Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Fakta - Kegunaan Komputer

1
Fakta: Kegunaan Komputer Penggunaan komputer amat penting pada masa kini. Komputer membolehkan kita melakukan pelbagai perkara seperti belajar, berhibur, berkomunikasi, bekerja dan sebagainya lagi. Justeru, ramai orang ingin memiliki komputer untuk kegunaan mereka semasa di rumah atau di mana-mana sahaja. Komputer membolehkan kita belajar seperti belajar secara dalam talian. Komputer juga memudahkan pelajar mendapatkan sumber rujukan menerusi laman sesawang yang boleh diakses daripada komputer yang dilengkapi sambungan internet. Komputer juga akan memudahkan pelajar menyiapkan tugasan mereka. Kita boleh berhibur dengan lebih mudah dengan menggunakan komputer. Melalui komputer kita boleh menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video dan sebagainya lagi. Dengan itu, kita akan lebih mudah untuk menenangkan fikiran setelah penat belajar atau bekerja. Komputer juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain. Pelbagai aplikasi boleh kita gunakan untuk berkomunikasi seperti email, forum, `facebook` dan sebagainya lagi. Secara tidak langsung ini akan mengeratkan persahabatan dan persaudaraan antara kita. Kebanyakan pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah apabila menggunakan komputer . Misalnya, untuk menaip, menyimpan data atau maklumat dan mengira. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan pejabat seperti di bank akan dilengkapi dengan berpuluh-puluh komputer. Kesimpulannya, komputer amat diperlukan pada masa kini kerana banyak memberi faedah kepada manusia. Walau bagaimanpun kita mesti mengawal diri daripada terlalu leka menggunakan komputer kerana ia juga boleh mendatangkan masalah seperti tidak fokus kepada pelajaran dan sebagainya.

description

karangan fakta - kegunaan komputer

Transcript of Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah_ Fakta - Kegunaan Komputer

  • 4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta

    data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1

    Fakta: Kegunaan KomputerPenggunaan komputer amat penting pada masa kini. Komputer membolehkan kita melakukan pelbagai

    perkara seperti belajar, berhibur, berkomunikasi, bekerja dan sebagainya lagi. Justeru, ramai orang ingin

    memiliki komputer untuk kegunaan mereka semasa di rumah atau di mana-mana sahaja.

    Komputer membolehkan kita belajar seperti belajar secara dalam talian. Komputer juga memudahkan

    pelajar mendapatkan sumber rujukan menerusi laman sesawang yang boleh diakses daripada komputer

    yang dilengkapi sambungan internet. Komputer juga akan memudahkan pelajar menyiapkan tugasan

    mereka.

    Kita boleh berhibur dengan lebih mudah dengan menggunakan komputer. Melalui komputer kita boleh

    menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video dan sebagainya lagi. Dengan itu, kita akan

    lebih mudah untuk menenangkan fikiran setelah penat belajar atau bekerja.

    Komputer juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain. Pelbagai aplikasi boleh kita gunakan untuk

    berkomunikasi seperti email, forum, `facebook` dan sebagainya lagi. Secara tidak langsung ini akan

    mengeratkan persahabatan dan persaudaraan antara kita.

    Kebanyakan pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah apabila menggunakan komputer . Misalnya,

    untuk menaip, menyimpan data atau maklumat dan mengira. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan pejabat

    seperti di bank akan dilengkapi dengan berpuluh-puluh komputer.

    Kesimpulannya, komputer amat diperlukan pada masa kini kerana banyak memberi faedah kepada

    manusia. Walau bagaimanpun kita mesti mengawal diri daripada terlalu leka menggunakan komputer

    kerana ia juga boleh mendatangkan masalah seperti tidak fokus kepada pelajaran dan sebagainya.