DAFTAR1

download DAFTAR1

of 4

description

UNIT HEM

Transcript of DAFTAR1

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA MENGKAWANG TEL : 09-6881416

21800 AJIL, HULU TERENGGANU, TERENGGANU FAX : 09-6124920

__________________________________________________________________________

Rujukan Kami : SKFM 01/2015 (01)

Tarikh : 13 Januari 2015Kepada :Semua Guru Kelas

Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftaran Kemasukan dan Pertukaran Murid Kali ke-1

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh

:15 Januari 2015

Hari

: Khamis

Tempat:Bilik Mesyuarat SKFM

Masa

:1.30 tengah hari

3.Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

1. Ucapan Guru Penolong Kanan HEM

2. Perkara berbangkit

3. Hal-hal lainSekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..............................................................

(FARAH WAHIDAH BINTI ZAINUDIN )

Setiausaha HEM SKFM1. Ucapan Aluan Guru Besar ( Encik Subiyamin bin Sulaiman )

1.1Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.1.2Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir ke mesyuarat kali ini.1.3 Pengerusi mengharapkan guru-guru dapat menyumbang tenaga dan bekerjasama untuk

menjayakan program yang dirancang.

2. Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

2.1Mesyuarat dimaklumkan bahawa pelantikan AJK adalah seperti yang terkandung dalam

Buku Pengurusan Taktikal. Puan Farah Wahidah akan menggantikan Puan Nor Fadhilah Hamidah sebagai penyelaras yang kini bertugas di SK Tengku Ampuan Intan.2.2Semua Ketua Panitia BM dan BI turut dilantik dalam AJK.

2.3Pencerapan PdP terhadap guru yang terlibat boleh dirujuk dalam Jadual Penceparan Mata

Pelajaran dalam Buku Pengurusan Taktikal.3. Bangkitan Minit Mesyuarat

3.1Tiada bangkitan minit.

4. Perkara Berbangkit

4.1Mesyuarat dimaklumkan setiap perancangan aktiviti haruslah berkaitan mata pelajaran

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Oleh itu, setiap aktiviti adalah sokongan daripada

program sedia ada.

4.2Antara program yang dirancang adalah seperti berikut :

4.2.1Pertandingan bercerita ( Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris ) yang dibahagikan

kepada murid Tahap 1 dan 2.

4.2.2Minggu bahasa yang tertakluk kepada ketetapan Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa

Inggeris yang akan berbincang mengenai pelaksanaannya.

4.3.3Program NILAM bagi menanam sikap suka membaca di kalangan murid-murid. Bahan

bacaan harus tertumpu kepada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

4.3Encik Shahrul Nizam memaklumkan Pertandingan Ko-Akademik bagi Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris akan diadakan selepas cuti persekolahan. Oleh itu, guru yang berkenaan

perlu menyediakan murid dan bahan yang sesuai.5. Hal-Hal Lain

5.1Puan Zailawati mencadangkan dua orang pengawas sebagai pengacara majlis perhimpunan.

Mereka akan bertutur dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris mengikut jadual yang

ditetapkan.

5.2Cadangan diterima dan akan dibincangkan dengan Guru Pengawas dan Disiplin.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(SHAHRUL NIZAM BIN BIDIN)

(SUBIYAMIN BIN SULAIMAN)

Setiausaha MBMMBI

Guru Besar

SK Felda Mengkawang

SK Felda Mengkawang