BURNOUT PENTADBIR SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH … · Universiti Teknologi Malaysia dengan...

24
BURNOUT PENTADBIR SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH KLUANG MUSA BIN SALAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of BURNOUT PENTADBIR SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH … · Universiti Teknologi Malaysia dengan...

BURNOUT PENTADBIR SEKOLAH KEBANGSAAN

DI DAERAH KLUANG

MUSA BIN SALAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: BURNOUT PENTADBIR SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH KLUANG

SESI PENGAJIAN: 2006/2009

Saya MUSA BIN SALAN

( HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. LOKMAN B. MOHD TAHIR 31, JALAN KELEDANG TAMAN DAMAI JAYA 2, 85400 CHAAH, JOHOR. Tarikh: 11 NOVEMBER 2008 Tarikh: _______________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BURNOUT PENTADBIR SEKOLAH KEBANGSAAN

DI DAERAH KLUANG

MUSA BIN SALAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Pendidikan ( Pengurusan Pendidikan )

Tanda tangan : _____________________________

Nama Penyelia : DR.LOKMAN BIN MOHD TAHIR

Tarikh : _____________________________

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya nyatakan sumbernya.”

Tanda tangan : ................................................

Nama Penulis : MUSA BIN SALAN

Tarikh : 11 November 2008

iii

Untuk bonda, ayahanda, isteri dan anak-anak tercinta,

setinggi-tinggi penghargaan di atas kasih sayang, jasa dan pengorbanan

yang dicurahkan untuk kejayaan ini

segala pengorbanan akan tetap kukenang sehingga akhir hayatku….

Untuk adik-beradik tercinta, guru-guruku, rakan-rakanku dan sesiapa sahaja yang

telah bersamaku jutaan terima kasih atas doa dan kasih sayang dari kalian semua…..

iv

PENGHARGAAN

Syukur kepada Allah yang telah memberikan hidayah dan inayahNya

sehingga projek ini berjaya diselesaikan. Segala pergerakan adalah atas penentuan

takdirnya dan penyempurnaan projek ini adalah dari Allah jua.

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima

kasih kepada Dr. Lokman bin Mohd Tahir, Penyelia Projek Sarjana Muda yang telah

banyak mencurahkan segala pandangan, saranan, rangsangan dan bimbingan

sepenuhnya sepanjang tempoh penyelidikan ini tanpa mengira batas waktu bagi

menjayakan projek ini.

Seterusnya kepada semua pentadbir sekolah sekolah kebangsaan daerah

Kluang yang sudi meluangkan masa bagi menjawab soal selidik kajian dengan tekun

dan jujur. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan, guru-guru

SK. Bandar Rengam dan rakan-rakan Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

2006/2009 kerana turut memberi ilmu, idea, perangsang dan dorongan dalam usaha

penghasilan tesis ini.

Akhirnya, sekalung penghargaan dipersembahkan buat insan-insan

teristimewa yang paling hampir dengan hidup ini. Kepada bonda, Hajah Marsini binti

Mahmud, terima kasih doamu. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada isteri

tersayang Hajah Halimah binti Shamsudin yang sentiasa memanjatkan doa, dorongan

dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam penyediaan tesis ini. Kepada anak-

anak tersayang Nuramalina, Muhammad Redha, Muhammad Hazim dan Muhammad

Aiman terima kasih kerana sabar dengan kekurangan yang ada sepanjang

penghasilan tesis ini. Semoga kejayaan ini mendorong kalian untuk terus berusaha

dengan penuh bersungguh dan yakin untuk merangkul kejayaan yang lebih baik.

Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati dan memberkati kalian. Amin.

v

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti iaitu tahap burnout,

perbezaan burnout dari segi faktor demografi seperti jantina, umur, status

pendidikan, status perkahwinan, pengalaman mentadbir, beban tugas mengajar dan

lokasi sekolah serta hubungan tekanan kerja dengan burnout di kalangan pentadbir

sekolah di daerah Kluang. Seramai 95 orang pentadbir dipilih sebagai responden

kajian. Kajian ini menggunakan instrumen terpiawai Maslach Burnout Inventory –

Educators Survey bagi mengukur tahap burnout di kalangan pentadbir. Data yang

diperolehi dianalisis dengan cara taburan kekerapan, peratusan, Ujian-t, ANOVA dan

kolerasi Pearson. Dapatan kajian secara keseluruhannya pentadbir sekolah

kebangsaan di daerah Kluang mengalami tahap burnout yang rendah. Dari segi

faktor demografi dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan burnout yang

signifikan mengikut umur, status perkahwinan dan lokasi sekolah dalam aspek

pencapaian peribadi. Manakala faktor pengalaman mentadbir pula menunjukkan

perbezaan burnout yang signifikan dalam aspek depersonalisasi. Dari segi beban

tugas mengajar, kajian mendapati terdapat perbezaan burnout yang signifikan dalam

ketiga-tiga subskala burnout. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat

hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dengan burnout. Oleh itu,

dicadangkan agar semua pentadbir sekolah diberikan pendedahan dan peningkatan

pengetahuan dalam mengawal dan menangani burnout.

vi

ABSTRACT

The primary aim of this research is to identify the degree of burnout,

differenciate of burnout based on demographic factors such as gender, age,

educational status, marital status, administrative experiences, teaching load and

school location. This research is also tries to identify the relationship between

work stress with burnout among school administrators in Kluang district. About

95 school administrators were selected as respondents for this study. Standardized

research instrument was used which was Maslach Burnout Inventory – Educators

Survey to measure the degree of burnout among school administrators. The datas

were collected and analyzed using frequencies, percentage, t-test, ANOVA and

Pearson Correlation. The overall findings indicated that the degree of burnout was

low among the school administrators in Kluang district. In terms of demographic

factors, the findings revealed that there are significant differences of burnout on

age, marital status and school location factor in personal accomplishment aspect.

Meanwhile, administrative experiences showed that significant differences of

burnout in depersonalization aspect and on the teaching load factor, the findings

also show significant differences in all subscales of burnout. There are also

significant relationship between work stress with the level of burnout among

school administrators. It is suggested that all school administrators should be

given exposure to enhance knowledge in treating and managing burnout.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JUDUL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI HIPOTESIS xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1 – 12

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latarbelakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Hipotesis Kajian 8

1.6 Kepentingan kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.8 Definisi istilah 10

1.8.1. Keletihan Emosi 10

1.8.2 Depersonalisasi 10

1.8.3 Kekurangan Pencapaian Peribadi 10

1.8.4 Tekanan Kerja 11

1.8.5 Burnout 11

1.8.6 Demografi 11

1.8.7 Pentadbir 12

1.9 Rumusan 12

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 13 - 35

2.0 Pengenalan 13

2.1 Kajian Terdahulu Tentang Punca Burnout 14

2.1.1 Faktor Demografi 15

2.1.2 Faktor Tekanan Kerja 20

2.2 Kajian Terdahulu Tentang Simptom Burnout 23

2.3 Kajian Literatur Dalam Dan Luar Negeri 29

2.3.1 Kajian Dalam Negara 29

2.3.2 Kajian Luar Negara 33

2.4 Penutup 35

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 36 - 45

3.0 Pengenalan 36

3.1 Reka Bentuk Kajian 36

3.2 Populasi Kajian 37

3.3 Instrumen Kajian 38

3.4 Prosedur Pengumpulan Data 41

3.5 Kajian Rintis 42

3.6 Prosedur Kajian 43

3.7 Kaedah Penganalisisan Data 44

3.8 Penutup 45

BAB 4 DAPATAN KAJIAN 46 - 57

4.0 Pengenalan 46

4.1 Profil Responden Kajian 48

4.2 Keputusan Mengenai Tahap Burnout

Di Kalangan Responden Kajian 50

4.3 Pengujian Hipotesis 51

4.4 Penutup 57

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 5 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI 58 - 73

5.0 Pengenalan 58

5.1 Perbincangan Dapatan Kajian 59

5.1.1 Perbincangan Dapatan Berhubung

Dengan Tahap Burnout

Di Kalangan Pentadbir Sekolah 59

5.1.2 Perbincangan Dapatan Berhubung

Dengan Burnout Berdasarkan Faktor

Latar Belakang Pentadbir Sekolah 61

5.1.3 Perbincangan Dapatan Berhubung

Dengan Hubungan Tekanan Kerja

Dengan Burnout 66

5.2 Perbincangan Mengenai Implikasi Burnout 67

5.3 Perbincangan Cadangan Mengenai Burnout 69

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.5 Penutup 73

BIBLIOGRAFI 74

LAMPIRAN A – F 81 - 96

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pembahagian Item Burnout Antara

Item Positif Dan Negatif 38

3.2 Pemarkatan Instrumen MBI 39

3.3 Pengkategorian Skor-skor MBI 39

3.4 Pemarkatan Instrumen Tekanan Kerja 40

3.5 Nilai Kolerasi Dan Hubungan 41

4.1 Analisis Demografi dan Min Burnout 48

4.2 Peratus Pentadbir Sekolah Kebangsaan

Daerah Kluang Pada Tahap Subskala Burnout 50

4.3 Ujian-t Tentang Perbandingan Subskala

KE, DP dan PP Berdasarkan Latar Belakang

Pentadbir Sekolah 52

4.4 Ujian ANOVA Tentang Perbandingan

Subskala KE, DP dan PP Berdasarkan

Latar Belakang Pentadbir Sekolah 54

4.5 Tahap Tekanan Kerja Pentadbir Sekolah Kebangsaan 56

4.6 Nilai Kolerasi Tekanan Kerja Dengan Burnout 56

xii

SENARAI SINGKATAN

MBI Maslach Burnout Inventory

KE Keletihan Emosi

DP Depersonalisasi

PP Pencapaian Peribadi

PIBG Persatuan Ibu Bapa Guru

F Kebarangkalian F

p Probabiliti

KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah

< Kurang Daripada

> Lebih Daripada

SPSS Statistical Package For Social Sciences

xiii

SENARAI HIPOTESIS

NO. HIPOTESIS TAJUK MUKA SURAT

Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

berdasarkan jantina pentadbir dengan burnout. 8

Ho 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

berdasarkan status perkahwinan pentadbir

dengan burnout. 8

Ho 3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

berdasarkan status pendidikan pentadbir

dengan burnout 8

Ho 4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

berdasarkan lokasi sekolah pentadbir

dengan burnout. 8

Ho 5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

berdasarkan umur pentadbir dengan burnout 8

Ho 6 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

berdasarkan pengalaman mentadbir

dengan burnout 8

Ho 7 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

berdasarkan beban tugas mengajar pentadbir

dengan burnout. 8

Ho 8 Tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara tekanan kerja dengan burnout

di kalangan pentadbir sekolah. 8

xiv

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk Muka Surat

A Borang Soal Selidik 81

B Keputusan Rintis 88

C Keputusan Min Tekanan Kerja 92 D Keputusan Min Kerjaya Pentadbir 93

E Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia 94

F Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor 95

G Surat Kebenaran Pejabat Pelajaran Daerah Kluang 96

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dalam abad ke-21 ini pelbagai cabaran yang memerlukan kita menyediakan

diri dan masyarakat berdaya saing bagi menghadapi persaingan global yang lebih

mencabar. Sebagai pentadbir sekolah, ianya tidak boleh memandang mudah terhadap

pembangunan secara menyeluruh yang melibatkan sosial, ekonomi, politik, teknologi

dan bidang pendidikan itu sendiri. Pelbagai tekanan kerja sememang wujud di

kalangan pentadbir sekolah namun tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah

dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang

boleh berpunca daripada peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial

dan psikologikal. Penglibatan pemimpin bagi setiap organisasi dalam mereka bentuk,

merancang dan melaksanakan program pengembangan kerjaya akan menentukan

kejayaan sesuatu perubahan (Zaidatol Akmaliah, 1990). Setiap perubahan yang

dibuat oleh pihak atasan, akan memberi tekanan kepada pihak bawahan. Kejayaan

hanya akan tercapai jika pihak bawahan sanggup melaksanakan perubahan.

Menurut Fulan (1998), sekolah adalah harapan terakhir untuk menyelamatkan

dan mencipta semula komuniti. Dalam proses demokrasi atau dalam mana-mana

sistem, tekanan akan wujud daripada pihak pentadbiran, ibu bapa, majikan dan

masyarakat secara keseluruhan. Kajian-kajian mengenai burnout banyak tertumpu

kepada golongan profesional dalam profesion membantu yang menyediakan

perkhidmatan kemanusiaan kepada orang ramai. Golongan profesional ini

termasuklah kaunselor, guru, pensyarah, pekerja sosial, pengurus dan pentadbir

sekolah, doktor, jururawat, peguam dan lain-lain (Lawrenson & Mckinnon, 1982).

2

Dalam mengukur burnout, Maslach Burnout Inventory (MBI) adalah satu alat

ukur yang digunakan bagi menilai tahap burnout. Menurut Maslach et al.(1996),

istilah "burnout” telah digunakan secara meluas dan telah diterima umum sebagai

satu istilah yang terpiawai dan universal. Burnout sering berlaku ke atas individu

yang melakukan pekerjaan bagi membantu orang lain. Burnout merupakan satu

tindakbalas terhadap tekanan emosi yang kronik disebabkan oleh penglibatan yang

ekstensif golongan profesional dengan individu lain yang merupakan klien mereka.

Klien-klien ini terdiri dari golongan yang mempunyai masalah dalam kehidupan

mereka, sedang menghadapi penderitaan, dan memerlukan pertolongan dan bantuan

dari golongan profesional (Schaufeli et al., 1993).

1.1 Latarbelakang Masalah

Konsep dan istilah burnout sebenarnya berasal dari bidang yang berkaitan

dengan kejuruteraan dan mekanikal bagi menunjukkan tahap kekurangan dan

kehilangan tenaga. Kajian mengenai burnout dipelopori oleh seorang ahli

psikoanalisis dari New York iaitu Freudenberger yang menjelaskan bahawa burnout

adalah satu tanda keadaan kekosongan fizikal dan mental akibat situasi kerja.

Golongan profesional yang burnout merupakan golongan yang “meletihkan diri

sendiri” dalam mengejar matlamat yang tidak mungkin tecapai. (Farber & Miller,

1981).

Menurut Maslach dan Jacksons (1981), burnout diukur dalam tiga aspek;

i) keletihan emosi (KE) – dijelaskan sebagai perasaan kelesuan,

keletihan dan kehabisan tenaga.

ii) Depersonalisasi (DP) - dijelaskan lebih kepada emosional dengan

melayan pelanggan seolah-olah mereka merupakan objek yang

tidak berguna.

3

iii) Kekurangan Pencapaian peribadi (PP) – dijelaskan sebagai

perasaan tidak efektif dan kekurangan iaitu individu tersebut tidak

mencapai matlamat yang diinginkan. Setelah berusaha bersungguh-

sungguh dan tidak mendatangkan hasil yang memuaskan telah

menyebabkan individu tersebut akan mula melihat pekerjaan

mereka sebagai tidak bermakna lagi.

Terdapat tiga pola perubahan di kalangan profesional apabila burnout berlaku

ke atas dirinya. Menurut Cherniss (1980), pola ini adalah;

i) Individu tersebut kehilangan perasaan simpati dan toleransi terhadap

pelanggan-pelanggan mereka dan menganggap pelanggan sebagai

objek yang tidak baik serta menuduh klien sengaja mengada-adakan

masalah yang dialami

ii) Golongan ini akan kehilangan sifat idealisme dan optimis terhadap

sebarang perubahan

iii) Mereka akan mencari kepuasan kerja di luar bidang pekerjaan mereka

Menurut Hanafi et al. (1987), burnout adalah terhasilnya keletihan yang

berlaku terhadap emosi, sikap dan fizikal disebabkan oleh tekanan kerja yang

keterlaluan. Hilangnya tumpuan serta komitmen terhadap kerja bermakna seseorang

itu mengalami burnout yang mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Mereka berkemungkinan akan menunaikan segala matlamat yang tidak

realistik

b) Tekanan yang dialami adalah berpunca daripada hal-hal berkaitan dengan

kerja

c) Mereka lebih berpendirian idealistik serta berusaha keras untuk mencapai

kejayaan atas keinginannya yang tinggi

4

Burnout juga berkemungkinan besar dialami oleh mereka yang memulakan profesion

mereka dengan sikap yang sangat idealistik serta memberi penjagaan yang terbaik

kepada klien-klien mereka.

Secara teori, sebelum seseorang mengalami burnout, beliau adalah seorang

yang mempunyai tahap komitmen, motivasi dan dedikasi yang tinggi serta komited

dan sanggup untuk bekerja lebih masa dengan ganjaran yang minimum, tidak

mengendahkan ketidakselesaan dan keutamaan diri sehingga tidak memperdulikan

masa untuk berehat, menganggap pekerjaan sebagai gantian kepada kehidupan sosial,

dan mempercayai bahawa diri mereka adalah sangat penting dan mereka terpaksa

melakukan semua tugas secara bersendirian.

Berdasarkan penjelasan di atas, kita boleh membuat andaian bahawa pekerja

yang malas, tidak bermotivasi, melihat gaji sebagai matlamat utama mereka untuk

bekerja, tidak berdedikasi dan komited dalam pekerjaan yang dilakukan, sering

bertangguh serta berlengah-lengah dalam menjalankan tugas dan lain-lain ciri negatif

tidak boleh dikategori sebagai mengalami burnout. Pekerja yang sedemikian ini lebih

meletakkan kepentingan peribadi sebagai lebih penting dari kepentingan profesional

mereka.

Oleh yang demikian, dalam perkhidmatan awam, golongan profesional yang

burnout akan menjejaskan mutu perkhidmatan yang disediakan untuk orang ramai.

Burnout menyebabkan ketidakhadiran atau ponteng kerja yang kerap, kualiti kerja

menurun, hilangnya komitmen, ketiadaan kepuasan kerja, konflik interpersonal

(Cherniss 1980) dan bersara awal (Farber & Miller 1981). Untuk ini, burnout

merupakan satu isu yang serius kerana kesannya bukan sahaja menjejaskan individu

tetapi juga kepada organisasi sekolah di mana mereka berkhidmat. Maka kajian lebih

mendalam perlu dilaksanakan di kalangan pentadbir sekolah yang memegang teraju

utama dalam organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

5

1.2 Pernyataan Masalah

Sesungguhnya profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang dipandang

mulia dan dihormati oleh masyarakat. Profesion perguruan ini semakin kompleks,

peranan guru tidak lagi khusus pada pengajaran, malah telah berkembang berperanan

sebagai pencetus, penggalak, pengilham, penyalur nilai-nilai, penyemai rasa hormat,

dan apresiasi kritikal dalam diri pelajar (Zubaidah 1999).

Pentadbir sekolah merupakan seorang guru yang perlu mengajar sekurang-

kurangnya 5 waktu seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil.3/67 pindaan 1982).

Dengan demikian, seseorang pentadbir akan melaksanakan tanggungjawab

sebagaimana tugas seorang guru biasa khususnya dalam pengajaran dan

pembelajaran. Namun sebagai guru yang mengetuai sesebuah institusi pendidikan

beliau juga bertanggungjawab dalam aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah

keseluruhannya. Pelbagai tekanan dan permasalahan yang dihadapi oleh guru

berhubung dengan permasalahan pelajar, pengajaran dan pembelajaran juga dihadapi

oleh pentadbir. Oleh yang demikian, kajian-kajian mengenai burnout terhadap guru,

juga berlaku di kalangan pentadbir sekolah kerana mereka adalah dalam golongan

profesion yang sama.

Di Malaysia, walaupun tugas rasmi guru mahupun pentadbir sekolah adalah

mengajar, terdapat tugas-tugas lain yang tidak dinyatakan secara hitam putih oleh

pihak pengurusan di peringkat daerah dan negeri. Di antara tugas seperti sebagai

pengurus kurikulum, pengurus kokurikulum, pengurus hal ehwal murid, pengurus

fizikal dan pembangunan sekolah, pengurus kewangan, pengurus program atau

segala aktiviti yang melibatkan murid, pengurus pembangunan sumber manusia dan

lain-lain tugas yang diberi dan diarah oleh pihak-pihak berkepentingan. Kekaburan

mengenai peranan sebenar pentadbir sekolah dan beban serta tekanan kerja yang

berat mengakibatkan burnout di kalangan pentadbir. Kebanyakan pentadbir

mengharapkan agar masyarakat memahami bidang tugas mereka dan berasa terkilan

apabila pelbagai tuduhan dilemparkan sekiranya berlaku keruntuhan moral dan

masalah sosial yang sememangnya sesuatu yang di luar bidang kuasa mereka

(Farber, 1981). Tekanan pekerjaan yang berlanjutan dan tekanan yang dihadapi oleh

golongan profesional boleh menyebabkan guru-guru hilang rasa tanggungjawab,

6

komitmen serta simpati terhadap murid yang akhirnya membawa kepada perasaan

burnout (Maslach 1982). Menurut Yusop (2003), punca utama tekanan tinggi dalam

pengurusan adalah disebabkan beban kerja diikuti pengurusan kemudahan sumber,

keadaaan kerja dan tanggungjawab dan kurang sokongan dan konflik Kajian ini

telah mendapati wujudnya tekanan pengurusan yang dialami di kalangan pentadbir

sekolah Daerah Batu Pahat, Johor.

Manakala Pierce & Molloy (1990), berpendapat faktor individu yang

menyumbang kepada burnout termasuklah ciri-ciri personaliti dan latar belakang.

Gejala burnout mungkin diakibatkan oleh disfungsi psikologikal dan fizikal dan ini

mungkin dibayangkan melalui perasaan keletihan, depresi dan cepat menjadi marah.

Penglibatan pentadbir dengan pelajar, rakan sekerja, ibu bapa dan masyarakat juga

dilihat sebagai menyumbang kepada burnout. Jika pentadbir sekolah mengalami

tekanan dan kesukaran yang dihubungkan dengan penglibatan ini, burnout dapat

dilihat melalui perubahan tingkah laku pentadbir terhadap orang lain. Selain daripada

itu, persekitaran sekolah yang dikaitkan dengan ketiadaan penjelasan yang lengkap

dan jelas tentang peranan sebenar pentadbir, ketidakjelasan undang-undang, kelas

yang besar, ketidakcukupan bahan untuk mengajar, ketidakselesaan bilik pentadbir

dan ketiadaan privasi turut memberi tekanan dan beban kerja ke atas pentadbir dan

menyumbangkan kepada gejala burnout.

Sekiranya pentadbir ini masih meneruskan tugas mereka dengan semangat

kerja, motivasi yang semakin berkurangan sudah pasti mereka tidak dapat

menghasilkan produk atau pelajar yang terbaik apabila keluar dari sistem pendidikan.

Oleh itu, kerugian kepada organisasi pendidikan sekiranya para guru mahupun

pentadbir meletakkan jawatannya sedangkan kemahiran dan pengalaman yang ada

pada mereka amat diperlukan.

Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap

burnout yang dialami oleh pentadbir sekolah, mengenalpasti perbezaan dari segi

burnout berdasarkan faktor latar belakang pentadbir sekolah seperti jantina, umur,

status perkahwinan, status pendidikan, pengalaman mentadbir, lokasi sekolah dan

bebanan tugas mengajar serta mengenalpasti hubungan antara tekanan kerja yang

dialami oleh pentadbir sekolah dengan burnout .

7

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah :

1.3.1 Mengenalpasti tahap burnout yang dialami oleh pentadbir sekolah di Kluang.

1.3.2 Mengenalpasti perbezaan dari segi burnout berdasarkan faktor latar belakang

pentadbir sekolah seperti jantina, umur, status perkahwinan, status

pendidikan, pengalaman mentadbir, lokasi sekolah dan bebanan tugas

mengajar.

1.3.3 Mengenalpasti hubungan antara tekanan kerja yang dialami oleh pentadbir

sekolah dengan burnout .

1.4 Persoalan Kajian

Bagi mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji akan mendapatkan

jawapan kepada persoalan kajian berikut:

1.4.1 Apakah tahap burnout yang dialami oleh pentadbir sekolah di Kluang?

1.4.2 Adakah terdapat perbezaan dari segi burnout berdasarkan kepada faktor latar

belakang pentadbir sekolah seperti jantina, umur, status perkahwinan, status

pendidikan, pengalaman mentadbir, lokasi sekolah, dan bebanan tugas

mengajar?

1.4.3 Adakah terdapat hubungan antara tekanan kerja dengan burnout di kalangan

pentadbir sekolah di daerah Kluang?