Cmp2011-Laporan Akhir Dan Refleksi Aktiviti (2)

download Cmp2011-Laporan Akhir Dan Refleksi Aktiviti (2)

of 26

description

kongsi

Transcript of Cmp2011-Laporan Akhir Dan Refleksi Aktiviti (2)

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM

NO. KUMPULAN: UPSI 22(A131PJJ)NAMA PENSYARAH: DR.ABD RAHIM BIN MOHD SHARIFF

KERJA KURSUSCMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM3.LAPORAN AKHIR DAN REFLEKSI AKTIVITI

NAMA PELAJAR:NORZEHAN BINTI ISMAILNO. ID:D20112055613

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUHUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISTANJONG MALIM, PERAK.

I

KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

3.0 PENGENALAN2 - 5

3.1 SURAT UCAPAN TERIMA KASIH6 - 9

3.2 LAPORAN JAWATANKUASA KERJA10 - 12

3.3 LAPORAN KEWANGAN13 - 14

3.4 KESIMPULAN153.4.1 KEKURANGAN153.4.2 KELEBIHAN163.4.3 CADANGAN PENAMBAIKAN UNTUK PROGRAM AKAN DATANG173.4.4 PENUTUP17 - 18

3.5 LAMPIRAN BORANG PENILAIAN KURSUS/ PROGRAM

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK14120 SIMPANG AMPATSEBERANG PERAI SELATAN

LAPORAN AKHIR DAN REFLEKSI AKTIVITI PERKHEMAHAN TAHUNANBERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK SERI TASEK 2013

TARIKH :25-26 OKTOBER 2013

TEMPAT :DEWAN & PADANG SK SERI TASEK

3.0 PENGENALAN Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, di samping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti di samping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi.

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK14120 SIMPANG AMPATSEBERANG PERAI SELATANPROGRAM/AKTIVITI : Perkhemahan Tahunan Bersepadu Unit Beruniform 2013 Sekolah Kebangsaan Seri Tasek.TARIKH PERLAKSANAAN :25 Oktober- 26 Oktober 2013.TEMPAT: Padang Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Simpang Ampat,Seberang Perai Selatan.MASA: 8.00 pagi ( 25 Okt 2013) 4.00 petang ( 26 Okt 2013)OBJEKTIF : Memberikan pendedahan kepada semua unit beruniform tentang kawad,memasang khemah, ujian tali, gajet dan memasak. Memberi pendedahan kepada pelajar yang terlibat tentang kemahiran-kemahiran penting dalam unit beruniform. Mendekatkan diri murid dengan aktiviti separa lasak dalam kembara. Memberi taklimat kepada murid tentang fungsi dan tugas pasukan unit beruniform sekolah. Untuk menguji daya ketahanan mental, fizikal dan rohani setiap peserta. KUMPULAN SASARAN : Unit Uniform Sekolah Kebangsaan Seri Tasek. 1) Pengakap Sk . Seri Tasek, Seberang Perai Selatan. 2) TKRS Sk Seri Tasek, Seberang Perai Selatan. 3) Puteri Islam Sk Seri Tasek ,Seberang Perai Selatan.4) PBSM Sk Seri Tasek,Seberang Perai Selatan.LAPORAN HARI PERTAMA : 25 OKTOBER 2013Pada jam 3.00 petang seramai 130 orang murid telah mendaftar untuk menjalani program ini, Setelah selesai urusan pendaftaran, peserta dibekalkan dengan khemah dan peralatan-peralatan yang lain. Pada jam 3.30 petang aktiviti mendirikan khemah telah dimulakan. Sejam kemudian semua khemah telah siap didirikan oleh para peserta. Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat asar pada jam 4.30 petang. Pada jam 5.00 petang, aktiviti pertama bermula iaitu Pentadbiran Peserta. Di dalam aktiviti ini peserta diberi masa 1 jam untuk memastikan persekitaran khemah bersih dan selamat. Kelihatan peserta teruja sewaktu sesi ini dijalankan dan ini memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada mereka. Peserta kemudiannya berhenti rehat untuk persiapan diri dan makan malam bermula pada jam 6.30 petang. Mereka berkumpul di surau sekolah untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Aktiviti ini dikendalikan oleh ustaz yang bertugas pada hari tersebut.Pada jam 9.00 malam peserta diberi sesi taklimat yang disampaikan oleh Kem Komandan . Para peserta telah dimaklumkan tentang peraturan yang mesti dipatuhi sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Aktiviti diteruskan dengan perasmian oleh pembukaan perkhemahan Unit Beruniform oleh Tuan Guru Besar.Tn.Hj. Abdul Nasir.Selepas selesai perasmian aktiviti seterusnya ialah Pecah Minda iaitu Sayang diri dan permainan minda. Peserta begitu bersemangat dan aktif melakukan aktiviti tersebut.Ada tindak balas dari peserta dan mereka yakin dengan aktiviti tersebut.LAPORAN HARI KEDUA : 26 OKTOBER 2013.Aktiviti bermula pada jam 5.00 pagi di mana peserta bangun untuk persiapan diri dan solat serta kuliah Subuh. Solat dan kuliah Subuh dipimpin oleh Ust. Mohd Anuar. Seterusnya peserta berkumpul di padang sekolah untuk senamrobik yang dikendalikan oleh Cikgu Marwani dan Cikgu Shariza. Peserta berkumpul untuk sarapan pagi pada jam 7.30 pagi sebelum memulakan aktiviti Penyelesaian Masalah pada jam 8.00 pagi. Aktiviti diteruskan dengan Ikatan dan Simpulan yang dijalankan di kantin sekolah pada pukul 11.00 pagi..Di dalam aktiviti tersebut peserta diajar cara-cara membuat ikatan.dan dikendalikan oleh Cikgu Adrian Sani dan dibantu oleh guru-guru pengakap. Peserta kemudiannya berhenti rehat dan makan tengahari.Selepas aktiviti makan tengahari dan solat zohor ,peserta berkumpul di dewan SKST untuk aktiviti persembahan kumpulan. Persembahan Kebudayaan Malaysia oleh peserta bermula pada jam 2.00 petang. Kelihatan peserta terhibur dengan persembahan dari berbagai kumpulan. Acara berakhir pada jam 3.30 petang dan berehat untuk minum petang.Aktiviti diteruskan dengan bantu mula dan melipat khemah mengikut masa yang telah ditetapkan. Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah menyusul sebagai acara kemuncak dan bersurai pada pukul 5.00 petang.

3.1 Surat ucapan terima kasihSEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK, 14120 SIMPANG AMPAT SEBERANG PERAI SELATAN.Tel: 04-5887278 Fax :04-5873561 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKANRuj Kami : UKK/SKST 800-7/2(10) Tarikh : 29 Oktober 2013 Kepada: Pejabat Pertahanan Awam Unit SPS, J385 Jalan Besar, Sungai Bakap, 14200 Sungai Bakap, SPS.Tuan,Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami, ahli jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform 2013 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tuan/puan yang telah memberi kerjasama kepada kami untuk menjayakan program tersebut yang telah berlangsung pada 25 hingga 26 Oktober 2013 yang lalu.3.Kerjasama yang pihak tuan/puan berikan telah memudahkan usaha kami untuk memastikan aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar.4.Kami juga berharap pihak tuan tidak keberatan untuk membantu kami di dalam usaha kami untuk mengadakan program-program seperti ini lagi.Di atas bantuan dan kesudian pihak tuan, kami ucapkan jutaan terima kasih.Sekian, terima kasih.BERKHIDMAT UNTUK NEGARASaya yang menurut perintah,t.t (En. ABDUL NASIR B. JAMALUDIN) Guru Besar SK Seri Tasek.

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK, 14120 SIMPANG AMPAT SEBERANG PERAI SELATAN.Tel: 04-5887278 Fax :04-5873561 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKANRuj Kami : UKK/SKST 800-7/2(11) Tarikh : 29 Oktober 2013Kepada: Pegawai Pelajaran Daerah Selatan, Pejabat Pelajaran Daerah 14200 Sungai Jawi, SPS (u.p : Pegawai Kokurikulum )Tuan,Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami, ahli jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform 2013 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tuan/puan yang telah memberi kerjasama kepada kami untuk menjayakan program tersebut yang telah berlangsung pada 25 hingga 26 Oktober 2013 yang lalu.3.Kerjasama yang pihak tuan/puan berikan telah memudahkan usaha kami untuk memastikan aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar.4.Kami juga berharap pihak tuan tidak keberatan untuk membantu kami di dalam usaha kami untuk mengadakan program-program seperti ini lagi.Di atas bantuan dan kesudian pihak tuan, kami ucapkan jutaan terima kasih.Sekian, terima kasih.BERKHIDMAT UNTUK NEGARASaya yang menurut perintah,t.t (En. ABDUL NASIR B. JAMALUDIN) Guru Besar SK Seri TasekSEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK, 14120 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN. Tel: 04-5887278 Fax :04-5873561 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKANRuj Kami : UKK/SKST 800-7/2(12) Tarikh : 29 Oktober 2013Kepada: Pegawai Perubatan, Hospital Sungai bakap, 14200 Sungai Bakap, Seberang Perai SelatanTuan,Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami, ahli jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform 2013 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tuan/puan yang telah memberi kerjasama kepada kami untuk menjayakan program tersebut yang telah berlangsung pada 25 hingga 26 Oktober 2013 yang lalu.3.Kerjasama yang pihak tuan/puan berikan telah memudahkan usaha kami untuk memastikan aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar.4.Kami juga berharap pihak tuan tidak keberatan untuk membantu kami di dalam usaha kami untuk mengadakan program-program seperti ini lagi.Di atas bantuan dan kesudian pihak tuan, kami ucapkan jutaan terima kasih.Sekian, terima kasih.BERKHIDMAT UNTUK NEGARASaya yang menurut perintah,t.t (En. ABDUL NASIR B. JAMALUDIN) Guru Besar SK Seri TasekSEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK, 14120 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN.Tel: 04-5887278 Fax :04-5873561 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKANRuj Kami : UKK/SKST 800-7/2(13) Tarikh : 29 Oktober 2013Kepada: Ketua Polis Balai, Balai Polis Simpang Ampat, 14100 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (U.p : Pondok Polis Tasek) Tuan,Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami, ahli jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform 2013 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tuan/puan yang telah memberi kerjasama kepada kami untuk menjayakan program tersebut yang telah berlangsung pada 25 hingga 26 Oktober 2013 yang lalu.3.Kerjasama yang pihak tuan/puan berikan telah memudahkan usaha kami untuk memastikan aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar.4.Kami juga berharap pihak tuan tidak keberatan untuk membantu kami di dalam usaha kami untuk mengadakan program-program seperti ini lagi.Di atas bantuan dan kesudian pihak tuan, kami ucapkan jutaan terima kasih.Sekian, terima kasih.BERKHIDMAT UNTUK NEGARASaya yang menurut perintah,t.t (En. ABDUL NASIR B. JAMALUDIN) Guru Besar SK Seri Tasek3.2 Laporan Jawatankuasa KerjaJawatankuasaLaporan

Setiausaha dan Naib SetiausahaSemua urusan surat menyurat telah diselesaikan.Laporan akan diselesaikan dalam masa yang terdekat selepas mesyuarat post-mortem

Urusetia/ PendaftaranSeramai 130 orang murid mengambil bahagian.Pengakap - 15 perempuan, 20 lelaki = 35 orangPBSM - 15 perempuan, 15 lelaki= 30 orangTKRS - 20 perempuan, 15 lelaki= 35 orangPPIM - 30 perempuan = 30 orang JUMLAH = 130 ORANG

BendahariPerbelanjaan telah dibuat seperti mana yang dinyatakan dalam laporan kewangan.

Kem KomandanPengerusi melaporkan bahawa aktiviti perkhemahan telah berlangsung dengan jayanya.Ianya berjalan seperti dirancang dan mendapat kerjasama daripada semua pihak. Peserta perkhemahan menunjukkan respons dan minat yang tinggi sepanjang perkhemahan berlangsung. Mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang baik dan mampu berdikari. Sikap ini diharap dapat diamalkan semasa berada di rumah.

AJK MakananPengerusi jawatankuasa makanan melaporkan bahawa semua ahli jawatankuasa yang dilantik telah memainkan peranan yang sewajarnya. Makanan murid telah ditempah di kantin sekolah untuk menjamin tahap kebersihannya. Penyediaan adalah berdasarkan kepada 160 kuantiti pada setiap kali hidangan. Ianya termasuk keperluan 130 orang peserta perkhemahan dan selebihnya adalah untuk guru dan individu yang turut hadir membantu pada sesuatu masa. Peruntukan makanan adalah mencukupi. Jadual penggiliran masakan adalah dipatuhi oleh semua jawatankuasa yang dilantik. Para peserta dan guru-guru berpuas hati dengan menu yang disediakan. Pada malam kemuncak juga diadakan jamuan BBQ untuk para guru dan peserta.

AJK Teknikal/SiarayaKeseluruhannya keperluan siaraya adalah mencukupi berdasarkan penggunaannya pada lokasi tertentu sahaja. Tidak ada gangguan bekalan elektrik. Lampu perlu ditambah terutama di bahagian belakang Blok A menuju ke kantin kerana kawasan itu agak gelap.

AJK Persiapan Tempat/ PeralatanSemua jawatankuasa telah bekerjasama membuat persiapan dan dan peralatan yang diperlukan. Pengerusi melaporkan jumlah sebanyak 20 unit khemah telah dipasang di lokasi yang ditetapkan pada hari perkhemahan. Pihak sekolah telah meminjam 10 unit khemah daripada Unit Kokurikulum Pejabat Daerah Selatan bagi mencukupkan jumlah bilangan khemah yang diperlukan. Semua khemah telah dibersihkan dan telah dipulangkan.

AJK Penyelaras AktivitiPengerusi menjelaskan aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Aktiviti yang dijalankan meliputi pelbagai aspek yang menjurus kepada pembentukan jati diri murid. Keperluan peralatan semasa beraktiviti adalah mencukupi.

AJK Bantu Mula/ Pertolongan CemasPada keseluruhannya jawatankuasa kecemasan telah membuat persediaan yang sewajarnya bagi menghadapi pelbagai kemungkinan. Bilik rawatan sekolah dibuka dan beroperasi 24 jam. Keperluan perubatan untuk kemalangan kecil telah disediakan. Tidak ada sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku. Pemantauan tahap keselamatan dan kecemasan dilakukan setiap masa oleh jawatankuasa dan guru-guru. Murid-murid turut bekerjasama menjaga keselamatan diri.

AJK DokumentasiKetua jawatankuasa dokumentasi melaporkan banyak gambar telah diambil semasa perkhemahan dan akan dimuatkan ke dalam laman Facebook sekolah dan murid-murid boleh memuat turun gambar mereka daripada laman tersebut. Pihak jawatankuasa juga akan menyediakan dokumentasi bertulis untuk simpanan sekolah.

AJK IbadahKetua jawatankuasa Ibadah memaklumkan bahawa sepanjang perkhemahan tersebut, semua peserta terlibat dalam aktiviti solat berjemaah dan tazkirah yang dijalankan. Sedikit sebanyak telah menampakkan perubahan sikap individu murid kepada sikap hormat-menghormati kepada guru mahupun rakan-rakan.

AJK Hadiah/ Sijil/ Buku ProgramKetua jawatankuasa hadiah dan sijil memaklumkan semua hadiah bagi pertandingan telah disampaikan semasa majlis penutup dan diagihkan kepada murid-murid dalam kumpulan yang menang. Setiap peserta perkhemahan ini akan disediakan sijil penyertaan (130 keping). Sijil ini telah diserahkan pada hari Isnin semasa perhimpunan selepas seminggu berakhirnya perkhemahan. Jawatankuasa juga melaporkan buku program telah disediakan secukupnya dan telah diedarkan semasa majlis perasmian pembukaan kepada tetamu jemputan dan para guru.

3.3 Laporan KewanganPendapatan daripada setiap peserta= 140 X RM5 = RM700Sumber Peruntukan Kokurikulum = RM2400Jumlah =RM3100PerbelanjaanBILPERKARAPERUNTUKANJUMLAH

1.Minum petangRM2.00x130 orang muridRM2.00x15 orang guruRM260.00RM30.00

2.Makan malamRM4.00x140 orang muridRM4.00x15 orang guruRM520.00RM60.00

3.Minum malamRM2.00x130 orang muridRM2.00x15 orang guruRM260.00RM30.00

4.SarapanRM2.00x130 orang guruRM2.00x15 orang guruRM260.00RM30.00

5.Makan tengah hariRM4.00x130 orang muridRM4.00x15 orang guruRM520.00RM60.00

6.Air MineralRM8x12RM96

7.Aktiviti pertandingan memasakRM2.00x130 orang muridRM260.00

8.Aktiviti Berjalan MalamTali dan belonRM24.00RM24.00

9.Aktiviti ikatan gajet/ pertolongan cemas (tali) RM20.00RM20.00

10.Hadiah/ SijilPertandingan memasak & persembahan malam kebudayaanSijil (130xRM1.00)Tempat pertama RM4.00x18 orang=RM72x2Tempat kedua RM3.00x18 orang =RM54x2Tempat ketiga RM2.00x18 orang=RM36x2Saguhati RM1.00x18 orang =RM18 RM18 x 2 kumpulan RM130.00RM144.00

RM108.00 RM72.00

RM18.00 RM36

Khemah terbersih RM1.00x18RM18

Kumpulan berdisiplin RM1.00x18RM18

10.Barang-barang runcitRM108

JUMLAH PERBELANJAANRM3100.00

Disediakan oleh,Disemak oleh,......................t.t...........................................t.t.......................(CHE TOM BINTI ABD HAMID)(PN. ELYANA BT.ISMAIL)Bendahari, Penolong Kanan Kokurikulum,Perkhemahan Unit Beruniform,SK seri Tasek.SK Seri Tasek.

Disahkan oleh,.................t.t................................(EN. ABDUL NASIR B.JAMALUDIN)Guru Besar SK Seri Tasek.

3.4 Kesimpulan Laporan3.4.1 Kelemahan/ Kekurangan :a.Khidmat Fogging ataupun semburan anti nyamuk perlu dibuat sebelum perkhemahan diadakan. Ini bertujuan untuk mencegah peserta daripada bahaya gigitan nyamuk yang berkemungkinan boleh member kesan kepada para pelajar.b. Penggunaan tandas didapati agak sesak pada sesuatu tempoh, sewajarnya disediakan bekas untuk menadah air supaya peserta tidak mengambil masa yang lama untuk membersihkan diri. Apa yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan dapat diambil tindakan untuk diatasi agar program yang bakal dilaksanakan pada tahun berikutnya dapat dilaksanakan dengan cemerlang.c.Masih lagi terdapat pelajar yang kurang mahit mengurus pakaian dan peralatan dengan baik apabila mereka meninggalkannya di bilik air dan juga di tempat mandi.d.Sensitiviti guru terhadap pakaian seragam agak kurang kerana terdapat guru yang tidak memakai uniform kokurikulum sewaktu beraktiviti.e.Keadaan cuaca yang kurang memuaskan di mana hujan sepanjang program ini berjalan sedikit sebanyak telah menjejaskan aktiviti yang dirancang. Walaupun ianya dapat dilaksanakan tetapi tidak begitu sempurna lantaran sukar membuat pergerakan akibat cuaca yang hujan sepanjang hari.f.Kemudahan rawatan kecemasan iaitu walaupun ada urusetia di bahagian ini namun terdapat juga kekurangan pegawai.Bagi kes kecemasan,pihak urusetia terpaksa menghantar peserta ke hospital yang berhampiran. Diharapkan agar pada program yang akan datang,pihak urusetia akan dapat meningkatkan bilangan pegawai yang bertugas.g.Masa yang terlalu singkat dalam perkhemahan yang berlangsung selama 2 hari adalah singkat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti. Kesimpulannya pihak urusetia telah melakukan yang terbaik sepanjang aktiviti ini berlangsung dan segala aktiviti dapat berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.3.4.2 Kekuatan/Kelebihan :Sepanjang program Perkhemahan ini dilaksanakan, didapati terdapat beberapa yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor dalam program ini.Sifat kekitaan jelas diperlihatkan,bak kata pepatah,Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Kejayaan pelaksanaan program Perkhemahan Unit Beruniform kali ini amat bergantung kepada elemen-elemen berikut:a. Peserta Pogram Kesemua peserta program adalah pelajar yang sememangnya mempunyai karisma dan ketrampilan yang tersendiri.Oleh yang demikian,tidak ada masalah disiplin yang berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan.b. Kem Komandan/Pen.Kem.Komandan Pemilihan Kem Komandan dan Timbalan Kem Komandan yang berpengalaman dan berkarisma serta bijak mampu membuatkan segala program berjalan dengan baik.c. Urusetia yang berpengalaman Perjalanan program tidak mungkin berjaya tanpa sumbangan bakti daripada yang mahir dan berpengalaman . Urusetia telah dapat menjalankan tugasan dengan cemerlang sepanjang kem ini berlangsung.d. Kemudahan prasarana yang lengkap Tempat program yang dijalankan sememangnya lengkap dengan semua kemudahan asas terutamanya padang,tapak khemah yang luas,punca bekalan air dan elektrik,surau dan kantin . Ini semua dapat membantu melancarkan perjalanan program.e. Menjalinkan hubungan silatirahim Perkhemahan ini dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama yang erat antara guru dan murid,unit uniform pengakap dari 3 buah sekolah yang berhampiran.Keseluruhannya para pelajar telah mendapat banyak pendedahan semasa penglibatan mereka dalam perkhemahan ini. Peserta perkhemahan mendapat pendedahan tentang realiti kehidupan melalui aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa depan. Pelajar didedahkan dengan pelbagai disiplin ilmu antaranya ilmu ikhtiar hidup, orientaring, pertolongan cemas, ikatan dan simpulan di mana semua ini memberi banyak manfaat kepada mereka. Melalui pendedahan ini secara tidak langsung telah meningkatkan tahap pengetahuan pelajar dan dapat membantu ke arah pembentukan jati diri mereka. Selain daripada itu pelajar akan menjadi lebih berdisiplin dengan mematuhi segala aktiviti yang dijalankan. Semangat kerjasama, bantu membantu di kalangan murid berjaya dipupuk pada setiap individu murid. Rasa hormat pelajar kepada guru dan sesama rakan akan dapat dipertingkatkan.3.4.3 Cadangan Penambahbaikan. Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan program pada masa hadapan. Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa perkhemahan unit beruniform pada masa akan datang. Di antaranya adalah seperti pernyataan di bawah;a.Menjemput pasukan beruniform daripada sekolah berdekatan untuk turut sama menyertai perkhemahan.b.Mengenalpasti kawasan yang lebih mencabar untuk dijadikan tempat perkhemahan.c.Membeli peralatan tambahan seperti khemah, alat siaraya bagi menggantikan alat sedia ada yang sudah lama.d.Menjemput ibu bapa untuk datang pada malam kebudayaan agar ianya menjadi lebih meriah lagi3.4.4 Penutup :Rata-rata peserta perkhemahan memberikan komen yang positif setelah berakhirnya program perkhemahan ini. Mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk melahirkan murid SK Seri Tasek yang seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah.Sesungguhnya program Perkhemahan Unit Beruniform 2013 ini merupakan suatu langkah yang terbaik yang diambil oleh pihak sekolah dalam merealisasikan hasrat dan tujuan pendidikan masa kini. Melalui platform pendidikan dengan sejumlah wang peruntukan yang diberi dalam Kegiatan Kokurikulum dan juga peruntukan pada aktiviti sahsiah segala usaha murni dalam membentuk modal insan akan dapat dilaksanakan.Pihak sekolah telah mengusahakan suatu program yang terbaik. Hasil daripada tinjauan dan pemerhatian yang dibuat banyak peserta, guru, agensi luar dan masyarakat setempat memberi komen yang sangat positif.AJK Penganjur ingin merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua guru, Kakitangan Swasta, Urusetia Perkhemahan, ahli belia kawasan Tasek, YDP dan NYDP PIBG, Pegawai PPD Daerah Selatan dan semua peserta perkhemahan yang telah menjayakan aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SK Seri Tasek 2013.Secara keseluruhannya peserta program ini berpuashati dan memberi komen yang positif. Mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi sepanjang aktiviti ini berlangsung. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk melahirkan masyarakat pelajar skst yang seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah iaitu bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Disediakan oleh:................t.t......................NORZEHAN BINTI ISMAILSetiausaha Perkhemahan Unit Uniform

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM

vi

3.5 LAMPIRAN 1BORANG PENILAIAN KURSUS/PROGRAM SK SERI TASEKSEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK,14120 SIMPANG AMPAT,SEBERANG PERAI SELATAN.SEBERANG PERAI SELATAN.

BORANG PENILAIAN KURSUS/PROGRAM

Nama Program / Kursus: Tarikh: Tempat: Objektif borang ini adalah untuk memastikan kursus yang diberikan kepada peserta-peserta adalah menepati taraf kualiti yang dikehendaki. Untuk membantu pihak SK Seri Tasek, sila lengkapkan borang ini berdasarkan kepada penilaian anda. Borang ini adalah sulit, anda tidak perlu mencatat nama atau menandatangani borang ini.MAKLUMAT AM1. Nama :2. Tahun:3. Kelas:

ISI KANDUNGAN PROGRAM/KURSUS1. Sejauh mana program/kursus mencapai objektif-objektif yang dinyatakan?Amat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

2. Bagaimanakah anda menilai keberkesanan program/kursus ini?a) Isi Kandungan Program/Kursus menepati kehendak saya Amat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

b) Isi Kandungan Program/Kursus membantu meningkatkan lagi bidang kepimpinanAmat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

3. Bagaimanakah anda menilai progam/kursus ini dari segi bahan pembelajarannya?a) Program/kursus ini telah menambahkan lagi pemahaman dan pengetahuan saya.Amat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

b) Saya akan dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang pengurusan/kepimpinan setelah melalui latihan program/kursus ini.Amat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

4. Bagaimanakah anda menilai isi/kandungan program/kursus ini?a) Adakah tajuk utamaAmat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

b) Contoh yang diberikan adalah berguna dan membantu saya memahaminyaAmat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

c) Contoh-contoh yang diberikan adalah mencukupiAmat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

d) Siri-siri perbincangan yang dijalankan adalah mencukupiAmat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

TAKSIRAN AM

1. Bagaimanakah anda menilai program/kursus ini berdasarkan pada kriteria-kriteria yang berikut?

a) Kesenangan memahamiAmat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

b) Aturcara dan susunan program/kursus latihanAmat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

c) Pentadbiran dan kemudahan lainAmat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

d) Kesesuaian tempat latihanAmat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

e) Keselesaan tempat tinggalAmat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

f) Makanan dan minumanAmat Lemah Lemah Sederhana Baik Amat Baik

2. Adakah anda mengesyorkan rakan-rakan anda untuk menghadiri program/kursus seperti ini?

Ya Tidak

Berikan sebab-sebabnya

3. Komen/cadangan keseluruhannya.....

URUSETIA

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA

i