deskripsi sudut pppm

download deskripsi sudut pppm

of 1

description

pppm

Transcript of deskripsi sudut pppm

LAMPIRAN A

Deskripsi Sudut PPPM anda:-Sudut PPPM Pejabat Pendidikan Daerah Dalat mempamerkan tentang pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Di sudut ini juga , kami mempamerkan objektif penggubalan PPPM di samping visi dan misi. Sudut ini juga memaparkan tentang 5 aspirasi sistem pendidikan Malaysia iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Sudut PPPM kami juga mempamerkan enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat iaitu; murid yang mempunyai pengetahuan, murid yang mempunyai kemahiran berfikir, murid yang ada kemahiran memimpin, murid yang ada kemahiran dwibahasa, murid yang ada etika dan keronian serta murid yang mempunyai identiti nasional dalam diri mereka. Pada bahagian pagar pejabat kami, juga telah digantungkan fish tail banner yang mengandungi 11 anjakan utama untuk mentransformasi sistem pendidikan Negara. Juga dipamerkan tiga gelombang transformasi pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun iaitu gelombang 1 (2013-2015), gelombang 2 (2016 2020 ) dan gelombang 3 ( 2021 2025).Selain dari mempamerkan tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Sudut PPPM kami juga memaparkan tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksana untuk menggapai kejayaan PPPM 2013-2025. Sudut itu juga dibentangkan Pencapaian UPSR, LINUS dan SKPM 2010 Daerah Dalat untuk tahun 2014. Pendedahan tentang Sarana Ibu Bapa juga dipaparkan. Bagi menyediakan warga PPD Dalat, pemimpin sekolah,guru, murid dan orang awam tentang KSSR, sudut PPPM kami juga dipamerkan tentang Program KSSR . Pada satu sudut lain lagi juga dipamerkan 14 inisiatif utama KPM untuk tahun 2014. Pameran pada sudut PPPM kami juga disemarakkan pendedahan Program Transformasi Daerah yang menjadi sokongan kepada Program Gerakan Menjulang Sarawak (GeMS) dan seterusnya kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025.Begitulah serba sedikit perkongsian tentang Sudut PPPM Pejabat Pendidikan Daerah Dalat. Sudut ini akan sentiasa ditambahbaik dari semasa ke semasa bagi menyebarkan luas pengetahuan warga PPD Dalat, pemimpin sekolah, guru, murid dan orang awam yang berkunjung ke PPD kami.