DEFINISI PENGAJIAN SOSIAL

download DEFINISI PENGAJIAN SOSIAL

of 1

Transcript of DEFINISI PENGAJIAN SOSIAL

  • 7/29/2019 DEFINISI PENGAJIAN SOSIAL

    1/1

    DEFINISI PENGAJIAN SOSIAL

    Integrasi melalui sains sosial dan kemanusiaan adalah elemen pengajian sosial yang

    digunakanuntuk meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan pelajar. Menurut J.F

    Forrester(1982)(http://www.socialstudies.org/standards/introduction ) menyatakanbahawa pengajian sosial ialah kajian tentang masyarakat dan tujuan utamanya ialah

    untuk membantu masyarakat untuk memahami dunia dimana mereka harus berada dan

    bagaimana itu terjadi.Menurut Rohana Yusof(1996), di dalam bukunya Asas Sains Sosial Dari Perspektif

    Sosiologi, sains sosial ialah disiplin akademik yang mempersoalkan tentangkemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan sosial atau lebih

    tepat mempelajari pola tingkah laku yang lazim pada kelompok-kelompok manusia.Maka jelaslah bahawa ilmu sains sosial ialah satu bentuk pengkajian tentang kelompok

    manusia di dalam sesuatu masyarakat. Namun tidak ada sesiapa pun akan dapatmempelajari hal-hal manusia dan hubungannya dengan masyarakat keseluruhannya.

    Sains sosial merupakan satu bidang yang begitu luas dan kompleks. Oleh hal yang

    demikian kita perlu membuat pembahagian kepada beberapa cabang atau unitpengkajian yang lebih kecil. Pembahagian kepada unit atau kepada disiplin inilah yang

    kita sebut sebagai disiplin sosiologi, antropologi, sains politik, sejarah, ekonomi,

    psikologi dan sebagainya. Pembahagian disiplin-disiplin ni didasarkan kepada

    bagaimana cara manusia itu berinteraksi antara satu sama lain.

    http://www.socialstudies.org/standards/introductionhttp://www.socialstudies.org/standards/introductionhttp://www.socialstudies.org/standards/introductionhttp://www.socialstudies.org/standards/introduction