Complete Faktor2 Gagal Belajar
-
Upload
muhammad-shahaizat-zakaria -
Category
Documents
-
view
52 -
download
6
description
Transcript of Complete Faktor2 Gagal Belajar
-
FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN : PERSPEKTIF PELAJAR
YANG MENGULANG KURSUS ENGINEERING MATHEMATICS 1
Favziyah binti Nafiah1
dan Noor Azilla binti Mohamed Nor2
1,2
Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
[email protected], [email protected]
ABSTRAK : Kertas ini melaporkan dapatan kajian untuk mengenalpasti perspektif pelajar
mengenai faktor kegagalan mereka bagi kursus Engineering Mathematics 1 di Politeknik Sultan
Azlan Shah, Behrang, Perak. Faktor yang dikaji adalah dari aspek Latihan/Tutorial/Tugasan,
Pensyarah dan Kaedah Pengajaran, Kaedah Belajar, Persekitaran, Sikap dan Motivasi, Masalah
Peribadi dan Kerohanian. Seramai 67 orang pelajar Semester 2, Sesi Disember 2011, yang
mengulang kursus Engineering Mathematics 1 telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik ( = 0.751) yang terbahagi kepada dua bahagian. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical
Package For Social Sciences (SPSS) versi 16.0, Analisis Frekuensi dan Analisis Indeks Purata .
Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kaedah belajar menjadi faktor utama dalam
mempengaruhi faktor kegagalan kursus Engineering Mathematics 1 dari perspektif pelajar,
diikuti oleh faktor sikap dan motivasi serta latihan/tutorial/tugasan. Oleh itu, cadangan telah
dikemukakan dalam usaha mengatasi masalah kegagalan pelajar, lantas membantu pencapaian
peratus kelulusan di atas 90% bagi setiap program.
Keywords : Perspektif Pelajar; Faktor-faktor Kegagalan Engineering Mathematics 1, Cadangan
Meningkat Peratus Kelulusan Pelajar
1. PENGENALAN
Matematik adalah satu bidang pengetahuan yang penting dalam pembelajaran mahupun
di sekolah, ataupun diperingkat institusi pengajian tinggi seperti politeknik dan universiti.
Permasalahan matematik bukan sahaja memberi kesan kepada taraf pendidikan individu,
malah turut memberi kesan kepada aplikasi penggunaan harian mereka. Sebagai contoh,
pelajar yang lemah dalam matematik, akan turut lemah dalam subjek lain, terutamanya
yang melibatkan pengiraan. Didalam kehidupan harian pula kita sering mengaplikasikan
penggunaan matematik semasa membeli belah, , membuat pengukuran, perbandingan dan
sebagainya.
Matematik sering dianggap sebagai suatu kursus yang sukar untuk difahami terutamanya
bagi pelajar yang lemah matematik ketika dialam persekolahan. Persoalannya, mengapa
fenomena ini berlaku?, Siapakah yang harus dipersalahkan? Apakah punca sebenar yang
menyebabkan ramai pelajar yang gagal matematik?. Persoalan-persoalan ini
menyebabkan kami terpanggil untuk membuat kajian bagi mengetahui secara terperinci
-
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 43
faktor kegagalan pelajar dalam matematik di politeknik, khususnya bagi pelajar semester
satu.
1.1 Pernyataan Masalah
Rentetan daripada latar belakang masalah tersebut, penyelidik ingin mengkaji
faktor yang mempengaruhi kegagalan Kursus Engineering Mathematics 1 dari
sudut persepsi pelajar di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesyen, Perak.
Faktor yang akan di kaji adalah faktor Latihan/Tutorial/Tugasan, Pensyarah Dan
Kaedah Pengajaran, Kaedah Belajar, Persekitaran, Sikap Dan Motivasi, Masalah
Peribadi dan Kerohanian
1.2 Objektif kajian
Antara Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada faktor-faktor
berikut mempengaruhi kegagalan Kursus Engineering Mathematics 1 dikalangan
pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah:
a. Latihan/Tutorial/Tugasan
b. Pensyarah dan Kaedah Pengajaran
c. Kaedah Belajar
d. Persekitaran
e. Sikap dan Motivasi
f. Masalah Peribadi
g. Kerohanian
1.3 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini hanya menfokuskan kepada persepsi pelajar mengenai faktor yang
mempengaruhi kegagalan mereka dalam kursus Engineering Mathematics1 pada
sesi Jun 2011. Selain itu, responden adalah terdiri daripada pelajar semester dua
kejuruteraan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesyen, Perak.
2. TINJAUAN LITERATUR
Kemorosotan pencapaian pelajar untuk kursus Engineering Mathematics 1 amat
membimbangkan. Mengikut analisis daripada unit peperiksaan PSAS, peratus lulus pada
sesi Julai 2010 adalah 98%, sesi Disember 2010 , 97.5% dan Jun 2011, hanya 82.6%.
Kemerosotan ini dikaitkan dengan pelbagai faktor dari perspektif pelajar. Di antara faktor
yang dikenalpasti adalah dari aspek latihan/tutorial/tugasan, pensyarah dan kaedah
pengajaran, kaedah belajar, persekitaran, sikap dan motivasi, masalah peribadi dan
kerohanian. Kajian Relich dan Way, 1994; Philippou, 1998; Thompson, 1992,
menyatakan, kepercayaan, sikap dan kecekapan diri adalah berkait rapat terhadap kesan
pencapaian akademik. Mengikut kajian oleh Mokhtar Ishak dan Rohani Ahmad (2001)
-
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 44
menunjukkan bahawa, gaya belajar mempengaruhi pencapaian matematik pelajar. Menurut Norhani Bakri (2005) pula, cara pembelajaran yang tidak konsisten dan tiada
inisiatif untuk berusaha sendiri dengan mencari bahan rujukan di perpustakaan
merupakan faktor yang menjejaskan prestasi pembelajaran.
Gaya pembelajaran pelajar juga berkait rapat dengan kaedah pengajaran pensyarah,
bahan bantu mengajar, sikap pensyarah dan keadaan sekitar (Ramirez, 1990). Dengan itu,
pensyarah perlu mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai dengan gaya
pembelajaran pelajar (Marjoribanks, 1991). Menurut Dunn (1995) serta Neely dan Alm
(1992), pelajar akan memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekiranya
mereka diajar dengan kaedah pengajaran yang mirip gaya pembelajaran mereka.
3. METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian kuantitatif yang bersifat tinjauan
iaitu menggunakan soal selidik ( = 0.751) sebagai alat pengumpulan data. Kajian tinjauan adalah bersesuaian dengan tajuk kajian ini kerana ianya bertujuan
ingin melihat persepsi pelajar terhadap faktor kegagalan Kursus Engineering
Mathematics 1 di Politeknik Sultan Azlan Shah. Dalam kajian ini pendekatan
kajian tinjauan didapati berkesan dan tidak mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan dan berupaya mendapatkan data yang
diperlukan tanpa sebarang masalah.
3.2 Populasi Dan Responden Kajian
Populasi bagi kajian ini adalah 67 orang pelajar yang mengulang kursus
Engineering Mathematics 1 pada sesi Disember 2011 dari Politeknik Sultan
Azlan Shah, Behrang, Perak Darul Ridzuan
3.3 Instrumen Kajian
Penyelidikan ini berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik sebagai alat
pengumpulan data. Rasional kepada pemilihan kaedah soal selidik adalah kerana
kemudahantadbiran untuk mendapatkan maklumat yang banyak dalam masa
yang singkat. Set soal selidik yang digunakan dibangunkan oleh pengkaji
berdasarkan kepada pembolehubah-pembolehubah yang telah ditetapkan. Borang
soal selidik ini mengandungi dua bahagian yang utama, iaitu bahagian A
mengandungi soal selidik untuk mendapatkan data tentang maklumat responden.
Pemberian skala adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut:
-
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 45
Jadual 1: Skala maklumat Bahagian A
Maklumat dan Latar
Belakang Responden
Pilihan Bilangan
(orang)
Jantina Lelaki Perempuan
51 16
Umur
18 hingga 19 tahun 20 hingga 21 tahun 22 hingga 23 tahun
Lebih dari 23 tahun
55 1
10
1
Kaum
Melayu India
Cina Lain-lain
65 1
0 1
Jabatan Pengajian
JKA
JKE
JKM
10 12
45 Semester Pengajian
Semester 1 Semester 2 Semester 3
0 66 1
Bilangan Mengulang Modul
Kali Pertama Kali Kedua
54 13
Dalam Bahagian B, responden telah disediakan pilihan jawapan mengikut skala
lima mata yang terdiri daripada Sangat Setuju, Setuju, Neutral, Tidak setuju dan Sangat Tidak Setuju.
Sebanyak 52 item telah dibina dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat
tentang tujuh faktor yang telah ditetapkan iaitu Latihan/Tutorial/Tugasan,
Pensyarah Dan Kaedah Pengajaran, Kaedah Belajar, Persekitaran, Sikap Dan
Motivasi, Masalah Peribadi dan Kerohanian. Jadual 2 di bawah menjelaskan
jumlah keseluruhan item mengikut pembolehubah yang ditetapkan:
Jadual 2: Jumlah Item Soal Selidik Bahagian B
Pembolehubah Jumlah Item
Latihan/Tutorial/Tugasan 4
Pensyarah Dan Kaedah Pengajaran 9
Kaedah Belajar 11
Persekitaran 5
Sikap Dan Motivasi 14
Masalah Peribadi 5
Kerohanian 4
-
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 46
3.4 Kaedah Penganalisisan Data
Bagi mencapai objektif kajian, penganalisisan data terhadap maklumat yang
berkaitan akan dijalankan dengan menggunakan perisian komputer iaitu
Statistical Package For Social Science (SPSS 16.0 for Windows). Perisian ini
telah menganalisis data yang dikumpulkan secara statistik. Ia juga dapat
menghasilkan perincian analisis dalam bentuk graf atau carta yang lebih mudah
difahami. Selain itu, perisian Microsoft Excel dan Microsoft Word turut
digunakan bagi membantu penyelidik mempamerkan hasil kajian dalam bentuk
yang lebih mantap dan berkesan.
Dalam proses menganalisa data adalah dengan memasukkan setiap data dengan
menggunakan tetingkap SPSS Data Editor setelah kerja-kerja pengumpulan
kajiselidik diperolehi sepenuhnya.
Secara amnya, data yang dikumpulkan akan dibahagi kepada 2 bahagian sebelum
dianalisis iaitu bahagian analisis awalan dan bahagian analisis terperinci. Analisis
awalan dilakukan terhadap data tentang latar belakang responden manakala
analisis terperinci pula merupakan penganalisisan terhadap data bagi tujuan
mencapai objektif kajian. Pada peringkat akhir kajian, hasil data dianalisis,
dirumuskan dan cadangan mengikut pandangan penyelidik berdasarkan hasil
kerja yang telah dibuat juga akan disediakan untuk panduan di masa akan datang.
Untuk menganalisis punca kegagalan kursus Engineering Mathematics 1
sepertimana yang disenaraikan pada Bahagian Dua borang kajiselidik, setiap
soalan atau pembolehubah diberikan nilai-nilai tertentu seperti 1 untuk Sangat
Setuju, 2 untuk Setuju, 3 untuk Neutral, 4 untuk Tidak Setuju dan 5 untuk Sangat
Tidak Setuju. Melalui nilai-nilai yang telah ditetapkan, setiap pembolehubah
akan memberikan nilai kepentingan terhadap analisis yang telah dijalankan.
Dalam penyelidikan ini terdapat 2 kaedah yang digunakan untuk menganalisis
pembolehubah iaitu Analisis Frekuensi dan Analisis Indeks Purata. Data-data
akan diringkaskan dan dipamerkan dalam bentuk jadual dan rajah.
3.5 Analisis Frekuensi
Analisis statistik frekuensi secara amnya menunjukkan taburan peratusan
kekerapan bagi setiap pembolehubah atau soalan jika merujuk kepada kajian ini.
Melalui kaedah ini, setiap punca-punca atau faktor-faktor yang mempengaruhi
mempunyai peratus kekerapan berdasarkan kepada bilangan responden yang
menjawab soalan-soalan berkenaan. Melalui nilai kekerapan yang diperolehi,
kedudukan keutamaan punca atau faktor yang dijawab oleh responden akan dapat
dilihat dan ini akan membolehkan senarai punca-punca kegagalan kursus
Engineering Mathematics 1 disusun mengikut keutamaan berdasarkan kepada
kekerapan yang dijawab oleh responden.
3.6 Analisis Indeks Purata
Walaupun analisis frekuensi dapat digunakan untuk mengkelaskan jawapan yang
diisi oleh responden, namun ianya dilihat masih tidak tepat terutamanya untuk
-
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 47
jawapan yang tidak mempunyai kekerapan yang menonjol atau jelas. Oleh itu, kaedah analisis indeks purata digunakan untuk mengkelaskan jawapan yang diisi
oleh responden. Dalam kajian ini, setiap punca-punca yang mempengaruhi
kegagalan pelajar yang mengambil kursus Engineering Mathematics 1 telah
dibahagikan kepada lima tahap (skala) kepentingan yang diwakili oleh nombor 1
hingga 5. Formula yang digunakan untuk mengira nilai Indeks Purata (Odeh dan
Batainneh, 2001) adalah seperti berikut :
Indeks Purata = (aX), di mana X = n/N A = nilai pemberat yang telah ditetapkan untuk pembolehubah (1 hingga 5)
N = Jumlah responden
n = Kekerapan responden
4. KEPUTUSAN
Berikut adalah keputusan yang diperolehi dari kajian yang dilakukan dengan
menggunakan Analisis Frekuensi dan Analisis Indeks Purata:
Jadual 3: Analisis Frekuensi Dan Analisis Indeks Purata
Nilai Pemberat
1
(SS)
2
(S)
3
(N)
4
(TS)
5
(STS)
Jumlah
Ind
eks
Pu
rata
Frekuensi Responden f
(%) f
(%) f
(%) f
(%) f
(%)
f (%)
Lati
han
/Tu
tori
al/T
uga
san
1.1 Tidak Menyelesaikan tugas dalam tempoh yang diberikan
8 (12.31)
11 (16.92)
18 (27.69)
21 (32.31)
7 (10.77)
65 (100)
3.12
1.2 Meniru/menyalin hasil kerja kawan untuk menyiapkan tugasan
6 (9.09)
12 (18.18)
33 (50)
11 (16.67)
4 (6.06)
66 (100)
2.92
1.3 Tidak Membuat soalan- soalan semester lepas/ past year
4 (6.25)
18 (28.13)
14 (21.88)
22 (34.38)
6 (9.38)
64 (100)
3.13
1.4 Tidak Membuat latihan tambahan selain yang diberikan oleh pensyarah
12 (18.75)
16 (25)
27 (42.19)
5 (7.81)
4 (6.25)
64 (100)
2.58
Pen
syar
ah d
an k
aed
ah
Pen
gaja
nra
n
2.1 Tidak suka pensyarah yang
mengajar
3
(4.54)
8
(12.12)
17
(25.76)
21
(31.82)
17
(25.76)
66
(100)
3.62
2.2 Tidak Faham apa yang diajar oleh pensyarah
6 (8.96)
14 (20.90)
13 (19.40)
19 (28.36)
15 (22.38)
67 (100)
3.34
2.3 Pensyarah tidak prihatin dan bertoleransi
8 (12.12)
7 (10.61)
15 (22.72)
19 (28.79)
17 (25.76)
66 (100)
3.45
-
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 48
2.4 Tidak Banyak contoh soalan diberikan semasa mengajar
6 (8.96)
9 (13.43)
15 (22.39)
19 (28.36)
18 (26.87)
67 (100)
3.51
2.5 Tidak Memahami masalah pelajar
6 (8.96)
14 (20.90)
15 (22.39)
17 (25.37)
15 (22.39)
67 (100)
3.31
2.6 Tidak menerangkan dengan jelas dan terperinci
3 (4.48)
10 (14.93)
18 (26.87)
19 (28.36)
17 (25.37)
67 (100)
3.55
2.7 Sukar berkomunikasi dengan pensyarah
5 (7.46)
12 (17.91)
18 (26.87)
15 (22.39)
17 (25.37)
67 (100)
3.40
2.8 Pensyarah tidak menyediakan latihan tambahan
1 (1.49)
9 (13.43)
22 (32.84)
18 (26.87)
17 (25.37)
67 (100)
3.61
2.9 Pensyarah tidak banyak membantu
4 (5.97)
12 (17.91)
16 (23.88)
18 (26.87)
17 (25.37)
67 (100)
3.48
Kae
dah
Bel
ajar
3.1 Tidak berjumpa dengan pensyarah apabila ada masalah
10 (14.93)
10 (14.93)
23 (38.81)
13 (14.93)
5 (7.46)
67 (100)
2.63
3.2 Tidak mengulangkaji apa yang telah dipelajari didalam kelas
3 (4.48)
13 (19.40)
35 (52.24)
11 (16.42)
16 (23.88)
67 (100)
3.85
3.3 Belajar sendiri
5 (7.46)
15 (22.39)
31 (46.27)
9 (13.43)
6 (8.96)
67 (100)
2.89
3.4 Tidak belajar secara berkumpulan
3 (4.48)
22 (32.84)
25 (37.31)
11 (16.42)
6 (8.96)
67 (100)
2.92
3.5 Tidak belajar di perpustakaan 6
(8.96) 23
(34.33) 31
(46.27) 3
(4.48) 4
(5.97) 67
(100)
2.64
3.6 Tidak fokus dan memberi tumpuan dalam kelas
2 (2.99)
15 (22.39)
26 (38.81)
16 (23.88)
8 (11.94)
67 (100)
3.19
3.7 Tidak bertanya kepada pensyarah sekiranya tidak faham
2 (2.99)
17 (25.37)
23 (34.33)
12 (17.91)
13 (19.40)
67 (100)
3.25
3.8 Tidur lambat 8
(11.94) 25
(37.31) 21
(31.34) 5
(7.46) 8
(11.94) 67
(100)
2.70
3.9 Tidak membuat peta minda
7 (10.45)
32 (44.78)
16 (26.87)
8 (11.94)
4 (5.97)
67 (100)
2.55
3.10 Tidak belajar sebelum kelas bermula
8 (11.94)
30 (44.78)
22 (32.84)
1 (1.49)
6 (8.96)
67 (100)
2.51 3.11 Tidak mencatat apa yang
diajar oleh pensyarah
2 (2.99)
12 (17.91)
26 (38.81)
16 (23.88)
11 (16.42)
67 (100)
3.33
Per
seki
tara
n
4.1 Belajar didalam kelas yang tidak kondusif dan selesa
1 (1.49)
6 (8.96)
26 (38.81)
21 (31.34)
13 (19.40)
67 (100)
3.58
4.2 Persekitaran yang bising 10
(14.93) 14
(20.90) 21
(31.34) 13
(19.40) 9
(13.43) 67
(100)
2.96
4.3 Tidak berkawan dengan mereka yang pandai matematik
4 (5.97)
5 (7.46)
22 (32.84)
18 (26.87)
18 (26.87)
67 (100)
3.61
-
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 49
nia
4.4 Suasana tidak aman dan
segar 3
(4.48) 7
(10.45) 22
(32.84) 24
(35.82) 11
(16.42) 67
(100)
3.49
4.5 Perpustakaan tidak lengkap dan selesa
1 (1.52)
4 (6.06)
27 (40.91)
17 (25.76)
17 (25.76)
66 (100)
3.68
Sika
p d
an M
oti
vasi
5.1 Selalu datang lambat ke kelas 5
(7.78) 9
(13.64) 20
(30.30) 20
(30.30) 12
(18.18) 66
(100)
3.38
5.2 Selalu ponteng kelas 1 (1.49)
6 (8.96)
17 (25.37)
27 (40.30)
16 (23.88)
67 (100)
3.76
5.3 Tidak Minat kursus matematik kejuruteraan 1
4 (5.97)
9 (13.43)
36 (53.73)
14 (20.90)
4 (5.97)
67 (100)
3.07
5.4 Selalu mengantuk dalam kelas
2 (2.99)
14 (20.90)
24 (35.82)
23 (34.33)
4 (5.97)
67 (100)
3.19
5.5 Malas untuk belajar 4
(5.97) 6
(8.96) 27
(40.30) 20
(29.85) 10
(14.93) 67
(100)
3.39
5.6 Malu bertanya sewaktu dalam kelas
6 (8.96)
12 (17.91)
30 (44.78)
15 (22.39)
4 (5.97)
67 (100)
2.99
5.7 Hadir ke kelas hanya untuk memenuhi syarat kedatangan
4 (5.97)
12 (17.91)
21 (31.34)
16 (23.88)
14 (20.90)
67 (100)
3.36
5.8 Tidak Menghormati pensyarah
1 (1.49)
3 (4.48)
10 (14.93)
24 (35.82)
29 (43.28)
67 (100)
4.15
5.9 Tidak kisah jika tidak lulus peperiksaan
3 (4.48)
4 (5.97)
8 (11.94)
24 (35.82)
29 (43.28)
67 (100)
4.04
5.10 Tidak kisah jika markah tidak cemerlang
2 (2.99)
3 (4.48)
13 (19.40)
20 (29.85)
29 (43.28)
67 (100)
4.06
5.11 Tidak berasa bersalah jika tidak menyiapkan kerja
6 (8.96)
4 (5.97)
15 (22.39)
24 (35.82)
18 (26.87)
67 (100)
3.66
5.12 Suka Berkhayal 6
(8.96) 8
(11.94) 19
(28.36) 20
(29.85) 14
(20.90) 67
(100)
3.42
5.13 Suka keluar bersama kawan-kawan
7 (10.45)
23 (34.33)
25 (37.31)
6 (8.96)
6 (8.96)
67 (100)
2.72
5.14 Suka menangguh kerja
7 (10.45)
17 (25.37)
25 (37.31)
13 (19.40)
5 (7.46)
67 (100)
2.88
Mas
alah
Per
ibad
i
6.1 Masalah kewangan 11
(16.42) 17
(25.37) 21
(31.34) 11
(16.42) 7
(10.45) 67
(100)
2.79
6.2 Masalah keluarga
6 (8.96)
11 (16.42)
21 (31.34)
16 (23.88)
13 (19.40)
67 (100)
3.28
6.3 Masalah kenderaan ke politeknik
5 (7.46)
18 (26.87)
16 (23.88)
15 (22.39)
13 (19.40)
67 (100)
3.19
6.4 Masalah kawan-kawan 8 (11.94)
9 (13.43)
28 (41.79)
10 (14.93)
12 (17.91)
67 (100)
3.13
6.5 Masalah teman lelaki/wanita 9
(13.43) 3
(4.48) 12
(17.91) 14
(20.90) 29
(43.28) 67
(100)
3.76
ha 7.1 Tidak Percaya kepada Tuhan
dan takdir 3
(4.48) 3
(4.48) 8
(11.94) 10
(14.93) 43
(64.18) 67
(100)
4.30
-
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 50
7.2 Tidak Percaya kepada
ganjaran dan usaha
3 (4.48)
1 (1.49)
7 (10.45)
20 (29.85)
36 (53.73)
67 (100)
4.27
7.3 Jarang berdoa dan tidak berusaha
2 (2.99)
1 (1.49)
15 (22.39)
12 (17.91)
37 (55.22)
67 (100)
4.21
7.4 Tidak sembahyang/ meninggalkan sembahyang
2 (2.99)
3 (4.48)
22 (32.84)
19 (28.36)
21 (31.34)
67 (100)
3.81
5. PERBINCANGAN
Nilai indeks Purata yang tinggi (1 hingga < 3) mewakili responden yang sangat setuju
dan bersetuju dengan penyataan soalan pada Borang Soal Selidik yang diberikan. Dari
jadual keputusan di atas didapati faktor kegagalan yang utama adalah dari katagori
kaedah belajar, sikap dan motivasi, latihan/tutorial/tugasan dan masalah peribadi.
Daripada 52 sub item yang dikaji pada borang soal selidik, hanya 14 item sahaja yang
menjadi punca utama faktor kegagalan Engineering Mathematics 1 iaitu
Meniru/menyalin hasil kerja kawan untuk menyiapkan tugasan, Tidak membuat latihan
tambahan selain yang diberikan oleh pensyarah, Tidak berjumpa dengan pensyarah
apabila ada masalah, Belajar sendiri, Tidak belajar secara berkumpulan, Tidak belajar di
perpustakaan, Tidur lambat, Tidak membuat peta minda, Tidak belajar sebelum kelas
bermula, Persekitaran yang bising, Malu bertanya sewaktu dalam kelas, Suka keluar
bersama kawan-kawan, Suka menangguh kerja dan Masalah kewangan.
Daripada 14 sub faktor di atas, didapati tidak belajar sebelum kelas bermula dengan
indeks purata 2.51 yang menjadi sub faktor yang paling utama kegagalan Engineering
Mathematics 1, dikuti oleh sub faktor tidak membuat peta minda 2.55 dan tidak membuat
latihan tambahan selain yang diberikan oleh pensyarah 2.58.
5.1 Tidak Belajar Sebelum Kelas Bermula
Persediaan sebelum ke kelas amat penting bagi meningkatkan kefahaman pembelajaran
didalam kelas. Pelajar yang menelaah awal topik yang akan diajar oleh pensyarah akan
lebih mudah faham tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut. Ini membuatkan
mereka lebih memberikan tumpuan didalam kelas dan akan merasa kesoronokan belajar.
Mutu pelajaran akan meningkat dan membuatkan mereka dapat lulus dengan cemerlang.
Tetapi malangnya perkara ini tidak berlaku kepada responden yang dikaji, mereka datang
ke kelas dengan minda yang kosong dan tidak bersedia untuk belajar. Minat untuk belajar
akan menurun dan menjadikan subjek matematik sebagai satu matapelajaran yang sukar.
Akibatnya mereka gagal dalam kursus Engineering Mathematics 1. Disini pensyarah
perlu memainkan peranan untuk menggalakkan pelajar membuat persediaan sebelum
kelas bermula. Sebagai contoh, pensyarah akan membuat kuiz pendek sebelum kelas
bermula. Ini secara tidak langsung mendorong pelajar untuk membaca dahulu topik yang
berkaitan sebelum mereka datang ke kelas.
-
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 51
5.2 Tidak Membuat Peta Minda
Peta minda juga amat membantu untuk mengingat pelajaran yang telah diajar oleh
pensyarah. Ia juga menolong pelajar untuk memudah dan meringkaskan apa yang telah
dipelajari pada masa yang lepas. Peta minda membolehkan pelajar mencatat nota dengan
mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah disamping menggabungkan serta
menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Kebiasaannya
hanya pelajar yang rajin dan minat sahaja akan membuat peta minda atau nota ringkas.
Pelajar yang malas dan kurang fokus didalam kelas secara amnya tidak akan
mengendahkan perkara seperti ini. Mungkin mereka perlu diberi sedikit bimbingan dan
dorongan tentang kaedah dan cara belajar dengan betul serta teknik yang sesuai dengan
mereka. Disini juga pensyarah perlu memainkan peranan untuk membantu pelajar yang
lemah untuk menghasilkan nota ringkas & peta minda mereka sendiri. Sebagai contoh
pensyarah meminta pelajar untuk menghasilkan peta minda secara berkumpulan dan
membentangkannya didalam kelas. Hasil pembentangan akan dibincangkan didalam
kelas dan markah kerja kumpulan akan diambil kira.
Peta minda memberi impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar. Pelajar
dapat membuat nota kuliah yang berkesan dengan menggunakan peta minda. Semua nota
kuliah dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah disimpan. Selain itu, ulang kaji dapat
dilakukan dengan pantas dan berkesan menerusi penggunaan peta minda. Meneliti
kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry (2006) serta Ang dan
Ong (2007), menunjukkan pelajar yang mengamalkan penggunaan peta minda dalam
pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi keputusan yang lebih baik.
5.3 Tidak Membuat Latihan Tambahan Selain Yang Diberikan Oleh Pensyarah
Latihan tambahan amat penting untuk meningkatkan kefahaman dalam subjek pengiraan
khususnya bagi kursus Matematik Engineering. Membuat latihan menolong pelajar untuk
membiasakan diri dengan kepelbagaian jenis soalan. Ini dapat membantu mereka untuk
membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir. Kurangnya latihan akan
memberi kesan kepada kurangnya kefahaman didalam topik yang dipelajari. Latihan
yang banyak akan mengukuhkan lagi kefahaman yang sedia ada. Pensyarah perlu peka
untuk membantu pelajar dalam menyediakan soalan dan latihan tambahan yang berkaitan
kepada pelajar. Sebagai contoh, pensyarah memberikan soalan peperiksaan yang lepas
kepada pelajar sebagai latihan dirumah, menyenaraikan buku rujukan yang terdapat
diperpustakaan dan sebagainya.
6. KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, kategori faktor utama kegagalan kursus Engineering
Mathematics 1 dari perspektif belajar ialah kaedah belajar, dikuti dengan sikap dan
motivasi serta latihan/tugasan/tutorial serta. Peranan pensyarah juga penting dalam
membantu dan membimbing pelajar yang lemah untuk berjaya. Kajian ini akan menjadi
lebih lengkap sekiranya kajian lanjutan yang akan datang akan mengambil kira pula
faktor kegagalan pelajar dari perspektif pensyarah. Walau apapun dapatan yang
-
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 52
diperolehi, semoga ia dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung.
7. BIBLIOGRAFI
Ang, Gek Moi and Ong, Lee Lian (2007). Introducing Mind Map in Comprehension. Recent
Research on Mind Maps in Education. m.s. 11-19.
Azizi Yahaya, (2010). Orientasi Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Pengajian Tinggi Awam di
Malaysia dan Implikasi Terhadap Pencapaian Akademik. Fakulti Pendidikan UTM.
Azrul Mahfurdz dan Saifudin Semail (2011), Hubungan Gaya Pembelajaran, Motivasi dan Pencapaian Pelajar Semester Satu Dalam Modul Matematik Kejuruteraan. Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak.
Cindy Oh; Hariati Ali; Adeline Enriquez; Ilyana Bte Mohd Anwar; Hazel Lim; Law, Ee Peng;
Leong, Pei Ying and Wee, Chiu Mei (2006). Reading With Understanding Through The
Use if Mind Maps. Recent Research on Mind Maps in Education. m.s. 5-19
Dunn R (1995). Strategies for Educational Diverse Learners. Phi Delta Kappa: Educational
Foundation.
Henry Toi (2009). Research on how Mind Map improves Memory. Recent Research on Mind
Maps in Education. m.s. 21-24.
Mokhtar Ishak dan Rohani Ahmad ( 2001). Hubungan pencapaian penyelesaian masalah
matematik dengan gaya belajar dan faktor-faktor bekaiatan di kalangan pelajar sekolah
menengah rendah.. Prosiding seminar penyelidikan pendidikan sains dan matematik Sarawak 2001.
Neely, R. O. and Alm, D. (1992). Meeting Individual Needs: A Learning Styles Success Story.
Clearing House. Vol. 66. (Issue 2). m.s. 109.
Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah AB. Rahman dan Aminah Ahamad Khalid
(2005). Punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Jurnal Teknologi 43(E), 29 44.
Philippou, G. N.(1998). The effects of a preparatory mathematics program in changing
prospective teachers attitudes towards mathematics. Educational Studies in Mathematics, 35, 189-206.
Ramirez, M (1990). Learning Behaviors. In Saracho, Olivio N. Cognitive Style in Early
Education. London: Gordon And Breach Science Publishers.
Relich, J., Way, J., & Martin, A. (1994). Attitudes to teaching mathematics: Further development
of a measurement instrument. Journal of Educational Psychology, 85(1), 41-48.
-
PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET | 53
Thompson, A. G. (1992). Teacherss beliefs and conceptions: A synthesis of the research. In D. A. Grouws (Ed.), Handbook of research on Mathematics teaching and learning (pp. 127-146). Reston, VA: Macmillan.
Zamry Ahmad Mokhtar, Reminjus Anding, A. Azman & Nur Ashikin Lakman (2011).Sikap
Pelajar Politeknik Mukah Sarawak Terhadap Kursus Matematik Kejuruteraan 1. Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak.