Contoh Research

download Contoh Research

of 40

description

nice

Transcript of Contoh Research

TAHAP KEPENTINGAN PENGGUNAAN JURNAL DAN LEJAR DI KALANGAN IKS (INDUSTRI KECIL SEDERHANA) DI MUADZAM SHAH,ROMPIN PAHANG

NORLIYANA BTE SAADUN 19DAT11F2002NUR FATIHAH BTE MUHAMMAD 19BAT12F2004NIK ANIS ATIQAH BTE NIK BAHARUDIN 19BAT12F2012NUR AMALINA BTE ABD RAZAK 19BAT12F2022SYAHRUL IZRAM BIN OTHMAN 19BAT12F2002

BAB 1PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

Menurut ( Radzi and Co, 2014 ), Perakaunan adalah siri aktiviti penyampaian maklumat kewangan sesebuah entiti perniagaan kepada pengguna berkepentingan seperti pemegang saham dan pengurus. Secara umumnya, komunikasi ini dilakukan dalam bentuk penyata kewangan yang memperincikan sumber sumber ekonomi dalam unit matawang yang berada di bawah kawalan pengurusan, sumber berkenaan terletak pada pemilihan maklumat yang berkaitan dengan pengguna dan kebolehpercayaannya.Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurusan dan membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses proses yang mana maklumat kewangan mengenai satu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan.Di dalam dunia perakaunan, rekod perakaunan memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan. Rekod rekod perakaunan terdiri daripada jurnal dan lejar. Antaranya ialah penyata kewangan, buku tunai, kunci kira kira, jurnal jualan, jurnal belian dan sebagainya.Perakaunan bertujuan memastikan ketepatan laporan kewangan yang berguna untuk pengurus, penguatkuasa koporat, ( regulator ) dan pemegang kepentingan ( stakeholders ) yang lain seperti pemegang saham ( shareholder ), pemiutang ( creditors ), atau pemilik perniagaan. Penyimpanan rekod harian yang terlibat dalam proses ini juga dikenali sebagai simpan kira ( bookkeeping ).Menurut ( Nasrudin, 2000 ), perakaunan berkomputer yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat di seluruh dunia dan perisian yang sentiasa dipertingkatkan mutunya akan memudahkan kerja pengemaskinian rekod perakaunan dalam rekod kewangan dan ia ternyata dapat membantu pihak organisasi untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan dan perkhidmatan.Oleh itu, perakaunan juga bertujuan memastikan ketepatan laporan kewangan yang berguna di dalam sesebuah perniagaan bagi tujuan penyimpanan rekod harian yang terlibat dalam proses ini dikenali sebagai simpankira. Sistem ini melibatkan dua catatan bagi setiap transaksi yang dibuat dalam aliran perniagaan iaitu satu catatan debit dalam satu akaun, serta satu catatan kredit dalam satu akaun yang lain.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut Buku Perakaunan Awalan Edisi Kedua jurnal dikenali sebagai buku catatan pertama yang digunakan untuk merekod uruniaga bermula dari dokumen sumber.Prosedur ini memudahkan data dikumpulkan dan dikelaskan ke dalam lejar yang sesuai.Semua urusniaga yang dicatatkan ke dalam jurnal adalah mengikut kronologi tarikh berlakunya urusniaga. Satu aspek yang perlu diingatkan ialah catatan jurnal dan lejar adalah berasaskan kepada hukum debit dan kredit.(Ismail & Hamid, 2005)Manakala lejar pula didefinisikan sebagai aktiviti merekod yang kedua selepas menjurnal di dalam satu kitaran perakaunan. Semua maklumat di dalam jurnal perlu dipindahkan ke dalam lejar. Proses pindahcatat ini dipanggil proses mengisih.(Ismail & Hamid, 2005). Penyediaan lejar bertujuan untuk mengasingkan urusniaga keatas akaun-akuan secara terperinci untuk memudahkan penyediaan penyata kewangan.Catatan dalam jurnal dipindahkan kedalam lejar am. Menurut artikel surat khabar Utusan Online,2006 telah menyatakan bahawa salah satu daripada pelanggan telah mendapat penyelesaian melalui sistem berkomputer UBS sebagai langkah untuk meningkatkan kecekapan operasi.Pada asasnya, pelanggan tersebut tidak mendapat pendedahan tentang penggunaan sistem berkomputer UBS dalam perakaunan dan kawalan stok secara sistematik untuk membuat keputusan yang tepat.Walaupun kini terdapat berbagai perisian akaun di pasaran, tidaklah mengurangkan kepentingan peniaga mahupun sesebuah perniagaan itu mengendalikan sendiri akaun perniagaan masing-masing (dengan dibantu menggunakan perisian aplikasi yang biasa digunakan seperti Microsoft Office ( Excel/Words)), bagi menyediakan penyata-penyata dan mahupun rekod-rekod akaun yang berkaitan.Penyediaan rekod-rekod akaun boleh juga menggunakan buku-buku yang saiznya sesuai untuk menyediakan penyata-penyata mahupun rekod-rekod akaun perniagaan secara manual.(Abdulrahman, 2013)

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Sistem perakaunan memainkan peranan yang penting dalam perniagaan IKS( Industri Kecil Sederhana ). Hal ini kerana dapat memberikan kefahaman kepada pengusaha IKS dalam sistem perakaunan bagi mengembangkan perniagaan yang lebih luas.Selain itu, pengusaha IKS haruslah mengetahui dalam penggunaan sistem perakaunan yang di gunakan dalam syarikat. Ini bertujuan pengusaha IKS dapat mengetahui sistem maklumat yang di gunakan dalam mengukur kewangan perniagaan. Penyimpanan perakaunan juga merupakan salah satu faktor penting dalam perniagaan IKS. Dengan cara penyimpanan yang sistematik pengusaha IKS dapat mengetahui rekod perakaunan yang di simpan dan disenggara bagi meningkatkan prestasi syarikat.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, faktor kefahaman mempengaruhi kepentingan pengusaha di kalangan IKS.Hal ini pengusaha kini dibebani dengan teori-teori perakauanan yang diisikandi dalamnya yang menyebabkan pengusaha kurang kefahaman dalam sistem perakaunan.Teori-teori yang terdapat di dalam penyediaan akaun mungkin tidak terjangkau oleh pemikiran biasa bagi pengusaha IKS.(Abdulrahman, 2013)Selain itu,faktor penggunaan merupakan salah satu yang mempengaruhi kepentingan pengusaha di kalangan IKS.Pengusaha IKS tidak dapat membezakan antara resit-resit pembayaran.Hal ini kerana dokumen-dokumen tersebut merupakan salah satu bukti dalam penyediaan akaun secara manual.Pengusaha sepatutnya mengemukakan resit bayaran sebagai dokumen sokongan bagi tuntutan perbelanjaan di tempat kerja.(Abdulrahman, 2013)Penyimpanan rekod dalam sistem perakaunan juga merupakan peranan penting di kalangan IKS.Hal ini dapat membantu pengusaha IKS meningkatkan prestasi dalam perniagaan.Rekod perakaunan yang disimpan dan disenggarakan oleh IKS dapat memberikan kemahiran perakaunan dan pengetahuan untuk menangkap dan memproses maklumat perakaunan yang boleh digunakan untuk mengukur prestasi IKS.(Maseko & Manyani, 2011)

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Objektif KajianObjektif umum kajian dilakukan adalah untuk mengkaji tahap kepentingan lejar dan jurnal di kalangan IKS1.3.2 Objektif Khusus KajianKajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :i. Mengenalpasti sejauhmana tahap penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKSii. Mengenalpasti sejauhmana tahap kefahaman jurnal dan lejar di kalangan IKSiii. Mengenalpasti sejauhmana tahap penyimpanan jurnal dan lejar di kalangan IKS

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini akan menjawab persoalanberikut :i.Apakah tahap penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKSii.Apakah tahap kefahaman jurnal dan lejar di kalangan IKSiiiApakah tahap penyimpanan jurnal dan lejar di kalangan IKS

1.5KEPENTINGAN KAJIANKepentingan kajian ini dapat membantu berbagai-bagai pihak. Antara pihak yang bakal mendapat maanfaatnya adalah :

1.3.1PenyelidikanBerdasarkan kajian ini, penyelidik dapat melihat tahap kefahaman rekod lejer dan jurnal kewangan dalam sesebuah perniagaan IKS. Selain itu, penyelidik juga boleh mengetahui cara penyimpanan rekod lejer dan jurnal kewangan IKS yang dibuat IKS pada masa kini. Penyelidik juga boleh mengetahui cara penggunaan lejer dan jurnal kewangan IKS yang biasa digunaakan IKS. Disamping itu, penyelidik dapat memahami bagaimana kewangan sesebuah IKS dikawal dan bagaimana kewangan sesebuah IKS itu di uruskan.1.3.2Orang AwamDalam konteks kajian ini, orang awam dapat mengetahui betapa pentingnya rekod lejer dan jurnal kewangan dalam sesebuah perniagaan IKS. Orang awam juga dapat membuat kajian ini sebagai rujukan jika ingin menceburi dalam bidang perniagaan IKS. Selain itu, orang awam juga dapat mengetahui bagaimana sesebuh perniagaan IKS di jalankan dan bagaimana cara untuk menguruskan kewangan di dalam perniagaan IKS. Kajian ini juga membantu orang awam yang ingin mencari pendapatan lebih atau orang awam yang tiada pekerjaan untuk menceburi dalam bidang perniagaan IKS. 1.3.3Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Dalam kajian ini, terdapat banyak kepentingan terhadap IKS.Antara kepentingan yang terdapat dalam kajian ini untuk IKS ialah boleh meningkatkan tahap kefahaman rekod lejer dan jurnal kewangan IKS. Selain itu, kajian ini juga dapat memberi pemahaman kepada IKS yang tidak mengetahui bagaimana untuk merekod lejer dan jurnal kewangan IKS dan membolehkan IKS mengetahui untuk membuat lejer dan jurnal kewangan IKS serta faham apa yang di rekodkan di dalam lejer dan jurnal kewangan IKS. Kajian ini juga dapat digunakan oleh IKS sebagai rujukan untuk perniagaan mereka. IKS juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam cara penyimpanan lejer dan jurnal kewangan IKS. Kajian ini turut membantu meningkatkan perniagaan IKS dan membantu IKS menguruskan kewangan supaya kewangan IKS lebih teratur dan sistematik serta mudah difahami.

1.6 SKOP KAJIAN

Kajian ini dilakukan di Muadzam Shah,Pahang. Menurut Buku Garis Panduan Politeknik Muadzam Shah responden kajian adalah sebanyak 100 orang yang telah ditetapkan bagi pelajar jurusan Diploma.(Lehat & Jaafar, n.d.) Responden ini terdiri daripada pengusaha IKS sahaja. Kajian ini tertumpu kepada penggunaan jurnal dan lejar sahaja.Kajian ini juga hanya dijalankan di sekitar Bandar Muadzam Shah sahaja. Skop kajian ini mengfokuskan kepada tahap kepentingan jurnal dan lejar di kalangan IKS. Skop kajian ini melibatkan tahap penggunaan, kefahaman dan cara penyimpanan jurnal dan lejar dikalangan IKS.

1.7 DEFINISI OPERASIONALJURNALJurnal merupakan catatan pertama yang berlaku dalam proses perakaunan. Semua transaksi-transaksi yang berlaku dicatatkan terlebih dahulu kedalam jurnal sebelum jumlah debit dan kredit dimasukkan ke dalam buku perakaunan. Jurnal menyediakan satu ruangan yang lengkap untuk mencatat transaksi yang berlaku secara kronologi.Di dalam jurnal terdapat beberapa jumlah wang yang telah didebitkan dan dikreditkan.Menurut Buku Perakaunan Awalan Edisi Kedua jurnal dikenali sebagai buku catatan pertama yang digunakan untuk merekod uruniaga bermula dari dokumen sumber.Prosedur ini memudahkan data dikumpulkan dan dikelaskan ke dalam lejar yang sesuai.Semua urusniaga yang dicatatkan ke dalam jurnal adalah mengikut kronologi tarikh berlakunya urusniaga. Satu aspek yang perlu diingatkan ialah catatan jurnal dan lejar adalah berasaskan kepada hukum debit dan kredit. (Ismail & Hamid, 2005)

LEJARLejar bertujuan untuk mengasingkan urusniaga ke atas akaun-akuan secara terperinci untuk memudahkan penyediaan penyata kewangan. Catatan dalam jurnal dipindahkan kedalam lejar am. Menurut Buku Perakaunan Awalan Edisi Kedua lejer ialah proses melejer merupakan aktiviti merekod yang kedua selepas menjurnal di dalam satu kitaran perakaunan. Semua maklumat di dalam jurnal perlu dipindahkan ke dalam lejer. Proses pindah catat ini dipanggil proses mengisih. (Ismail & Hamid, 2005)

TAHAP KEFAHAMAN Menurut kamus Pelajar Edisi Kedua, kefahaman ialah keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang dipelajari. (S.Nathesan, 2012). Manakala Nila Banton Smith (1969), menyatakan bahawa kefahaman merupakan satu kemahiran yang boleh dipecahkan kepada kemahiran-kemahiran kecil, dan penguasaan sesuatu kemahran kecil hanya boleh berlaku jika kemahiran kecil sebelumnya sudah dikuasai. Beliau juga menyatakan bahawa usaha untuk memperingkatkan kefaham kepada satu organisasi hirarki dan bentuk kemahiran yang paling mudah hingga bentuk kemahiran yang kompleks bukanlah satu gejala baru dalam proses pembelajaran.

TAHAP PENGGUNAANPenggunaan dari segi bahasa ialah guna atau pakai. Sementara dari segi istilah ialah perlakuan mengguna barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan semasa. Konsep ini juga telah dinyatakan oleh (W.Moffat, 2008) melalui kajian konsep penggunaan sebagai, penggunaan barangan dan perkhidmatan bagi memuaskan kehendak-kehendak pengguna. Hasil daripada penggunaan melahirkan nilai faedah atau utiliti. Selain itu, penggunaan ialah menggunakan barangan dan perkhidmatan yang akan memenuhi keperluan-keperluan manusia dan citarasa mereka. Ianya mempunyai tujuan dan matlamat penting dalam kegiatan ekonomi.

TAHAP PENYIMPANANMenurut kamus Bahasa Melayu, penyimpanan didefinisikan sebagai data untuk sesuatu tujuan, dengan memilih, mengisih, mengelaskan, meringkaskan, mengira atau merekod maklumat.(Bahasa Melayu, n.d.)

BAB 2KAJIAN LITERATURBab ini akan di pecahkan kepada bahagian berdasarkan sorotan kajian yang telah di lakukan .Topik ini akan mengkaji mengenai tahap kepentingan jurnal dan lejar di kalangan IKS ( Industri Kecil Sederhana ) iaitu dari segi :2.1 Tahap KefahamanKefahaman merupakan salah satu kepentingan dalam jurnal dan lejer dikalangan IKS. Hal ini dapat memberikan pemahaman dalam sistem perakaunan yang dijalankan dalam perniagaan. Kefahaman didefinisikan sebagai keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang dipelajari (Nathesan, 2012).Peniaga IKS perlu memahami cara-cara untuk mengguna dan menyimpan rekod urusniaga.Pengusaha IKS haruslah menitikberatkan sistem perakaunan dalam perniagaan kerana peniaga dapat mengetahui bagaimana proses perakaunan diuruskan. Selain itu, peniaga juga perlu memahami cara-cara untuk menggunakan sistem perakaunan. Pemahaman aktiviti dalam proses dan keperluan maklumat merupakan pihak berkepentingan organisasi kekal fokus dalam Edisi Kedua.(Hollander, Denna, & Cherrington, 1999).

2.2 Tahap PenggunaanPenggunaan sistem perakaunan merupakan salah satu faktor penting dikalangan IKS. Hal ini dapat memberikan pengusaha IKS menggunakan sistem perakaunan dengan cara yang betul dan sistematik. Ini menunjukkan ketepatan dan kebolehpercayaan dalam transaksi perakaunan yang boleh terus memberikan input kepada penyata kewangan untuk perusahaan kecil. Tanpa mengira perniagaan kecil atau besar, peranan sistem perakaunan kepada perniagaan adalah sama.

Penggunaan prinsip perakaunan yang hampir sama, kerana keutamaan hasil dipadankan dengan perbelanjaan untuk memberikan pandangan yang benar tentang prestasi kewangan perusahaan IKS. Penggunaan prinsip pandangan benar dan adil, kerana ia adalah sangat penting untuk memastikan bahawa maklumat perakaunan dibentangkan dengan tepat dan konsisten. Penggunaan "hanya sekali" prinsip dapat memudahkan pihak pentadbiran dalam memberikan maklumat kewangan kepada pihak luar.(Commission, 2008)

2.3 Tahap Cara PenyimpananS`Penyimpanan rekod perakaunan merupakan salah satu kepentingan dalam perniagaan. Menurut kamus Bahasa Melayu, penyimpanan didefinisikan sebagai data untuk sesuatu tujuan, dengan memilih, mengisih, mengelaskan, meringkaskan, mengira atau merekod maklumat. Penyimpanan rekod perakaunan amat penting kerana ia dapat melancarkan kewangan dalam perniagaan. Menurut (Maseko & Manyani, 2011) sesebuah perniagaan haruslah menitikberatkan cara penyimpanan yang baik terhadap dokumen-dokumen yang terlibat dalam syarikat. Cara penyimpanan jurnal dan lejar amat penting kerana ia merupakan rahsia dalam prestasi syarikat. Cara penyimpanan rekod juga merupakan faktor penting dalam syarikat, hal ini kerana dapat meningkatkan prestasi dan kewangan.Rekod perakaunan yang disimpan dan disenggarakan oleh IKS dapat memberikan kemahiran perakaunan dan pengetahuan untuk menangkap dan memproses maklumat perakaunan yang boleh digunakan untuk mengukur prestasi IKS. Dalam konteks kajian, penyimpanan rekod perakaunan dapat memberikan kebaikan kepada pernigaan kerana ia dapat meningkatkan prestasi kewangan. Menurut (Musah, 2014) penyimpanan rekod perakaunan dapat memberikan syarikat mengawal serta mengekalkan prestasi syarikat.Penyimpanan rekod yang baik juga dapat memberikan kesan yang mantap terhadap prestasi pernigaan.Selain itu, penyimpanan rekod perkaunan juga dapat memudahkan peniaga dalam merekod segala urusniaga garian dalam perniagaan. Menurut (Amoah & Samuel, 2014) syarikat IKS haruslah memastikan pengggunaan amalan perakaunan dalam aktiviti perniagaan. Syarikat haruslah menyimpan pembelian buku hari daripada buku-buku lain yang dikenal pasti. Penyata akaun adalah penyata kewangan yang paling penting kerana ia merupakan pengiraan harian dan memudahkan catatan rekod dalam perniagaan.

BAB 3METADOLOGI KAJIAN3.0 PENDAHULUANMetodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu kajian.Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk memastikan kajian yang dijalankan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul. Di antara kaedah yang dijalankan adalah seperti mengenalpasti sampel, kawasan kajian dan alat-alat yang digunakan dalam membuat kajian tersebut. Dengan ini, maklumat yang diperolehi boleh digunakan oleh pihak pengkaji. Rekabentuk kajian ini dipilih untuk membolehkan penyelidik memahami secara mendalam tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKS di sekitar Muadzam Shah,Pahang. Perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini terdiri daripada kaedah menjalankan kajian, kaedah pengumpulan data, dan penganalisisan data. Bab ini terdiri daripada rekabentuk kajian, populasi, instrument kajian, tatacara kajian, penganalisis data dan kesimpulan.

3.1 REKABENTUK KAJIANRekabentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperolehi untuk menjawab masalah kajian yang dibina. Rekabentuk kajian adalah sebagai keseluruhan rangka kerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian tinjauan berbentuk deskriptifini dilaksanakan untuk mengkaji tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKS

3.2 KAEDAH PENGUMPULAN DATAData-data diperoleh dalam kajian ini adalah daripada dua sumber iaitu data primer dan data sekunder.

3.2.1 DATA PRIMERData primer merupakan data utama yang digunakan oleh pengkaji. Data primer diperoleh melalui boring soal selidik yang diedarkan. Tujuan data primer adalah untuk mengumpulkan data-data yang akan dianalisis untuk mencapai objektif kajian.

3.2.2 DATA SEKUNDERData sekunder pula diperolehi daripada buku-buku, artikel-artikel, tesis-tesis dan jurnal-jurnal yang berkaitan. Data sekunder merupakan data tambahan yang diperoleh melalui sumber bertulis..3.3 POPULASI DAN RESPONDEN KAJIANPopulasi kajian ini tertumpu kepada pengusaha IKS yang berada di Muadzam Shah, Pahang.

3.4 INSTRUMEN KAJIANInstrumen soal selidik pula digunakan untuk mendapat data. Dalam kajian ini, soal selidik berskala lima mata dipilih dengan responden kajian perlu memilih jawapan paling sesuai dengan pilihan diri. Jadual 3.4 di bawah menunjukkan skala likert yang digunakan.PeringkatSingkatanSkor

Sangat SetujuSS5

SetujuS4

Tidak PastiTP3

Tidak SetujuTS2

Sangat Tidak SetujuSTS1

Jadual 3.4 Jadual Skala LikertSoal selidik dibahagikan kepada lima bahagian iaitu ( a ) latar belakang responden, (b) (i) memahami konsep perakaunan, (ii) mengingati format perakaunan, dan (iii) ketelitian menjawab soalan ( Rujuk Lampiran A ). Bahagian A mengandungi item-item yang berkaitan dengan latar belakang responden seperti jantina, umur, bangsa dan program. Responden perlu mengisi maklumat yang dikehendaki pada ruang yang disediakan.Bahagian B pula mengandungi 12 soalan yang mengukur tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKS di Muadzam Shah, Pahang.Responden perlu memberi pilihan terhadap penyataan yang diberi dengan membulatkan nombor yang disediakan mengikut pilihan diri yang sesuai.

3.5 Tatacara Kajian3.5.1 Langkah-langkah tatacara kajian Tatacara kajian ini dilaksnakan bagi mendapatkan keputusan yang baik daripada maklumat yang diperolehi melalui kajian yang dibuat. Setiap kajian yang dipilih hendaklah mengikut beberapa langkah untuk memastikan bahawa maklumat yang diperolehi memenuhi kehendak pengkaji. Dengan adanya tatacara ini, ia dapat memudahkan pengkaji untuk menjalankan kajian berkaitan dengan responden. Tatacara kajian dapat dilihat pada gambaran dan penerangan seperti di bawah:

MENGENALPASTI TEMPAT YANG INGIN DIKAJI

PERMOHONAN SURAT KEBENARAN DARIPADA PIHAK POLITEKNIK MUADZAM SHAH

MENETAPKAN OBJEKTIF KAJIAN

MENGENALPASTI RESPONDEN

PEMBINAAN SOALAN

MENGEDARKAN PILOT TEST

GAGALBERJAYA

MENGEDARKAN BORANG SOAL SELIDIK KEPADA RESPONDEN

KUTIPAN BORANG SOAL SELIDIK

PENGANALISAAN DATA

Rajah 3.5.1 Tatacara Kajian

3.5.1 LANGKAH-LANGKAH TATACARA KAJIAN

Langkah 1 : Kenalpasti tempat yang ingin dikaji.Pengkaji mengenalpasti beberapa tempat untuk di buat kajian.

Langkah 2 : Permohonan surat kebenaran daripada pihak politeknik.Pengkaji mendapat surat kebenaran daripada pihak politeknik untuk dihantar kepada tempat yang ingin dibuat kajian. Pengkaji memilih di Muadzam Shah Pahang untuk membuat kajian.

Langkah 3 : Menetapkan objektif kajian.Setelah berjumpa dengan kakitangan di Politeknik Muadzam Shah untuk mendapatkan maklumat, pengkaji membuat perbincangan bersama penyelia untuk menetapkan objektif kajianLangkah 4 : Mengenalpasti responden.Seramai 100 orang responden yang terdiri daripada pengusaha Industri Kecil Sederhana ( IKS ).

Langkah 5 : Pembinaan soalan.Pembinaan soalan yang dilakukan oleh pengkaji berdasarkan tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKS di Muadzam Shah ,Pahang.

Langkah 6 : Mengedarkan pilot test.Setelah borang soal selidik disiapkan, pengkaji dikendaki mengedarkan pilot test untuk mengkaji kesahihan soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik sebelum diedarkan kepada 100 orang responden.

Langkah 7 Mengedarkan borang soal selidik kepada responden.Setelah keputusan pilot test berjaya, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik di Pekan, Pahang kepada responden.Langkah 8 : Kutipan boring soal selidik.Setelah 100 orang responden menjawab soalan di dalam boring soal selidik, pengkaji dikehendaki untuk mengutip semula boring soal selidik tersebut.

Langkah 9 : Penganalisaan data.Pengkaji memasukkan data ke dalam SPSS.Pengkaji menggunakan SPSS versi 20 orang menganalisis data.

3.6 KAEDAH PENGANALISAAN DATABorang soal selidik yang dipungut disemak terlebih dahulu untuk memastikan setiap responden menjawab soal selidik mematuhi arahan dan keperluan yang telah ditetapkan dalam kajian. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences ( SPSS ) for Windows. Analisis data ditunjukkan dalam jadual kekerapan dan peratusan atau skor min

Bahagian A soal selidik mengumpul maklumat luar belakang responden iaitu jantina, umur, bangsa, program dan analisis dalam jadual kekerapan dan peratusan. Untuk bahagian B terdiri daripada 12 soalan yang mengukur tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKS di Muadzam Shah,Pahang.

SkalaOrdianalSangat SetujuSetujuTidak PastiTidak SetujuSangat Tidak Setuju

Skor54321

Jadual 3.6.1 Kategori Skala LikertAnalisis data kemudiannya dibuat menggunakan skor min. Untuk mengukur tahap, respon dari responden dikelaskan kepada tiga market skor min dengan tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi seperti dalam Jadual 3.6.2 di bawah.KategoriMin Skor

Rendah0.00 2.49

Sederhana2.50 3.49

Tinggi3.50 5.00

3.7 JADUAL RASIOANAL SOAL SELIDIK

3.7.1 Bahagian A : Latar Belakang RespondenAntara butiran yang terdapat dalam boring soal selidik di bahagian A ialah latar belakang responden yang terdiri daripada jantina, umur dan pekerjaan.3.7 JADUAL RASIOANAL SOAL SELIDIK

3.7.1 Bahagian A : Latar Belakang RespondenAntara butiran yang terdapat dalam boring soal selidik di bahagian A ialah latar belakang responden yang terdiri daripada jantina, umur dan pekerjaan.

BILSoalanRasional SoalanRujukan

1JantinaUntuk mengetahui jantina responden.Setelah dibincang dengan penyelia dan kumpulan.

2UmurUntuk mengetahui umur responden.Setelah dibincang dengan penyelia dan kumpulan.

3Jenis perniagaanUntuk mengetahui perniagaan responden.Setelah dibincang dengan penyelia dan kumpulan.

Jadual 3.7.1 Latar Belakang Responden

3.7.2 BAHAGIAN B3.7.2.3 Faktor Tahap Cara PenyimpananBILSoalanRasional SoalanRujukan

1Penyimpanan jurnal dan lejar dapat memudahkan membuat keputusan dan pelarasan kewangan.Untuk mengetahui adakah jurnal dan lejar dapat memudahkan urusan perniagaan.Onaulapo Adekunle Abdul-Rahamon.(2014).The Analysis of Impact Of Accounting Records Keeping On The Performance of the Small Scale Enterprises

2Penyimpanan jurnal dan lejar dapat meningkatkan kecekapan perniagaan.Untuk mengetahui tahap kecekapan jurnal dan lejar dalam perniagaan.Onaulapo Adekunle Abdul-Rahamon.(2014).The Analysis of Impact Of Accounting Records Keeping On The Performance of the Small Scale Enterprises

3Cara penyimpanan jurnal dan lejar secara sistematik dapat meningkatkan prestasi perniagaan.Untuk mengetahui adakah jurnal dan lejar dapat meningkatkan prestasi perniagaan.Onaulapo Adekunle Abdul-Rahamon.(2014).The Analysis of Impact Of Accounting Records Keeping On The Performance of the Small Scale Enterprises

4Perekodan jurnal dan lejar dapat membantu mengesan keluar masuk stok jualan/belian dalam perniagaan.Untuk mengetahui jurnal dan lejar dapat mengesan keluar masuk stok dalam perniagaan.Onaulapo Adekunle Abdul-Rahamon.(2014).The Analysis of Impact Of Accounting Records Keeping On The Performance of the Small Scale Enterprises

5Penyimpanan rekod jurnal dan lejar yang lengkap adalah penting dalam menyediakan penyata kewangan perniagaan.Untuk mengetahui adakah penting jurnal dan lejar dalam perniagaan.Onaulapo Adekunle Abdul-Rahamon.(2014).The Analysis of Impact Of Accounting Records Keeping On The Performance of the Small Scale Enterprises

BAB 4

KEPUTUSAN KAJIAN

4.0 PENDAHULUAN

Bab ini menerangkan keputusan kajian yang diperoleh atas penyelidikan yang telah dilakukan terhadap responden yang terdiri daripada peniaga IKS ( Industri Kecil Sederhana ) di sekitar Bandar Muadzam Shah, Rompin berdasarkan tajuk kajian pengkaji iaitu mengkaji tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar dalam perniagaan di sekitar bandar Muadzam Shah.

Keputusan kajian diperoleh berdasarkan kepada borang soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden, bahagian B mengenai soalan berkaitan tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar dalam perniagaan. Borang soal selidik diedarkan kepada 100 orang responden secara rawak kepada orang ramai terutama sekali kepada peniaga IKS di sekitar bandar Muadzam Shah. Setiap keputusan yang diperoleh dinyatakan dalam bentuk jadual dan penerangan. Bagi kajian ini, pengkaji hanya menggunakan dua bahagian sahaja dalam borang soal selidik iaitu bahagian A dan bahagian B.

4.1 ANALISA KEBOLEHPERCAYAAN DATA

Analisa kebolehpercayaan data dilakukan adalah untuk memastikan dat yang diambil daripada respondan adalah bersesuaian dengan soalan yang diajukan daripada borang soal selidik. Seramai 20 responden dipilih sebagai sampel untuk mendapatkan kebolehpercayaan data dan dinilai dengan menggunakan alpha cronbach . Jadual di bawah merupakan nilai alpha cronbach untuk faktor kefahaman, penggunaan dan cara penyimpanan.

Tujuan analisis bagi kajian rintis dilakukan ialah untuk menguji kesahihan soalan yang terkandung dalam boring soal selidik sebelum ianya boleh diedarkan kepada 100 orang responden dalam ujian kajian . Hasil nilai daripada analisis yang dibuat disebut alpha cronbach. Jika nilai alpha cronbach ini berada dalam julat 0.6 hingga 0.95 maka ia dianggap memuaskan kerana nilai yang terlalu rendah menunjukkan keupayaan item-item instrumen kajian mengukur konsep dalam kajian adalah rendah. Manakala nilai alpha yang terlalu tinggi pula mungkin menunjukkan semua item adalah serupa atau bertindih antara satu sama lain. Jadi penggunaan item-item yang brtindih antara satu sama lain adalah tidak diperlukan.

PEMBOLEHUBAHALPHA CRONBACHBILANGAN SOALANBILANGAN SOALAN YANG DIGUGURKAN

Tahap kefahaman.78550

Tahap penggunaan.81350

Tahap cara penyimpanan.81550

4.2 BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

Bahagian ini melaporkan analisis latar belakang responden yang terdiri daripada umur, jenis perniagaan , bilangan pekerja, pendapatan bulanan dan kaedah perakaunan yang digunakan.Kaedah kekerapan dan peratusan digunakan untuk menganalisis latar belakang responden. Analisis data latar belakang kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.2.1 hinngga 4.2.5.

4.2.1 Umur responden

Rajah 4.2.1 Kekerapan responden mengikut umur

UmurBilanganPeratus ( % )

25 34 tahun6464

25 44 tahun2828

45 tahun ke atas88

Jumlah100100

Jadual 4.2.1 Analisis Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur

Jadual 4.2.1 di atas menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut umur. Terdapat seramai 100 orang peniaga kecil yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 64 orang (64%) berumur antara 25 34 tahun , 28 orang (28%) berumur 25 44 tahun dan selebihnya seramai 8 (8%) berumur 45 tahun ke atas. Responden kajian juga terdiri dari peniaga kecil di sekitar Bandar Muadzam Shah.

4.2.2 Jenis perniagaan responden

Rajah 4.2.2 Kekerapan responden mengikut jenis perniagaan

Jenis perniagaanBilanganPeratus ( % )

Milikan Tunggal5252

Perkongsian2222

Syarikat Sdn Bhd2626

Jumlah100100

Jadual 4.2.2 Analisis Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jenis PerniagaanJadual 4.2.2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jenis perniagaan. Jumlah bilangan responden adalah 100 orang. Dari jumlah ini seramai 52 orang (52%) adalah perniagaan yang menjalankan milikan tunggal, 22 orang (22%) adalah perniagaan secara perkongsian manakala 26 orang (26%) adalah perniagaan syarikat sdn bhd.

4.2.3 Bilangan pekerja responden

Rajah 4.2.3 Kekerapan responden mengikut bilangan pekerja

Bilangan PekerjaBilanganPeratus ( % )

2 10 orang77

11 20 orang1313

21 orang ke atas8080

Jumlah100100

Jadual 4.2.3 Analisis Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan Pekerja

Jadual 4.2.3 di atas menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut bilangan pekerja. Terdapat seramai 100 orang peniga kecil yang terlibat dalam kajian ini. Bilangan pekerja antara 2 10 orang terdiri daripada 7 orang (7%), 11 20 orang terdiri daripada 13 orang (13%) dan 21 orang ke atas pula terdiri daripada 80 orang (80%).

4.2.4 Pendapatan bulanan responden

Rajah 4.2.4 Kekerapan responden mengikut pendapatan bulanan

Pendapatan BulananBilanganPeratus ( % )

< RM 50002121

RM 5001 RM 10,0003434

RM 10,001 >4545

Jumlah100100

Jadual 4.2.4 Analisis Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Pendapatan BulananJadual 4.2.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut pendapatan bulanan. Sebanyak < RM5000 peniaga kecil yang memperolehi pendapatan bulanan terdiri daripada 21 orang (21%) manakala peniga kecil yang memperolehi pendapatan bulanan sebanyak RM 5001 RM 10,000 terdiri daripada 34 orang (34%). Majoritinya seramai 45 orang (45%) yang memperolehi pendapatan bulanan sebanyak RM 10,001>.

4.2.5 Kaedah perkaunan yang digunakan responden

Rajah 4.2.5 Kekerapan responden mengikut kaedah perakaunan yang digunakan

Kaedah perakaunanBilanganPeratus ( % )

Manual5050

Komputer5050

Jumlah100100

Jadual 4.2.5 Analisis Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kaedah Perakaunan Yang digunakan

Jadual 4.2.5 di atas menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut kaedah perakaunan yang di gunakan. Seramai 50 orang (50%) peniaga kecil yang menggunakan kaedah perakaunan secara manual manakala 50 orang (50%) pula yang menggunakan kaedah perakaunan secara komputer.

4.3 BAHAGIAN B : TAHAP KEPENTINGAN PENGGUNAAN JURNAL DAN LEJAR DALAM KALANGAN IKS ( INDUSTRI KECIL SEDERHANA ) DI BANDAR MUADZAM SHAH.

Bahagian ini akan menjelaskan tentang hasil maklum balas yang diberikan oleh responden terhadap tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar dalam kalangan IKS di Bandar Muadzam Shah. Pernyataan tentang tahap kepentingan jurnal dan lejar akan dianalisis mengikut objektif kajian iaitu tahap kefahaman, penggunaan dan cara penyimpanan.

Keputusan kajian ini akan ditunjukkan dalam bentuk peratusan dan min skor terendah ialah 1.0, berdasarkan skala 1.0 mewakili sangat tidak setuju, skala 2.0 mewakili tidak setuju, skala 3.0 mewakili tidak pasti, skala 4.0 mewakili setuju dan skala 5.0 mewakili sangat setuju.

4.3.1 Tahap kefahaman

BilTahap kefahamanPeratusan ( % )MinskorTahap

Pernyataan soalanSTSTSTPSSS

1Saya memahami mengenai rekod perakaunan dalam perniagaan.00974174.11Tinggi

2Pendedahan teori rekod perakaunan dapat membantu saya dalam perniagaan.021263234.07Tinggi

3Melalui kefahaman rekod perakaunan, saya dapat meningkatkan catatan urusniaga perniagaan.001555304.15Tinggi

4Saya dapat memahami urusniaga rekod perakaunan dengan lebih mendalam .011064254.13Tinggi

5Dengan penggunaan rekod perakaunan, ia dapat membantu melancarkan urusniaga perniagaan secara sistematik.02358374.30Tinggi

Min Purata4.152Tinggi

Jadual 4.3.1 Purata min skor bagi tahap kefahaman

Jadual 4.3.1 menunjukkan skor min bagi tahap kefahaman. Pada keseluruhannya skor min bagi tahap kefahaman berada antara nilai 4.07 hingga 4.30. Skor keseluruhan min purata bagi tahap kefahaman adalah 4.152. Item 5 mendapat skor min tertinggi iaitu 4.30 ( Dengan penggunaan rekod perakaunan, ia dapat membantu melancarkan urusniaga perniagaan secara sistematik ) . Ini menunjukkan bahawa peniaga IKS ( Industri Kecil Sederhana )yang memahami dalam menggunakan rekod perakaunan dapat membantu melancarkan urusniaga perniagaan mereka secara sistematik.4.3.2 Tahap penggunaan

Bahagian ini menerangkan tahap penggunaan . Terdapat lima item ( item 1 hingga 5 ) disediakan untuk kategori ini. Analisis data dibuat menggunakan peratusan, kekerapan dan min bagi mengesan tahap penggunaan dalam perniagaan. Hasil dapatan kajian adalah seperti dalam jadual 4.3.2 di bawah.

BilTahap kefahamanPeratusan ( % )MinskorTahap

Pernyataan soalanSTSTSTPSSS

1Dengan menggunakan rekod perakaunan, saya dapat membuat catatan urusniaga dengan berkesan.04958294.12Tinggi

2Dengan menggunakan rekod perakaunan, memudahkan saya untuk menyemak segala urusniaga yang berlaku.00655394.33Tinggi

3Penggunaan rekod perakaunan dapat membantu pekerja dalam menguruskan catatan urusniaga perniagaan.02755364.25Tinggi

4Saya dapat mengetahui tentang fungsi penggunaan rekod perakaunan dalam merekod urusniaga.011554304.13Tinggi

5Saya tahu dalam meyediakan rekod perakaunan untuk merekod catatan urusniaga perniagaan.011551334.16Tinggi

Min Purata4.198Tinggi

Jadual 4.3.2 Purata min skor bagi tahap penggunaan

Jadual 4.3.2 menunjukkan skor min bagi tahap penggunaan. Pada keseluruhannya skor min bagi tahap penggunaan berada antara nilai 4.12 hingga 4.33. Skor keseluruhan min purata bagi tahap penggunaan adalah 4.198. Item 2 mendapat skor min tertinggi iaitu 4.33 (Dengan menggunakan rekod perakaunan, memudahkan saya untuk menyemak segala urusniaga yang berlaku ). Item 1 mendapat skor min terendah iaitu 4.12 (Dengan menggunakan rekod perakaunan, saya dapat membuat catatan urusniaga dengan berkesan ). Ini menunjukkan bahawa dengan tahap penggunaan rekod perakaunan yang betul dapat memudahkan peniaga kecil menyemak segala urusniaga yang berlaku dan peniaga sukar membuat catatan urusniaga dengan lebih berkesan.4.3.3 Tahap cara penyimpanan

Bahagian ini menerangkan tahap cara penyimpanan. Terdapat lima item ( item 1 hingga 5 ) disediakan untuk kategori ini. Analisis data dibuat menggunakan peratusan, kekerapan dan min bagi mengesan tahap cara penyimpanan. Hasil dapatan kajian adalah seperti dalam jadual 4.3.3 di bawah.

BilTahap kefahamanPeratusan ( % )MinskorTahap

Pernyataan soalanSTSTSTPSSS

1Penyimpanan rekod perakaunan yang sesuai dapat membantu dalam membuat keputusan dan pelarasan perniagaan.00561344.29Tinggi

2Penyimpanan rekod perakaunan dapat meningkatkan kecekapan perniagaan.01258394.35Tinggi

3Cara penyimpanan rekod perakaunan yang sistematik dapat meningkatkan prestasi perniagaan.02853374.25Tinggi

4Penyimpanan rekod perakaunan dapat membantu mengesan keluar masuk stok dalam perniagaan.10145534.49Tinggi

5Penyimpanan rekod perakaunan yang lengkap dapat memudahkan catatan urusniagan pernigaan.02152454.40Tinggi

Min Purata4.356Tinggi

Jadual 4.3.3 Purata min skor bagi tahap cara penyimpanan

Jadual 4.3.3 menunjukkan skor min untuk tahap cara penyimpanan. Pada keseluruhannya skor min bagi tahap cara penyimpanan berada antara 4.25 hingga 4.49 . Skor keseluruhan min purata bagi tahap cara penyimpanan adalah 4.356. Item 4 mendapat skor min tertinggi iaitu 4.49 (Penyimpanan rekod perakaunan dapat membantu mengesan keluar masuk stok dalam perniagaan ). Item 3 mendapat skor min terendah iaitu 4.25 (Cara penyimpanan rekod perakaunan yang sistematik dapat meningkatkan prestasi perniagaan ). Ini menunjukkan bahawa dengan cara penyimpanan rekod perakaunan yang betul dapat membantu mengesan keluar masuk stok dalam perniagaan dan kurang dalam penyimpanan rekod yang sistematik dalam meningkatkan prestasi perniagaanBAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 PENDAHULUANBab 5 adalah terdiri daripada perbincangan dan cadangan kajian. Dapatan kajian yang diperolehi dalam Bab 4 akan dibincangkan dalam bab ini berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam Bab 1. Akhirnya, cadangan dikemukakan untuk tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang.

5.1 PERBINCANGANPerbincangan hasil kajian ini adalah tertumpu kepada hasil dapatan kajian yang diperolehi daripada analisis yang dibuat dalam Bab 4. Faktor tahap kefahaman, penggunaan dan tahap cara penyimpanan jurnal dan lejar dalam kalangan IKS akan dibincangkan.

5.1.1 Faktor KefahamanFaktor pertama yang dikaji adalah dari segi tahap kefahaman IKS terhadap jurnal dan lejar. Tujuan faktor kajian ini dilakukan adalah untuk mengukur sejauh mana tahap kefahaman IKS terhadap jurnal dan lejar di Muadzam Shah, Pahang. Terdapat lima soalan yang diajukan kepada responden.BilSoalan Min SkorPeratusan TahapSokongan

1Saya memahami mengenai rekod perakaunan dalam perniagaan.4.11Tinggi

2Pendedahan teori rekod perakaunan dapat membantu saya dalam perniagaan4.07Tinggi

3Melalui kefahaman rekod perakaunan, saya dapat meningkatkan catatan urusniaga perniagaan.4.15Tinggi

4Saya dapat memahami urusniaga rekod perakaunan dengan lebih mendalam.4.13Tinggi

5Dengan penggunaan rekod perakaunan, ia dapat membantu melancarkan urusniaga perniagaan secara sistematik.4.30Tinggi

Jadual 5.1.1 Purata min skor bagi faktor tahap kefahamanJadual 5.1.1 menunjukkan min skor tentang tahap kefahaman IKS terhadap jurnal dan lejar dalam perniagaan di Muadzam Shah, Pahang. Terdapat lima soalan yang dikemukakan di bahagian ini. Soalan 1 menunjukkan min skor tertinggi iaitu 4.32 dan sebanyak 90% responden bersetuju bahawa kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah mudah difahami.

5.1.2Faktor Tahap PenggunaanFaktor kedua yang dikaji dari segi tahap penggunaan IKS terhadap jurnal dan lejar dalam perniagaan. Tujuan faktor kajian ini dilakukan adalah untuk mengukur sejauh mana tahap penggunaan IKS terhadap jurnal dan lejar dalam perniagaan di Muadzam Shah, Pahang. Terdapat lima soalan yang diajukan kepada responden.

BilSoalan Min SkorPeratusan TahapSokongan

1Dengan menggunakan rekod perakaunan, saya dapat membuat catatan urusniaga dengan berkesan.4.12Tinggi

2Dengan menggunakan rekod perakaunan, memudahkan saya untuk menyemak segala urusniaga yang berlaku.4.33Tinggi

3Penggunaan rekod perakaunan dapat membantu pekerja dalam menguruskan catatan urusniaga perniagaan.4.25Tinggi

4Saya dapat mengetahui tentang fungsi penggunaan rekod perakaunan dalam merekod urusniaga.4.13Tinggi

5Saya tahu dalam meyediakan rekod perakaunan untuk merekod catatan urusniaga perniagaan.4.16Tinggi

Jadual 5.1.2 Purata min skor bagi faktor tahap penggunaanJadual 5.1.2 menunjukkan min skor tentang tahap penggunaan IKS terhadap jurnal dan lejar dalam perniagaan di Muadzam Shah, Pahang. Terdapat lima soalan yang dikemukakan di bahagian ini. Soalan 1 menunjukkan min skor tertinggi iaitu 4.32 dan sebanyak 90% responden bersetuju bahawa kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah mudah difahami.

5.1.3 Faktor Tahap Cara Penyimpanan Faktor ketiga yang dikaji dari segi tahap cara penyimpanan IKS terhadap jurnal dan lejar dalam perniagaan di Muadzam Shah, Pahang. Tujuan faktor kajian ini dilakukan adalah untuk mengukur sejauh mana tahap cara penyimpanan IKS terhadap jurnal dan lejar dalam perniagaan di Muadzam Shah, Pahang. Terdapa lima soalan yang diajukan kepada responden.BilSoalanMin SkorPeratusanTahapSokongan

1Penyimpanan rekod perakaunan yang sesuai dapat membantu dalam membuat keputusan dan pelarasan perniagaan.4.29TinggiOnaulapo Adekunle Abdul-Rahamon.(2014).The Analysis of Impact Of Accounting Records Keeping On The Performance of the Small Scale Enterprises

2Penyimpanan rekod perakaunan dapat meningkatkan kecekapan perniagaan.4.35TinggiOnaulapo Adekunle Abdul-Rahamon.(2014).The Analysis of Impact Of Accounting Records Keeping On The Performance of the Small Scale Enterprises

3Cara penyimpanan rekod perakaunan yang sistematik dapat meningkatkan prestasi perniagaan.4.25TinggiOnaulapo Adekunle Abdul-Rahamon.(2014).The Analysis of Impact Of Accounting Records Keeping On The Performance of the Small Scale Enterprises

4Penyimpanan rekod perakaunan dapat membantu mengesan keluar masuk stok dalam perniagaan.4.49TinggiOnaulapo Adekunle Abdul-Rahamon.(2014).The Analysis of Impact Of Accounting Records Keeping On The Performance of the Small Scale Enterprises

5Penyimpanan rekod perakaunan yang lengkap dapat memudahkan catatan urusniagan pernigaan.4.40TinggiOnaulapo Adekunle Abdul-Rahamon.(2014).The Analysis of Impact Of Accounting Records Keeping On The Performance of the Small Scale Enterprises

Jadual 5.1.3 Purata min skor bagi faktor tahap cara penyimpananJadual 5.1.3 menunjukkan min skor tentang tahap cara penyimpanan IKS terhadap jurnal dan lejar dalam perniagaan di Muadzam Shah, Pahang. Terdapat lima soalan yang dikemukakan di bahagian ini. Soalan 1 menunjukkan min skor tertinggi iaitu 4.32 dan sebanyak 90% responden bersetuju bahawa kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah mudah difahami.

5.2 CADANGAN5.2.1 PenyelidikDari segi penyelidik, penyelidik dapat mengetahui sejauh mana IKS di Muadzam Shah, Pahang memahami cara merekod jurnal dan lejar perakaunan perniagaan. Penyelidik dapat memberi pendedahan seperti pentingnya mempunyai rekod jurnal dan lejar perakaunan perniagaan, pentingnya penyimpanan rekod perakaunan perniagaan, pentingnya kefahaman rekod perakaunan dalam perniagaan dan pentingnya penggunaan rekod perakaunan dalam perniagaan kepada IKS di Muadzam Shah,Pahang. Dengan pendedahan ini, IKS di Muadzam Shah, Pahang lebih mengetahui mengenai rekod jurnal dan lejar perakaunan dalam perniagaan. Kajian ini juga berguna untuk dibuat rujukan kepada penyelidik yang membuat kajian mengenai IKS.

5.2.2 Orang AwamDari segi orang awam, orang awam dapat mengetahui betapa pentingnya jurnal dan lejar perakaunan dalam sesebuah perniagaan. Orang awam juga boleh menggunakan kajian ini sebagai rujukan jika ingin menceburi bidang perniagaan IKS. Seterusnya, kajian ini juga membantu orang awam dalam memahami konsep rekod jurnal dan lejar perakaunan perniagaan, penggunaan rekod jurnal dan lejar perakaunan dalam perniagaan, dan kepentingan penyimpanan rekod jurnal dan lejar perakaunan dalam perniagaan. Dengan adanya kajian ini, dapat membantu orang awam yang ingin mencari pendapatan lebih atau orang awam yang tiada pekerjaan untuk menceburi dalam bidang perniagaan IKS. Para pelajar yang baru tamat pelajaran dan sedang menunggu pekerjaan juga boleh menggunakan kajian ini sebagai rujukan untuk berjinak-jinak menceburi perniagaan IKS. Selain itu, untuk mengetahui lebih lagi mengenai rekod jurnal dan lejar perakaunan dalam perniagaan, orang awam boleh mengikuti kursus-kursus mengenai rekod perakaunan dalam perniagaan yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Dengan mengikuti kursus-kursus mengenai rekod perakaunan dalam perniagaan, orang awam lebih memahami dengan mendalam mengenai rekod perakaunan dalam perniagaan.

5.2.3 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)Dari segi Industri Kecil dan Sederhana (IKS), IKS boleh menggunakan kajian ini untuk dibuat rujukan dan boleh meningkatkan tahap kefahaman rekod lejar dan jurnal kewangan IKS. Selain itu, IKS juga dapat mengetahui bahawa pentingnya rekod jurnal dan lejar dalam perniagaan. Dengan kefahaman terhadap rekod jurnal dan lejar dalam perniagaan, IKS dapat mengetahui apa yang direkodkan dalam jurnal dan lejar perniagaan dan rekod perakaunan perniagaan IKS lebih tersusun dan sistematik. Oleh itu, IKS perlu mengetahui kefahaman rekod jurnal dan lejar perniagaan supaya rekod yang dicatatkan tersusun dan difahami. Secara tidak langsung, IKS dapat mengetahui cara penggunaan rekod jurnal dan lejar perakaunan dalam perniagaan. IKS perlu mengetahui cara penggunaan rekod jurnal dan lejar perakaunan dalam perniagaan supaya IKS dapat membuat jurnal dan lejar perakaunan dalam perniagaan masing-masing. Seterusnya, IKS juga perlu mengetahui mengenai cara penyimpanan rekod jurnal dan lejar perakaunan IKS. Ini kerana, jika rekod jurnal dan lejar perakaunan IKS disimpan maka boleh digunakan untuk masa hadapan sebagai rujukan dan memudahkan lagi IKS untuk merekod jurnal dan lejar perniagaan IKS. Dengan memahami konsep cara penyimpanan rekod jurnal dan lejar perakaunan perniagaan juga membantu IKS membuat rujukan jika terdapat masalah dalam kewangan perniagaan IKS. Dengan adanya kefahaman, cara penggunaan dan cara menyimpanan rekod jurnal dan lejar perakaunan perniagaan IKS, IKS dapat membuat rekod jurnal dan lejar perakaunan perniagaan dengan teratur dan sistematik serta mudah difahami.

5.3 KESIMPULANSecara keseluruhan kajian ini telah mencapai matlamat untuk mengetahui segala objektif kajian faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKS di Muadzam Shah, Pahang di mana objektif tersebut merangkumi faktor tahap kefahaman, tahap penggunaan dan tahap penyimpanan rekod jurnal dan lejar perakaunan dalam perniagaan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKS di Muadzam Shah, Pahang. Kajian mendapati faktor tahap kefahaman merupakan faktor yang sangat mempengaruhi tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKS di Muadzam Shah, Pahang dengan min skor yang paling tinggi iaitu ______. Faktor ini adalah faktor yang mendapat min skor yang paling tinggi berbanding faktor tahap penggunaan dan faktor tahap penyimpanan rekod jurnal dan lejar perakaunan dalam perniagaan IKS di Muadzam Shah, Pahang. Di sini menunjukkan bahawa responden memahami tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKS di Muadzam Shah, Pahang. Para responden juga menyokong mengenai kepentingan penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKS di Muadzam Shah, Pahang berkesan dalam urusan kewangan perniagaan dan lebih sistematik serta teratur.Di samping itu, faktor tahap penggunaan rekod jurnal dan lejar perakaunan perniagaan IKS di Muadzam Shah, Pahang juga merupakan faktor yang dapat mempengaruhi tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKS di Muadzam Shah, Pahang dengan min skor secara keseluruhan ialah ___. Faktor ini adalah faktor kedua tertinggi min skor selepas faktor tahap kefahaman. IKS juga menitikberatkan mengenai tahap penggunaan rekod jurnal dan lejar perakaunan dalam perniagaan supaya tidak terdapat salah catat di dalam rekod jurnal dan lejar perakaunan perniagaan IKS dan dapat menghasilkan rekod jurnal dan lejar perakaunan perniagaan IKS dengan telus dan sistematik serta mudah difahami.Faktor yang mendapat min skor yang paling rendah adalah faktor tahap penyimpanan rekod jurnal dan lejar perakaunan dalam perniagaan IKS di Muadzam Shah, Pahang. IKS perlu mengetahui cara penyimpanan rekod jurnal dan lejar perakaunan perniagaan supaya mudah untuk IKS membuat rujukan jika terdapat masalah dalam kewangan perniagaan IKS serta memudahkan untuk IKS merujuk rekod yang lama untuk membuat rekod jurnal dan lejar perakaunan dalam perniagaan yang baruKesimpulannyan, faktor tahap kefahaman, tahap penggunaan dan tahap penyimpanan merupakan faktor penting dalam memastikan kepentingan jurnal dan lejar di kalangan IKS di Muadzam Shah, Pahang. Pengkaji berharap bahawa maklumat kajian yang telah diperolehi dapat menerangkan tahap kepentingan penggunaan jurnal dan lejar di kalangan IKS di Muadzam Shah, Pahang. .

RUJUKAN / BIBILIOGRAFI

Abdulrahman, Z. (2013). MENYEDIA AKAUN PERNIAGAAN (D.Amoah, R., & Samuel, N. (2014). Volume 4 , Issue 7 ( July 2014 ) IMPACT FACTOR 4 . 992 ACCOUNTING PRACTICES OF SMES IN SUNYANI: AN INVESTIGATIVE STUDY OF RECORD KEEPING FOR PERFORMANCE, 4(7), 2135.Bahasa Melayu, K. (n.d.). Tahap Kefahaman. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penyimpanan. Retrieved from http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penyimpananCommission, E. (2008). F INAL REPORT OF THE E XPERT G ROUP Accounting Systems For Small Enterprises-Recommendations And Good Practices, (November).Hollander, A., Denna, E., & Cherrington, J. O. (1999). Accounting,Information Technology,and Business Solutions (nila banton).Investopedia. (n.d.-a). Journal. http://www.investopedia.com/terms/j/journal.asp. Retrieved from http://www.investopedia.com/terms/j/journal.aspInvestopedia. (n.d.-b). Ledger. http://www.investopedia.com/terms/g/generalledger.asp. Retrieved from http://www.investopedia.com/terms/g/generalledger.aspIsmail, K., & Hamid, M. (2005). Edisi Kedua Perakaunan Awalan (Edisi Kedu., p. 56,60). Selangor,Malaysia: Malaysia,LSP.Lehat, N., & Jaafar, H. F. (n.d.). Garis Panduan Pelaksanaan Penyelidikan Perniagaan.Maseko, N., & Manyani, O. (2011). Accounting practices of SMEs in Zimbabwe: An investigative study of record keeping for performance measurement (A case study of Bindura). Journal of Accounting and Taxation, 3(8), 171181. doi:10.5897/JAT11.031Musah, A. (2014). Record Keeping and the Bottom Line: Exploring the Relationship between Record Keeping and Business Performance among Small and Medium Enterprises ( SMEs ) in the Tamale Metropolis of, 5(2), 107117.Nathesan, S. (2012). Kefahaman dan Pemahaman Adakah Kedua-duanya Sama. Pelita Bahasa Wadah Kesempurnaan Bahasa.W.Moffat, D. (2008). Konsep Penggunaan.