gagal dalam sesuatu dalam hidup ini. Bohonglah kiranya ada yang tidak pernah menghadapi kegagalan dalam hidup. Lihatlah sejarah, semua orang ternama yang berjaya pasti bermula dengan titik hitam dalam hidup mereka. Mengapa? Kerana mereka menjadikan kegagalan sebagai satu pendorong untuk diri mereka dan bukan semata-mata sebagai kegagalan. Inilah yang patut kita fahami dan lakukan. Tidak semua orang bernasib baik Berjaya melakukan sesuatu hanya dalam sekali percubaan. Bukankah pengalaman menghadapi kegagalan bakal menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan hebat. Oleh itu,

description

book

Transcript of bookriev

Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami justeru persembahan yang lebih berbentuk ilustrasi dan menarik. Buku ini berkisar tentang formula bagaimana untuk mengatasi kegagalan. Gagal! Satu perkataan yang amat tidak disukai oleh sesiapa pun. Tiada siapa mahu mendengar perkataan ini daripada orang lain. Walaupun hal sekecil kita gagal dalam ujian memandu hingga sebesar kita gagal dalam setiap perancangan yang kita aturkan. Semua orang tahu bahawa akan ada lebih dari sekali kita akan gagal dalam sesuatu dalam hidup ini. Bohonglah kiranya ada yang tidak pernah menghadapi kegagalan dalam hidup. Lihatlah sejarah, semua orang ternama yang berjaya pasti bermula dengan titik hitam dalam hidup mereka. Mengapa? Kerana mereka menjadikan kegagalan sebagai satu pendorong untuk diri mereka dan bukan semata-mata sebagai kegagalan.Inilah yang patut kita fahami dan lakukan. Tidak semua orang bernasib baik Berjaya melakukan sesuatu hanya dalam sekali percubaan. Bukankah pengalaman menghadapi kegagalan bakal menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan hebat. Oleh itu, janganlah kita sekali-kali memandang rendah terhadap diri kita setiap kali menghadapi kegagalan. Orang yang kuat bukanlah orang yang Berjaya melakukan apa saja, tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu bangkit dari kegagalan yang teruk lalu naik ke puncak hidup tidak kira berapa kali dia tersungkur kerana dia tidak gentar mencuba untuk mencapai apa yang diingininya.

Antara topik-topik yang menarik dalam buku ini, yang pertama ialah

1. reset dan restart

Setiap kali kita melakukan kesilapan dan disakiti dan sebagainya, jangan takut untuk bangkit. Salah satu strategi yang dinyatakan oleh penulis untu digunakan dalam mencari kejayaan ialah umpamakan diri seperti sekeping kertas putih licin yang baru. Buang kertas lama yang penuh dengan contengan yang tidak berguna. Kemudian lukislah lukisan baru yang lebih berkualiyi. Maksudnya, untuk mencipta skrip baru dengan lebih cemerlang, kita mestilah tidak takut untuk menghapuskan skrip lama yang gagal.

2. Action/ Tindakan

Kejayaan hanya akan muncul apabila kita sendiri yang bergerak ke arah kejayaan tersebut. Kita merungut tidak diberikan kesempatan atau peluang untuk mengecapi kejayaan tetapi apabila spotlight dihalakan ke arah kita; kita menjadi kaku, malu, takut, tidak yakin dan pelbagai alasan lagi untuk kekak gagal.

Jadi apa tindakan yang sepatutnya kita lakukan?Berhentilah mengata orang lain yang lebih berjaya kalau kita sendiri suka bertangguh atau menolak peluang untuk berjaya.

3. Kesilapan itu guru yagng baik

Jangan berundur selepas melakukan kesilapan. Tetapkan dalam minda kita, kesilapan adalah petunjuk pada kita bagaimana sesuatu itu boleh dilakukan dengan lebih tepat.

Semaikan sikap Jangan Putus Asa Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Gagal dua kali juga bukan bermakna gagal selamanya. Jangan putus asa dan teruskan mencuba.