KRB3053 Esei Ilmiah
-
Upload
boonyi-unai -
Category
Documents
-
view
73 -
download
0
description
Transcript of KRB3053 Esei Ilmiah
Tajuk : Inovasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Kepesatan dalam bidang teknologi maklmuat telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah
pengajaran Bahasa Melayu. Daripada sistem pengajaran konvensional di dalam bilik darjah kini
sudah menerobos ke suatu peringkat baru bagi pengajaran Bahasa Melayu iaitu melalui
kemajuan teknologi iaitu komputer. Komputer boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh
ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh menerima maklumat, mengguna beberapa prosedur
pemprosesan kepadanya dan mengemukakan hasil maklumat baru dalam bentuk yang sesuai
kepada penggunanya. Kebanyakan komputer elektronik moden, terutama sekali komputer yang
digunakan untuk tujuan pendidikan, merupakan komputer digital. Apa yang dimaksudkan
komputer digital ialah maklumat yang ada ditukar kepada bentuk digital ( iaitu kepada satu kod
yang berasaskan kepada sistem nombor dwi, yang hanya menggunakan dua simbol iaitu 0 dan 1)
sebelum diproses. Komputer yang direka bentuk untuk mengendalikan data yang tidak ditukar
kepada bentuk digital dikenal sebagai komputer analog, dan banyak digunakan untuk tujuan
saintifik atau teknikal yang khusus.
Arus perubahan yang berlaku di Negara kita menjadikan proses mendidik pelajar semakin
bertambah kompleks. Menurut Hamdan et al (2004), memandangkan pengajaran dan
pembelajaran kini telah mengalami perubahan, iaitu guru atau pendidik tidak lagi hanya
menggunakan chalk and talk tetapi telah berubah kepada alat bantu mengajar yang lebih canggih
seperti LCD, projector, media dan sebagainya. Oleh yang demikian guru harus menguasai
kemahiran komputer dengan baik dan mahir dalam penggunaan perisian seperti power point,
movie maker, flash dan pelbagai lagi. Seperti kata Blondin dalam Abdul Rahman Daud (1995),
beliau berpendapat “Salah satu faktor penghalang alat teknologi ialah kekurangan kemahiran
guru”.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyarankan kepada semua pihak sekolah agar
melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk bertujuan
memantapkan lagi sistem pendidikan di Negara kita. Inovasi menurut Nichols (1983:4) adalah
“idea, subject or practice as new by an individual or individuals, which is intended to bring
1
about improvement in relation to desired objectives, which is fundamental in nature and which is
planned and deliberate”. Manakala, Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar
Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi,
atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi
fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.Iaitu
inovasi lebih kepada idea, objek atau praktikal sesuatu yang baru oleh seseorang atau kelompok
orang yang bermaksud untuk memperbaiki tujuan yang diharapkan. Inovasi dalam sistem
pendidikan dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing. Inovasi juga perlu untuk melahirkan
pelajar yang dalam masa yang sama tetap utuh dalam mempertahankan jati diri dan identiti
bangsa Malaysia.Inovasi dalam mata pelajaran seharusnya bersifat konstektual yang bertumpu ke
arah pemikiran yang kritis, kreatif dan kemahiran pemikiran yang selanjutnya dapat memupuk
minat pelajar dalam pembelajaran mereka.
Penggunaan komputer merupakan satu inovasi dalam pendidikan. Penggunaan teknologi dalam
pengajaran atau pembelajaran bukan lagi suatu yang asing pada masa kini. Penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai satu inovasi dalam
pendidikan di mana inovasi ini merupakan satu perkara baru kepada pendidik. Merujuk kepada
kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar dan
komputer merupakan aplikasi teknologi computer dalam pendidikan. Komputer digunakan
sebagai alat untuk membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya
komputer dapat menghasilkan bahan pengajaran yang menarik dan terkini serta menyimpan
rekod. Dengan itu, pengajaran menjadi mudah dan pembelajaran dan pemahaman pelajar
menjadi lebih berkesan. Malahan maklumat-maklumat boleh disimpan di dalam disket, CD,
memori kad, dan dapat dibuka bila masa diperlukan.
Kehebatan teknologi yang wujud pada masa kini perlu dilihat sebagai satu kelebihan untuk
dimanfaatkan oleh mereka yang bergelar pendidik. Ia merupakan suatu mekanismake arah
membantu pelajar bagi mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan
seharian. Dengan adanya penggunaan komputer, ianya sangat berguna dan diperlukan kerana
dapat menjimatkan masa dan tenaga pendidik mahupun pelajar juga. Ia turut membantu sesi
pengajaran dan memudahkan tenaga pengajar serta pelajar untuk lebih memahami konsep
2
sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Dengan adanya kemudahan
computer dan sambungan internet juga, pelajar dapat berforum atau berhubung melalui pelbagai
jaringan media seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.
Penggunaan komputer bukan sahaja di peringkat sekolah menengah, namun sudah di aplikasi ke
sekolah rendah. Jika dahulu, penggunaan teknologi di sekolah hanyalah terhad kepada televisyen
sahaja. Namun kini, penggunaan komputer di sekolah rendah sudah menjadi suatu kemajuan.
Semua subjek telah menjadikan komputer sebagai alat bantu mengajar yang paling efektif.
Begitu juga dengan pengajaran Bahasa Melayu. Terdapat dalam kajian yang membuktikan
bahawa kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa keatas
392 orang guru bahasa menunjukkan majoritinya guru-guru takut untuk menggunakan computer
dalam pengajaran mereka. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di sekolah-
sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya
(Norizan Abdul Razak, 1997). Oleh yang demikian, Pembelajaran Bahasa Berbantukan
Komputer (PBBK) sebenarnya telah lama diperkenalkan sejak tahun 1960 an lagi di University
Illinios melalui rangkaian sistem PLATO (Program Logic Automated Machine) yang
merangkaikan university dan sekolah di Amerika Syarikat. Namun begitu PBBK ini masih bru di
Malaysia.
Walaupun belum terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan pembelajaran bahasa
berbantukan komputer yang menggunakan bahan multimedia, kita percaya bahawa pembelajaran
bahasa akan menjadi lebih menarik, bermakna, dan produktif melalui penggunaan bahan
multimedia ini. Hal ini demikian kerana bahan multimedia dapat menggabungkan bunyi, suara,
gambar, filem, dan teks untuk mewujudkan "persekitaran" baru yang kaya dengan input bahasa
yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan bahasa Inggeris yang dipelajari. Keistimewaan
ini tidak terdapat pada alat bantu mengajar yang lain, seperti buku, pita audio, dan pita video
yang lebih bersifat satu hala atau unidirectional. Malah, teori pembelajaran turut menyokong
penggunaan gambar, grafik, video, dan suara bagi membantu pelajar memahami dan mengingati
apa-apa yang dipelajari dengan lebih baik (Kemp dan Smelle 1989). Romiszowski (1988)
menyatakan bahawa pelajar dapat mengingat kira-kira 20% daripada apa-apa yang dilihat, kira-
kira 30% daripada apa-apa yang didengar, dan kira-kira 60% daripada apa-apa yang dibuat. Ini
3
menunjukkan penggunaan computer dalam pengajaran Bahasa Melayu sangat berkesan dan
memberikan impak yang positif kepada pelajar.
Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah kini tidak lagi berdasarkan kad kata dan guru
menulis di papan hitam. Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Teknologi Maklumat
Komunikasi (TMK) adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan
keperluan pendidikan kini. Penggunaan TMK dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi
keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah
sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan TMK dan
tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Penggunaan TMK dalam Pembelajaran
merupakan satu aspek yang tidak dapat dielakkan oleh setiap guru. Penggunaan computer dapat
memberikan kesan positif kepada pembelajaran murid sehinggakan mereka mampu
menggunakan aplikasi TMK dalam kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer merupakan satu kaedah pengajaran yang disampaikan menggunakan
gabungan antara komputer, pakej perisian, sistem talian dalam mengakses kemudahan internet.
Penggunaan kaedah ini terutama dalam menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah dan
afektif memerlukan penggunaan aplikasi perisian komputer, mengakses maklumat melalui
internet dan aplikasi persembahan elektronik seperti perisian “Power point”. Aplikasi komputer
ini penting untuk tujuan menyampaikan persembahan dengan lebih menarik dan berkesan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu, guru kurang mengikuti kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran
multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian.
Kesan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan komputer kepada pelajar agak positif
terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam
menjalankan pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer ialah guru kurang mahir
mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.
Jika dahulu, alat bantu mengajar begitu terhad. Setiap kali subjek Bahasa Melayu, guru akan
membawa keping manila kad yang mengandungi kata nama untuk di lekatkan di papan hitam.
Keping manila kad itu jugalah yang akan digunakan bagi pelajar untuk tahun yang seterusnya.
Begitu sekali terhad penggunaan alat bantu mengajar Bahasa Melayu pada waktu itu. Contoh
4
yang diberikan juga sangat terhad. Ini menjadikan pemikiran pelajar menjadi agak terhad, kerana
mereka tidak mendapat contoh lain selain daripada yang terdapat dalam kad manila tersebut.
Guru juga terpaksa membuat kerja lebih masa dirumah bagi menyiapkan kerja sekolah.
Penggunaan komputer memberikan impak yang besar kepada guru samada cabaran dalam
menggunakan teknologi baru tersebut dan penerimaan pelajar akan gaya pengajaran yang baru.
Jika sebelum ini, guru hanya berpandukan buku rujukan mengajar, namun dengan adanya
computer, guru dapat berkongsi ide dengan mereka yang sama profesion dengan mereka.
Penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah sangat membantu
pelajar memahami subjek tersebut dengan lebih baik. Menggunakan komputer, guru dapat
memberikan contoh dengan banyak dan menyelitkan audio serta video bagi subjek tersebut. Kini
pelajar/murid lebih seronok dan tidak sabar untuk menantikan subjek Bahasa Melayu kerana
guru menggunakan pendekatan yang canggih dan menarik dalam pengajarannya. Guru juga
dapat mempersembahkan slaid power point dengan menyelitkan unsure humor atau berbentuk
komik bagi membantu murid belajar Bahasa Melayu. Contoh yang diberikan juga sangat
menarik dan lebih mencabar murid. Ia bukan lagi hanya berdasarkan kad manila ataupun
gambarajah, namun kini ia dapat di papar pada skrin komputer dengan menggunakan animasi
yang tertentu.
Namun begitu, tidak semua sekolah dapat mengecap kecanggihan teknologi ini. Biarpun
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan sebahagian besar perbelanjaan bagi
menyalurkan komputer kepada sekolah di seluruh Negara, namun begitu bagi sekolah di luar
Bandar ianya masih lagi ketinggalan. Lebih ratusan sekolah rendah khasnya masih tidak
mempunyai kemudahan elektrik dan guru tidak menggunakan komputer dalam pengajaran
mereka. Kedaifan sekolah-sekolah ini sangat menyedihkan. Murid tidak di dedahkan terhadap
teknologi baru kerana sekolah tidak mempunyai kemudahan elektrik mahupun generator
sekalipun. Pendidik pula menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran mereka. Ini
menyebabkan guru terpaksa menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran mereka.
Murid yang tidak didedahkan dengan teknologi seperti penggunaan komputer dalam bilik darjah
akan menjadikan mereka seperti katak di bawah tempurung. Mereka tidak dapat merasai
kecanggihan teknologi yang sepatutnya diperolehi di sekolah memandangkan mereka datang dari
5
keluarga yang kurang mampu apatah lagi memiliki kecanggihan teknologi seperti komputer di
rumah hatta radio sekalipun mungkin tiada. Sepatutnya murid secara tidak langsung didedahkan
dengan penggunaan komputer terutamanya dalam seisi pengajaran. Ini akan menjadikan mereka
lebih berdaya saing dan mencetus idea serta minat dalam pelajaran yang dipelajari. Guru Bahasa
Melayu sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan
pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya,
guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan
kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar. Apabila pelajar melangkah kealam
sekolah menengah, mereka tidak canggung melihat computer. Malah ada pelajar yang mengikuti
kelas komputer takut untuk memegang tetikus kerana tidak pernah melihat komputer, dan antara
mereka ada yang beranggapan jika tersilap menekan papan kekunci, komputer akan meletup.
Sungguh kasihan, mereka lambat mendapat inovasi komputer yang sepatutnya sudah di
perkenalkan di alam sekolah rendah lagi.
Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek wajib yang perlu lulus dalam peperiksaan samada
UPSR, PMR mahupun SPM. Biarpun peperiksaan tersebut sudah dimansuhkan, namun wajib
lulus bagi subjek Bahasa Melayu tetap diutamakan. Oleh yang demikian, pengajaran yang
berkesan patut bermula dari awal sekolah rendah. Pengajaran yang berkesan tidak hanya
bergantung kepada ilmu yang disampaikan namun juga cara penyampaian guru tersebut. Jika
penyampaian mereka hambar, kurang menarik serta membosankan, sudah tentu murid juga akan
merasa bosan dan tidak berminat untuk mengikuti pelajaran tersebut.
isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaran
berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Basa Melayu. Antara
rumusan daripada dapatan kajian yang diperoleh seperti huraian berikut, Guru perlu menguasai
konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep
tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai
pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru Bahas Melayu. Tiga komponen utama
yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan
pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan
6
prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang
optimum kepada pelajar.
Walaupun Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru Bahasa
Melayu. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan
perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan
perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi
teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan
pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan
pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). Kursus komputer telah dihadiri oleh
kebanyakan guru Bahasa Melayu. Bagi menjamin keberkesanan penggunaan computer dalam
pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran serta
perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaian dengan dapatan
kajian lain di mana kebijakan guru memilih kaedah TMK yang sesuai bagi menepati objektif dan
konteks pengajaran, mengubah suai bahan sedia ada ataupun membangunkan persekitaran yang
sesuai bagi memastikan penglibatan murid dalam pembelajaran. Begitu juga dengan penggunaan
komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik
perhatian pelajar. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu juga didapati positif dengan kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah
penggunaan computer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan Bahasa
Melayu.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan
komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.
Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran
berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan,
teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan
pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran.
7
Justeru itu, dalam hal membuat perancangan, dan persediaan pihak pentadbir sekolah perlu
menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara
profesional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan
penekanan kepada aplikasi TMK dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh
Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu juga perlu dirujuk untuk melihat
keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Di samping itu, perhatian juga perlu diberi
kepada aspek integrasi Bahasa melayu dengan mata pelajaran yang lain mampu untuk membantu
pelajar mahir dalam sesuatu tajuk.
Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa
ke dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat kelemahan-kelemahan yang timbul akibat daripada
kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusannya. Penggunaan bahan teknologi
maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini
telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru-guru. Penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik.
Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-
bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh murid-murid dengan menggunakan alat
teknologi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya. Penggunaan teknologi
maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru
untuk mengendalikannya. Oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam
pengajaran bahasa di sekolah rendah mempunyai beberapa kekangan yang perlu di ambil berat
iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat.
Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan
pendedahan dengan penggunaan ICT. Justeru itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan
pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana
pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan
teknologi maklumat khususnya kepada murid-murid. Pengintegrasian teknologi maklumat dalam
proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk
8
meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam
pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta
mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru
bahasa yang telah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak
pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis
semata-mata dan tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah
guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.
Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini
menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat.
Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi
maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan
takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu
perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus
asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat. Proses
pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana
yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan
teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan
lancar. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi
salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses
penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah- sekolah tertentu menjadi salah satu
punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian . Komputer yang digunakan di
sekolah juga sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi. Di samping itu,
terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah
9
bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran.
Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan
oleh kumpulan murid lain. Penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menambahkan minat
murid terhadap pengajaran bahasa. Walau bagaimanapun, murid yang pandai lebih berminat
dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer didalam pengajarannya. Bagi pelajar
yang lemah pula, mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa walaupun guru
menggunakan komputer. Penguasaan menulis karangan kurang berkesan jika menggunakan
komputer. Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih
menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada murid-
murid. Murid - murid juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran.
Antara masalah yang dihadapi guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas
adalah bebanan kurikulum. Sukatan pelajaran yang terlalu banyak menyebabkan guru tergesa-
gesa untuk menghabiskan silibus sebelum berakhir tempoh satu tahun. Oleh itu guru terpaksa
menggunakan kaedah tradisi bagi memastikan silibus dapat dihabiskan dalam tempoh tersebut.
Hal ini menyebabkan guru kurang masa untuk merancang pengajaran mereka dengan lebih
kreatif dan inovatif.
Salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada pencapaian matlamat tersebut ialah sistem
pendidikan kita yang secara umumnya masih lagi berorientasikan peperiksaan. Sistem
pendidikan yang berorientasikan peperiksaan juga merupakan penghalang utama kepada usaha
pemupukan kreativiti dalam bilik darjah.Yong (1989) berpendapat bahawa walau pun pelbagai
usaha telah dijalankan untuk memajukan proses pengajaran guru, sekolah masih lagi cenderung
untuk menghasilkan para murid yang berorientasikan peperiksaan. Walaupun dalam KBSR dan
KBSM telah dinyatakan bahawa fungsi peperiksaan dan penilaian bukan sahaja untuk
menentukan taraf pencapaian pelajar tetapi juga untuk membantu memperbaiki lagi proses
pengajaran-pembelajaran di bilik darjah tetapi hakikat sebenarnya ialah penekanan pembelajaran
di sekolah masih lagi tertumpu kepada fakta-fakta untuk dihafal dan seterusnya digunakan dalam
peperiksaan, lantaran itu aspek pemikiran sama ada kreatif atau kritis dipinggirkan.
10
Selain daripada itu, penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi
keseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan guru lebih
cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah
pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan
mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan (Toh, 2003). Seterusnya, guru yang berjaya
menghasilkan bilangan murid yang ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan biasanya akan dilihat sebagai guru yang berkesan(Toh, 2003). Disebabkan itu guru
mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dengan KBSR dan KBSM yang berpusatkan pelajar
kerana mereka begitu menghayati kaedah pengajaran yang lama yang lebih berpusatkan guru.
Kesan negatif penekanan terhadap peperiksaan terhadap pembangunan kreativiti pelajar begitu
mendalam sekali, sehinggakan Yong (1989) tanpa ragu-ragu telah menyatakan …“this emphases
have taken a heavy toll on the creativity of Malaysia students”(m.s. 20). Gardner (1991)
menyatakan bahawa tempoh umur antara dua hingga tujuh tahun merupakan tempoh yang
kritikal untuk kreativiti diluahkan. Walau bagaimanapun sebaik sahaja murid memasuki alam
persekolahan mereka menjadi kurang inovatif dan lebih berhati-hati.
Kerajaan memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer untuk mempercepatkan
penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Perdana Menteri, Dato’ Seri
MahathirMohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11
Oktober1977. Kerajaan juga memastikan setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan
makmal komputer yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan
luar bandar. Selain itu juga, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-
guru yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun kursus-kursus
semasa. Kerajaan haruslah peka terhadap keperluan semasa masyarakat dan sentiasa peka
terhadap perubahan teknologi global. Selain itu, kerajaan telah menjalinkan kerjasama dengan
sektor swasta dalam menangani jurang digital di Malaysia. Kerajaan turut membekalkan
komputer riba kepada murid-murid demi untuk melaksanakan satu rumah satu komputer. Dengan
demikian, ia membolehkan masyarakat membudayakan ICT dalam kehidupan mereka.
11
Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya
semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan
pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja
perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT
dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di
sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk
dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan murid menguasai ICT secara teratur
dan progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya
apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur
Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT dibina berdasarkan kepada matlamat dan
perancangan sekolah. Pandangan daripada ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan
Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan
perkembangan teknologi (Mohammed Sanidan Mohd Jasmy, 2002). Bagi melaksanakan polisi
dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan pembangunan. Heinrich
(1995) menyatakan pelan ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan
yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah
untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.
emimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara
optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut
jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan tidak
timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau supaya budaya
menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan.
Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam
melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut
kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Pemberian komputer daripada
pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya
makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru
semasa proses P&P.
12
Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin sekolah.
Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu
penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid.
Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru
adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajiankeperluan untuk
mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program
perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan
yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu
pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan
pelan pembangunan sekolah.
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran Behaviorisme pembelajaran berlaku apabila
seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi pengukuhan.
Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran merupakan satu proses maklumat
diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan
maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di
bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai maklumat
dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala
perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.
Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah
pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran.
Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman
web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran
ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial
direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang
memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill,
1996). Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya
dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum
menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT.
Kumpulan murid yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat
13
penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih
tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk pengayaan. Kesilapan dalam memberikan
pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan
kemudahan ICT yang lebih produktif.
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan murid-murid yang
serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan
akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam
keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap
bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita,
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah
pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak. Oleh itu,
pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih
ini.
Perkembangan ICT dalam bidang pendidikan ini memberi kesan besar kepada usaha
membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing.
Memandangkan ICT merupakan antara penentu utama dalam proses pembangunan bagi
meningkatkan ekonomi maka ICT dilihat mampu memperkasakan ekonomi penduduk melalui
kejayaan dalam pendidikan.
14
Rujukan.
Abdul Rahim bin Abdul Rashid, 2005, Profesionalisme Keguruan Prospek Dan Cabaran, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Haji Muhammad Zakaria (2005). Teknik Belajar Berkesan, Telaga Biru Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur.
Kamarudin Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Musa Hj M.Noor (1999). Kesediaan guru-guru KHB di Daerah Pontian dari segi kemahiran dan
sikap terhadap penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Latihan Ilmiah. Universiti Teknologi Malaysia.
Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan Bahasa,
7(2), 32-35.
Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran bahasa: Penguasaan
Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan. Diperolehi pada 22 ogos 2008 daripada
http://eprints.utm.my/5968/ 1/08-yahya.pdf
15