BORANG_FUTSAL_040608

download BORANG_FUTSAL_040608

of 5

description

Borang

Transcript of BORANG_FUTSAL_040608

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN FUTSAL KPJ HOSPITAL PENANG1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 PENGENALAN2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA dianjurkan oleh KPJ Penang Specialist Hospital.2.1.2Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh seorang ketua pengadil.2.2 TARIKH DAN TEMPAT2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 27HB SEPTEMBER 2014 bertempat di Safira Club Seberang Jaya.2.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang futsal (Safira Club)

2.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 11hb September 2014 (Khamis) di Bilik Mesyuarat KPJ Penang Specialist Hospital pukul 9.00 pagi.

2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil.

2.3 FORMAT KEJOHANAN2.3.1 Kejohanan akan dijalankan secara KALAH SINGKIR (Kalah Mati)

2.4 KATEGORI PERTANDINGAN2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja dan TERBUKA kepada corporate client KPJ Penang .2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain serta 2 pemain simpanan.2.5.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.2.5.3 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM20.00

2.4.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.2.4.8 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu satu perkara adalah muktamad.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.3 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.4 Semua pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok, makan dan minum di dalam dewan atau kawasan pertandingan.

3.5 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan.3.6 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.7 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 300.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

3.8 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.3.9 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

3.10 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

3.11 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.

3.12 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0 HADIAH PERTANDINGAN4.1 Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut:

HADIAH PERTANDINGAN FUTSAL 2014

KEDUDUKANNILAI HADIAH (RM)

JOHANhamper bernilai RM 150 + Medal

NAIB JOHANhamper bernilai RM 100 + Medal

KETIGA hamper bernilai RM 50 + Medal

PERTANDINGAN FUTSAL KPJ HOSPITAL PENANG 2014BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA KUMPULAN

:

NAMA PENGURUS PASUKAN:-------------------------------------------------

NO/TELEFON

:---------------------(OFF)

-------------------------(H/P)

KATEGORI

: TERBUKABILNAMANO. KAD PENGENALANALAMAT

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

PENGAKUAN DIRI

Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini

Tandatangan :___________________________ Tarikh :_________________________

(Pengurus pasukan)

KBENARAN IBU BAPA / PENJAGA (peserta yang berumur bawah 18 tahun sahaja)

Pengakuan : Saya_________________________________Ibu Bapa/ Penjaga kepada penama bersetuju untuk memberi kebenaran dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur serta mengakui bahawa jika berlaku apa-apa kehilangan / kecederaan atas sebab-sebab tertentu sebelum, semasa dan selepas pertandingan adalah di bawah tanggungjawab saya sendiri.

TANDATANGAN :__________________________TARIKH :_________________________

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

URUSETIA

PERTANDINGAN FUTSAL

KPJ Penang Specialist HospitalTel : 04-5486688Faks : 04-5486700Ms Amyrah : 0143486947Azlan : 0125244077Amar : 0184719690

BAYARAN PENYERTAAN BOLEH DIBUAT:570 Jalan Perda Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam, Seberang Perai Pulau PinangWebsite : www.kpjpenang.com

PAGE