Contoh Soalan Esei Yang Bertanyakan Nilai: bertanyakan ... · PDF fileTidak kira soalan esei...
Transcript of Contoh Soalan Esei Yang Bertanyakan Nilai: bertanyakan ... · PDF fileTidak kira soalan esei...
1
© Hak Cipta Terpelihara. Disediakan oleh Gan Chee Meng P.P.N., P.J.K., P.J.M., Guru Cemerlang Pendidikan Moral, SMJK Perempuan China Pulau Pinang. [email protected] 23-7-2014
Format Terkini Untuk Soalan Esei Pendidikan Moral SPM
Contoh Soalan Esei Yang Bertanyakan Nilai:
Terangkan nilai-nilai yang harus diamalkan oleh murid-murid agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah.
Jawapan anda hendaklah disokong dengan contoh atau huraian yang bersesuaian. [10 markah]
Contoh Soalan Esei Yang Tidak Bertanyakan Nilai:
Huraikan lima tindakan yang harus diamalkan oleh murid-murid agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah.
Jawapan anda hendaklah disokong dengan contoh atau huraian yang bersesuaian. [10 markah]
Tidak kira soalan esei Pendidikan Moral bertanyakan nilai atau tidak bertanyakan nilai, format pemarkahan
terkini adalah seperi berikut:
5 Nilai + 5 H 10 markah
4 Nilai + 6 H 10 markah
3 Nilai + 7 H 10 markah
2 Nilai + 8 H 10 markah
1 Nilai + 9 H 10 markah
10 H 10 markah
Perhatian:
1. Fakta / Contoh / Huraian Lanjutan semuanya dianggap sebagai H.
2. Nilai = KK1 = KK2 = 1 markah. Jika ayat yang mempunyai KK, dianggap sebagai nilai. Oleh itu, 1 markah
yang telah diberikan kepada nilai, tidak akan diberikan kepada ayat yang mempunyai KK lagi.
3. Pelajar-pelajar SMJKPCPP akan diajar menulis esei mengikut format berikut:
a) Format NCH: Ayat Nilai diikuti dengan Ayat Contoh kemudiannya Ayat Huraian Lanjutan. Pelajar-
pelajar perlu menulis 5 set NCH dalam 1 perenggan.
b) Format FCH: Ayat Fakta diikuti dengan Ayat Contoh kemudiannya Ayat Huraian Lanjutan. Pelajar-
pelajar perlu menulis 5 set FCH dalam 1 perenggan.
Teknik Menulis Rangka Jawapan Dengan
Menggunakan Format NCH:
Contoh Esei Dengan Menggunakan Format
NCH:
Nilai 1: Harga diri
C: Bagaimana? (How?) menjaga imej diri…
H: Mengapa? (Why?) supaya tidak dipandang serong…
Nilai 2: Kerajinan
C: Bagaimana? (How?) datang ke sekolah setiap hari…
H: Mengapa? (Why?) kerana dapat menimba ilmu…
Nilai 3: Bertanggungjawab
C: Bagaimana? (How?) memainkan peranan sebagai…
H: Mengapa? (Why?) supaya masa depan cerah…
Nilai 4: Mematuhi peraturan dan undang-undang
C: Bagaimana? (How?) akur pada peraturan sekolah...
H: Mengapa? (Why?) supaya tidak dikenakan tindakan
demerit...
Nilai 5: Rasional
C: Bagaimana? (How?) memahami/menyedari kesan
buruk ponteng sekolah...
H: Mengapa? (Why?) kerana pelajaran akan
terabai/terlibat dalam jenayah...
Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri.
Mereka harus menjaga imej diri agar tidak terlibat
dalam gejala ponteng sekolah. Hal ini demikian
supaya mereka tidak dipandang serong oleh
masyarakat. Mereka harus mengamalkan nilai
kerajinan. Mereka harus datang ke sekolah setiap
hari persekolahan. Hal ini demikian kerana mereka
dapat menimba ilmu yang berguna di sekolah.
Mereka harus ada nilai bertanggungjawab.
Mereka harus memainkan peranan sebagai murid
sekolah agar tidak terlibat dalam gejala ponteng
sekolah. Hal ini demikian supaya mereka
mempunyai masa depan yang cerah. Mereka harus
mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan
undang-undang. Mereka harus akur pada
peraturan sekolah. Hal ini demikian supaya mereka
tidak dikenakan tindakan demerit kerana telibat
dalam ponteng sekolah. Mereka harus ada nilai
rasional. Mereka harus menyedari kesan buruk
ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana pelajaran
mereka akan terabai disebabkan oleh pengaruh
rakan.
Catatan:
Perkataan “Contohnya” pada Ayat Contoh boleh
ditulis atau digugurkan ikut budibicara guru.
2
© Hak Cipta Terpelihara. Disediakan oleh Gan Chee Meng P.P.N., P.J.K., P.J.M., Guru Cemerlang Pendidikan Moral, SMJK Perempuan China Pulau Pinang. [email protected] 23-7-2014
Teknik Menulis Rangka Jawapan Dengan
Menggunakan Format FCH
Contoh Esei Dengan Menggunakan Format
FCH:
Fakta 1: menjaga imej diri…
C: Bagaimana? (How?) tidak mencemarkan nama baik
diri…
H: Mengapa? (Why?) kerana tidak dipandang serong…
Fakta 2: rajin datang ke sekolah…
C: Bagaimana? (How?) hadir ke sekolah setiap hari
persekolahan…
H: Mengapa? (Why?) kerana dapat menimba ilmu…
Fakta 3: memainkan peranan sebagai…
C: Bagaimana? (How?) menjauhi rakan yang suka
ponteng…
H: Mengapa? (Why?) supaya masa depan cerah…
Fakta 4: mematuhi peraturan sekolah...
C: Bagaimana? (How?) akur peraturan sekolah...
H: Mengapa? (Why?) kerana boleh dikenakan tindakan
demerit...
Fakta 5: bijak memilih kawan...
C: Bagaimana? (How?) menjauhi rakan yang suka
ponteng…
H: Mengapa? (Why?) supaya tidak dipengaruhi…
Murid-murid harus menjaga imej diri dengan
tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah.
Mereka tidak harus mencemarkan nama baik diri.
Hal ini demikian supaya mereka tidak dipandang
serong oleh masyarakat. Mereka harus menjauhi
perbuatan ponteng dengan rajin datang ke
sekolah. Mereka harus hadir ke sekolah setiap hari
persekolahan. Hal ini demikian kerana mereka
dapat menimba ilmu yang berguna di sekolah.
Mereka harus memainkan peranan sebagai murid
sekolah agar tidak terlibat dalam gejala ponteng.
Hal ini demikian supaya mereka mempunyai masa
depan yang cerah. Mereka harus mematuhi
peraturan sekolah dengan menjauhi perbuatan
ponteng. Mereka harus akur pada peraturan
sekolah. Hal ini demikian kerana mereka boleh
dikenakan tindakan demerit jika ditangkap. Mereka
harus bijak memilih kawan. Mereka harus
menjauhi rakan yang suka ponteng sekolah. Hal ini
demikian supaya mereka tidak akan dipengaruhi
oleh rakan untuk bersama-sama ponteng sekolah.
Catatan:
Perkataan “Contohnya” pada Ayat Contoh boleh
ditulis atau digugurkan ikut budibicara guru.
Format Terkini Untuk Soalan Struktur Pendidikan Moral SPM
Contoh Soalan Struktur Yang Bertanyakan Nilai dan Penerangan:
Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh anggota pasukan keselamatan negara dalam usaha mempertahankan
negara kita daripada pencerobohan pengganas asing. [2 markah]
Perhatian:
1. Nilai = KK1 = KK2 = 1 markah. Jika ayat yang mempunyai KK, dianggap sebagai nilai. Oleh itu, 1 markah
yang telah diberikan kepada nilai, tidak akan diberikan kepada ayat yang mempunyai KK lagi.
2. Oleh itu, untuk menjawab soalan di atas, pelajar-pelajar boleh memilih salah satu format berikut:
a) Format NC atau NH: Ayat Nilai diikuti dengan Ayat Contoh atau Ayat Nilai diikuti dengan Ayat
Huraian Lanjutan.
b) Format NPC atau NPH: Ayat Nilai diikuti dengan Ayat Penerangan kemudiannya Ayat Contoh atau
Ayat Nilai diikuti dengan Ayat Penerangan kemudiannya Ayat Huraian Lanjutan.
Contoh Jawapan Format NC/NH:
Anggota pasukan keselamatan negara mengamalkan nilai cinta akan negara (Ayat Nilai). Contohnya, mereka
bersemangat patriotik dengan menentang pencerobohan pengganas asing (Ayat Contoh). ATAU
Anggota pasukan keselamatan negara mengamalkan nilai cinta akan negara (Ayat Nilai). Hal ini demikian kerana
mereka sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara (Ayat Huraian Lanjutan).
Contoh Jawapan Format NPC/NPH:
Anggota pasukan keselamatan negara mengamalkan nilai cinta akan negara (Ayat Nilai). Mereka ada perasaan
sayang dan bangga terhadap negara dalam usaha mempertahankan negara (Ayat Penerangan). Contohnya, mereka
bersemangat patriotik dengan berani menentang pencerobohan pengganas asing (Ayat Contoh). ATAU
Anggota pasukan keselamatan negara mengamalkan nilai cinta akan negara (Ayat Nilai). Mereka ada perasaan
sayang dan bangga terhadap negara dalam usaha mempertahankan negara (Ayat Penerangan). Hal ini demikian
kerana mereka sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara (Ayat Huraian Lanjutan).