buku skrap sejarah
-
Upload
qielahjepun -
Category
Documents
-
view
1.488 -
download
0
Transcript of buku skrap sejarah
Penghargaan Syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurniaNya, saya diberi kekuatan untuk
menyiapkan tugasan Kajian Sejarah Tempatan, bagi melengkapkan pemarkahan subjek
Sejarah saya untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2007.
Jutaan terima kasih kepada guru Sejarah saya, Puan Wan Noraini Wan Ahmad,
atas curahan ilmu, panduan, bimbingan dan teguran sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Puan Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Zainab (1), Pn. Wan Jah kerana sentiasa memberikan kerjasama
dalam menjayakan tugasan sejarah ini.
Ribuan terima kasih saya tujukan, buat ibu bapa saya, umi dan abah yang sentiasa
menyuntik semangat kepada saya tika menghadapi masalah dan secara tidak langsung,
mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk saya menyempurnakan tugasan ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Puan Wan Yam Wan Yaacob kerana
sanggup meluangkan masa untuk beberapa sesi temuramah yang diaturkan dan melayani
kerenah saya demi melengkapkan laporan kaedah kajian dalam elemen tugasan ini.
Akhirnya, tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan 3 Ihsan,
yang sentiasa memberi pendapat yang memberangsangkan, terima kasih semua. Hanya
Dia yang mampu membalas budi baik anda semua. Sekian,terima kasih.
Yang Benar,
( NUR `AQILAH )
Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui satu adat perkahwinan yang
diamalkan oleh masyarakat Melayu di negara Malaysia, di samping memenuhi dua
daripada tiga elemen tugasan Penilaian Menengah Rendah 2007 bagi subjek Sejarah.
Setiap pendekatan dan gerak kerja dalam menyiapkan tugasan ini juga sebenarnya
mampu mendedahkan saya tentang kaedah-kaedah menjalankan sesuatu kajian dan
mengajar saya berfikir termasuklah cuba membandingkan kaedah-kaedah dalam
mendapatkan hasil yang terbaik, membuat keputusan dan berdikari dalam menyiapkan
tugasan ini.
Sepanjang kajian ini dilakukan, saya dapat mengetahui tentang adat-adat sebelum,
selepas dan semasa perkahwinan dijalankan. Pelbagai pantang larang yang perlu dipatuhi
oleh pasangan mempelai bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak
diingini atau musibah.
Selain itu, dapat juga saya bandingkan di sini bahawa adat resam perkahwinan
pada zaman kini dan zaman dahulu amat berbeza. Hal ini kerana, masyarakat pada zaman
kini menganggap adat-adat perkahwinan pada zaman dahulu kolot dan membebankan.
Kesannya, masyarakat Melayu sekarang sudah tidak lagi mengamalkan adat-adat pada
zaman dahulu.
Kesimpulannya, masyarakat Melayu yang kini sudah berada di zaman era
globalisasi tidak harus melupakan adat-adat perkahwinan masyarakat Melayu. Hal ini
kerana, adat-adat ini “ibarat isi dengan kuku” tidak dapat dan tidak sepatutnya dipisahkan
kerana ia merupakan identiti masyarakat Melayu. Jika ia dipisahkan, maka hilanglah
identiti ini yang sememangnya terkenal sebagai kaum yang penuh adat tidak kira dalam
pelbagai acara.
Kaedah Kajian
Terdapat empat kaedah kajian yang telah saya lakukan untuk mendapat maklumat
mengenai adat perkahwinan oleh masyarakat Melayu. Antaranya ialah kaedah
temuramah, kaedah rujukan, kaedah pemerhatian dan kaedah pandang dan dengar.
Saya telah memilih kaedah temu ramah demi mendapatkan maklumat –maklumat
asas dan fakta-fakta penting yang paling sahih dan tepat. Bagi melaksanakan tugas ini,
saya terlebih dahulu mengenal pasti individu yang berkaitan untuk dihubungi dan
seterusnya mengatur temujanji. Saya juga telah merangka soalan- soalan yang bakal
diutarakan untuk melancarkan sesi temuramah tersebut. Individu tersebut merupakan
seorang ‘mak andam’ yang berpengalaman, iaitu Wan Yam bt. Wan Yaacob. Dia tinggal
di Kampung Lundang, Kota Bharu, Kelantan.
Kaedah rujukan adalah salah satu pendekatan yang paling penting dalam
mendapatkan maklumat. Saya telah menjalankan rujukan terhadap buku-buku ilmiah dan
majalah-majalah. Pada 2 Mac 2007, saya dan beberapa rakan yang lain telah pergi ke
Perpustakaan Awam Negeri Kelantan untuk meminjam buku-buku ilmiah dan majalah-
majalah yang berkaitan dengan adat-adat perkahwinan masyarakat Melayu. Malah, saya
juga pergi ke pusat sumber sekolah iaitu Pusat Sumber Semenza.
Kaedah pemerhatian dipilih adalah bertujuan untuk melihat adat-adat dan barang-
barang yang berkaitan dengan majlis perkahwinan masyarakat Melayu dengan lebih
dekat lagi. Saya telah pergi ke satu tempat majlis perkahwinan di Kampung Lundang,
Kota Bharu, Kelantan pada 26 Mei 2007. Beberapa kepingan gambar telah diambil.
Selain itu, saya juga telah pergi ke majlis akad nikah. Di sini, saya dapat melihat cara-
cara akad nikah dilangsungkan. Tambahan pula, saya dapat melihat nilai-nilai murni
iaitu, sikap tolong-menolong antara penduduk kampung dan ahli keluarga pengantin.
Mereka sibuk dengan kerja-kerja masing-masing.
Kaedah pandang dan dengar juga merupakan salah satu pendekatan yang paling
penting untuk mendapatkan maklumat. Pada 15 Mac 2007, saya telah pergi ke Cyber
Café untuk melayari internet mengenai adat-adat perkahwinan masyarakat Melayu. Saya
telah mendapat beberapa maklumat melalui kaedah ini. Salah satu e-melnya adalah
http://malaysiana.pnm.my. dan http://www.ashtech.com.my.
Hasil Kajian
Merisik
Adat merisik juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan
adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masih
belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang lelaki itu dilarang meminang
tunangan orang. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak
lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki akan
memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis
bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.
Meminang dan bertunang
Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak
lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa
lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya,
ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada
pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh
untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Setelah tamat tempoh yang diberikan,
pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang
mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Konsep Menghantar Tanda adalah
diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun
diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada
lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara
bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun
dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki
tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja. Namun begitu, bagi
masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti
sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan dan yang paling
utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan
menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima
pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka
ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang.
Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan
akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung,
sepersalinan baju Melayu, capal dan kuih-muih.
Menghantar belanja dan akad nikah
Mengikut adat resam, menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan
berasingan dengan upacara akad nikah, tetapi pada zaman sekarang, menghantar belanja
selalu dijalankan bersama dengan upacara akad nikah dengan tujuan menjimatkan masa
dan perbelanjaan. Antara barang-barang yang termasuk dalam kategori wajib dan
hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan mempelai sebelum bersanding ialah :-
w Wang mas kahwin dan belanja
w Sebentuk cincin permata berbatu berlian atau intan
w 2 pasang kain dan sehelai baju
w Beberapa jenis kuih juadah
w Beberapa jenis buah-buahan yang segar
w Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap
Semua barang tersebut akan dibawa dan diarak daripada rumah mempelai ke rumah
pengantin perempuan bersama-sama dengan mempelai yang sudah siap berpakaian
lengkap Melayu asli atau pakaian haji bagi memulakan upacara Majlis Akad Nikah.
Mempelai dan rombongannya akan disambut oleh pihak pengantin perempuan dan
mereka akan terus dibawa naik ke rumah. Sebelum akad nikah dijalankan, wang belanja
sama ada dengan mas kahwinnya sekali atau tidak dan barang-barang hantaran, seperti
cincin akan dihitungdan diperiksa oleh tuan kadi bersama dua orang saksi bagi mewakili
pihak perempuan. Setelah selesai adat penerimaan kesemua wang dan barang-barang
tersebut, mempelai kemudiannya akan diminta duduk di atas sebidang tikar sila khas
yang dihias indah untuk upacara akad. Tuan kadi akan memulakan majlis dengan
mendaftarkan nama mempelai itu terlebih dahulu. Setelah selesai khutbah nikah
dibacakan, maka tuan kadi akan memanggil dua orang yang telah dipilih sebagai saksi di
dalam buku daftar nikah untuk duduk berhampiran dengan mempelai. Tuan kadi akan
memegang tangan kanan mempelai itu dengan tangan kanannya, lalu dimulakan akad
dengan melafazkan kata seperti berikut: “Hai polan bin polan, aku nikahkan dikau
dengan polan binti polan, yang telah memperwakili ia akan daku dengan kahwin
sebanyak $....(tunai atau hutang) dan belanjanya sebanyak $....”. Sebaik sahaja perkataan
yang akhir itu habis dilafazkan, tuan kadi akan menggoncang tangan mempelai tersebut
dan dengan serta merta pada saat tersebut mempelai dikehendaki menjawab dalam satu
nafas dengan terang, jelas dan betul boleh didengar oleh tuan kadidan kedua-dua saksi.
Jawapan lafaznya adalah seperti berikut: “Aku terima nikahnya polan binti polan dengan
mas kahwin sebanyak $....(tunai/hutang)”. Sekiranya mempelai tersebut menjawab
dengan lambat, teragak-agak atau tidak terang, maka tuan kadi akan mengulangi sekali
atau beberapa kali lagi lafaz akad tersebut sehingga dia dan kedua-dua saksi berpuas hati
dengan jawapan mempelai itu.
Majlis perkahwinan
Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia
merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja
sehari. Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak
saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan
pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali.
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar
dari rumah penganggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Pengantin perempuan
akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan
dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang disediakan. Pada
kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan
diadakan. Selepas itu, pengantin akan dibawa naik ke dalam rumah untuk adat bersanding
pula. Di setengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di
hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin
perempuan. Oleh itu, wakil pengantin lelaki akan membayar tebus pintu atau tebus
pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah. Semasa adat
bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan
yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut. Seterusnya, majlis makan
berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh
keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan
bersalaman dengan kedua ibu bapa serta hadirin yang datang.
Menghantar menantu
Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan
diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan
diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di
rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan
hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung
tanpa mengadakan majlis persandingan. Setelah beberapa hari berada di rumah pengantin
lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan
sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping
kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.
Rumusan
Setelah hampir 3 bulan, saya telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan
sumber-sumber dan maklumat berkenaan adat-adat perkahwinan masyarakat Melayu.
Lantas akhirnya, terhasillah satu kertas projek bagi melengkapkan penilaian subjek
Sejarah saya. Sememangnya terlalu banyak yang saya pelajari daripada pelaksanaan
tugasan ini. Hasilnya, dapatlah saya rumuskan bahawa adat perkahwinan Melayu banyak
keistimewaannya.
Adat-adat perkahwinan masyarakat Melayu bukan saja dapat dikenang malah,
dapat dijadikan iktibar dan panduan kepada diri kita sendiri. Dengan adanya adat merisik
dan bertunang, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita dengan warga
keluarga yang lain. Di sini, kita dapat mengambil iktibar bahawa untuk mengeratkan
hubungan silaturrahim, tidak semestinya dengan cara bergotong-royong atau dengan cara
yang lain.
Di samping itu, melalui adat-adat perkahwinan ini, wujudnya sikap tolong-
menolong antara satu sama lain. Contohnya, sewaktu kenduri majlis perkahwinan akan
diadakan, sudah tentunya pihak keluarga pengantin perempuan mahupun lelaki akan
bersama-sama berkumpul untuk membantu melicinkan majlis ini.
Selain itu, pasangan mempelai harus mematuhi pantang larang. Hal ini kerana,
untuk mengelakkan pasangan mempelai daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak
diingini ataupun musibah.
Akhir sekali, dalam melengkapkan tugasan ini , sedikit sebanyak telah mengajar
saya erti kesabaran ketika proses mengumpul dan mencari maklumat, lebih berdikari untuk melaksanakan serba-serbi bersendirian, menghargai masa dengan menepati jadual
masa yang telah dirancang dan berdisiplin untuk memperolehi hasil kerja yang tepat dan
terbaik.
BUKU ILMIAH
Abang Yusof bin Abang Puteh. Beberapa Segi Adat Perkahwinan Orang-Orang
Melayu Sarawak. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Amran Kasimin. Istiadat Perkahwinan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
MAJALAH
Sensasi. Perkawinan Abad Ini. PP/11535/8/2006
Sensasi. Wedding Of The Year. PP/115 35/8/2003
ORANG SUMBER
Puan Wan Yam bt. Wan Yaacob, 76 tahun, 435, Jln. Sek. Keb. Lundang, 15150
Kota Bharu, Kelantan.
MELAWAT TEMPAT KAJIAN
No. 448 B, Jln. Sek. Keb. Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan.
INTERNET
http://malaysiana.pnm.my
Senarai Kandungan
Bil. Perkara Muka surat
1. Penghargaan 1-2
2. Objektif Kajian 3-5
3. Kaedah Kajian 6-8
4. Hasil Kajian 9-18
5. Rumusan 19-21
6. Lampiran 22-37
7. Rujukan 38-39
1 2 3 4 5 6 7
Sememangnya negara kita kaya dengan semangat perpaduan di kalangan masyarakat
8 9 10 1112
1314
15 16
2322
2120191817
353433313029
2827262524
32393837
36
kita. Untuk memastikan semangat perpaduan itu berkekalan, pelbagai cara telah kita
lakukan.
Antaranya ialah menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.
Sebagai contoh, adat-adat perkahwinan masyarakat Melayu bukan saja dapat dikenang
malah, dapat dijadikan iktibar dan panduan kepada diri kita sendiri. Dengan adanya adat
merisik dan bertunang, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita dengan
warga keluarga yang lain.
Selain itu, kita harus bekerjasama dan tolong-menolong dalam apa jua masalah.
Jika kita ingin mengadakan sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan, kita memerlukan
bantuan orang ramai untuk menjayakan majlis tersebut. Di sini, kita dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim antara orang lain.
Sehubungan dengan itu, kita harus bersyukur kerana menjadi warganegara
Malaysia. Kita dapat melihat pelbagai adat-adat perkahwinan masyarakat Melayu di
negara ini. Seperti merisik, bertunang, bersanding dan sebagainya.
Di samping itu, kita harus sentiasa berkelakuan sopan, bertatasusila dan
berhemah tinggi. Hal ini penting bagi pasangan mempelai kerana ia merupakan lambang
perwatakan seseorang.
Oleh itu, sebagai warganegara Malaysia kita harus melakukan pelbagai cara untuk
memastikan semangat perpaduan berkekalan.