DEFINISI DAN KONSEP PENTAKSIRAN - OK.docx

download DEFINISI DAN KONSEP PENTAKSIRAN - OK.docx

of 5

description

DEFINISI DAN KONSEP PENTAKSIRAN - OK.docx

Transcript of DEFINISI DAN KONSEP PENTAKSIRAN - OK.docx

DEFINISI DAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN SERTA PERKAITAN ANTARA KOMPONEN

Dari segi kajian memang kita boleh nafikan bahawa pentaksiran, pengujian dan penilaian merupakan unsur yang penting dalam melahirkan murid berkaliber di dalam pembelajaran dan pengajaran. Seseorang murid dapat memahirkan diri sekiranya mereka dapat mematuhi peraturan yang dilaksanakan oleh guru dalam sistem pentaksiran, pengujian dan penilaian. Murid harus bangga dengan usaha dan prihatin yang ditunjukkan oleh guru dari segala sudut. Perkara ini telah dipertekankan oleh Dunn (1991), memperkatakan bahawa unsur pentaksiran dapat merealisasikan usaha guru dalam mengumpul maklumat tentang pencapaian dan kemajuan di dalam latihan serta ujian yang dilalui oleh murid. Selain daripada itu, pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru juga berjaya dalam mengesan perkembangan dan kebolehan minda murid dalam mengecapi keputusan yang cemerlang di dalam ujian dilalui. Selain daripada tokoh tersebut, seorang lagi tokoh Noraini Idris (2008) telah membukti bahawa pentaksiran perlu dirancang dan dikendalikan dengan teliti oleh seorang guru. Ia perlu dijalankan dengan baik supaya , tindakan itu tidak memberi kesan negatif kepada pembelajaran murid. Guru perlu menunjukkan tingkah laku formatif supaya murid dapat menunjukkan sikap ingin belajar dan meningkatkan penguasaan serta kemahiran di dalam pentaksiran yang diberikan oleh guru. Tugasan lain yang harus dibuat oleh guru ialah, mereka harus merancang serta bijak dalam menilai dan membaiki pemahaman murid dalam sesi pembelajaran. Unsur kedua terpenting adalah pengujian yang merupakan satu aspek yang mengukur kebolehan murid untuk menjawab. Kebolehan murid ini sebenarnya mengubah tingkah laku positif serta meningkatkan kecergasan otak mereka untuk meneliti soalan ujian yang dikemukakan. Tokoh Milagros (1981), mengatakan bahawa ujian adalah cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihat murid dalam keadaan di kawal. Murid seharusnya menjawab dengan baik kerana jawapan mereka merupakan ukuran di dalam mendapat menentukan markah yang mereka perolehi. Dari ujian ini, murid murid juga dinilai dan diuji kedudukan serta prestasi di kalangan murid-murid di kelas itu sendiri. Contoh- contoh pengujian yang boleh dilaksanakan adalah secara pemerhatian, temuramah, ujian serta tugasan tugasan yang diselesaikan sepanjang tahun.

Penegasan seterusnya adalah unsur penilaian. Unsur ini boleh dikaitkan dengan proses mengumpul dan menganalis maklumat murid yang dikumpul dari ujian yang dijawab oleh murid. Melalui data yang dikumpul, maka mudah untuk guru untuk menilai dan menentukan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan oleh guru tercapai atau tidak. Sekiranya tidak tercapai maka guru harus berusaha dalam membuat pertimbangan dan keputusan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya melengkapkan penilaian yang boleh diterima semua. Di sini seorang tokoh Gay (1985) menegaskan bahawa penilaian merupakan peringkat yang bersistematik dan membantu guru dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Maka boleh dikatakan bahawa penilaian ini merupakan aspe terakhir dalam mentafsir hasil pengukuran dari segi kebolehan murid seterusnya memberi imej yang memberangsangkan terhadap pencapaian murid. Pada kesimpulan boleh dikatakan bahawa ketiga-tiga unsur ini merupakan cabang yang perlu dipandang serius agar dapat memantapkan kedudukan pembelajaran dan pengajaran murid di dalam sesebuah sekolah. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana, murid hadir ke sekolah semata-mata untuk meningkatkan mutu pelajaran dari segi unsur pentaksiran, pengujian dan penilaian.

ARAS TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan, guru dan murid-murid akan melalui kedua-dua arus ini iaitu aras Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl. Kedua- dua aras ini merupakan saujana yang menerapkan unsur dan nilai murni terhadap guru untuk membangkitkan semangat mengajar dan membangkitkan semangat murid untuk belajar. Taksonomi Bloom merupakan satu cabang yang memberi banyak perhatian terhadap prinsip yang perlu diikuti oleh guru dalam menyediakan rancangan pengajaran harian strategi. Murid pula mengikut peraturan-peraturan pembelajaran yang ditetapkan oleh guru dengan mengikuti prosedur Taksonomi Bloom. Peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh murid adalah mereka harus memberi perhatian terhadap pengajaran guru, melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru dan menghormati guru dari segala aspek. Mereka juga harus mengamalkan sikap ingin tahu dan peka terhadap pelajaran yang mereka ikuti. Sekiranya mereka tidak mengamalkan sikap positif maka mereka akan kerugian besar dalam sesi hidup mereka. Tidak ada makna mereka menghadirkan diri ke sekolah. Bukan dari segi sikap sahaja, mereka harus menunjukkan minat, emosi serta perasaan yang baik untuk menTidak ada makna mereka menghadirkan diri ke sekolah. Bukan dari segi sikap sahaja, mereka harus menunjukkan minat, emosi serta perasaan yang baik dengan menyesuaikan keadaan diri di dalam kelas mahupun dengan seseorang guru. Malah tidak ketinggalannya juga dengan aspresiasi serta naluri mereka dengan persekitaran supaya dapat melahirkan keadaan kondusif yang lebih aktif. Selain daripada itu, keadaan domain kognitif, keadaan domain dan keadaan domain psikomotor juga membantu dalam jurang aras ini.

Domain KognitifPemikiran pelajar Intelektual Pengetahuan, pengertian dan ketrampilan berfikir

Domain AfektifPerkembangan sikap Perasaan Emosi Nilai murni Sikap Apresiasi Cara penyesuaian diri

Domain PsikomotorPerkembangan Kemahiran fizikal murid

Ia juga melibatkan otak dan pemikiran guru dan murid dalam mengembangkan potensi masing-masing. Pemikiran ini terdiri daripada pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. PENILAIAN PEMIKIRAN ARAS TINGGI

SINTESIS PEMIKIRAN ARAS TINGGI

ANALISIS PEMIKIRAN ARAS TINGGI

APLIKASI PEMIKIRAN ARAS RENDAH

KEFAHAMAN PEMIKIRAN ARAS RENDAH

PENGETAHUAN PEMIKIRAN ARAS RENDAH

Pengetahuan - ialah sumber penting yang disampaikan oleh guru kepada anak murid. Tanpa pengetahuan tidak ada maknanya seorang murid hadir ke sekolah. Maksud pengetahuan adalah definisi, teori dan hokum yang diketahui oleh murid di dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Selain daripada itu, setiap sumber pengetahuan yang dipelajari oleh murid juga tertera tarikh, peristiwa dan isi pembelajaran lepas dipelajari oleh insan. Oleh itu, setiap murid akan mengimbas kembali, mengenali idea yang dipelajari sebelum ini semasa ia diperlukannya contohnya semasa menjawab ujian mahupun melalui kehidupan sehariannya. Ia juga akan membantu mereka semasa berada di sesuatu kerjaya pada satu hari nanti. Kefahaman - merupakan unsur yang berkaitan dengan diri murid itu sendiri. Ia boleh dikaitkan dengan kebolehan murid dalam membentuk, membina ayat serta menterjemah idea baru dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Mereka juga dapat melengkapkan konsep dan menterjemahkan draf bahasa. Selain daripada itu, istilah istilah yang digunakan dalam Bahasa Melayu sanggup membantu murid dalam memilih, menerangkan dengan ayat dan tatabahasa betul serta menulis semula ayat bahasa dengan baik. Kefahaman ini amat penting kepada murid dalam merealisasikan bahasa dengan cemerlang. Aplikasi - merupakan satu unsur yang membantu dalam menyelesaikan masalah dari segi susunan ayat, susunan perkataan, kosa kata, tatabahasa dan lain-lain lagi. Aplikasi ini bukan hanya bergantung pada seorang guru sahaja malah boleh dipakaiguna oleh murid dalam menggunakan kaedah tersebut untuk mewujudkan maklumat dan situasi yang baru dalam pelajaran Bahasa Melayu yang diikuti. Oleh itu, kita tidak boleh pertikaikan bahawa unsur aplikasi ini banyak membantu pihak guru dan murid.Analisis - adalah satu perkara yang kompleks kerana ia merupakan satu perkara yang membezakan fakta serta struktur organisasi di dalam sistem bahasa. Istilah ini juga membantu dalam memastikan murid memilih struktur ayat yang betul. Sintesis - menyepadu dan membantu dalam mencantum idea bagi melahirkan satu ayat yang lengkap. Usaha yang mendalam ini sebenarnya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid dalam membina ayat yang tepat. Ia juga melengkapkan diri murid dalam membuat ramalan dan membuat klasifikasi dalam topik yang dipelajari. Selain daripada itu, ia turut memberi keyakinan kepada guru dalam menyediakan murid untuk membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan ayat.

Penilaian - merupakan satu pencapaian yang terakhir di dalam Domain Krathwohl. Tanpa penilaian setiap matapelajaran mahupun matapelajaran Bahasa Melayu tidak akan terbukti sebagai ilmu kepada murid. Penilaian ini memberi rasional dalam mewujudkan kritikan secara dalaman dan luaran kepada murid mahupun guru. Ia turut membantu murid dalam memilih kesahihan mereka dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Dengan alasan yang ada , maka terjawab bahawa penilaian merupakan satu aspek terpenting dalam keseluruhan Bahasa Melayu. Pada kesimpulannya boleh dikatakan bahawa aras Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl merupakan arena yang banyak membantu murid pada zaman dahulu sehingga sekarang. Keadaan ini sudah pasti tidak pupus untuk selamanya sebaliknya akan memberi cahaya kepada pihak guru dan pihak murid untuk mempelajari bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu.

5