Budaya Presentation

9
MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN : PENDALAMAN

description

budaya dan pembelajaran

Transcript of Budaya Presentation

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN : PENDALAMAN

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN : PENDALAMANAgihan peruntukan kewangan tanpa bias membolehkan para pelajar luar Bandar menikmati peluang dan ruang yang serupa dengan pelajar di Bandar. Kerajaan mengakui kelemahan keperluan dalam capaian, ekuiti dan kualiti pendidikan khasnya kalangan kanak-kanak terpinggir di luar Bandar dan kawasan terpencil dan kanak-kanak.Peningkatan keperluan seperti kapasiti institusi serta sumber manusia dalam melatih guru dan kaunselor sekolah menambahbaik penjagaan dan pembangunan awal kanak-kanak dan mengalakkan pendidikan berasaskan kemahiran hidup.Kerajaan telah menyediakan dana dan sokongan teknikal untuk menilai impak dan keberkesanan Program Pembacaan Tambahan. Kerajaan telah berusaha meningkatkan lagi program Pendidikan Berasaskan Kepada Kemahiran Hidup seperti pencegahan HIV dengan sasaran 100 buah sekolah di Malaysia di kawasan pendalaman.

Pada tahun 2005, 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8 peratus pelajar sekolah menengah masih belum menguasai kemahiran 3 M.Mulai tahun 2006, Kementerian Pelajaran memperkenalkan Kelas Intervensi Awal membaca dan Menulis (KIA2M) selepas enam bulan persekolahan Tahun 1. Murid yang tidak menguasai atau mempunyai permasalahan pembelajaran akan mengikuti kelas pemulihan.Sehingga tahun 2005, Kementerian Pelajaran mengadakan pendidikan prasekolah kepada 92,303 kanak-kanak berumur 6 tahun dengan menyediakan 3,868 kelas prasekolah. Sementeara 12,130 prasekolah anjuran agensi luar KPM kepada 610, 714 orang kanak-kanak.

KPM juga menambahkan kelas presekolah dan menyediakan guru prasekolah terlatih di semua kelas prasekolah. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan juga diperkenalkan.KPM juga memperluaskan Program Pemulihan dengan menaikkan taraf 2,800 kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan yang secukupnya sejajar dengan Keputusan Kabinet tahun 2005.Bagi menarik minat murid pelbagai kaum belajar di sekolah kebangsaan serta mempelajari bahasa lain, Kementerian Pelajaran memperkenalkan Bahasa Arab Komunikasi (tahun 2003, 7520 murid di 97 buah sekolah), Bahasa Cina Komunikasi (tahun 2005, 14,289 murid di 153 buah sekolah) dan Bahasa Tamil Komunikasi.Pada tahun 2007, BCK dan BTK digantikan dengan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di 150 buah sekolah pilihan dan 70 buah sekolah pilihan. BAK diserap sebagai salah satu bidang program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu-Ain (j-QAF).

Semasa Datuk Seri Abdullah menjadi PM dan Menteri Kewangan, beliau telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM 2.6 billion bagi meningkatkan mutu prasarana dan pendidikan di kawasan pedalaman. Bagi pedalaman Sabah dan Sarawak serta Semenanjung PM mahu memastikan supaya sekolah dapat bekalan elektrik 24 jam. Masih ada 300 buah sekolah tiada kemudahan air bersih dan elektrik. PM mahu sekolah-sekolah tersebut akan mendapat bekalan air bersih dan elektrik 24 jam. Kerajaan dijangka menyediakan 2.436 kelas untuk 60,000 kanak- kanak prasekolah termasuk untuk kanak-kanak orang Asli selain penambahan 17,500 komputer untuk pelajar dengan nisbah satu computer bagi setiap lima murid.9,079 bilik darjah untuk sekolah rendah dan 6,039 bilik darjah untuk sekolah menengah akan dibina dan 2,046 sekolah rendah dan 569 sekolah menengah akan dinaik taraf. 281 asrama baru akan dibina selain 170 buah asrama akan dinaik taraf.

Menyediakan 1,600 makmal komputer dan pusat akses akan disediakan , 5,869 sekolah luar bandar akan dilengkapi Web TV, kemudahan telepersidangan untuk 500 buah sekolah kurang murid.Elaun khas dengan kadar yang bergantung kepada tempat dan jarak guru mengajar kepada guru yang sanggup berkhidmat di luar bandar dan pendalaman. Bagi guru-guru Sabah dan Sarawak yang mengajar di semenanjung dan guru-guru semenanjung yang mengajar di kedua-dua buah negeri itu, diberi elaun balik kampung setahun sekali. Kerajaan menyediakan 406 projek rumah guru melibatkan 3,438 unit akan dilaksanakan selain dari 802 projek untuk menaik taraf rumah guru sedia ada.Bagi program intervensi murid pula, kerajaan menjelaskan bahawa bengkel-bengkel akan dibina untuk keperluan murid yang mengambil matapelajaran vokasional.Peruntukan makanan asrama akan ditambah daripada RM8 kepada RM12 seorang sehari untuk 280,000 murid sekolah rendah dan menengahPelan Induk Pembangunan Pendidikan dirancang untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas melalui projek :i ) bilik darjah 805 sekolah dan 5,138 bilik darjahii) asrama - 2,800 kapasiti penghuniiii) rumah guru 414 projek, 841 unitiv) bekalan elektrik 24 jam ke 664 sekolah rendahv) bekalan air ke 193 sekolah

Faktor kejayaan PIPP bergantung kepada keupayaan system pengurusan, pentadbiran, penyampaian, pemantauan dan penilaian yang cekap dan berkesan dalam Kementerian Pelajaran termasuklah :kerjasama dan komitmen semua warga KPM dari peringkat Jabatan/ Bahagian/ JPN/ PPD/G/ PSPN, PKG serta semua.kefahaman yang jelas dan mendalam tentang dasar, matlamat dan sasaran yang ingin dicapai.kepimpinan yang mantap pada semua peringkat untuk memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancangkan menepati sasaran. Pemimpian yang diperlukan hendaklah memiliki pengetahuan, kemahiran dan keterampilan serta mempunyai sikap dan nilai positif

Projek berimpak tinggi meliputi aspek infrastruktur, peralatan, guru, kurikulum dan program bantuan serta khidmat sokongan :i) memperluas program prasekolah kementerian Pelajaran Malaysia.ii)memperbaiki penyediaan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air.iii)meningkatkan kemudahan bilik darjah luar Bandar.Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006, bangunan tambahan dan gentian serta mengubahsuai dan menaikkan taraf lebih 2,600 sekolah rendah dan menengah.I) menyediakan asrama sekolah baru dan memperbaiki asrama untuk keperluan 65,000 penghuni dan peruntukan makanan kepada 280,000Ii) mempertingkatkan kelas pemulihan di luar bandar sebanyak 5,000 kelas bagi mengukuh penguasaan kemahiran 3MIii) memperluas penawaran mata pelajaran vokasional kepada 480 sekolah luar bandar