"Diary Of My Life"...: KERTAS PENERANGAN (H-024-1)...

download "Diary Of My Life"...: KERTAS PENERANGAN (H-024-1) …ckynnlifestory.blogspot.com/2012/05/kertas-penerangan-h-024-1...Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan faktor-faktor

If you can't read please download the document

Transcript of "Diary Of My Life"...: KERTAS PENERANGAN (H-024-1)...

"Diary Of My Life"...: KERTAS PENERANGAN (H-024-1) KIMPALAN ARKA DAN GAS

"Diary Of My Life"...

Wednesday, 2 May 2012

KERTAS PENERANGAN (H-024-1) KIMPALAN ARKA DAN GAS

KOD DAN NAMAPROGRAM :H-024-1KIMPALAN ARKA DAN GAS

TAHAP : L1 (TAHAP 1)

NO DAN TAJUK MODUL :M01 SAFETYAT WORKPLACE

NO DAN PERNYATAAN TUGASAN :

-01.01 COMPLY WITH SHOP & EQUIPMENT SAFETY RULES

-01.02 ADHERETO WORKSITE SAFETY REQUIREMENT

-01.03EXTINGUISH FIRE DURING FIRE BREAK OUT

-01.04 PERFORMEMERGENCY FIRST AID TREATMENT

-01.05 CONDUCTARTIFICIAL RESPIRATION

-01.06 REPORTUNSAFE ACTS AND CONDITION,ACCIDENTS AND INJURIES

NO. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN :

-LE 1 APPLYSAFETY PRACTICES AND PROCEDURES

-LE 2 PERFORM FIRE EXTINGUISHER DURINGFIRE BREAKOUT

-LE 3CONDUCT EMERGENCY AID AND TREATMENT

-LE 4 CREATE SAFETY AWARENESS

OBJEKTIF MODUL :

APPLY SAFETY ATWORKPLACE BY USING SAFETY PRACTICES,PROCEDURES INCLUDING TOOLS AND EQUIPMENTS SO THAT ACCIDENTS IS MINIMIZED AND PROCEDURES ARE CARRIED OUTIN A SAFE, EFFICIENT MANNER IN ACCORDANCETO REQUIREMENT OF OCCUPATIONAL SAFETY& HEALTH ACT (OSHA).

NO KOD :H-024-1/M01/P(1/1)

TAJUK :PENGENALAN KEPADA KEBAKARAN

TUJUAN:

KertasPenerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkanfaktor-faktor yang menyebabkanapi merebak dengan cepat serta penggunaan jenisalat pemadam api yang dikenalpasti sesuaiuntuk memadamkan api sekiranyakebakaran berlaku di persekitaran kawasan kerja.

PENERANGAN :

Kebakaran merupakan suatubencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran yang tidak terkawal secarasengaja atau tidak sengaja serta boleh membahayakan nyawa manusia, bangunanatau ekologi. Kebakaranlazimnya akan menyebabkan kerosakan,kemusnahan,kecederaan atau kematian kepadamanusia dan alam sekeliling.Kebakaran adalah terjadi daripada tindakbalaspengoksidaan ataupun tindakbalas kimia pantas. Unsur-unsur yang terlibat dalamtindak balas ini adalah bahan api,haba dan oksigen.Jika salah satu elementersebut tidak wujud maka kebakaran tidak akan berlaku.Hasil daripada gabungantindak balas ini maka satu teori kebakaran telah diperkenalkan iaitu segitigakebakaran (Fire Triangle).

Gambar Foto 1 : Segitiga Kebakaran

1.0 Faktor-faktor yang menyebabkan apimerebak dengan cepat

Permukaan bahan:Lebih luas sesuatu permukaan bahan, lebih banyak oksigenyang bersentuhan dengan bahan tersebut dan kebakaran menjadi lebih besar.Kadar haba:Jumlah haba yang dapat dikeluarkan oleh sesuatu kebakarandan kadar kepantasan pemindahan haba oleh bahan itu sendiri.Tiupan angin:Angin akan membekalkan lebih banyak oksigen danmempercepatkan lagi proses rangkaian tindak balas kimia dan memarakkan lagikebakaran.Suhu Atmosfera dan Kelembapan udara:Jikasuhu udara di sekeliling agak tinggi dan udaranya kering, ini akan membantumempercepatkan kemerebakan api dan pergerakan angin dengan lebih cepat.

2.0 Prinsip asas memadamkan kebakaran

Terdapat beberapa teknik yang digunakanuntuk memadamkan api semasa kebakaran berlaku. Teknik pemadaman adalahbertujuan untuk menyekat atau mengurangkan tiga unsur seperti haba,bahan apidan oksigen tadi daripada saling bertindak balas.Berikut adalah teknik-teknikyang boleh dipraktikan untuk memadamkan kebakaran:

Melaparkan (Starvation) : Memindahkan bahanapi / bahan mudah bakar yang belum terbakar ke tempat lain. Selain itu, memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar itu dengan menggunakan pemukul api (fire beater) kepada bahan api yang lebih kecil memudahkan lagi kerja-kerja pemindahan bahan api tersebut.Melemaskan (Smoothering) :Proses menghalang dan mengurangkan kadar kemasukan gas oksigen dalam kebakaran. Teknik ini dapat memadamkan api dengan kadar segera.Menyejukkan (Cooling) : Bahan yang mudah mengeluarkan wap /gas terbakar apabila mencapai takat sambaran, oleh itu teknik penyejukkan ini adalah untuk mempercepatkan penurunan suhu kebakaran supaya lebih rendah dari takat sambaran.

2.1Klasifikasi api kebakaran mengikut kelas

Jadual 1: Pengkelasan api mengikut kelas

2.2 Peralatan Pemadam Api

Alat pemadamapi adalah salah satu media pemadaman untuk melawan kebakaran. Dalammenjalankan kerja pemadaman kebakaran, alat pemadam api berperanan sebagaialat bantu mula iaitu digunakan untuk memadam kebakaran diperingkat awal.Terdapatbeberapa jenis kategori alat pemadam api antaranya ialah:

a) AlatPemadam Api Jenis Air :

-Kandungan:Air Biasa 9 Liter, Jarak Pancutan:20 25, Masa pancutan:60 120 saat

-Kebaikan: mudah dikendalikan,boleh mengawal api diperingkat awal.

-Keburukan: hanya sekali digunakan,tidak sesuai memadamkebakaran alatelektrik dan logamserta kandungannya cepat membeku

Gambar Foto 2 :Pemadam Api Jenis Air

b)Alat Pemadam Api Jenis Debu Kering (Powder)

-Kandungan:Sodium bikarbonat 97%,Magnesium stearote 11/2%,Magnesium karbonat 1%,Trikalsium karbonat %, Jarak Pancutan: 15 20, Masa pancutan:2 minit

-Kebaikan: mudah dikendalikan,boleh memadamkan api kelas A,B,C, dan pemadamannya lebih berkesanjika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan BCFserta pengeluaran (pancutan)boleh dikawal di Release Handle.

-Keburukan: hanya sekali digunakan,debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahantertentu seperti enjin kereta, bahan makanan dan lain-lain.

Gambar Foto 3: Pemadam Api Jenis Debu Kering (Powder)

c)Alat Pemadam Api Jenis Buih (Foam)

-Kandungan:Tabungdalam(AluminiumSulphate) danTabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer), Jarak Pancutan: lebih kurang20, Masa pancutan:30 - 90 saat

-Kebaikan:mudah dikendalikan,buih boleh menutup permukaancecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran,tidak terganggu daripadatiupan angin serta boleh mengawal dan memadamkebakaran diperingkat awal dengan berkesan.

-Keburukan:tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D.

Gambar Foto 4: Pemadam Api Jenis Buih (Foam)

d)Alat Pemadam Api Jenis Gas Karbon Dioksida

-Kandungan:diisi dengan CO2 dalam bentuk cecairdalam tekanan,mempunyai ukuran antara 2hingga 5ibs beratnya,Jarak Pancutan: 8' - 12, Masa pancutan:8- 30 saat

-Kebaikan:mudah dikendalikan,boleh mengawal/memadam kebakarandiperingkat awal dan berkesan,gasnya tidak mengalirkanelektrik dan boleh menembusitempat-tempat permukaan kecil

-Keburukan:kandungan gas tidak dapatdilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangandaripada 10%,tidak sesuai memadamkebakaran api jenis A,B &D dan tidak boleh kawal kebakaran yang besar.

Gambar Foto 5:Pemadam Api Jenis Gas

2.3 Teknik Menggunakan Alat Pemadam Api

Gambar Foto 6: Cara Penggunaan Alat Pemadam Api (PASS)

SOALAN

1.Berikan definisi kebakaran.

2.Terangkan dua faktor yang mempengaruhi kemerebakanapi.

3.Nyatakan 2 jenis alat pemadam api yang digunakanuntuk memadamkan kebakaran.

RUJUKAN

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KEMAHIRAN TEKNIKAL) OLEHKAMAROS ZAMAN DITERBITKAN OLEH PELANGI SDN.BHD PADA TAHUN 2008WELDING PRINCIPLES AND APPLICATIONS (FIFTHEDITION) OLEH LARRY JEFFUS DITERBITKAN OLEH DELMAR LEARNING PADA TAHUN 2004

Fire Extinguisher Safety Training

Fire Extinguisher Safety Training

View more PowerPoint from shajukhan21

Posted by

shake kylnncute

at09:26

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

si_mone8 July 2014 at 20:57

terima kasih atas perkongsian ilmu ini.. sangat membantu saya..

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Blog Archive

2012

(4)

May

(2)Poster Sushi @ CIASTKERTAS PENERANGAN (H-024-1) KIMPALAN ARKA DAN GAS

April

(2)

About Me

shake kylnncute

View my complete profile

Travel theme. Powered by Blogger.